Arkib Viewers

Friday, December 4, 2009

PeNgALaMaN~ : BUNIAN GUNUNG PULAI III

Kali ini hamba cuba tamatkan pengalaman hamba mengenai Trip ke gunung Pulai itu jika boleh melakukan demikian. hamba memang tak suka jika cerita itu jadi meleweh-leweh dan apatah lagii ramai mungkin yang menyangka yang hamba mereka-reka cerita penglipur lara sebegini. apa yang pastinya ini ialah pertama kali hamba menceritakan pengalaman Rahsia hamba ini pada umum yang berkaitan dengan TANJUNG... malah sbelum ini hamba hanya pernah bercerita dengan hanya 2 orang manusia sahaja dan mereka hanya tahu 50% sahaja dari kisah lengkapnya.

Jadi apabila malam perbicaraan hamba dan lembaga itu pun berlalu, makanya hamba meneruskan kehidupan hamba seperti biasa, bekerja seperti baisa seperti tiada apa2 yang berlaku. hamba berat mulut masa itu untuk bercerita kepada sesiapa pon dan akhirnya selang 2 hari kemudian, hamba seingat hamba malam selasa, hamba pon bertandang ke rumah rakan hamba dan mula bercerita mengenai trip kami itu. Dan akhirnya terbuka jugalah cerita mengenai 'malam perbicaraan' itu. Rakan hamba amat terkejut sekali mengenai kisah itu walhal sebelum itu, rakan2 trip kami selalu bergurau mengejek-ngejek dengan panggilan 'TANJUNGGGG.... TANJUNGGGG.....' mereka mengajukkan seperti semasa hamba dimasuki 'entiti' pada malam kami bermain GERAK itu.

Jadi pada malam itu juga hamba pun pulang ke rumah yang mana tiba-tiba melalui kacamata keCAHAYAan BSS, hamba dapat rasakan suatu semangat yang mana merupakan seorang lelaki memegang lembing mengejar hamba dari belakang... pada masa itu hamba naik motor sahaja kerana rumah rakan hamba itu tidak jauh dari rumah hamba. bila tengok 'side- mirror' takde pulak... tapi bile pandang depan, seperti jelas kelihatan pada 'side-mirror' yang mana seorang lelaki yang menggenggam lembing spt mahu melontarkan ke arah hamba. seperti baisa lah... hamba akan 'kosong'kan diri masa itu.. hamba nak lihat sejauh mana lembing itu dapat mengenai sasarannya. Tetapi dalam beberapa saat ianya hilang dari pandangan.

Pada malam itu hamba tidur dengan amat gelisah, dan seperti sangkaan awal, benarlah seorang wanita yang mengakui dirinya TANJUNG muncul dalam MIMPI hamba dan yang peliknya.. dia membelakangi hamba sepanjang masa, kalau dapat lihat pun sedikit dari sisi wajahnya. berpakaian kuning cair, dan yang selainnya hamba kurang ingat. Dia cuma beberapa kali bercakap dirinya ialah TANJUNG dan selain itu beberapa perkataan lagi yang hamba kurang ingat dan tidak faham. yang paling hamba ingat ialah dia mengungkapkan perkataan van dan jalan raya... sampai sekarang hamba kurang faham apa yang ingin disampaikannya.

Dan malam2 seterusnya dia muncul beberapa kali diselangi dengan seorang berpewatakan pendekar di belakang nya.. mungkin abangnya.. tetapi yang peliknya pendekar itu tersenyum sahaja, mengikut kata lembaga yang muncul, abangnya begitu berdendam dengan hamba.. wallahualam.. setiap kali muncul pasti TANJUNG itu akan membelakangi hamba.. boleh pulak dalam MIMPI itu hamba tidak terfikir untuk berjalan untuk menghadapnya.. kami hanya berkomunikasi sebegitu sepanjang beberapa kali MIMPI hamba. Dan seingat hamba sekali sahaja kemunculannya pada hari Sabtu petang dimana pada masa itu hamba berada di dalam bilik dan kemudiannya terdengar seperti ada seseorang yang sedang berbisik-bisik di luar tingkap kamar hamba... yag membuatkan hamba curiga ialah, dahlah berbisik-bisik di tepi tingkap, lepas itu seperti suara wanita... terus hamba keluar perlahan-lahan tetapi dengan pantas dan cuba lihat di bahagian luar, tetapi tiada apa2... sedang hamba termangu-mangu itu, sekali imbas imej seorang wanita yang menghadap hamba sedang berlari dari rimbunan pokok di tepi rumah semacam hendak turun ke tanah.. itu yang tiba2 jantung berdebar-debar kerana terperanjat sangat... cuma imejnya itu kabur dan tidak jelas malah sampai ke hari ini hamba tak dapat melihat pun wajah TANJUNG itu.. dalam keadaan macam itu, hamba sempat genggam tangan untuk melepaskan nombor 6, makrifat mmg dah cantik tapi akhirnya ianya lenyap begitu sahaja.

Mana tak terkejutnya tiba2 toleh kat arah pokok ada perempuan baju kuning kat pucuk berlari turun ke tanah nak menerpa... jadi terkelu kejap... perkara itu pon berlaku beberapa saat sahaja.. cuma sayangnya ianya lenyap sebelum sempat hamba lepaskan TINDAKAN ke arahnya... Dan pada malam itu, selepas tamatnya kelas BSS, kami mengambil keputusan drastik untuk ke Gunung Pulai pada malam itu juga.. rakan2 BSS semua nya setuju ajer.. padahal mereka tidak tahu pun apa yang hamba alami.. Pada malam itu juga pelbagai perkara yang berlaku sepanjang malam itu.. diantaranya ialah kisah kami mengunci diri menggunakan LAM JALALAH sehingga dapat mengaburi mata pihak polis trafik dan JPJ... ini kisahnya lain pula...

pada malam itu polis trafik membuat sekatan jalan raya besar-besaran dimana untuk menahan seberapa ramai mat2 motor... kami sekumpulan (pada masa itu semua sebok nak berkonvoi naik motor, semua kata leceh jika naik kereta ke gunung pulai itu)... di hadapan kami ada sekumpulan mat motor yang mana sedang ditahan... di belakang kumpulan kami juga ada sekumpulan mat motor yang sedang berkumpulan.. jadi kumpulan kami berada di tengah-tengah laa.. kumpulan kami terdapat 7 motosikal yang mana semuanya berbonceng.. apabila nampak keadaan itu, kami nekad untuk cuba YAKIN akan dapat melepasi tanpa perlu diperiksa satu pun.. maka mulalah kami mengunci kesemua 7 motosikal dan penunggangnya itu dengan amalan kami termasuk BSS dan LAM JALALAH... semakin menghampiri sekatan, 3 dari 4 buah motor telah berpatah balik kerana hilang KEYAKINAN... dan akhirnya tinggallah kami berempat motor sahaja melepasi seperti air yang lalu, seorang penguatkuasa pun tidak nampak kami, padahal kumpulan di hadapan kami semua ditahan, dan semasa kami dah lepas kami lihat belakang, kumpulan yang dibelakang kami juga ditahan.. kami langsung tidak ditahan malahan berkata sepatah pun.. suluh pun tak... (sebenarnya dari sebelum kisah itu dan hingga ke hari ini hamba biasa mempraktikkan keCAHAYAan itu untuk lepas sekatan, leceh kalau nak kena 'check' satu2.. jadi itulah caranya.. kadangkala, hamba saja nak menguji pihak berkuasa itu, bila lepas tersenyum sendirian sahajalah..).

Akibat dari kenakalan dan risau rakan2 yang berpatah balik itu, maka kami nekad untuk berpatah balik semula, dan melalui sekatan itu sekali lagi... akibatnya semua ditahan.. yang peliknya penguatkuasa tersebut macam tak sedar dan rasakan yang kami baru pertama kali lalu, walhal kami berpatah balik dalam beberapa minit sahaja. akhirnya setelah diperiksa, kami semua dilepaskan dengan cepat kerana tiada kesalahan apa pun.. dan kemudiannya meneruskan perjalanan mengikut laluan dalam kampung dan berhenti di sebuah perkuburan cina.

Di situlah bermulanya, kami diekori oleh beberapa makhluk yang tidak dikenali, sentiasa kami seperti diekori oleh sesuatu, dan setibanya di sana dalam keadaan yang gelap gelita, akhrinya misteri itu semakin kuat apabila ianya menyerupai salah seorang adik hamba yang sedang berjalan, dan sesetengah rakan yang tiba2 dirasuk... lemah semangat sangat... lepas seorang.. seorang lagi tumbang... yang tolong 'cabut' pun terpelanting ke pokok lalu dirasuk jugak... hamba antara yang relaks sahaja.. bagi hamba tak mungkin ahli2 BSS boleh kena sampai kena 'dimasuki', memang tak logic... mesti ada sesuatu seperti KEYAKINAN yang goyah dan juga ada diantara mereka yang nak rasa 'feel' benda tuhh 'masuk' badan. Wallahualam.. Dan selain itu semasa proses men'cabut' itu, kelihatan satu kaki yang sedang hendak menendang hamba... itu pun pengalaman menarik jugak... sekali lagi cabut... sekali lagi sebatang kaki keluar dari tubuh rakan hamba mahu menendang hamba..

Selain itu pada malam itu beberapa kali diantara rakan kami diserupai oleh makhluk tersebut... dia menyerupai salah seorang ahli kumpulan. Selain itu yang tak boleh dilupakan ialah dimana air sungai di sebelah berbunyi dengan kuatnya seperti ada seseorang yang melompat ke dalamnya.. hmba ingatkan salah seorang rakan hamba mahu mandi malam itu, kerana dia ada mengatakan begitu sebelum itu, tetapi apabila hamba dan salah seorang rakan hamba saja ingin lihat dia mandi dan menuju ke tepi sungai... satu riak air pun tak wujud. langsung tiada kesan sesoerang yang terjun ke dalam. malah rakan hamba sedang tidur dengan nyenyaknya di dalam khemah. Selain itu, imej nenek tua tetap kelihatan di tepi sungai itu spt kali pertama kami pergi dahulu. dan khemah hamba sekali lagi ada tapak kaki yang berjalan di luar... itu semua spt suatu perkara yang lali selama hamba berkecimpung dalam bidang BSS especially PERUBATAN.

Dan semua pengalaman itu hamba hanya jadikan kenangan.. dan yang pentingnya hamba tetap mempercayai perkara tersebut kerana kita WAJIB mempercayai wujudnya JIN seperti di dalam Firmannya... cuma kalau nak suruh hamba bersekongkol dengan JIN itu walaupun dia wanita yang sangat cantik... so sorry... tak berminat langsung... lagi hamba tangkap ada laa... anyway... pengalaman itu merapatkan kami semua.. cuma sekarang semua dah membawa haluan masing, ada yang masih aktif berpesatuan dan hamba pula... no comment... 'lone ranger' jerr skang nihhh.... menyampaikan 'sesuatu' melalui media internet!!!!

No comments:

Post a Comment