Arkib Viewers

Sunday, December 6, 2009

COFFEE BREAK!! (6) : pemerhatian persatuan (1)

Assalamualaikum kepada forumers semua terutamanya para pembaca dalam thread 'BUDI SUCI SEJATI' ini.. hamba sebenarnya baru pulang dari Selangor di Jungle Lodge Alang Sendayu menyertai aktiviti PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI MALAYSIA yang diadakan pada 13 dan 14 haribulan yang lepas.. Syabas hamba ucapkan pada PBSSM dimana mereka dapat menganjurkan satu aktiviti yang cukup gilang gemilang itu..

Oleh kerana hamba masih lagi tertakluk dalam undang2 Persatuan, maka, hamba tidak bolehlah menceritakan apa dan bagaimana aktiviti gilang gemilang itu berlangsung dan acara2 nya.. Tetapi Tahniah pada Negeri2 yang mengambil bahagian dalam aktiviti 'pertandingan' tersebut.. semua wakil memberikan saingan yang cukup hebat dan cukup dasyat.. Tahniah kepada Kuala Lumpur yang merangkul gelaran Juara keseluruhan sekaligus membawa pulang piala pusingan, tahniah juga kepada wakil dari Johor yang mana mendapat mata tertinggi dalam pertandingan tersebut.. syabas pada Perlis dimana memberikan saingan yang cukup hebat dan hamba sangkakan Perlis boleh mendahului saingan2 yang lain.. tapi malangnya.. pemarkahan tertakluk pada Juri.. dan tak lupa juga kepada Wakil Selangor yang cukup hebat persembahannya.. syabas sekali lagi untuk semua..

Kepada Pengerusi, AJK, PBSSM, SXXXXXXXn Bin Abdul Rahman.. (maaf jika saudara tidak suka hamba menukilkan nama saudara di sini) . hamba tau yang saudara juga membaca tulisan2 hamba selama ini di sini.. hamba ucapkan tahniah atas kerja2 keras beliau dalam menjayakan program sambutan 50 tahun Persatuan Budi Suci Sejati Malaysia itu.. Dimana selama ini telahan hamba terhadap beliau meleset sama sekali, tetapi apabila hamba telah berjumpa dengannya sendiri dan berbual dengannya.. maka barulah hamba tau yang dia sebenarnya seorang yang cukup baik dan berdedikasi orangnya sekaligus menghapuskan perasaan2 yang agak sebaliknya terhadapnya.. Terima Kasih Saudara kerana memhami hamba.. kepada ahli2 lain yang turut serta.. di sini hamba ingin berkata, syukur Alhamdulillah dapat mengenali ahli2 PBSSM dari seluruh pelusuk negeri di dalam Malaysia dan terharu dengan perpisahan kita tempoh hari.. juga perasaan rindu terus menyelubungi kepada semua ahli2 PBSSM.. Walaupun dalam keadaan hamba tau yang ahli2 PBSSM agak memandang 'bad' pada hamba sebelum ini kerana kajian hamba yang di 'exposed' di thread ini.. tetapi setelah berjumpa, barulah hamba tahu yang semua ahli2 sebnarnya amatlah mesra dan agak peramah.. 

No comments:

Post a Comment