Arkib Viewers

Friday, December 4, 2009

COFFEE BREAK!! (3) : Penubuhan Thread Budi Suci Sejati

ada desas desus dimana ada diantara ahli (segelintir sahaja laa) yang mengatakan penerangan hamba agak 'kebudak-budakan' nampak sangat hamba belum betul2 mengkaji atau mendalami BSS ini dan lebih parah lagi mengatakan hamba baru setahun jagung dalam amalan ini.. jika mereka berkata begitu, maka hamba mengiyakan saja..

Untuk pengetahuan especially ahli, kenapa penerangan hamba agak mendatar atau nampak 'simple' atau 'kebudak-budakan' ialah kerana, hamba mempelajarinya dari forum2 yang memperbincangkan BSS sebelum ini (lebih kurang 20 forum yang pernah hamba lihat antara secara 'langsung' atau 'tidak langsung').. maka hamba banyak buat kesimpulan dan 'research' tentang kelemahan dan 'kehebatan' sesebuah thread Budi Suci Sejati itu. Diantaranya bagaimana user2(ahli2 laa) yang menjawab cara agak kasar, ada yang siap cabar mencabar, ajak berjumpa, ada yang menggunakan kata-kata kesat(forum perubatan)(nama forum tak akan hamba sebut), ada pula forum agak simple dari brunei yang sedang hangat kini lain pula caranya, kerana ianya forum yang agak simple maka user2 penjawab (ahli2) pon menjawab cara bersahaja dan berlaku pertelingkahan2 kecil juga tidak sesuai untuk menarik minat orang ramai untuk mempelajari amalan suci ini. Selain itu forum2 lain pula kebanyakan di 'handle' oleh user2 (ahli2) yang kurang berpengalaman dan tidak dapat menjawab sebilangan soalan yang diajukan oleh user2 yang bukan ahli dan ada juga user yang agak kabur dantidak tepat penerangannya sekaligus menimbulkan fitnah. Ada juga forum yang dibuka oleh ahli2 muda belasan tahun dan dibukanya forum BSS ini di laman web pencari kawan.. ini sangat laha memalukan malah tak menunjukkan ketinggian taraf BSS itu berada. mungkin 'dia' hendak mencari kawan2 dikalangan BSS sebab itulah menggunakan laman web pencari kawan itu.. Wallahualam.. Selain itu banyak forum yang tidak menggunakan nama threadnya sebagai BUDI SUCI SEJATI tetapi memperbincangkan perihal BSS malah ada juga yang membincangkan BSS dengan ketiadaan langsung ahli BSS di dalam forum itu dan akhirnya perbincangan itu jadi hambar dan sedikit sebanyak 'meracuni' pemikiran orang2 itu bahawanya BSS ini sesat dan sebagainya..

Jadi dengan pemerhatian dan research yang lama maka hamba ambil keputusan untuk membuka thread BSS ini di forum ini dan dimana kelemahan yang hamba lihat dari forum lain itu akan hamba tangani dan segala kebaikan juga kelebihan pada forum lain itu akan hamba kekalkan malah hamba tingkatkan..

Hamba amat tahu bahawanya thread hamba ini akan dibaca oleh sebilangan besar ahli2 BSS juga sebilangan Besar yang bukan ahli2 BSS(lihat sahaja pada bilangan ahli yang masuk di thread ini) walaupun nampak macam hamba seorang sahaja yang membebel di dalam thread ini.. kerana itulah penggunaan ayat yang hamba guna agak 'simple' dan agak 'kebudak-budakan'. maaf kepada ahli kerana mungkin anda semua telah faham akan BSS, tetapi sasaran pembaca hamba ialah hamba sasarkan kepada yang bukan ahli, supaya mereka berminat, supaya mereka faham akan apa itu BSS, supaya dapat menukarkan pemikiran mereak perihal BSS itu sesat dan sebagainya. yang bukan ahli itu tak faham.. ibarat 'budak' yang baru nak belajar, maka penggunaan kata2 hamba juga mestilah nampak seperti 'kebudak-budakan' barulah sama level.

Jadi kepada ahli yang bukan nak menimba ilmu atau sebagainya, bolehlah dapatkan penerangan yang lebih khusus untuk level anda di forum2 lain. insyaallah mereka dapat membantu dengan kata2 atau ayat yang lebih 'tinggi' kefahamannya. Terima kasih kepada yang menyokong penubuhan thread BSS ini.. juga ramai yang berminat P.M hamba.. itu semua adalah suatu perkembangan yang hebat.. Kepada sesiapa yang berkata hamba baru setahun jagung itu, terpulanglah.. hamba mengiyakannya sahaja dan senangkata hamba mengaku sahaja. jika anda rasa hamba tidak layak untuk berbicara mengenai BSS ini, maka anda tak perlu baca pun apa yang hamba posting setiap hari.. anda boleh pergi ke forum2 lain yg membincangkan BSS ini atau jika anda dah taraf 'otai' bolehlah membantu ahli2 yang baru hendak merangkak di forum2 lain itu... Terima kasih sekali lagi kepada yang menyokong atau kepada yang mengkritik..

No comments:

Post a Comment