Arkib Viewers

Sunday, February 14, 2010

Recent : AMALAN (2)

Bluegigas


kononnya ular cinta mani ne ada lagenda tersendiri...
ular ne tak cari makan tetapi haiwan lain yang berikan makanan kepadanya...
adakah amalan ne membuatkan ilmu lain akan hadir dengan sendiri kepada si pengamal?



-----------------------------------------------------------

Edbest


Ada x amalan2 lain yg hampir serupa tetapi dgn hanya menggunakan ayat2 AQ & serta zikir2
banyak ayat² AQ yg boleh digunakan sebagai ganti. Antaranya ayat 1000 dinar, ayat 4 surah Yusuf, Selawat Nur, menggunakan Asma Ul Husna dan banyak lagi.



-----------------------------------------------------------

Edbest


Kononnya mengikut lagenda Ular CintaMani ni suaranya amat merdu sehinggakan haiwan lain yg mendengarnya terpukau dan terkaku. Selain dari itu, ada cerita mengatakan bahawa Burung Cenderawasih yg membawakan makanan utk Ular CintaMani ni...wallahua'lam.

Tetapi pada hemat aku sendiri, amalan ni bukanlah satu IBU ILMU yg dapat membuka kepada pintu² keilmuan yg lain. Ilmu secara umumnya perlu dicari...maka kita menjadilah seorang murid. Dan ada ilmu yg akan datang kepada kita (Bagi yg dipilih Allah), dan kita menjadi seorang Murad. Di mana kedua² gelaran ni membawa tanggung jawab yg berbeza sama sekali.



----------------------------------------------------------

JengKing

Tq bro. Pada pendapat aku la yg ini lebih afdal dari amalan2 yg berunsur mantera @ seruan yg kita sendiri x pasti akan maknanya



---------------------------------------------------------

Edbest

pentingnya sesuatu ilmu itu adalah kita dapat memahami setiap bacaannya, memahami perkaitannya dengan diri kita...apakah ianya bersesuaian atau tidak. Jika kita mendapati ada 1-2 part yg memusykilkan hati, better kita KIV dulu sehingga jumpa jawapan yg meyakinkan. Jika tidak...better off without it.



----------------------------------------------------------

edy137

ilmu memang luas kat dalam dunia nihh.. tapi haruslah kita beringat yang mana ilmu itu macamlah pisau.... pisau digunakan untuk kebaikan, baiklah perginya... jika penyalahgunaan pisau berlaku itu yang berlaku perkara2 yang negatif... jadi biarlah kita memilih cabang ilmu yang benar2 diyakini.... jgn sampai tersalam pengambilan...






----------------------------------------------------------


ruski



maaf tumpang lalu......

dok baca dok husha..... apa yg tertulis hmmm....  nama forum keilmuwan bss jadi jgn la dok simpan2 nak habaq habaq bagi habih...kemut sana kemut sini haram tak paham aiih.

kalau objektif forum ni utk keilmuwan jom kita analyze satu2 amalan tu in detail...tang mana hat belain maklumlah guru asai dulu pun org jawa......dpt kat org kedah kan bunyi pun belain jugak....amboi sampai nama pun depa tukaq. dok peturun ilmu pun mulut ke mulut...kena hat pelet terus jadi belain la.

forum matp dulu silapnya masing2 nak perbetoi hat lain.....so jom kita cx hat mana yg asai pasai apa depa tukaq.....baru la berkembang semua pemahaman kita no.



-----------------------------------------------------------

ruski


ATOM versi taiping

pre requisite - 70,000 alikhlas
tanpa ada gap kalau lupa kiraan ulang tu yg saya 2.5 thn baru habih

preparation - ayam golek +pulut kuning + hadiah guru (tak ingat brp)
amalan lps ambik tiap kali nak amal baca 3x fatihah + alikhlas. 1 juta alikhlas 1 atom.

betoi la mcm edbest kata.... sapa ada atom energi dia akan boost sbb kat dlm alikhlas ni ada rahsia nafas...... kegunaannya - nama pun atom...ledakkan energi yg kuat boleh tembak mcm pistol! saya pun tak try lagi sbb tak sampai 1 juta..hahaha. kalau malas nak buat amalan atom...... pinjam ja kat yg dah ada hehehe.



-------------------------------------------------------------

ruski


Istila berbeza utk benda yg sama.

Pancaindera versi Taiping / Kuasa Mata versi Kuantan -  mungkin equivalent to Perabun versi 3M
 Bismillahhirahmanirrahim
 Wa’al kaitak alaika muhajjatan minni walitusna’a ‘ala ‘ainai ni allah hu
 telan air liur & kemut  (diulang 3x)
 Juz 16 ayat 39 (ada tukaq sikit) makna cx tafsir
 Kegunaan menghilangkan diri dari musuh, penggerun, pengasih atau melihat benda ghaib

Blh bagi nampak diri kita atau hilang. Nak naik pangkat niat supaya boss dok nampak kita excellence then baca ayat ni.... dah terbukti.....& dpt kerja byk...hahahahaha....


Tugas kita utk dokumented & standadized semua amalan yg dibincangkan.



--------------------------------------------------------------

reezaluddin

asalamualaikum saudara ruski betul ke bacaan ayat tu cuba rujuk balik AL- QURAN!!!!?salam



---------------------------------------------------------------

ruski


Ular Cintamani

burung bayan,
tua ku menjadi muda
miskin ku menjadi kaya
kalau ia engkau menjadi burung bidadari
dari masrik ke maghrib membawa seri jar
ser jar cin
sang kepada ku
amsi merak datang kepada ku

suku jernis datang kepada ku
sekian azati datang kepada ku
bla bla bla bla
..

he he he ada faham ....

awie awat version hang lain sikit...hahaha.....tu ambik dr GURU yg sama.

time nak ambik msk hutan & time ambik ni akan dengar bunyi burung. lps tu amal 7 hari kat dpn rumah atau kedai sblm org keluar msk.


Doa Ular Cinta Mani @ Bayan versi Taiping
 Baca 3x
 Bismillahhirahmanirrahim
 Allah humma duhum, Burung Bayan tua aku menjadi muda, miskin aku menjadi kaya, iya engkau menjadi burung bidadari dari masyrik ke maghrib membawa SRI JAR SER JAR CHING SANG kepada aku, amsi merak datang kepadaku, suku jernih datang kepadaku, sekelian aizaiti datang kepadaku, dari kiri dari kanan dari atas dari bawah berkat aku memakai doa ular cinta mani mani allah mani Muhammad baginda rasullullah berkat doa Laillahaillallah Muhammadarasulullah.
 Kegunaan sebagai pelaris, penyeri & mengeluarkan aura seri supaya org suka pada pemakainya. utk nego pun blh guna.



edbest apa hat yg belain tu habaq mai......



--------------------------------------------------------

ruski


asalamualaikum saudara ruski betul ke bacaan ayat tu cuba rujuk balik AL- QURAN!!!!?salam

mmg tak sama..... bukan salah GURU menurunkan salah murid tak phm telo guru kot....hahaha.... kalau tak silap ada org lama yg tanya benda yg sama kepada GURU yg si GURU dah tunjuk proof..... dah naik pangkat & byk lagi insiden yg menarik spj guna amalan ni.

saya umpama lesen L....... so GURU bagi lagu tu saya terima & kaji kalau ada kemushkilan tanya mana la tau silap salin. kalau ragu2 toksah amai......lagi pun kat dlm bss dah complete dah. ni topik amalan layannnnnn.....

sapa yg tau ttg apa perubahan atau kajian yg dibuat habaq mai.



-----------------------------------------------------------

ruski


Amalan tumpang tidoq ni utk org yg kerja shift, etc ......amalan ni guru isi...hadiah guru RM10 kut....saya pun tak amai pun syok ambik payah nak ingat..... masa mula tu pasai mengantuk sangat try bagi kat boss....dia terus balik half day...hahahah ......selamat.  Pakai istimewa pun jadiiiiii....

Tumpang Tidur versi Taiping / Pinjam Mata versi Kuantan
Sun ma tak aji, aji ney bibi
Bibi ney ansun betah urok turu
Turu ku tak titi pun
Nu maring wa tinku
Nu ki didorku
Nu ku lun, ku no lur
Ku no ansun betah orak turu
Turu ku tak titi pun
Nu maring batinku kabir
Ya Allah aku bermohon kepadamu, izinkan aku tumpang tidurku kepada ……..(jeblak)



-----------------------------------------------------------

Edbest


Amalan tumpang tidoq ni utk org yg kerja shift, etc ......amalan ni guru isi...hadiah guru RM10 kut....saya pun tak amai pun syok ambik payah nak ingat..... masa mula tu pasai mengantuk sangat try bagi kat boss....dia terus balik half day...hahahah ......selamat.  Pakai istimewa pun jadiiiiii....

Tumpang Tidur versi Taiping / Pinjam Mata versi Kuantan
Sun ma tak aji, aji ney bibi
Bibi ney ansun betah urok turu
Turu ku tak titi pun
Nu maring wa tinku
Nu ki didorku
Nu ku lun, ku no lur
Ku no ansun betah orak turu
Turu ku tak titi pun
Nu maring batinku kabir
Ya Allah aku bermohon kepadamu, izinkan aku tumpang tidurku kepada ……..(jeblak)
ada beza sikit...nanti aku bawak mai satu lagi version beserta dengan maknanya dlm bahasa melayu...he he he.
Amalan ni kena buat 7 hari berturut² lepas tgh mlm. Mlm terakhir tak leh tido maaaa



--------------------------------------------------------

ruski


ular cinta mani ni kecik jer menurut member saya (org asli). cara bergerak ia bergolek bukan menyusur mcm ular biasa. mkn pun burung yg suap. menurut kepercayaan org asli bila jumpa ular ni terus ambik kain balut simpan kat rumah selama beberapa hari...kononnya ular ni akan bertukar jadi emas.

tu tak dpt nak verify.....



-------------------------------------------------------

edy137


hurmmm... banyaknya kepelbagaian amalan.... itu blom cerita yang GURU individu turunkan atau sesetengah group....  blom lagi cerita amalan2 dari GURU yang bukan made ini BSS... apapon... kita kena bijak memilih amalan.. bukan mcm mengumpul batu di sungai.... buat koleksi last2 simpan atau tak digunakan paling tidak buang batu itu... 


so, cara terbaik ialah gunakan amalan seperti sesuatu yang berharga.... lagipon BSS juga boleh lakukan perkara itu semua... kecahayaannya kan meliputi... 


wallahualam~






--------------------------------------------------------


Edbest


dengan adanya amalan tambahan, kita haruslah mengkajinya juga. Barangkali ia akan menjadi satu lagi titik penyambung ke atas amalan BSS kita.






---------------------------------------------------------


edy137



memang btol... carilah GURU yang sepatutnya.... kalau nak amalkan juga, perlu istiqomah laa dalam amalan... maksudnya jgn ambil kemudian jadi perhiasan ajerr amalan itu... sekadar tahu dan untuk berlagak yang kita ada banyak amalan...


tapi memang bagus untuk kajian.... malah kita akan dapat lihat kelebihan dan kelemahan sesuatu amalan itu...... kat thread nihh boleh bincang apa2 amalan tak semestinya amalan itu datangnya dari GURU made in BSS...


wallahualam~






--------------------------------------------------------


ruski



hehehe....pedih2.......tapi yg ada ISTIMEWA tu.... rasanya amalan tambahan kurang byk nak isi....hehehe.

Istimewa umpama ibu amalan......ed eloborate.....



--------------------------------------------------------

edy137


hurmm.. menarik... saudara ruski laa eloborate kan ianya.... apa perkaitannya di situ diantara amalan TAMBAHAN dan juga ISTIMEWA.....


sekadar ingin tahu..






-------------------------------------------------------


ruski


buat2 tak tahu pulak edy ni...... hahaha aku tahu asalmu....hehehe






--------------------------------------------------------


edy137


memang kelakar saudara ruski nihh.. penceria forum... heheh...






---------------------------------------------------------


ruski



observation utk difikirkan : murid2 tiap2 mlm dtg ke rumah guru sampai pagi.... so bila si guru mengisi semua amalan dia.....

tentu ada suatu amalan yg merupakan ibu segala amalan.....isi satu top up semua.....:P



---------------------------------------------------------

edy137



observation utk difikirkan : murid2 tiap2 mlm dtg ke rumah guru sampai pagi.... so bila si guru mengisi semua amalan dia.....

tentu ada suatu amalan yg merupakan ibu segala amalan.....isi satu top up semua.....:P
tak clear laa saudara ruski... saudara ruski terangkan dengan lebih detail.. ramai yang nak tahu nihh.... termasuk hamba nihh... apa perkaitan diantara ISTIMEWA dan juga amalan tambahan yang kita perolehi dari GURU...


adakah mempunyai ikatan seperti amalan LAM???






----------------------------------------------------------


iNsAn LeMaH



Salam..Hamba ingin menyelit juga...

Mengenai ular cinta mani hamba ada yg ayat pelik plk...

Bismillah...selawat..

Seri mani cinta mani,
Anak bayan-bayan ALLAH,
Ku tanam dlm otak selirang tubuh bdn umat NABI MUHAMMAD yg bnyk,
Diriku hina Engkau muliakan,
Diriku miskin Engkau kayakan,
Engkau bukakanlah ribuan pintu bendahara,
Kasih di hulu,kasih di hilir,
Berkat aku memakai doa ular cinta mani,
Dgn berkat doa lailahaillallah....

Wa'allahualam...just nk share jew...



---------------------------------------------------------

gambir


Salam semua.. maaf saya nak menyelit juga..nak minta tolong otai otai kat sini.
masa sekolah dulu pak saudara saya ade bagi satu amalan katanya pendinding..
ayatnya macamni..

qul huallah hu ahad, narsun minallah ya jibrail.
allah hus samad, wa bassiril mukminin ya mikail.
lam yalid walam yulad, wabassiril mukminin ya israfil
walam yakun lahu kufuwan ahad. wa bassiril mukminin bi hakki izrail.
ya allah, ya waliyallah, ya anbiya allah, ya berkat doa lailaha illallah muhammadur rasulullah.

kalau ade sape2 tahu tolong bagitahu...
terima kasih



---------------------------------------------------------

Edbest

cara pengamalannya mcmana sdr gambir? apakah bacaan disetiap belakang setiap ayat Al-Ikhlas tu harus melalui mulut (bersuara kuat) ataupun sekadar bacaan di dalam hati?



---------------------------------------------------------

gambir

sekadar dalam hati



--------------------------------------------------------

Edbest

Boleh sahaja...tp adakah ko faham akan makna ayat²nya? Jika iya, carry on lah. Sebab memang malaikat² tersebut menjaga ayat² dari surah Al-Ikhlas ni. cuma ayat seruan terakhir tu ya waliyallah, ya anbiya allah boleh mendatangkan kemusykilan dan merosakkan doa² kat atasnya. Atau sememangnya aku masih tak mengerti akan kerja² khusus mereka...wallahua'lam



----------------------------------------------------------

ruski


Alif sampai Ya` pada diri

Muhammadur Rosulullah, walladzina ma`ahu asyidda-u `alal kuffaari
ruhama-u baynahum tarohum rukka`an sujjaday
yabtaghuuna fadlam minalloohi wa ridhwaana siimahum fii wujuu hihim min
atsaris sujuud dzaalika matsaluhum fit tauroti wa matsaluhum fil injil
kazar`in akhroja syat`ahu fa azarohu fastaghlazho fastawaa `alaa suuqih
yu`jibuz zurro`a liyaghizo bihimul kuffaar wa `adalloohul ladziina aamanu wa
‘amilus shoolihaati min hum maghfirotaw wa ajron `azhiimaa. 1x ( ini adalah
ayat 29, surah Al Fath.)
Hikmahnya:
sangat banyak, diantaranya ialah untuk menghidupkan seluruh
kapasitas kemampuan pada diri kita. dan juga bagi mereka yang mau
mengadakan acara2 atau hajatan, dimana akan sangat membutuhkan biaya
yang sangat banyak,maka bacakanlah ayat tersebut sebanyak 41 x. bisa
dilaksanakan secara berjamaah atau cukup sendiri saja. Insya Allah dengan
izin Allah, biaya yang dibutuhkan akan tercukupi. dan mendapatkan bantuan
secara tiada terduga. Ayat ini adalah satu2nya ayat dalam Al Quran yg
mengandung huruf Alif sampai dengan Ya` lengkap semua huruf ada.
membaca ayat ini sama halnya seperti kita menghidupkan Alif sampai Ya.
pada diri



------------------------------------------------------

edy137

apa yang dikatakan hanya membaca sepotong ayat Al-Quran yang mempunyai huruf alif sampai ya dan perkaitannya dgn huruf di dalam tubuh... boleh berikan pencerahan saudara ruski... hurmm....... dari takde orang yang bertanya baik hamba yang bertanya..






-------------------------------------------------------


edy137



Di bawah ini ialah maksud bagi ayat surah tersebut......

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

jadi ayat ini lebih kepada kepada ayat 'memohon' yerr saudara ruski atau mempunyai lain2 khasiat???






-------------------------------------------------------------


Edbest


huruf Alif sampai Ya dalam tubuh memang dah hidup, cuma kekadang tu tak teratur letak duduknya. Cuma sefaham aku, apabila dah diaktifkan Lam dalam tubuh....maka secara directnya, huruf² di dalam tubuh terus disusunkan dengan kedudukan yg sepatutnya.






-------------------------------------------------------------






bluegigas



bro edbest...
kalau dah aktifkan bss... adakah huruf dalam tubuh juga secara automatiknya akan tersusun menurut sepatutnya?



----------------------------------------------------------

Edbest


BSS adalah bagi menggilapkan cahaya di dalam ruh kita agar bercahaya...cahaya tu tak berhuruf tidak bersuara.

Hanya Lam sahaja yg mempunyai letak duduk hurufiah, kerana ianya lebih ke arah jasadiah. Kebatinan bagi jasad anak Adam.



---------------------------------------------------------

Edbest


Sebagai menunjukkan bahawa hambanya yg bernama manusia itu adalah sebaik² kejadian selaku khalifah di atas muka bumi ini. Sebagai tanda kesempurnaan Dia menjadikan kita lengkap dari huruf Alif sampailah Ya; yg mana kesemua huruf itu jadilah kalam²Nya terekod sebagai Al Quran.

Faedah pengaktifannya adalah bagi menetapkan huruf itu pada paksi²nya / lataif²nya yg tertentu. Dengan tetapnya mengikut fitrah tersebut, maka dapatlah kita menghindarkan diri dari kebinasaan. Ini terbukti sebagaimana firman Allah di dalam surah Yunus ayat 5:

Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.

begitu juga seperti di dalam ayat ke 39 dari surah Yaasin:

Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.



-------------------------------------------------------

JengKing

menghindarkan diri dari kebinasaan. maksud bro dari kebinasaan penyakit rohani & jasmani?



--------------------------------------------------------

Edbest


Binasa dalam konteks ni adalah apabila terlepasnya diri hamba tu dalam mentauhidkanNya. Apalah gunanya kuasa seisi dunia jika kita tak dapat mentauhidkanNya? Segala yg berada di langit dan di bumi ni semua Dia yg jadikan. Kegagalan melihat dari konteks ini akan membuatkan hamba itu bersifat individual semata.

Kalau ikut kiraan matematik 1/1=1. 1/2 beerti semakin mengecil nilainya. Tetapi jika 1/0 = Infiniti. nilai nombor di sebelah bawah tu menggambarkan diri kita. Semakin kita merasakan diri kita besar, maka semakin kecil lah nilai diri kita di mata Allah. So, siapa kata dlm ilmu matematik takde nilai tauhid?



----------------------------------------------------------

Edbest


Jika kita petik semula pada ayat² dari surah Al-Fath ayat 29 kat atas sana, jelas tentang penekanan Tauhid pada ayat berikut:

Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya






------------------------------------------------------------


JengKing


jadi kita tidak dapat memisahkan bss ini dgn agama ya bro






----------------------------------------------------------


Edbest


Of course lah. Malahan bukan sahaja BSS sahaja, malahan keseluruhan kehidupan kita mana boleh dipisahkan dari agama. Jika tidak, samalah kita spt penganut agama Kristian yg sekular. Beragama hanya pada hari Ahad dan semasa berada di dalam gereja.






---------------------------------------------------------


edy137



kata saudara Edbest itu sangatlah benar... semua perkara dalam dunia ada perkaitannya dengan AGAMA..... cuma untuk penjelasan lebih tepat sila click di bawah ini:

episod 1 : http://perihalbss.blogspot.com/2009/11/budi-suci-sejati-agama-islam.html

episod 2 : http://perihalbss.blogspot.com/2009/11/budi-suci-sejati-agama-islam-ii.html

episod 3 : http://perihalbss.blogspot.com/2009/11/budi-suci-sejati-agama-islam-iii.html



--------------------------------------------------------














No comments:

Post a Comment