Arkib Viewers

Monday, February 13, 2012

Questions & Answers - Mengenai Lihat Aura, Scan dan Pantang Larang

soalan ini pernah diutarakan pada thread Budi Suci Sejati dimana ianya mengenai seorang hamba Allah yang hanya meletakkan identitinya 'dari kedah' :



Question: adakah awak jenis yg boleh tengok org?? maksud saya tengok aura sekeliling org tu?
dapat tahu tahap kebatinan atau apa2 pada seseorang??
ada pantang larang tak nk belajar?? adakah ia susah??
saya berada di kedah


Answer: untuk soalan sebegini jawapannya ialah boleh.. atau BOLEH dengan TETAPI... kenapa hamba kata BOLEH itu adalah kerana Budi Suci Sejati adalah satu keilmuwan atau amalan yang cukup tinggi kedudukannya dan tarafnya.. Ianya boleh melangkaui jauh dari apa yang kita fikirkan.. TETAPI nya pula ialah kerana ahli itu tadi perlulah betul-betul memahami apa itu BSS sedalam-dalamnya..seperti posting hamba yang lepas.. kalau dapat saudara bolehlah cuba bacanya dengan perlahan-lahan.. bukan kata sudah jadi ahli terus boleh melakukan 'perubatan', atau bukan hanya jadi ahli sudah boleh 'itu dan ini'..

Seperti posting hamba yang lepas.. setiap ahli mempunyai tujuan yang tersendiri untuk mempelajari BSS ini.. jadi  bagi ahli yang ingin mendalami BSS perlulah benar-benar faham apa itu BSS, mengkaji nya dari setiap sudut, cuba mencari dimana sebenar-benarnya yang dikatakan rahsia itu tadi dan pelbagai lagi yang perlu dilakukan...  Jadi baru perkataan BOLEH itu tadi benar-benar dikatakan BOLEH..

pasal perihal pantang larang itu telah hamba rungkaikan pada posting hamba yang lepas.. cuba saudara cari dulu dan baca.. insyaallah akan lebih berminat nanti..

Pasal soalan adakah ianya susah itu.. sebenarnya juga jawapannya terletak pada diri masing-masing.. SUSAH atau SENANG nya sesuatu ilmu itu bergantung pada diri kita sendiri.. baik dalam bidang akademik, Sains, Teknologi, Sukan.. Bak perumpamaan, sesetengah orang kata matematik itu susah, tapi segelintir lagi berkata matematik itu senang.. jadi begitu juga dengan BSS... semuanya datang dengan minat yang mendalam.. dan dengan usaha yang bersungguh-sungguh,insyaallah.. akan Allah S.W.t permudahkan jalan saudara..




No comments:

Post a Comment