Arkib Viewers

Sunday, December 6, 2009

COFFEE BREAK!! (5) : cadangan dan pengkaedahan kemajuan BSS

Seperti yang mana ahli2 mengetahui akan perihal hamba.. dimana pemberhentian segala posting2 yang berkaitan dengan Budi Suci Sejati.. Walaupun hakikatnya keseluruhan ahli mengetahui ilmu ini ialah ilmu untuk semua golongan manusia... Seperti Juga islam ianya adalah untuk semua manusia. Tetapi, oleh kerana hamba terpaksa menurut akan undang undang yang termaktub di dalam persatuan maka terpaksa jugalah hamba menghentikan posting berkaitan ilmu ini.. tetapi tidak akan berhenti menjawab persoalan dan juga posting cadangan dari hamba... cuma menghentikan huraian mengenai ilmu ini sahaja...

Malah tidak kurang juga ada ahli2 yang memandang 'bad' pada hamba dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia, malah sekaligus boleh menimbulkan permusuhan di dalam hati segelintir 'ahli2' tersebut.. Untuk Pengetahuan, hamba banyak menyertai pelbagai persatuan dimana diantaranya yang berdaftar atau pun tidak.. maka dengan hasil kajian hamba perihal kemajuan sesuatu pertubuhan itulah maka wujudnya thread BSS ini.

Jadi, untuk 100 tahun akan datang.. atau 1000 tahun akan datang.. bagaimana kita ingin menangani permasalahan2 yang sering ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang tetap cop BSS itu SESAT??? jawapannya ialah 'pucuk pimpinan'. Jadi di sini hamba ingin mengemukakan CADANGAN pada persatuan mengenai kemajuan BSS itu sendiri.....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

CADANGAN TERBUKA


1. Mewujudkan pemuafakatan atau Muzakarah dengan Jabatan-Jabatan Agama
2. Mendapatkan pengaruh
3. Mewujudkan laman web yang benar2 telus dan berinformasi
4. Mewujudkan ruangan2 forum tersendiri
5. Sedikit keterbukaan


NO.1 : Mewujudkan Permuafakatan atau Muzakarah dengan Jabatan-Jabatan Agama
maksud cadangan di sini ialah dimana persatuan bolehlah cuba melakukan suatu perjumpaan dengan pakar2 agama dari pelbagai pihak Jabatan seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam dan lain-lain jenis Jabatan yang mana setiap Jabatan ini berupaya mengeluarkan suatu FATWA yang akan sedikit sebanyak menyulitkan keadaan suatu ketika kelak. Selain itu, secara keseluruhannya, adakan perbincangan secara harmoni, lakukan muzakarah dari semasa ke semasa. Selain itu, cuba sentiasa rujuk pada Jabatan2 berkaitan atau Jabatan2 berkaitan boleh sentiasa memantau setiap aktiviti bila malam kelas.. contoh 3 bulan sekali dan lain2.. Sentiasa hantar laporan mengenai aktiviti malam kelas dan wujudkan suatu silahturrahim yang TANPA selindung pada pihak2 berkenaan.

NO.2 : Mendapatkan Pengaruh
Maksud di sini ialah, pengaruh dari orang-orang yang berpengaruh. orang-orang yang berpengaruh ialah seperti contohnya orang-orang perseorangan yang terdiri dari Menteri-menteri, tokoh2 politik malah pihak2 media yang berpengaruh. Selain itu, cuba dapatkan kesefahaman silahturrahim dengan mana2 rawatan alternatif cara islam  sperti Darul Syifa', atau banyak lagi yang bertaburan di seluruh semenanjung Malaysia. Sungguh sayangnya keilmuwan BSS ini yang cukup tinggi martabatnya tidak diberikan perhatian oleh orang awam malah memperlekehkan lagi amalan ini. Lebih malang lagi yang melabelkan BSS itu SESAT... atas sebab apa?? tiadanya pengaruh dan penerangan secara umum.

NO.3 : Mewujudkan Laman web yang benar-benar telus dan berinformasi
Laman web yang dimaksudkan ialah laman web yang mempunyai informasi asas perihal BSS itu sendiri. Wujudkan 'Kauter Pertanyaan' umum atau dalam laman2 web lain dipanggil 'guestbook'.. di situ setiap pertanyaan oleh orang ramai bolehlah merujuk pada ahli2 yang dilantik menjaga laman web tersebut atau wujudkan 'siber BSS' dimana kumpulan ini akan memantau segala aktiviti yang berkaitan BSS di dalam dunia internet. atau wujudkan suatu 'organisasi siber' iaitu melantik ahli2 dan tauliahkan mereka untuk mengawal aktiviti2 dalam internet, mengenalpasti user2 dari kalangan ahli persatuan atau bukan, menjawab persoalan2 yang dikemukakan oleh orang ramai dan pelbagai lagi. Selain itu, laman web itu akan memaparkan suatu sistem yang terancang dalam persatuan dan laman web itu juga mampu dilihat oleh semua orang tidak kira golongan dan bersifat TELUS

NO.4 : Mewujudkan Ruangan-Ruangan Forum sendiri
Apabila ada sahaja forum2 yang berkaitan BSS maka terus sahaja di ban tanpa memikirkan positifnya sesuatu forum itu. Ada ahli2 yang dilarang sama sekali untuk berforum sekaligus menimbulkan ketidak puas hati dalam diri ahli2 tersebut. Membicarakan perihal BSS ialah tidak melanggar undang2 dalam Perlembagaan. Itu adalah hak kebebasan bersuara. Maka, jika hamba tetap ingin meneruskan posting hamba juga sebenarnya tiada masalah, tetapi kerana memikirkan perkara2 yang mungkin akan timbul kelak, maka hamba cuba bersabar dahulu. Jadi cadangannya di sini apa salah di era maju ini selaraskan BSS itu di dalam dunia internet.. kemajuan tidak menghalang dalam penyebaran agama itu ok.. apatah lagi penyebaran sesuatu amalan. bila diwujudkan ruangan2 forum, maka secara tidak langsung mengurangkan ahli2 untuk berforum di forum2 umum. Forum yang diwujudkan hanya boleh di akses oleh ahli2 sahaja. Selain dapat mengeratkan silahturrahim sesama ahli baik dari negeri mana sekalipun. Forum itu juga perlu dijaga oleh ahli2 yang ditauliahkan dan dilantik khas.

NO. 5 : Sedikit Keterbukaan
Maksud sedikit keterbukaan di sini rasanya ramai ahli yang faham maksudnya.. Sedikit keterbukaan ialah keterbukaanlah sedikit dalam penyebaran keilmuwan ini. dalam islam juga tidak menghalang umatnya untuk menyebarkan ilmu yang baik, ilmu yang bermanfaat dan keilmuwan2 yang dapat meningkatkan keilmuwan diri. Jadi pada era zaman ini istilah amalan RAHSIA tidak lagi relevan dan pernah hamba bicarakan pada posting hamba yang lepas. spserti ungkapan yang hamba suka untuk memaparkannya untuk banyak kali..  'ISLAM UNTUK SEMUA ORANG, TETAPI YANG RAHSIA TETAP RAHSIA'. jadi cuba fikirkan ungkapan itu. membawa maksud yang penuh dalam. Jika zaman Rasulullah menyebarkan agama islam sembunyi2 pada zman Jahiliyah, zaman berganti zaman dan dulu sebar agama islam guna buku, guna kertas, perlu menghadiri kelas2 atau kumpulan2 tertentu, tetapi kini penyebaran agama islam lebih telus dan semakin maju.. Kenapa kita tidak ikut teknik penyebaran agama islam yang cukup berjaya itu??? cuba fikirkan sekali lagi.

Jadi di sini sedikit sebanyak hamba cuba mengketengahkan cadangan hamba kepada persatuan2 yang terlibat... terpulanglah untuk menerimanya dan melaksanakannya, atau cuma membaca dan terus membaca, atau yang lebih teruk cuba ban hamba secara terbuka... Fikir-Fikirkanlah~

No comments:

Post a Comment