Arkib Viewers

Sunday, January 3, 2010

Recent: Jurusan (1)

Bluegigas  11/08/2009

bagi den la pulak.. semasa aktiviti berjurus ada prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan kesempurnaan penciptaan cahaya. dari awal pembukaan latihan hingga penutup latihan. tapi apa yang den dapati, ada yang kata lepas abis latihan berjurus sebelum tutup latihan kena isi pokok badan balik baru tutup latihan. ada pulak yang kata tak perlu isi pokok badan lagi sebab masa awal nak mula latihan dah isi pokok badan... yang ini pulak macam mana?

---------------------------------------------------------

Edbest   11/08/2009 

pada aku, benda ni adalah perkara furu' (cabang) sahaja. ianya terpulang pada masing². tiada soal tentang salah-betul pun. Jurusan tu adalah proses menggilap cahaya yg telah ada di dalam setiap ruh anak Adam. apabila cahaya tu digilap, pastilah ianya semakin bersinar dan memancar² sehinggakan ianya menyelimuti bukan sahaja pada diri sendiri...radiusnya boleh sahaja berkembang dan tersibak luas.

-----------------------------------------------------------

mito21  11/09/2009

aisey... kan disuruh berjurus... tang bab langkah ni pada pedapat kawan tolak tepi la....
kalau dah space tu takde... tak jadi masalah ler.. jurus 2 langkah ke depan dan 2 langkah kebelakang.. then jurus kekanan dan buat langkah yang sama.. empat penjuru...
at least boleh gabungkan dng praktik langkah2 silat yang sedia ada.. tak ler bosan..

yang penting berjurus... dan makrifat....
sekadar pandangan peribadi.... big grin

----------------------------------------------------------

JengKing  11/09/2009

IPB
sebelum & selepas jurusan
'selamat akan daku'......
apakah maksud yang tersirat pada 'selamat akan daku' itu

-----------------------------------------------------------

edy137  11/10/2009

owh.. hamba faham maksud edbest... lama jugak nak memahamkan... sebenarnya kalau ikut logic tak berkurang pon... kita bukannya isi pokok badan macam ini:

'aku mengisi pokok badanku supaya selamat diriku dalam JURUSAN'

tetapi kita berniat iaitu:

'aku mengisi pokok badanku supaya selamat diriku dalam segala latihan'

so, ada perkataan SEGALA!!!! jeng..jeng..jeng... temasuk TINDAKAN laa.... jadinya tak berkuranglah walaupun buat sebelum tutup latihan... heheh... dah terkantoi satu... kerana sebelum ini ada yang berkata akan berkurangan....

hurmm.. menarik..

----------------------------------------------------------

Edbest  11/10/2009

kalau kita menganggapkan tidakan tu adalah satu latihan ok.
yang tak ok kalau diniatkan selain dari latihan. contoh, nak settle satu² projek khas (perubatan dsbnya). w/macamana pun, tak lah sampai tak ok hingga ke KO. Ianya boleh diseimbangkan dengan Jurusan kembali.

---------------------------------------------------------

edy137  11/10/2009

jadi TINDAKAN yang kita lepaskan semasa habis JURUSAN itu sudah tentunya ahli2 berniat untuk LATIHAN....

tetapi kalau TINDAKAN itu tadi digunakan semasa PERUBATAN misalnya... berkuranglah keCAHAYAan itu tadii.. dan perlu diseimbangkan semula melalui JURUSAN...

yearps.. I catch it...!!! TQ...

---------------------------------------------------------

bluegigas  11/11/2009

den dengar cerita jurusan boleh menghilangkan titik-titik hitam dalam diri si penjurus... titik-titik hitam ne ape benda sebenarnya? adakah ianya dosa? tak boleh ke titik hitam ne di hilangkan dengan berdoa selepas solat? kalau tak keberatan boleh la kongsi pengetahuan sikit kat den ne ha..

-----------------------------------------------------------

Edbest  11/11/2009

sebelum pergi lebih jauh, aku suka nak Quote ayat ni:
"Budi Suci Sejati, aku mengisi pokok badanku agar selamat diriku dari segala mara bahaya"

apakah bahaya yg ada ni mesti semuanya dari luar? apa diri kita ni sendiri tak membahayakan ke?
kalau ambil cerita pasal Azazil dulu, kat dalam syurga...dia jadi leader dalam berdoa.
dia doakan semua yg lain, tetapi terlupa nak mendoakan diri dia sendiri.
dari tu, tercampak lah dia dari syurga dalam kehinaan dan menjadi IBLIS.

significantnya amalan BSS ni adalah mendoakan diri kita secara khusus dan juga mendoakan yg lain selengkap²nya.
in the most preferrable manner. jadi, berbalik pada perkataan bahaya tu sendiri...ianya adalah selari dengan satu kenyataan bahawa manusia ni adalah sering "menzalimi dirinya sendiri". kat situlah permulaannya. bermula dari zalim ke atas diri sendiri...maka ianya akan melarat ke arah menzalimi yg lain.

LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMEEN
Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

------------------------------------------------------------

JengKing  11/11/2009

can we put it this way ..
" selamat akan daku dari segala kezaliman'?
dari kezaliman diri sendiri & org lain

----------------------------------------------------------

Edbest  11/11/2009

of course you can...but, don't it seems redundant?
that "segala kezaliman" tu dah cukup khusus for everybody and ourself.
i don't know, that is just my 2 cent opinion.

---------------------------------------------------------

Bluegigas  11/12/2009

bila titik hitam mula melekat pada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh kita? titik hitam ne adik beradik dengan dosa ke? apa beza titik hitam dengan dosa?

---------------------------------------------------------

Edbest  11/12/2009

bila titik hitam mula melekat pada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh kita? titik hitam ne adik beradik dengan dosa ke? apa beza titik hitam dengan dosa?

aku faham, titik hitam ni adalah noda kepada hati. dan titik hitam ni lah yg perlu dibersihkan.
caranya adalah melalui zikrullah samada lisan, hati maupun ingatan.

bagaimanakah pulak dikatakan Jurusan dapat meleburkan titik² hitam ni?
>>ini kerana Jurusan kita juga adalah sebahagian dari zikir. atau dari rumpun melayu menggelarkannya sbg Zikir Nafas.
Nafas yg kita sedut tu membawa unsur² Nur...dan unsur² Nur ini akan mampu menyucikan titik² hitam di hati kita. Zikir Nafas ini dikategorikan antara tahap zikir yg tanpa putus.

---------------------------------------------------------

JengKing  11/12/2009

maksud bro zikir nafas..
Allah Hu atau Allah Hu Allah
pernafasan kita semasa berjuruz & juga lidah tongkat ke langit tu ke.

-----------------------------------------------------------

Edbest  11/12/2009

Jika dilihat dari sudut dan bidang zikir ni, zikir "Hu Allah" adalah lebih utama. Yg kedua barulah zikir "Allah Hu". Adapun begitu zikir² tersebut akan saling silih berganti semasa kita melakukan jurusan. Keluar masuk dan turun naik nafas mempunyai maksud² yg tertentu.

bab lidah tongkat ke langit tu, molek jika dibincangkan sama².

----------------------------------------------------------

JengKing  11/13/2009

Maksud ko semasa berjurus zikirnya "Hu Allah"
"Hu" - bila nafas ditarik
'Allah" - bila nafas dihembus

---------------------------------------------------------

mito21  11/13/2009

Pendapat aku la... kalau berjurus zikir dia Allah Hu...
Nafas ditarik - Allah ...
Nafas dihembus - Hu...

tapi mungkin yang lain boleh cite lebih detail kot... aku tahu setakat tu aje...big grin

-------------------------------------------------------

makhluk  11/14/2009

zikir nafas = Hu Allah / Allah Hu = perlu disebut
zikir sirri @ zikir rahsia = yg tidak perlu disebut (automatik) = lidah ditongkat ke lelangit

perbezaan kategori zikir

------------------------------------------------------

SejaTi  11/15/2009

tongkat je lidah,...dgn automatik akan berzikir...

-----------------------------------------------------

edy137  11/19/2009

betul.. kalau ikut ketasawwufan... tongkat lidah dan keluar masuk nafas tu pon kategori zikir... ada pelbagai teknik berzikir sebenar.... cuma jika dari golongan syariat... kita nihh dianggap SESAT...

------------------------------------------------------

JengKing  11/19/2009

baru aje aku nak tanya pasal lidah tongkat kat lelangit tu
kenapa perlu ditongkat kan lidah?
dibahagian mana lidah perlu ditongkat depan, tgh, blkg?
adakah setelah di isi, bila kita tongkat lidah berserta teknik pernafasan, secara automatiknya kita dikira berzikir?
kalau x di isi x  kira ke

-----------------------------------------------------

edy137  11/19/2009

ikut pendapat hamba yang dhaif... tak semestinya diisi... perzikiran tak semestinya dimulai dengan pengisian...

orang2 sufi dahulukala tak mengisi pon BSS... diorang still berzikir dengan pelbagai cara..

kita kebetulan dapat BSS hasil dari pengisian.. barulah pengkajian... yang kesufian dulu2... dapat permulaan dengan pengkajian, barulah pengisian... tapi bezanya takde siapa pon yang isikan mereka... 

------------------------------------------------------------

bluegigas   11/20/2009

semasa berjurus kenapa kena tutup pusat? kalau nak salam pun kena tutup pusat jugak... semasa sholat pun kita tutup pusat. ada sape-sape boleh tolong den tak... apa maksud kepada perbuatan kita menutup pusat tu?

---------------------------------------------------------

JengKing  11/20/2009

Ada gak time jurus yg x tutup pusat. Cuba check balik.
Salam pun nak kena tutup pusat gak. Menarik

----------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment