Arkib Viewers

Wednesday, June 27, 2012

Questions & Answers ~ mengenai 'tarik' sifat bomoh dan kesannya terhadap bomoh

Seperti yang dijanjikan , hamba cuba menjawab persoalan yang diajukan oleh seorang forumer yang berbunyi begini:

Adakah ada kesannya pada si bomoh tadi apabila ahli BSS cuba TARIK 'SIFAT' bomoh tadi??

yang keduanya seperti ini:

Adakah si bomoh tadi tahu 'SIFAT' nya 'dilakonkan'??



Pertama sekali, apa yang pastinya ialah kedua-dua persoalan itu mempunyai huraiannya yang tersendiri tetapi berkisar dalam satu isu yang sama, berkenaan perawat 'ilmu hitam' atau biasa digelar 'bomoh' oleh orang kita.

Bagi persoalan yang pertama itu, adakah ada kesannya pada bomoh itu, apa yang dapat hamba fahami ialah adakah bomoh itu akan ditimpa 'sakit' atau bomoh itu akan terasa 'terkena' atau seumpama dengannya. Jadi di sini, hamba kategorikan jawapannya sebagai TIADA KESAN. Kerana apa TIADA KESAN?? kerananya, kita hanya mencabut SIFAT nya sahaja.. Bomoh itu tidak mengalami apa-apa simptom malah kemungkinan besar, bomoh itu mungkin sedar atau tidak sedar pun yang 'semangat' nya di tarik dan dimainkan oleh pemain GERAK.... apatah pula, GERAK hanya meniru perilaku bomoh tersebut mengikut apa yang dimohon oleh pemain GERAK tersebut. 

Selain itu, bomoh itu tidak akan jatuh sakit, mengelupur, kerasukan atau seumpama dengannya. malah bomoh itu tidak pun terkena sebarang bentuk jurusan dan apa-apa jenis 'tembakan' dari ahli yang hanya memainkan sifat dirinya hanya dengan menggunakan GERAK. 
Bagi persoalan ke dua pula, hamba dah pun menjawab dalam perenggan di atas secara UMUM. Apa yang dimaksudkan bomoh berkemungkinan SEDAR dan berkemungkinan TIDAK SEDAR itu merujuk kepada permohonan GERAK ahli itu sendiri. Jika seseorang ahli itu memohon hanya 'melakonkan' watak si tukang bomoh itu, maka, ianya tidak pun mendatang kan apa-apa kesan terhadap bomoh tersebut. Tetapi jika permohonan si ahli itu tadi inginkan 'sifat' bomoh itu 'dilakonkan' apa yang sedang dilakukan bomoh itu sekarang, dan scanning dilakukan, berkemungkinan si tukang bomoh itu dapat tahu ada seseorang yang sedang 'scan' dirinya. Itupun mengikut peringkat tahap bomoh itu sendiri. Biasanya JIN khadamnya akan membisikkan padanya yang kebanyakan pengamal ilmu kebatinan, dukun, pawang menganggap ianya adalah laduni atau 'pengetahuan' yang diletakkan pada hati. 

Kebiasaannya bomoh akan menghantar khadam JIN nya sebagai pengintip untuk mengintip apa yang berlaku, dan JIN khadam jenis ini tidak menyerang atau menganggu manusia atau ahli yang melakonkan watak bomoh itu tadi atas kerana biasanya JIN khadam jenis ini hanya ditugaskan sebagai PENGINTIP. Wallahualam

Jadi itulah jawapan bagi persoalan Saudara itu.. Terima Kasih..

No comments:

Post a Comment