Arkib Viewers

Saturday, March 17, 2012

PERIHAL BSS : Asas Budi Suci Sejati

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Pertama sekali, Kita cuba memahami Asas apa itu sebenarnya yang digelarkan amalan Budi Suci Sejati. Asas di dalam Amalan yang dinamakan Budi Suci Sejati ini adalah merupakan NAFAS yang dikategorikan sebagai amalan NAFAS. Dengan NAFAS yang kita hirup seharian-harian itu tadi maka terciptalah amalan Budi Suci Sejati ini, dimana NAFAS itu tadi diolah dan digabungkan dengan teknik dan langkah-langkah yang digelarkan JURUSAN.

Apa itu JURUSAN???

Seperti penerangan di atas, JURUSAN itu merupakan gerak langkah atau perlakuan yang telah di 'set' kan cara perlakuannya yang telah di kaji oleh para-para sufi dahulukala yang mana digabungkan dengan olahan NAFAS itu tadi maka itulah yang dipanggil JURUSAN. (huraian yang lebih lanjut di tajuk khas JURUSAN)

Perihal NAFAS banyak dikaji dari serata dunia dari pelbagai sudut agama dan juga mengikut kajian scietifik. Betapa manfaat nya NAFAS itu yang merupakan NYAWA bagi kesemua kehidupan di dunia ini. Dengan amalan olahan NAFAS (JURUSAN) itu, maka kita Terhindar dari SEGALA bahaya yang NYATA atau TIDAK NYATA.

Apa yang dikatakan BAHAYA dan NYATA atau TIDAK NYATA itu tadi???

BAHAYA yang dimaksudkan adalah merupakan jenis-jenis KEZALIMAN yang wujud sama ada kita sedari atau tidak. maksud NYATA merujuk kepada perkara-perkara KEZALIMAN seperti ragut, rompak, samun, bunuh, kecurian, pergaduhan dan lain-lain, manakala maksud TIDAK NYATA pula merupakan perkara-perkara KEZALIMAN seperti sihir, pelalau, saka, racun, fitnah, terlangkah, terpijak dan lain-lain yang seumpama dengannya..

Dengan amalan Budi Suci Sejati (amalan NAFAS) itu tadi, maka banyak manfaat yang boleh diperolehi sama ada kita sedar atau tidak. Dengan JURUSAN yang kita lakukan seharian, maka, NAFAS diri kita itu tadi menghasilkan suatu siri cahaya atau NUR diri yang mana merupakan 'keselamatan' untuk diri sendiri. Malah dengan olahan NAFAS (JURUSAN) yang kita pelajari itu, maka kita juga mampu membantu orang lain dalam permasalah sakit-sakit yang bukan di dalam bidang kedoktoran atau kini digelar rawatan alternatif.

Bagaimana melakukan perawatan menggunakan Keilmuwan Budi Suci Sejati???

Dengan NAFAS, dan JURUSAN yang digabungkan itu tadi, maka, ahli akan diajarkan teknik-teknik bagaimana untuk mengeluarkan JIN dari tubuh badan pesakit dengan menggunakan dua konsep UTAMA iaitu TARIK dan BUANG. Seperti yang diceritakan di atas, JURUSAN itu tadi menghasilkan suatu siri cahaya atau NUR diri di dalam diri pengamal keilmuwan Budi Suci Sejati, maka dengan NUR itu tadi, ahli itu boleh menggunakan NUR diri itu tadi untuk menghapuskan atau 'mencabut' Jin-jin tidak kira sama ada jenis Saka atau Sihir. Semua itu perlu dipelajari dari peringkat ke beberapa peringkat sehinggalah ahli itu tadi mampu dan layak untuk digelar sebagai seorang Muallij (perawat).

Mengikut konsep di dalam ilmu Tasawwuf atau Sufi:

NAFAS <---> CAHAYA <---> HAQ <---> RAHSIA

Maksudnya membawa pengertian bahawa NAFAS yang diolah itu dapat menghasilkan siri-siri cahaya di dalam diri dimana NUR (cahaya) itu tadi merupakan HAQ yang mana diselitkan 'keselamatan' sebagai suatu cara menghindarkan diri dari SEGALA KEZALIMAN.Ianya bukanlah RAHSIA sebenarnya, disebabkan ianya tidak terungkai dan hanya menjadi bahan kajian para-para sufi, maka ianya kebiasaannya digelar sebagai RAHSIA atau amalan RAHSIA.

Dengan RAHSIA atau HAQ itu tadilah yang mana dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan keluarga dari sebarang Kezaliman dan juga dapat dimanfaatkan untuk membantu orang lain terutamanya saudara seagama islam dan perlu diingat juga, Segala musibah itu datangnya dari Allah S.W.t jua dan dengan itu, kita tidak boleh menyamakan amalan ini sebagai ilmu kebal atau ilmu kuat yang kononnya bila mengamalkannya tidak boleh disentuh atau ditimpa musibah dan lain-lain. Cara amalan Budi Suci Sejati ini hanyalah sebagai suatu cara sahaja untuk sekadar Menghindarkan dari SEGALA KEZALIMAN.

