Arkib Viewers

Thursday, September 13, 2012

Questions & Answers ~ Mengenai perbezaan gangguan JIN dan penampakan

Hamba Allah ini telah memberikan 6 soalan utk hamba cuba jawabkan... tetapi malangnya hanya 2 sahaja yang dapat hamba huraikan di tempat umum oleh kerana 4 lagi soalan itu terlalulah 'peribadi' dan akan hamba jawab di P.M nya nanti. 2 soalan terakhir darinya itu merupakan soalan nombor 5 dan nombor 6.. begini bunyinya:-

soalan 5 : yg ni nak mintak pendapat laa apa perbezaan di sihir, gangguan jin,saka & santau..maksudnya tanda2 awal pesakit terhadap benda2 ni..

soalan 6 : 6. boleh ke org yg mcm akak ni boleh 'nampak' sesuatu?nampak 'bendaalah' tu..sebab sebelum ni, akak cuma boleh nampak kelibat & mcmobjek legap..tapi semlm akak nampak ala cik pon kat depan rumah jiranakak..dia mengadap rumah akak..adakah cuma satu perasaan akak jer??atauakak fikir yg bukan2??


---------------------------------------------------------------------------------------------
bagi persoalan nombor 5 itu sebenarnya memerlukan penghuraian yang begitu panjang lebar atas kerana ianya sememangnya berbeza diantara satu sama lain. Cumanya... dalam ayat tersebut, hanya 3 sahaja yang dapat hamba ambil.. iaitu GANGGUAN JIN, SAKA, dan SANTAU.... yang SIHIR itu sebenarnya lebih kurang maksudnya dengan SANTAU, tetapi SANTAU itu sendiri duduknya di dalam kumpulan jenis SIHIR dan SIHIR terbahagi kepada beberapa bahagian seperti sihir pengasih, pelalau, sekampung, dan bermacam-macam lagi. Jadinya, hamba cuba untuk melakukan penghuraian seringkas dan sepadat mungkin untuk persoalan tersebut... insyaallah~

GANGGUAN JIN : Kebiasaannya 'Tersampuk', 'terlangkah', 'terpijak', 'terkena', 'kacau tempat', 'terambil', 'sergah', dan seumpama dengannya.... itulah yang dinamakan GANGGUAN JIN. selalunya mereka akan 'terkena' apabila semangat mereka agak lemah dan sentiasa dihurungi perasaan 'sentiasa' takut akan hantu dan seumpama dengannya. Tetapi tidak mustahil juga mereka yang kuat semangat boleh diganggu oleh JIN yang cuba mencucukkan jarum tipu muslihatnya kepada makhluk manusia. Diantara gejala-gejala awalnya ialah kebiasaannya mereka-mereka ini tidak akan tersampuk atau terkena diwaktu itu juga, bukan tak boleh, tetapi kebiasaannya sahaja... selalunya mereka akan mengalami 'dillusion' apabila pulang ke rumah, tiada selera makan, menangis tak semena-mena, termenung berpanjangan, hati gusar tanpa sebab dan juga mungkin percakapan yang menampakan ketidaknormalan diri. gejala lanjutannya biasanya meracau hingga membawa kepada 'histeria' dan terjerit-jerit di waktu-waktu tertentu. Selalunya GANGGUAN JIN ini mudah dibuang dan dipulihkan. dikategorikan sebagai RINGAN. Ada juga yang boleh terus kena pada waktu itu juga seperti disesatkan semasa di dalam hutan, histeria, atau kemurungan secara tiba-tiba. Bagi persoalan ke-6 kita cuba huraikan sedikit sebanyak di perenggan-perenggan seterusnya.

