Arkib Viewers

Sunday, December 6, 2009

COFFEE BREAK!! (7) : Teguran ikhlas untuk PROFBSS!!

Assalamualaikum... Kali ini hamba ingin merungkaikan satu perkara dimana ianya berkaitan dengan sesuatu perkara atau lebih tepat lagi hamba ingin menegur 'seseorang'...


Seperti yang kebanyakan ahli telah sedia maklum bahawa kewujudan suatu blog dimana membicarakan perihal BSS yang dinamakan 'Blog RBSS' yang juga di 'create' oleh hamba Allah yang menggelar dirinya 'Proffesor BSS' dalam 'Yahoo 360'. yang menjadi faktanya ialah mengenai nick hamba yang ada dalam senarai 'friend' dan menunjukkan bahawanya hamba ialah 'friend' 'dia' dalam blog itu walaupun hakikatnya kami tidak pernah bersua muka dan berjumpa secara peribadi, namun pada suatu ketika dahulu kami sering berutus 'e-mail' atau juga melalui 'blog messages' dan kebanyakan persoalan yang hamba utarakan telah di kupas dalam posting2 nya.

Apabila bergelar seorang 'kawan' walaupun hanya 'friend' dalam blog BSS.. setidak-tidaknya hamba dapat menegur sedikit sebanyak jika 'dia' telah melakukan kesilapan tanpa sengaja.

Pertama sekali, sperti ahli2 sedia maklum, perihal forum 'topix' yang hangat membincangkan BSS kini lebih hangat dari di forum sini, bahawasanya saudara yang menggunakan nick 'Proffesor BSS' itu menyarankan bahawa supaya forum topix yang membicarakan perihal BSS itu ditutup atas kerana tidak menepati ciri2 'keforuman'.. Bagi hamba, hamba juga amat bersetuju sekali atas saranan itu kerana membicarakan perihal BSS di forum yang serba serbi kekurangan spt itu amatlah mendukacitakan dan langsung tak menunjukkan taraf BSS itu sendiri berada.. malah dengan user2 yang dari mana datng 'celup2'... yang jenis 'hit n run'.... yang jenis 'baling batu sembunyi tangan' dan pelbagai ragam lagi.

Seperkara lagi yang ingin hamba tegur sebenarnya ialah di dalam postingnya di blog BSS itu, maka adalah tidak wajar dia mengutarakan suatu pendapat yang bagi hamba kurang profesional jika dilihat dari pelbagai sudut iaitu:

--------------------------------------------------------------------------------------
'Saya tidak mengatakan semua itu TIDAK BOLEH DI DEBATKAN....akan tetapi, biarlah ianya di debatkan secara BERINFORMATIF menurut FAKTA-FAKTA yang seiring dengan KEILMUAN RBSS ini....bukan sekadar kata-kata PINJAMAN yang di putarbelitkan begitu sahaja yang TANPA KEKUATAN DI DALAM ISI JAWAPANNYA......
Kebanyakkan PEMFORUM juga di dapati memiliki PEMAHAMAN YANG AGAK RENDAH mengenai KERAHSIAAN CAHAYA BUDI ini, juga mereka bukan terdiri PENGANALISA atau PENGKAJI KEILMUAN INI berdasarkan dari apa yang mereka perkatakan, mereka lebih CENDERUNG untuk menegakkan PENDAPAT JEMAAH yang mereka ikuti daripada berpusat kepada FAKTA YANG HAKIKI.....
Lantaran itu....segala perdebatan akan berakhir dengan RASA TIDAK PUAS HATI di antara satu dengan yang lain, sehingga ada yang mencapai ketahap untuk BERTARUNG sesama PEMFORUM bagi menegakkan KEBENARAN DIRI masing-masing.....'
------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah bentuk tulisannya diantaranya hamba amatlah tidak bersetuju... Pertama sekali di dalam perenggan pertama itu dia walaupun secara umum mengatakan bahawa forumer2 tidak dapat menjawab persoalan atau menjawab persoalan tanpa kekuatan isi dalaman..  Sepatutnya dia perlu teliti dan baca betul2 apa yang sesetengah forumer itu jawab.. lagipun dia juga harus faham bahawa di forum sana, keadaan kurang sesuai utk forumer2 itu menjawab dengan panjang lebar dan dengan lebih detail..

Yang paling hamba tidak berpuas hati ialah apabila tuduhan dalam perenggan kedua itu dibuat yang mengatakan bahawa, forumer2 mempunyai pemahaman yang agak rendah... dia sahaja ke yang cukup tinggi keilmuwannya.. cukup tahu serba serbi perihal BSS itu sendiri.. itu satu tuduhan yang kurang berasas di mana, dia tidak mengenali pun walau seorang pun di antara forumer2 tersebut.. keduanya dalam perenggan itu juga, bahawa dia mengatakan bahawa forumer2 bukan terdiri dari penganalisa atau pengkaji BSS berdasarkan dari apa yang mereka perkatakan... sungguh memalukanlah jika dia cukup ilmunya boleh berkata begitu tajam.. spt hamba katakan tadi, dia tidak kenal pun siapa forumer2 di forum tersebut malah dia tidak tahu pun berapa ramai 'para pengkaji BSS' yang berada di situ... sekali lagi tuduhan yang tidak berasas laa.. yang ketiganya, dia mengatakan bahawa forumer2 semua lebih cenderung utk menegakkan pendapat JEMAAH yg mereka ikuti.. itu juga tidak dapat diterima.. dia dah lama tidak berkecimpung dalam persatuan maka dia sebenarnya tidak tahu langsung mengenai persatuan tetapi hanya dengar dari mulut 'orang lain' atau 'sang penyampai' maka terus sahaja di lakukan 'rumusan' dan kesimpulan olehnya.. itu sangatlah tidak wajar.. dia tidak tahu pun ada diantara forumer2 di sana kebanyakan tidak lagi bernaung di bawah mana2 persatuan sedia ada dan saling mengenali di antara satu sama lain berbanding dengan dia yang tidak mengenali langsung forumer2 yang ada disitu..

Jadi wajarlah kiranya dia mengambil iktibar dimana hamba memang tahu dia juga sering membaca di 'thread' ini.. jadi untuk itu hamba harap dia dapat menerima teguran ini dengan hati yang terbuka dan hmba bukan berniat utk memalukan atau apa sahaja.. sebagai teguran membina.. Hamba rasa, hamba ialah orang pertama yang pernah mempertikaikan posting saudara buat pertama kalinya secara terbuka.. kebanyakan sebelum ini, hmba lihat ramai yang SENYAP sahaja tak berani berdebat dengan saudara atas dasar takut di 'fire' atau mereka terlalu menghormati saudara atas kerana posting2 saudara sbelum ini.. Jenis hamba pula.. hamba tak kira laa siapa dia, siapa awak, siapa kamu... jika benar apa yang seseorang itu perkatakan (walaupun dia seorang musuh), hamba tetap meng 'iya' kan, tetapi jika tidak benar apa yang diperkatakan (walaupun dia seorang sahabat), maka hamba tak teragak-agak untuk menegur.. cuma ingat kepada saudara 'Proffesor BSS'.. Jangan kerana blog saudara itu dapat menjadikan syaitan yang menghembus simpulan2 jadikan saudara sedikit riak.. bukan saudara seorang yang hebat, berilmu, dan terpelajar.. ramai lagi malah beratus lagi ahli2 BSS yang seperti saudara di luar sana... kita berilmu.. ramai lagi orang lebih berilmu dari kita..

Terima kasih~

No comments:

Post a Comment