Arkib Viewers

Tuesday, March 2, 2010

Recent : Asal Kejadian Manusia

Makhluk


Assalamualaikum....

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua buah liang di bawah badan. Tujuh buah liang letaknya di kepala ialah dua liang mata, dua liang hidung, satu liang mulut dan dua liang telinga. Yang dua lagi di bawah ialah satu liang kemaluan dan satu liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera
1. mata
2. telinga
3. hidung
4. mulut
5. anggota tubuh lain spt kulit, telapak tgn utk perasa halus, kasar & sebagainya



--------------------------------------------------

Makhluk

Adam dijadikan drp tanah yg dicampur dgn air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah swt resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dgn berbagai sifat. Lalu tubuh Adam itu digenggam dgn genggaman Jabarut kemudian diletakkan di alam Malakut.
Sesungguhnya tanah yang dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dgn rempah2, wangi2an dan Nur Sifat Allah dan dirasmi dgn air hujan "Bahrul-Uluhiah". Kemudian tubuh itu dibenamkan dgn air "Kudral-IzzahNya" iaitu sifat "Jallal dan Jammal", lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yg sempurna



--------------------------------------------------

edy137

bagus kalau ada yang sudi menterjemahkan QALAMULLAH tentang kejadian manusia... banyak tersirat dalam surah seperti A-Baqarah dan lain-lain... insyaallah kita manfaatkan bersama topix ini....

-------------------------------------------------

soalan... serius hamba nak tahu jawapannya... 

adakah proses yang begitu suci itu tidak bersamaan langsung dengan kejadian selepas ADAM dan HAWA??? proses itu begitu kompleks dan tertib... adakah kejadian kita especially ada persamaan dengan kejadian ADAM A.S itu??? maksudnya persamaan dari segi penghampiran atau beberapa bukti fizikal.... salah satu bukti fizikal kita kulit kita berwarna menyamai tanah.. tolong huraikan lebih lanjut tuan..

keduanya, bagaimana kah proses HAWA, kerana terdapatnya sedikit sumber yang boleh kita perolehi mengenai penciptaan HAWA... bagaimana IBU segala IBU itu tercipta??? kita boleh bincangkan bersama...



------------------------------------------------

Makhluk

Menurut keterangan ulama, ketika tubuh Adam diselubunginya dalam waktu 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah, dan 40 tahun yang hitam dan berbau. Kemudian Allah rubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan. Maka tertutuplah pemandangan mata malaikat daripada melihat hakikat yang sebenamya. Mereka memandang rendah akan bakal kejadian Adam lantaran menurut penglihatan yang nyata asal kejadian Adam. Tiada lain sebabnya dari kurang makrifat mereka. Memang para malaikat telah mengetahui bahawa Adam ini akan menjadi khalifah Tuhan di dunia. Sudah tentu mereka merasa hairan, mengapa orang yang akan menjadi khalifah Tuhan demikian asal kejadiannya. Sedangkan bangsa malaikat asal kejadian mereka dari cahaya.



--------------------------------------------

Makhluk

Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pun merasa enggan. Segan dan malas untuk masuk ke tubuh Adam yang masih merupakan patung yang kini sudah mengeras seperti batu. Roh itu bukan masuk, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar di situ dikelilingi malaikat yang menyaksikan seperti Jibril, Mikail, Israfil, Izra'il dan lain-lain malaikat lagi.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izra'il untuk memaksa roh itu masuk ke dalam tubuh Adam. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu menyerah kepada Izra' il.



-------------------------------------------

Makhluk

Ia dimasukkan ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa selama 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izra'il untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izra'il ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia



--------------------------------------------

Makhluk

Setelah ia meresap ke kepala Adam, maka teijadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana sebahagian daripada badannya masib merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu telinga Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucap tasbih memuji kebesaran Allah, dengan bemacam-macam ucapan kalimat tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.



-------------------------------------------

edy137

bagus kalau ada yang sudi menterjemahkan QALAMULLAH tentang kejadian manusia... banyak tersirat dalam surah seperti A-Baqarah dan lain-lain... insyaallah kita manfaatkan bersama topix ini....

-------------------------------------------------

soalan... serius hamba nak tahu jawapannya... 

adakah proses yang begitu suci itu tidak bersamaan langsung dengan kejadian selepas ADAM dan HAWA??? proses itu begitu kompleks dan tertib... adakah kejadian kita especially ada persamaan dengan kejadian ADAM A.S itu??? maksudnya persamaan dari segi penghampiran atau beberapa bukti fizikal.... salah satu bukti fizikal kita kulit kita berwarna menyamai tanah.. tolong huraikan lebih lanjut tuan..

keduanya, bagaimana kah proses HAWA, kerana terdapatnya sedikit sumber yang boleh kita perolehi mengenai penciptaan HAWA... bagaimana IBU segala IBU itu tercipta??? kita boleh bincangkan bersama...

assalamualaikum~
Assalamualaikum....edy, kita habiskan citer Adam ni dulu ye...pastu kita citer pasal Hawa lak...tetapi kalau ada dikalangan yg nak tambah2 silakan...kita buat bersama2..wasalam



---------------------------------------------

bluegigas

salam...
bro makhluk... khabarnya, setelah roh di tiup masuk melalui kepala, lantas ADAM terus bersin... lantas para malaikat berkata kepadanya (adam), "ucapkanlah alhamdulillah"... maka dia mengucapkan alhamdulillah..
kenapa Adam bersin ketika roh di tiupkan ketika melalui kepalanya?



---------------------------------------------

Makhluk

Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allah ajarkan mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kali ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallaah" yang ertinya: "Semoga engkau diberi rahmat Allah."
Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap: "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucap: Yarkhamukallaah."



-------------------------------------------

Makhluk

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana fiman Allah SWT maksudnya: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa."
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.



-------------------------------------------

Makhluk

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di Syurga sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanya pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tapi warna kuku adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.



--------------------------------------------

bluegigas

bro makhluk... den tambah sikit ye...
semasa roh sampai ke bahagian mata, adam telah dapat melihat buah-buahan syurga.. apabila roh sampai ke tubuh/perut.. ia berasa lapar dan ingin mendapatkan dan memakan buah-buahan syurga sebelum roh meresapi ke bahagian kakinya... apabila roh sampai ke kakinya ia terus terburu-buru menghampiri buah-buahan syurga dan ALLAH SWT berfirman " Manusia itu dijadikan (bertabiaat) tergesa-gesa"  (al-anbiya' 37)



---------------------------------------------

Bluegigas

bro makhluk..
tubuh adam dijadikan dalam keadaan berongga... maksudnya ada bentuk luar sahaja sedangkan di dalamnya kosong.. jadi, organ-organ dalaman adam dibentuk oleh roh ke? ataupun organ dalaman adam memang dah tersedia di bentuk dan roh terus meresapi ke dalam bahagian rongga organ tersebut?



-------------------------------------------

Makhluk

Suatu keterangan bahawa Nabi Adam as dikenali dengan gelaran Abul-Basyar: (Bapa segala Manusia) dan Nabi Muhammad SAW pula dengan gelaran "Abul Ruh" atan "Abul Arwah" (Bapa segala roh).
Setelah kejadian Adam sempurna sebagal manusia, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa makhluk yang asalnya dari tanah kini kelihatan indah dan menawan.
Kemudian Adam dipakaikan dengan pakaian kebesaran dari syurga dengan mahkota yang ditatah intan berlian yang menambahkan lagi keagungannya sebagal seorang raja atau khalifah. Setelah itu Adam duduk di atas kerusi keemasan yang bertatah pemata sambil dikelilingi oleh para malaikat. Kemudian setelah Adam duduk di atas kerusi itu, lalu dia di usung oleh empat orang malaikat serta diiringi oleh ribuan malaikat untuk diperkenalkan kepada penghuni di langit yang pertama sehingga ke langit yang ke tujuh sampailah ke syurga.



-----------------------------------------------

Makhluk

Menurut riwayat mengatakan Adam diarak oleh malaikat selama lebih kurang 100 tahun. Setelah itu barulah Adam dibawa ke syurga iaitu tempat Adam mula-mula dijadikan.
Kemudian datanglah Jibril membawa seekor kuda dari syurga yang berwarna hijau muda serta bersayap. Baunya sangat harum serta dapat berkata-kata seperti manusia. Di belakang kuda itu terdapat tempat duduk yang selesa. Jibril memegang tali pemacu, Mikail duduk di sebelah kanan Adam manakala Israfil pula duduk di sebelah kiri beliau.
Diceritakan di mana saja Adam pergi dia selalu mengucapkan "Assalamualaikum" yang mana ia dijawab oleh setiap para malaikat dengan "Waa'alaikum salam."



---------------------------------------------------

Makhluk

Kejadian Hawa
Adam tinggal keseorangan dan pada satu ketika dia terlena. Ketika itu, Jibril mencabut tulang rusuknya di sebelah kiri, dibentukkannya menjadi daging dan tulang, seterusnya terciptalah Hawa, sebagai isteri. Perkara ini dinyatakan dalam surah al-Nisa, ayat 1.
Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan segala kenikmatan. Namun, Allah melarang mereka dari mendekati sejenis pokok sekali gus menegah memakan buahnya. Mereka diberi amaran, jika melanggar larangan itu, mereka termasuk golongan yang zalim dan akan mendapat balasan daripada Allah.
Bagaimanapun, larangan itu tidak dipatuhi. Kemudian, semua pakaian dan perhiasan di syurga yang dipakai mereka terlepas, dengan tiada satu pun tertinggal, melainkan mahkota.
Sambil menangis, Adam menoleh kepada Hawa, lalu berkata: “Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah permulaan munculnya maksiat.”



-----------------------------------------------------

Makhluk

Kejadian keturunan Adam di dalam Al-Quran
189] Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang
satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami
isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang
lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan
yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu).
Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami
isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau
(wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi
orang-orang yang bersyukur.
- Al-Araaf



------------------------------------------------------

Makhluk

11] Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air
benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) dan
tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina) dan tidak pula
satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan
yang diketahui Allah dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga
tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam
Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.
-Faatir
12] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal)
dari tanah;
[13] Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan
yang kukuh;
[14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan
daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu
dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk
yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah
sebaik-baik Pencipta.
-Al-Mukminun



----------------------------------------------

Makhluk

[5] (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan:
Dari apa dia diciptakan.
[6] Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim);
[7] Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
-At-Tariq
[37] Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
[38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan
menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
[39] Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan.
- Al-Qiaamah



----------------------------------------------

edy137

jadi tuan... adakah mana2 petikan Al-Quran, atau hadis sahih atau sumber kitab yang boleh dijadikan panduan tentang penciptaan HAWA??? dan benarkah ianya dijadikan dari rusuk kiri ADAM???



----------------------------------------------

Makhluk

Di dalam salah satu Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dijelaskan :
"Maka sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam" (HR. Bukhari-Muslim)



-----------------------------------------------

edy137

dalam keilmuwan HAKIKAT, bahawanya ada menyatakan yang manusia itu adalah 'wajah ALLAH'.... boleh sesiapa tolong huraikan maksudnya dengan lebih mendalam??



-----------------------------------------------

Edbest

dalam keilmuwan HAKIKAT, bahawanya ada menyatakan yang manusia itu adalah 'wajah ALLAH'.... boleh sesiapa tolong huraikan maksudnya dengan lebih mendalam??
persoalan berbentuk seperti di atas adalah sesuatu yg bersamaan dengan satu perbuatan cuba mengkaji zat Allah. Maka yg sepatutnya, imani sahajalah dengan sekadar²nya. Jika dikaji juga pasti manusia itu akan menerima binasa.



-----------------------------------------------

Edbest

bagi aku xsalah mengkaji bab 'wajah allah ni'..kefahaman kena ada.kalau dah faham xda binasanya.
Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari isi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.(3:7)



-------------------------------------------------

Edbest

aku nak tanya soalan sensitif... takut gak aku nak tanya nie.... ada aku diberi tahu dulu oleh seseorang bahawa ada sesuatu yg lebih baik dari syurga... yg dimaksudkannya adalah penyatuan.. apa pendapat semua?? kalau pendapat itu salah, mintak tolong bangkangkan...
Org yg menyampaikan perkara ni mestilah ada bagi mukaddimah dulu sebelum bukak cerita mcm gini. Sebab cerita syurga ni pun terbahagi kepada 2 bahagian. Satu adalah syurga permulaan (asalnya Adam a.s duduk) dan dua adalah syurga yg dijanjikan (tempat akhir hamba²nya yg diredhai).

Penyatuan ni pulak adalah cerita memandang banyak pada yg satu dan memandang satu pada yg banyak. Ianya adalah Tauhidul Af'al. Tetapi bukan lah sesuai kalau nak dikatakan "lebih baik dari syurga". Kerana yg nak dibincangkan ni adalah 2 perkara yg nyata amat berbeza. 1-Tentang janji Allah kepada hamba²nya (syurga), 2 - Tauhid sang hamba kepada Qadim (penyatuan).



---------------------------------------------------

aaaa

soalan...
1)yang masuk syurga atau neraka nanti, adakah jasad ataupun roh?? atau kedua2nya sekali?
2)kenapa bentuk manusia sebegini?? ada cerita tak disebalik bentuk manusia?



------------------------------------------------

Bluegigas

bentuk tubuh badan manusia adalah bersesuaian dengan gerakan solat...
pastinya gerakan solat lebih awal dicipta sebelum jasad adam dibentuk...
wallahualam....



-------------------------------------------------

Bluegigas

Bro... den takde dalil atau hikayat yang specific
Tapi kalau kita melihat pada kisah penciptaan manusia pertama (adam a.s) kita akan dapati makhluk manusia adalah merupakan makhluk yang terakhir dicipta oleh Allah s.w.t setelah lain-lain makhluk dicipta... dan kisah ini berlanjutan sehingga turunnya nabi adam a.s ke alam dunia....
Nabi Muhammad saw adalah merupakan nabi terkahir dan diutuskan sebagai penutup kepada sekalian nabi. Nabi Muhammad saw juga diutuskan kepada umat manusia yang terakhir. Segala apa yang berkaitan tentang makhluk manusia telah disampaikan melalui Nabi Muhammad saw. Ini termasuklah kewajipan solat dan gerakan solat...
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Aku telah diutus semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia.”
wallahualam....



----------------------------------------------------

Edbest

Yg aku tau, syariat solat dari zaman Adam a.s memang dah ada. Cuma perlakuan gerakannya mungkin ada berbeza. Serupa juga dengan nama Islam, datangnya nama khas tu adalah dari masa Rasulullah. Sebelum itu, dikatakan Agama Allah.



-----------------------------------------------------

mito21

soalan...
1)yang masuk syurga atau neraka nanti, adakah jasad ataupun roh?? atau kedua2nya sekali?
2)kenapa bentuk manusia sebegini?? ada cerita tak disebalik bentuk manusia?
Kalau tak silap aku la.. (kalau silap tolong betul kan yer..) .. selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala yang kedua maka semua roh akan berterbangan mencari dan kembali kedalam jasad masing2... dan 'kita' akan berdiri didalam keadaan panas terik (bergantung kpd amalan memasing)....
so, kalau mengikut akal aku yang pendek nih... so, kita akan diadili dlm keadaan kita sekarang ni ler...

Bentuk kita begini kerana ini adalah sebaik2 bentuk.. kan Allah sendiri yang mencipta/membentuk tubuh Nabi Adam.. so, straight delivery from the "Oneness"... apa mau cite...

Sekadar pendapat akal aku yang pendek ni la... smile Wallahualam.



-------------------------------------------------------

Bluegigas

daripada pembacaan...
den dapati... nabi-nabi terdahulu menyembah allah dengan hanya bersujud sahaja menandakan rasa tunduk, berserah dan bersyukur kepada allah swt... berbanding dengan umat nabi muhammad saw... ada berdiri, rukuk, sujud dan duduk...
wallahualam....



---------------------------------------------------------

JengKing

bagaimana dgn jumlah rakaat & waktu?



------------------------------------------------------

Edbest

daripada pembacaan...
den dapati... nabi-nabi terdahulu menyembah allah dengan hanya bersujud sahaja menandakan rasa tunduk, berserah dan bersyukur kepada allah swt... berbanding dengan umat nabi muhammad saw... ada berdiri, rukuk, sujud dan duduk...
wallahualam....
salam, bagaimana pula jika aku katakan perbuatan rukuk dsbnya tu telah ada semenjak dari zaman Nabi Ibrahim a.s:

Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat sholat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud". (Al Baqorah:125)

Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk. (Al Imran:43)

Maka jelaslah bahawa pergerakan solat sebagaimana sekarang ni telah pun ada dari zaman sebelum Rasulullah s.a.w.
Cuma perlaksanaannya, tertibnya ada sedikit perbezaan. Bergantung pada keadaan semasa, geografi dsbnya.



----------------------------------------------------

Bluegigas

kalau ikutkan pada pembacaan... pada awal penetapan waktu solat malaikat jibril as telah datang kepada baginda rasullulah saw dan mengajak baginda solat pada waktu zuhur, kemudian jibril as datang lagi untuk mengajak baginda rasullulah saw untuk bersolat pada waktu asar, kemudian jibril as datang lagi pada waktu maghrib untuk mengajak baginda bersolat pada waktu maghrib. kemudian jibril datang lagi pada waktu isya untuk mengajak baginda bersolat pada waktu isya. kemudian jibril as datang lagi pada waktu subuh untuk mengajak baginda bersolat pada waktu subuh. kemudian jibril as datang lagi pada waktu zohor dan mengajak baginda bersolat pada waktu zohor.... (rujukan pada riwayat ahmad dan tarmizi) wallahualam....



------------------------------------------------------

JengKing

apa kaitannye lak sholat dgn jurusan 50 tu
ada yg mengatakan jurusan 50 sempena sholat 50 yg mula2 difardukan keatas umat Islam sebelum Nabi SAW minta dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja



-----------------------------------------------------

Edbest

apa kaitannye lak sholat dgn jurusan 50 tu
ada yg mengatakan jurusan 50 sempena sholat 50 yg mula2 difardukan keatas umat Islam sebelum Nabi SAW minta dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja
Ini adalah bahagian² yg amat berbahaya jika kita menyatukannya. Maka tak salah kalau org cop kita sesat.
Sebagaimana umum tahu bahawa solat itu adalah syariat-ibadah feqah selaku ummat Islam; ianya wajib dilaksanakan. Sebagai tanda kita ni adalah hamba-Nya. Dikatakan solat itu adalah kesempurnaan hidup atas muka bumi ini.

BSS pula adalah bukan sesuatu yg dikatakan kewajipan syariat. Ianya adalah tuntutan yg disukaiNya tentang mengingati diriNya. Ianya adalah Zikrullah yg terletak di bawah perlakuan dan amalan sunnah. Yg mana dengan Zikrullah ini, ianya dapat menyucikan spiritual malahan mendekatkan diri sang hamba dengan Qadim. Ianya satu kehendak fitrah manusia, mencari pencipta dirinya.

Persamaan yg boleh kita dapati dari kedua-dua cabang ini adalah adanya sesuatu keselarian di dalam konsep Niat-Lafaz-Perbuatan. Solat perlunya kepada 3 perkara di atas, begitu juga dengan Jurusan.

50 waktu solat adalah bagi menyatakan tentang diri manusia itu sebagai hamba kepada Allahu Rabbul Jalil.
Manakala 50 jurusan tu pula adalah bagi kita mengingati proses kejadian/penciptaan manusia selaku khalifah di atas muka bumi. Tetapi, tanpa nilai penyucian (jurusan itu sendiri) masakan kita dapat mengenal dengan Kamalul Yaqin.



--------------------------------------------------

JengKing

Tq bro. Bagaimana pula dgn pandangan yg menyatakan pergerakan 10 jurusan itu adalah sempena pergerakan dalam sholat itu sendiri



----------------------------------------------------

Edbest

Tq bro. Bagaimana pula dgn pandangan yg menyatakan pergerakan 10 jurusan itu adalah sempena pergerakan dalam sholat itu sendiri
Untuk lebih spesifik, ianya terletak pada jalan cerita jurusan 31-40. Atau ada di kalangan kita memanggilnya sebagai "Jurusan Dewasa". Di alam dewasa, kita sudah patut melakukan kewajipan syariat. Bila telah akil baligh, semuanya telah dimuatkan di bawah bahu kita sendiri; cerita dosa-pahala.

Dalam jurusan dewasa ni, ianya menceritakan akan tentang perlunya kepada penyucian diri dengan wudhu' lalu dilanjutkan dengan perbuatan solat itu sendiri. Bukannya hanya menggambarkan tentang pergerakan di dalam solat...tetapi menceritakan dengan solat itu kita akan dapat menuju ke jalan selamat (mencari keredhaanNya). Jalan selamat ni beerti kita terhindar dari perbuatan² yg menzalimi diri kita sendiri.

Apa pun, kenyataan yg aku keluarkan ini adalah tidak mewakili sebarang persatuan BSS. Ianya hanyalah dari pemikiran aku yg serba serbi kekurangan.



------------------------------------------------------

JengKing

Ini soalan dari saudara Heart xx


Ini yg aku cut & paste

Kisah Adam dan Hawa daripada ALKITAB (Bible bahasa Melayu) telah mempengaruhi pemikiran kebanyakan orang Islam. Terutamanya cerita mengenai ciptaan perempuan pertama di dunia yang dikatakan dicipta daripada tulang rusuk lelaki iaitu tulang yang bengkok. Dari situ bermulalah kepercayaan bahawa kaum perempuan sifatnya bengkok, lalu mereka berkedudukan rendah daripada lelaki.
Tentu tidak keterlaluan apabila mengatakan iaitu Imam Bukhari adalah orang Islam yang pertama percaya kepada cerita yang tidak sahih itu. Kerana, antara lima kitab hadis yang terbesar di dunia Islam, hanya kitab beliau yang meriwayatkan mengenai tulang rusuk yang bengkok tersebut. Kitab-kitab lain tidak menyebutnya langsung. Di dalam kitab Bukhari terdapat dua hadis mengenai perkara berkenaan. Kedua-duanya diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Satu daripadanya menyatakan tulang rusuk yang paling bengkok, yang terletak di atas sekali.
Adalah dipercayai bahawa lima kitab yang pertama (termasuk Kejadian) di dalam Bible atau ALKITAB telah ditulis oleh seorang ulama agama bangsa Yahudi bernama Ezra, atau Uzair, seperti yang disebut di dalam al-Qur'an. Dengan itu, dirasakan amat ralat sekali apabila didapati ajaran Yahudi telah menyusup masuk ke dalam kepercayaan orang Islam setelah nama Nabi atau Rasul yang selamanya disanjung digunakan.
Masanya agak terlewat untuk menghapuskan kepercayaan yang telah disuntik oleh Imam Bukhari ke dalam Islam, mengenai kaum wanita, setelah ia dikecapi oleh golongan lelaki selama lebih seribu tahun. Dan kepercayaan itu diterima pula oleh sesetengah golongan daripada kaum tersebut. Bolehkah sekarang diajak umat Islam untuk mendustakan Bukhari tanpa dihukum sebagai anti-Islam, antihadis, menghina Nabi, atau murtad?

Persoalanan ttg asal kejadian Hawa.


X tau la apa motif pengarang artikel ini tetapi ianya mempersoalkan kewibawaan Imam Bukhari yg dilabelkannya sebagai ulama penipu kerana mencentus idea ciptaan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam yg dianggap oleh sipengarang sebagai cedukan dari kitab Injil.

Mari kita bincangkan asal kejadian Hawa




-----------------------------------------------------

JengKing

AN NISAA'
[4.1]
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.



----------------------------------------------------

JengKing

AL A'RAAF
[7.189]
Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan istrinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, istrinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami istri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur".



