Arkib Viewers

Thursday, December 24, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu



Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah: 
  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!!!

HARUN YAHYA : Penalaan Halus di dalam Alam Semesta


Dia Yang telah menciptakan tujuh lapisan syurga. Kamu tidak akan dapat menemui sebarang kecacatan dalam penciptaan Yang Maha Penyayang. Perhati kembali – adakah kamu lihat sebarang jurang? Kemudian perhati kembali dan kembali. Penglihatan kamu akan berubah kepada kamu terpukau dan kelelahan! (Quran, 67:3-4)

Dia Yang Memiliki kerajaan syurga – syurga dan bumi.Dia tidak beranak dan Dia tidak ada sekutu dalam kerajaanNya. Dia telah menciptakan segala-galanya dan telah menentukannya dengan amat sempurna.(Quran, 25:2)
Falsafah kebendaan muncul dengan tuntutan bahawa keseluruhan sistem adalah semulajadi dan alam semesta sebagai jentera yang berfungsi dengan sendiri serta perjalanan dan keseimbangan alam tanpa sebarang kecacatan hanyalah suatu kebetulan.Walau bagaimanapun kini fahaman falsu kebendaan dan Darwinisme yang diistilahkan asas sains telah terbukti secara saintifik. (Lihat Harun Yahya, Percanggahan Evolusi dan Hujah Falsu Darwinisme)

Penemuan-penemuan saintifik abad ke-20 yang berturutan dengan pantas, satu demi satu dalam lapangan astrofizik dan biologi membuktikan kehidupan dan alam semesta telah dicipta. Dengan runtuhnya penyataan kajian Darwinisme, teori Letupan Besar telah menunjukkan alam semesta telah diciptakan daripada tiada. Penemuan-penemuan telah menyerlahkan rekabentuk terhebat dan penalaan halus dalam dunia kebendaan yang telah menunjukkan ciri semulajadi yang dituntut oleh fahaman materialisme tanpa asas.

Kita perhatikan hanya Bumi yang dapat memenuhi syarat-syarat yang perlu bagi kehidupan. Bagi sebuah persekitaran yang sesuai untuk hidup, pelbagai keadaan yang tidak terhitung berlaku secara serentak tanpa noktah di sekeliling kita.Terdapat sejumlah ratusan bilion galaksi yang setiapnya mengandungi purata ratusan bilion bintang. Dalam keseluruhan galaksi terdapat kemungkinan banyak planet seperti bintang. 1 Bagi menghadapi bilangan yang terlampau kuasa ini, seseorang akan lebih memahami akibat pembentukan sebuah persekitaran tanpa pengecualian di bumi.      

Daripada daya letupan besar kepada nilai-nilai fizikal atom, daripada tahap-tahap empat daya asas kepada proses kimia dalam bintang-bintang, daripada jenis cahaya yang dipancarkan oleh matahari kepada aras kelikatan air, daripada jarak bumi ke matahari kepada sudut kecondongan terhadap orbit dan daripada kelajuan putaran bumi atas paksinya kepada fungsi lautan dan gunung ganang di bumi: setiap yang terperinci sesuai bagi kehidupan kita. Hari ini, dunia sains menerangkan ciri-ciri tersebut dengan konsep-konsep “Prinsip Antropik” dan “Penalaan Halus.” Konsep-konsep ini merumuskan bahawa alam semesta bukan tanpa tujuan, tanpa kawalan, atau pengumpulan jirim secara kebetulan tetapi mempunyai matlamat ke arah kehidupan manusia dan telah direkacipta dengan kepersisan tertinggi.

Perhatian diungkap dalam ayat di atas terhadap ukuran dan harmoni dalam ciptaan Allah. Perkataan “taqdeer” bermaksud “merekacipta, mengukur, mencipta dengan ukuran” telah diambilkira dalam ayat Al-Quran seperti Surah Al-Furqan 2. Perkataan “tibaaq” bermaksud “dalam harmoni” digunakan dalam Surah Al-Mulk 3 dan Surah Nuh 15. Tambahan lagi, Allah menyingkap dalam Surah Al-Mulk dengan perkataan “tafaawut,” bermakna “bantahan, rusuhan, tidak mengikuti, tidak tersusun, berlawanan,” bahawa mereka yang mengingini ketidakharmonian akan gagal menemuinya.

Istilah “penalaan halus” yang telah mula digunakan hampir akhir abad ke-20 mewakili singkapan kebenaran dalam ayat-ayat tersebut. Selepas suku abad lalu, ramai saintis terulung, bijak pandai, dan penulis-penulis telah menunjukkan bahawa alam semesta bukan suatu pengumpulan kebetulan. Sebaliknya wujud suatu rekacipta dan susunatur luarbiasa memenuhi setiap inci kehidupan manusia dengan amat sempurna. (Lihat Harun Yahya, Ciptaan Alam Semesta dan Satu Rantaian Keajaiban) Banyak ciri-ciri dalam alam semesta menunjukkan secara nyata rekaannya dijuruskan untuk menyokong kehidupan. Ahli Fizik Dr. Karl Giberson menyatakan fakta ini:

Dalan tahun 1960an, sejumlah ahli fizik membuat pemerhatian bahawa alam semesta kita telah ditala sehalusnya bagi kewujudan kehidupan manusia. 2


Kelajuan letupan besar:

Keseimbangan-keseimbangan yang diperkenalkan oleh fenomena letupan besar, kesegeraan formasi alam semesta adalah merupakan bukti-bukti keberadaan alam semesta secara kebetulan.Menurut profesor ternama Universiti Adelaide dalam fizik matematik Paul Davies, sekiranya kadar pengembangan yang berlaku hasil letupan besar hanya satu dalam bilion bilion bahagian perbedaan, alam semesta tidak akan wujud. 3


Empat daya:

Semua gerakan fizik dalam alam semesta berterimakasih kepada interaksi dan keseimbangan empat daya oleh fizik moden: gravity, daya electromagnet, daya kekuatan nuclear dan daya lemah nuclear. Daya-daya ini memiliki nilai-nilai luarbiasa antara satu sama lain. 4


Jarak antara jasad selestia:

Penempatan jasad-jasad selestia di angkasa dan ruang yang besar antara mereka adalah perlu demi kewujudan kehidupan di bumi. Jarak-jarak antara jasad-jasad selestia telah ditentukan melalui perkiraan dengan daya-daya sejagat yang berkuasa sabagai sokongan kehidupan atas muka bumi.5


Graviti:

-Jika graviti lebih kuat, ammonia dan metana berlebihan akan berkumpul di ruang atmosfera bumi memberikan kesan kemusnahan ke atas kehidupan.
-Jika gravity lebih lemah, atmosfera bumi akan kehilangan kuantiti air berlebihan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Jarak Bumi dari Matahari:

-Jika jarak lebih jauh, planet akan menjadi amat sejuk, kitaran air atmosfera akan terjejas mengakibatkan planet mengalami zaman ais.
-Jika bumi lebih dekat ke matahari, tumbuh-tumbuhan akan terbakar, kitaran air atmosfera musnah terus, dan kehidupan menjadi mustahil.

Ketebalan Kerak Bumi:

-Jika kerak bertambah tebal, jumlah oksigen akan berpindah kepadanya secara berlebihan dari atmosfera.
-Jika kerak bertambah nipis, peningkatan aktiviti gunung berapi mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kelajuan Putaran Bumi:

-Jika kelajuan berkurang, perbezaan suhu siang dan malam akan meningkat dengan besar.
-Jika kelajuan bertambah, angin atmosfera akan mencapai kelajuan tertinggi mengakibatkan taufan dan ribut dan menjadikan kehidupan mustahil.

Medan Magnet Bumi

-Jika lebih kuat, ribut elektromagnetik yang amat kuat akan timbul.
-Jika lebih lemah, maka bumi akan kehilangan perlindungan terhadap zarah-zarah berbahaya yang dikeluarkan oleh matahari dan dinamakan angin-angin suria. Kedua-dua keadaan akan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kesan Albedo (Pecahan Cahaya Pantulan oleh Bumi)

-Jika berlebih, zaman ais akan pantas terhasil.
-Jika berkurang, kesan rumah hijau akan menyebabkan kepanasan lampau.Bumi akan mula dibanjiri dengan peleburan glasiar dan kemudian terbakar.

Perkadaran Oksigen dan Nitrogen dalam Atmosfera:

- Jika bertambah, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan diperlambatkan.
- Jika berkurang, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan dipercepatkan.

Perkadaran karbon Dioksida dan Air dalam Atmosfera:

- Jika bertambah, atmosfera akan mengalami panas lampau.
- Jika berkurang, suhu atmosfera akan menurun.

Ketebalan Lapisan Ozon

- Jika bertambah, suhu bumi akan menurun secara mendadak.
-Jika berkurang, bumi akan menjadi panas lampau dan tidak dapat bertahan terhadap sinaran lampau ungu yang dipancarkan oleh matahari.

Aktiviti Seismik (Gempa bumi)

-Jika bertambah, akan berlaku perubahan mendadak yang tetap terhadap benda-benda hidup.
-Jika berkurang, zat makanan di dasar laut akan gagal merebak ke dalam air.Ini akan memberi kesan kemusnahan kepada hidupan laut dan lautan juga seluruh benda-benda hidup di bumi.

Sudut Kecondongan Bumi:

Sudut kecondongan bumi ke orbit ialah 23 darjah.Ini merupakan penyebab kepada timbulnya musim-musim. Sekiranya sudut condong ini bertambah atau berkurang daripada nilainya kini, akan mengakibatkan perbezaan suhu antara musim-musim mencecah dimensi lampau, dengan musim panas teramat dan musim sejuk terperit.

Saiz Matahari:

Bintang terkecil daripada matahari bermakna bumi akan membeku dan bintang terbesar akan mengakibatkan kebakaran.

Tarikan antara Bumi dan Bulan:

-Jika bertambah, kuasa tarikan bulan akan memberi kesan tersangat serius ke atas keadaan atmosfera, kelajuan putaran bumi di atas paksinya dan pasang-surut lautan.
-Jika berkurang, akan mengakibatkan perubahan iklim berlebihan.

Jarak antara Bumi dan Matahari:

-Jika berkurang hanya sedikit, bulan akan berlanggar dengan bumi.
-Jika bertambah hanya sedikit, bulan akan hilang di angkasa.
-Jika berkurang walau sedikit, kesan bulan terhadap pasang surut di bumi akan mencapai dimensi berbahaya.Gelombang lautan akan melimpahi kawasan tanah rendah.Geseran yang timbul hasil daripada fenomena ini akan meningkatkan suhu lautan dan keseimbangan suhu peka yang perlu bagi kehidupan di bumi akan hilang.
-Jika bertambah walau sedikit, pasang surut akan berkurang menjadikan lautan lebih tenang tanpa gelora. Air tenang akan membahayakan hidupan laut dan aras oksigen untuk pernafasan kita akan turut bahaya. 6


Suhu Bumi dan Kehidupan Asas Karbon:

Kewujudan karbon sebagai asas semua kehidupan bergantung kepada baki suhu dalam had tertentu. Karbon adalah bahan keperluan untuk molekul organic seperti asid amino, asid nukleik dan protin: Semua ini merupakan asas kehidupan. Atas alasan tersebut, kehidupan hanyalah berasaakan karbon. Oleh itu, suhu yang wujud mestilah tidak kurang daripada – 20 darjah Celsius dan tidak lebih daripada 1200 darjah Celsius (2480 F). Inilah had suhu atas bumi.

Ini hanya sebahagian kecil keseimbangan-keseimbangan peka yang berlebihan perlu bagi kehidupan atas bumi yang telah muncul dan untuk terus hidup. Bahkan ini sudah mencukupi untuk menyingkap secara nyata bahawa bumi dan alam semesta bukan wujud hasil daripada kebetulan-kebetulan yang berturutan. Konsep-konsep “Penalaan Halus” dan “Prinsip Antropik” yang telah bermula digunakan dalam abad ke-20 merupakan pembuktian terhadap ciptaan Allah. Keharmonian dan perkadaran di dalamnya telah diterangkan dengan kejituan yang amat unggul empat belas abad dahulu dalam Al-Quran.

Bilal bin Rabah 'muazin' pertama laungkan azan

BILAL Bin Rabah ialah muazin pertama dalam Islam. Bilal termasuk golongan pertama masuk Islam atau orang ketujuh memeluk Islam pada awal penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW.

Perhubungan atau komunikasi Bilal dengan Islam bermula ketika beliau menjadi hamba kepada Umaiyyah. Perbincangan Umaiyyah dengan tetamunya mengenai kehadiran agama baru (Islam) yang dibawa Nabi Muhammad SAW, secara tidak langsung didengar Bilal.

Walaupun ketika itu Bilal belum mengenali Muhammad SAW secara peribadi, beliau sering mendengar berita Nabi SAW seorang lelaki sederhana, jujur dan telus dari Bani Hasyim itu sangat dihormati bangsa Quraisy. Bilal tertarik dengan Islam dan ajaran yang dibawa Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.

Kerana itu, Bilal segera menemui Saidina Abu Bakar yang terlebih dulu memeluk Islam. Bilal meminta Abu Bakar menghantarnya menemui Rasulullah SAW. Bilal tidak menunggu waktu lama untuk menyatakan keIslamannya di hadapan Nabi SAW.

Keimanan Bilal terus diuji selepas mengucapkan kalimah syahadah, jika Abu Bakar as-Sidik dan bangsawan Quraisy lainnya aman daripada perlakuan kejam sesama bangsa Quraisy yang benci terhadap Islam, lain halnya dengan Bilal.

Sebagai hamba daripada anggota suku Quraisy yang pernah dianiaya dengan kejam, Bilal dipaksa keluar dari agama Islam dan kembali kepada agama nenek moyangnya yang menyembah berhala.

Majikannya, Umaiyyah memaksa Bilal keluar daripada Islam dengan segala cara dan paksaan. Pada suatu hari yang panas terik, Bilal dipaksa memakai baju besi, kemudian ditanam dalam pasir yang sangat panas hingga kepalanya saja yang nampak.

Bilal sering dipaksa Umaiyyah untuk berbaring telentang di atas pasir yang sangat panas. Kemudian tubuh Bilal ditindih batu yang besar dan berat. Pada waktu lain, Bilal diikat lehernya dan diseret ke kota Makkah. Meskipun demikian, Bilal tetap bertahan seraya mengucapkan kalimah ‘Ahad, Ahad’ (Allah Yang Esa).

Akibat penyiksaan luar biasa kejam itu, Bilal pun pengsan. Ketika sedar kembali, di hadapannya berbunyi teriakan Umaiyyah yang memaksanya untuk keluar daripada Islam. Dengan kejam Umaiyyah mengancam akan membunuhnya serta menyeksanya, kecuali ia tidak mengakui Muhammad SAW sebagai utusan Allah. Namun, Bilal tetap teguh, patuh dan bertahan dengan penuh keyakinannya.

Suatu hari, Abu Bakar berjalan melintasi tempat di mana Bilal sedang mengalami penyiksaan. Kerana kasihan, Abu Bakar segera meminta Umaiyyah menjual Bilal kepadanya.

Kerana tidak rela Bilal dimiliki Abu Bakar, Umaiyyah menaikkan harga yang sangat tinggi, namun Abu Bakar tetap sanggup membayarnya. Kemudian Bilal bekerja dengan Abu Bakar, namun selepas itu beliau berhenti dan membantu Rasulullah SAW menyebarkan ajaran Islam. Bilal juga menjadi pengawal Rasulullah SAW yang sentiasa siap sedia membela rasul.

Waktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Bilal ikut bersama, ia selalu menemani dan menjaga Rasulullah SAW di mana pun berada, termasuk dalam setiap peperangan.

Pada awalnya, untuk mengetahui waktu sembahyang, umat Islam melaksanakannya dengan terlebih dulu menentukan waktu, kemudian berkumpul untuk sembahyang. Namun, kerana kesulitan akhirnya Rasulullah SAW berfikir untuk memanggil umat Islam menunaikan sembahyang menggunakan terompet.

Namun, Rasulullah SAW sendiri tidak menyukai hal itu kerana orang Yahudi juga menggunakan cara sama. Akhirnya, disepakati panggilan azan ketika memasuki jam sembahyang dilakukan dengan tepukan tangan.

Tidak berapa lama kemudian, salah seorang sahabat, Abdullah Bin Zaid datang menemui Rasulullah SAW. Dia berkata bahawa dia bermimpi bertemu seorang lelaki yang menggunakan dua helai kain berwarna hijau sambil membawa loceng.

Dalam mimpi itu, Abdullah lalu menawarkan dirinya untuk membeli loceng berkenaan. Ketika lelaki itu bertanya untuk tujuan apa loceng itu, Abdullah menyatakan loceng itu akan digunakan untuk memanggil orang mengerjakan sembahyang.

Namun, lelaki itu menawarkan panggilan sembahyang yang lebih baik iaitu seruan azan yang kita dengar hari ini. Dengan sukacita, Rasulullah SAW menyatakan bahawa itu adalah seruan baik.

Rasulullah SAW segera meminta Abdullah menemui Bilal dan mengajarkan azan itu kepadanya. Bilal dipilih sebagai muazin kerana dia memiliki suara indah dan lantang, sehingga boleh menjangkau jarak yang jauh.

Mulai saat itu, pertama kali azan diperdengarkan di Madinah dan Bilal menjadi muazinnya. Selepas selesai azan dikumandangkan, Bilal berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW dan berkata (mari kita sembahyang, mari mencapai kemenangan). Ia berucap mengingatkan Rasulullah SAW bahawa sudah masuk waktu sembahyang, begitulah Bilal setiap kali ia selesai azan.

Bilal menjadi muazin Rasulullah SAW hingga Baginda wafat. Umat Islam tidak melupakan kewajipan sembahyang walau pun Nabi sudah meninggal dunia. Kerana itulah mereka meminta Bilal untuk azan.

Monday, December 21, 2009

HARUN YAHYA : KEHEBATAN ATOM PETANDA KEKUASAAN TUHAN


Udara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitu juga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkan segala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom. Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalah proton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam mata kita.

Bagaimana pula dengan benda yang kita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia keras ataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanya terdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atom pada setiap objek-objek itu.

Banyak orang mengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruh pelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun mereka mungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsur paling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’.

Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang paling sempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, setiap  satu daripada berjuta-juta atom ada pada kerusi yang kita duduk. Ia ada susunan dan sistem yang amat rumit sehingga setiap satu atom hanya dapat dihuraikan pada sebuah buku. Secara lazimnya, setiap pengubahsuaian pada susunan semulajadi yang tiada tandingan ini akan gagal dan susunan itu tetap dalam keadaan begitu tanpa sedikit kekurangan.


SUSUNAN PADA SETIAP ATOM

Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.

Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.

Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan  yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.

Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan   yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.


TENAGA YANG HEBAT DALAM NUKLEUS SETIAP ATOM

Nukleus-nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Namun, apakah tenaga yang mengikat kedua-dua unsur halus itu dalam nukleus? Itulah yang dimaksudkan sebagai 'kekuatan tenaga nuklear’. Tenaga yang dinyatakan oleh hukum fizik sebagai tenaga hebat yang mengikat nukleus-nukleus atom.

Tenaga inilah yang mengikat proton dan neutron seutuhnya. Tenaga ini amat berkuasa sehingga ia mampu melekatkan proton dan neutron dalam nukleus. Dalam masa yang sama, ia memisahkan dan mengasingkan kedua-duanya. Sekiranya tenaga ini ada lebih kuasa pengikat, proton dan neutron akan bergabung antara satu sama lain. Sekiranya kuasa pengikat lemah, kedua-duanya akan bertebaran dan atom akan hancur.

Apabila tenaga hebat dalam nukleus itu dibebaskan, atom akan berpisah dan pecah seterusnya menghasilkan tenaga yang menggerunkan dikenali sebagai tenaga nuklear. Semakin bertambah jumlah proton dan neutron, semakin besar saiz nukleus. Oleh hal yang demikian, semakin kuatlah magnitud tenaga yang mengikat unsur-unsur halus itu.

Proses pemisahan tenaga yang mengikat proton dan neutron adalah sukar bagi nukleus-nukleus yang lebih besar. Apabila unsur-unsur halus itu terpisah antara satu sama lain, ia akan cuba untuk kembali bersama dengan tenaga yang lebih besar dan kuat, seperti satu spring. Tenaga ini dianggarkan 1038 kali ganda lebih besar berbanding graviti. Dalam erti kata lain, beratus- ratus juta lebih besar tenaganya. Selagi mana tenaga itu tidak diusik ataupun diubah, ia tidak akan mendatangkan keburukan. Namun dengan adanya campur tangan manusia, ia boleh menjadi satu tenaga yang mampu membinasakan berjuta-juta manusia.


PENGEKALAN TENAGA DALAM NUKLEUS

Tenaga luar biasa yang berada dalam nukleus setiap atom ini pada asasnya berupaya membahayakan berjuta-juta nyawa manusia. Sebenarnya, ia terbentuk melalui dua tindak balas atom yang berbeza. Tindak balas itu dikenali sebagai 'pembelahan' yang terbentuk melalui pemisahan ataupun pembahagian nukleus. Manakala 'pelakuran' adalah penggabungan dua atom yang berbeza menggunakan tenaga yang kuat. Satu tenaga yang besar dan menakjubkan akan terbentuk melalui kedua-dua tindak balas ini.

Semasa eksperimen–eksperimen awal teknik  pembelahan dijalankan, saintis ‘membedil’ nukleus dalam uranium-235 dengan neutron-neutron pada kelajuan yang pantas. Hasilnya, mereka mendapati satu keadaan yang amat menarik. Setelah neutron itu diserap oleh nukleus dalam atom uranium tersebut, ia menjadi tidak stabil. Pada masa itu, ada perbezaan jumlah antara proton dan neutron dalam nukleus seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan. Justeru, bagi menyelesaikan ketidakseimbangan itu, nukleus mula berpecah sambil mengeluarkan sejumlah tenaga bersama dengan unsur-unsur halus pada kelajuan yang sangat pantas.

Saintis ‘membidik’ neutron yang bergerak itu dengan cubaan bagi ‘menembak’ satu daripada nukleus-nukleus dalam atom uranium. Semua ini dilakukan bagi memecahkan satu daripada nuleus-nukleus atom dalam timbunan atom uranium-235 sehingga pecah berkecai. Semasa ia berpecah, setiap nukleus membebaskan dua ataupun tiga neutron secara purata. Neutron-neutron ini kemudiannya menyerap nukleus-nukleus lain sehingga menghasilkan tindak balas.

Setiap satu nukleus uranium yang baru berpecah akan bertindak balas sama seperti yang pertama. Seterusnya, satu siri pemecahan nuklear atau 'pembelahan' berlaku. Setelah sejumlah besar nukleus-nukleus uranium berpecah dan terbelah, ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang amat menakjubkan.

Proses pembelahan dan pemecahan nukleus-nukleus U-235 inilah yang membawa kepada tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi yang meragut berpuluh-puluh ribu nyawa orang awam. Oleh kerana bumi, seluruh atmosfera dan tubuh badan kita sendiri terdiri daripada atom, apakah yang dapat menghalang atom-atom ini daripada menghasilkan tindak balas seumpama itu. Apakah yang mampu menghalang kemusnahan seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki daripada berlaku di tempat lain? Pada bila-bila masa sahaja?

Bayangkan lebih kurang 100 trilion atom dimuatkan ke dalam satu kepala pin, apakah kita boleh gambarkan bagaimana struktur stabil setiap atom berubah sebaliknya. Justeru, apakah ada alternatif lain yang dapat menghalang nuklear daripada memusnahkan seluruh alam semesta dalam masa yang pantas?

Neutron-neutron sekiranya bergerak secara bebas dalam alam iaitu bebas daripada sebarang nukleus atom, ia akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘kemerosotan beta’. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati neutron yang bebas dalam alam semulajadi. Ia hanya ada pada tempoh yang sangat terhad. Justeru, neutron yang digunakan dalam tindak balas nuklear dibebaskan menggunakan cara manual.

Tuhan, pencipta alam yang tiada tandingannya ini sudah mencipta seluruh alam semesta dengan sempurna. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 100, surah Yusuf, “....Sesungguhnya Tuhanku maha lembut pada apa yang Dia mahu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.” Tuhan menciptakan atom, ada tenaga yang menggerunkan dalamnya. Tuhan juga mengawal tenaga itu dengan cara yang luar biasa. Dia menciptakan atom dalam satu sistem yang secara semulajadinya tidak mungkin rosak ataupun binasa. Walaupun segala-galanya yang wujud di alam semesta ini akhirnya akan berhadapan dengan kepupusan ataupun kebinasaan, atom  tetap kekal dengan kukuhnya. Nukleus dan elektron-elektron yang berputar dengan kelajuan yang tidak dapat dibayangkan menjadi bukti keindahan dan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Bukti kuasa Tuhan yang tiada tandingannya.


TENAGA ATOM DAN PEMBELAHAN NUKLEAR: SATU KEAJAIBAN AL-QURAN

Dalam surah al-An’am ayat 95, Allah menyatakan, “Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang memiliki sifat-sifat demikian adalah Allah. Tetapi mengapa kamu masih berpaling?”

Istilah “butir tumbuh-tumbuhan” (alhabbi) dan “biji buah-buahan” (annawa) dalam ayat di atas membawa  maksud pembelahan atom. Terjemahan annawa menurut kamus termasuklah ‘nukleus, pusat, nukleus atom’. Tambahan pula, perumpamaan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ditafsirkan Tuhan mencipta unsur daripada tenaga yang mati. Mengeluarkan yang mati daripada yang hidup  pula boleh dikaitkan dengan tenaga mati yang muncul daripada benda hidup kerana atom adalah sesuatu yang sentiasa bergerak. Ia juga disebabkan selain daripada “hidup”, alhayyi juga membawa maksud ‘aktif’ ataupun ‘bertenaga’.  Dengan maksudnya “tidak hidup”,almayyit, diterjemahkan di atas sebagai ‘mati’, yang mungkin merujuk pada tenaga.

Saintis mendefinisikan tenaga sebagai kemampuan melakukan pekerjaan. Jirim adalah bahan yang melibatkan semua objek di bumi dan seluruh alam semesta . Ia terdiri daripada atom dan molekul-molekul yang dilihat bergerak hanya menggunakan mikroskop elektron.  Pada awal abad ke-20, Albert Einstein mengeluarkan teori menyatakan jirim mampu ditukarkan kepada tenaga. Beliau juga mengatakan kedua-duanya saling berkait rapat pada peringkat atom. Ini boleh dikaitkan dengan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup seperti yang disebutkan di atas. Dalam ertikata lain, mendapatkan tenaga daripada jirim yang sentiasa bergerak pada peringkat atom. Tambahannya, perkataan yukhriju membawa maksud ‘menghidupkan’. Ia juga membawa pengertian ‘mengeluarkan’ atau ‘memancarkan’ seperti pancaran gelombang elektrik. Oleh yang demikian, istilah yang disebutkan dalam ayat ini mungkin sahaja menunjukkan bentuk tenaga yang didapati daripada atom.

Seperti yang kita tahu pada hari ini, nukleus atom boleh dipisahkan daripada komponen-komponennya. Berdasarkan pada teori Einstein, para saintis berjaya mendapatkan tenaga daripada jirim melalui pembelahan nuklear lewat tahun 1940-an. Kata kerja ‘bagi memisahkan’ pada perkataan faliqu dalam ayat di atas mungkin merujuk pada  pemisahan nukleus. Seperti yang kita lihat, tenaga yang luar biasa dan hebat dilepaskan apabila proses ini berlaku.

Rom akan menang perang diceritakan Allah 7 tahun sebelum ia berlaku!


Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.


"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. Surah Ar-Rum: 1-4.


Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 selepas masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.


Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.


Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan, pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.


Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan.


Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi.


Dengan itu kenyatan 'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.


Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.


Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.


Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.

COFFEE BREAK!! (9) : komen untuk seseorang...

Assalamualaikum.. seperti biasa, ruangan ini selalunya hamba gunakan sebagai cara utk hamba lepaskan sesuatu yang tersimpan di hati atau luahan rasa hamba sendiri.. Pertama sekali, hamba tak pernah rasa apa2 atau tersinggung atau makan hati sekiranya mana2 pihak sama ada individu atau pun berkumpulan atau juga dari mana2 persatuan dan pertubuhan atau sesiapa sahaja yang mana mereka2 tidak mempercayai dengan amalan hamba ini iaitu amalan BUDI SUCI SEJATI. kerana apa?? kerananya setiap manusia itu mempunyai kepercayaannya sendiri, keyakinannya sendiri dan juga kehendak mereka sendiri.. kerana itulah manusia letaknya di peringkat tertinggi di dalam hierarki makhluk yang paling tinggi tarafnya berbanding dengan makhluk2 lain yang yang diciptakan Allah S.W.t

apa yang hamba kesalkan ialah dimana sekiranya seseorang itu tidak bersehaluan dengan hamba, makanya tidak perlulah utk mempersendakan hamba dan sebagainya. diantaranya mempersoalkan tentang kewujudan thread ini, (kalau nak jawab secara kasar.. suke ati GUA laa!!), selain itu cuba P.M forumer2 lain ajak masuk kutuk sama2.. , cuba tanye soalan berulang-ulang... Yang sebenarnya hamba pon pening dengan segelintir masyarakat yang mana satu bangsa dan satu agama pulak tue dengan hamba... apatah lagi kononnya anak kepada guru silat gayong or something ke aperr kerr.. lantak lahh..

tak kira lah taekwondo kerr.. silat lincah kerr.. Judo kerr.. ninjutsu kerr.. kita tak boleh nak membanding-bandingkan diantara seni2 tersebut.. kesemuanya ada kelebihan dalam kelas2 mereka yang tersendiri.. sama laa macam orang yang membandingkan cikgu seni dengan cikgu matematik... mana boleh kita kata cikgu matematik lebih pandai dari cikgu seni, kerana mereka berada dalam dua kelas yang berbeza diantara satu sama lain.. malah keduanya mungkin cikgu terbaik dalam kelas masing2.. begitu juga dengan keyakinan seseorang.. kita tak boleh mengubah tahap keyakinan seseorang itu atau memaksa mereka utk mengubah pendirian mereka.. contoh orang yang tak boleh maju: 'kenapa persatuan lain takde sebok2 nak huraikan kat dalam internet kau pulak sebok2??'... kenapa nak kena ikut orang.. orang buat baru kita buat, orang mencangkung kita mencangkung.. ape punya fikiran laa.. masih macam katak di bawah tempurung.. buka sikit minda..

kalau asyik nak ikut orang lain... bila nak maju.. orang tak buat.. kita jangan buat.. orang kata RAHSIA.. kita pn anggap itu adalah RAHSIA, walhal tak tau pun mana RAHSIA atau pun bukan..  kenapa kita tak boleh jadi orang yang pertama??? kalau semua orang ikut orang.. sape yang jadi orang yang pertama kat dunia nie??? kalau gitu tak muncul lah Hitler dan fahaman Fasism nye, tak muncul lah Bill Gates dan operating Windows, tak muncullah Iskandar Zulkarnain, tak muncullah manusia2 hebat... fikirlah kawan.. kamu bukannya budak2 lagi.. cara kamu langsung tidak menampakkan kedewasaan kamu.. apakah dengan cara mempersendakan orang lain kamu mendapat kegembiraan yang kekal???? sikit2 compare ngn mane2 persatuan/pertubuhan, sikit2 cakap orang tak buat, persatuan lain tak buat... dah kenapa.. atau nak kena guna bahasa kasar kerr?? contohnya.. 'eh, kau peduli ape.. dan bla..bla..bla...' contohnya sahajalahh..

Jadi kepada yang berkenaan, jangan sempitkan pemikiran kita.. jangan jadikan diri kita spt katak di bawah tempurung.. jangan.. jangan.. dan jangan.. makin kamu berbalas2 di sini makin menampakkan kelemahan diri kamu.. makin menampakkan kerendahan taraf kefahaman kamu.. jadi hentikanlah.. makin kamu berbalas juga makin 'hot' lah thread ini.. rating pembaca makin naik.. itu positifnya lahh.. kalau rasa tak suka.. tak payah masuk pun takpe.. tak kesah.. bukan semua orang boleh terima hamba tahu.. contohnya.. bagi kita di zaman ini, 'lighter' ialah suatu perkara yang orang dah jadi tak heran ponn.. harganya pun sekitar RM1.. tapi cuba kita kembali di masa silam dan kita tunjuk lighter kat orang 'zaman batu'.. agak2 boleh jadi giler tak mereka, petik lighter keluar api pun dianggap 'magic' dan silap2 lighter tuh disembah sebagai tuhan pulak..  tapi kalau lah orang zaman batu tuhh hidup beribu-ribu tahun bagaimana mereka lihat bagaimana perjalanan kewujudan lighter itu sendiri, maka, mereka boleh menerimanya sebagai suatu perkara yang biasa sahaja..

macam tue lahh BSS.. BSS nihh cumalah seperti percikan api yang orang tgh welding tuhh sebenarnya.. cerita di sebalik perkara sebenar.. contohnya penerangan asas laa.. BSS itu ialah keilmuwan, mana datangnya keilmuwan itu.. datangnya dari pengaplikasian CAHAYA.. mana datangnya CAHAYA itu tadi.. dah masuk ketuhanan pulak.. CAHAYA NUR MUHAMMAD.. lepas tuh makin atas.. makin atas.. jadi bila orang tak faham.. kalau tiba2 nak cerita pasal BSS.. samalah macam lighter itu tadi kalau bagi kat orang zaman batu, diorang tak boleh nak percaya punya.. jadi, macam kamu yang mungkin tak mendalami ketasawwufan.. makanya kamu tak jumpa itu RAHSIA yang ALLAH S.W.t bekalkan.. kalau orang kata BSS itulah RAHSIA.. meh sini jumpa hamba.. kau faham ke takk... BSS itu pengaplikasian.. yang RAHSIAnya itu pada HAQ yang ada pd setiap manusia di dunia ini termasuklah kamu..

Macam hierarki Ketassawufanlah.. kalau tiba2 kita cerita kat orang pasal HAQ orang percaya kerr?? kena gelak dan diperlekehkan ada laa.. belum masuk bab CAHAYA, belum masuk bab NUR MUHAMMAD, belum cerita pasal KAROMAH, BAROKAH... tapi cuba kalau kamu bermula dari bawah dari peringkat SYARIAT, HAKIKAT, TARE'QAT, MAKRIFAT dan masuk bab seterusnya yang lebih tinggi.. maka saudara tak berani pun memperlekehkan ilmu ALLAH S.W.t yang maha luas ini... kerana itulah hamba kata.. dalam perjalanan saudara dari TAUHID ke TASAWWUF mungkin saudara akan jumpa dengan jawapannya jua.. insyaallah.. dan mungkin sampai masa nanti saudara jua akan ketemu dengan RAHSIA NYA yang Maha BESAR... insyaallah juga.. jadi fikir-fikirkanlah kembali apa yang hamba cuba sampaikan ini, diharap teguran ini menjadikan kamu seorang dewasa dan juga berfikiran lebih jauh dan positif.. Assalamualaikum~

from MISTIFILES : Alter Terahsia Bangsa Melayu III




Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?

Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu meneruskan pengembaraannya menjejaki wangian yang hilang di Timur Jauh...

Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh



Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)




Di dalam koleksi alat-alat kebesaran Negeri Perak,terdapat sebilah pedang misteri.Pedang ini dinamakan Cura Simanjakini.Tiada yang istimewa tentang pedang ini.Ia tiada membawa kekayaan atau keajaiban kepada pemunyanya.Ia hanyalah pedang biasa yang dibuat oleh manusia biasa.Tetapi apa yang ingin diperkatakan di sini,pedang ini membawa 1001 cerita tentang satu teka-teki yang akan membuka satu pintu rahsia jika ia diselesaikan.

Pedang ini adalah kunci kepada rahsia bangsa misteri.

Kunci Rahsia-rahsia.

Tetapi kunci ini ada kembarnya.

Dapatkan kembarnya dan salah satu pintu rahsia akan membawa ke lorong lainnya.

Lorong gelap yang dihujungnya cahaya.

Tetapi di manakah kita mahu mencari kembar kepada kunci rahsia ini?Alangkah baiknya jika kita dapat menaiki mesin masa dan kembali ke zaman Wan Empuk dan Wan Malini pada suatu pagi yang aneh ketika kedua perawan misteri ini sedang menuai padi.Ketika tiga putera raja dikatakan muncul tiba-tiba.Alangkah baiknya jika kita dapat menyaksikan dialog di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Atau ketika Sumpah Palapa diucapkan oleh Patih Gajah Mada.Mungkin di situ kita dapat mengutip kembar kepada kunci rahsia ini.Dan dapat mencari jejak-jejak yang ditinggalkan oleh bangsa Melayu kembali ke belakang sebelum mereka sampai ke 'Promised Land' ini.Alangkah baiknya jika kita dapat menyusuri langkah-langkah bangsa Melayu balik ke tempat kelahiran Mala 'Bapa Melayu' dilahirkan.Ataupun menjejak misteri ini di Lautan Hindi ketika bangsa ini tabah menghadapi ganas ombak dan sedang merenung bintang-bintang di waktu malam bagi memastikan 'Promised Land' yang dirindui tetap dalam haluan.

Kita terlampau pasrah dengan sejarah yang ada.Begitu lama bangsa ini dijajah sehingga kita buta jejak kita sendiri.

Baiklah,di sini terdapat dua peti menyimpan rahsia.Jangan bimbang,ia tidak berkunci.Kita boleh membuka peti-peti ini tetapi hanya satu yang menyimpan kembar kunci rahsia.Jika kita dapat mencantum kembar kunci ini,kita akan dapat membuka pintu rahsia itu.Peti yang satu lagi juga mengandungi kunci,yang akan membuka pintu yang lain...

Kita mulakan dengan membuka peti pertama...





SEJARAH MELAYU (MALAY ANNALS)

Kitab paling berharga yang diberi nama Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu ini diketahui dikarang oleh Tun Sri Lanang.Pelbagai sarjana barat tertarik untuk mengkaji karya agung ini seperti Winsted dan Shellebear.Namun hasil kajian terkini mendapati kerja-kerja Tun Sri Lanang sebahagian besarnya berdasarkan hasil karya penulis lain yang lebih lama dan juga manuskrip-manuskrip kuno lainnya.Sejarah Melayu mengandungi pelbagai kisah yang menerangkan pelbagai konflik antara kerajaan-kerajaan Melayu Purba dan juga ada diterangkan mengenai Empayar Melaka.Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Di dalam Sejarah Melayu terdapat satu petikan popular yang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu adalah berasal dari Iskandar Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di sini kerap terkeliru dengan Alexander The Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada siapa pun yang memanggil Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang yang keliru.Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui bahawa Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi,menyunting serta menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah ada lama sebelum itu.

"... mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa."

Apakah yang terkandung di dalam manuskrip-manuskrip yang di bawa oleh Orang Kaya Sogoh?Teka-teki pertama adalah jika Iskandar Zulkarnain itu adalah Alexander The Great dari Macedon yang pernah menawan Parsi dan India,kemungkinan terdapat waris Melayu yang berasal dari kempen Alexander The Great yang menggalakkan askar-askarnya mengahwini orang-orang asing termasuk dirinya sendiri yang mengahwini seorang anak raja satu kerajaan di India (selain dari bangsawan Parsi) di mana di dalam Sejarah Melayu dinamakan Puteri Syahrul Bariyah.Dan Sejarah Melayu mendakwa raja-raja Melayu berasal dari keturunan Alexander dan permaisuri Syahrul Bariyah.

Petunjuk kedua adalah,adakah Iskandar Zulkarnain itu adalah bermaksud dari Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam AlQuran?Memandangkan ketika itu bangsa Melayu telah memeluk agama Islam maka petunjuk yang kedua ini lebih meyakinkan.

Perlu diingat Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 29 versi dan versi-versi popular adalah hasil kajian sarjana Barat.Dan tidak mustahil sarjana Barat seperti Shellabear yang menambahkan kata 'Makaduniah' kepada nama Iskandar Zulkarnain untuk menamatkan jejak bangsa Melayu sekaligus menamatkan teka-teki ini.

Jika kita pergi ke petunjuk pertama,pencarian kita akan tamat di sini.Maka raja-raja Melayu adalah berasal dari hibrid bangsa Yunani dan satu bangsa di India (ingat,kaum di India juga berbeza-beza seperti Tamil,Benggali,Punjab,Hindustan dll).Pencarian akan tamat sepertimana kes Melayu dari Yunnan.

Tetapi mari kita lihat petunjuk yang kedua.Petunjuk kedua nampaknya akan membuka banyak pintu rahsia.Satu pintu rahsia akan membawa ke banyak lagi pintu rahsia.

Iskandar Zulkarnain,begitulah nama yang disebut dalam AlQuran surah Al-Kahfi.

Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan
bacakan kepadamu cerita tentangnya.

(AlKahfi ayat 83)

Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas.

"Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, "

(AlKahfi ayat 84)

Zulkarnain bermaksud Pemunya Dua Tanduk.Zulkarnain juga yang membina tembok untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj.





Mengikut kajian ahli sejarah dan arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari Macedon tetapi lebih menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang menyatukan bangsa-bangsa Parsi Kuno.Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut agama Allah,seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak Alexander The Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan kekasih lelaki.Empayar Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk Mesopotamia,Parsi dan India dan membentang sejauh negeri China.Cyruslah yang dipercayai mula-mula membina tembok-tembok di negeri China.Sesungguhnya bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina Tembok Besar sepenuhnya di mana catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya menambah,menyambung dan memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu wujud di negeri China.


"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya."

Ayat ini menceritakan tentang kedatangan rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang terdapat di dalam kitab Taurat/Injil.Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada menceritakan tentang raja Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang hebat.Petunjuk ini akan membawa kita ke kisah epik bangsa Melayu yang jejaknya dapat ditelusuri sejauh sejarah purba Cyrus The Great sehingga Cambyses,emperor-emperor Parsi dan Medes.





Petunjuk ini akan bercantum dengan petunjuk dari bangsa Keturah yang membuat perjalanan dari arah Sumeria menuju ke Timur.Mereka tidaklah membuat perjalanan terus-menerus sehingga ke Timur Jauh tetapi di satu-satu tempat mereka akan membuat penempatan beberapa lama sehingga menurunkan bangsa-bangsa lain.Mereka berasimilasi dengan etnik tempatan dan menghasilkan hibrid bangsa hebat yang mampu membina empayar-empayar.

Apakah dia kunci yang telah mencantumkan kdua-dua petunjuk ini?Kunci tersebut adalah Cura Simanjakini.

Kunci Rahsia dari Pedang Misteri







Cura Simanjakini adalah salah satu alat kebesaran negeri Perak.Pedang ini, yang juga dipanggil 'Pedang Kerajaan (Negeri Perak Darul Ridzuan)', berasal dari perkataan Sanskrit 'Churiga (Si) Mandakini' yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini, iaitu sebuah tasik berhampiran dengan Sungai Ganges di Negara India.

Mengikut cerita, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Sang Sapurba (juga digelar 'Nila Utama') yang tiba-tiba menjelma di Bukit Si Guntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya.

Mengikut Hikayat Ketinggian Salasilah Perak keturunan Sultan Perak (Darul Ridzuan) adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahari (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran 'Saktimuna' sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau, Sumatera. Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut agama lslam.

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi pedang ini dan disimpan oleh baginda sehingga baginda menjadi Sultan Kampar, Sumatera selepas baginda berjaya melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530.

Sebelum mangkat, Sultan Mahmud Shah telah menghantar anakandanya, Raja Mudzafar Shah, untuk menjadi Sultan yang pertama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Di dalam keberangkatan Raja Mudzafar Shah, baginda dilengkapkan dengan pedang ini dan Alat-alat Kebesaran Kesultanan Melaka dahulu. Dari tarikh itu, pedang 'Cura Si Manja Kini' yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak (Darul Ridzuan).

Mengikut kajian sejarah,pedang ini bukanlah berasal dari etnik Hindu India tetapi dari satu kerajaan Parsi Purba yang memerintah India ketika itu ataupun satu bangsa Indo-Aryan yang menduduki Tanah India dan menakluk etnik-etnik asli India.Teori perjalanan bangsa Mala dari arah Parsi ke Tibet dan seterusnya ke India dapat juga ditelusuri pada sejarah Negeri Kedah di mana nama Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Derbar Raja yang berasal daripada Parsi.
Baginda terpaksa melarikan diri setelah dikalahkan oleh raja lain. Baginda sampai di suatu tempat yang dipanggil Kedah atau Qalha.Menurut buku ini, Kedah menerima agama Islam pada awal kurun ke 12.Maharaja Derbar Raja menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah setelah memeluk agama Islam. Baginda diislamkan oleh Syeikh Abdullah.

Petunjuk ini bercantum pula dengan satu petunjuk lain,jika kita ingin membayangkan epik pengembaraan bangsa Mala kita perlulah mengetahui satu alter lain pada nama Mala itu sendiri.Alter Terahsia yang ditemui dalam peti rahsia kedua.Apa yang ada di dalam peti kedua?

'Bangsa Gunung'

Nama 'Melayu' adalah nama moden yang digunakan untuk menerangkan bangsa atau bahasa yang mendominasi Tanah Melayu dan kepulauan Melayu di Asia Tenggara.Sebelum itu bangsa ini bukanlah bergelar Melayu lagi.Ini samalah dengan perkataan 'Hindu' yang diberikan oleh sarjana Barat merujuk kepada Hind atau satu lembah di Sungai Ganges.Padahal sebelum itu ajaran purba ini bukanlah Hindu tetapi satu ajaran kuno yang berasal dari agama meyembah Tuhan yang Satu.Begitu juga dengan masalah yang kita bincangkan ini,perkataan Melayu,'Malaya' ,Malay atau Malaysia adalah nama moden yang digunakan pada abad-abad terakhir hingga kini.Namun bangsa ini sebelum digelar Melayu mempunyai pelbagai nama yang menerangkan tempat tinggal bangsa ini semasa pengembaraan atau gelaran atau sifat bangsa ini.Di antara nama-nama ini adalah Malai,Funan,Sailendra,Nam dan Champa.Malai adalah nama yang berasal dari tradisi Vedic-Parsi yang bererti 'gunung'.Begitu juga dengan yang lainnya SEMUANYA MERUJUK KEPADA 'GUNUNG' ATAU 'BUKIT'.Ini memberikan satu petunjuk tentang kemaraan bangsa Aryan dari arah pergunungan utara India seperti Himalaya-Tibet dari arah Asia Tengah,dari perbatasan Parsi seperti Bactria,Parthia dan Aria.Bangsa ini juga menerbitkan suku pahlawan Kamboja berkasta Ksyatria,merupakan salah satu suku Aryan yang menyerang perbatasan India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan purba India.

Bangsa misteri ini digelar bangsa gunung atau kaum yang datang dari pergunungan adalah kaum yang dihormati dan digeruni oleh suku-suku asli atau kerajaan-kerajaan kecil di Benua India.Bangsa ini berubah-rubah namanya akibat asimilasi dan percampuran bangsa ini dengan etnik-etnik asli tempatan.Bangsa ini telah melahirkan keturunan Sakya dan Ksyatria ketika tinggal di Tibet dan di Benua India.Bangsa ini juga menghasilkan sukukaum Champa,Funan dan Khmer juga sebahagian Viet dari asimilasi Mala dengan etnik-etnik yang kecinaan di perbatasan sempadan Yunnan-China dan Indochina.Nampaknya bangsa misteri inilah yang mewarnai sebahagian besar bangsa-bangsa Asia di mana bangsa ini yang berasal dari keturunan Keturah seperti ditugaskan untuk membawa risalah ajaran Ibrahim ke Timur dan memajukan bani Adam yang terdiri dari etnik-etnik asli yang kurang bertamadun yang berasal dari keturunan para pengikut Nabi Nuh yang bertebaran ke sana.

Perjalanan darat bangsa Mala dapat ditelusuri dari salah satu suku Mala-Aryan Purba yang digelar Kambuja.





Kambuja

Menurut kajian antropologi terkini,Kamboja adalah suku kaum Ksyatria dari Zaman Besi di India,selalu disebut dalam kesusasteraan Sanskrit dan Pali,tampil kali pertama di dalam Mahabharata dan kesusasteraan Vedanga semasa (secara kasar dari abad ke 7 Masehi).Kerajaan Kemboja terletak berdekatan Gandhara di barat laut India di Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua?).Sesetengah sarjana menerangkan Kamboja Kuno adalah sebahagian dari Indo-Aryan,sebahagian kecil yang lain kemungkinan dari Indo-Iranian,ketika yang lainnya menurut Vedic Index of Keith and Macdonnel,mengiktiraf mereka sebagai mempunyai kedua-dua keturunan India dan Iran.Walaupun begitu kebanyakan komuniti sarjana kini bersetuju yang Kamboja adalah dari Iran yang sama dengan Indo-Scynthian.Kamboja juga dikenali oleh sarjana sejarah sebagai sukukaum diraja bagi Scynthian.





Ketika penaklukan ke atas India ketika era Pra-Kushana,suku Kemboja telah bergerak ke Gujerat,Selatan India,Sri Lanka dan kemudian ke Bengal dan seterusnya ke Cambodia.

Berdasarkan manuskrip purba,kaum Kamboja adalah kaum terhormat dari bangsa Aryan dan dikelaskan setaraf dengan Vasishtas-hero dalam budaya India Kuno,dan diperkirakan di antara 6 golongan sarjana dalam Kesusasteraan Vedic India.Pakaian dan tahap sosial Kamboja adalah sama dengan Vasishthas.Selain muncul dalam Mahabharata,Kamboja juga muncul dalam Kshatria-Dharama sebagai pahlawan dan pemerintah dan juga disebut sebagai pakar dalam Vedas.Dari sukukaum Kamboja inilah munculnya kerajaan Champa dan Funan dan juga mewariskan kerajaan Khmer.Cambodia adalah nama Perancis merujuk kepada sukukaum Kemboja.

Walaupun begitu ramai sarjana berpendapat Kemboja Kuno adalah pusat kepada Tamadun Iran Purba.Dalam perbincangan setakat ini tentu ada pembaca yang masih tertanya-tanya kaitan antara budaya Iran dan India Kuno.




Kaitan Antara Budaya Iran dengan Vedic India

Semenjak di dapati bahawa terdapat persamaan kata di dalam bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi Kuno Zoroaster,sememangnya para sarjana antropologi sudah maklum akan penyerapan budaya Iran kuno dengan India dan fenomena hibrid ini digelar budaya Vedic.Bangsa Iran Kuno sudah lama berhubungan dengan etnik-etnik asli yang mendiami India.Dalam kesusasteraan India,bangsa Iran yang datang menduduki India pada zaman purba dahulu dikenali sebagai bangsa Aryan (perhatikan perubahan 'Iran' ke 'Aryan').Bangsa Aryan inilah yang membawa budaya Vedic berserta bahasa Sanskrit yang berasal dari bahasa Iran Kuno yang dapat ditelusuri dalam kesusasteraan Avestan seperti di dalam Kitab Zoroaster, Zend Avesta.Mereka juga membawa juga dikatakan orang-orang yang bertanggungjawab membawa agama Hindu ke India bermula di sebuah lembah di Sungai Ganges.Walaupun ada sarjana yang menentang teori ini berdasarkan teori Mohenjo-Daro dan Harappa,sebenarnya dua negarakota ini bukanlah ada kaitan dengan budaya Vedic-Aryan malah usia kota ini lebih tua dan sezaman dengan era Sumeria-Babilon.Ini kerana terdapat bukti perdagangan antara negarakota Ur di Sumeria dan Harappa berdasarkan penemuan artifak-artifak yang sama di kedua-dua tapak arkeologi.Malah pakar-pakar sejarah begitu bingung dengan penemuan kaca-kaca hitam yang berselerakan di jalan-jalan kedua-dua negarakota,padahal kaca-kaca hitam itu tidak dapat ditemui di mana-mana tempat dan bukan semulajadi kerana hanya didapati di loji-loji nuklear.Hasil dari penguraian uranium dan haba berantai akan menghasilkan sisa-sisa buangan berbentuk kaca-kaca hitam tadi.Inilah yang mewujudkan teori perang nuklear tambahan pula boleh dikatakan tiada rangka manusia ditemui di tapak arkeologi.Dan ini menyebabkan Mohenjo-Daro dan Harappa dikatakan sezaman pula dengan Kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang telah tenggelam.

Bahasa Iran Purba iaitu Avestan adalah asal kepada bahasa Sanskrit.Dan bahasa Sanskrit adalah bahasa elit di dalam agama Hindu.Bahasa Avestan pula digunakan dalam kitab Zend Avesta dan terdapat dalam manuskrip-manuskrip purba Iran seperti Agatha.Lihat persamaan bahasa di antara kedua-duanya.

təm amavantəm yazatəm
tam amavantam yajatam

surəm damohu scvistəm
suram dhamasu savistham

miθrəm yazai zaoθrabyo
mitram yajai hotrabhyah


Di sebelah atas adalah Avestan dan dibawahnya adalah Sanskrit.Perhatikan juga kata 'deva' dalam Sanskrit bermaksud dewa/tuhan tetapi dewa dalam Avestan adalah 'ahuras' atau 'asuras' manakala 'devas' pula bermaksud syaitan.

INI ADALAH PEMBAYANG KEPADA AKTIVITI BANGSA MALA DISEMPADAN INDIA DAN PARSI.

MISI TERAHSIA KE TIMUR JAUH

Sesungguhnya memang terdapat kisah-kisah peperangan Raja-raja Babilon atau Sumeria di dalam kitab-kitab Veda terutama di dalam Rig Veda yang merupakan yang tertua di antara keempat-empat Veda.Kisah-kisah Mahabharata juga di dalam Upanishad juga diketahui berasal dari kitab-kitab Babilon Purba.Ini amat menakjubkan.Malah lebih menakjubkan terdapat juga nama Ibrahim dan Muhammad di dalam kitab Veda.Pada tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of India yang menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka. Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa se per lima daripada Rig Veda adalah berasal daripada Kitab-kitab Babilonia. Dari sudut pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu telah diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai perjuangan Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis mengenainya telah digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada kitab-kitab yang diwahyukan.

Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu. Atharva Veda juga dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda menunjukkan bahawa 'Brahma' sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di mana huruf A di dalam Abraham telah dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat apabila seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa Arab adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim. Begitu juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di dalam Veda sebagai Saraswati, dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing di dalam Veda.Ramalan tentang Nabi Muhammad di dalam Purana:





"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad..."

(Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3)

Juga di dalam Purana:

"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'. 'Wahai engkau, kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk di kakimu."

"Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota: contohnya Abrahah Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar. Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma (Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging ini."

(Bhavishya Puran:Prati Sargh Part III:3,3,5)

Di dalam Kuntap Sukt (Antharva Veda):

Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:




"Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu"

Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan "Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang memerintah sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi. Oleh itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat tersebut dipertimbangkan. Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi bermaksud guru ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya. Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Idris dengan huruf pertama 'i' dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf akar h, m dan d).

Seratus keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad, yang mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi.

Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam mengenali mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali, Talha, Zubair, 'Abdul Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah (moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh jambangan bunga dari syurga'.

Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).

Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit 'go' diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan.Inilah sebab orang-orang Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci padahal istilah zaman purba Avestan-Sanskrit 'lembu' bermaksud 'orang suci' atau sahabat orang suci.Penyelewengan ini juga terdapat dalam bahasa Aramaik Kuno yang mengistilahkan 'anak-anak Tuhan' sebagai orang-orang suci tetapi orang-orang Kristian menyalahanggap istilah ini.




Apakah yang terjadi kepada bangsa Mala (Aryan) yang berasimilasi dengan kaum purba India?Apakah nama yang diberi oleh orang-orang Iran Kuno kepada saudara mereka dari Bangsa Mala?

Siapakah Bani Jawi?

Apakah dia yang pemberian (gift) diberi oleh Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya?Apakah misi yang digalas oleh Bani Jawi dalam perjalanan mereka ke Timur Jauh?Nantikan sambungan Alter Terahsia Bangsa Melayu IV...


-------------------------------------------------------------------------