Arkib Viewers

Thursday, December 29, 2011

Kajian Diri ~ Maksud Menyembah ALLAH

Perbezaan Qasad orang yang mengerjakan Ibadat

Barangsiapa menyembah Allah kerana suatu yang diharapnya daripadaNya atau kerana menolakkan ia dengan taatnya akan datang siksa daripadanya, maka tiadalah ia berdiri pada haq segala SifatNya kerana bahawasanya Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah.

Mengikut Ahli Tahqiq, yang dimaksudkan "Menyembah Allah" bukanlah semata-mata dengan maksud mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan menlaksanakan hak-hak yang dituntut oleh syarak, dan bukanlah pula hanya bermaksud kepada pengabdian diri yang berkaitan dengan seluruh hal-ehwal diri sama ada yang berkaitan dengan makhluk atau pun yang bersangkutan dengan ketuhanan; bahkan jika benar-benar ditahqiq maksud penyembahan itu ialah sesuatu yang melampaui kepada setiap tilikan dan pandangan hati kita. Sesuatu, sebagaimana yang terisyarat di sebalik firman Allah;

"Ke mana sahaja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah".

Dengan itu adalah tidak wajar sekali bagi kamu;
dalam mendirikan segala taat dan ibadat yang yang ala kadar itu, mengandungi bersama sesuatu hajat kebaikan, kononnya sebagai penghargaan kepada apa yang telah kamu kerjakan.
Walaupun bukan kejahatan yang ditujui bahkan kebaikan diri yang diharapkan, namun adalah tidak patut sekali kamu pertaruhkan harapan yang baik itu sebagai galang-ganti (balasan/pahala) di atas amal taat yang dikerjakan itu.

Dan adalah tidak wajar juga, dalam mendirikan segala taat dan ibadat yang dipelihara itu kita dasarkan keinginan untuk keselamatan diri di dunia, kesejahteraan hati, keberkatan hidup, keistimewaan-keistimewaan tertentu yang kononnya boleh menyelamatkan diri kita daripada bala musibah dan azab siksaNya di Hari Kiamat nanti.

Jikalau ditagihkan juga kebaikan dan perlindungan tersebut, kerana merasa seperti telah mengerjakan satu ketaatan yang ikhlas buat Allah, maka ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian, tiadalah (kamu) berdiri pada haq segala SifatNya yakni selama-lamanya engkau belum mendirikan Haq-Haq Ketuhanan. Kamu belum lagi berada di atas jalan ibadat yang lurus, jalan yang tidak dimurkai, jalan yang diredhoiNya. Apa yang sepatutnya ditiliki oleh seorang hamba yang sempurna Ubudiyahnya ialah kepada Keesaan Zat itu dengan Kesempurnaan Segala Sifat-SifatNya Yang Indah. Ini adalah kerana Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah yakni Haq Ketuhanan yang wajib dilaksanakan oleh hamba-hambaNya yang ta'bud kepadaNya ialah memerhati dan memandang kepada Segala Keindahan SifatNya Yang Kamalat (Yang Maha Sempurna) itu. Memerhati sesuatu dengan disandarkan itulah kenyataan Sifat-Sifat Tuhan Yang Qahar, Yang Qhani, Yang Rahim dan lain-lain Sifat yang disedari olehnya.

Mereka sembahyang kerana sedar kepada kenyataan Sifat-SifatNya Yang Maha Tinggi dan Agung;
Mereka berpuasa kerana sedarnya kepada kenyataan Sifat-Sifat Yang Menahani, Yang Menyempitkan dan Yang Empunya Kehendak.
Mereka berzakat kerana sedar tentang Sifat-SifatNya, Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah, dan Yang Maha Adil .
Mereka mengerjakan Haji kerana sedar tentang Panggilan Dan Seruan TuhanNya menghadapNya.
Inilah Haq Tuhan atas segala hambaNya iaitu Menghendaki bahawa menyembah mereka itu akan Dia adalah kerana sedar akan nyata wujudnya segala Sifat Allah yang Jamiilah di setiap yang terzahir pada amal ketaatannya.
Oleh itu palingkan kejahilan dan kebebalan kita dalam beramal itu kepada menghadap "Ke mana sahaja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah".

Kata-kata Sheikh Ibnu A'rabi ini baik sekali sebagai perumus keterangan di atas.
Rahsia Kemurahan Tuhan itu terzahir pada wujud yang tidak ada daya upaya kecuali Allah.

Jika anda hendakkan syurga sebagai ganjaran dari amal-ibadatmu, di manakah kemurahan Tuhan di situ?.

Jika amal yang anda hendakkan ganjaran itu pun bukan kepunyaan anda, bagaimanakah mungkin anda pandang kepada amal anda itu?

Maka barangsiapa menyembah Allah kerana sesuatu, maka ada ia bagi sesuatu itu dan terdindinglah ia kepadaNya (Allah).
Dengan demikian barangsiapa menyembah Allah kerana inginkan sesuatu selain dariNya, maka mereka adalah hamba kepada sesuatu yang diingini itu; dan tertutuplah pandangan mata hati mereka daripada memandang Keesaan Allah.

Inginkan barakah, hamba bagi barakah.
Ingin nama, kedudukan dan kemasyhuran di sisi manusia, maka jadilah hamba bagi manusia.
Inginkan terbuka alam ghaib, hamba bagi alam.
Inginkan balasan pahala, hamba bagi pahala.
Inginkan syurga, hamba bagi syurga.
Di mana semuanya itu adalah makhluk Allah. Memandang kepada makhluk dengan melupakan Yang Ampunya Haq menjadikan mereka terhijab daripada maksud ibadat yang sebenarnya yakni memandang kepada Segala Sifat-SifatNya Yang Jamil. Maka sayugianya atas hamba itu bahawa mengerjakan amal ia bagi TuhanNya 'Azzawajalla, kerana JalalNya dan 'AzomahNya, dan barang yang atasNya daripada segala Keelokan SifatNya yang tiada sekutu dalamNya.

Sayugia di sisi ahli sufi ialah Wajib. Maka wajib atas mereka mengerjakan amal-taat yang dituntut oleh syarak, dengan kerana sedar dan dapat memandang Keagungan dan Kebesaran Tuhan dengan segala KesempurnaanNya daripada segala Keelokan SifatNya yang Esa. Bukan kerana inginkan itu dan bukan dengan kerana inginkan ini, bukan pula dengan maksud itu dan maksud ini, tetapi semata-mata tunduk dan sedar kepada KeagunganNya. Jika tidak maka selama-lamanya diri akan berdosa dan menderhakai Allah dengan kerana masih bersyirik dalam amal taat yang dikerjakan.
Jikalau menyalah ia akan demikian itu dan mengerjakan ia atas bahagian nafsunya, maka tiadalah berdiri pada Haq Sifat TuhanNya, dan adalah yang demikian kejadian daripada Jahil dan Qaflah dan tiada kasihnya bagi TuhanNya dan tiada makrifatnya.

Jika mereka masih tagihkan itu dan ini, mahukan itu dan ini kerana merasa punya sedikit kebaikan yang dilakukan, maka yang demikian itu semata-mata kerana ingin memenuhi bahagian nafsunya yang tersembunyi. Amat perlu sekali disedari bahawa segala keinginan selain daripada memandang Allah itu adalah daripada runtunan keperluan hawa nafsunya. Jika sudah berdiri kepada bahagian nafsu mereka, maka sama sekali tidak akan berdiri pada Haq Sifat TuhanNya.
Bukankah memilih keinginan nafsu dengan meninggalkan Haq KetuhananNya menunjukkan betapa mereka ini adalah termasuk ke dalam golongan mereka yang Jahil dan Qaflah dan tiada kasihnya bagi TuhanNya dan tiada makrifatnya. Tidak kenal kepada TuhanNya. Yang Bersyirik dan yang menyembah diri mereka sendiri.

Sungguhpun begitu, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia Mengatur dan Menyusun aturan kehidupan hamba-hambaNya mengikut maqam dan martabat yang dikehendakiNya. Dengan itu perbezaan akan sentiasa ada. Sama ada dari segi maqam atau martabat atau tahap pemahaman dan kesedaran mereka terhadap Allah. Berlainan maqam, maka berlainan lah hal ehwal dan pengertian mereka kepada hakikat.

Dan sesungguhnya telah bersalah-salahan segala qosad orang yang mengerjakan ibadat dengan sekira-kira Maqam mereka itu dan martabat dan faham mereka itu daripada Allah.
Maqam, martabat dan kefahaman mereka terhadap Allah itu bergantung kepada segala tujuan hati mereka yang
mengerjakan ibadat.

Maka barangsiapa menyembah Allah kerana mengharapkan pahalaNya dan takut siksaNya, maka sah ibadatnya pada hal ijtima'. Tetapi ceritera daripada Imam Al-Razi atas ketiadaan sah ibadat orang yang menyembah Allah kerena takut akan siksaNya atau kerana mengharap-harapkan akan pahalaNya. Ini berkenaan khilaf atau perbezaan pendapat mengenai apakah akan diterima amal-ibadat mereka yang mengharapkan pahala dan siksa Allah???.
Mereka yang teliti akan mengamalkan pandangan dari Imam Al-Razi di atas. Dan kita bersyukur kerana melalui ijtima' ulama di atas, mereka yang masih bersyirik dengan pahala dan siksaNya masih berpeluang diterima ibadatnya . Sesungguhnya ini adalah satu kebaikan dan limpah kurnia yang besar dari Allah 'Azzawajalla.

Namun demikian tersangat jauhlah beza keikhlasan dan siddiq amalan mereka yang menyembah kerana Allah dengan mereka yang menyembah Allah kerana bahagian dirinya.
Maka jauh lah antara orang yang menyembah kerana Allah dan antara orang yang menyembah akan Dia kerana bahagiannya.

Memang berbeza kerana percakapan mereka pun berbeza, hal-ehwal mereka pun banyak bezanya; mengikut kehampiran dan kefahaman mereka berkenaan dengan Allah Taala. Maka orang yang Muhaqiq itu iaitu orang yang menyembah akan Dia kerana malu dan ta'zim.

Tuesday, December 13, 2011

Rindunya pada pemerintahan Sistem Khalifah

Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kaum muslimin agar mereka mengangkat seorang khalifah setelah baginda wafat, untuk dibai’at dengan bai’at syar’e agar memerintah kaum muslimin berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW. Menegakkan syari’at Allah, dan berjihad bersama kaum muslimin melawan musuh-musuh Allah.

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya tidak ada Nabi setelah aku, dan akan ada para khalifah, dan banyak (jumlahnya).” para sahabat bertanya, “Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi SAW menjawab, “penuhilah bai’at yang pertama, dan yang pertama. Dan Allah akan bertanya kepada mereka apa-apa yang mereka pimpin.” (HR. Muslim) 

Rasulullah SAW berwasiat kepada kaum muslimin, agar jangan sampai wujud satu zaman tanpa adanya khalifah (yang memimpin kaum muslimin). Jika hal ini terjadi, dengan tiadanya seorang khalifah, maka wajib bagi kaum muslimin berusaha untuk mengangkat khalifah yang baru, meskipun hal itu mengakibatkan pada kematian.

Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa mati dan dibahunya tidak membai’at seorang imam (khalifah), maka matinya (seperti) mati (dalam keadaan) jahiliyyah.”

Rasulullah SAW juga bersabda : “Jika kalian menyaksikan seorang khalifah, hendaklah kalian taat, walaupun (ia) memukul punggungmu. Sesungguhnya jika tidak ada khalifah, maka akan terjadi Kekacauan.” (HR. Thabarani)

Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan (kepada kita) untuk taat kepada khalifah. Allah berfirman : “Hai orang-orang yang berfirman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri diantara kamu.” (TQS An-Nisa’[4]: 59)

Kaum muslimin telah menjaga wasiat Rasulullah SAW tersebut sepanjang 13 abad. Selama interval waktu itu, kaum muslimin tidak pernah menyaksikan suatu kehidupan tanpa ada (dipimpin) seorang khalifah yang mengatur urusan-urusan mereka. Ketika seorang khalifah meninggal atau diganti, ahlul halli wal ‘aqdi segera mencari, memilih, dan menentukan pengganti khalifah terdahulu. Hal ini terus berlangsung pada masa-masa islam (saat itu). Setiap masa, kaum muslimin senantiasa menyaksikan bai’at kepada khalifah atas dasar taat. Ini dimulai sejak masa Khulafaur Rasyidin hingga periode para Khalifah dari Dinasti ‘Utsmaniyyah.

Kaum muslimin mengetahui bahwa khalifah pertama dalam sejarah Islam adalah Abu Bakar ra. Akan tetapi majoriti kaum muslimin saat ini, tidak mengetahui bahawa Sultan Abdul Majid II adalah khalifah terakhir yang dimiliki oleh umat Islam, pada masa runtuhnya Daulah Khilafah Islamiyah akibat konspirasi Musthafa Kamal yang menghancurkan sistem Khilafah Utsmaniyyah. Tragedi ini terjadi pada tanggal 27 Rejab 1342 H.

Dalam sejarah kaum muslimin sehingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri daripada 5 orang khalifah dari khulafaur raasyidin, 14 khalifah dari dinasti Umayyah, 18 khalifah dari dinasti ‘Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Dari sini pusat pemerintahan dipindahkan ke kairo, yang dilanjutkan oleh 18 orang khalifah. Setelah itu khalifah berpindah kepada Bani Utsman. Dari Bani ini terdapat 30 orang khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para khulafaur rasyidin dibandingkan dengan yang lain. Walaupun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-’Aziz, Harun al-rasyid, Sultan ‘Abdul Majid, serta khalifah-khalifah yang masyhur dikenal dalam sejarah.

Adapun nama-nama para khalifah pada masa khulafaur Rasyidin sebagai berikut:

1.Abu Bakar ash-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M)
2.’Umar bin khaththab ra (tahun 13-23 H/634-644 M)
3.’Utsman bin ‘Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M)
4.Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M)
5.Al-Hasan bin Ali ra (tahun 40 H/661 M)

Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung selama lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu’awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

1.Mu’awiyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)
2.Yazid bin Mu’awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)
3.Mu’awiyah bin Yazid (tahun 64-68 H/683-684 M)
4.Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)
5.’Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-68 H/685-705 M)
6.Walid bin ‘Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)
7.Sulaiman bin ‘Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)
8.’Umar bin ‘Abdul ‘Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)
9.Yazid bin ‘Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724 M)
10.Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)
11.Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)
12.Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)
13.Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)
14.Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)

Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu’awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

I. Dari Bani ‘Abbas 1.Abul ‘Abbas al-Safaah (tahun 133-137 H/750-754 M)
2.Abu Ja’far al-Mansyur (tahun 137-159 H/754-775 M)
3.Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)
4.Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)
5.Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786-809 M)
6.Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)
7.Al-Ma’mun (tahun 198-217 H/813-833 M)
8.Al-Mu’tashim Billah (tahun 218-228 H/833-842 M)
9.Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)
10.Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)
11.Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)
12.Al-Musta’in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)
13.Al-Mu’taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)
14.Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)
15.Al-Mu’tamad ‘Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)
16.Al-Mu’tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)
17.Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)
18.Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)
II. Dari Bani Buwaih 19.Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934 M)
20.Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)
21.Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)
22.Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)
23.Al-Muthi’ Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)
24.Al-Thai’i Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)
25.Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)
26.Al-Qa’im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)



III. dari Bani Saljuk

27. Al Mu’tadi Biamrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)
28. Al Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)
29. Al Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)
30. Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)
31. Al Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160)
32. Al Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)
33. Al Mustadhi’u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)
34. An Naashir Liddiinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)
35. Adh Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)
36. al Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)
37. Al Mu’tashim Billah ( tahun 640-656 H/1242-1258 M)



Setelah itu kaum muslimin hidup selama 3,5 tahun tanpa seorang khalifah pun. Ini terjadi karena serangan orang-orang Tartar ke negeri-negeri Islam dan pusat kekhalifahan di Baghdad. Namun demikian, kaum muslimin di Mesir, pada masa dinasti Mamaluk tidak tinggal diam, dan berusaha mengembalikan kembali kekhilafahan. kemudian mereka membai’at Al Muntashir dari Bani Abbas. Ia adalah putra Khalifah al-Abbas al-Dhahir Biamrillah dan saudara laki-laki khalifah Al Mustanshir Billah, paman dari khalifah Al Mu’tashim Billah. Pusat pemerintahan dipindahkan lagi ke Mesir. Khalifah yang diangkat dari mereka ada 18 orang yaitu :
1. Al Mustanshir billah II (taun 660-661 H/1261-1262 M)
2. Al Haakim Biamrillah I ( tahun 661-701 H/1262-1302 M)
3. Al Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)
4. Al Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1354 M)
5. Al Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)
6. al Mu’tadlid Billah I (tahun 753-763 H/1354-1364 M)
7. Al Mutawakkil ‘Alallah I (tahun 763-785 H/1363-1386 M)
8. Al Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)
9. Al Mu’tashim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)
10. Al Mutawakkil ‘Alallah II (tahun 791-808 H/1392-14-9 M)
11. Al Musta’in Billah (tahun 808-815 H/ 1409-1426 M)
12. Al Mu’tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416-1446 M)
13. Al Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)
14. Al Qa’im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)
15. Al Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)
16. Al Mutawakkil ‘Alallah (tahun 884-893 H/1485-1494 M)
17. al Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)
18. Al Mutawakkil ‘Alallah OV (tahun 914-918 H/1515-1517 M)



Ketika daulah Islamiyah Bani Saljuk berakhir di anatolia, Kemudian muncul kekuasaan yang berasal dari Bani Utsman dengan pemimpinnya “Utsman bin Arthagherl sebagai khalifah pertama Bani Utsman, dan berakhir pada masa khalifah Bayazid II (918 H/1500 M) yang diganti oleh putranya Sultan Salim I. Kemuadian khalifah dinasti Abbasiyyah, yakni Al Mutawakkil “alallah diganti oleh Sultan Salim. Ia berhasil menyelamatkan kunci-kunci al-Haramain al-Syarifah. Dari dinasti Utsmaniyah ini telah berkuasa sebanyah 30 orang khalifah, yang berlangsung mulai dari abad keenam belas Masehi. nama-nama mereka adalah sebagai berikut:

1. Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)
2. Sulaiman al-Qanuni (tahun 916-974 H/1520-1566 M)
3. salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)
4. Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)
5. Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)
6. Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)
7. Musthafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)
8. ‘Utsman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)
9. Musthafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)
10. Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)
11. Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)
12. Mohammad IV (1058-1099 H/1648-1687 M)
13. Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691M)
14. Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)
15. Musthafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)
16. Ahmad II (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)
17. Mahmud I (tahun 1143-1168/1730-1754 M)
18. “Utsman IlI (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)
19. Musthafa II (tahun 1171-1187H/1757-1774 M)
20. ‘Abdul Hamid (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)
21. Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)
22. Musthafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)
23. Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)
24. ‘Abdul Majid I (tahun 1255-1277 H/1839-1861 M)
25. “Abdul ‘Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)
26. Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)
27. ‘Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)
28. Muhammad Risyad V (tahun 1328-1339 H/1909-1918 M)
29. Muhammad Wahiddin II (tahun 1338-1340 H/1918-1922 M)
30. ‘Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M)

Sekali lagi terjadi dalam sejarah kaum muslimin, hilangnya kekhalifahan. Sayangnya, kaum muslimin saat ini tidak terpengaruh, bahkan tidak peduli dengan runtuhnya kekhilafahan. Padahal menjaga kekhilafahan tergolong kewajiban yang sangat penting. Dengan lenyapnya institusi kekhilafahan, mengakibatkan goncangnya dunia Islam, dan memicu ketidakstabilan di seluruh negeri Islam. Namun sangat disayangkan, tidak ada (pengaruh) apa pun dalam diri umat, kecuali pada sebahagian kecil saja.

Jika kaum muslimin pada saat terjadinya serangan pasukan Tartar di negeri mereka, mereka sempat hidup selama 3-5 tahun tanpa ada khalifah, maka umat Islam saat ini, telah hidup selama lebih dari 75 tahun tanpa keberadaan seorang khalifah. Seandainya negara-negara Barat tidak menjajah dunia Islam, dan seandainya tidak ada penguasa-penguasa muslim bayaran, seandainya tidak ada pengaruh tsaqafah, peradaban, dan berbagai persepsi kehidupan yang dipaksakan oleh Barat terhadap kaum muslimin, sungguh kembalinya kekhilafahan itu akan jauh lebih mudah. Akan tetapi kehendak Allah berlaku bagi ciptaanNya dan menetapkan umat ini hidup pada masa yang cukup lama.

Umat Islam saat ini hendaknya mulai rindu dengan kehidupan mulia di bawah naungan Daulah Khilafah Islamiyah. Dan Insya Allah Daulah Khilafah itu akan berdiri. Sebagaimana sabda Rasulullah “…kemudian akan tegak Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan manhaj Nabi”. Kami dalam hal ini tidak hanya yakin bahawa kekhilafahan akan tegak, lebih dari itu, kota Rom (sebagai pusat agama Nasrani) dapat ditaklukkan oleh kaum muslimin setelah dikalahkannya Konstantinopel yang sekarang menjadi Istanbul. Begitu pula daratan Eropah, Amerika, dan Rusia akan dikalahkan. Kemudian Daulah Khilafah Islamiyah akan menguasai seluruh dunia setelah berdirinya pusat Daulah Khilafah. Sungguh hal ini dapat terwujud dengan Izin Allah. Kita akan menyaksikannya dalam waktu yang sangat dekat. Ameen.

Wallahu’alam…

PERIHAL BSS : APA ITU BUDI SUCI SEJATI???

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

____________________________________________________________________________________

Apa itu Budi Suci Sejati.. Persoalan yang masih lagi berlegar di minda masyarakat kini. Malah pengistilahannya disalah anggap sebagai suatu ilmu salah atau ilmu yang SESAT. Dimana SESATNYA??? Mari kita kupaskan bersama, anda akan dibawa menyelusuri keilmuwan ini dari asas hinggalah kepada peringkat-peringkat yang lebih tingi. insyaallah.

BUDI SUCI SEJATI adalah merupakan suatu amalan pernafasan dimana ianya telah tercipta dan dicipta berkemungkinan dari ribuan tahun yang lampau. Dimana pengkajian-pengkajian pernafasan telah dilakukan dari masa ke semasa, zaman ke zaman, era ke era hinggalah ke zaman kini seteah ianya diperbaharui dan di setkan oleh golongan-golongan kesufian dan diamalkan di seluruh dunia terutamanya di nusantara kini. Budi Suci Sejati merupakan suatu teknik pernafasan yang mana ianya digabungi dengan teknik fizikal yang dipanggil JURUSAN, juga memerlukan penumpuan fikiran yang dipanggil MAKRIFAT. Dengan ketiga-tiga teknik ini yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja tidak kira tua muda, lelaki dan perempuan, maka itulah dia amalan yang digelarkan atau diberi nama BUDI SUCI SEJATI.

Pertama sekali keilmuwan Budi Suci Sejati ini bukanlah merupakan ilmu kebatinan bathil, susuk, ilmu persilatan, saka, ilmu kebal, ilmu kuat, ilmu penggerun atau ilmu hitam dan ilmu-ilmu yang seumpama dengannya. Ianya tiada kaitan dengan sebarang upacara seru-seru pendekar, atau upacara menurun dan lain-lain.

Budi Suci Sejati ialah suatu ilmu dimana ianya digolongkan di dalam keilmuwan NAFAS dimana NAFAS itu digolongkan di dalam kategori HAQ. HAQ (NAFAS) itu merupakan suatu RAHSIA dimana NAFAS itu diselitkan suatu RAHSIA HAQ itu tadi kepada setiap makhluknya yang bergelar MANUSIA. Oleh kerana semua yang bergelar makhluk itu BERNAFAS, untuk membezakan manusia selaku khalifah di muka bumi ini, maka RAHSIA diselitkan ke dalam NAFAS manusia yang digelarkan HAQ. Ilmu yang HAQ boleh didapati dengan pelbagai cara dan konsep mengikut fahaman kesufian dan aliran pembelajaran masing-masing dan salah satunya ialah dengan cara ber-BSS.

HAQ (NAFAS) adalah merupakan suatu ketetapan, yang tidak boleh diubah, diolah, ditukar hak milik dan sebagainya.
Bagi sesiapa yang sebelum ini ada mengamalkan ilmu hitam, saka, susuk, tangkal kebal atau seumpama dengannya, maka setelah menjadi orang-orang ber-BSS, iaitu seseorang yang telah menimbulkan HAQ diri oleh seorang GURU kepada muridnya sama ada GURU itu seorang sahabat, adik beradik, saudara mara yang mempunyai kepandaian di dalam kaedah 'PENGISIAN', maka akan hilanglah ilmu-ilmu tersebut yang dipelajari sebelum ini termasuk zat-zatnya di dalam amalan bathil itu. contohnya sesiapa yang ada susuk maka hilanglah susuknya, sesiapa yang ada tangkal lilit lengan maka hilanglah zat tangkal itu tapi lilitan itu tidaklah hilang dari pandangan.. maksudnya kalau tangkal kebal maka hilanglah kebalnya itu, tangkalnya tak hilang.. 

bagaimana itu boleh berlaku??? 

Setelah seseorang itu tellah menimbulkan HAQ diri, maka HAQ itu tadi telah secara 'automatik'nya menjadi aktif di dalam tubuh seseorang itu dan haq itu juga merupakan suatu cahaya yang terang di dalam tubuh manusia yang tidak dapt dilihat oleh mata kasar. Cahaya itu tadi akan menyinar dan meliputi diri dan secara tidak langsung men'disable'kan segala ilmu-ilmu yang salah sebelum itu yang kita tuntuti dan pelajari sebelum menjadi seorang pengamal  BSS.

Tetapi tidaklah hilang ilmu-ilmu yang dipejari yang bukan tergolong di dalam golongan ilmu-illmu bathil, atau illmu hitam, bermaksuud ilmu2 yang bukan tergolong dlm 'ilmu salah' tidak lah hilang..  contohnya seperti jika seseorang itu mempunyai ilmu persilatan, maka tak hilanglah langkah-langkah silatnya, yang jadi tahfiz Al-Quran maka tak jadi lupalah dia pada ayat hafazannya.. maksudnya hanya pada ilmu 'salah' sahaja akan hilang zatnya..

Setelah menjadi ahli BSS, dia perlulah menjalani 5 peringkat dalam pembelajaran BSS iaitu:

- Peringkat pertama/Peringkat bayi
- Peringkat Merosul (kenduri)
- Peringkat dewasa
- Peringkat Istimewa
- Peringkat Penutup

Pada setiap peringkat, semua pengamal akan melalui proses-proses pembelajaran dari satu bab ke bab yang lain mengikut pembelajaran yang dianjurkan oleh cabang-cabang persatuan BSS yang berbeza yang bertaburan di seluruh negara. Berkemungkinan hanya berbeza sedikit dari segi huraian tetapi masih lagi pada jalan pembelajaran yang sama.

Pada peringkat permulaan atau digelar peringkat bayi, setiap pengamal akan diberikan PENERANGAN terlebih dahulu, yang mana penerangan kebiasaannya dilakukan oleh para GURU, tenaga pengajar, atau sahabat handai, saudara mara yang telah memahami perjalanan BSS dengan sesungguhnya. Selepas itu kemudian pengamal baru itu akan diajarkan selok belok perihal JURUSAN, bagaimana tekniknya, langkahnya, kaedahnya sehinggalah dia telah benar-benar faham perjalanan BSS yang sedang dia alami sehinggalah melangkaui sehingga 30 Jurusan.
Selepas itu, pada peringkat merosul (kenduri), sekali lagi ahli itu akan diberikan penerangan perihal apa itu merosul pula dan akan ada satu majlis jamuan meraikan para pengamal yang telah sampai ke peringkat DEWASA dan juga akan diajarkan mengikut turutan dan tertibnya semasa jamuan meraikan itu berlangsung. Kemudian, pada peringkat ini juga pengamal perlu mandi sebagai suatu lambang simbolik dan juga diajar mengikut turutan dan ketertibannya. Kemudian pengamal akan diajarkan JURUSAN yang bersambung dari JURUSAN 1-30 iaitu bernombor 31-50 yang mana jumlah keseluruhannya menjadi 50 JURUSAN kesemuanya.
Peringkat ISTIMEWA pula secara ringkasnya dimana peringkat dimana pengamal itu tadi diajarkan teknik-teknik menggunakan JURUSAN yang berkesinambungan dari NAFAS itu tadi sebagai persenjataan diri bagi menghadapi segala bahaya sama ada yang nyata dan tidak nyata. Pada peringkat ini seharusnya pengamal telah berjaya menguasai keilmuwan ini dari segi kemantapan lahiriah dan rohaniah.
dan yang terakhir sekali pada peringkat penutup, pengamal akan diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk membawa atau mengamalkan amalan BSS ini sesuai dengan kehendak dan tidak menggunakan keilmuwan ini pada jalan salah dan bathil. Pengamal juga akan dibekalkan dengan kaedah penutup dan setelah itu maka selesailah kesemua pembelajaran BSS dari peringkat pertama hingga ke peringkat kelima yang terkandungnya 50 Jurusan dan 1 Istimewa. Dan bagi pengamal, mereka bebas untuk mengamalkan keimuwan ini sebagai bekalan diri untuk hari mendatang.