Arkib Viewers

Sunday, February 28, 2010

Recent : QARIN

JengKing


Aku bukak topik ni sebab soalan dari bro edy berkenaan Qarin di dlm topik asal usul jin masih belum dirungkai.
Apa itu Qarin?
Adakan dia saudara kembar Qarun? big grin
Mari kita bincangkan.



-----------------------------------------------------------------------

INSAN

pendamping yang disertakan semenjak lahir lagi termasuk nabi2.



----------------------------------------------------------------------

Jin_Junior

kalau camtu wehhh,camna korang yg suka scan2 tu nak bezakan qarin yg ada lesen dok dkt manusia atau anasir jin pendatang yg ganggu manusia. maksud JJ, korang rawat pesakit start dgn scan,dpt signal ada jin kat pesakit tu.lalu kalian tangkap.ntah2 yg kowang tangkap tu qarin yg tak berdose...heeeeeheeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!



----------------------------------------------------------------------

aaaa


waa... menarik topik nie... tetiba plak teringin nak tanya soalan pelik..
kalaular, qarin tu kembar kita.. adakah ada padanya dosa pahala dan syurga neraka??
adakah dia keturunan jin jugak?



-------------------------------------------------------------------------

Jin_Junior

rasa JJ qarin tu bukan jin. qarin nih ada sifat2 tersendiri yg membezakan 2 makhluk bekenaan. tu sebab laa kowang bila scan masa merawat, si qarin ni tak kelihatan. kalu tidak niaya dia heeeheeee



-------------------------------------------------------------------------

farel

dulu ada jugak persoalan ttg yg discan tu qarin ke atau jin yg mengganggu.. 



-------------------------------------------------------------------------

aaaa

qarin boleh disumbat dlm botol tak?? keh..kehh..kehhh...



--------------------------------------------------------------------------

aaaa

hah.. jj...kalau tahu cuba jawap soalan aku nie... qarin dijanjikan syurga neraka tak?? aku memang tak tahu jawapan nie..



---------------------------------------------------------------------------

bluegigas

den pernah terbaca tentang qarin... nabi muhammad saw pernah mengajar qarin baginda tentang islam... qarin memang biasa akan follow manusia yang lahir bersamanya... bagaimana pula manusia yang telah mengaktifkan nur budi... qarin masih follow lagi ke?



--------------------------------------------------------------------------

Edbest


den pernah terbaca tentang qarin... nabi muhammad saw pernah mengajar qarin baginda tentang islam... qarin memang biasa akan follow manusia yang lahir bersamanya... bagaimana pula manusia yang telah mengaktifkan nur budi... qarin masih follow lagi ke?
Yup, masih lagi follow bang. Qarin ni mcm counter checker aje. Memang benar, hanya Qarin Rasulullah sahaja yg Allah izinkan utk diIslamkan. Beerti qarin itu juga adalah sebahagian dari diri Baginda. Wallahua'lam.

Bagi sesiapa yg rajin buat search dlm Al Quran, ada sedikit info pasal Qarin ni.



-------------------------------------------------------------------------

Edbest


sifat² tak baik ni agak²nya datang dari mana bahagian diri manusia?

Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (QS 17:11)

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.(QS 4:28)

ayat kat atas tu contoh aje...bunga²nya aje...yg lebih tepat...aku nak kena refer kat 2-3 org lama² yg biasa membuat kajian dari Al Quran ni.



-------------------------------------------------------------------------

Edbest


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.



--------------------------------------------------------------------------

3 comments:

  1. assalammualaikum... saya punya kertas amalam dah hilang sebab pindah barang2 rumah. boleh sape2 buatkan pdf untuk saya? nak buat dari awal pengisian.

    ReplyDelete
  2. boleh hubungi di e-mail saya...

    bitsolutions137@gmail.com

    ReplyDelete
  3. baiklah bnyak jugak comment pasal qarin ni.hehe,
    ini cuma pandangan hamba jer, jangan la hentam hamba yer,sian hamba ahli baru.hehe. benar qarin itu kembar manusia. qarin hanya akan menghasut apabila seseorang manusia itu membelakangkan Allah s.w.t. jadi bagaimana hendak menghindar diri dri hasutan qarin ini. salah satu caranya ialah, menyebut lillahitaala apabila berbuat sesuatu perkara. ilmu yg ada eloklah dikongsi.

    ReplyDelete