Arkib Viewers

Thursday, December 3, 2009

Borak-borak (1)


From WILDCAT - 03:49 AM on 11/17/2009




  • Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
  • Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
  • Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
  • IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
  • Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
  • Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
  • Peace... wink


----------------------------------------------------------------------------------------------------



From EDY137 - 01:03 AM on 11/18/2009




hurmm.. kalau ikut pengalaman hamba laa... lepas buat perubatan mesti hamba selangi dengan pagar rumah sekali sebagai tujuan menghindar.... kemudian hamba akan tutup pakai LAM dan


- lukis satu gambarajah LAM di hadapan dada, makrifatkan kita tanam LAM tadi pada jantung...


- dibahagian belakang.. lukis gambarajah LAM dibelakang, makrifatkan kita tanam LAM tadi pada tubuh badan


sorry, masa tutup LAM yang pertama tadi niatkan TUTUP KEKAL.... memang takd benda yang KEKAL.. tapi sekurang-kurangnya dengan NIAT kita 'seal' LAM itu lama laa tempoh nya... berbanding dengan 24 jam yang kebiasaan kita dengar...


yang cara tanam kalimah LAM melalui MAKRIFAT tuhh.. hamba diijazahkan oleh seorang GURU bukan made in BSS di JB......


sebenarnya siapa yang ada LAM boleh aje dipraktikkan tanpa pengijazahan... heheh... lama hamba simpan... takpe laa kongsi2 ilmu...


selain itu:


- berikan pesakit tadi pendinding harian... diamalkan setiap hari... yang ini banyak cara... sama ada perzikiran atau doa terpulang pada perawat


- air dibekalkan juga pada permulaan sebagai menguatkan emosi dan menghilangkan kesan2 santau atau SAKA dalam badan.... 




wallahualam... 




---------------------------------------------------------------------------------------------------


From WILDCAT - 10:27 PM on 11/20/2009




ada yg letak tapak tangan kat jantung masa solat... bab solat ni byk buku2 bertajuk "solat Rasulullah" tp semua buku pun tak sama caranya... hmmm eloklah kalau nak merujuk pasal solat ni dengan ustaz-ustaz pakar agama......


bab tutup pusat masa bersalam, ada pendapat mengatakan bahawa rasionalnya menutup pusat adalah untuk menutup ruang benda2 kotor masuk atau dihantar dgn niat tertentu oleh org2 lain yg ada ilmu kebatinan... ntahlah, hmba x pasti... wallahualam...



Peace... wink


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

From WILDCAT - 10:42 PM on 11/20/2009


hmba ingin membawa persoalan yg hmba kemukakan dalam forum topix untuk kita bincangkan...


ramai berpendapat mengatakan bhw chy budi akan hilang selepas kita mati. Yang menjadi persoalannya, chy budi terletak dalam ruh, ruh tidak mati, ruh akan mengadap Ilahi... yang akan mati adalah jasad, jasad akn kembali ke tanah... jd, marilah kita sama2 bincangkan....
  • knp chy budi tidak kekal bersama ruh?
  • apa yg berlaku sebenarnya kpd chy budi selepas kita mati, adakah sepeti kebanyakan pendapat bhw chy itu juga akan terhapus begitu sahaja bila kita mati?
  • Sekiranya chy tersebut kekal, apakah ia boleh berfungsi seperti mana kita masih hidup atau adakah chy itu akan akan bersinar seperti yang disebut di dalam Al-Quran iaitu "golongan yang terang benderang chynya"....?
mohon dapat kerjasama semua memberi pendapat.... TQ


Peace... wink


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

From EDY137 - 01:19 AM on 11/21/2009


silap...!! dulu hamba juga berpendapat begitu... lalu beberapa orang telah menegur hamba.. jadi hamba pon kajilah betul2... dan akhirnya berjumpa dgn jawapannya...


IBLIS bukan berasal dari MALAIKAT!!! itu yang pastinya... 


IBLIS memang suatu makhluk yang bahasa kasarnya macam kapten laa, atau ketua doa bagi para2 malaikat... ianya dijadikan dari api yang tidak berasap manakala malaikat dijadikan dari cahaya...  IBLIS asalnya makhluk yang cukup taat pada perintah ALLAH S.W.t.. tapi satu aje yang menyebabkan dia jadi IBLIS laknat... iaitu kerana penciptaan ADAM A.S....




--------------------------------------------------------------------------------------------------


From EDBEST - 09:15 PM on 11/22/2009



Ibilis tu adalah kutukan selepas dia tersingkir dari syurga.
Nama sebenarnya adalah Azazil, berasal dari keturunan jin.
sebab amalannya tak dapat ditandingi oleh para Malaikat, Allah lantiklah si Azazil ni menjadi ketua para Malaikat.
Beribu² tahun si Azazil melaknat satu golongan yg Allah kasihi kerana amal ibadahnya yg begitu dikagumi oleh lapisan penghuni langit, tetapi akhirnya menderhaka kepada Allah. Rupa²nya Azazil ni sedang melaknat akan dirinya sendiri.
Gitulah seba sedikit pasal Iblis ni.
--


----------------------------------------------------------------------

 From SILBI - 06:59 AM on 11/23/2009
                        

terima kasih atas info bekenaan..ingin aku menambah:

yang dikatakan iblis suka menghasut
yang dikatakan syaitan ialah suka akan pergaduahan
yang dikatakan dajjal ialah suka mengadu domba
yang dikatakan yakjud makjud suka akan kemusnahan dunia
yang dikatakan hantu ialah suka menakut nakutkan orang
semua itu adalah pekerjaan oleh makhluk yang dinamakan Azazil...Azazil cuma satu,tapi berubah nama sesuai dengan pekerjaan pekerjaan yang dipegangnya..
ibarat kan sebagai sebagai pisang...asal nye pisang...tapi ada pisang tanduk,pisang emas,pisang itu pisang ini...tapi asal nya pisang...
jika kita perhati kan perbuatan iblis,syaitan,dajjal,yakjud makjud dan hantu itu mungkin kita dapat lihat pada mase kini yang dilakukan oleh manusia sendiri..sesuai daripada firman Allah : "syaitan itu musuh kamu yang nyata,jikalau kamu tahu"...maka syaitan,atau iblis atau dajall atau azazil boleh dilihat dengan mata kasar melalui nafsu2 kita sendiri...




----------------------------------------------------------------------------------

From EDBEST - 10:54 AM on 11/23/2009




syaitan tu ada perihalnya dalam surah An Nas
--


----------------------------------------------------------------------------

From EDY137 - 01:56 AM on 11/24/2009


DAJJAL ialah dikalangan manusia...


YA'AJUJ dan MA'AJUJ juga dikalangan manusia...


bukan tergolong dari makhluk ghaib atau JIN dan SYAITAN... harap maklum!!




-------------------------------------------------------------------------------------------------------


From WILDCAT - 09:05 AM on 11/24/2009





Muhammad bin Shalih al-Usaimin di dalam tafsirnya tentang surah Al-Kahfi memetik hadis yang direkodkan oleh Muslim tentang keluarnya Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman:
  • Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman selepas terbunuhnya Dajjal. Mereka keluar dengan jumlah yang banyak (seperti belalang atau lebih banyak lagi) hingga jika mereka melewati Tasik Tiberia, orang yang berada di barisan hadapan meminum air tasik itu hingga habis. Lalu org yg di blkg mereka ketika melewati tasik itu berkata, "Dahulu tasik ini ada air". Kemudian mereka mengepung Nabi Isa dan pengikutnya di Gunung Thur hingga Nabi Isa dan pengikutnya tersiksa dan akhirnya mereka meminta Allah supaya Yakjuj dan Makjuj dibinasakan. Lalu Allah turunkan hujan yang membawa mayat2 ke laut dan juga mengirim burung2 yg membawa jasad mereka ke laut.

ada tertinggal lak td... sori...
  • Kemudian mereka mengepung Nabi Isa dan pengikutnya di Gunung Thur hingga Nabi Isa dan pengikutnya tersiksa dan akhirnya mereka meminta Allah supaya Yakjuj dan Makjuj dibinasakan. Allah pun mengirimkan ulat-ulat ke leher mereka hingga mereka binasa seketika itu dan menimbulkan bau busuk. Lalu Allah turunkan hujan yang membawa mayat2 ke laut dan juga mengirim burung2 yg membawa jasad mereka ke laut.
**** tulisan "bold" tu yg tertinggal




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------










No comments:

Post a Comment