---------------------------------------------------

edy137

Imam bukhari adalah seorang ulama yang disegani dan banyak hadis yang diriwayatkannya dijadikan panduan dan sebagainya...

sebelum kita rasa sangsi dengan Imam bukhari pada hari ini... apa kata kita sangsi dulu dari sumber tersebut.... jeng..jeng..jeng... siapa pengarangnya, siapa site owner nya.... 

perlu diingatkan FITNAH makin menjadi-jadi akhir zaman...

sekadar meluahkan pendapat~

assalamualaikum



---------------------------------------------------

aaaa

KISAH PENCIPTAAN ADAM AS
Al-Baqarah 2:30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Al-Baqarah 2:31. Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
Al-Baqarah 2:32. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Al-Baqarah 2:33. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
Al-Baqarah 2:34. Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis, dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
Al-Baqarah 2:35. Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.
Al-Baqarah 2:36. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).
Al-Baqarah 2:37. Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
Al-Baqarah 2:38. Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-A’raf 7:11. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
Al-A’raf 7:12. Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.
Al-A’raf 7:13. Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya, oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.
Al-A’raf 7:14. Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).
Al-A’raf 7:15. Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).



------------------------------------------------------

aaaa

Al-A’raf 7:16. Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus,
Al-A’raf 7:17. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.
Al-A’raf 7:18. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya,
Al-A’raf 7:19. Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.
Al-A’raf 7:20. Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).
Al-A’raf 7:21. Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.
Al-A’raf 7:22. Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?
Al-A’raf 7:23. Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
Al-A’raf 7:24. Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati).
Al-A’raf 7:25. Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).
Al-Hijr 15:26. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Al-Hijr 15:27. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
Al-Hijr 15:28. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Al-Hijr 15:29. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanku) maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
Al-Hijr 15:30. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,
Al-Hijr 15:31. Melainkan Iblis, dia enggan turut bersama mereka yang sujud.
Al-Hijr 15:32. Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?.
Al-Hijr 15:33. Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Al-Hijr 15:34. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
Al-Hijr 15:35. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.
Al-Hijr 15:36. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat).
Al-Hijr 15:37. Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
--



-------------------------------------------

aaaa

Al-Hijr 15:38. Hingga ke hari (masa) yang termaklum.
Al-Hijr 15:39. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Al-Hijr 15:40. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.
Al-Hijr 15:41. Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
Al-Hijr 15:42. Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Al-Hijr 15:43. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
Al-Hijr 15:44. Dia mempunyai tujuh pintu, bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu).
Al-Hijr 15:45. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.
Al-Hijr 15:46. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman.
Al-Hijr 15:47. Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
Al-Hijr 15:48. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
Al-Hijr 15:49. Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
Al-Isra’ 17:61. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka mereka sujudlah melainkan iblis, dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
Al-Isra’ 17:62. Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).
Al-Isra’ 17:63. Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Al-Isra’ 17:64. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu, dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Al-Isra’ 17:65. Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya), cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
Al-Kahfi 18:50. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan iblis, dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.



---------------------------------------------------

aaaa

Taha 20:114. Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Qur’an sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.
Taha 20:115. Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.
Taha 20:116. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, dia enggan sujud.
Taha 20:117. Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu, oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.
Taha 20:118. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.
Taha 20:119. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari.
Taha 20:120. Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?
Taha 20:121. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
Taha 20:122. Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.
Taha 20:123. Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara.
Taha 20:124. Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Taha 20:125. Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?
Taha 20:126. Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.
Taha 20:127. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.
Sad 38:69. Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam, kalaulah tidak diwahyukan kepadaku).
Sad 38:70. Tiadalah diwahyukan kepadaku melainkan kerana sesungguhnya aku seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (bukan seorang pembohong atau ahli sihir atau gila).
Sad 38:71. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah,
Sad 38:72. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
Sad 38:73. (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,
Sad 38:74. Melainkan Iblis, dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia dari golongan yang kafir.
Sad 38:75. Allah berfirman: Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?
--



------------------------------------------

aaaa

Sad 38:76. Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya, Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.
Sad 38:77. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.
Sad 38:78. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!
Sad 38:79. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).
Sad 38:80. Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh,
Sad 38:81. Hingga ke hari masa yang termaklum.
Sad 38:82. Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Sad 38:83. Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.
Sad 38:84. Allah berfirman: Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan hanya perkara yang benar Aku firmankan
Sad 38:85. Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya.
NASIHAT KEPADA BANI ADAM
Ali-’Imran 3:33. Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).
Ali-’Imran 3:34. (Mereka berkembang-biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
Ali-’Imran 3:59. Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia.
Ali-’Imran 3:60. Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.
An-Nisa’ 4:1. Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
An-Nisa’ 4:25. Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu, kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) siksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



-------------------------------------------------

aaaa

Al-Ma’idah 5:27. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa,
Al-Ma’idah 5:28. Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam,
Al-Ma’idah 5:29. Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.
Al-Ma’idah 5:30. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
Al-Ma’idah 5:31. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.
Al-Ma’idah 5:32. Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang, kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.
Al-An’am 6:98. Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).
Al-A’raf 7:26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Al-A’raf 7:27. Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Al-A’raf 7:28. Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk-nenek kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?
Al-A’raf 7:29. Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata, (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).



------------------------------------------------

aaaa

Al-A’raf 7:30. Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
Al-A’raf 7:31. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Al-A’raf 7:32. Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia, (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
Al-A’raf 7:33. Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya), dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Al-A’raf 7:34. Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
Al-A’raf 7:35. Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-A’raf 7:172. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
Al-Isra’ 17:70. Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
Maryam 19:56. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Qur’an) ini perihal Nabi Idris, sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta dia seorang Nabi.
Maryam 19:57. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
Maryam 19:58. Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
Maryam 19:59. Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka),
Maryam 19:60. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun,
Maryam 19:61. (Iaitu) Syurga ‘Adn’ yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib, sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.



------------------------------------------------------

aaaa

Yasin 36:60. Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu!
Yasin 36:61. Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu, inilah jalan yang lurus.
Yasin 36:62. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu, (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
Az-Zumar 39:6. Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kekuasaan yang mutlak, tiada Tuhan melainkan Dia, oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?
Az-Zumar 39:7. Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Az-Zumar 39:8. Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya, kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka.
Az-Zumar 39:9. (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Ar-Rahman 55:14. Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
Ar-Rahman 55:15. Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang,
Ar-Rahman 55:16. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



---------------------------------------------------------

aaaa

KESIMPULAN
Saya salinkan beberapa ayat yang menjelaskan maksudnya dengan sendirinya. Sama-samalah kita renungkan maksudnya yang tersurat dan semoga Allah SWT menambahkan ilmu kepada kita agar kita memahami maksudnya yang tersirat:
Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
(Surah Ali-'Imran 3:3)
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).
(Surah Ali-'Imran 3:33)
Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
(Surah Al-Ahzab 33:3)
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
(Surah Al-Ahzab 33:33)
Walau di mana kita berada dan walau apa pun warna kulit kita, jelas bahawa kita adalah dari diri yang satu (Adam). Allah SWT telah memuliakan Bani Adam mengatasi makhluk-makhluk lain yang pernah diciptaNya dan telah mengurniakan nikmat-nikmat yang tidak terhingga kepada Bani Adam. Namun begitu, sebahagiannya telah lupa untuk mentauhidkan Allah, dan telah melakukan kerosakan, kezaliman serta pembunuhan sewenang-wenangnya di atas muka bumi. Sebahagian manusia telah menjadi para pengikut Iblis dan syaitan, serta melakukan kederhakaan yang jelas kepada Allah SWT. Na'uzubillah. Semoga maksud Ayat-Ayat di atas dapat menjadi bahan renungan yang menimbulkan keinsafan kepada anda dan diri saya sendiri, bahawa kita semua sepatutnya sentiasa berusaha mengikhlaskan diri beribadah kepadaNya dan ikhlas memohon pertolongan kepadaNya saja. Semoga dengan itu kita akan sentiasa dirahmatiNya dan tergolong sebagai kekasihNya. Amin.
SUBHANALLAH
Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam



----------------------------------------------------------