Arkib Viewers

Sunday, February 14, 2010

Recent : JURUSAN (2)

edy137

bagi pendapat hamba yang dhaif ini.... pertama sekali menariklah nak kupas pasal tutup pusat semasa bersalam... ianya diamalkan oleh sesetengah persatuan yang kemungkinan tak semua persatuan ikut tradisi ini... anyway jawapan paling simple mengenai salam tutup pusat hanyalah sebagai 'tanda' persatuan sahaja... tak lebih dari itu... jika kita lihat banyaknya persatuan2 di Malaysia sendiri ada tanda mereka tersendiri, cara2 bersalam yang unik malah tidak salah dari segi undang2 dan juga keagamaan...... selain itu ianya memudahkan ahli2 mengenali sesama sendiri yang menjadikan mereka itu agak unik dan membezakan dari persatuan2 yang lain.

berjurus tutup pusat pula adalah sebagai 'persediaan' kita semasa berjurus, malah ianya ada kaitan dengan kelahiran kita dimana pusat sebagai suatu permulaan kehidupan kita..... wallahualam kaitan yang macam mana.. anyway kita boleh kaji bersama perkaitannya atau mungkin ada teori yang lebih baik dari ini.... wallahualam..~

---------------------------------------------------------

Makhluk

Berjurus menutup pusat adalah tertib berjurus, ahli-ahli digalakkan bersalaman menutup pusat, pon sbg simbolik juga, sebabnya pd pusat manusialah iblis dan koncu2nya meludah..disamping utk kita mengenal sesama ahli....walahualam

---------------------------------------------------------

Edbest

ni perkara baru buat aku bang. cuba ko ceritakan lebih lanjut lagi pasal pada pusat manusia iblis dan kuncu²nya berludah.

---------------------------------------------------------

sangrajunatapa

menutup pusat.....pada pandangan sya pusat adalah rongga yang paling mudah diceroboh oleh iblis dan kuncu2nya selain dari rongga2 sedia ada..dan ada sesetengah pengamal perubatan menggunakan teknik scan ke atas seseorang melalui pusat orang itu sebelum aktiviti2 santau, bende kotor dihantar untuk tujuan tidak baik...oleh demikian bilamana tertib berjurus mesti kita menutup pusat sebab ketika kita membuat amalan jurusan, kita telah membuka kunci jurusan dan ketika ini ketika sentiasa switch on dan tutup pusat dengan tangan....sebab ketika inilah diri kita terdedah kepada anasir luar sebab kunci jurusan telah dibuka...sebaik2nya selesai amalan berjurus cepat2 kita tutup kunci jurusan agar terpancar cahaya budi ku dan tutup amalan.

wassalam

---------------------------------------------------------

JengKing

Kenapa time mandi peringkat pertama lubang/rongga yg ditutup dgn duit 1 sen?
Itu kan sudah mencukupi.
Kan ada jurusan yg x tutup pusat. Mcm mana tu lak

---------------------------------------------------------

JengKing

Adakah dgn sebab tidak menutup pusat semasa berjurus kita jadi 'lemah'?
X semestinya bang. Ada time2nya yg kita akan jadi lemah dan mudah di 'serang'
pikir2 kanwink

----------------------------------------------------------

sangeajunatapa

begini..pada pandangan sya...ketika kita membuka amalan.....komdian kita berjurus...sebenarnya jika kita membuka kunci jurusan dengan niat sebelum mula berjurus...bermakna ketika ini lapisan langit ketujuh dan bumi ketujuh akan terbuka dan cahaya akan terpancar terus kepada kita ketika berjurus...ini membolehkan cahaya itu dibina melalui jurusan yg kita amalkan.dan ketika inilah apabila kunci dibuka, bermakna seluruh anggota rongga terbuka sepenuhnya bagi membolehkan cahaya dipancar masuk dan keluar melalui aktiviti berjurus.. itu sebabnya semasa berjurus tertibnya sepanjang masa switch on, tapak kaki kedua2nya x leh diangkat dan ia perlu bergeser dengan bumi seterusnya pusat sentiasa ditutup semula setelah melepaskan jurusan setiap langkah.
jika..jika salah satu tapak kaki terangkat, maka hasil pembinaan cahaya itu menjadi kurang..begitu juga jika terlepas dari menongkat lidah..ia akan mengurangkan sedikit sebanyak kekuatan cahaya yg dipancarkan dari langit dan bumi semasa berjurus...

jika kita boleh minum dan makan serta sengaja tidak menutup pusat..maka ketika inilah iblis dan konco2 nya mengambil kesempatan memasuki rongga kita atas sebab kita telah membuka kunci jurusan....sebaik2 tertib hendaklah kita menutup amalan terlebih dahulu dan berniat "aku menutup kunci jurusan angar terpancar cahaya budi ku" seterusnya menghentakkan tumit kaki 3 kali untuk menutup segala rongga seterusnya tertutupnya cahaya yg datg dari langit dan bumi...

ini adalah pandangan sya ..wallahualam...

----------------------------------------------------------

Edbest

setiap satu perbuatan tu mesti ada sebab musabbab tertentu.
molek lah kita bincangkan bersama. aku pun setuju, masa berjurus tu tak tutup pusat pun takde masalah.
cuma "time yg kita jadi lemah" tu amat menarik perhatian aku. time apakah tu? apakah dengan menutup pusat kita akan mampu mengatasi masalah "time yg kita jadi lemah" tu sendiri?

------------------------------------------------------------

JengKing

Tq. Bro. Menarik
Cuma yg part menutup amalan tu dgn niat.
Memadai ke kita dgn cuma menutup jurusan seperti biasa .. langit.... bumi...selamat akan daku menutup jurusan..

------------------------------------------------------------

JengKing

Cuba kita bincangkan 'time bila kita blh menjadi lemah' bukan time kita berjurus.
Sudah semestinya time kita x yakin tu la time kita menjadi lemah
Dan ada gak time2 lain

-------------------------------------------------------------

sangrajunatapa

bukan lemah ..tetapi kebocoran rongga itu terbuka kepada anasir2 jahat...bukan bermaksud kita lemah...sebab itulah kita selepas selangkah berjurus..tangan kembali menutup pusat sebab cahaya x dipancar lagi..ketika berjurus...cahaya terpancar dari semua arah..ketika ini anasir luar x boleh buat apa2...tu lah sebab kita kembali menutup pusat setiap langkah jurusan yg kita dan buat....

-----------------------------------------------------------

Edbest

begini..pada pandangan sya...ketika kita membuka amalan.....komdian kita berjurus...sebenarnya jika kita membuka kunci jurusan dengan niat sebelum mula berjurus...bermakna ketika ini lapisan langit ketujuh dan bumi ketujuh akan terbuka dan cahaya akan terpancar terus kepada kita ketika berjurus...ini membolehkan cahaya itu dibina melalui jurusan yg kita amalkan.dan ketika inilah apabila kunci dibuka, bermakna seluruh anggota rongga terbuka sepenuhnya bagi membolehkan cahaya dipancar masuk dan keluar melalui aktiviti berjurus.. itu sebabnya semasa berjurus tertibnya sepanjang masa switch on, tapak kaki kedua2nya x leh diangkat dan ia perlu bergeser dengan bumi seterusnya pusat sentiasa ditutup semula setelah melepaskan jurusan setiap langkah.
jika..jika salah satu tapak kaki terangkat, maka hasil pembinaan cahaya itu menjadi kurang..begitu juga jika terlepas dari menongkat lidah..ia akan mengurangkan sedikit sebanyak kekuatan cahaya yg dipancarkan dari langit dan bumi semasa berjurus...

jika kita boleh minum dan makan serta sengaja tidak menutup pusat..maka ketika inilah iblis dan konco2 nya mengambil kesempatan memasuki rongga kita atas sebab kita telah membuka kunci jurusan....sebaik2 tertib hendaklah kita menutup amalan terlebih dahulu dan berniat "aku menutup kunci jurusan angar terpancar cahaya budi ku" seterusnya menghentakkan tumit kaki 3 kali untuk menutup segala rongga seterusnya tertutupnya cahaya yg datg dari langit dan bumi...

ini adalah pandangan sya ..wallahualam...
Maaf lah bang, kalau menurut pandangan ko, cerita nak membina pencahayaan (berjurus) ni seolah² mempunyai risiko spt di intercept oleh makhluk² halus, maka aku tidak bersetuju sama sekali.

Kunci jurusan adalah pada niat. Bila dah niat, pasti dalam tu ada KEYAKINAN. dan itulah tuntutan paling awal dalam amalan BSS ni. Jika kita yakin bahawa semasa berjurus, tanpa menutup pusat...ada effect negatif, pastinya ianya akan menjadi kenyataan selari dengan keyakinan kita.

Ini kerana cahaya tu bergabung dari luar tubuh ke dalam tubuh dan menghuraikan bersama sifat² hitam dalam tubuh lalu di bawa keluar adalah melalui perantaraan nafas, bukan pusat.

Semasa di dalam kandungan ibu, tali pusat yg terhubung pada pusat tu adalah sebagai satu medium utk kita bernafas, makan dan minum. Tetapi ianya berbeza apabila kita telah lahir ke bumi. Yg mana kita boleh bernafas melalui hidung mahupun mulut, manakala makan minum melalui mulut. Dan keluar masuknya jurusan juga melalui mulut dan hidung.

Jadi, aku melihat significant menutup pusat ni adalah sebagai salah satu cara penumpuan sahaja; mengasah fokus utk sentiasa dalam keadaan siap sedia. Begitu juga dengan menongkat lidah ke lelangit, sebagai tanda zikir SirruSir sedang berlangsung selari dengan zikir nafas itu sendiri. Jika terputus, ianya tidak mengurangkan kekuatan cahaya pun. Manakala menyeret kaki ke bumi ketika berjurus tu adalah bagi membumikan energi statik tubuh, serta membina lapisan aura...bukan cahaya. Statik dan aura berkait rapat antara satu sama lain. So, kita kena differentiate which is which...dari itu barulah kita tak terkonfius.

---------------------------------------------------------

Edbest

time lemah adalah time kita sedang takabbur & hilang keyakinan...aku setuju.
So, apakah dengan menutup pusat pada masa lemah tu kita akan dapat menghindarkan tindakan makhluk yg zalim ke atas diri kita?

-------------------------------------------------------

sangrajunatapa

dengan menutup pusat ketika time kita takkabbur dan hilang yakin x mampu menghindfarkan tindakkan zalim

-------------------------------------------------------

bluegigas

salam..
den rasa laaa... tutup pusat tu ada simboliknya... namanya pun pusat... masa dalam kandungan pun di hubungkan melalui tali pusat...

-------------------------------------------------------

Edbest

adakah time kita lemah disebabkan emosi kita?
Emosi gak blh memainkan peranan
boleh jadi jugak. kerana emosi tak terurus, kita boleh terlupa siapa yg berkuasa atas siapa.
So, tutup pusat tak menyelesaikan masalah "time lemah". Hanya Istighfar dapat mengatasi masalah ni.
baru kita sedarkan emosi kita, yg kita telah silap...lalu kembali ke jalan Tauhid.

------------------------------------------------------

edy137

maaf menyampok... 

kalau ikut ketasawwufan.. ada pengertiannya pada pusat... malah seperti kata saudara bluegigas pusat juga adalah tali penghubung semasa kita di alam 'dalam perut'..... kita kan ada 4 alam kesemuanya... alam dalam perut (maaf lupa bahasa arabnya), alam di dunia, alam barzakh, dan alam selepas perhitungan (syurga atau neraka)...

jadi, adanya makam yang tertentu di bahagian pusat tersebut kerana itulah ianya seringkali dikaitkan dengan rongga yang mudah dimasuki anasir 'kotor'.... semasa dalam alam 'dalam perut'... rongga tersebut tidak dapat dimasuki kerana belum jadi rongga pon... kita terlindung atas amalan ibu kita... mana ada bayi dalam kandungan boleh histeria..

jadi, apabila sahaja kita masuk BSS, secara tidak langsung rongga pusat tadi telah kita 'seal' kan supaya ianya tidak menjadi punca utama kemasukan anasir 'kotor'... atau JIN.

berjurus tutup pusat adalah suatu disiplin dalam latihan JURUSAN sebenarnya.. cuba berJURUS dengan tangan di bawah dan tangan menutup pusat... disitulah bermulanya pembinaan KEYAKINAN seseorang itu... sentiasa dalam keadaan bersedia dan mantap.

berbeza dengan TINDAKAN... sebab TINDAKAN berlaku dengan tidak semena-mena... kadang2 tidak sempat berNIAT...  kita terus sahaja hentam musuh... ALLAH kan MAHA MENGETAHUI.... sebab itulah hari tu hamba saja tanya berulang2 mengenai NIAT... pasal benam membenam itu... kalau tak sempat NIAT adakah ali kat tepi gelanggang pon terlambung sama atau pasangan suami isteri kat kereta sebelah pon terpelanting sama... itulah jawapannya...

bukan tanpa NIAT... tapi TUJUAN kita arahkan TINDAKAN kita itu tadi sama ada dalam pergelutan atau perawatan... NIAT adalah paling laju melebihi kelajuan CAHAYA di dunia ini... tanpa NIAT kita benam atau TUJUKAN TINDAKAN insyaallah ALLAH MAHA MENGETAHUI.. takkan terbenam sekali makhluk2 yang tak zalim... itu lah sebenarnya yang hamba nak huraikan dari hari tuu..

anyway mengenai JURUSAN tutup pusat lebih baik ditutup.. kita menutup rongga utama penghubung kehidupan kita dulu yang terputus selepas keluar ke dunia ini. malah kalau tak silap nya, perut jugalah salah satu makam yang agak senang menerima kekotoran... yang ini wallahualam~

---------------------------------------------------------

JengKing

bagaimana kita nak membuktikan ya bro.
apa kata jika diizinkan Allah kita buat gathering.
Siapa yg blh buat gerak suruh buat gerak amarah ke, letak member2 lain yang x buat gerak kat belakang & tepi. Kat depan sah x kena jurus punya.
Ni suggestion bodoh aku aje.
heheeheheeewink

---------------------------------------------------------

edy137

'lakonkan' semula guna gerak tak sama macam tak semena-mena... contoh musuh datang... musuh yang memang sangat zalim... tak sempat berNIAT ponn... lagi2 ahli2 yang baru ada 30 JURUSAN.. lepaskan tindakan... mesti orang yang tak zalim kat tepi atau sebelah tak terlambung sama... macam tuhh juga JIN... kita benam atau masuk botol itu kerana kita sempat berNIAT.... so, JIN yang tak bersalah atau kategori baik tentu sah2 tak tercela sama...

jadi TUJUAN kita itu adalah NIAT kita... ianya berkaitan... sebab itulah nama2 JURUSAN ialah TUJUAN CIPTA dan CAHAYA.. berkaitrapat kat situ....

minta maaf laa kalau lari dari pengetahuan masing2... ini kajian hamba sahaja... wallahualam.. yang confirmnya... baik JIN yang baik2 atau orang yang tak zalim tak akan termelambung sama....kecuali kes minta hutang tuhh yang tak zalim tuhh itu dah lain bab...

----------------------------------------------------------

Edbest

Dalam ilmu tasauf tiada perihal tentang pusat dan makam² ni. Yg biasanya adalah di bawah cabang Ilmu Tarekat.

So, setakat ni masih belum ada jawapan yg benar² tegap dan tersoalkan semula. Masih samar² lagi. Mana yg lain²? Barangkali ada di antara ahli² kat sini pernah melalui jalan² tarekat dan rahsia²nya. Mintak jasa baik memberikan satu dua kupasan. Lagi banyak, lagi elok smile
Tapi aku rasa la, jawapannya ada pada kenapa kita solat tutup pusat. Hehe, cuma rasa aku la...benda tak confirm lagi. Siapa ada tanya sebelum ni? WildCat kah? Mana pegi meow seorang ni? Absent pulak hari ni dia.

----------------------------------------------------------

Edbest

salam..
den rasa laaa... tutup pusat tu ada simboliknya... namanya pun pusat... masa dalam kandungan pun di hubungkan melalui tali pusat...
so, simbolik pada apa bang?

Ni clue aje eh, dalam alam rahim...makan minum nafas semua melalui tali pusat. Ianya satu bentuk perlindungan yg diberikan oleh sang ibu kepada anaknya.

Tapi apabila telah lahir, ianya putus. Lalu jadi apa pada pusat tu? Sehingga kita perlu menutupnya semasa bersolat. Utk apa kita menutup pusat kita. Sehingga mati pun, jasad kita masih tetap menutup pusat. Apakah rahsianya? Apakah...apakah...apakah? Hehehe, gunakan akal atau hati?

--------------------------------------------------------

Makrifat

bila mengisi atau berjurus terasa ada energy yg masuk ke pusat. ni apa yang aku rasa yek .. kesimpulannya bila mengisi pintu energy terbuka melalui pusat .. dan kita menutupnya supaya energy jahat macam jin tak dapat masuk .. macam cerita naruto jer aku cerita kat korang ni lol

-------------------------------------------------------

sangrajunatapa

erm...pada pandangan sya...rahsia kefungsian menutup pusat itu boleh la kita usahakan melalui jurusan...ada sesiapa yg ingin membuat kajian dan cuba berjurus tanpa tutup pusat?..cuba la kita berjurus tanpa tutup pusat langsung...cuba untuk seberapa kerap dalam 1 bulan ni...kemungkinan kita boleh tahu rahsianya...

pada pendapat sya...bila kita berjurus...semua rongga termasuk pusat akan terpancar cahaya...selesai setiap langkah..pancaran itu terhenti dan masa itu kita perlu tutup pusat..sebabnya seperti yg sya nyatakan pada thread yg lepas..

wallahualam...

--------------------------------------------------------

bluegigas

salam..
tu la yang den tengah dok carik... apa la rahsia tutup pusat tu... agaknya la kat bahagian pusat tu la punca segala nafsu.... tutup pusat seperti menutup nafsu kita... wallahhualam..

--------------------------------------------------------

sangrajunatapa

kita cuba rungkai..
1.mengapa kita perlu keras perut/pendat nafas kat perut masa guna LAM ketika hendak mengikat atau sebagainya?
2. apa kaitan perut dengan pusat?
3. begitu juga ketika hendak gunakan istimewa..kita lakukan prkara yg sama
4. adakah perut tersimpannya kekuatan jasad manusia ? adakah pusat itu merupakan satu2nya rongga yg paling mudah dibolos?
5. cuba kita rungkaikan bersama.....

mana saudara makhluk ngan teknip nih...

------------------------------------------------------

WildCat

mak oii.. pintu energy yo
mcm stargate lak
energy jahat yo.. ko ni bior betul

bro JengKing, jgn ler mcm tu... bro Makrifat tu ikhlas kongsikan pengalaman dia tu... ini berbalik kpd ayat yg sering hmba dgr sblm nih "BARANG SIAPA BELUM MERASAI, DIA BELUM MENGETAHUI"...

pengalaman kita berbeza-beza, tak sama... jd kita 1 komuniti ni kenalah berkongsi dan blaja dr pengalaman2 ahli2 yg pernah MERASAI.... tak gitu bro?

Peace... wink

-------------------------------------------------------

Edbest

"...Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan..."
(Az Zumar : 9)

"...Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci..." (An Najm : 32)

Ayat kat atas tu adalah antara cluenya.
Clue ke-2 adalah pada Lam.
Dan perkara ini hanyalah sebagai satu simbolik bagi mengenang tentang kejadian diri yg berhubung terus kepadaNya.

