Arkib Viewers

Tuesday, June 22, 2010

Antara SIFAT tercela!!!

1) SYARHUL THAA'AM ; ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.


2) SYARHUL KALAM ; ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.


3) GHA'DHAB ; ertinya bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.


4) BUKHL ; ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.


5) HASAD ; ertinya dengki akan ni'mat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.


6) HUBBUL JAH ; ertinya cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.


7) HUBBUN DUNYA ; ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.


8) KIBR ; ertinya bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.


9) UJUB ; ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah ni'mat dari Allah.


10) RIA' ; ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah. 

Tanah dan asal kejadian Adam

proses kejadian adam (manusia)
diriwayatkan sebagai satu daripada ciptaan Allah yang paling kontroversi atau paling disebut-sebut oleh makhluk Allah yang lain. Peristiwa tersebut disebut dalam al-Qur'an apabila para malaikat mempersoalkan kejadian (manusia) sebagai khalifah atau pengganti di bumi.


"Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2: 30)


Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. Walau bagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti yang dibimbangkan oleh para malaikat.


Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya juga tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi. Maka, Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.


Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah:


Tanah Baitulmuqaddis - kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal. 
Tanah Bukit Tursina (Mesir)- telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat. 
Tanah Iraq - dahi sebagai tempat sujud kepada Allah. 
Tanah Aden (Yaman)- muka sebagai temat berhias dan kecantikan. 
Tanah telaga Al-Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian. 
Tanah Al-Kautsar - gigi sebagai tempat memanis-manis. 
Tanah Kaabah(Makkah)- tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama. 
Tanah Paris (Perancis)- tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak. 
Tanah Khurasan (Iran)- perut sebagai tempat berlapar. 
Tanah Babylon (Iraq)- kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan. 
Tanah Tursina (Mesir)- tulang sebagai peneguh manusia. 
Tanah India - kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan. 
Tanah Firdaus (Syurga)- hati sebagai tempat keyakinan, keimanan, dan kemahuan. 
Tanah Taif (Arab Saudi)- lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa.

Tuesday, June 1, 2010

Energy dan Kerahsiaannya...

Memang betul..hari ini memang saya ingin menulis tentang Ilmu ghaib. Agak lama saya tidak menulis tentang satu subjek yang menjadi kegemaran saya selain daripada subjek sains minda dan subjek pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib yang sangat saya minati iaitu bidang bio-energi atau terapi energi atau sewaktu dengannya iaitu ilmu metafizik.

Sebenarnya, artikel tentang terapi energi ini memang subjek kegemaran saya dan kerap saya sentuh di sini. Kalau anda pernah membaca artikel awal di blog ini , anda pasti tahu subjek ini kerap saya tulis walau dalam nada yang ringan sahaja. Maka, sempena satu sesi Retreat & Recharge yang akan saya hadiri di Langkawi hujung minggu ini di bawah kendalian IQBC yang diketuai oleh Master Hazil, saya tergerak untuk menulis secara santai tentang apakah yang menariknya memahami bidang bio-energi ini. Tambah semangat sekarang ini kerana saya dalam proses menulis satu buku ILMU GHAIB yang lengkap bersama dengan Master Hazil yang PASTI akan membuka seribu satu pintu maklumat tentang bidang bio energy ini.

Sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa buku The Secret adalah buku yang membicarakan tentang ilmu energi. Membaca buku Michael Losier “The Law of Attraction” juga adalah tentang ilmu metafizik iaitu ilmu energi. Tambah mengujakan bila saya sebut, subjek feng shhui seperti buku aliran Lillian Too juga sebenarnya sains energi. Berapa ramai yang tahu, ratusan perguruan tenaga dalam yang “tumbuh bak cendawa selepas hujan” pada awal tahun 90an juga adalah penuh dengan elemen ilmu energi? Kerana itu pukulan jarak jauh hanya berkesan jika musuh juga beremosi. (ini kena ikut kelas KAMK baru boleh dijelaskan secara mendalam).

Ramai juga yang tidak tahu yang terapi “mandi bunga” juga adalah dari aliran terapi energi. Kerana itu jika kita faham tentang ilmu energi itu baru ada penjelasan kenapa ritual@terapi tersebut memerlukan tujuh jenis bunga. Tidaklah nanti kita hanya menerima tanpa mengetahui sains di sebalik ritual atau terapi tersebut.

Bagi peminat batu-batu cincin Kristal atau peminat batu-batu hikmat yang banyak dijual sehingga berharga beribu-ribu ringgit mungkin kerana telah “diisi” oleh “paranormal” atau tokoh-tokoh energi untuk tujuan yang pelbagai seperti tarik rezeki, pengasih, dan sebagainya juga perlu mengetahui bahawa memakai cincin tersebut adalah satu kaedah terapi energi atau bio energi.

Bagi peminat-peminat cincin teras kayu juga sebenarnya terdapat unsur-unsur penerangan ilmu energi disebalik “ke-magis-an” yang dikatakan dimiliki oleh sesuatu teras kayu atau azimat tersebut. Malahan ramai orang tidak tahu kenapa ada sesetengah tempat yang agak “keramat”; yang dikatakan agak sesuai untuk tujuan-tujuan meditasi dan kenapa tenpat-tempat yang tertentu seperti laut, air terjun , gua dan lain-lain sangat mujarab untuk tujuan mendapat ilmu ghaib.

Sebenarnya terlalu banyak tradisi dan budaya mahupun ritual yang kita amalkan atau kita terima pakai semenjak dahulu hingga kini tidak difahami secara saintifik (walaupun ia kelihatan sangat metafizik) tetapi sebenarnya boleh dikupas dan diterangkan secara ilmiah apabila kita memahami ilmu energi.

Kadang kala saya kecewa apabila masyarakat mudah membuat penilaian pada ilmu energi atau terapi energi yang MEREKA tidak FAHAMI atau KENALI. Di sebaliknya mereka sendiri mengamalkan pelbagai budaya dan amalan yang dibawa oleh datuk nenek kita yang masih bersifat tahyul dan khurafat malahan boleh merosakkan akidah jika tidak difahami dan hanya menerima dan mempercayainya bulat-bulat.

Cuba kita singkap akhbar-akhbar tabloid tertentu yang banyak mempromosikan ritual yang mistikal dan mereka sendiri tidak faham apakah penjelasan yang mereka boleh terangkan pada setiap ritual yang mereka lakukan.

Di dalam bidang ilmu bio-energi atau terapi energi, terdapat pelbagai kaedah dan aliran yang kita boleh pelajari dan gunakan dalam kehidupan setiap hari. Yang penting kita kena tahu dan mendalami secara asas pekara yang kita ingin pelajari. Terdapat pelbagai perguruan dan sekolah yang menawarkan ilmu ini. Ada yang ditawarkan secara instant dan ada yang berbentuk kelas yang lengkap.

Sebagai seorang pengamal terapi energy; baik dari aliran chakra mahupun meridian seperti Reiki, Perguruan Tenaga Dalam, RES56, EFT sehingga kepada moden terapi energy seperti radionics dan terapi frekuansi- saya suka menasihatkan mereka yang berminat untuk mendalami ilmu energi ini untuk mendapatkan guru yang ikhlas dan benar-benar ingin memakmurkan ilmu itu sendiri. Pada saya ilmu energi ini bukan mahu menjadikan kita sebagai seorang tukang ubat, paranormal, orang biasa menjadi luar biasa cepat dan sebagainya sahaja. Ia lebih luas dari itu. Tetapi hanya mereka yang benar-benar yang terlibat sahaja yang akan memahaminya.

Ia juga bukan sekadar attunement, pengijazahan, transfer, penbangkitan, abhiseka, shaktipat , channeling dan pelbagai lagi bahasa metafiziknya yang tidak difahami oleh peminat yang ingin belajar. Di barat memang mereka menjual semua pekara yang saya sebutkan itu. Kerana mereka sangat bebas dari segi pegangan dan kepercayaan. Kita di sini ada tanggungjawap pada akidah dan iman yang dianut oleh pengamal yang ingin belajar. Jika kita tidak menerangkan ilmu energi ini secara ilmu, maklumat dan ilmiah, dikuatiri ia mendatangkan kerosakan pada pegangan diri pengamal yang baru itu.Malahan mereka yang kurang faham ini akan sukar untuk menjawap soalan dari masyarakat luar yang suka “melabel” tanpa memahami sesuatu ilmu.

Saya tahu ramai orang mahu jadi “luar biasa” hebat akan tertarik apabila membaca ilmu yang ditawarkan. Maka, jika anda berminat sudah tentu anda perlu mendalami dahulu dan bertanya pada mereka yang faham sebelum membuat keputusan. Pada saya, Ilmu bio energy ini sedang berkembang dengan lebih positif. Jika dahulu ia banyak di gunakan untuk masalah penyembuhan fizikal dan masalah kerohanian yang tertentu, hari ini terapi energi telah mula bercambah dalam bidang psikologi. Masalah kehidupan seperti kerap gagal, masalah kemiskinan, masalah dalam hubungan dan sebagainya sudah boleh diatasi dengan mengunakan terapi energi. Jika dahulu, bila dikatakan ilmu ghaib sahaja sudah terbayangkan mahu jadi kebal, ilmu kebatinan, pukulan jarak jauh, makan kaca dan sebaginya.

Hari ini saya gembira memberitahu, ilmu ghaib juga boleh kita gunakan ntuk mencapai impian kita, mencapai kejayaan dalam bisnes kita, menarik kekayaan datang dalam kehidupan kita, menjadikan kita gembira dan makmur selalu. Workshop KAMK satu contoh bagaimana bidang psikologi , motivasi dan terapi energy di gabungkan dan menghasilkan satu FENOMENA baru dalam industri pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib bukan sekadar para mistik dan diajar di tempat-tempat yang tertutup tetapi ilmu ghaib kini melangkaui skop yang lebih luas dan lebih kedepan..inshaAllah.

Sekurang-kurangnya kita telah mula membuat satu anjakan pradigma atau menukar mindset kita di dalam bidang ilmu energy ini.

AMAR MAHMOOD

COFFEE BREAK!! (10) Cerita si AYB...

hurmm.. Assalamualaikum.. kali ini hamba ingin pula nak meluahkan rasa hati yang sekian lama terpendam... Apa yang menjadi 'kelakar'nya sejak baru2 ini kecoh perihal hamba 'bergaduh' dan 'berperang mulut' dengan beberapa forumer di forum topix.. thread yang kian panas dek salah seorang forumer yang agak 'kelakar' laa..

Jika para2 pembaca khususnya yang pernah berforum di thread sana tentunya masih ingat dengan seorang forumer yang menggunakan nick 'AKUYANGBIOL' atau gelaran pendeknya 'AYB'. Apa yang menyedihkan tentang si 'mamat' sorang nihh ialah dia merupakan seorang forumer yang agak
'freshies' yang terpengaruh dengan 'blog' BSS mungkin. Seperti semua ahli2 BSS ketahui.. semenjak kemunculan 'blog' BSS itu yang dikendalikan oleh Proffesor BSS, makanya timbullah dua perkara iaitu POSITIF dan NEGATIF.. keduanya itu sememangnya sukar untuk dielakkan  dan itulah RISIKO yang perlu ditanggung bagi sesiapa yang cuba membicarakan BSS di khlayak UMUM. Hamba tidak pernah menyalahkan 'blog' itu.. suka hati sesiapa lah yang mahu membicarakan BSS baik di kedai kopi, di forum, chatting, roaming videos dan pelbagai lagi.. itu hak masing2.. tiada siapa yang boleh mempertikaikan walaupun PERSATUAN yang memegang amanah sekalipun. Yang membuatkan timbulnya gejala2 negatif itu ialah INDIVIDU itu sendiri.

Kekecohan atau kehuru-haraan sebenarnya telah bermula sekian lama apabila 'dia' muncul dengan membuat kecoh di forum.. nick nya pun dah menggambarkan siapa dirinya.. Pada masa itu, semua ahli2 BSS sama ada yang otai2 atau yang 'freshies' semuanya sedang membicarakan BSS dengan penuh aman dan keharmonian. Apabila kehuru-haraan yang berlaku itu walaupun semua tidak tahu puncanya.. akhirnya 'dia' berjaya menarik minat dan pengaruh atas 'lawak bodohnya' dan mula membicarakan BSS mengikut 'cara'nya tersendiri.

Bab 'cara' hamba no comment lahh.. itu terpulang pada kesesuaian dan tertakluk pada hak individu. Apa yang membuatkan ramai forumer2 especially otai2 laah mula malas nak layan thread sana ialah kerana sifat nya yang suka meninggi diri, dan mengutuk orang sesuka hati dan kadangkala menggunakan kata2 yang agak kotor. Itulah yang membuatkan ramai forumer mula menyampah dengannya.. Akhirnya 'perbalahan' hamba dan 'dia' tercetus jua akibat dari campurtangannya diantara hamba dan salah seorang 'forumer' di sana.

Akhirnya hamba pun dengan niat untuk mengubah keadaan menasihati dirinya supaya jangan suka kutuk2 orang.. tetapi malangnya ego nya semakin tinggi dari hari ke hari. Selain itu dia suka benar 'salin kulit' (guna pelbagai nick tiruan) yang mana diantaranya dia mencipta watak2 pengikutnya dan para penyokongnya walhal itu semua adalah 'dia'..

dari hari ke hari.. forumer2 di sana telah nampak ketidak ikhlasannya dalam membicarakan perihal BSS sehingga ramai yang mula malas nak layan dan campur. apabila keadaan telah menjadi 'tegang' dia mula melarikan diri dan akhirnya mencipta satu watak baru iaitu 'AKUITUAKU' kalau tak silapnya.. hamba pun lupe.. malas nak ingat pasal si bangang nihh.. 

Jadi hamba sarankan.. supaya mana2 forumer.. y'all sendiri dah nampak siapa diri dia yang sebenarnya.. maka.. tak payahlah LAYAN lagii.. yang hamba pelik tuhh.. ada lagi forumer yang masih nak bertanya dengan si 'mamat' tuhh.. no comment lahh.. itu hak individu.. sampai sekarang pun kononnya dia kata nak ajak jumpa dan ajak 'fight' laa.. entah apa2 laa.. tapi bila kita betul2 nak jumpa takut pulak.. tuh yang pening tuhh melayan.. Dan sekarang nihh.. ramai forumer yang menggelarnya EN. KARTUN!!! mungkin sesuai untuk dirinya.. ye laa dengan sifatnya yang macam budak TADIKA dan
'freshies' dlm amalan.... Wallahualam..