SAKA : SAKA ialah suatu perkara yang amat berbeza dengan GANGGUAN JIN. SAKA boleh diperturunkan atau diwarisi dari keturunan atau sahabat handai. SAKA memerlukan pembinaan 'PERUMAH' dimana ada sesetengah PERAWAT yang memanggilnya 'TAPAK' atau 'HIGHWAY'. SAKA boleh diterima oleh seseorang dari seseorang sama ada disedari atau tidak disedari oleh si penerima itu. Ada jenis-jenis SAKA yang si penerima itu akan berasa sedikit sakit, atau sakit, dan ada juga diataranya seseorang itu mendapat kekuatan luar biasa atau kemahiran yang luar biasa seperti tiba-tiba pandai mengurut, mengubat orang, pandai menelek dan sebagainya. Saka sebenarnya bermula apabila seseorang yang menuntut sesetengah ilmu yang berkhadam atau jenis ilmu hitam. Pada zaman-zaman dahulu, orang-orang Melayu terlalu mempercayai ilmu ini dapat digunakan sebagai memanfaatkan diri, kaum keluarga, malah tidak keterluan untuk seisi kampung walhal yang sebenarnya ilmu itu amatlah salah di sisi agama islam dan akhirnya memakan diri juga meninggalkan kesan dan akibat yang kemudiannya digelar SAKA apabila ianya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Gejala-gejala lanjutannya ialah seperti menniggal dunia amatlah susah, rupa fizikal yang agak hodoh, kesakitan yang amat sangat pada organ-organ dalaman tertentu seperti jantung, peparu dan ulu hati, tingkah laku yang agak aneh dan sebagainya. Kes seperti SAKA ini dikategorikan BERAT dan memerlukan kekuatan kedua-dua pihak yang berterusan iaitu dari perawat dan pesakit. Malah bagi mereka-mereka yang mempunyai SAKA, penglihatannya mudah 'penampakan' tidak kira dalam bentuk objek legap, asap, atau selalu didatangi makhluk yang berupa haiwan atau nenek tua, keturunan, jin yang menyerupai wali dan sebagainya.

SANTAU : SANTAU dalam bahasa lainnya digelar SIHIR atau bagi orang-orang melayu digelar 'buatan orang' juga 'terkena buat orang'. Santau boleh didefinasikan sebagai dengki atau khianat dengan cara HALUS dan SENI kerana ianya atas dasar DENDAM atau ketidakpuashatian apatah lagi SANTAU ini masih lagi tiadanya kod undang-undang khusus yang dapat mengheret mereka-mereka ini ke pihak berkuasa atau di bicarakan mengikut perundangan yang sedia ada kerana itulah SANTAU menjadi pilihan yang paling mudah untuk melakukan pembalasan DENDAM dan sebagainya. Walaubagaimanapun, seperti 'statement' di perenggan yang awal, SIHIR itu sendiri mempunyai banyak cabang seperti sihir pengasih, pelalau, sekampung, dan lain-lain. SANTAU kebiasaannya dimulai dengan mimpi yang tertentu sebagai permulaan gejala SANTAU diantaranya lemas di lautan, bermimpi paku atau jarum, asap yang aneh, atau jatuh tercucuk dari tempat yang tinggi. Selain itu SANTAU kebiasaannya akan dimulai gejala-gejala yang agak extreme spt tiba-tiba kaki menjadi biru, perut keluar urat-urat yang tebal berwarna hijau atau biru, kesan warna hitam di tengkuk, jari kaki dan jari tangan kebas tak semena-mena atau teras jarum yang mencucuk ingin masuk, lumpuh secara tiba-tiba, tersekatnya bahagian 'faraj' bagi wanita. Kebiasaannya si pesakit akan menerima gejala 'dillusion' , 'illusion', dan gangguan-gangguan dari semasa ke semasa apatah lagi dengan fikiran yang terganggu, tekanan perasaan juga histeria sekali-sekala. Gejala-gejala lanjutannya ialah spt perut membusung, kaki membengkak, lumpuh satu badan tidak dapat bergerak, sakit bila berdiri atau duduk tetapi sihat apabila baring saja, kegatalan dari kawasan-kawasan tertentu hingga menyebabkan merebak ke seluruh tubuh dan juga kemungkinan kulit mengelupas menyerupai kulit ular atau seumpama dengannya dan ada jenis SANTAU yang boleh menyebabkan kemurungan yang teruk, histeria, gangguan semasa memandu sehingga kemalangan, takut bersosial dan sehingga boleh membawa maut. Kes ini dekategorikan SEPARA (dantara RINGAN dan BERAT) mengikut jenis SANTAU.


Itulah sedikit sebanyak tentang huraian yang dapat hamba kongsikan di sini. Terima Kasih

Assalamualaikum..

1 comment:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Kelantan.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.

    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete