Arkib Viewers

Saturday, January 2, 2010

Recent: LAM JALALAH (1)

Ziekri  10/28/2009


nak tanya sket,bahagian mana kita keraskan waktu mengisi lam?


------------------------------------------------

edy137 10/28/2009



jika mengikut istilah 'ahli2 matang'... makanya, terdapat tiga tempat apabila meng'aktif' kan LAM... 


tapi yang 'keras' hanya di perut... kerana kebanyakan ilmu kebatinan memang menggunakan kekerasan perut termasuk ilmu yang dipanggil 'kebatinan fatihah'.... ilmu itu hampir mirip dengan LAM tapi lebih sukar untuk dilakukan kerana meilbatkan surah Al-fatihah... dan hamba pernah...... nak kata menuntut bukan menuntut tapi sekdar ambil tahu mengenai amalan itu.




---------------------------------------------------------


edy137  10/28/2009




mengenai tahan nafas apabila mencipta LAM itu... bahawanya mengikut pandangan hamba yang dhaif ini pula, makanya tak perlu tahan nafas pon takpe... kebanyakan ahli2 kata perlunya tahan nafas kerana takut ikatan terlepas... 


nafas dan kekerasan perut adalah dua perkara yang berbeza sama sekali... nafas tak memainkan peranan rasanya dalam aktiviti pengerasan perut... wallahualam... kita tanya ahli2 yang lebih matang untuk huraian... 


ahli2 gerak sejati.. takkan senyap aje??? takde ape yang nak dicurahkan kerr??? atau dari kelas wak mail dan juga pak yob... ramai 'ahli2 matang' kat sini... 




--------------------------------------------------------


Edbest  10/28/2009




tahan nafas itu amat penting semasa melakukan disiplin di dalam zikir.
manakala proses pengerasan perut juga memerlukan kepada pengolahan pernafasan.
cuba kalian keraskan perut dan berbual mcm biasa (tanpa nafas). dan cuba juga keraskan perut tetapi menggunakan pengolahan pernafasan...di situ terdapat perbezaannya. dan dari situ juga kalian akan mampu menilai atau mengukur kemampuan diri sendiri.




--------------------------------------------------------


edy137  10/29/2009


so, kesimpulannya di situ adakah perlunya pengerasan perut sambil menahan nafas...???




-------------------------------------------------------


Edbest  10/29/2009




so, kesimpulannya di situ adakah perlunya pengerasan perut sambil menahan nafas...???

utk Zikir pertama & kedua ya.
zikir ketiga hanya perlu pada pengerasan perut.
manakala zikiran keempat memerlukan pengerasan perut & olahan pernafasan.

selamat mencuba.


------------------------------------------------------


edy137  10/29/2009




lohhh... bukan waktu zikir laa saudara... waktu berzikir tu ramai yang dah tau kott.... yang mika tanya tuhh waktu mengaplikasikan LAM itu... so, kesimpulannya adakah semasa mencipta LAM nak keraskan perut sambil menahan nafas.... 


itu yang hamba nak saudara berikan pencerahan pada umum..




------------------------------------------------------


Edbest  10/29/2009




utk penggunaan tu sebaik²nya kedua²nya sekali keras-tahan nafas.
kalau tak tahan nafas pun ok...cuma kalau rentap dengan jin besar², lambat lah sikit nak settlekan. ni tak cerita pasal penggunaan BSS. Hanya penggunaan lam


-------------------------------------------------------


Ziekri  10/29/2009




tahan nafas itu amat penting semasa melakukan disiplin di dalam zikir.
manakala proses pengerasan perut juga memerlukan kepada pengolahan pernafasan.
cuba kalian keraskan perut dan berbual mcm biasa (tanpa nafas). dan cuba juga keraskan perut tetapi menggunakan pengolahan pernafasan...di situ terdapat perbezaannya. dan dari situ juga kalian akan mampu menilai atau mengukur kemampuan diri sendiri.

disini kelebihan lam bagi yang dah sampai tahap ni?masih boleh bertekak tapi dalam masa yang sama stanby.smile


--------------------------------------------------------


mito21  10/31/2009




alamak ziekri.. aku tak tangkap gambar lagi laa....

ko keraskan bahagian dalam perut la.... dgn mengisi makanan yang sedap2... kekeke

kalau kesemua zikir tu keraskan perut pun boleh gak.... tak jadi masalah kot...


---------------------------------------------------------


edy137  10/31/2009


hurmm.. statement mit hamba setuju... kiranya takde salahlah rasanya jika kesemua zikir itu dikeraskan perut...




---------------------------------------------------------


Ziekri  10/31/2009




alamak ziekri.. aku tak tangkap gambar lagi laa....

ko keraskan bahagian dalam perut la.... dgn mengisi makanan yang sedap2... kekeke

kalau kesemua zikir tu keraskan perut pun boleh gak.... tak jadi masalah kot...

kan semua zikir perlukan "pengisian" .takan dah lupa kot bro.ini sebab terlebih rajin buat zikir le ni.hehehehe


---------------------------------------------------------


mito21  11/04/2009




assalamualaikum.. saudara mt021,
lam sejenis ilmu haq... maksudnya semua manusia pun ada lam... mcm BSS jugak ke? atau haq yang diperkatakan membawa maksud yang lain? untuk makluman saudara mit021 den tak de ambil lam lagi... tu yang tanya... untuk tambah pengetahuan...

ilmu haq itu maksudnya dia ilmu itu tidak mengunakan unsur2 luar.. atau lebih tepat jin a.k.a khadam a.k.a syaitan...
Semua orang ada lam ni cuma perlu di'buka' oleh guru atau orang yang tahu kuncinya...

Sama mcm bss la... kan bss pun kena 'isi'.... big grin

Lagipun banyak ilmu haq nih... cuma kena cari aje...

Kalau takde lam pun tak apa... bukan syarat sah rukun Islam pun....


--------------------------------------------------------


edy137  11/04/2009




benar.. haq itu maknanya 'kebenaran' lawannya 'kebathilan'.... jadi jika panggil ilmu haq pon tak salah... membawa maksud ilmu kebenaran.. atau panggilan orang2 melayu ialah 'ilmu putih'...


so, ada benarnya LAM itu tadi tergolong dalam ilmu HAQ... iaitu ilmu 'kebenaran'...




-------------------------------------------------------


Edbest  11/06/2009




tq la bro mit012...
den ne tak de rezeki LAM lagi... tak dapat nak rasa LAM tu cam ner... cuma ada orang kata LAM masih boleh di cabut dari seseoang. yang ne pulak mcm mana?

salam, sedikit pembetulan.

Lam tak boleh dicabut, tetapi boleh ditembusi. Jika tau akan kunci²nya, pasti ikatan menggunakan Lam dapat dirungkaikan. Maka pengamal Lam usah le risau, sebab ianya takkan dapat dicabut.

Sekiranya kita mencabut ilmu sihir, yg dicabut itu bukan ilmunya...tetapi segala jin yg digunakan yg menjadi medium perantaraan.


-------------------------------------------------------


WildCat  11/06/2009




LAM x boleh cabut...? hehehehe.... perkara baru bg hmba nih... dgn ISTIMEWA bole je cabut... cabut JIN? hehehe LAM pakai jin ke...?



Peace... wink


--------------------------------------------------------


edy137  11/06/2009




so... statement dari edbest itu hamba agak bersetuju.. bahawa... LAM memang tidak boleh di'cabut'.... 


LAM sendiri adalah pecahan dari keilmuwan BSS itu sendiri, cuma peribgkat dan tarafnya sahaja yang berbeza. jeng..jeng..jeng..


kalau saudara kata dengan ISTIMEWA boleh aje cabut!!!! so cuba saudara cabut hamba punya... tempoh seminggu dari tarikh hari ini...


LAM ialah suatu shield yang boleh dipecahkan especially menggunakan BSS dan ISTIMEWA.. keilmuwannya tidak boleh dicabut hatta menggunakan rukyah sekalipun... ianya berkaitan dengan ROH seseorang... ROH itu sahaja terdiri dalam banyak peringkat di dalam diri.. malah ROH bukan 1 sahaja dalam diri... jeng..jeng..jeng.. apabila dikatakan ROH bukan satu.. mari kita bincangkan mengenai ISI POKOK BADAN dalam topic JURUSAN.. terima kasihh..




------------------------------------------------------


edy137  11/07/2009




ok2... kita balik pada yang asas... hamba tau ramai yang menafikan perkara ini... bukan wildcat seorang sahaja.. malah otai2 lain dalam forum ini...  hamba tau sebelum ini dalam satu blog BSS pernah menyatakan yang keilmuwan LAM boleh di'cabut'....  bahasa kasarnya putih lawan putih... ilmu putih lawan ilmu putih...


sebelum kita pergi lebih jauh... cuba kita fikirkan kembali... bagaimana yang dikatakan LAM itu boleh dicabut.. ada sesiapa yang boleh buktikan???? rasanya ahli2 dari tahun 1958 sehinggalah kini hanya bercakap atas dasar teori sahaja... samalah macam blog tersebut... hanya teori sahaja... kita tak perlu ikut bulat2... kita boleh fikirkan dari sudut logic....


sebelum ini hamba juga berkeyakinan bahawanya amalan LAM hamba dapat di'cabut' tetapi malangnya telah dibuktikan secara nyata... sebab itu hamba kata, jika mana2 ahli yang benar2 tau men'cabut' amalan2 putih ini, boleh lah berjumpa dengan kami.. hamba sanggup turun... kita buktikan sama2 bahawa amalan 'putih' hamba ini mampu di'cabut'.. jeng..jeng..jeng.. 


teori perlukan praktikal... 


baru2 ini, hamba ada berjumpa dengan seorang pakar perubatan dari suatu tempat.. tempat dirahsiakan.. agak terkenal di kalangan perawat di Malaysia... dia 'claim' yang ilmunya dapat mencabut ilmu hamba... maka dengan senang hatinya hamba cuba suruh dia buktikan... malangnya... BSS hamba masih ada... LAM hamba masih ada dan GERAK hamba masih ada dan juga kelimuwan2 'putih' yang lain.... mungkin ramai yang kata, 'alah bolehlahh.. yang tukang cabutnya bukan ahli BSS'.... tapi juga telah hamba lakukan pembuktian beberapa ahli untuk mencabut.... semua ahli boleh cuba.. suruh rakan anda cabut amalan anda... insyaallah putih dan putih tak akan jadi apa2... insyaallah...


tapi jika amalan hitam... yes... confirm tercabut.... tak caye, cari bomoh2 handal... gunakan ISTIMEWA campur LAM anda cabutkan... insyaallah dengan KUASA ALLAH S.W.t mesti tercabut... atau boleh jadi si bomohnya sasau... 


think about it~




----------------------------------------------------------


Edbest  11/08/2009




LAM x boleh cabut...? hehehehe.... perkara baru bg hmba nih... dgn ISTIMEWA bole je cabut... cabut JIN? hehehe LAM pakai jin ke...?



Peace... wink

salam bang, aku mintak ko buat satu cara yg paling mudah....gunakan Istimewa ko utk cabut ILMU MATEMATIK aku.
Silakan bang...Matematik juga adalah Ilmu, sama seperti LAM.
It's all about equation and how to balance it.


---------------------------------------------------------


WildCat  11/08/2009




  • hmmm marah nmpknya bro... hehehe.... suma org nk bermusuh dgn aku ke? siap cabar mencabar lg... hehehe... sabar bang, jgn melatah... dgn adanya org mcm hmba nih, akn membuatkn tn2 hmba suma termasuk diri hmba yg hina ni lebih mencari dan mengkaji... x bagus ke mcm tu? hehehe... kalau rasa x bagus mcm tu, dan hmba ni cuma menyemakkan forum je, hmba mohon maaf kt suma... hmba shield je jari hmba ni dr menaip dlm forum ni.... salam...

  • pesanan terakhir hmba utk semua termasuk diri hmba sendiri... " Don't be too offensive... Please don't look problems as trouble and disaster but look at it as a challenge to improve... Always see everything at the bright sight... Be friend to everybody, learn from everybody... Be open, admit our weakness... Be cool all the time.... As human, we are not always rite... "

  • Peace... wink


----------------------------------------------------


JengKing  11/08/2009



Rileks la bro2 semua ek..
Kita satukan pandangan kita yg berbeza beza untuk kebaikan & mematangkan keilmuan kita
Bukan untuk mencari perselingkahan
Wilacat,, harap tuan masih sudi berposting




-------------------------------------


Edbest  11/08/2009



dalam ni mana ada tonasi da? mcmana pulak ko bleh tau org yg tgh menulis tu memaksudkan apa. never jump into a conclusion until you see it from 360 degree.

perception can be deceiving everytime bro. usah bersangka² dengan org lain...ini kerana di saat kita mula "judging" others...we are "judging" nobody but ourself. anggap lah forum ini sebagai satu medium pertemuan suci.


----------------------------------------------------


Edbest  11/08/2009




janganlah dianggap sesuatu permintaan tu sebagai cabar mencabar.
walhal permintaan itu adalah sebagai salah satu dari proses pembelajaran.
bersama teori mestilah disusuli oleh praktikalnya.
dalam ni takde tonasi, maka memang mudah tersalah sangka dan terasa hati.

it is much better to burn out than to fade away.
Wild Cat, teruskan berposting seperti biasa.
Two heads always better than one, let us synergize.


-----------------------------------------------------


bluegigas  11/08/2009


dalam soal cabut mencabut ne, apa yang den nampak... apabila dikatakan cabut, ini bermakna hasil jek yang boleh di cabut. contoh mcm LAM ne, kekuatan LAM sahaja yang boleh di cabut. tapi LAM masih ada di dalam diri yang kena cabut. boleh zikir balik dan bina kekuatan LAM itu tadi semula. macam pokok rambutan la kiranya, ambil buah jek nanti berbuah la balik... ne pandangan den jek... jangan suruh den cabut-cabut pulak.. den tak reti pon.. cabut rumput bole laaa... big grin


-----------------------------------------------------


makhluk  11/08/2009


Sebenarnya semuanya terletak di atas izin Nya....kalau kita mencabut lalu diizinkan oleh Nya...Kun Fayakun....suatu pengalaman saya dahulu diarahkan oleh salah seorg guru saya utk membuka gerak...sedangkan gerak saya telah dicabut...maka saya bermohon, tetapi tak bergerak langsung...lepas itu dipulangkan kembali, barulah saya boleh bergerak....Walahualam...


------------------------------------------------------


Edbest  11/08/2009


rasanya tu bukan cabut bang makhluk. tu gerak mengatasi gerak.


------------------------------------------------------


edy137  11/10/2009




semalam tak dapat nak online.. busy sgt... anyway baru ingat hari ni nak bagi perumpamaan... saudara edbest dah bagi dulu daa.. hahaha... boleh sama pulak tu dgn pemikiran hamba iaitu matematik... heheh...


matematik, fizik, LAM, dan seumpama dengannya ialah sama iaitu keilmuwan.... bahasa kasar 'ilmu putih' daa.... 


ilmu hitam pon keilmuwan jugak tapi kekuatannya pada JIN... kuang..kuang..kuang... itu sebab ianya boleh tercabut....


kekuatan LAM pada ROH dan JANTUNG... dimana letaknya ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM tu tadi pada jantung???? rasanya yang ini tak payah laa dalam2... heheh... kang jadi kecurigaan lagii... 




---------------------------------------------------------


edy137  11/11/2009




anyway baru ingat hari ni nak bagi perumpamaan... saudara edbest dah bagi dulu daa.. hahaha... boleh sama pulak tu dgn pemikiran hamba iaitu matematik... heheh...


matematik, fizik, LAM, dan seumpama dengannya ialah sama iaitu keilmuwan.... bahasa kasar 'ilmu putih' daa.... 


ilmu hitam pon keilmuwan jugak tapi kekuatannya pada JIN... kuang..kuang..kuang... itu sebab ianya boleh tercabut....


kekuatan LAM pada ROH dan JANTUNG... dimana letaknya ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM tu tadi pada jantung???? rasanya yang ini tak payah laa dalam2... heheh... kang jadi kecurigaan lagii... 

