Arkib Viewers

Thursday, December 3, 2009

PeNgALaMaN~ : BUNIAN GUNUNG PULAI

pada tahun 2005 atau 2006.. hamba pon lupa pada tarikhnya.. kerana segala aktiviti rakaman dan gambar telah hilang kerana ianya disimpan di dalam Laptop Pertama Hamba dan akhirnya Laptop itu telah hilang dicuri bersama-sama segala data dan kenangan di dalamnya... Dengan menggunakan keCAHAYAan BSS, akhirnya hamba dapat menjejaki Laptop itu semula dan yang sebenarnya ianya telah dijual oleh 'bekas rakan' hamba dimana perkara itu telah pun 'settle' secara TENANG... nasib baik tak koma 'budak' tuhh.. kalau ikut HATI yang TERBAKAR nihh..

Apa yang ingin hamba cerita sebenarnya ialah mengenai suatu kisah yang mana ianya bersangkutan dengan Alam Jin. Pada hari Sabtu petang, kami group BSS dimana 'trip' ini bukanlah dianjurkan oleh persatuan sebenarnya tetapi kami pergi SDN BHD.. tetapi masih lagi di bawah keizinan jemaah GURU... Kami memulakan perjalanan dengan hanya menaiki motor untuk ke Gunung Pulai.. coz masing2 kata nak 'save' penggunaan minyak dan juga sekali sekala nak merasa naik motor dengan 'konvoi'. Cuma hamba bawa kereta masa itu tetapi kereta hamba hanya rakan hamba yang 'drive' dengan segala beg. Hamba jadi pembonceng sahaja duduk di belakang sementara rakan hamba yang tunggang.

Sampai sahaja di Gunung Pulai-2.. kami mengemas beg, menyalakan kayu api, sebab sampai pun dah masuk maghrib masa itu. jadi semua orang bergegas untuk menaikkan khemah dan sebagainya. sehingga lah pukul 9 malam, kami mengadakan sedikit persembahan permainan GERAK... dimana kami semua berJURUS dan juga bermain GERAK. pelbagai permainan GERAK kami mainkan, sehinggalah masa berjalan dengan pantasnya... ahkirnya selepas puas mereka bermain, permintaan dari mereka ialah permainan GERAK TRANSFER yang mana mereka mahu hamba jadi PENERIMANYA manakala mereka cuba masukkan sebilangan JIN ke dalam badan hamba.

PERHATIAN!! : GERAK boleh kita kawal sebenarnya... di dalam kisah ini hamba cuma layankan GERAK itu supaya nampak lebih REAL... ~

Untuk yang pertamanya, mereka memasukkan 3 ekor Jin sekaligus dengan 3 orang PENANGKAP yang berlainan.. pada masa itu, hamba dah berubah menjadi seperti seekor binatang yang ganas, merangkak dan menyeringai.. bercampur-campur watak dan sebagainya (kerana 3 ekor sekaligus). Untuk yang keduanya mereka menambah lagi seekor demi seekor sehingga lah yang nombor 4 hamba dah jadi Jin mengantuk, tidur dan pemalas, masuk nombor 5 dan 6, hamba dah pun jadi JIN yang ingin menentang, macam ultraman pon aderr.. itu mereka kata lah... sampai masuk yang bernombor 7, hamba menjadi seorang WANITA yang mana sedang nangis teresak-esak malah cara dan perilaku hamba ialah menunnjukkan hamba seorang GADIS.

akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menenangkan hamba dengan mahu mengeluarkan semula SEMUA JIN tersebut... Dalam keadaan kepayahan tersebut, akhirnya ada pula ahli2 yang jenis nakal2 masukkan lagi 4 ekor dan menjadikan kesemuanya berjumlah 11 ekor. Pada masa itulah hamba megamuk, (benda) itulah yang mengamuk sebenarnya. siap mencabar seorang demi seorang ahli BSS untuk 'fight' dan juga memanggil semua kalangan Jin di atas pokok untuk menyerang ahli2 BSS tersebut. Mereka semua jadi 'panic' seketika, dan kena pulak ahli2 yang lemah semangat dah jadi gigil pulakk... dah jadi payahh.

Semasa sesi untuk mengeluarkannya itu, mereka meniarapkan hamba manakala tangan dan kaki hamba ada beberapa orang yang tindih supaya hamba tidak meronta dengan begitu TERUK.. apabila salah seorang ahli 'mencabut' keluar Jin itu, maka terasa seperti sebuah batu BESAR yang bergolek melalui belakang badan dan juga terus bergolek melalui tengkuk hingga ke atas kepala... hamba masih lagi menangis teresak-esak dan kadangkala jadi liar dan marah, acapkali menyebut "TANJUNGGGG... TANJUNGGGG..., jangan kacau adik aku...... aku nak bunuh kamu semua malam iniiii........" ada sekali itu pula hamba menjerit dengan suara yang garau "Kerahkan semua turunnnnn, kita musnah mereka malam iniiiii..." sambil menuding jari ke atas pokok.

beberapa kali hamba termuntah semasa proses pengeluaran 'benda' itu. memang sungguh Siksa. Dan pada malam itu banyak juga kejadian aneh yang berlaku semasa aktiviti perkhemahan tetapi mungkin kurang menarik untuk diceritakan. contohnya ramai ahli yang nampak kelibat nenek tua berambut panjang yang sedang memerhatikan kami dari jauh.. atau tapak kaki manusia yang berbadan TEGAP melalui kehmah kami... itu semua dah biasa bagi ahli2 BSS.. kalau takut jugak tak tahu lahh..

Apa yang paling menariknya ialah pada keesokkan harinya, kami mengadakan aktiviti jugle trekking kononnya ramai orang yang SESAT bila berada di atas Gunung Pulai. Sebenarnya ramai orang2 tua di Pontian ada bercerita tentang beberapa perkara yang amat memusykilkan kami:

- sebuah Tasik yang Airnya Panas sangat luas hingga ramai yang mati disedut, ada yang    bercerita kononnya tasik itu bertukar jadi lautan bila semua orang mandi di   dalamnya.

- Gua tempat orang Pertapa dan masih misteri orang itu masih wujud sehingga kini dan
  membela seekor beruang pemakan daging

- Rail Keretapi yang meragut sesiapa yang melintasinya dan bunyi keretapi masih
  didengari oleh orang2 kampung di lereng gunung

Jadi tujuan kami adalah untuk menjejaki dan memburu tempat2 misteri tersebut.. dan itu adalah favourite hamba sejak dahulu lagii..

akhirnya kami sampai di mana batu berbentuk kapal, juga dalam perjalanan terdapatnya tinggalan-tinggalan sejarah yang sungguh mengharukan seperti botol Arak yang cukup banyak bergelimpangan.. TERLALU BANYAK!!! memang tak logic dan yang misterinya kali kedua hamba pergi dah tiada pula. Botol Arak itu pula bertarikh pada zaman Jepun atau British. Selain itu selama perjalanan kami, kami seperti dipantau oleh seekor beruang yang ahli2 BSS gelarkan BIGFOOT.. seringkali mereka terperasan 'benda' itu mngekori kami.

Macam-macam lagi perkara aneh dan tinggalan sejarah yang dapat dilihat pada gunung Pulai... sampai lah kami di suatu kawasan yang sangat tinggi dan kawasan itu seperti ada sesuatu yang menarik kami untuk mengetahui. Semasa panjat ke sebelah kiri di kawasan lereng yang lebih tinggi, maka, tiba2 ada terdengar suara 'ada orang datang.. ada orang datang!!' beberapa kali... suasana kali ini sungguh sayuuu... seperti suasana sebuah perkampungan dan bunyi kereta atau lori kedengaran... malangnya bila sampai betul2 di kawasan tersebut tiada satu pun kereta atau lori malah kampung sekalipun dan masing2 mula terfikir.. dekat atas gunung yang sangat tinggi beratus meter dari paras laut mana ada kampung, lori dan kereta... keadaan jadi sunyi SEPI sesepinya..

maka kami menggunakan kemahiran masing2 dalam amalan BSS untuk mengetahui tempat apakah itu.. dan terbukti itu adalah kampung BUNIAN iaitu tempat tinggal JIN dimana di kawasan itu adalah diantara kerajaannya dan kawasan Istananya. Dan misteri paling BESAR diantara semua MISTERI ialah dimana ada 3 kelopmpok susunan daun dimana daun itu disusun sangatlah bersistem seperti perbuatan manusia. mereka seperti membentuk sebuah Piramid sebesar busut dimana daun paling besar paling bawah dan daun paling kecil diatas.. jadi, ianya sangat cantik tetapi sangatlah misteri. Daun2 tersebut tiada tanda penggunaan parang atau pisau, tetapi seperti dipetik dari batangnya. Ianya seperti baru sahaja dipetik dalam beberapa saat semasa kami sampai kerana lelehan getahnya masih kelihatan jelas menitik. Ada ahli2 BSS yang mencucuk daun2 itu dengan kayu kononnya mereka kata itu adalah sarang SEMUT.. tetapi tiada pun seekor semut atau kerengga di kawasan itu.

Yang paling ahli2 seram ialah dimana kawasan itu langsungnya tiada gugur daun dan seperti disapu oleh manusia, sangatlah kemas dan cantik. cuma ada 3 tempat sahaja ada perkumpulan daun. kami ingatkan Renjer hutan atau tentera yang training di atas mungkin mengumpulkan daun itu untuk dibakar tapi bila diperhatikan betul2 daun itu tersusun dengan bersistem dari yang paling besar, sederhana besar, besar, sederhana, kecil, sederhana kecil, paling kecil... begitulah.. membentuk sebuah seperti BUSUT.

Ada seorang rakan pula yang mahu menetak sebatang pokok dijadikan tanda dikawasan itu takut dikhuatiri SESAT, makanya semasa hendak menetak muncul lah lembaga berupa orang yang memakai Jubah dan Tasbih di tangan sedang mengangkat tangan seperti orang sedang nak bersembahyang... kerana terlalu terkejut sampai tercampak jadinya parangnya itu. ahli yang seorang lagi sebok dengan 'scan' nya dan dia sedang 'scan' satu pokok di mana pokok itu sangatlah BESAR seperti zaman dinosour punya pokok tetapi tiada satu pun daun (pokok tua).. Di atas itu sahaja kelihatan beratus 'benda' yang bergayutan.. bagi orang2 biasa mungkin tak kelihatan. kami menggunakan daya GERAK dan BSS..

Setelah itu ada 3 orang di dalam kumpulan kami dimana mereka menawarkan diri untuk bergerak lebih jauh dan lebih atas dari kawasan itu.. senang kata mereka mahu 'survey' jalan lahh... apa yang berlaku semasa dalam perjalanan itu, salah seorangnya ternampak sekali imbas sebuah KUBUR dengan KERIS bersampul terpacak diatasnya... apabila dia mendekati, imej itu hilang serta merta. Dan mereka bertiga diserang oleh bayangan seperti seorang NINJA yang mana sangat laju pergerakannya dan melompat dari satu pokok ke pokok malah berpakaian seperti ala ninja.. Tetapi tidak dapat dilihat dengan Jelas bentuknya, kerana dikhuatiri perkara buruk berlaku, makanya semua mengambil keputusan untuk turun ke bawah semula dan kami sampai ke camp-site pada petang harinya dan mula bertolak balik...

KEJADIAN ANEH TERUS BERLAKU semasa hamba di RUMAH dan ke Gunung Pulai untuk Trip yang ke-dua~....... Bersambung...

3 comments:

  1. saudara edy bolehkan saudara terangkan mengunakkan BSS itu. Geraksaya sudah sedia maklum.hehe

    ReplyDelete
  2. Assalam...saudara bole kongsi kedudukan batu berbentuk kapal yg dikatakn tu??

    ReplyDelete