Arkib Viewers

Tuesday, November 30, 2010

Persaudaraan Islam

ISLAM BERSAUDARA


APA YG DIMAKSUDKAN BERSAUDARA?


Bersaudara dalam islam adalah bersaudara dalam persamaan keimanan, kepada seluruh rukun iman dan rukun islam. Kita semua beriman dengan sesungguhnya bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.


Itu bagi umat Muhammad, bagaimana pula dengan umat islam yg beriman pada nabi nabi sebelumnya dari nabi adam sehingga nabi Ismail? Tidakkah kita juga bersaudara dengan mereka? Jawabnya tentulah bersaudara juga kerana kita juga beiman pada nabi nabi sebelum nabi Muhammad.

Adakah kita tidak bersaudara dengan yg bukan umat islam? Dari segi beragama memang kita tidak bersaudara, tapi dari segi pertalian darah, kita masih bersaudara kerana kita dari keturunan yg sama iaitu Adam dan Hawa, malah ada diantara kita ibu dan anak juga berlainan agama, tapi pertalian darah tetap sama... tak caya sila semak DNA! Warna darah dsb... adakah diantara kita manusia ni darahnya tidak berwarna merah? Hijau ke? Biru ke?Tak de kan! Bila darah tu colour pun dah sama, unsur pun sama, kita tu sama le... so kene le berbaik sesama manusia, bukan yg sama agama je!


MENGAPA PULA DIANTARA KITA ADA YG MENUDUH SESAT SESAMA KITA ?

Sebagai umat islam, tidak sepatutnya kita berpecah belah dan mengkafirkan sesama islam yg lain sedangkan mereka juga islam. Walau kita berlainan mazhab, berlainan fahaman dan kaedah beramal (mengikut mazhab dan aliran), kita semua masih islam dan bersaudara selagi kita berpegang teguh pada kalimah shahadah.

Mengapa memecahbelahkan perpaduan sesama umat hanya atas perkara ranting yg remeh temeh? Atas bisikan siapa? Pastinya atas bisikan syaitan yg bisa membisikkan kejahatan dihati kita...

Mengapa sewenang wenang ada diantara kita menuduh aliran dan mazhab yg tak sealiran dengan kita sebagai sesat? Ada yg menuduh fahaman wahabi sesat, ada yg menuduh fahaman syiah sesat, ada yg menuduh aliran tarikat sesat, ada yg menuduh yg tak sama pati dengannya sebagai sesat, ada yg menuduh aliran beragama yg lain seperti tabligh, kumpulan kumpulan zikir dll sebagai sesat dan banyak lagi tuduhan tuduhan menjurus menuduh aliran yg tak selari dengan kita sebagai sesat, mengapa? Siapa kita? Iman dan taqwa bolehkah dilihat dengan matakasar? So yg tau siapa yg sebenarnya sesat dan munafik hanya Allah.. dialah pengadil yg seadil adilnya...

Oleh yg demikian, sebagai umat islam, kita harus bersatu dalam memperjuangkan agama yg suci murni ini, kita harus sama berganding bahu dan ingat mengingati sesama kita kemana arah tujuan kita yg sebenarnya.. lupakan sengketa dan perbalahan yg merugikan kerana seleuruh umat islam adalah bersaudara. Jangan sesekali mengkafirkan dan menuduh sesama umat islam sebagai sesat kerana yg menuduh akan mendapat balik apa yg dituduh! Kalau kita menuduh sesaorang sebagai sesat, maka kitalah yg sesat sebenarnya!

Bagi pihak berkuasa agama pula, amat bagus memantau seluruh perjalanan beragama umaat islam, sentiasa memantau dan terus memperbetulkan jika terdapat kesilapan, perbaiki kelemahan mereka dengan nasihat yg baik dan bertimbangrasa.. jika terdapat sesuatu kumpulan yg disyaki menyimpang dari landasan agama, cepat cepat memperbetulkan mereka dengan berhemah dan memberi tunjukajar yg berkesan, bukan terus buat tangkapan kerana nakkan popular kerana masuk akhbar atau media elektronik, kerana itu akan lebih menjurus kepada perpecahan sesama umat. Yg paling penting jangan hanya mendengar tohmahan dan tuduhan dari pihak ketiga atas kesesatan sesuatu perkumpulan, siasat sendiri dengan bersemuka dan meninjau sendiri apakah tohmahan tersebut hanya berupa fitnah atau yang sebenar benarnya kesesatan.

Banyak sangat kejadian kesesatan dalam beragama (dari segi syariatnya) hanya digempur setelah ia menjadi besar dan berakar umbi..... kalau nak memadam api, padamlah sejak ia kecil, jangan tunggu rumah dah hangus baru sibuk nak memadamnya, dah terlambat..... yg penting pastikan umat islam seluruhnya selamat dari segala anasir jahat terutama hasil bisikan syaitan....

Ada kumpulan kumpulan yg ingin mendekati dan menghampiri Allah dengan kaedah yg lain dari yg kita biasa buat seperti berkhalwat( bersuluk) dll yg melupakan dunia buat sementara demi mencari Allah, adakah golongan seperti ini sesat????? Inilah yg perlu dikaji dan dikaji dengan keimanan dan ketulusan....

ADAKAH JIN ISLAM JUGA SAUDARA KITA?

Jin jin asal kejadiannya dari lidah api, sedangkan kita manusia dari tanah , tentulah amat berbeza asal kejadian kita ini, Walaupun jin dan manusia dijadikan oleh Allah semata mata untuk beribadah kepada Allah, kejadian kita amat berbeda, kita mempunyai jasad kasar, manakala mereka berjasad halus, roh kita juga tak sama dengan roh mereka walaupun puncanya sama dari Nur Allah. Alam kita juga tak sama dengan alam mereka,

Jin jin yg islam, walau betapa warak dan tinggi keimanan mereka, mereka tetap dari golongan jin yg asal kejadiannya tak sama dengan kita. Oleh itu Jin walaupun mereka tu islam, mereka bukan saudara kita... Ada hadis lebih kurang begini” setiap orang islam itu bersaudara” , dari hadis tersebut adakah termasuk dari golongan jin islam? Adakah ‘orang bunian’ itu boleh dimasukkan sebagai orang walau mereka mempunyai perwatakan yg hampir sama dengan manusia??? Jawabnya tentulah tidak, sebab ‘Orang” yg dimaksudkan pada hadis tersebut hanya pada manusia... so jin islam bukan saudara manusia yg islam....

Janganlah beranggapan selepas ini jin islam itu bersaudara dengan kita, kelak dikalangan mereka mendekat pada kita yg mengganggapnya saudara, takut seterusnya menjadi dampingan...yg akan menjurus kepada kejahatan juga, walaupun asalnya bertopengkan kebaikan....

MENGAPA ISLAM DIGELAR PENGGANAS

Adakah benar islam menggalakkan keganasan? Siapa yg ganas sebenarnya? Sekiranya sesaorang islam yg ditindas mengganas akibat ditindas, adakah itu juga keganasan?

Seseekor binatang buas akan menjadi ganas ketika ia mencari makanan, tetapi ada juga binatang yg tak buas seperti lembu atau kambing menjadi ganas akibat diusik atau terasa diancam... bagaimana pula dengan manusia? Adakah memang ada jenis manusia yg memang buas dan sentiasa ganas? Ataukah semua manusia ini hanya menjadi buas dan ganas akibat faktor ancaman dan tekanan???? Fikir fikirkan....... (ada manusia memang buas... nafsunya!!!) hehehe

Sebagai orang islam yg telah diajar dengan kesucian agama islam, tindakan keganasan sesama manusia dan makhluk yg lain(kecuali jin) tanpa sebab adalah dilarang malah ada balasannya di akhirat nanti... jangan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan sesama manusia tak kira apa agama mereka, kkita semua manusia masih juga bersaudara kerana asal keturunan yg sama...adam dan hawa... so mengapa harus ada keganasan, penindasan (bagi yg mampu menindas seperti pihak yg ada kuasa tak kira apa kuasanya).... contohnya kalau kita meletupkan diri hanya semata mata nak membalas dendam pada musuh seperti yg kerap berlaku diiraq dan afganistan sedangkan yg mati ialah orang orang islam itu sendiri yg tak terlibatpun... apa hukumnya???? Adakah itu juga dinamakan jihad??? Jawabnya tentulah tidak, malah dia boleh digelar pembunuh!

Wednesday, November 3, 2010

PERAWATAN (1) : Huraian ringkas

yang ini hamba sambung dari bawah tajuk PERAWATAN (1)...... mungkin ada yang bertanya kenapa tak ikut susunan.... ada sebab2 nya hamba buat mcm itu... belum habis satu tajuk dah sambung tajuk yang lain.... ada sebab yang tak dapat hamba nak beritahu....

ok, hamba paste kan semula dari posting di page sebelah....


JENIS-JENIS PERAWATAN

1. Perawatan yang menggunakan khidmat 'dampingan'
2. Perawatan yang hanya guna Ayat Al-Quran
3. Perawatan yang dibuat dari jarak jauh
4. Perawatan yang menggunakan MEDIUM dan BARANG
5. Perawatan yang menggunakan NAFAS
6. Perawatan yang menggunakan AZAN




pelbagai cara dan kaedah sebenarnya yang digunapakai oleh seseorang individu atau perkumpulan perawat sama ada bergelar ustaz, pawang, bomoh, dukun atau hanya bergelar 'perawat'...

kebiasaannya ramai yang hanya tahu perawatan jenis bacaan Al-Quran dan menganggap perawatan yang tidak menggunakan ayat Al-Quran adalah salah disisi hukum syarak.... ianya salah sama sekali.... baik apa pon jenis perawatan selagi ianya tidak menentang hukum syarak dan akidah maka ianya dibolehkan....


2. Perawatan yang hanya guna Ayat Al-Quran

yang ini sangatlah biasa sangat digunakan oleh para2 perawat sampaikan dukun dan pawang juga menggunakan kaedah ini.... penggunaan kaedah ini juga terbahagi kepada dua.... kaedah penyambungan ayat Al-Quran atau kaedah tunggang terbalik ayat Al-quran.... kedua2 kaedah nampak sahaja sama dari segi pengaplikasian tetapi berbeza dari segi KESAN..... biasanya kaedah ini sangat lambat dalam menyelesaikan isu2 yang berkaitan dengan perkara2 serius seperti SAKA dan juga SANTAU yang melebihi 2 tahun.... dan ada juga kaedah2 ayat Al-Quran yang cukup ampuh bila berhadapan dengan musuh (iaitu JIN)... lihat pada kesesuaian ayat yang digunakan... coontohnya nak buang SAKA guna kaedah ayat nak halang SIHIR.... so, ianya tak kena... dan jadi lambat malah kadangkala tak berkesan sikit pon... pesakit yang menanggung derita tak habis2....

4. Perawatan yang menggunakan MEDIUM dan BARANG

perawatan yang menggunakan medium atau barang juga amat popular sejak kebelakangan ini malah dari rawatan2 darul sekalipun seperti penggunaan limau, rotan, air bacaan, buluh dan lain2.... ianya tidak salah jika digunakan dengan kaedah yang tidak berkaitan dengan kepenggunaan KHADAM atau DAMPINGAN. kaedah seperti ini juga telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila seorang sahabat meminta kain yang biasa dipakai oleh para sahabat (kalau tak silap Omar bin Al Khattab... kalau salah tolong betulkan... nanti hamba rujuk kitab sirah semula), kain itu digunakan untuk menghalau mahkluk JIN dari meresapi tubuh badan seorang wanita yang kerasukan atau histeria pada zaman itu...


5. Perawatan yang menggunakan NAFAS

perawatan cara ini adalah kaedah terbaru dan ini adalah salah satu kaedah perawatan cara hamba.... ianya menggunakan unsur NUR di dalam diri untuk mengawal pergerakan JIN dan mengeluarkan JIN dari dalam tubuh.... perawatan jenis ini adalah sangat cepat atau sangat lambat bergantung juga pada kemampuan perawat tersebut, amalannya, ibadahnya dan juga KEIZINANNYA...


6. Perawatan yang menggunakan AZAN

yang ini biasa juga digunakan oleh para perawat yang tahu mengenai kaedah ini... (serius hamba mmg tak tahu tapi pernah lihat)... biasanya kaedah jenis ini juga sangat cepat.... bacaan AZAN atau LAUNGAN AZAN itu boleh digunakan untuk membanteras musuh2 yang terdiri dari golongan JIN... bukan AZAN yang biasa.... tetapi ada kaedahnya.... kaedah yang perlu dipelajari....


3. Perawatan yang dibuat dari jarak jauh

perkara ini sering didebatkan baik di forum mana sekalipun... ramai yang masih tidak percaya kemampuan perawat yang dapat merawat dari jarak jauh... dan ramai juga yang mengaitkannya dengan bantuan JIN atau 'dampingan' walhal ianya adalah suatu kaedah terbaru para perawat.... perawatan jenis ini kadangkala mempunyai kelemahan yang tersendiri (sebab tu hamba tak suka nak guna) kerana banyak kesiapan boleh berlaku dalam perawatan jenis ini... tetapi kaedah ini biasa dilakukan bila perawat bertarung dengan si bomoh atau dukun yang memhudaratkan.... banyak persatuan2 darul juga menggunakan kaedah ini....


1. Perawatan yang menggunakan khidmat 'dampingan'

perawatan jenis ini hanya digunakan oleh para perawat yang biasanya mempunyai SAKA, 'dampingan', khadam dan seumpama dengannya.... ianya ialah salah satu kaedah perawatan yang salah di sisi hukum Syarak.... kerana kita telah diingatkan supaya tidak berdampingan, berkawan, membela atau menjadi tuan pada JIN atau SYAITAN..... perawatan jenis ini sepatutnya dielakkan.... dan tidak terjebak dgn kaedah perawatan seperti ini..... jika dulu, para perawat yang gunakan kaedah ini nampak salahnya dengan penggunaan keris, buluh runcing, asap kemenyan dan lain2 bahan yang nampak kotor dan memusykilkan.... tetapi kini kaedah ini telah diperbaharui... tidak perlu asap kemenyan, tidak perlu bertih jagung, tidak perlu darah ayam, atau buluh runcing pon masih boleh menggunakan kaedah perawatan kotor seperti ini..... kerana itu semakin maju peradaban manusia, semakin kuat dugaan dan kekuatan teknologi JIN.... 

Saturday, October 23, 2010

Ilmu & Amalan - jenis Doa : Doa Demam Panas

Assalamualaikum....

hari tuhh ramai yang bertanya tentang doa untuk anak demam panas, mengenai seseorang yang demam panas dan seumpama dengannya..... jadi di sini hamba cuba kongsikan beberapa doa yang berkaitan untuk meredakan demam panas..... boleh digunakan untuk anak kecil.....




1. boleh dibacakan pada air untuk diminum (bilangan tidak ditetapkan)


2. Jika pesakit di hospital, boleh dibacakan di dalam tabung air


3. jika jururawat ingin menyuntik pesakit, bolehlah minta izin campurkan beberapa titik air ke dalam cecair yang akan disuntik itu





---------------------------------------------------------------------

1. bagi mereka-mereka yang mempunyai anak2 kecil yang terkena demam sama ada demam panas, atau kepelbagaian demam boleh lah diusap-usap kepala, dada atau seluruh badan dan kemudian sambil membacakan ayat doa di atas ini


2. bagi pesakit dewasa, cukuplah sekadar memegang sebahagian tubuh seperti kepala atau tangan misalnya dan 'makrifat' kan kita menyalur doa ini melalui sentuhan itu





----------------------------------------------------------------------



1. Untuk amalan sendiri diamalkan semasa sedang demam panas


2. boleh dijadikan zikir atau bacaan selepas solat


3. boleh juga dibacakan pada air minuman untuk diminum atau disapu ke seluruh badan

Monday, October 18, 2010

Gejala & Punca : SANTAU ~ kesan

KESAN-KESAN SANTAU

Orang yang terkena SANTAU akan sakit teruk kebiasaannya mengikut kepada bahan2 yang digunakan....

contoh2 sakit yang dialami :

1. Kulit mengelupas / kulit gatal
2. Kulit terbakar
3. kelumpuhan secara tiba-tiba
4. badan lemah tak bermaya
5. cepat nak marah
6. perhubungan kekeluargaan hancur
7. sakit kepala yang teruk
8. perut membuncit (busung)
9. lemah tenaga batin
10. tekak rasa payau dan selalu loya atau muntah
11. sakit dibahagian perut teramat sangat
dan lain2....







KESAN SANTAU DARI PERSPEKTIF ORANG LAIN

1. nampak muka pesakit sangat gelap
2. nampak wajah pesakit muram
3. segala kerja tak boleh buat
4. histeria tiba-tiba
5. tenungan matanya yang agak menyeramkan
6. tidak suka mendekati orang2 yang ada amalan atau ilmu
7. mula berhalusinasi
8. kemurungan yang melampau

Gejala & Punca : SANTAU ~ Gejala dan bahan-bahan

GEJALA-GEJALA SANTAU

SANTAU adalah salah satu cara membalas dendam atau mendengki pihak yang ingin ditujukan SANTAU.... amalan SANTAU juga dikenali sebagai SANTET di negara jiran kita INDONESIA dan masih diamalkan berleluasa oleh negara2 ASIA termasuk Thailand, Vietnam, Malaysia, Indonesia dan juga negara2 di BENUA AFRIKA atau BENUA AMERIKA seperti di Brazil, Argentina, Africa selatan, Ghana, dan lain2 negara...

Kepelbagaian jenis SANTAU adalah mengikut sesuatu bangsa... lain bangsa lain jenis pengaplikasian SANTAU nya.... 

BAHAN-BAHAN SANTAU

Terlalu banyak bahan kotor yang digunakan dalam proses membuat SANTAU.... diantara patung kain, patung jerami, atau yang biasa digunakan di ASIA seperti jarum, paku, air arak, darah ayam, miang buluh, kaca, besi kuning, sepihan papan liang lahad, tanah kubur, kain kafan, dan lain2 jenis bahan yang sangat tidak elok dan kotor.....

Bahan-bahan ini diadun mengikut ramuan si bomoh beserta bacaan dan mantera dan dengan bantuan JIN ianya dilepaskan mengikut haluan yang dicari oleh JIN BELAAN.... 

JIN tak boleh SILAP????

itu satu kesilapan yang BESAR... kerana JIN juga banyak melakukan kesilapan... tersalah hantar, tersasar, kena bunuh tgh jalan, kena zass sebelum sampai tpt yang ditujui, takutkan pendinding individu yang ada pendinding lalu dibuangnya santau itu.... dan banyak lagii.....

Gejala & Punca : SANTAU ~ Simptom

kebiasaannya pesakit yang mengalami gejala santau seringkali bermimpi yang tidak elok... seperti jatuh dari tempat tinggi, rumah dimasuki pocong, ada pencuri pecah masuk rumah, dan banyak lagii....

biasanya pesakit yang ditujukan SANTAU itu akan cepat nampak kesannya kebiasaannya dalam masa kurang dari 14 hari....

SANTAU dikategorikan sebagai 2 bahagian UTAMA :

1. SANTAU ANGIN
2. SANTAU ISI

--------------------------------------------------------------

1. SANTAU ANGIN ialah cara dimana SANTAU dihantar melalui ANGIN menggunakan nama, gambar, dan seumpama dengannya

2. SANTAU ISI ialah cara yang lebih kotor iaitu melalui makanan sama ada bahan makanan atau minuman

--------------------------------------------------------------------------

itu yang diketahui RAMAI....

sebenarnya banyak lagi kaedah SANTAU yang masih peringkat kajian seperti SANTAU SEKAMPUNG yang popular kini... contoh satu sekolah kena histeria.... satu pejabat kena histeria.... ianya ialah suatu teknologi baru para2 bomoh....

Sunday, October 10, 2010

ILMU & AMALAN - JENIS AMALAN : AYAT PENGASIH

Pertama sekali oleh kerana hamba huraikan mengenai bahayanya SIHIR hingga boleh menyebabkan suami dan isteri bercerai berai juga mengenai putus tunang dan kebanyakan P.M. yang bertanya perihal lambat jodoh... jadi, di sini hamba kongsikan sedikit ayat yang boleh diamalkan dan kaedah ringkas yang boleh digunapakai.... diingatkan sekali lagi, AYAT2 ini adalah merupakan petikan dari Al-Quran...






-------------------------------------------------------------------------------------




-keseluruhan ayat ini diamalkan di waktu pagi pada setiap (Sambil niatkan di dalam hati untuk percepatkan jodoh, atau disayangi suami/isteri)

-setiap kali selepas baca keseluruhan ayat... maka sapukan pada wajah dan tubuh.... (ibarat mcm sapu angin)

-pembacaan tidak ada ketetapan bilangan boleh seberapa banyak yang mampu.. (1-3 X pon memadai untuk di waktu pagi)




---------------------------------------------------------------------------------------


KHAS UNTUK 2 AYAT di BAHAGIAN BAWAH iaitu SURAH TOHA dan SURAH YUSUF SAHAJA!!!

Caranya;-

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.




Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali




-----------------------------------------------------------------------------------------


PERHATIAN!!!


Untuk kes berat seperti di sihir atau seumpama dengannya... tidak sesuai untuk menggunakan kaedah ini... insyaallah ada kaedah khusus dan fidyahnya.. begitu juga dengan sesiapa yang inginkan 'minyak pengasih' atau seri wajah dan sebagainya atau yang terlalu lambat dapat jodoh, juga ada kaedah mandi bunga....


ingatlah kita hanya berusaha.... segala perkara tertakluk pada QADA' dan QADAR nya....


Assalamualaikum..

Wednesday, September 29, 2010

Mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Dapatkan kita mimpi bertemu, berbincang, bahkan melihat Nabi Muhammad saw dengan keadaan sedar, yang sudah wafat berkurun-kurun yang lalu?, Atau berkenankah Tuhan berbicara kepada kita, manusia ciptaan-Nya di dunia ini? Persoalan ini memang menimbulkan keresahan bagi sebahagian umat Islam. Bagi sebahagian umat, terutama bagi yang pernah mengalaminya pasti mempercayai kejadian istimewa ini. Namun sebahagian kecil umat Islam yang lain mungkin menganggap kejadian ini tidak mungkin berlaku dengan mengajukan beberapa alasan. Menurut mereka, tidak mungkin kita umat Islam zaman sekarang mengenal dan mengetahui wajah Nabi Muhammad saw yang sudah wafat berkurun-kurun yang lalu, jangan-jangan itu adalah Iblis atau anak buahnya yang menyamar sebagai lelaki berjubah di atas mata kaki, berjanggut dan bersurban dan mengaku sebagai Nabi Muhammad saw; kalau Nabi Muhammad saw yang sudah wafat masih boleh berkaitan dengan dunia ini, kenapa Nabi saw tidak menemui para sahabatnya dan melerai ketika terjadi fitnah kubro, misalnya antara Ali dan Aisyah dan Muawiyah. Bagi mereka yang tidak mempercayai hal ini orang yang sudah mati tidak ada urusan lagi baginya dalam masalah-masalah keduniaan, dan banyak lagi alasan lain. 

Bagi umat yang mempercayai peristiwa istimewa ini, mereka tidak mempunyai dalil kecuali dari al-Quran dan Hadis Nabi saw. Banyak dalil-dalil nas yang menjadi pijakan peristiwa ini. 
Surah al-Baqarah ayat 154: "Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati, bahkan sebenarnya mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya". 
Nabi saw bersabda: "Barang siapa melihatku dalam keadaan mimpi, maka ia akan melihatku di dalam keadaan sedar. Dan syaitan tidak boleh menyerupai wajahku ". Ada beberapa hadis yang lain dengan berbagai redaksi yang berbeza.
Nabi saw bersabda: "Para Nabi itu hidup di dalam kubur, mereka (melaksanakan) solat (beribadah)." 
Nabi saw bersabda: "Aku melihat Nabi Musa pada malam Isra 'di sebuah tempat pasir merah bertumpuk. Dia sedang berdiri melaksanakan solat di dalam kuburnya. "Dan banyak daripada yang lain. 

Bagaimana pendapat ulama tentang hadis mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw, terutama masalah bertemu dengan beliau saw dalam keadaan sedar, berikut copy paste dari berbagai sumber (kebanyakan dari bahasa Malaysia): 

Imam As-Suyuti mengatakan (At-Tanwir): "Telah banyak yang mempersoalkan mengenai sebahagian ahli rabbani yang melihat Nabi saw secara yaqazah ini. Adapun suatu golongan yang mengingkarinya pada zaman ini merupakan mereka yang tidak mempunyai latar belakang ilmu (yang cukup dalam bidang agama), sehingga menyebabkan mereka mengingkarinya dan berasa pelik mengenainya sehingga mendakwa bahawa ianya mustahil.Kini saya mengarang penulisan ini mengenai perbahasan tersebut yang dinamakan sebagai "Tanwir Al-Halak fi imkan Ru'yatu An-Nabi wa Al-Malak (Pencerahan dari Kegelapan tentang Kemungkinan Ru'yah Nabi dan Malaikat". 

Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki mengatakan bahawa: "Adapun bagi pihak yang mentakwilkannya sebagai melihat Nabi saw secara yaqazah di akhirat, maka jawapan para ulama 'terhadap mereka: Sesungguhnya di akhirat, setiap orang yang beriman akan melihat Baginda saw samada yang pernah mimpi berjumpanya di dunia mahupun yang tidak pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi saw, seperti yang dinyatakan dalam banyak hadis-hadis sahih yang lain "
Hal ini menyebabkan, tiada pengkhususan antara mereka yang pernah melihat Nabi saw di dalam mimpi mahupun tidak, sedangkan di dalam hadis tersebut menceritakan tentang pengkhususan terhadap mereka yang pernah bermimpi bertemu Nabi saw dengan mereka yang tidak pernah bermimpi berjumpa Nabi saw, iaitu: "... dia akan melihatku secara yaqazah ... "

Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) menegaskan bahawa (Al-Bayan): "Sesungguhnya, melihat Nabi saw secara jaga bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan masalah syariat, yang mana boleh diambil darinya sesuatu penambahan syariat agama yang baru, atau mengurangkannya.Tetapi, ianya merupakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan realiti yang berlaku, di mana, orang yang mendakwa mengenainya bertanggungjawab dalam apa yang didakwanya (kalau benar, maka tidak mengapa, tetapi kalau ia suatu pendustaan, bererti dia telah mendustai Rasulullah saw). Ianya termasuk dalam perkara-perkara khabar gembira, dan kemuliaan dari Allah swt. Sebenarnya, penglihatan secara yaqazah tersebut tidak pula menafikan bahawa Nabi saw telahpun wafat, dan tidak pula membawa kepada orang yang melihat Baginda saw (secara yaqazah) tersebut sebagai sahabat, dan tidak membawa sebarang undang-undang dalam agama sekalipun.
"Perkara ini juga tidak mustahil dari sudut akal, dan juga tidak tertolak dari sudut agama. Ini kerana ianya berdasarkan nas Nabawi (seperti dalam sahih Al-Bukhari yang disebutkan pada perbahasan sebelum ini). "

Ibnu Hajar Al-Haitami (al-Fatawa al-Haditsiyah) berkata: "Sekumpulan ulama mengingkari hal itu dan sebahagian yang lain menyatakan mungkin berlaku, dan inilah pendapat yang benar.Telah diberitakan mengenai hal itu oleh orang yang tidak pernah dituduh melakukan kesalahan (yakni orang yang bersih) _ dari golongan orang-orang soleh. Bahkan tersimpulkan dari hadis Imam Bukhori: Siapa yang melihatku di dalam mimpi dia akan melihatku pada saat jaga "yakni dengan mata kepalanya. Dan dikatakan maknanya adalah dengan mata hatinya. Dan kemungkinan tafsiran dengan hari kiamat kiranya terlampau jauh dari kata "pada saat jaga". Hal itu dengan alasan tidak logik jika kalimat itu diertikan secara sempit (takhshish) dengan perjumpaan pada hari kiamat. Sebab seluruh umatnya akan melihat Beliau pada hari kiamat, baik orang yang pernah melihat Beliau di dalam mimpi maupun yang belum pernah. "
"Dalam huraian Ibnu Abi Jamrah terhadap hadis-hadis pilihan dari sahih Bukhari dan Muslim yang menguatkan tetapnya hadis tersebut dalam makna pada umumnya, bahawa perkara melihat Beliau Saw dalam keadaan terjaga ini boleh berlaku selepas kematiannya, untuk orang yang memenuhi kelayakan dengan mengikuti Sunnah (yakni pengikut sejati Sunnah) dan selainnya. Dan dia berkata, "Siapa yang mendakwa makna khusus tanpa ada pengkhususan dari Nabi Saw, maka dia telah bersikap semena. Orang yang mengingkari hal itu bererti telah mengingkari kebenaran sabda Rasulullah Saw dan tidak meyakini kuasa Sang Maha Kuasa. Ia juga telah mengingkari karomah para wali yang telah ditetapkan oleh dalil-dalil Sunnah yang jelas ". 

Syeikh Yusuf an-Nabhani (wafat 1350H) dalam kitabnya Sa'adah ad-Daraini menuliskan: "Hadis ini memberi khabar gembira kepada umatnya, yang telah berpeluang bermimpi Rasulullah saw yang pasti akan melihatnya pula dalam keadaan jaga (yaqazhah) walaupun hampir nak mati, Insya Allah. Bahawa majoriti orang-orang soleh dari salaf dan khalaf, mereka pernah bersua Nabi saw dalam jaga. Mereka bertanya sesuatu maka Rasulullah saw. menjawab, ternyatalah apa yang dijawab seperti yang pernah disabdakan, sama sahaja "

Syaikh Ibn Al-Haj mengatakan (Al-Madkhal, jilid 3): "Sebahagian orang mendakwa melihat Nabi saw secara yaqazah, sedangkan ia merupakan satu perbahasan yang sempit untuk diperbahaskan (sukar untuk diperbahaskan). Amat sedikitlah dari kalangan mereka yang mengalaminya, kecuali terhadap mereka yang amat mulia di zaman ini.Walaubagaimanapun, kami tidak mengingkari sesiapa yang mengaku pernah mengalaminya, dari kalangan orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh Allah swt zahir dan batin mereka. "

Imam An-Nafrawi berkata (Al-Fawakih Ad-Diwani) "Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi saw secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis). Mereka cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi saw itu dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran) sahaja? Sebahagian ulama 'berpegang dengan pendapat pertama (di mana seseorang yang bertemu dengan Nabi saw secara yaqazah melihat tubuh Baginda saw secara hakiki).Sebahagian ulama 'pula berpegang dengan pendapat yang kedua (iaitu: melihat Nabi saw secara yaqazah dalam bentuk imej, gambaran seperti pantulan di cermin dan sebagainya, Wallahu a'lam), di antara mereka (yang berpegang dengan pendapat kedua adalah): Imam Al- Ghazali, Imam Al-Qarafi, Imam Al-Yafi'e dan sebagainya. 
"Golongan yang berpegang dengan pendapat yang pertama berhujah bahawa: Nabi Muhammad saw umpama cahaya hidayah dan mentari keilmuan, boleh dilihat dari jauh seperti orang boleh melihat matahari dan cahaya dari jauh. Tubuh Baginda saw tidak meninggalkan kubur, tetapi seseorang yang melihat Nabi saw secara yaqazah dibuka oleh Allah swt hijab (jarak) antaranya dengan Rasulullah saw lantaran itu, dia dapat melihat Rasulullah saw samada dia berada di timur mahupun barat. 
"Ada juga yang berpendapat, seseorang melihat Nabi saw secara yaqazah dengan mata hati, bukan dengan mata kepala, kerana boleh jadi juga, orang yang buta juga diberi anugerah melihat Baginda saw secara jaga, dengan mata hatinya. 
"Ibn Abi Hamzah dan sebahagian daripada mereka (para ulama ') menceritakan bahawa mereka pernah melihat Nabi saw secara jaga ..."


Para nabi, guru sufi, syuhada, ulama yang sudah meninggal terkadang menemui sebahagian keluarga, murid, sahabat mahupun orang lain dengan maksud-maksud tertentu, bahkan Tuhan sendiripun boleh jadi menemui hamba-Nya di dunia ini. Peristiwa yang menunjukkan masih adanya hubungan antara dunia roh dengan alam nyata ini banyak diceritakan dalam riwayat-riwayat. Ingat, dalam isra mi'raj Nabi Muhammad saw berjumpa dengan ruh-ruh para nabi, bahkan umat Islam mungkin berhutang pada ruh Nabi Musa as kerana beliaulah yang 'menasihati' Nabi Muhammad saw untuk meringankan ibadah sembahyang bagi umatnya.Atau kisah nyata saat umat agama lain hendak mencuri jasad Nabi Muhammad saw, beliau tidak diam saja seolah-olah ngendiko: "Curi saja jasadku, toh, aku sudah tidak berkaitan lagi dengan dunia material ini", tapi nyatanya beliau saw malah masuk dalam mimpi seorang pemimpin Islam dan menyuruhnya untuk menyelamatkan dirinya dan gagallah peristiwa yang hampir memalukan seluruh umat Islam itu. Atau kisah Nabi saw yang berbicara lama berdua dengan Ali sampai membuat jenuh para sahabat yang lain. Ketika Nabi saw ditanya, "Kenapa bicaranya lama sekali, ya Rasulullah?" Nabi saw menjawab "Bukan aku yang berbicara dengan Ali tetapi Tuhan-lah yang berbicara dengannya". Banyak riwayat-riwayat sahih lain yang boleh anda cari di berbagai kitab. 


Jika roh orang meninggal masih ada hubungannya dengan dunia nyata ini, dan bahkan mereka dapat membantu manusia yang masih hidup, kenapa roh Nabi saw tidak menemui para sahabatnya dan melerai ketika terjadi pertikaian, misalnya antara Ali dan Aisyah, Thalhah, Zubair dan Muawiyah, dan banyak peristiwa yang lain. Mengenai ini, Tuhan telah memberitahu pada semua manusia di dunia bahawa Dia swt telah memberikan kebebasan berfikir dan memilih di antara dua pilihan, baik atau jahat. Toh, persoalan perang antar sahabat tersebut sudah begitu jelas mana yang benar dan mana yang salah, bahkan Nabi saw sendiri sudah mewanti-wanti beberapa pelakon utama fitnah tersebut. Dalam perang Jamal, bukankah Aisyah sudah diperingatkan oleh isteri-isteri Nabi saw lain untuk tetap tinggal di rumah sesuai perintah Allah dan nabi-Nya (QS al-Ahzab: 33), bukankah Thalhah dan Zubair telah menyesal dan mengundurkan diri dari perang begitu ia diingatkan dan dinasihati oleh Ali tentang ramalan sabda Nabi saw sebelum perang bermula. Sedangkan dalam perang Siffin, bukankah Nabi saw telah bersabda bahawa Ammar akan mati terbunuh oleh kumpulan penderhaka dan jelas bahawa kumpulan yang membunuh Amar adalah kelompok Muawiyah; bukankah Uwais al-Qarni, yang disabda Nabi sebagai tabiin terbaik termasuk yang dijanjikan Nabi akan bergabung dalam barisan Ali . Sebenarnya tanda-tanda kebenaran berpihak pada siapa sudah bisa ditebak bahkan sebelum fitnah terjadi jika para sahabat tidak berpolitik demi keduniawian dan kedengkian semata-mata. Jadi, jika umat Islam ingin semua persoalan diselesaikan lagi melalui petunjuk Nabi saw, ya, jangan hidup di dunia ini. Dunia ini tempat tinggal kita untuk memilih amal baik dan buruk yang sudah dijelaskan dalam syariat Islam. 


Jelaslah bahawa bertemu, berbincang, curhat dengan Nabi saw baik dalam mimpi atau saat sedar, bahkan berbicara dengan Tuhan pun bukanlah hal yang mustahil bagi manusia di dunia ini. Semua itu boleh terjadi dengan perkenan Tuhan dan / atau usaha manusia itu sendiri. Pada diri manusia sebetulnya tergabung dua alam sekaligus: alam nasut iaitu dunia material ini dan alam malakut, yang di dalamnya merangkumi ruh-ruh manusia. Semua manusia ditarik oleh kedua-dua alam tersebut sekaligus. Kenapa seseorang yang bermimpi bertemu dengan Nabi saw merasa yakin bahawa beliau adalah Nabi Muhammad saw, bukan syaitan yang menyamar sebagai hamba berjubah di atas mata kaki? hal ini sekurang-kurangnya dapat dijelaskan di dalam alam malakut. Di alam malakut ruh kita bergabung dengan roh-roh lain yang selaras dengan kita. Jika kita berusaha selalu mendekat dan berlari menyambut Tuhan maka roh kita akan bersama-sama dalam kumpulan roh para nabi, sufi, syuhada dan para kekasih Tuhan. Dan sebaliknya, roh kita akan berkumpul dengan Iblis, syaitan, dan para penderhaka yang lain jika kita melarikan diri menjauh dari Tuhan. Nah, saat ruh kita bergabung dengan kumpulan yang benar, boleh jadi roh kita dikenalkan atau bahkan berkenalan langsung dengan roh Nabi Muhammad saw dan tatkala ketika kita bermimpi bertemu atau ditemui oleh Nabi saw maka dengan yakin kita mengenal beliau sebagai Nabi Muhammad saw. 


Mimpi bertemu dengan Nabi saw mengandungi banyak hikmah, mulai dari hal-hal kecil sampai masalah besar. Semua manusia baik yang jahat maupun baik, muslim atau non-muslim memiliki kesempatan bermimpi ditemui oleh Nabi Muhammad saw, jika Tuhan berkenan, lebih-lebih sebahagian kecil umat Islam yang berusaha mendekat dan terus mendekat untuk berjumpa dengan Muhammad saw. Dalam mimpi bertemu Nabi saw boleh jadi seseorang memperoleh nasihat secara khusus, perintah amal-amal kebajikan, pengajaran spiritual, bahkan hukuman di dunia pun boleh dihantarkan melalui mimpi bertemu dengan Nabi saw (naudzubillah min dzalik). Ibnu Rabbah berkata: Aku pernah bertemu dengan seorang buta yang turut menyaksikan pembunuhan terhadap Al-Husain as, cucu Nabi Muhammad saw. Kepadanya aku bertanya perihal penyebab kebutaannya. Dia menjawab, "Aku menyaksikan pembunuhan itu dari dekat. Bahkan aku termasuk salah satu dari kesepuluh orang tersebut. Hanya saja aku tidak ikut andil memukul atau membaling sesuatu kepada Al-Husain. Setelah beliau terbunuh, aku pulang ke rumahku, lalu melaksanakan sembahyang Isya ' dan kemudian tidur. Tiba-tiba aku melihat ada seorang yang datang kepadaku dan berkata, "Jawablah pertanyaan Rasulullah!" Kukatakan, "Ada apa sehingga aku mesti pergi menemui beliau?" Tanpa menjawab, ia memegangku dengan erat dan menyeretku. Aku melihat Nabi saw . duduk di padang sahara. Kegelisahan tampak jelas pada raut wajahnya. Beliau bertopang dagu pada kedua-dua tangannya. Sebuah senjata kecil ada di tangan beliau. Di sebelah Rasulullah saw., kulihat ada seorang malaikat yang berdiri tegak dengan menghunus pedang yang terbuat dari api. Sembilan orang temanku telah lebih dahulu tewas di tangannya. Setiap ia memukulkan pedangnya, api akan tersembur darinya dan membakar tubuh mereka. Aku mendekat ke tempat beliau berada dan bersimpuh di hadapannya. Aku sapa beliau, "Assalamu 'alaika, ya Rasulullah." Tak kudengar jawapan beliau. Lama beliau berdiam diri. Kemudian sambil mengangkat wajahnya, beliau bersabda, "Wahai musuh Allah, kau telah menginjak-injak kehormatanku, membantai keluargaku dan tidak mengendahkan hakku sama sekali. Bukankah demikian? "Jawabku," Ya Rasulullah, demi Allah, aku tidak ikut andil dalam memukulkan pedang, menusukkan tombak atau melemparkan anak panah sama sekali. "" Benar, "jawab beliau." Tapi bukankah kau telah ikut dalam menambah jumlah mereka? Mendekatlah kemari! "Aku mendekat. Beliau menunjukkan kepadaku sebuah bejana yang dipenuhi darah seraya bersabda," Ini adalah darah cucu kesayanganku Al-Husain. "Lalu beliau memoles mataku dengan darah itu. Ketika terjaga dari tidurku, mataku menjadi buta sampai sekarang."


Bagaimana kita menyikapi perintah Nabi saw jika dalam mimpi tersebut Nabi saw memerintahkan kita berbuat sesuatu. Jawabnya mudah, ikuti saja perintah tersebut yang boleh jadi itu titah Tuhan melalui nabinya, betapapun anehnya perintah tersebut. Jika anda merasa ragu akan mimpi tersebut, cuba hiraukan mimpi tersebut, beristighfar dan mendekatlah pada Tuhan dan lihat apa mimpi tersebut akan datang lagi. Jika mimpi tersebut datang lagi bahkan beberapa kali laksanakan akan perintah mimpi tersebut. Seaneh-aneh perintah Nabi saw atau perintah Tuhan swt melalui nabinya pasti ada maksud tersembunyi di dalamnya. Contoh ekstrimnya, bukankah Nabi Nuh as diperintahkan membuat kapal di atas sebuah gunung; bukankah Nabi Ibrahim as diperintahkan menelantarkan isteri dan puteranya Ismail di tanah Haram, bahkan Nabi Ibrahim as disuruh menyembelih putra kesayangannya, Ismail as; Bukankah ada hamba Tuhan yang diperintahkan Tuhan untuk merosakkan kapal, membunuh seorang anak kecil, memperbaiki rumah tanpa imbalan apapun; Bukankah Imam Husayn as, cucu Nabi Muhammad diperintahkan untuk tetap pergi ke Kufah (mendatangi tempat kematiannya sendiri) meski banyak nasihat yang melarangnya pergi ke Kufah. 
Namun, bukan bermakna jika ada seseorang yang mengaku bertemu dengan Nabi saw dan memerintahkan sesuatu padanya, kita harus terus percaya padanya, apalagi percaya pada orang yang mimpi bertemu dengan selain Nabi Muhammad saw atau makhluk-makhluk lain yang tidak terjamin keasliannya, seperti mimpi bertemu Jibril as, orang yang berwajahkan cahaya yang dianggap Nabi Muhammad saw dan sebagainya (mimpi model inilah yang kebanyakan memunculkan sekte-sekte menyimpang dalam Islam). Di sini, yang harus kita waspadai bukanlah persoalan mimpi bertemu nabi tersebut, tapi adakah orang yang mengaku mimpi bertemu Nabi saw tersebut jujur atau bohong atau bahkan tertipu untuk menyesatkan umat Islam. Kerana Nabi saw sendiri sudah memperingatkan kita akan hal tersebut "... Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka ia sungguh telah melihatku.Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai wajahku. Dan sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka bersiap-siaplah duduk di kerusi panas neraka ". 

Semoga kita yang memerlukan kasih sayang Tuhan ini diberi kesempatan bermimpi memandang sejenak wajah tersenyum Nabi Muhammad saw.