Arkib Viewers

Saturday, February 13, 2010

Recent : LAM JALALAH (2)

Makrifat



semalam tak dapat nak online.. busy sgt... anyway baru ingat hari ni nak bagi perumpamaan... saudara edbest dah bagi dulu daa.. hahaha... boleh sama pulak tu dgn pemikiran hamba iaitu matematik... heheh...

matematik, fizik, LAM, dan seumpama dengannya ialah sama iaitu keilmuwan.... bahasa kasar 'ilmu putih' daa.... 

ilmu hitam pon keilmuwan jugak tapi kekuatannya pada JIN... kuang..kuang..kuang... itu sebab ianya boleh tercabut....

kekuatan LAM pada ROH dan JANTUNG... dimana letaknya ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM tu tadi pada jantung???? rasanya yang ini tak payah laa dalam2... heheh... kang jadi kecurigaan lagii... 
Bagi aku ilmu matematik ngan LAM tu jauh bezanya

ilmu matematik tu adalah ilmu yg kita belajar dan tersimpan di dalam otak kita dan memerlukan akal utk menyelesaikan masalah matematik tu .... walau pun ilmu matematik ada kuasa 2 atau punca kuasa 2 tapi hakikatnya matematik menang tak der kuasa ... he he he ..

Lam pulak adalah suatu energy .. sebab tu kita boleh gunakan nya untuk mengikat jin ... jadi boleh kah dicabut .. itu bergantung kepada kemampuan seseorg .. bukan semua boleh tarik ... pandangan aku kalau guru boleh mengisi Lam tu tak mustahil beliau pun boleh menarik balik lam tu ...

melainkan ilmu HAK kita .. tu memang tak boleh tarik sebab tu memang hak kita ...

walaupun lam ni adalah ilmu putih .. dia boleh jugak bertukar jadi hitam .. jika kita salah gunakan nya ... tak semesti nya kekuatan dari jin sahaja ...

ni pendapat aku jer yer ... untuk kita berbincang ....



------------------------------------------------------------

edy137

haa.. yang ini laa hamba mahu tunggu... ada pon yang berani nak pertikaikan...

ok2... senang dan mudah... cuba 'cabut' ilmu LAM hamba.... jeng..jeng..jeng... 

----------------------------------

LAM ialah keilmuwan.... kena kaji dulu saudara kenapa LAM hamba kata ianya tidak boleh dicabut....  LAM kalau cabut macamana pon memang tak tercabut... kita lihat kat mana kekuatannya... kat mana pulak letaknya kalimah ALLAH dan Muhammad itu tadii... 

GURU???? apa beza dengan 'ahli matang'... adakah kerana dia yang mengisikan LAM itu dia boleh 'cabut'???? tak mungkin... 

kalau laa boleh dicabut... dah lama dahh kita dengar ahli2 BSS yang tercabut amalannya... 50 tahun dah bangg.. lama tuu... tak pernah dengar sorang pulak tuhh...

kekuatan LAM pada jantung... pada kalimah ALLAH dan MUHAMMAD tersebut..... manakala ilmu hitam kekuatannya pada 'JIN'..... fikirkan dari sudut ini pula nescaya beroleh jawapannya.. heheh...



-----------------------------------------------------------

Makrifat


tak nak ler cabut .. sebab aku tak pandai nak letak balik ... he he he

macam mana kita tahu kita masih ada lagi lam kat kita ... boleh bagi penerangan dulu ...

seperti aku tulis tadi ... hak tak boleh dicabut tapi lam boleh ... 



-----------------------------------------------------------

edy137

yang sebenarnya macam ni laa... dulu kita selalu dengar ungkapa dari para GURU atau orang2 lama cakap macam nihh...

'BSS tu ilmu HAQ... LAM tu kebatinan...'

kalau nak ikutkan, LAM tu pon ilmu HAQ.. iaitu ilmu KEBENARAN.... ataupun ok laa.. matematik tu jauh sgt dari LAM... boleh kah kita cabut 'tenaga dalam' seseorang... kita cabut pon ada balik...  kita sama2 pergi persatuan2 tenaga dalam dan kita jumpa ahli2 nya guna ISTIMEWA kita cabut.... tenaga dalamnya hilang.... KEILMUWANNYA tak hilang for your information... dan dia buat balik ada balik tenaga dalamnya...

contoh... hamba cipta satu shield guna LAM... ada hamba ALLAH nak cabut LAM hamba.. yang tercabut kunci LAM hamba itu yang merupakan shield itu... KEILMUWAN hamba tetap ada... zikir tetap ingat, teknik tetap ingat.....

itu namanya ISTIMEWA mengatasi LAM.. bukan ISTIMEWA mencabut KEILMUWAN LAM itu tadi... itulah yang dimaksudkan saudara edbest... GERAK mengatasi GERAK... boleh faham setakat ini???

KEILMUWAN tercabut kalau dah maut... kalau nak cabut LAM hamba.. cabut aje otak hamba... K.O. dan tercabut... macam tu laa kiranya... walau macamana cabut pun... seseorang itu masih lagi boleh menggunakan LAM nya tersebut... sebab tu hamba berani cabar.... sebab hamba tau takkan tercabut.....  heheh...





------------------------------------------------------

edy137

zat pada KEILMUWAN tersebut yang tercabut bukan KEILMUWAN tersebut yang tercabut... setelah GURU isi bermakna dah tertanam lam aliff dalam tubuh badan... kita buat balik jadi balik... smile



------------------------------------------------------

Edbest


semalam tak dapat nak online.. busy sgt... anyway baru ingat hari ni nak bagi perumpamaan... saudara edbest dah bagi dulu daa.. hahaha... boleh sama pulak tu dgn pemikiran hamba iaitu matematik... heheh...

matematik, fizik, LAM, dan seumpama dengannya ialah sama iaitu keilmuwan.... bahasa kasar 'ilmu putih' daa.... 

ilmu hitam pon keilmuwan jugak tapi kekuatannya pada JIN... kuang..kuang..kuang... itu sebab ianya boleh tercabut....

kekuatan LAM pada ROH dan JANTUNG... dimana letaknya ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM tu tadi pada jantung???? rasanya yang ini tak payah laa dalam2... heheh... kang jadi kecurigaan lagii... 
Bagi aku ilmu matematik ngan LAM tu jauh bezanya

ilmu matematik tu adalah ilmu yg kita belajar dan tersimpan di dalam otak kita dan memerlukan akal utk menyelesaikan masalah matematik tu .... walau pun ilmu matematik ada kuasa 2 atau punca kuasa 2 tapi hakikatnya matematik menang tak der kuasa ... he he he ..

Lam pulak adalah suatu energy .. sebab tu kita boleh gunakan nya untuk mengikat jin ... jadi boleh kah dicabut .. itu bergantung kepada kemampuan seseorg .. bukan semua boleh tarik ... pandangan aku kalau guru boleh mengisi Lam tu tak mustahil beliau pun boleh menarik balik lam tu ...

melainkan ilmu HAK kita .. tu memang tak boleh tarik sebab tu memang hak kita ...

walaupun lam ni adalah ilmu putih .. dia boleh jugak bertukar jadi hitam .. jika kita salah gunakan nya ... tak semesti nya kekuatan dari jin sahaja ...

ni pendapat aku jer yer ... untuk kita berbincang ....
Untuk meleraikan persoalan sebegini, kita perlu memecahkannya kepada beberapa kategori agar mudah utk kita menilaikannya secara tersusun dan tanpa sangkaan semata.
1-Ilmu
Matematik itu ilmu, contoh hasilnya: penciptaan bangunan, kenderaan dsbnya.
Lam itu ilmu, contoh hasilnya: energy, makrifat penciptaan.
Kaedah aplikasi kedua² ilmu di atas juga dikategorikan sebagai Ilmu.
2-Hasil Ilmu
Bangunan dan kederaan yg terhasil dari ilmu matematik tadi boleh dimusnahkan oleh org lain.
Energy dan makrifat penciptaan itu juga boleh dimusnahkan oleh org lain.
Hasil kepada ilmu itu boleh dicabut/dimusnahkan. Ianya adalah sesuatu yg bersifat baharu.
Kenyataan ini adalah emphasize pada Tauhid. Tiada sesuatu yg kekal melainkan Dia.
3-Daya Ingatan
Berbalik pada soal cabut ni tadi. Kedua² ilmu yg telah terakam di dalam memori pengamalnya tidak akan dapat dicabut org lain. Cuma rakaman tu boleh jadi rosak apabila dia menjadi gila/hilang kewarasan.

Cerita guru yg menurunkan amalan pula.
Sebelum menurunkan amalan Lam pada si murid, guru harus mengaturkan huruf² di dalam jasad kita terlebih dahulu (time tangan ditekankan pada perut dalam keadaan kaki bersilang tu). Bila dah ditetapkan huruf tu, barulah sang guru menurunkan ilmu Lam itu sendiri dengan memberikan aturan zikir dan doa utk si murid. Dan hasil dari zikir dan doa Lam tu adalah kurniaan dari Allah swt, sebab kita bermohon padaNya dan bukan pada guru lagi. Jika tidak, akan hancurlah Tauhid kerana anak murid bertaklik pada guru. Apabila telah berjalannya ilmu dan amal murid itu, guru tidak lagi akan mampu menghalangnya. Guru hanya mampu mencabutHasil Ilmu sahaja(menjejaskan keberkesanan)...tetapi tidak mampu utk mencabut Ilmu danDaya Ingatan anak muridnya.

Ilmu putih tetaplah putih, ianya tidak akan menjadi hitam. Yang jadi hitam adalah apabilapembawaan pengamal ilmu yg putih itu digunakan ke atas jalan kebinasaan. Contoh: Pisau digunakan utk memotong sayur, menyembelih binatang dsbnya takkan dikatakan "Pisau tu jahat" sekiranya pisau tu digunakan org utk menikam/mengelar tubuh org lain. Tetapi yg jahat adalah ORANG yg menggunakan pisau itu. Pisau tu takkan dipertanggung jawabkan, tetapi org yg membunuh tu akan diminta pertanggung jawapan di akhirat kelak.



----------------------------------------------------------

Makrifat

ok paham .. baru lengkap penjelasan .. yg aku cakap tadi pasal lam boleh dicabut sebenarnya lebih kepada pengamal tu menyalahgunakan lam untuk digunakan utk kejahatan .. jadi kalau  tak boleh dicabut macam mana kita nak menyekat kejahatan dia tu ... aku pernah nampak ahli bss yg menyalahguna ilmu dia untuk menunjukkan keterroran nya .. dan ada gak yg mencabar guru kerana terasa dah terlebih bagus ..



----------------------------------------------------------

edy137


pasal PENUTUP LAM... ramai yang takde nihh.. sebab tuhh semua taknak bincangkann...

anyway... apabila lengkap LAM seseorang itu (pembuka dan penutup), maka, sempurna LAM itu tadi dari segi kepenggunaan dan pengaplikasian.... kekuatan LAM itu tadi diperkuatkan dengan perzikiran... ibarat seperti ada tali penghubung diantara pengamal dan Penciptaan LAM tersebut...

kalau yang sekarang nihh.. kita cuma ada LAM... atau pembuka LAM.... pembuka LAM adalah menimbulkan kalimah LAM itu tadi dalam tubuh... kekuatannya tertakluk pada 24 jam kebiasaannya... tiadanya ikatan diantara pengamal dan LAM itu sendiri... kita 'seal' kita zikir atau tak tetap sama... kecuali pada kategori benda... agak lama sedikit sesuai dengan faktornya iaitu BENDA.... pada manusia sahaja 24 hours.. kebiasaan kita dengar laa..

jadi, apabila seseorang itu adanya penutup LAM... kalau ikut ketasawwufan.. kita dah ada dalam perut LAM itu tadi... sebab itu lilitannya dah berubah.... bukan kat dada lagii.. barulah pengamal itu tadi adanya tali penghubung diantara dia dan 'seal'nya....



---------------------------------------------------------

Edbest

penutup Lam tu adalah tanda penyerahan Muhammad kepada Allah. Adam (kita semua) berada di antaranya. Ilahi anta maqsudi waredhoka matlubi, a'tini muhabbataka wa makrifataka



----------------------------------------------------------

Edbest


ok paham .. baru lengkap penjelasan .. yg aku cakap tadi pasal lam boleh dicabut sebenarnya lebih kepada pengamal tu menyalahgunakan lam untuk digunakan utk kejahatan .. jadi kalau  tak boleh dicabut macam mana kita nak menyekat kejahatan dia tu ... aku pernah nampak ahli bss yg menyalahguna ilmu dia untuk menunjukkan keterroran nya .. dan ada gak yg mencabar guru kerana terasa dah terlebih bagus ..
biasanya bila anak murid dah jadi kaduk naik junjung...secara tak langsung sifat zalimnya akan menyelimuti diri.
petik jari pun dah cukup utk kasi dia terlungkup.
apatah lagi bagi mereka yg gunakan 3-3 dan bilas guna no 4 berulang² kali.
confirm tak jejak tanah tercampak ke depan ke belakang sampai lembik.



---------------------------------------------------------

Edbest

Makna doa Lam Jallallah
Engkau pelihara diriku, Engkau lindungi kami dengan pendinding dari namaMu yang memiliki rahsia Tiada Tuhan melainkan Allah, dengannya Muhammad utusan Allah, diselamatkan dari bisikan hasad dengki yang membinasakannya, dengan keupayaan Allah, tiada dimudharatkan oleh sesuatu dengan rahsiaNya. Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk bergantung. Ia tiada beranak dan diperanakkan, dan tidak ada seseorang pun yang setara dengan Dia. Dengan rahsia Lam yang memiliki kemuliaan.





---------------------------------------------------------

Edbest


Makna doa penutup Lam Jallallah
Ilahi anta maqsudi waredhoka matlubi, a'tini muhabbataka wa makrifataka
Ya Allah dirimu yang ku maksud dan keredhoaanMu yang ku tuntut, kurniaanMu dikasihiMu dan pengenalanMu



----------------------------------------

JengKing


so kesimpulannya
Lam adalah ilmu Haq & tidak blh dicabut



--------------------------------------------------------

WildCat

menarik nih hehehehe.... bro JengKing mention guru yg diijazahkan, jd bagaimana kita nk pastikan bhw guru tersebut benar2 guru BSS yg tulen? Ramai je claim dia guru BSS yg dpt ilmu dr acheh tp kt acheh tu plak ada byk cabang dan kampungnya, byk amalan BSS di sana tp suma x sama.... Ada jugak guru2 yg claim hanya dia yg benar2 ori BSSnya (hehehehe mcm biasa dgr je kan, jgn mare)... Persoalan lg, adakah dr acheh shj yg diperakui tulen BSSnya, kalau dr mekah atau tempat lain bagaimana? (sj je tanya, kot2 ada dr mekah tp guna istilah lain ke)... Jom peningkn kepala dan hangatkan lg forum ni... hmba hanya pencetus kontroversi hehehe...
Peace... wink



--------------------------------------------------------

dederBumi

TANPA IJAZAH GURU BOLEH GAK JADI GURU



--------------------------------------------------------

makhluk


Makna doa penutup Lam Jallallah
Ilahi anta maqsudi waredhoka matlubi, a'tini muhabbataka wa makrifataka
Ya Allah dirimu yang ku maksud dan keredhoaanMu yang ku tuntut, kurniaanMu dikasihiMu dan pengenalanMu
Inilah satu doa yang diamalkan oleh Thariqat Nashbandi



-------------------------------------------------------

JengKing

Bro ni aku nak cut & paste pasal lam dari member Rahsia,  si Belagak tu
Lps ni kalau rasa x sesuai leh delete

Antara 2 belikat tu Khatam Nubuwah....yg Bucu Atas....Ibu Lam dia ada kat dalam bucu bawah...
Semua umat Muhammad s.a.w ada...tak kira Islam atau tak...CUMA yg tak Islam dia tak muncul sampai dia ada Iman....
Ini yg dikatakan kembaran Ibu Lam....Kalau hati masih gelap lagi Warna khatam nubuwah dan Ibu lam ni masih samar dan pucat....Bila Warna Asli dia Dah Timbul....baru lah dia jadi penyaring atau penapis pada ilmu2 yg kita ambil...
umpama perah santan....kita nak pati santan bukan dgn hampas sekali...maka kalau dah bercahaya putih ( walaupun warna khatam Nubuwah dan Ibu Lam tu amat berbeza ) keluar dari badan....menunjukan kita dah jazam....
Pada yg scan dia tahap tinggi, memang dia muleh nampak......Warna Ibu Lam ni dah boleh tahu tahap seseorang....
Ada yg pernah jumpa ese...Lam Jalalah dia hangus macam kayu Arang....Ese kata kat dia..ko ni sure payah nak mengucap...Dia kata betul......ada beberapa sebab....makan BABI atau minum air Holy Water dll...



--------------------------------------------








farel





saya ni sebenarnya lepas isi lam tak pernah habis buat zikir 7 hari berturut.. sampai la berbulan bulan last last tak buat terus.. jadi kalau sy sambung balik 7 hari berturut ni walau selepas sekian lama isi lam.. boleh lagi tak?



----------------------------------------------------------

edy137


saya ni sebenarnya lepas isi lam tak pernah habis buat zikir 7 hari berturut.. sampai la berbulan bulan last last tak buat terus.. jadi kalau sy sambung balik 7 hari berturut ni walau selepas sekian lama isi lam.. boleh lagi tak?
takpe, buat ajerr... 7 hari itu ialah proses penJAZAMan sebenarnya.... atau hamba gelarkan dulu dalam 'thread' hamba 'pengisian kerohanian'...

dalam ilmu HAKIKAT.. yang pentingnya KEYAKINAN... kalau rasa was2.... baik isi semula.... kalau YAKIN, terus buat...

assalamualaikum



--------------------------------------------------------

Jin_Junior


bos...lam pun boleh tembusi bss kan...?

bss tu pegang pd 5 prinsip,pastu kekuatan nye ada pd jurus.kalau salah satu dari prinsip takde pastu jurus pun setahun skali, jkgn kan lam, JJ pun boleh tembus bss kan kan??

heeeheeee....edy bos baru JJ.prof JJ dah pecat...hheh



--------------------------------------------------------

edy137

heheh.. jgn kata LAM.... 'terlangkah' sikit pon leh kena, kerana 'kekuatan' isi dalaman dah takde.... JURUS tak buat.... maybe ada kata JURUS pakai NIAT pulakk... atau kata pakai MAKRIFAT ajerr.... tu kira malas laa... heheh... macamana kata pon berJURUS memang malas.. jgn tipu laa... cara paling baik ialah 'schedule' kan JURUSAN itu... lebih-lebih lagi yang bergelar 'PERAWAT' atau nak jadi PERAWAT HANDAL!!!



--------------------------------------------------------

aaaa


saya ni sebenarnya lepas isi lam tak pernah habis buat zikir 7 hari berturut.. sampai la berbulan bulan last last tak buat terus.. jadi kalau sy sambung balik 7 hari berturut ni walau selepas sekian lama isi lam.. boleh lagi tak?
takpe, buat ajerr... 7 hari itu ialah proses penJAZAMan sebenarnya.... atau hamba gelarkan dulu dalam 'thread' hamba 'pengisian kerohanian'...

dalam ilmu HAKIKAT.. yang pentingnya KEYAKINAN... kalau rasa was2.... baik isi semula.... kalau YAKIN, terus buat...

assalamualaikum
kalau dah pernah buat zikir 7 hari.. perlu tak kalau buat sekali lagi 7hari zikir..
kalau dibolehkan diulang lagi zikir  7 hari,apakah kelebihannya/kebaikannya??dry



---------------------------------------------------------------

edy137


ok2... kalau dah pernah buat zikir 7 hari tuu.... lepas tu lama dah tak amalkan... takde salahnye nak buat sekali lagi straight untuk 7 hari semula.... dari segi kelebihan dan kebaikan same ajerr... takde bezanya...

selepas selesai yang tujuh harii, barulah boleh diamalkan pada bila2 masa... ada hamba ALLAH ajar hamba cara pengisian LAM...

gunakan ayat LAM dan tekan pada perut sama ada perut sendiri atau perut individu yang hendak diisi... perut perlukan keras... dan ada kaedah penuhnya... 

tapi kalau seseroang itu dah pernah diisi... dan lama tak amalkan... just teruskan ajerr perzikiran 7 hari itu... ALLAH itu kan MAHA memberi RAHMAT dan MAHA menerima AMALAN!!!

assalamualaikum~



-----------------------------------------------------------

Edbest


saya ni sebenarnya lepas isi lam tak pernah habis buat zikir 7 hari berturut.. sampai la berbulan bulan last last tak buat terus.. jadi kalau sy sambung balik 7 hari berturut ni walau selepas sekian lama isi lam.. boleh lagi tak?
takpe, buat ajerr... 7 hari itu ialah proses penJAZAMan sebenarnya.... atau hamba gelarkan dulu dalam 'thread' hamba 'pengisian kerohanian'...

dalam ilmu HAKIKAT.. yang pentingnya KEYAKINAN... kalau rasa was2.... baik isi semula.... kalau YAKIN, terus buat...

assalamualaikum
kalau dah pernah buat zikir 7 hari.. perlu tak kalau buat sekali lagi 7hari zikir..
kalau dibolehkan diulang lagi zikir  7 hari,apakah kelebihannya/kebaikannya??dry
namanya pun zikir...zikir tu maknanya ingat.
kalau ko berzikir sampai 7x sehari pun lagi bagus.
takde soal overload ke apa ke...buat aje.
kalau org kata overload...maknanya dia tu mmg tak abis mengkaji la jang oi.
belajar biar habis2, dan jangan main ikut2an aje.

mengingati Allah ni kalau boleh dalam setiap detik jantung dan hembusan nafas.
mana mungkin ingat Allah, boleh rasa panas...lain le kalau dia tu banyak jin dalam badan!
he he he, kes naya betul.

bila selalu ingat...maka semakin kita berharap hanya padaNya.
semakin la ko menambahkan Tauhid dalam kehidupan seharian ko.
secara tak langsung, level yakin tu akan menuju ke arah Kamalul Yakin.
Sekarang ni masih lagi berkisar di daerah Ilmul Yakin.



----------------------------------------------------------

edy137

kalau beramalan PUTIH masih lagii rasa panas.... memang JIN nya banyak laa dlm badan... ahaks..

itu yang ada orang kata masuk BSS nihh panas laa, ambil amalan Pengeras tangan panas laa, ambil GERAK panas laa.... panas kenapa pulakk??? tak ilusi individu tu ajerr yang terlebih ataupon dia ada sejarah dengan sihir, ilmu hitam atau bersekongkol dgn JIN...

wallahualam~



----------------------------------------------------------

ruski


Salam perkenalan,

Ed aku tambah sikit .....ilmu lam yg kita guna ni ada juga yg sebut "pitong "sempena ilmu pendekar si pitong.

sebagaimana yg kita ketahui, terdapat pelbagai versi lam yg digunapakai oleh ahli silat2 & kebatinan....ibu lam, lam jantan, lam betina ...etc

dlm konteks versi lam jalallah yg diguna pakai oleh ahli bss lebih kepada keilmuwan sadulur papat lima pancer yg telah di ISLAMkan.

terdapat sedikit perbezaan bilangan zikir dan bacaan antara ahli 3M & ahli kuantan + taiping seperti dibwh


Kun kata Allah, Fayakun kata Muhammad, Robbukum kata Jibroil
Ya Jibroil Ya Mikail Ya Isrofil Ya Izroil
Yaiku Sang Ratu Kepyok Sang Ratu Herang putih
Kadulur bathin ka anak bathin kanu opat lima pancer
Ya Allah aku mohon diantar kedulur bathinku ke anak bathinku
Sesiapa yang berhati jahat kepada aku minta dibalas kejahatannya dengan izin Allah yang maha berkuasa. LailahaillAllah MuhammadarasullAllah

walaubagaimanapun power lam@pitong tetap sama tapi tak serupa....hehehe.... kenapa lam versi kita pakai ni ILMU paling tinggi..... jawapannya ada pada definisi sadulur papat lima pancer. sbb file pdf ni besar......abg makrifat tlg upload kat mana2 utk sharing kat forum blh?...

lam sebenarnya dilengkapkan oleh 2 hadiah guru iaitu yg pakai mcm selendang tu & yg lagi satu silang kat belakang!!!.... aku pun tak dpt yg last tu sbb nama pun hadiah guru...

utk kosong mengosong lam ni.....ada caranya.

promblema nyet... da svidanya



---------------------------------------------------------

aaaa

boleh sesiapa tafsirkan pergertian ayat ini?
Yaiku Sang Ratu Kepyok Sang Ratu Herang putih
Kadulur bathin ka anak bathin kanu opat lima pancer
Ya Allah aku mohon diantar kedulur bathinku ke anak bathinku



----------------------------------------------------------

ruski


boleh sesiapa tafsirkan pergertian ayat ini?
Yaiku Sang Ratu Kepyok Sang Ratu Herang putih
Kadulur bathin ka anak bathin kanu opat lima pancer
Ya Allah aku mohon diantar kedulur bathinku ke anak bathinku
  1. untuk makluman ilmu silat pendekar si pitong adalah silat betawi@silat cingkrik yang mana mengamal empat ka lima pancer. beliau juga mengamalkan kaf 40.
  2. pelbagai kupasan mengenai S45P mengikut keilmuwan masing2, jawa....etc ringkasannya adalah spt berikut:

makna kalimah saudara lahir batin kupasan jawa

sang ratu kepyok = kakang kawah @saudara tua
sang ratu herang putih = adi ari-ari @saudara muda
kadulur batin ka anak batin = saudara batin kita yg merupakan anak batin
kanu ompat lima pancer = semua berjumlah 4 dan kita yg ke 5 pancaranya (roh@cahaya yg memancar)
Ya Allah aku mohon diantar kadulur bathinku kaanak bathinku = permohonan kepada Maha Pencipta agar kita dipersatukan kembali kepada saudara empat.

selepas kemasukan islam

kefahaman S45P diatas diislamkan mengikut fahaman tugas malaikat.
isrofil = ketuban
mikhail = ari2, tembuni@placenta
jibrail = tali pusar
izrail = darah

pancer: Berdiri@Alif sambung kpdNYA

menurut ahli hikmah boleh dirumuskan barangsiapa yg tahu hakikat segala sesuatu maka tak akan dimakan oleh sesuatu itu

    • siapa yg tahu pengasalan besi tak akan dimakan besi
    • siapa yg tahu pengasalan api tak akan dimakan oleh api
    • siapa yg tahu pengasalan air tak akan tenggelam dimakan air
    • siapa yg tahu pengasalan tanah tak akan hancur tubuh dimakan tanah
    • dan seterusnya..

itulah sbb lam ni offensive & tinggi thp kebatinan.
" In Kullu nafsin lamma alayha hafizh" > 'Setiap diri niscaya ada penjaganya'

"Wa huwa al-qahir fawq iba'dih wa yusril alaykum hafazhah hatta idza ja'a ahadakum
al-mawt tawaffathu rusuluna wahum la yufarrithun" >' Dialah yang berkuasa atas semua hambanya. Dan dia mengutus kepada kalian Penjaga-Penjaga untuk melindungimu. Jika seseorang sudah waktunya mati, maka utusan-utusan kami itu mewafatkannya tanpa keliru"


ps: dlm konteks diatas terbuka RAHSIA salam 5 penjuru!!



---------------------------------------------------------

Edbest













woit, sekali masuk terus masuk gear 5. jgn lupa ajarkan sekali gear reverse.