---------------------------------------------------------

JengKing

Hehehehe.. aku acah aje
Cuma aku terpikir la ek..
Kita berjurus untuk membina cahaya melalui apa bro?
Zikir nafas?
Pergerakan ?
Kita IPB supaya kita terhindar dari bahaya.
Jadi macam mana lak leh kaitkan dgn energy masuk melalui pusat. Energy apa tu lak?

Pikir2 kanwink

--------------------------------------------------------

Makrifat

he he he .. tu pasal ler bro .. yg merasa akan merasa ...  jgn pening2 kan kepala .. aku ingat sama ngan korang bila merasa energy tu ... rupanya rahsia aku ... he he .. sorry bro ..

-------------------------------------------------------

JengKing

sori bro kalu terkasar bahasa..
ko dah jumpa rahsia ko..
aku blum gi
Thanks for sharing your secret
Kalau dah dibongkra bukan lagi rahsia le....wink

-------------------------------------------------------

edy137

hamba 'up' kan topic ini.... anyway, apakah ada perbezaannya BERJURUS BERJEMAAH dan juga BERJURUS berseorangan????

saje kasi riuh rendah sikit..

-----------------------------------------------------

dEdErBuMi

bagi aku la bro,berjurus berjemaah dan berseorangan ni mmg ada bezanya. berjemaah biasanya susah nak dapatkan makrifat atau kadang2 lari pulak makrifat.kebaikannya ahli2 lain boleh menegur kalu ada kesilapan dalam jurusan.
berseorangan pulak, mmg makrifat tu senang ckit la nak dapatkan,maklum la xda gangguan sangat..betul ke bro? tapi aku lebih suka sorang2 bro...hehehe

-----------------------------------------------------

edy137

same laa kita deder... heheh... hamba pon suka berseorangan jugakk... lagipon, bila ramai, nak berjurus kena ikut rentak, dan kemungkinan besar laju... bila macam tuhh, makrifat pergi mana, TUJUAN kemana, pergerakan pon kelam kabut.... 

tapi kadangkala juga, rasa macam mampat pulak bila jurus beramai-ramai... so, ada dua pilihan sebenarnya terpulang pada hak individu...

cuma persoalannya... adakah berbeza dari segi pengcahayaan budi bila berjurus berseorangan dan berjurus beramai-ramai??

--------------------------------------------------------

Edbest

kalau berbalik pada pemahaman asas BSS tu sendiri, ianya adalah merupakan salah satu cerita penciptaan insan. maka bila cerita pasal ni, ianya cerita pasal sekalian insan...maknanya ramai dan dalam berjemaah. so, ianya lebih elok beramai-ramai. pencahayaan akan saling melengkapi antara satu individu dan individu yang lain. cahaya yg keluar masuk pun mcm laser show maaa....cantik

---------------------------------------------------------

dEdErBuMi

mcm tu ye bro edbest, maknanya pendapat bro, jurus ramai2 lagi elok la ek?

-------------------------------------------------------

Edbest

yup, itu adalah bagi saling melengkapi. tp kita biasanya lebih senang berjurus sendiri, for any reason. lagi elok dari tak bejurus terus. contoh mudah lagi adalah, dalam kehidupan kita perlu bermasyarakat, memelihara hablumminannas. We complete each other, dan setiap yg kita lakukan ada chain effect. Solat jemaah pun 27 kali ganda fadilatnya berbanding solat sendiri. Sebab ianya melibatkan soal penyatuan dan ukuwah.

aku tak katakan ianya salah, ada juga apabila seseorang telah sampai ke tahap² menghalusi...dia akan lebih cenderung berjurus sendiri. mencari kesempurnaan dalam berjurus perlukan pelbagai aspek, antaranya penumpuan 110%.

-------------------------------------------------------

farel

jadi kalau jurusan tu diubah suai sikit ikut kesedapan kita pun masih boleh lah ye? asal tak ubah keterlaluan? tapi tahap ubah keterlaluan tu mcm mana agaknya?

-------------------------------------------------------

Edbest

mana boleh ubah ikut suka bang, lain le kalau kita ada pemahaman yg mantap tentang asal usul penciptaan insan.
gerakan jurusan yg dah sedia ada ni sebenarnya menceritakan tentang perihal kejadian.

yg aku maksdudkan tak sama tu adalah perkara² cabang dan kecil. Mcm no 15 & 18. Tapi no 1-10 tu harus sama. kalau ubah, tak sampai maksud la bang.

--------------------------------------------------------

edy137

kerana 1-10 adalah asas pada pembentukan JURUSAN yang lain-lain....

kerana itu sampaikan ada persatuan yang just suruh ahli2 nya berjurus 1-10 aje dah mencukupi... kerana sampai begitu pentingnya 10 JURUSAN asas itu...

jika boleh, JURUSAN haruslah sama, kebiasaannya memang ada perbezaan kecil seperti nombor JURUSAN yang saudara edbest perkatakan itu... kerana apa perlu sama??

cuba belek-belek blog 'perihalbss' yang bertajuk 'JURUSAN dlm BSS' bersiri. insyaallah kita boleh bincangkan di sini...

assalamualaikum

---------------------------------------------------------

Jin_Junior

mcm tu ye bro edbest, maknanya pendapat bro, jurus ramai2 lagi elok la ek?
yup, itu adalah bagi saling melengkapi. tp kita biasanya lebih senang berjurus sendiri, for any reason. lagi elok dari tak bejurus terus. contoh mudah lagi adalah, dalam kehidupan kita perlu bermasyarakat, memelihara hablumminannas. We complete each other, dan setiap yg kita lakukan ada chain effect. Solat jemaah pun 27 kali ganda fadilatnya berbanding solat sendiri. Sebab ianya melibatkan soal penyatuan dan ukuwah.

aku tak katakan ianya salah, ada juga apabila seseorang telah sampai ke tahap² menghalusi...dia akan lebih cenderung berjurus sendiri. mencari kesempurnaan dalam berjurus perlukan pelbagai aspek, antaranya penumpuan 110%.
yup. kdang2 kita jauh sgt coba mengupas atau menghalusi sesuatu.hikmah nya sebenar ada didpn mata tp terlepas pandang

key word: Penyatuan dan Ukhuwah..JJ setuju dgn edbest. MMg bst la lu..heeeeee--

coma ada skit pembetulan, bukan complete each other, tp complement each othersmile

-----------------------------------------------------

ruski

bab tutup pusat tu kan tempat first tumpah darahku.....tempat luka kali pertama....clue mungkin kat jurus satu perut.....No.1 dah aim kat weak spot tu.

shortcut nak pwr....bukak apa yg patut.....time berjurus tu berjurus la bersama ahli yg power, cepat la naik pwr....rahsia berjemaah la tu.

geng organize la berjurus sekali..... aku dah kena ban pi kelana jaya....  msk gelanggang orang mcm tu la......kena test gila beb..

--------------------------------------------------------

Edbest

betul jika dia tau apa itu makrifat/makrifah. salah kalau dia masih tak tau lagi apa itu makrifat/makrifah. Semolek2nya di asah dahulu dengan membayangkan susuk tubuh badan. "Membayangkan" adalah permulaan dari latihan beroleh makrifat/makrifah.

---------------------------------------------------------

ruski

ed aku ni kalau makrifat susuk tubuh dok nampak lain jer...hahaha....so aku stick tu satu titik jer la....

----------------------------------------------------------

2 comments:

  1. salam, saya merupakan ahli bss. bagaimana jika ingin menguji power yg diperoleh? doa2nya?

    ReplyDelete
  2. amalan BSS bukan untuk diuji, satu cara untuk menguji hanya dengan permainan GERAK..... walaupun begitu, permainan GERAK hanyalah 30%-40% sahaja dari keadaan yang sebenar. Kesan JURUSAN hanya menunjukkan separuh sahaja dari keadaan yang sebenar.

    Cara kedua ialah dalam perubatan, anda boleh menguji JURUSAN anda dalam sesi PERAWATAN. Anda akan lihat kesannya sendiri nanti...

    ReplyDelete