"kekuatan LAM pada ROH dan JANTUNG... dimanaletaknya ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM tu tadi pada jantung???? rasanya yangini tak payah laa dalam2... heheh... kang jadi kecurigaan lagii..."

Kat mana letaknya dalam jantung?? terang la sikit bro... nak juga menghilangkan kecurigaan dalam qalbu ku ini....



-----------------------------------------------------------


ziekri  11/11/2009




sorri salah... Adam takde.. ALLAH dan Muhammad saja... yang itu nanti laa kita jumpa borak2..


soalan hari tu tak berjawab lagii.... berapa lama LAM dapat bertahan sebenarnya????

bagi aku kalau amalan tu dah sebati dengan darah daging kita,akan bertahan untuk selamanya cuma kuat atau lemah sahaja.


------------------------------------------------------------


edy137  11/11/2009




sambil2 jawab soalan yang itu... hamba ada satu soalan yang masih bermain di benak ini... yang ini hamba ikhlas cakap hamba memang tak tahu walaupun dah lama ambil LAM.. soalannya:

apa maksud:


BIHAQQI ALLAHU JALA JALLALUHU
BIHAQQI ADAMMA SAFIALLAH
BIHAQQI MUHAMMADAN ABDUHU WARASULUHU


------------------------------------------------------


serius hamba tak tahu tetapi mengkut pendapat hamba yang dhaif ini bermaksud:


BIHAQQI jika mengikut bahasa membawa maksud 'pada haq'... jadi dibelakang nya pula seperti JALA JALLALUHU, SAFIALLAH dan ABDUHU WARASULUHU adalah sebagai penyambung pada nama2 tersebut... contohnya MUHAMMAD berakhir dengan SALALLAH ALAIHI WASSALAM.... jadi di belakang itu sebagai penyambung nama....


mungkin ada penerangan lain.... minta dihuraikan... 


terima kasih...




-------------------------------------------------------


Edbest  11/12/2009




Aku hanya terjemahkan aje.

Bihaqqi Allahu Jala jala luhu >> Dengan Haq Allah Yg Maha Memiliki Keagungan

Bihaqqi Adama Safiullah >> Dengan Haq Adam yang disucikan Allah

Bihaqqi Muhammadan 'Abduhu Warasuluhu >> Dengan Haq Muhammad hamba Allah dan utusan-Nya


---------------------------------------------------------



























6 comments:

  1. Salam Semua

    Saya ingin membuat pertanyaan sedikit mengenai ilmu lam jalalah ini dimana apa yang saya pelajari saya di suruh menolak ibu jari kanan melalui ubun2 adakah ini cara yg sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. saya kurang faham dengan soalan itu... boleh specific kan lagi???

    ReplyDelete
  3. jika lam merupakan pecahan bss, maka lam juga ilmu haq, bagaimana seseorang itu boleh mencabut haq/lam?

    ReplyDelete
  4. Maksud pecahan adalah bermaksud apa yang ada di dalam LAM JALALAH ada pada BSS, sesetengah ahli berkata bahawa LAM JALALAH adalah ilmu HAQ, maka dengan sebab itu ianya tidak boleh dicabut, cumanya, ilmu LAM JALALAH itu tadi tidak lengkap sepertimana BSS

    wallahualam

    ReplyDelete
  5. saya selalu ikut saudara edy berposting di kebanyakkan blog. teringin benar rasenyer jika dapat berjumpa. saya baru lagi dalam bss.ade FB x saudara edy 173. dah berbulan2 tengok posting edy 173 kat blog2. bersua muka je belum.

    ReplyDelete
  6. kepada otai2 orang2 lama hamba ahli baru hendak bertanya ni.. ape beza HAQ dan HAK? hamba di tanya oleh ahli lama.

    ReplyDelete