Arkib Viewers

Friday, December 4, 2009

COFFEE BREAK!! (4) : cubaan menjatuhkan thread BSS dan kepelbagaian cara penyampaian keilmuwan

Sejak kebelakangan ini ada beberapa individu atau 'hamba Allah' yang cuba menggugat thread ini dimana dia cuba untuk menjatuhkan maruah dan memburuk-burukkan nama BSS sekaligus menghilangkan kepercayaan orang ramai perihal keilmuwan BSS ini di Malaysia khususnya. Untuk pengetahuan umum atau semua, forum2 yang berkaitan BSS ini adalah banyak jumlahnya tanpa hamba sendiri sedari. Ada yang membincangkannya dari sudut keagamaan, dan ada yang membincangkannya dari sudut perbualan 'kosong'. Bagi thread ini dimana hamba membukanya atas banyak tujuan. Diantaranya ialah untuk menukar semula pemikiran orang ramai bahawa BSS itu tergolong dalam ajaran SESAT, selain itu thread ini berfungsi sebagai penerangan asa kepada ahli2 baru atau ahli2 yang kurang memahami asas2 dalam BSS. selain itu thread ini berfungsi sebagai menarik minat mana2 orang perseorangan atau individu untuk mendalami dan mempelajari kerahsiaan yang terdapat di dalam BSS itu sendiri.

Apa yang membuatkan BSS itu sering dianggap SESAT ialah kerana beberapa faktor seperti terlalu
MERAHSIAKAN sangat perihal BSS itu sendiri dan sedikit sebanyak seperti meng 'iya' kan keilmuwan ini ialah suatu keilmuwan yang terwujud sendiri atau suatu keagamaan yang memesongkan akidah umat islam.

Bagi pembaca2 thread hamba ini, terdiri dari ahli2 BSS, pekerja2 kerajaan, pengamal2 ilmu kebatinan, 'tali2 saudara' hamba, orang2 yang memperjuangkan agama, pertubuhan2 islam, pengkaji2 agama dan sebagainya. Jelas lah di sini para pembaca stakat ini menjadikan thread ini sebagai suatu info atau ilmu yang boleh kita kongsikan bersama. Pada zaman yang era maju ini, penggunaan menyampaikan sesuatu ilmu itu termasuk lah:

- E-mail
- E-Book
- Live videos
- Chatting
- Forum
- Blog
- Telephone
- Video call
- Roaming call
- roaming video
- dan lain2

itu semua adalah sangat relevan pada zaman ini. penyebaran ilmu bukan sahaja di sebarkan melalui mulut ke mulut atau surat menyurat seperti dahulu, tidak salah jika masih mahu juga menggunakan cara klasik itu, tetapi pada zaman ini amat relevan juga jika digunakan kemudahan seperti itu.

Perihal memfatwakan sesuatu ajaran itu sesat yang sebenarnya spt hamba kata sebelum ini, negara kita mempunyai suatu sistem perundangan dan mempunyai suatu sistem pemerintahan yang liberal. Untuk sesuatu pertubuhan atau perkumpulan itu diwartakan SESAT, ialah dengan melakukan kajian selama berbulan-bulan malah bertahun dan akan dihantar beberapa orang dari Jabatan2 kerajaan atau Jabatan2 keagamaan itu ke tempat atau pusat kegiatan sesuatu persatuan itu. malah beberapa orang yang dihantar itu akan 'mencampuri' akan 'bergaul' malah cuba mendapatkan info juga analisa2 dan melakukan pemantauan dari pelbagai aspek sperti

- percakapan atau penyampaian guru tersebut
- apa yang disampaikan guru tersebut
- apa yang diamalkan oleh ahli2 persatuan atau pertubuhan atau perkumpulan tersebut
- bagaimana keadaan ahli2 tersebut
- apa bacaan2 yang digunakan
- apa kepercayaan2 ahli2 tersebut
- dimana persatuan tersebut beroperasi
- bagaimana keadaan bila sesuatu ahli itu berkumpul
- dan lain2

dari situlah baru mereka melakukan kaji selidik dan analisa terhadap beberapa perkara sensitif yang melibatkan agama atau juga bangsa. ada dua kesalahan utama dalam berpesatuan.. iaitu
MNYEBARKAN PERKARA2 YANG BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH dan yang keduanya MENIMBULKAN KUCAR KACIR DIDALAM MASYARAKAT ATAU MENGGANGGU SENSITIVY SESUATU KAUM!!!!

Maka dimana pokok pertamanya bahawa mana2 jabatan  agama ingin memfatwa persatuan BSS itu?? pada 'bold' yang pertama atau pada 'bold' yang keduanya??? Lagi satu pihak yang 'berkenaan' sebelum memfatwakan sesebuah pertubuhan atau pesatuan itu perlu bergandingan dengan 'pihak berkuasa' sperti yang diketahui ramai ialah
PIHAK POLIS.. juga memerlukan 'warrant' sebagai bukti. Sehingga kini, malah keahlian BSS terdiri dari pihak polis, tentera, ahli2 agama, ustaz2 dan pelbagai lapisan masyarakat sila rujuk post2 yang lalu. dan dari tahun 1958 hingga lah kini, tiada sebarang tangkapan atau memFATWA PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI MALAYSIA lagi dilakukan. jangan samakan dengan mana2 pertubuhan yang menggunakan nama yang agak sama.

apatah lagi untuk memanggil seseorang individu dimana ianya menyebarkan atau menerangkan perkara duduk sebenar mengenai BSS itu.  seseorang individu itu tidak boleh 'ditangkap' atau dipenjarakan selagi dia tidak melakukan sebarang kesalahan dibawah mana2 enakmen jenayah.. dan lagi satu untuk menyatakan seseorang individu itu sesat juga atasa dasar dianya melakukan posting di dalam forum amatlah tidak wajar kerana selagi dianya tidak melakukan penyebaran penyelewengan agama atau mengganggu sensitivity sesebuah kaum itu... jadi dimana kewajarannya???

---------------------------------------------------

Ingat!! kepada ahli2 yang membaca thread ini.. selagi kita tak dapat membezakan yang mana BENAR2 RAHSIA dan yang mana BUKAN RAHSIA dan selagi nigin berahsia sangat, selagi itulah banyak pihak terutamanya orang2 yang bukan ahli menganggap keilmuwan ini adalah SESAT atau membelakangkan Syariat atau boleh memesongkan akidah... Sedikit sebanyak kita perlu membuka minda dan membuka sedikit perjalana BSS ini selain itu menerangkan perkara pokok sbenar pada orang ramai. lagi kita terangkan lagi orang ramai akan faham perjalanan BSS ini, bersifat keterbukaan sedikit, dan bukalah minda seluas-luasnya....
----------------------------------------------------

Kepada 'hamba Allah' yang beriye-iye nak 'ban' hamba itu macam ni laaa.. pada 13 dan 14 hb Disember ini akan diadakan sambutan 50 thn Persatuan kami.. alamt telah hamba berikan secara detail di post hamba yang lalu.. apa kata 'trap' kami semua secara beramai-ramai termasuk para2 VIP dan orang2 kenamaan yang akan hadir dan dijemput khas dari pelbagai parti dari pihak pemerintah sedia ada atau sebaliknya..  meh lerr hamba ingin benar nak tgk perkara tersebut.. Sekali lagi diingatkan JANGAN RIAK!!!!!!!! ok thanks.. wassalam~

2 comments:

  1. hamba bnyk mengikuti blog2 tmpt2 perbincangan agama yg diberi komen oleh saudara edy, tpi kebanyakkan mengatakan saudara edy sesat. hamba kecewa kerana mereka bercakap tanya berfikir dahulu.

    ReplyDelete
  2. itu tak kesah, yang penting kita tidak SESAT di sisi ALLAH S.W.t

    ReplyDelete