Arkib Viewers

Tuesday, June 4, 2013

Perihal BSS : Matlamat, Prinsip dan Rukun Dalam BSS (II)

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

seperti yang telah hamba terangkan sebelum ini, maka, 5 perkara di dalam RUKUN itu ialah dimana ianya sepatutnya perlu berada di dalam suatu turutan atau urutan dimana yang mana perlu dimulakan dahulu dan yang terkemudian, kerana ianya merupakan suatu perjalanan dan didikan pada diri seseorang. jika dilihat pada RUKUN Islam, RUKUN iman, RUKUN Haji dan pelbagai lagi RUKUN dimana semua itu berada dalam suatu urutan perkara-perkara yang perlu didahului dahulu. Dalam amalan Budi Suci Sejati yang seperti semua atau kebanyakan ahli ketahui bahawa terdapatnya 5 RUKUN yang perlu diketahui secara tidak langsung apabila anda bergelar seorang ahli. iaitu:

1. PENGISIAN / ISI POKOK BADAN
2. JURUSAN
3. NAFAS
4. MAKRIFAT / MA'RIFAH
5. KEYAKINAN / YAKIN

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

1. PENGISIAN / ISI POKOK BADAN
PENGISIAN atau ISI POKOK BADAN adalah merupakan perkara pertama yang ada pada urutan RUKUN BSS. Jadi kerana apa ianya terletak pada tangga pertama dalam RUKUN BSS ialah kerana ianya perkara pertama yang perlu dilalui oleh setiap ahli. Jika tiada PENGISIAN atau ISI POKOK BADAN yang dilakukan dan terus-terusan melakukan JURUSAN dan sebagainya, maka, tidak sempurnalah sesuatu amalan Budi Suci Sejati tersebut. Ianya ibarat tidak 'training' terus main bola bagi pemain bola Professional atau keluar rumah berjalan di shopping complex tanpa berpakaian. PENGISIAN dan ISI POKOK BADAN adalah merupakan dua perkara yang sebenarnya sama tetapi yang membezakan ianya hanyalah, PENGISIAN ialah perkara pertama dimana seorang GURU atau individu dengan kepandaiannya akan mengaktifkan HAQ di dalam diri para pengamal. Maksud ISI POKOK BADAN pula ialah dimana seseorang pengamal itu tadi melakukan sendiri pengekalan NUR HAQ yang telah diaktifkan kali pertama dan ianya boleh diibaratkan sebagai suatu bacaan 'doa' harian untuk kesejahteraan diri yang selalunya diHARUSkan lakukannya pada setiap hari (waktu pagi sebaik-baiknya)

2. JURUSAN
 JURUSAN diletakkan pada tangga ke-dua dalam RUKUN BSS ialah kerana selepas ahli itu telah selesai melalui  PENGISIAN, maka selepas itu mereka akan diajar atau ditunjukkan dengan cara-cara atau teknik-teknik khas yang dipanggil JURUSAN. JURUSAN merupakan suatu perbuatan atau gerak jurus yang tertakluk di bawah undang-undang JURUSAN yang diset sebagai suatu latihan atau amalan yang perlu dilakukan berterusan (dijadikan amalan).  teknik-teknik JURUSAN juga kebiasaannya akan diajar berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian masa, kebolehan si pengamal dan kecepatan ahli itu sendiri menerima tunjuk ajar teknik JURUSAN itu tadi (cepat tangkap).

3. NAFAS
Selepas ahli itu tadi diajar teknik-teknik JURUSAN, maka disamping itu diselitkan dengan teknik-teknik pernafasan yang betul, cara-cara keluar masuk NAFAS dan tujuan NAFAS itu disalurkan dan disampaikan. 
latihan NAFAS perlulah diiringi dengan tatacara teknik JURUSAN itu tadi dimana terdapatnya perbezaan gaya perNAFASan dari setiap JURUSAN tersebut. Ianya terletak di tangga ke-tiga RUKUN Budi Suci Sejati.

4. MAKRIFAT / MA'RIFAH
MAKRIFAT bermaksud 'penumpuan hati' atau 'membayangkan' atau 'cuba merealitikan' sesuatu perkara dimana memerlukan kekuatan imaginasi yang mana 'pembayangan' itu dianggap benar-benar wujud dan cuba 'diwujudkan'. Setelah ahli itu mempelajari teknik-teknik JURUSAN, maka selepas itu disertakan dengan cara perNAFASan yang betul dan tertib, selepas itu barulah ahli itu tadi diajar bagaimana memusatkan 'hentaman-hentaman' JURUSAN itu pada bayangan yang mereka MAKRIFATkan. terpulang kepada imaginasi masing-masing, ada yang MAKRIFATkan lembaga hitam, lembaga putih, seseorang yang dikenali, diri sendiri atau juga hanya satu titik tidak berwarna. MAKRIFAT juga dicipta membayangkan pelbagai perkara seperti NUR yang keluar seperti pancaran laser atau pengembangan NUR dalam diri.  MAKRIFAT sangat penting dalam memperlengkapkan diri seseorang pengamal sebagai persediaan menggunakan atau mengaplikasikan JURUSAN dan NAFAS yang telah diajar sebelum ini. MAKRIFAT terletak di tangga ke-empat RUKUN Budi Suci Sejati.

5. KEYAKINAN / YAKIN
Dalam amalan Budi Suci Sejati, yang sebenarnya jika diikutkan pada yang sebenarnya, YAKIN perlulah berada pada tangga pertama RUKUN Budi Suci Sejati. Tetapi mengapa ianya terletak pada tangga terakhir atau ke-5 dalam RUKUN Budi Suci Sejati itu ialah disebabkan oleh KEYAKINAN kebiasaannya akan datang setelah ahli-ahli itu tadi sedikit-demi sedikit mempelajari amalan Budi Suci Sejati ini dari perkara PENGISIAN, selanjutnya belajar teknik JURUSAN, penggunaan NAFAS yang betul dan MAKRIFAT yang tepat maka barulah KEYAKINAN itu akan datang sendirinya dalam diri para pengamal Budi Suci Sejati itu. jadi kerana itulah ianya amat relevan berada pada tangga terakhir dalam RUKUN BSS. dalam apa jua perkara pun di dunia ini KEYAKINAN adalah suatu perkara yang amat penting apatah lagi dalam mempelajari keilmuwan-keilmuwan RAHSIA yang kita sendiri ingin singkapkan. Malah ada antara pengamal Budi Suci Sejati yang mahu ditunjukkan BUKTI NYATA barulah mereka mahu meYAKINi BSS itu sebagai suatu amalan yang cukup tinggi TARAFnya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

** Salah satu RUKUN dalam Budi Suci Sejati tiada maka, tidak sempurnalah amalan Budi Suci Sejatinya. contohnya jika ada Pengisian, Jurusan, Nafas, Makrifat tetapi seorang pengamal itu tidak adanya Yakin, maka, ibarat terbatallah perjalanan RUKUNnya.


** Dan selepas Rukun ke-5 iaitu Keyakinan, selepas itu ianya sebenarnya akan 'cycle' semula ke tangga  pertama iaitu Isi Pokok Badan. kitaran itu akan sentiasa berada dalam diri pengamal Budi Suci Sejati sebenarnya dan ianya tidak lagi terletak dalam tangga-tangga atau tahap-tahap tertentu...