Arkib Viewers

Friday, December 4, 2009

COFFEE BREAK!! (2) : Ban & Teguran Lantang

pertama sekali, terima kasih kepada 'forum' yang berkenaan (takkan hamba sebutkan), yang telah 'ban' hamba secara langsung.. thread hamba di 'close' dgn rakusnya tanpa 'reason' yang kukuh.. yang terkilannya thread itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan lebih dari sambutan thread hamba dalam forum ini... terima kasih.. mereka langsung tidak mahu menerima penerangan apatah lagi kritikan hamba.. pun juga hamba maafkan...

Keduanya, perihal sesetengah user yang tetiba lak nak masuk thread hamba ini lepas tuh terus dengan lantangnya bersuara.. hamba boleh terima teguran dari orang lain, apatah lagi jika teguran itu adalah teguran membina.. malangnya tulis berjela-jela.. point tegurnya seciput, ayat selainnya timbullah kutukan, malah menabur fitnah tak tentu hala.. ada hamba allah itu kata hamba cuba memaparkan apa yang menjadi 'rahsia ahli2' selama ini tak patut dipaparkan umum.. Inilah masalahnya kalau seseorang itu main 'terjah' sahaja tanpa membaca dahulu posting2 awal dari page 1 hingga kini.. untuk pengetahuan hamba posting dari buku itu ialah hanya 4 sahaja, tajuknya seperti ini (user2 lain boleh rujuk especially ahli2 BSS yg membaca):

Post #158 - SEJARAH RINGKAS BUDI SUCI SEJATI
Post #163 - Makhluk MANUSIA dan Penciptaannya...
Post #164 - Makhluk MANUSIA dan Penciptaannya... (ROH)
Post #166 - Makhluk MANUSIA dan Penciptaannya... (NAFAS)

-Untuk post #158 itu apakah salah hamba memaparkan Sejarah perihal BSS ini pada umum.. kalau sejarahnya pun nak dirahsiakn.. lebih laa menimbulkan fitnah.. hamba Allah itu cuma ingin ban tapi agak takde point..
-Untuk post #163 hamba dah edit sikit untuk bacaan umum.. lagipun perihal penciptaan manusia yang memang ada diceritakan dlm Al-Quran pun.. salah ker???
-Untuk post #164 dan post #166, itu kan penerangan yang biasa.. perihal nafas dan perihal Roh.. itu semua untuk bacaan umum.. apa pula yang hamba Allah itu kata hmba boleh menimbulkan fitnah dan kekufuran kerana menyebarkan apa yang dikatakan 'rahsia ahli' itu.. rahsia sangat ker perihal nafas ,roh dan penciptaan manusia itu?? kalau begitu semua itu ada diceritakan di dalam Al-Quran, jadi secara kesimpulannya hamba Allah itu nak menyatakan yang Al-Quran itu juga rahsia laa.. bukan untuk bacaan umum..

Untuk pengetahuan.. hamba cuma jadikan buku BSS itu sebagai rujukan hamba untuk berposting.. jika dapat diterima baik oleh yang bukan ahli sehingga seseorang itu ingin menjadi ahli BSS, maka bersyukurlah kepada penulis buku itu dan mudahan2 dilimpahi pahala dan rahmat.. cuma rasanya hamba Allah itu sahaja yang agak 'kemaruk' nak hentam tanpa usul periksa.. malah setakat ini.. ramai yang bukan ahli message hamba utk mengetahui lebih lanjut dan ada yang berminat utk menyertai.. inikan suatu perkembangan yang baik di era zaman ini.. assalamualaikum

No comments:

Post a Comment