Apa pun kepada ahli² yg masih belum mendapat ijazah dari guru...silakan berbuat demikian. segala amalan tanpa dimulakan dengan berguru...nanti letih hujungnya...diharapkan belian tetapi kaca semata perolehannya.



---------------------------------------------------------

JengKing

Bang yg di atas ni lam ke pitong bang.



----------------------------------------------------------

ruski

kat taiping lam tu depa kata pitong sama la tu....... tapi kat kuantan pitong tu tali pinggang.... istilah2 naik kompius.......



----------------------------------------------------------

ruski
kontena enjin kapalterbang yg hilang....hehehe.........sapa nak ambik kena cari GURU ......kat sini background info jer...... lam ni pelbagai function tapi semua tu ada dlm ISTIMEWA.



---------------------------------------------------------

**AL-IsLAm**

ada beberapa kesilapan sedikit dalam ayat tu...xpalah, guru dah suruh baca mcm tu silakan jelah.yang penting keputusannya nanti..wallahualam



---------------------------------------------------------

ruski


yup result tu yg penting.....

org lama blh thn ayaq terjun kita blh dak.....soalan2 yg perlu kita tanya diri sendiri.

hat mana yg belain.....share la....kemut2 hilang...hehehehe....



----------------------------------------------------------

ruski



tq al islam lupa nak habaq perbezaan.....hehehe.

versi indon
yaiku sang ratu kepyok sang ratu herang putih, ka dulur batin ka anak batin kanu opat lima pancer

versi taiping
yaikok sang ratu kepyok sang ratu hiring putih, ka dulur batin ke anak batin 4 kalimah pancar

yg penting nak amai kena tahu makna....tak tau jgn amai....nanti mendatangkan fitnah....kurang keyakinan etc.......tanya guru.



-----------------------------------------------------------

JengKing

lam ilmu haq juga. ada juga berkaitan dgn cahaya mcm bss ke



-----------------------------------------------------------

ruski


perkaitan

rahsia = bss ------------------ roh
lam = ilmu --------------------- jasad





----------------------------------------------------------

Edbest


ada org yg mengatakan LAM ilmu Haq, maybe dia ada penjelasan tersendiri. Bagi aku, LAM masih belum kategori ilmu Haq. Kalau cerita pasal BUDI; Suatu cahaya yg terang di dalam Ruh...dalilnya ada pada ayat ni:

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya roh (ciptaan) -Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.(32:9)

kat ayat di atas tu ada beberapa perbuatan dan unsur yg related secara terus dengan amalan BSS ni. 1-Perbuatan meniup 2-Memasukkan Ruh. Kedua² perbuatan ni adalah perkara yg kita buat semasa berjurus. Dan dari kedua² penyempurnaan proses di atas, maka dapatlah kita mendengar, melihat & merasa. Jika tiada unsur cahaya di dalam Ruh, masakan kita akan dapat melakukan 3 perkara kat atas tu? Begitu jugalah dengan unsur Nafas, jika ianya tidak mempunyai cahaya...masakan nafas itu dapat menyucikan zulmat di dalam jasad anak Adam?

Manakala Lam Jalalah pula adalah cerita tentang tubuh jasad anak Adam. Tentang titik cahaya Allah-Adam-Muhammad. Ianya adalah satu cerita / perjalanan bagi yg memikirkannya. Dan kekuatan anak Adam itu berada diperutnya...dalam konteks keilmuan Lam Jalalah...ianya berada di makam Bihaqqi Adamma Safiullah = Dengan Haq Adam yg disucikan. Dan kerja² menyucikan ni perlunya pada kerja zikir Syariat-Tarekat-Hakikat-Makrifat. Dan lagi, tanpa kita bersih dari hadas...zikir tu tertolak terus.

Berbeza pula dengan kaedah berjurus. W/pun di dalam hadas...kerja penyucian diri saghir (dalam) maupun diri kabir (luaran) tetap dapat berlaku....inilah Haq yg sebenar²nya...tiada ia mempunyai kriteria² yg lain sebagai penghalang / terkunci....free tanpa syarat. Ah, terpanjang lebar pulak menaip. Maaf Tuan Moderator...ada point² yg melencong sikit dari Topik Khusus pasal Lam Jalalah ni. Aku nak bagi sikit differentiation between LAM & BSS.



--------------------------------------------------------

JengKing

kekuatan bss & lam mcm mana. setara @ satu melebihi dari yg lain



--------------------------------------------------------

mito21



bro.. lam dalam keadaan hadas pun boleh... cool
bergantung atas niat.. untuk dunia kaa... untuk kemudian hari kaaa....



-------------------------------------------------------

Edbest


Tu utk guna bro. nak recharge zikir sebaik²nya kita perlu bersih dari hadas...lagi molek kalau dlm wudhu'.






-------------------------------------------------------


Edbest


Lam tidak setara mahupun melebihi BSS.
Ikatan Lam boleh sahaja dipecahkan dengan sergahan nafas BSS.



-------------------------------------------------------

Makhluk

Pasti ada sebab2 tertentu kenapa pada masa kini penurunan amalan lamjalalah ini atau pun pitong tiada ayat "Ya iku Sang Ratu Kepyok Sang Ratu Herang Putih......bathinku ke anak bathinku". Ianya telah dirubah....



-------------------------------------------------------

Makhluk



boleh sesiapa tafsirkan pergertian ayat ini?

Yaiku Sang Ratu Kepyok Sang Ratu Herang putih
Kadulur bathin ka anak bathin kanu opat lima pancer
Ya Allah aku mohon diantar kedulur bathinku ke anak bathinku

  1. untuk makluman ilmu silat pendekar si pitong adalah silat betawi@silat cingkrik yang mana mengamal empat ka lima pancer. beliau juga mengamalkan kaf 40.
  2. pelbagai kupasan mengenai S45P mengikut keilmuwan masing2, jawa....etc ringkasannya adalah spt berikut:


makna kalimah saudara lahir batin kupasan jawa

sang ratu kepyok = kakang kawah @saudara tua
sang ratu herang putih = adi ari-ari @saudara muda
kadulur batin ka anak batin = saudara batin kita yg merupakan anak batin
kanu ompat lima pancer = semua berjumlah 4 dan kita yg ke 5 pancaranya (roh@cahaya yg memancar)
Ya Allah aku mohon diantar kadulur bathinku kaanak bathinku = permohonan kepada Maha Pencipta agar kita dipersatukan kembali kepada saudara empat.

selepas kemasukan islam

kefahaman S45P diatas diislamkan mengikut fahaman tugas malaikat.
isrofil = ketuban
mikhail = ari2, tembuni@placenta
jibrail = tali pusar
izrail = darah

pancer: Berdiri@Alif sambung kpdNYA

menurut ahli hikmah boleh dirumuskan barangsiapa yg tahu hakikat segala sesuatu maka tak akan dimakan oleh sesuatu itu

    • siapa yg tahu pengasalan besi tak akan dimakan besi
    • siapa yg tahu pengasalan api tak akan dimakan oleh api
    • siapa yg tahu pengasalan air tak akan tenggelam dimakan air
    • siapa yg tahu pengasalan tanah tak akan hancur tubuh dimakan tanah
    • dan seterusnya..

itulah sbb lam ni offensive & tinggi thp kebatinan.
" In Kullu nafsin lamma alayha hafizh" > 'Setiap diri niscaya ada penjaganya'

"Wa huwa al-qahir fawq iba'dih wa yusril alaykum hafazhah hatta idza ja'a ahadakum
al-mawt tawaffathu rusuluna wahum la yufarrithun" >' Dialah yang berkuasa atas semua hambanya. Dan dia mengutus kepada kalian Penjaga-Penjaga untuk melindungimu. Jika seseorang sudah waktunya mati, maka utusan-utusan kami itu mewafatkannya tanpa keliru"


ps: dlm konteks diatas terbuka RAHSIA salam 5 penjuru!!


Rasanya ada kesilapan pada fahaman tugasan malaikat tu
Jibrail=ketuban
Israfil=Ari2
Mikail=Tali pusat
Izrail=Darah



----------------------------------------------------------

mito21


Mungkin untuk mengelakkan salah faham... sbb bunyinya macam menyeru aje...
Lagipun mungkin ayat tu pun takde fungsi.... smile

Bagaimana plak dgn bilangan zikir lam...

Lailahailallah - 165x
Allah - 66x
Allah Hu - 33 x (x5)
Hu - 33x

Apa significant bilangan tu... ada sesiapa yang boleh kasi pencerahan?
Dengar cite ada sesetengah tempat bilangannya dikurangkan... ada betoi ke??!!










-----------------------------------------------

edy137

hurmmm kalau PBSSM


Lailahailallah - 165X
Allah Hu - 66X
Allah Hu - 5X
Allah - 3X


sumber dari PBSSM...






---------------------------------------------------------


mito21



kenapa bilangan zikir tersebut macam tu...
165 -->66 --> -->3
Syariat --> Tarikat --> Hakikat --> Makrifat

?????? roll



---------------------------------------------------------








2 comments:

  1. Ade jugak yg doa nya:Tahasantu nafsi bil husni.....dan akhir Bissiri LamDul Jalala...telah terbukti....

    ReplyDelete
  2. hurmm... boleh kongsikan ayatnye ker???

    ReplyDelete