Arkib Viewers

Monday, January 2, 2012

PERIHAL BSS : SEJARAH RINGKAS BUDI SUCI SEJATI

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi setiap persatuan dan juga perkumpulan sama ada ilmu persilatan, ilmu perubatan, dan juga ilmu kebatinan atau mana-mana persatuan yang ditubuhkan di dunia ini semestinya mempunyai sejarah nya yang tersendiri, siapa pengasasnya di sesuatu tempat dan bagaimana boleh sesuatu ilmu itu wujud sehingga ianya dikembangkan kepada orang ramai. Begitulah yang terjadi dengan pertubuhan BUDI SUCI SEJATI dimana ianya telah diasaskan oleh seorang manusia yang bernama Allahyarham Tuan Haji Hashim B. Haji Mohd Shariff. 

Sejarah dan perkembangan amalan ini bermula apabila Allahyarham dengan pesanan orang tuanya supaya mencari satu rahsia dimana RAHSIA itu tadi adalah merupakan HAQnya dan HAQ bagi setiap manusia yang hidup di dunia ini. Allahyarham telah menjelajah ke seluruh Tanah Melayu (Malaya) dan telah berguru dengan beberapa orang guru sehinggalah membawa beliau merantau sehingga ke Indonesia. Dalam pencarian inilah beliau telah bertemu dan menuntut suatu jenis ilmu kebatinan yang bertaraf tinggi yang dinamakan 'Allah Hu Jalala Jala Luhu' (Lam Jalallah). Kebatinan Lam Jalalah merupakan kebatinan yang bertaraf tinggi berbanding dengan ilmu-ilmu kebatinan yang lain, Namun begitu beliau masih menganggap bahawa ilmu ini bukanlah yang HAQ seperti yang sepatutnya dia mencari dan beliau menganggap ilmu tersebut hanyalah sebagai permulaan bagi pencarian beliau. Mengikut riwayat, sebelum beliau bertemu dengan amalan kebatinan LAM JALALAH di Indonesia, maka, sebelum itu beliau telah menemui suatu ilmu yang digelar PERMOHONAN dimana amalan 'permohonan' itu merupakan suatu siri doa-doa dan surah-surah yang dihimpunkan menjadi suatu amalan dan ilmu yang ampuh dan banyak kegunaannya untuk membantu masyarakat, dan mengikut ceritanya beliau telah memperolehi amalan PERMOHONAN di negeri Kelantan dan sesudah itu barulah beliau meneruskan pencarian hingga ke Indonesia.

Atas usaha gigih dan tidak pernah putus asa, beliau dan dengan 'Amalan Permohonan' yang ada padanya akhirnya telah membawa beliau ke negeri Acheh (wilayah di dalam Indonesia). Akhirnya beliau dengan berbekalkan ilmu-ilmu diri cuba untuk menguji ilmu-ilmu yang ada padanya sehinggalah beliau bertemu dengan satu ilmu atau amalan yang tidak dapat ditembusi oleh mana-mana ilmu yang pernah dipelajari dan yang ada padanya. Beliau dengan sedaya upaya cuba menggunakan ilmu diri untuk menembusinya tetapi tidak membuahkan hasil. Adat seorang yang berilmu di dada dan seorang yang tidak pernah kenal putus asa, jika kita bandingkan orang lain atau diri kita sendiri, pasti kita sudah timbulnya perasaan tidak yakin di dalam diri dengan ilmu yang pernah kita tuntut sebelum ini apabila bertemu dengan suatu ilmu yang sukar untuk ditembusi atau berasa riak dan tercabar atau berdendam dengan ilmu orang lain yang tidak dapat ditembusi itu, tetapi beliau telah mengambil jalan pendekatan yang cukup berbeza iaitu dengan cuba untuk mendekati amalan tersebut. Atas tujuan itu,  Allahyarham kemudiannya telah berguru dan mempelajari amalan ini yang dinamakan 'BUDI SUCI SEJATI'  yang merupakan ilmu HAQ diri yang dicari-carinya selama ini. Semasa dalam perguruan itu, Allahyarham adalah merupakan satu-satunya penuntut yang datang dari Tanah Melayu diantara tujuh orang penuntut sehinggalah beliau ditauliahkan untuk membawa amalan ini untuk memperkembangkannya di Tanah Melayu pula. Kesabaran adalah merupakan titik noktah bagi segalanya dan beliau dapat merealisasikan apa yang selama ini disarankan oleh kedua orang tuanya dan yang menjadi impiannya selama ini.

Setelah bertemu jodoh dan berkahwin dan membina keluarga, Allahyarham kemudiannya bersama-sama keluarganya berpindah semula ke Tanah Melayu dan mula mengembangkan amalan Budi Suci Sejati ini pada tahun 1958 (tarikh selepas kemerdekaan). Alahyarham telah mengembangkan amalan ini di Tanah Melayu selama 20 tahun dan beliau adalah merupakan pengasas amalan ini di Tanah Melayu (Malaya). Kemasukan penuntut-penuntut untuk mengetahui dan sekaligus mempelajari amalan ini membuatkan penuntut beliay semakin ramai dan ramai dan adakalanya mencecah jumlah yang sangat besar yang datang dari seluruh pelusok tempat terutamanya Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Beliau sering mengumpulkan ahli-ahli untuk mengajar selok belok amalan ini dan juga sering bercerita tentang asal kehidupan manusia yang mana berkaitan dengan HAQ yang sepatutnya manusia mencari tatkala ianya terpisah semasa manusia itu lahir kedunia pada tangisan bayi yang pertama. Beliau juga banyak mengadakan aktiviti-aktiviti seperti permainan GERAK dan LAM JALALAH untuk menguji keilmuwan diri masing-masing sehinggalah yang tua, muda, kanak-kanan dan wanita juga ramai yang menyertai amalan ini yang diturunkan Allahyarham sendiri, dan diantaranya telah dilantik sebagai Wakil GURU termasuk anak-anak kandung beliau. Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 07 hb Disember 1978 bersamaan 06 Muharram 1399.

Dengan ketiadaan Allahyarham perkembangan amalan Budi Suci Sejati ini telah diterajui oleh Isteri beliau, iaitu Allahyarhamah Ibu Hajjah Siti Rawiah Bt. Samen dan dengan sokongan lima orang anak Allahyarham, empat lelaki dan satu perempuan. Anak yang sulong bernama Masri kemudian diikuti oleh Masni, Masron, Masdon, dan Masran. Ibu Hajjah Siti Rawiah Bt Samen pula telah kembali ke Rahmatullah pada 11 hb Februari 1996 bersamaa 21 Ramadhan 1416.

Amalan Budi Suci Sejati ini seterusnya telah dikembangkan dan diterajui oleh wakil-wakil GURU beserta anak-anak beliau sendiri iaitu En. Masri, En. Masron dan Haji Masdon. Apa yang dapat dibanggakan ialah amalan Budi Suci Sejati ini telah berkembang begitu pesat sehingga ke hari ini bukan sahaja di seluruh Semenanjung Tanah Melayu malah di Brunei, Indonesia,Australia dan Afrika Selatan. Amalan ini telah berkembang dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira umur atau usia dan terus berkembang dari masa ke semasa dan telah wujud banyak persatuan-persatuan BSS yang mendukung amalan ini hampir di setiap negeri di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, dan Perlis termasuk Sarawak. Banyak persatuan yang mungkin telah menukar nama tetapi masih lagi merupakan amalan BUDI SUCI SEJATI. contoh-contoh persatuan atau perkumpulan nama amalan ini termasuklah Persatuan Budi Suci Sejati Malaysia, Perguruan Budi Suci Sejati, Kebatinan Budi Suci, Persatuan Seni Silat Gerak Sejati, Persatuan Latihan Jasmani Budi Suci Sejati, Persatuan Rekreasi Cahaya budi, Persatuan cahaya sejati dan banyak lagi termasuklah perkumpulan-perkumpulan kecil yang mungkin tidak meletakkan sebarang nama kumpulan atau persatuan. Itu menunjukkan perkembangan positif dimana amalan ini telah diiktiraf dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat dan merupakan pengiktirafan bagi  duduknya amalan ini yang sepatutnya dia berada.

10 comments:

  1. tiga seperguruan tahun 70'an bapak hashim jb, pak amin kl dan wak mail spore memperkenalkan ilmu bss dari aceh ini. mereka pun darah keturunan aceh juga. yang masih ada lagi pak amin tinggal kat kl, wak mail dengar cerita dah meninggal kat melaka, pak hashim awal lagi dah meninggal. kalau ikhlas nak mendalami ilmu carilah pak amin, pakcik ada jumpa dgn pak amin. tak rugi pun. ilmu kebathinan ini biarlah dapat hasilnya bukan pada cerita rugi saja. pakcik sempat belajar dgn ketiga2 mereka ini masa belasan tahun lg. cuma pakcik x bleh mengajar. email pakcik md_muhd@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Dekat taiping ada sorang. Arwah pak ayob..

      Delete
  2. Asalamualaikum. Betul ke BSS ada tingkatan / level 13 ia itu yg tertinggi

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum
    ada lgi ke bnda2 mcm ni

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum saya ahli bss tapi dah lama tidak amal aktiff bagaimana cara nak aktif balik

    ReplyDelete
  5. gerak suci sejati adakah sama?? sbb ayah sy dulu ada mengikuti gss lama dulu.. perguruan yg sama ke?

    ReplyDelete
  6. Pak Hj Mohd Amin Bin Muhammad Yusuf ...Darul Syifa' AlBathiniah Hj. Arafat ziarah Dan Tanya sendiri...

    ReplyDelete