Arkib Viewers

Sunday, February 28, 2010

Recent : Perubatan BSS

Kesatria

Pengalaman menarik: Den kek bangi, gangguan kek btg berjuntai... lopeh clearkn aprtment tu (jarak jauh), den pun berhajat nk buek pagar... Mulo2 den ingat nk pakai istimewa je, tp KEYAKINAN den goyah masa tu sbb jauh bona, den pun bolum mantap laie, pagar ni kono boto2, boco nanti payah lak... jd, den buek keputusan den nk buek pagar pakai air... Apo yg den buek, den tipon penghuni apartmen tu, den suh dio sediakn air setengah sebaldi... lopeh tu den isi air tu pakai telefon jo... lopeh tu den suh penghuni apartmen tu renjis air tu kek dinding seluruh umah, hmmm barulah x bocor kan?... Alhamdulillah, dengan izin Allah, menjadi pagar den tu... Pagar tu telah dilihat dan diakui sendiri oleh OTAI dlm komuniti ni (den kono rahsiokn namo dio he he he)... Ado yg den x mampu buek, ado laei makhluk yg lopeh, merayap makhluk tu kek luar apartmen, maklumlaa kan, den org baru, OTAI kata mungkin jala den bocor, teknik den lum mantap lg... jd, bro OTAI telah setelkn kes makhluk yg ado kek luar apartmen (tq very much bro, jasamu dikenang)... Apo yg den nk smpikn kek sini, BSS ni leh buek apo sj yg kito niatkn, asal ado KEYAKINAN... cubo bygkn den MENGISI AIR PAKAI TELEFON, sblm ni den x pernah tpikir leh buek camtu... hmmm mungkin otai2 lain dh tau kot, den jo yg baru try... he he he... amacam mod? leh terimo tak cerito den ni dlm gelanggang "Perubatan BSS" ni? kalau x layak, ekau delete jolah yo.... big grin

----------------------------------------------------------------------

SeJaTi

Ok gelanggang dah dibuka untuk otai kita untuk menurunkan ilmu perubatan mereka. SIlakan semoga boleh membimbing kami yang junior ini dlm ilmu perubatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Di luar sana ramai yg terkena sihir atau diganggu oleh jin .. gi jumpa bomoh dikelentong lak oleh mereka ...  maka kita yg telah mendapat hak ni perlulah membantu mereka ini.
nak kena bayar yuran dulu....hehehe

-------------------------------------------------------------------------

Bluegigas

kahabrnya kalau 1st step nak berubat ne kena kesan dulu makhluknya. apa teknik menjejaki yang biasa digunakan? kalau takde GERAK SCAN atau VIEW, cara apa yang boleh kita gunakan?

-------------------------------------------------------------------------

Makrifat

Bagi aku memang perlu gerak SCAN @ view @ kedua-duanya ... kalau tak der kena pastikan ada dulu ler baru boleh merawat ..

-------------------------------------------------------------------------

makhluk

1st step nye....pastikan dulu yg kita nih dah bersedia utk menolong org, dr segi jurusnya, isi pokok bdn nye....sampai di rumah pesakit sebelum beri salam pd tuan rumah, beri salam kanan, kiri dan depan(petua guru)...barulah beri salam kat tuan rumah

-------------------------------------------------------------------------

JengKing

ada sebab2 tertentu bagi salam kanan, kiri & depan dulu

-------------------------------------------------------------------------

bluegigas

kenapa kene bagi salam 3 penjuru?

-------------------------------------------------------------------------

edy137

isi air pakai telefon itu kan menunjukkan suatu elemen yang terpenting di situ... MAKRIFAT!!! tanpa MAKRIFAT tentu air itu hanya 'kosong'... 

-------------------------------------------------------------------------

Kesatria

kahabrnya kalau 1st step nak berubat ne kena kesan dulu makhluknya. apa teknik menjejaki yang biasa digunakan? kalau takde GERAK SCAN atau VIEW, cara apa yang boleh kita gunakan?
xde gerak & view pun leh bro... segalanya dgn niat dan bak kata bro edy MAKRIFAT!!!... teknologi bro, kita kena maju lg setapak... he he he (konpem ramai x setuju dgn den) wink

-------------------------------------------------------------------------

Kesatria

bro kesatria, walau pun kita tak dapat kesan.. tapi org dah bagi tau ada benda kat dalam badan. kalau kita makrifatkan untuk tarik keluar... memang akan terkeluar la benda alah tu yek?
yaaa betulllll... den bg 10 mrkh kek kau he he he... MAKRIFAT tu penting (he he he tersedak lg laaa mr mod MAKRIFAT kita)... tp bg kito yg baru ni, latihan jurusan kalau buleh bueklah ari2, nk bg mantap kito punyo tindakan tu nanti... niat pun kono yg topat - cthnya, kito cabut, x kuar2 gak, 10 kali cabut, x kuar gak... sobab eee ado kunci yg x terbukak... jd, niatlah nk cabut kunci & penyakit tu sekaligus... yakinlah pada Allah... berserah & bertawakal... kalau x tercabut gak, balik je laaa... he he he... big grin heh heh heh den ni ckp jo lobih, tp haprak jo den ni... wakakakaka... jgn mare sumo...

-------------------------------------------------------------------------

bluegigas

sape pernah ada pengalaman dalam perubatan saka? biasanya kena ada pertarungan dulu ke?

-------------------------------------------------------------------------

edy137

terpulang pada perawat itulahh.. senang kata terpulang pada individu itu sendiri... jadi perkataan 'KENA' itu tak sesuai lah digunakan, kerana perkataan 'KENA ADA PERTARUNGAN' itu adalah membawa maksud seperti MESTI atau KEMESTIAN... kalau nak cepat tak payah nak bertarung-bertarung... tapi seperti kata hamba yang first tadi laa... TERPULANG!!!

--------------------------------------------------------------------------

bluegigas

dalam perubatan BSS mmg akan berlangsung kejap je la yek... bkn ape, saje tanya... sebab dah biasa sgt tgk perubatan alternatif dalam expose mistik tuuuu... bertarung mcm WWE jek... siap boleh bersembang-sembang lagi..

----------------------------------------------------------------------------

edy137

hurmm.. tgk pada jenis perawat.. kalau perawat made in BSS tu mmg jadikan perubatan tu income nya, mungkin mereka akan gunakan pendekatan yang lebih nampak real... contoh teknik transfer, atau teknik bercakap dgn JIN dan seumpama dgnnye... itu semua sebagai langkah meyakinkan para keluarga si pesakit... itu semua hak masing2 nak guna cara yang macammane...

BSS ini tak tertakluk... maksud tertakluk itu ialah dimana kecahayaan itu tadi tidak tertakluk pada satu2 perkara.. BSS boleh digunakan merawat pesakit dalam masa yang singkat malah boleh juga digunakan dalam masa yang lama.. diantara faktornya seperti kebolehan si perawat itu sendiri, pengetahuannya, kemahirannya, atau ketinggian taraf keilmuwannya...

bukan semua yang ambil BSS itu sama sahaja cara perawatannya... setiap perawat mesti ada identiti dan juga kredibiliti tersendiri mengikut status umur dan juga mungkin amalan...

-------------------------------------------------------------------------------

bluegigas

tq bro edy137... nak tanya sikit
sekiranya ada seorang hamba allah ne mengadu sakit di satu bahagian anggota badan yang khusus seperti di seluruh kaki bahagian kiri. kaki jadi lemah dan tidak bermaya, bisa2 dan kadangkala rasa menyocok-nyocok seperti jarum yang berpindah-pindah tempat di bahagian kaki tresebut. kalau keadaan mcm ne dah kira simptom ape yek? ada jin lepak-lepak kat bahagian kaki tu ke?

--------------------------------------------------------------------------------

edy137

kes seperti ini pernah terjadi kepada bonda hamba dimana dia disantau... anyway, kita dengar dulu penjelasan dari otai2 contoh macam saudara SEJATI, EDBEST dan lain2... mereka pon banyak pengalaman jugak...

----------------------------------------------------------------------------

SeJaTi

tiap2 penyakit tu ada yg membawanya...di sini memerlukan pengetahuan/pengalaman serta ilmu yg tinggi bagi mengesan punca2 penyakit..selain dari scan..ketajaman mata hati amat diperlukan. xsemestinya si sakit tu terkena buatan org..ada yg sakit sebegitu di akibatkan oleh masalah2 seperti urat saraf di mana pihak hospital tidak dapat mengenal pasti tentang sakit tu...biasa yg berpenyakit seperti ini,...bila di scan tiada apa2 makhluk yg mengganggu..cuma ditinggalkan virus sahaja...cabut la bisa tu dgn apa yg dah dipelajari..nak keluarkan bisa ni tidak sama dengan keluarkan jin2...

-----------------------------------------------------------------------------

makhluk

Bagi yg belum adanya mata hati...boleh gunakan gerak, utk checking sumber2 dan punca2 penyakit....dan bagi yg tak ada gerak, pun masih buleh mengesan dgn menggunakan tindakan 1 hingga 10 (tujuan) dan semasa hendak bertindak pastikan niat kita itu tadi dimulai sebelum bertindak.....Cthnya..kalau kita niatkan dgn menggunakan tindakan 1 hingga 10 utk menggesan jin/syaitan yg ada di dlm tubuh pesakit, bila masuk ke tindakan no 2 si pesakit menunjukkan reaksi...nah disitu telah diketahui dimana duduknya makhluk tersebut....sekira nya tiada sebarang reaksi semasa kita bertindak tadi....bermaksud tiada unsur2 jin/syaitan dalam tubuh pesakit..kenapa kita mengesan dengan menggunakan tindakan 1 hingga 10..sebabnya itu adalah jurusan tujuan....dan tujuan kita adalah hendak mengesan...mudah je kan....walahualam....wasalam

----------------------------------------------------------------------------

dEdErBuMi

caranya amat banyak, yg dijelaskan hanya sedikit je...tp perlu diingat juga.,jika memerlukan jurusan si pengguna perlu tajamkan jurusan...jin2 ni amat bijak sembunyi walaupun gunakan jurusan...kadang2 si scan boleh terkena tipu daya..

--------------------------------------------------------------------------

makhluk

Itu lah perbezaannya diantara menggunakan gerak dan tindakan jurusan...sebab itu permulaan tindakan itu tadi di dahulukan dgn niat...jin/syaitan itu tetap kena sebabnya kecahayaan nur budi itu tidak hanya merangkumi ruang dan waktu...selalunya ahli2 yg menggunakan gerak sering diperdaya dek jin/syaitan ini....pengalaman den, ahli2 buat perubatan di dalam kelas atas stage pulak tuh...bukak gerak checking pada si pesakit dan mengatakan ada makhluk di dlm badan, pastu berhempas pulas lah geng2 nih mencabut dsb....walhal si makhluk ni ada kat pintu masuk, ketawakan ahli2 di atas stage

--------------------------------------------------------------------------

edy137

hurmm.. katakanlah ada seorang pesakit.. anda merupakan seorang perawat... yang pesakit nihh dah mengelupur habis dah, terpekik terlolong, melingkar lagi macam ular, ataupun yang jenis tiba-tiba bersilat...

anda 'cabut'2 tak keluar.. hentam2 takde apa2... BSS, GERAK, LAM, pengeras tangan, amalan suara semua dah guna still takde apa2....

apa sebenarnya yang berlaku???? so, apa kaedah yang terbaik untuk dilakukan???

---------------------------------------------------------------------------

edy137

jawapan pendek ringkas yang pasti ialah 'barang kotor' itu sebenarnya tiada di dalam badan pesakit tersebut, ianya berada pada radius (jarak) yang tertentu, mungkin 10 meter dari situ, mungkin 15 meter dari situ, .... ini jenis JIN yang pangkat 'general' laa... kalau jenis yang biasa2 kebiasaannya jin itu akan merasuki sepenuhnya tubuh badan pesakit... itu yang kalau perawat darul2 golek2 limau kat badan dah mengerang dah sakit jin tuhh... ataupun pegang ibu kaki dah meronta nak mintak keluar... kan dalam video yg hmba upload banyak tunjukkan..

kalau jenis macam itu, pakai BSS atau lam lagi mudah, malah lebih pantas....

ada pula jenis bomoh santau tekap tangan supaya pesakit mengelupur... kita cabut2 takde apa2... jawapannya hentam itu bomoh dulu laa... atau senang kata putuskan connection diantara bomoh dan pesakit sama ada menggunakan BSS atau LAM...

tapi bagi hamba senang hentam aje bomoh tu bagi dia tersembam kejap, tak pun mengelupur sensorang... bagi dia rasa sakitnya orang yang dia santau tuhh..

------------------------------------------------------------------------

bluegigas

assalamualaikum...
saudara edy137, kalau barang kotor tu tak masuk dalam badan pesakit, macam mana pula dia boleh berperanan melalui satu jarak yang tertentu? adakah makhluk tu hanya mewujudkan bayangan sahaja?

-----------------------------------------------------------------------

makhluk

Alah....kita kan suka main kete kontrol lah, hele kontrol, bot kontrol....so makhluk ni pun suke jugak...main kontrol dr jarak tertentu

------------------------------------------------------------------------

bluegigas

kalau potong connecting control si makhluk tu boleh ke? adakah si makhluk tadi tu boleh sambung balik?

-------------------------------------------------------------------------

makhluk

buleehh...apa jurusan memotong...lepas potong, apa lagi attack lah(bertindak) kat makhluk tuh

------------------------------------------------------------------------

bluegigas

kalau potong pakai no 5 tak jadi masalah.... tapi next step untuk bertindak tu mcm nak kena ada pengalaman jek dulu... rasanya kalau kita attack pakai no 6 pun, mungkin makhluk tu akan buat onar lagi... sebab tu ke ramai ahli lama yang terus benam jek?

------------------------------------------------------------------------

edy137

sebab itulah tak semestinya 'barang kotor' tersebut berada di dalam tubuh badan, kita sendiri perlu lihat kemampuan JIN... macam yang saudara makhluk berseloroh mengenai kereta control tuhh... ibaratnya macam itulahh... 

kerana itu ada perawat yang gabra bila 'cabut2' tak keluar-keluar... dah hilang KEYAKINAN satu hal, perasaan takut menguasai diri pun yee... campur malu dan bengang lagii.. bila dah macam tuhh.. automaticly kita pula yang dimanipulasikan oleh 'barang kotor' tersebut... itulah yang banyak nya berlaku... 

contohnya... tengah2 merawat, si perawat pulak yang mengelupur tersampok sekali... malulah sebagai seorang perawat... 

KEYAKINAN dan senjata2 dalaman kita tuhh yang paling penting... bersiap sedia sebelum hujan.. waktu aman, JURUSAN, ZIKIR tuh perlu di schedule kan laa... 

-------------------------------------------------------------------------

makhluk

betul tuh.....sebab itulah, jika kita pergi mengubat secara beramai2, lantik hanya seorang sahaja utk GERAK checking....pilih lah yg geraknya bagus....yg baru nak mula, belajarlah dr situ. Bukan tak boleh semuanya sekali bukak gerak....nanti konfius

makhluk2 jin ini pun ada yg berilmu.....jgn ingat kita je yg berilmu.....kalau tak jurus, rentikanlah nak ngubat org.....dlm bidang perubatan ini memerlukan pengalaman, amat sukar utk dilaksanakan dengan hanya membaca thread nih....

------------------------------------------------------------------------

E-clas

Nak berubat orang ni selain kita kena ada keyakinan yang tinggi dengan diri kita bahawa Allah akan membantu dalam urusan kita tu, tak kurang penting juga kita kena membina keyakinan kepada si pesakit atau si peminta pertolongan tu... Kalau si-pesakit tu dapat keyakinan tersebut maka kerjanya akan jadi lebih mudah...

------------------------------------------------------------------------

Makrifat

hurmm.. katakanlah ada seorang pesakit.. anda merupakan seorang perawat... yang pesakit nihh dah mengelupur habis dah, terpekik terlolong, melingkar lagi macam ular, ataupun yang jenis tiba-tiba bersilat...

anda 'cabut'2 tak keluar.. hentam2 takde apa2... BSS, GERAK, LAM, pengeras tangan, amalan suara semua dah guna still takde apa2....

apa sebenarnya yang berlaku???? so, apa kaedah yang terbaik untuk dilakukan???
Aku pernah hadapi kes ni .. tengah merawat seorg pesakit .. tiba2 dari belakang pesakit tu nampak satu benda putih  melayang terus masuk kedalam badan pesakit .. dlm beberapa minit pesakit tu mengilai ..

aku pun terus jurus habis2an .. tiba2 dia gelak jer .. hampeh betul ..terpaksa call abg aku .. abg aku memang pakar bab kerasukan ni ..

dia sampai jer kat rumah baru nak dok kat sebelah pesakit .... tiba2 pesakit bangun dan terus bersilat ... nasib baik pesakit perempuan kalau dia pukul idak ler sakit sangat ... tapi berkesan gak ler kat dada abg aku kena karate ...

so abg aku arah kan aku tangkap kaki pesakit jgn bagi dia jejak ke bumi .. bila tak jejak bumi memang pesakit tu tak boleh bersilat lagi ..

lepas tu dia isikan sebatang pen dengan 50 jurus .. lepas tu letak kat celah jari kaki pesakit .. menjerit pesakit tu kesakitan .. dlm seketika baru ler jin tu keluar selepas tak tahan menahan sakit ..

----------------------------------------------------------------------------

edy137

dulu awal2 pon hamba ada pengalaman macam itu.. 'cabut2' tak keluar-keluar gaks... bila dah tanye 'ahli2 matang' dan kaji sikit demi sikit.. baru dapat key nya... 

tapi menarik 50 JURUSAN masuk kat pen dan selit kat jari kaki.. bloeh huraikan takk... kongsikanlah bersama...

---------------------------------------------------------------------------

SeJaTi

merawat ni mesti gunakan psikologi sekali...kalau x, kecundang jugak...tapi tengok kes la..ada jugak pesakit yg dah di keluarkan jin yg mengganggu masih menggelupur, kes begini kadang2 ia lebih kepada mainan perasaan pesakit atau masih terbawa2 tentang gangguan sebelumnya..di sini lah bergunanya teknik2 di luar bss....

--------------------------------------------------------------------------

Edbest

kalau gitu, tiarapkan aje pesakit yg mengelupur tu.
Apabila dalam keadaan meniarap, semangat Ibu tu tanah...maka ianya menyejukkan.
Kalau tak diam jugak, tepuk tengkuknya guna makrifat no 8 sekali.

---------------------------------------------------------------------------

edy137

pernah suatu ketika dulu buat teknik itu... pernah takde kesan... dah tiarap dahh.. dah tepuk dahh... tapi still macam ular lagii...

teknik hamba:

- ambil segayung atau segelas air...
- bacakan niat 
- baca surah2 lazim
- juruskan 1-10.. 1-50 pon boleh
- masuk istimewa
- bagi minum atau sapukan kat muka...

insyaallah.. tapi sebab kes JIN macam pakai remote control.. so kena hentam JIN nya dulu atau bomoh nye dulu laa lepas tuhh... kalau JIN takde dalam badan, ianya pasti ada di radius tertentu... 

---------------------------------------------------------------------------

Edbest

nak lagi cepat, simbahkan aje dengan air yg dicampurkan ais.
confirm cepat dia sedar diri...sebab sejuk tongue

--------------------------------------------------------------------------

edy137

siap bawak satu tempat... siap sediakan air mandi... dah mandi dah pon... siap menggigil... still bomohnya taknak lepaskan...

last sekali tumbang jugak bomoh tuhh.. terlungkup... yang paling menariknya... ada perawat lain masa tuhh.. bukan made in BSS... tak boleh dekat bila time hamba lepaskan tindakan... dia siap cakap... dia tak boleh ada dlm rumah sama dgn hamba... dia settle luar hamba settle dalam... heheh.. hamba senyum aje ... dah tau perawat tuhh guna 'khadam'....

perawat tuhh rasanya ramai kenal kalau kat JB... dia AJK kat masjid Larkin... orangnya pon warak laa...

---------------------------------------------------------------------------

Edbest

nak lagi cepat, simbahkan aje dengan air yg dicampurkan ais.
confirm cepat dia sedar diri...sebab sejuk tongue
air tu kena isi dulu la.
aku pernah ada experience mcm gini.
tujuannya nak bagi saraf tubuh badan (otak) sedar balik.
kekadang bila pesakit dan terlalu lama sakit, brainwave nya akan jadikan sakit tu sbg satu pattern.
bila ada satu sentakan kuat, barulah terputus brainwave nya.

cuma kalau kes pengsan, usah le disimbah air sejuk pulak.
gunakan ibu jari yg dibacakan ayat² tertentu dan tekankan di antara 2 kening.
InsyaAllah, akan cepat sedar.

---------------------------------------------------------------------------

edy137

teknik ibu jari rasanya legendary BSS ada tuntut... wallahualam... yang urut ibu jari kaki pesakit pon dia ada....

yang hamba ada untuk sedarkan pengsan ialah bacakan ayat sesuatu dan tiupkan pada telinga.. insyaallah berhasil... dan pernah dipraktikkan..

---------------------------------------------------------------------------

Jin_Junior

1st step nye....pastikan dulu yg kita nih dah bersedia utk menolong org, dr segi jurusnya, isi pokok bdn nye....sampai di rumah pesakit sebelum beri salam pd tuan rumah, beri salam kanan, kiri dan depan(petua guru)...barulah beri salam kat tuan rumah
ya JJ setuju benor dgn langkah pertama abe makhluk ni.lps beri salam pd tuan rumah, harus beri salam pd pesakit pula,takkira lah camna keadaan dia masa tu. salam tu adalah doa, dan sebaik nya di sebut nama pesakit tu.cth assalamualaikum amir bin joyah.kalau masa tu pesakit thg berkeriau insyaAllah dia akn terkedu diam sebentar.sedikit sebanyak semangatnya akn kembali bila dia dipanggil,memudahkan sikit rawatan setrusnya.

2 comments:

  1. hamba dh baca comment first sampai akhir, gune lam bss pengeras tngn. hamba punya cara jika guna lam pngras tngn x jln. hamba guna kaf 40. mungkin otai2 dan ahli2 ada yg thu dan ada yg x thu asal usul kaf40 ini. ada seorang ahli dri gelanggang yg sama dengan hamba mempunyai rakan yang boleh berdialog dengan bende2 nila. jadi dia menyuruh rakan hamba memanggil kaf40. apabila dtg sahaja kaf 40 orng yg suruh panggil ini ada 3 ekor jin dengan sepantas kilatnya 3 ekor jin ini lari sebaik melihat kaf 40 yg turun dri bumbung berserban dan memakai jubah dan setinggi pokok kelapa. terus dia bertanya kepada kaf 40 asal-usulnya. kaf40 ini sebenarnya berasal dari kelambu kaabah.tidak dinafikan hamba sendiri pernah melihat kaf40 dan hamba tidak menafikan apa yg mereka lihat itu sama dngn apa yg hamba lihat semasa nk mengambil amaln kaf40.sorry panjang pula hamba comment. hamba cuma ahli bru yg bru join bss 3 bulan, alhamdullilah hamba dikurniakan berbagai anugerah. sesungguhnya Allah itu lebih mengatahui sesuatu pekara.:D

    ReplyDelete
  2. Salam ..unt sahabat2 dan juga otai2 BSS yg saya hormati..saya dari perguruan m sg.way..ingin mohon pencerahan sikit tentang KAF40.batch kami menerima kaf40 pada tahun 2006 di gunung ledang..sampai skrg saya masih mengamalkan dan alhamdulillah ianya adalah salah 1 amalan pilihan saya selain lam dan yg lain2. Cuma versi kaf40 bacaanya x sama,even kalangan ahli bss..boleh share tak dgn saya ..versi dan bacaan yg bagaimana yg betul2 arwah bapak amalkan..mohon sgt2 terutam dari kalangan ahli2 kita yg lama.

    ReplyDelete