Arkib Viewers

Friday, December 4, 2009

PeNgALaMaN~ : BUNIAN GUNUNG PULAI II

Sambungan dari pengalaman yang hamba postingkan tempoh hari.. kisah dimana perkara2 yang sungguh aneh berlaku di atas gunung Pulai itu, dan akhirnya setelah segalanya selesai kami menjalani kehidupan seperti biasa dan bekerja seperti biasa.

Selang dua-tiga hari kemudian, rakan2 hamba datang ke rumah hamba, biasalah, rumah hamba tempat mereka suka bertandang atau mengikut istilahnya 'melepak' sambil minum2.

Pada malam itu juga, hamba jadi gelisah semacam bagai seorang yang tak keruan, lalu apabila kesemua rakan hamba telah pulang, hamba pun masuk ke kamar sambil membelek-belek majalah kerana akibat kegelisahan itu, hamba tidak dapat melelapkan mata lebih awal, jadi ambil keputusan untuk membaca sambil menambahkan pengetahuan. Menjelang tengah malam... akhirnya dengan keCAHAYAan Nur Budi, hamba dapat rasakan seperti ada 'sesuatu' yang sedang menghampiri dan mungkin akan 'berlaku'. Akhirnya seperti biasalah, apabila jika hamba terasa akan 'sesuatu', hamba lebih suka membiarkan keadaan hamba 'kosong' atau bahasa ahli2 BSS 'switch off' kefungsian keCAHAYAan itu tadi dan membiarkan 'sesuatu' itu boleh memasuki atau mengawal mungkin dalam 20% hingga 30% diri hamba.

Dan seperti 'jangkaan awal', akhirnya hamba dibawa ke suatu ruang waktu yang seperti 'dilambatkan' dan akhirnya berada di dalam sebuah ruang bilik yang keluasannya menyamai keluasan ruang kamar hamba. keadaan bilik itu agak gelap tetapi di sekitar hamba sahaja yang 'berCAHAYA' sedikit.... Apa yang pastinya hamba berada di kedudukan penjuru bilik itu sambil duduk 'bersila' menghadap ke sebelah penjuru yang satu lagi. Walaupun begitu, hamba masih lagi membiarkan keadaan itu berjalan.. kalau nak ikutkan hamba boleh 'switch on' kan semula kefungsian Nur BUDI itu sebenarnya. tapi hamba mengambil keputusan untuk mengetahui lebih lanjut 'keadaan' apakah itu sebenarnya.

Dalam keadaan itu, muncul pula suatu pergerakan hitam yang cukup pantas berterbangan dan wujud di penjuru yang hamba mengadap itu, lalu timbul satu lembaga yang memakai pemakaian serba hitam, seperti baju melayu hitam yang lain2 nya hamba kurang ingat. Saiznya agak besar tinggi dimana seperti 2 kali ganda manusia biasa. tetapi yang peliknya, mukanya kurang jelas dan hampir tak nampak langsung.

Tiba-tiba 'dia' bersuara dan bercakap yang paling hamba paling ingat ialah di mana 'dia' mengucap salam dan kemudian berkata lebih kurang begini 'Jangan melakukan kerosakan, jangan melakukan kehinaan, jangan melakukan kekotoran di taman TANJUNG'... untuk pengetahuan, yang lebih pelik lagi.. lembaga itu bukan bercakap dalam bahasa manusia, entah bahasa apa hamba kurang pasti, tapi hamba boleh faham pulak.. dan hamba menjawab dalam bahasa manusia, lembaga itu boleh faham pulak.. itu yang jadi pening masa itu.

Selain itu lembaga itu bercerita mengenai TANJUNG dan ABANGNYA dimana TANJUNG itu ialah seorang PUTERI di sebuah kawasan dalam Gunung Pulai dan sentiasa berlegar-legar di kawasan Taman dalam Gunung Pulai itu... entah kawasan mana sebenarnya pon hamba masih kurang pasti.. dan dia menceritakan lagi perihal ABANG TANJUNG yang berdendam dengan kumpulan BSS semasa trip hamba ke sana itu.. dan 'makhluk' yang ke 11 masuk ke tubuh hamba itu ialah ABANG TANJUNG manakala makhluk yang masuk ke tubuh hamba bernombor 7 itu ialah TANJUNG yang menangis teresak-esak itu.

hamba ada juga bertanya SIAPA lembaga itu dan apa tujuannya datang berjumpa dengan hamba.. dan dia menerangkan bahawa dia merupakan seorang Pegawai dalam kerajaan nya.. tapi tak beritahu pulak kerajaan apa.. dan tujuannya datang ialah dari utusan TANJUNG sendiri... kira TANJUNG yang menyuruh nya datang menyampaikan salam dan menasihati hamba dan rakan2 hamba. Dan akhir sekali, dia juga menyatakan yang TANJUNG akan datang sendiri pada hamba dan juga akan memantau hamba dalam beberapa waktu.

Setelah sesi bicara itu, ahkirnya lembaga itu tadi tiba-tiba hilang sepantas malah lebih pantas dari semasa ia datang dan akhirnya hamba kembali ke dunia nyata dimana tiba2 bilik itu jadi terang benderang, dan perabot semua wujud semula dalam bilik itu.. dan hamba masih lagi di tempat duduk hamba di kamar hamba juga masih lagi memegang majalah dan yang paling peliknya... jam menunjukkan waktu yang sama seperti semasa sebelum hamba masuk ke dalam 'bicara' itu. maksudnya hamba seperti di bawa ke sebuah 'vakum' yang tiadanya ruang waktu dan pecutan, senang kata tidak wujud hukum fizik di 'tempat' itu..

dan kemudiannya TANJUNG beberapa kali WUJUD dalam hidup hamba melalui MIMPI dan imbasan untuk beberapa waktu... akan hamba sambung kemudiannya melalui TRIP ke-dua hamba dan rakan2 BSS ke Gunung Pulai itu.... Dan banyak lagi kisah menarik yang berlaku kemudiannya...

No comments:

Post a Comment