Apakah HAQ itu hanya boleh didapati dengan cara amalan budi Suci Sejati???

Seperti yang diterangkan di atas, HAQ itu didapati dengan cara teknik olahan NAFAS yang mana JURUSAN yang kita lakukan itu dapat menghasilkan suatu siri NUR di dalam diri. Walaubagaimanapun, perlu diingat, HAQ itu didapati bukan hanya dengan cara amalan Budi Suci Sejati, tetapi banyak cara untuk menghasilkan NUR di dalam diri, dengan cara beribadah, berzikir dan sebagainya. Malah Keilmuwan Budi Suci Sejati ini hanyalah sebagai suatu tambahan sahaja atau suatu cara sahaja dalam kaedah-kaedah bermohon untuk menghindarkan diri dari segala kezaliman itu tadi. 

Langkah-Langkah untuk menjadi seorang Ahli pengamal Keilmuwan Budi suci Sejati???

Sebenarnya ada 3 langkah UTAMA yang perlu dipelajari oleh seseorang yang berminat untuk menjadi seorang ahli dan mengamalkan amalan olahan NAFAS (Budi Suci Sejati) ini iaitu :


PENGISIAN ----- MANDI ----- JURUSAN



PENGISIAN/PENGEMBALIAN

pengisian di sini bermaksud bukanlah individu itu di 'isi' atau dimasukkan oleh suatu ilmu atau jenis khadam atau saka. Individu itu juga bukanlah dimasukkan 'benda halus' , 'pendamping', sebarang jenis jin, sebarang jenis makhluk atau susuk dan lain-lain. maksud pengisian itu hanyalah pada nama sahaja, nama boleh direka-reka oleh manusia dimana yang sebenarnya pengisian itu bermaksud, seorang individu (Dalam BSS dipanggil guru), yang mempunyai 'kepandaian' dan kepakaran untuk memohon doa untuk seseorang yang ingin menjadi ahli itu tadi supaya menimbulkan pencetus NUR di dalam dirinya. NUR yang dicetuskan oleh guru itu tadi tidaklah Kekal bercahaya di dalam tubuh seseorang itu, dan kerana itu, ahli itu tadi perlu diajar olahan NAFAS yang digelar JURUSAN itu tadi untuk mengekalkan malah memperkembangkan NUR di dalam dirinya untuk manfaat dirinya, keluarga dan orang lain.


MANDI

Mandi di dalam konteks Budi Suci Sejati merujuk sebagai kesimbolikan bahawa ahli itu tadi perlu mengembalikan aura diri dengan mandi bunga. Mandi bunga juga yang digelar Aromatheraphy di pusat-pusat seni kecantikan banyak manfaatnya yang telah dibuktikan oleh kajian scientfifik. Mandi ini tidak boleh disamakan dengan mandi 'pembaptisan' seperti di dalam agama nasrani (kristian) dan itu sangatlah salah di sisi hukum syarak. Ahli juga diajar untuk menutup rongga-rongga utama yang berada di tubuh badan yang dipercayai mudah dimasuki oleh makhluk halus. Kaedah-kaedah mandi juga diselitkan dengan siri-siri doa beserta terjemahannya dan semua perbuatan itu haruslah dilakukan atas Niat kerana Allah S.W.t. Dan akan ada juga siri-siri mandi mengikut peringkat-peringkat atau taraf-taraf peringkat di dalam amalan Budi suci Sejati.


JURUSAN

Jurusan merupakan suatu teknik yang dipanggil 'breathing-technique' dimana ianya merupakan teknik NAFAS yang digabungi oleh teknik-teknik pergerakan tertentu (JURUSAN) yang perlu dipelajari. Jurusan boleh dilakukan setelah selesainya bab PENGISIAN dan MANDI. Teknik-teknik JURUSAN juga akan diterangkan secara terperinci dan ianya akan diajar secara berperingkat mengikut Kefahaman ahli-ahli tersebut. Jurusan juga melibatkan dua konsep iaitu daya MENTAL dan FIZIKAL dimana penumpuan, olahan NAFAS, perlakuan, gerak langkah, dan stamina di satukan di dalam pembelajaran JURUSAN dan ianya juga boleh diibaratkan sebagai suatu senaman yang menyihatkan badan secara tidak langsung juga menyihatkan otak (mental). JURUSAN boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa ada ketetapan waktu dan boleh dilakukan pada waktu-waktu yang terluang.

Berjumpa lagi pada tajuk akan datang....

Terima Kasih

1 comment: