Arkib Viewers

Monday, February 27, 2012

Ilmu Kebatinan itu Sesat???

Source : From E-mail


AsSalaam,
Satu pendapat yg adil utk kita renungkan bersama.
Ianya berkenaan mereka² yg melabelkan pembelajaran ilmu kebatinan sebagai sesat.


Tak de hal nak belajor ilmu kebatinan ni..

Hukum ni kekadang dibubuh pasal namanya kemelayuan..kalau dah disaintifikkan jadi harus le pulak.

Cam mandi bunga..ada yg letak hukum haram serta leh rosakkan aqidah..tapi bila disebut2 sebagai aromatheraphy, ada pulak yg dulu bagi hukum tersebut leh tukor jadi harus ler pulak.

Syirik ni pada perbuatan, perkataan, dan ingatan/sandaran..bukan pada benda, ilmu, atau apa2.

Cam citer guna azimat utk kalis peluru, hukumnya syirik. Tapi bila guna baju kebal kalis peluru tidak pula syirik..

Bila orang2 melayu belajor ilmu persilatan..selalu dikaitkan ngan syirik. Jadi melayu2 ni riuh ler belajor seni2 pertahanan diri dari kaum dan budaya lain.
Semua jenis martial art..menuju kearah kekuatan mental dan rohani..kerana kekuatan fizikal ada batasnya. Yakni semua akan menjurus dalam bidang kebatinan..sebut je ler apa,, karate, shaolin kung fu, ninja, aikido, boxing siam dll.
tahap martial art tertinggi..apabila badannya mampu ikut kekuatan mental dan rohani yg mana kekuatan, kejituan, dan kepantasan adalah satu tahap diluar kebolehan manusia biasa.

Semua latihan menjurus, bersilat, main bunga silat dsb..semua latihan nak menyelaraskan akal, hati dan tubuh badan..tu je. dalam rentak tari persilatan..ada latihan penumpuan.
Cam latihan memanah. menunggang kuda, bermain pedang dizaman nabi saw dan para sahabat ra.
Utk benar2 mahir memanah..akal, kekuatan diri, kekuatan minda, dan sekelian aset pada tubuh badan zahir dan batin, rohani dan jasmani hendaklah jadi satu..barulah mantap. sambil menunggang kuda masih mampu memanah ngan tepat!! Gitu juga bermain pedang, jika betul2 ikut hukum akal, mata tak mampu melihat libasan2 pedang lebih2 pada mereka yg mahir..mata batin diperlukan, mata batin tidak melihat ngan mata biasa..dan mata batin pula batasnya pada diri.

Menjaga senjata..semua senjata perlu dijaga. Senapang, pistol dsb. Senapang dan pistol contohnya penjagaannya tak pula jatuh hukum syirik, tapi penjagaan keris dijatuhkan hukum syirik.

Manusia ni luar biasa..ciptaanNya yg terbaik..malah mengatasi apa2 yg ada Jibrail as, para malaikat, jin dan syaitan dan sekelian makhluk. Bayangkanlah malaikat2 tersebut adalah khadam yg ditugaskan utk uruskan rezki2 manusia dll keperluan manusia ..semada manusia tu kapir atau beriman. Bayangkan betapa istimewanya manusia. Malah syurga2 yg gitu luas dan hebat hanyalah kampung halaman je, betapa yg pemiliknya yg syurga itu dicipta untuknya?

Terlalu banyak hal manusia yg kita tak tahu!! Tak tahu dan tak faham, mengaku je ler..usahlah kerana tak tahu dan faham kita jatuhkan hukum syirik. Masa zaman aku sekolah dulu, ramai gak ulamak jatuhkan hukum belajor sains adalah syirik!!

Bagi aku yg syirik ialah..bila ada saja yg pelik dilakukan oleh manusia kita kaitkan ngan kekuatan makhluk lain...dan yakin pulak bahwa keistimewaan dan kepelikan tu wujud dari benda atau makhluk tertentu ngan sendirinya tanpa apa2 kaitan ngan kuasa Allah swt, ...kemudian menyembah benda atau makhluk tersebut dan menafikan Allah swt..atau ada sesuatu yg berkuasa ngan sendirinya sama spt Allah swt...Allah swt tiba2 je ghaib!!

Mungkin, ilmu kebatinan ni kena tukar kepada perkataan sains..spt metafizik, potential energy, telephaty, elctromagnetic energy, magnetic resonance, wave and frequency energy.

Ulamak2 dulu..spt Imam Shafie, Ghazali, Razi, Abd Kadir Jilani..mereka bukannya sahaja fasih dalam hukum hakam dan soal2 agama..AQ comfirm hafal. Tapi mereka juga mahir dalam ilmu kimia. fizik, Math, dll. Ulamak2 hari ni..kabor suruh kita cintai ilmu, tapi mereka terhenti dimana mereka mahir saja (umumnya ler). Kita ingin juga seorang alim tahap mufti ada sarjana Phd dalam ilmu2 math, dan sains..

Banyak kebolehan2 yg ada dalam diri kita..pasal kita tak berapa kisah hal diri kita sendiri, maka banyak kebolehan2 ni yg pernah menonjol jadi tenggelam..dan tak der usaha nak mengenal dan mengasahnya.

Nabi dan Rasul adalah manusia..para sahabat adalah manusia..para auliya pun adalah manusia.
Kemuliaan mereka pada pangkat dan kedudukan..tu adalah kurniaan. Macam jawatan nabi. minta maap ler ianya telah dibekukan.

Tapi potential diri..umumnya ada pada semua manusia!! Ianya terpendam ..
Mahfum ayat AQ surah atTin ..ianya terpendam dan kena timbulkan melalui iman dan amal soleh..
Tahap tertinggi yg leh dicapai ialah tahap Nabi saw..mampu nak redah atau tidak je dari segi mental, jiwa, dan fizikal.
Ada antara sahabat nabi saw..yg mana nabi saw kabor jika ada nabi selepasnya maka sipolan tu ler sebagai nabi..

Jgn mudah jatuhkan syirik pada sesuatu yg kita bukan ahlinya. Jangan tengok dipermukaan kemudian buat keputusan utk orang tersebut. Syirik khafi pula adalah syirik yg tersembunyi dalam hati. Takkan kita nak beritahu orang bahwa kita ni leh baca apa yg trkandung dalam hati seseorang sedangkan tuan punya badan pun tiada pengetahuan tentangnya..hebat tu.
Kalau mampu melihat apa isi kandung hati sanubari seseorang..syukurlah!!

Syirik khafi ni tak yah tunggu belajor ilmu kebatinan..pasal makan nasi je dah cukup!! malah tahap alim ulamak pun ramai kantoi lagi.
_________
Unsur pemujaaan..ni kata kita. Yg kita nampak..

Aku leh kabor orang yg sedang basuh ketanya ada unsur pemujaan..pasal dia guna bahan-bahan tertentu dan ada susunannya. Kalau basuh keta tak baca ayat2 AQ atau brzikir, rugi ler...

Kita ni orang Islam..nabi saw ajor kita pakai baju sekali pun ada tertib2nya..ada bacaan/doanya, ada bilangan2nya, ada had/batas dan potongannya, ada warna2nya dsb. Ishh unsur2 pemujaan ini..
______
Kita selalu kabornya kata "ana ni jahil, ana ni belajor lagi"..tapi kelakuan kita tidak ler pulak...dah jahil, dan masih belajor tapi leh dah putuskan sesuatu secara pukalnya ianya adalah syirik!!


Thanks to Tahrul Adha Taib

6 comments:

  1. Setuju dgn pendapat jgn cepat2 mensyirikkan org. Syirik adlh menyekutukan atau menduakan Allah SWT. jk mnusia tinggalkan solat dgn alasan sibuk cari Wang inipun adlh BERBAHAYA pd aqidah. Jk ada yg menyatakan Wang perlu dicari sendiri Allah SWT tidak ada kuasa memberi Wang inilah contoh syirik iaitu menyekutukan Allah swt

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn pendapat jgn cepat2 mensyirikkan org. Syirik adlh menyekutukan atau menduakan Allah SWT. jk mnusia tinggalkan solat dgn alasan sibuk cari Wang inipun adlh BERBAHAYA pd aqidah. Jk ada yg menyatakan Wang perlu dicari sendiri Allah SWT tidak ada kuasa memberi Wang inilah contoh syirik iaitu menyekutukan Allah swt

    ReplyDelete
  3. Korang ni semua bodoh kenapa ilmu batin sesat sebab ada unsur pemujaan jin.baju kalis peluru cuma sebuah baju yg digunakan untuk melindungi badan.dan si pemakai baju kalis peluru tidak membaca sebarang ayat pun untuk melindungi diri mereka.berbeza dgn orang pemakai ilmu kebal.mereka nengamalkan ayat tertentu dan syarat tertentu yg wajib dipatuhi .kebanyakanya syarart ilmu batin ni bertentangan dgn islam dan tidak pernah digunakan para sahabat nabi ketika perang .tapi sahabat nabi menggunakan perisai ketika perang ,kalau ilmu batin dibenarkan dlm islam ,buat apa sahabat nabi menggunakan perisai ketika perang baik pakai ilmu kebal je.maksudnya disini kalau kita pakai baju kalis peluru tak salAh .janji kita percaya yg melindungi kita hanya allah bukan baju kalis peluru.Allah juga menyuruh kita melindungi diri dgn keluarga janji dgn cara yg dibenarkan syarak dan tidak menyimpang akidah.orang yg mengamalkan ilmu kebal kebanyaknya mendapat perlindungan jin kafir yg ingin menyesatkan mereka.bagaimana mereka kebal dgn hanya mengamalkan ayat dan syarat tertentu dan bagaimana mereka tahu ALlah menjadikan mereka kebal. Nabi muhamad saw sendiri pun tidak tahu sama ada beliau menang atau tidak.bagaimana pengamal ilmu kebal yg darjat mereka hanya manusia biasa dan tidak setaraf nabi muhamad saw boleh tahu mereka kebal dgn hanya membaca ayat tertentu.renungkanlah

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kite terlebih dahulu telah jatuh syirik sebelum mensyirikkan orang lain..

    ReplyDelete