Arkib Viewers

Thursday, December 10, 2009

COFFEE BREAK!! (8) : perihal edy137

dah lama tak posting2 dalam thread ini maka hamba inginlah mencoretkan beberapa perkara sebelum hamba menyambung semula tajuk yang berkaitan dengan pengaplikasian dalam BSS itu. Sebelum itu, tahniah pada PERSATUAN SILAT LINCAH MALAYSIA, SILAT GAYUNG dan beberapa pertubuhan silat yang bersedia berkorban untuk berjuang di Palestin untuk menentang golongan zionis di sana jika diberi keizinan oleh kerajaan. Tapi malngnya.. memang tak akan dilepaskan punya.. itulah yang jadi penghalangnya... Mereka itu semua cukup bersemangat malah cukup YAKIN dengan 'amalan' diri mereka dari segi fizikal dan mental juga dari segi ZAHIR dan KEBATINAN.. syabas..

(note: semua persatuan2 silat tue ada kebatinan, tak pula orang kata SESAT yee.. hurmm.. dunia..)



ok lah, Hamba nak laa bergumam sedikit disini mengenai perkara2 yang berkaitan dengan perihal diri hamba dan sebagainya.. selalunya dalam sesebuah forum, ramai orang tidak suka dirinya dikenali ramai atau jika boleh merahsiakan identiti diri mereka.. terpulanglah pada individu masing-masing, bagi hamba pula.. hamba tak rasa pun ingin menyembunyikan identiti hamba atau cuba untuk mengelak-ngelak dari pelbagai persoalan.. hamba masih rasional dan masih boleh menilai sesuatu itu diantara perkara yang betul atau salah. Maka di sini hamba ingin laa cuba mengungkapkan segala persoalan2 yang sering bermain di minda para2 forumer semua tidak kira siapa anda.


SIAPA SEBENARNYA EDY137 NIE???
Siapa hamba?? nama sebenar hamba telah pun dihebahkan kepada umum pada posting2 yang lalu, maka sesiapa yang ingin mengetahuinya bolehlah selak2 page terdahulu yer.. jangan malas.. nak tahu kena usaha sikit laa.. dan kenapa hamba menggunakan nick EDY137 ialah kerana edy itu sendiri ialah nama panggilan hamba sebenarnnya.. nombor 137 itu pula membawa maksud kepada 'persatuan' yang hamba sertai. Jadi tiada apa yang pelik juga ganjil di situ yaa..

CABANG ILMU MANAKAH SI EDY137 NII???
Soalan nie agak umum dan sengaja hamba 'umum' kan ianya kerana jawapan yang hamba beri akan melingkupi kesemuanya itu. Maksud cabang ilmu di situ terlalu umum maka hamba cuba jawab yang pertamanya jika dilihat dari pelbagai sudut, hamba bukanlah pakar agama (terus terang cakap ye).. kalau nak cerita atau nak tanya kemusykilan bab agama pergilah tanya Uztaz2 atau orang2 bijak pandai agama.. hamba juga bukanlah bekerja sebagai proffesor di mana insititusi sains dalam negara mahupun luar negara.. bukan kata hamba cerita bab sains hamba nih seorang 'scientist'.. hamba cumalah seorang 'pakar komputer' dan juga 'pengajar komputer' di institusi swasta. kalau bab komputer boleh rujuk pada hamba.. no hal punye.. Yang pastinya... hamba seorang PENGKAJI... dimana hamba suka mengkaji pelbagai bidang di dalam dunia ini bukan hanya pada ilmu agama tetapi juga pada BSS, kehidupan, ala semesta, sejarah, geografi, sains dan sebagainya.. jadi dengan hasil kajian hamba itulah makanya terbentanglah sedikit sebanyak perihal BSS ini di thread hamba ini..

JIKA AGAMA BUKAN BIDANG ANDA KENAPA BERHUJAH TENTANG BAB AGAMA???
Ini juga persoalan yang biasa ditujukan pada hamba sebenarnya.. kira soalan favourite ramai lahh.. dan sebnarnya menjadi jawapan favourite hamba laa.. Yaa.. memang kenyataan hamba sebelum ini ialah hamba bukanlah 'pakar agama'.. tetapi tidak bermakna hamba tidak boleh langsung membicarakan bab agama kerana, hamba bukan PAKAR AGAMA tetapi hamba TAHU PASAL AGAMA... hurmm.. boleh faham kat situ.. hamba berhujah mengenai agama adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan amalan hamba iaitu BSS dan juga segala hujah2 hamba ialah perkara2 ASAS dalam agama itu sendiri, dan yang paling penting tiada satupun hujah hamba mengenai agama ialah DUSTA... jika hamba berDUSTA.. maka berdosalah hamba.. Jadi kalau sesiapa ada persoalan mengenai agama boleh lah rujuk pada uztaz2 dan sebagainya yerr.. lagipun di thread ini membincangkan perihal BSS bukannya AGAMA.. sesiapa yang ingin menegur hamba, no problem.. hamba faham laa.. tapi bukannya dengan cara terus tabur fitnah.. itu dah melampau.. kalau ada sesape nak berdebat pasal agama.. no laa.. hamba tak laa tolak, tapi hanya berdebat dalam ruang lingkup pengetahuan hamba laa.. tapi kalau nak berdebat perihal BSS.. YES.. ada mana2 ahli yang tak bersetuju dengan posting2 hamba.. go on.. kita boleh adakan satu sesi perdebatan.. kerana apa?? kerana BSS ialah kepakaran hamba.. agama pula bukan kepakaran hamba tapi hamba tahulah bab agama.. contohnya.. anda tahu tukar tiub tayar kereta tak bermakna anda pakar automotif.. ada tahu guna komputer dan internet tak bermakna anda pakar dalam bidang perkomputeran... macam tuh laa..

KENAPA WUJUDKAN THREAD BUDI SUCI SEJATI NII??
soalan yang biasanya kedengaran dari golongan ahli2 BSS. Kenapa??? pertama sekali, hamba bukanlah sibuk2 nak menjadi seorang GURU atau PENDITA atau MAHAGURU ke apa ke.. lagipun memang hamba seorang 'guru' pun sekarang nie.. guru komputer laa.. hamba mengajar komputer.  Nak jadi GURU BSS?? hahaha.. tak mahulah.. tak ingin pun (walaupun banyak rahsia2 'pengisian' yg hamba dah tahu)..  thread ini dibuka berbeza dengan yang proffesor BSS buka yerr.. Proffesor BSS buka blognya atas dasar 'additional information' atau informasi tambahan dan cara penghuraiannya lebih kepada golongan ahli2 sahaja. Hamba pula buka thread ini atas dasar menarik minat golongan2 'orang ramai' membuka minda mereka atas apa itu BSS sebenarnya.. SESAT kah ia.. menyimpang akidah kah ia?? dan cuba menarik minat mereka utk menyertai BSS dan mengamalkannya. tapi thread ini bukanlah sumber 'pengiklanan' yerr.. lain tue.. Sasaran pembaca hamba bukanlah untuk ahli2 sebenarnya.. ahli pun boleh tapi ahli2 baru laa.. yang tak dapat faham BSS sewaktu di kelas.. yang jeins pemalu nak bertanya ke ape ke, tetapi mereka ini rajin untuk surf.. so, itulah salah satu tujuannya.. untuk orang2 ramai, dan untuk mereka2 yang nak tahu kenapa BSS itu macam ini, kenapa BSS itu macam itu..

KENAPA GUNAKAN TAJUK THREAD 'BUDI SUCI SEJATI'??
Pertama sekali dah memang keilmuwan ini bernama Budi suci Sejati... yang keduanya sebagai menarik perhatian umum mengenai sesuatu tajuk itu.. jika tajuk agak menarik barulah dapat menarik minat para pembaca.. ye takk.. Yang ketiganya, hamba tak perlu takut pun untuk nak sembunyi2 gunakan tajuk lain ke ape ke.. takde hal lah.. hamba tak pernah rasa takut pun jika dipecat ke, dibuang ke, di marahi ke, atau seumpaamanya dengannya dari persatuan. Kalau itu berlaku pun.. hubungan persaudaraan hamba dengan keluarga 'jemaah' mungkin tidak akan putus sampai bila2... itu aje..

-------------------------------------------------

Jadi, itu adalah sebahagian dari persoalan2 yang sering bermain di fikiran anda2 semua especially ahli2 BSS itu sendiri... Jika ada soalan lagi boleh lah ajukan pada message hamba atau juga nak secara terang-terangan.. boleh saje..

No comments:

Post a Comment