Arkib Viewers

Monday, July 16, 2012

Perihal BSS : RIAK & TAKABBUR Dalam BSS

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


perkataan RIAK mengikut maksudnya dan pengistilahan bahasa ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan, meninggi diri dan merasa dirinya sahaja yang lebih dari orang lain dalam apa-apa perkara. Maka jelaslah disini sifat riak itu tadi ialah salah satu sifat Mazmumah yang memang tidak disukai dan ianya bukanlah menjadi ajaran dalam agama ISLAM itu sendiri. sepertimana yang penulis paparkan di bawah ini melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai termasuk kitab hadis dan Al-Quran::

-- Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialah takbur atau sombong(RIAK)

-- Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak mempunyai erti.

-- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

-- riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.

-- Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

-- Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

-- Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)



___________________________________________________________________________________________


Maka jelaslah disini bahawa, apa yang dimaksudkan dgn RIAK/TAKBUR itu, sgt dimurkai Allah S.W.t, malah dapat menghancurkan amalan. Maksud menghancurkan amalan mengikut prinsip dlm BSS ialah, tak menjadi lah amalan itu semasa kita hendak menggunakannya... pada bila masa amalan BSS digunakan???

Sebelum ini kita sering mendengar bahawa amalan Budi Suci Sejati yang sedang kita menanggung ini tiada pantang larangannya. Isu pantang larang di dalam keilmuwan Budi Suci Sejati itu sendiri sangat luas pengertiannya, dan kita akan huraikan mengenainya kelak. Yang sebenarnya amalan Budi Suci Sejati ini bukanlah tiada pantangnya tetapi ayat yang lebih tepat lagi ialah 'menghindarkan' iaitu 'menghindarkan' suatu perkara yang khusus dalam beramal kerana Allah S.W.t.

Dalam kerahsiaan amalan ini, ianya digelar suatu amalan menghindarkan diri dari SEGALA kezaliman.. maksud segala KEZALIMAN disini ialah seperti yang zahir iaitu pergaduhan, ragut, perlanggaran dan lain-lain. yang dimaksudkan kezaliman yang batin pula ialah seprti santau, tuju-tuju, kerasukan, 'terlangkah', penipuan, fitnah dan lain-lain. Apabila dikatakan ianya suatu amalan untuk menghindarkan SEGALA KEZALIMAN, maka sudah tentu amalan ini sendiri memupuk nilai-nilai murni dalam norma-norma kehidupan. Sebagai seorang ahli yang mengamalkan BSS dan sudah tentu beragama islam, sudah tentu kita disarankan supaya berbuat baik kepada orang lain dan tidak menzalimi sesama makhluk dan sesama manusia begitu juga dengan diri sendiri.  Orang yang sentiasa beramal dengan ikhas kerana Allah S.W.t sudah tentu menjauhi perkara-perkara yang membatalkan 'keikhlasannya' beramal kerana Allah S.W.t. Ikhlas lawannya Riak. Jadi bagi mereka yang riak di dalam beramal sudah tentu tidak termasuk di dalam ikhlas kerana Allah S.W.t. Untuk nak menjadi seorang yang benar-benar ikhlas juga yang Ikhlas di sisinya juga memerlukan kesabaran dan penghayatan yang tinggi dalam sesuatu amalan itu.

mengikut dalil dari sumber hadis dan Al-Quran, Sifat riak dan Takabbur itu membatalkan amalan, tidak kira amalan apa sekalipun. Malah, ianya boleh menghancurkan sesebuah amalan. Termasuk juga dengan amalan Budi suci Sejati. Mengikut konsep ASAS amalan Budi Suci Sejati, kita beramal dan berJURUS dengan amalan Budi Suci sejati adalah 'mencipta cahaya'. Cahaya yang tercipta itu dapat menghindarkan diri dari SEGALA KEZALIMAN. Maka, bila sifat Riak telah menguasai diri, NUR di dalam diri itu tadi akan terbatal dengan sendirinya. Sia-sia sahajalah amalan yang kita lakukan, malah segala amalan kita yang Harus, Sunat ataupun Wajib akan terbatal sama mengikut keadaan dan kesesuaian Riak dan Takabbur pada waktu itu. Kerana itu Amalan Budi suci Sejati itu sendiri menekankan konsep merendah diri dan kesederhanaan senantiasa maka, datangnya sifat merendah diri dan takut kerana Allah dan akan timbulnya sifat Ikhlas yang akan meliputi diri si pengamal itu tadi.


Tetapi tidaklah hilang sesebuah amalan itu, termasuk amalan Budi suci Sejati, Jika kita menyedari bahawa pada waktu itu sifat takabbur menguasai diri, maka, cepat-cepat kita bermuhasabah diri, dan turunkan sifat Riak di dalam diri kita, Insyaallah amalan yang kita kerjakan dan NUR yang terpancar hasil dari JURUSAN yang kita lakukan akan kembali kepada keadaan asal dan normal seperti sediakala.

Contoh yang paling baik, jika berlaku apabila kita ketemu dengan musuh yang sedang mengancam kita, maka, dengan penuh YAKIN dan merendah diri, kita YAKIN bahawa Ilmu yang kita pelajari itu Insyaallah akan menjadi. tidak perlu kita Riak dan Takabbur untuk membuktikan bahawa diri kita mempunyai ilmu yang mampu menumbangkan musuh dengan hanya satu jurusan dan satu pukulan. Bila itu berlaku, sudah tentu Riak menguasai diri dan kemungkinan besar apa yang kita nak perbuatkan akan tidak berhasil sama ada menumbangkan musuh dari jarak jauh atau menghindarkan musuh dari menyentuh kita. Perlu diingat, segalanya adalah di bawah ketentuan Allah S.W.t, Dia yang mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku dan dia yang mengizinkan sesuatu ilmu itu menjadi, jika kita ikhlas dan sentiasa dalam berkeadaan merendah diri, maka, Insyaallah segala ilmu yang dipelajari akan diberkati dan menjadilah ia pada masa itu, kemungkinan penyerang atau musuh yang penuh zalim itu akan mendapat bahagiannya yang tertentu tanpa dapat mencederakan kita dan juga mengapa=ngapakan kita. 

Ikhlaslah anda semua dalam beramal, kerana sifat riak dan Takbur itu sendiri adalah membatalkan amalan anda. nasihat ini untuk diri hamba dan juga bagi anda semua sebagai seorang pengamal Budi suci Sejati, insyaallah...

terima Kasih
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment