Arkib Viewers

Thursday, December 3, 2009

COFFEE BREAK!!

Sebenarnya ramai yang agak kabur dan tak berapa faham tentang apa itu BSS.. ramai orang luar sebenarnya yang ingin 'masuk' menjadi ahli dan mempelajari BSS ini tetapi masih runsing dan berkira-kira tentang BSS ini, mana taknya, tiada siapa yang dapat dijadikan orang untuk bertanya atau kurangnya pemahaman perihal BSS ini juga kerana ramai sangat nak ianya dirahsiakan sgt..

Sebenarnya ada juga segelintir kecil orang-orang yang tidak bersetuju untuk hamba membuka topic BSS ini apatah lagi di forum yang agak umum ini. Mereka itu takut rahsia BSS ini tersebar. Bagi hamba apa sebenarnya rahsia yang dimaksudkannya itu?? hamba tak pon menceritakan cara mengisi atau cara merosul (kenduri) atau menceritakan perihal yang karut marut. Yang hamba tahu ialah hamba cuma posting tentang sedikit sahaja perihal BSS dan kebanyakannya hanyalah yang zahir dan sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan juga menarik minat orang lain untuk mempelajarinya. Lagipun, hamba menggunakan bahasa mudah dan senang difahami.

Tetapi bagi yang memang ahli pula mereka menganggap hamba mengada-ngadakan cerita dan tidak 'tahu' pon pasal BSS nih tetapi suka2 untuk berkata-kata. sayangnya mereka bukan ingin berkongsi ilmu atau sedikit sebanyak cuba memahami dahulu ayat2 yang hamba 'tulis'. Kerana setiap ayat atau perkataan akan hamba kaji sebetul-betulnya untuk tidak menyinggung perasaan orang lain terutamanya yang menjadi ahli. Perkara 'main redah' ini dapat dilihat pada awal2 post dulu dan kini nampaknya perkara itu tidaklah terlalu besar yang pernah hamba alami sikit hari dulu.

Kepada 'Persatuan Budi Suci Sejati Malaysia', tahniah kerana akan mengadakan sambutan ulangtahun ke 50 thn (Jublee Emas) pada 13 dan 14 hb Disember ini bertempat di Jungle Lodge Alang Sendayu
Batu 12 3/4, Jalan Gombak, Selangor Darul Ehsan. Walaupun ada dikalangan ahli dari 'Persatuan Pendidikan Jasmani Budi Suci Sejati Kuala Lumpur, dan dari 'Perguruan Budi Suci Sejati' yang ingin turut serta, tetapi malangnya anda semua harus faham... Malah program ini ialah program yang dianjurkan oleh Persatuan atau ianya boleh dikatakan aktiviti persatuan...

No comments:

Post a Comment