Arkib Viewers

Wednesday, November 3, 2010

PERAWATAN (1) : Huraian ringkas

yang ini hamba sambung dari bawah tajuk PERAWATAN (1)...... mungkin ada yang bertanya kenapa tak ikut susunan.... ada sebab2 nya hamba buat mcm itu... belum habis satu tajuk dah sambung tajuk yang lain.... ada sebab yang tak dapat hamba nak beritahu....

ok, hamba paste kan semula dari posting di page sebelah....


JENIS-JENIS PERAWATAN

1. Perawatan yang menggunakan khidmat 'dampingan'
2. Perawatan yang hanya guna Ayat Al-Quran
3. Perawatan yang dibuat dari jarak jauh
4. Perawatan yang menggunakan MEDIUM dan BARANG
5. Perawatan yang menggunakan NAFAS
6. Perawatan yang menggunakan AZAN




pelbagai cara dan kaedah sebenarnya yang digunapakai oleh seseorang individu atau perkumpulan perawat sama ada bergelar ustaz, pawang, bomoh, dukun atau hanya bergelar 'perawat'...

kebiasaannya ramai yang hanya tahu perawatan jenis bacaan Al-Quran dan menganggap perawatan yang tidak menggunakan ayat Al-Quran adalah salah disisi hukum syarak.... ianya salah sama sekali.... baik apa pon jenis perawatan selagi ianya tidak menentang hukum syarak dan akidah maka ianya dibolehkan....


2. Perawatan yang hanya guna Ayat Al-Quran

yang ini sangatlah biasa sangat digunakan oleh para2 perawat sampaikan dukun dan pawang juga menggunakan kaedah ini.... penggunaan kaedah ini juga terbahagi kepada dua.... kaedah penyambungan ayat Al-Quran atau kaedah tunggang terbalik ayat Al-quran.... kedua2 kaedah nampak sahaja sama dari segi pengaplikasian tetapi berbeza dari segi KESAN..... biasanya kaedah ini sangat lambat dalam menyelesaikan isu2 yang berkaitan dengan perkara2 serius seperti SAKA dan juga SANTAU yang melebihi 2 tahun.... dan ada juga kaedah2 ayat Al-Quran yang cukup ampuh bila berhadapan dengan musuh (iaitu JIN)... lihat pada kesesuaian ayat yang digunakan... coontohnya nak buang SAKA guna kaedah ayat nak halang SIHIR.... so, ianya tak kena... dan jadi lambat malah kadangkala tak berkesan sikit pon... pesakit yang menanggung derita tak habis2....

4. Perawatan yang menggunakan MEDIUM dan BARANG

perawatan yang menggunakan medium atau barang juga amat popular sejak kebelakangan ini malah dari rawatan2 darul sekalipun seperti penggunaan limau, rotan, air bacaan, buluh dan lain2.... ianya tidak salah jika digunakan dengan kaedah yang tidak berkaitan dengan kepenggunaan KHADAM atau DAMPINGAN. kaedah seperti ini juga telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila seorang sahabat meminta kain yang biasa dipakai oleh para sahabat (kalau tak silap Omar bin Al Khattab... kalau salah tolong betulkan... nanti hamba rujuk kitab sirah semula), kain itu digunakan untuk menghalau mahkluk JIN dari meresapi tubuh badan seorang wanita yang kerasukan atau histeria pada zaman itu...


5. Perawatan yang menggunakan NAFAS

perawatan cara ini adalah kaedah terbaru dan ini adalah salah satu kaedah perawatan cara hamba.... ianya menggunakan unsur NUR di dalam diri untuk mengawal pergerakan JIN dan mengeluarkan JIN dari dalam tubuh.... perawatan jenis ini adalah sangat cepat atau sangat lambat bergantung juga pada kemampuan perawat tersebut, amalannya, ibadahnya dan juga KEIZINANNYA...


6. Perawatan yang menggunakan AZAN

yang ini biasa juga digunakan oleh para perawat yang tahu mengenai kaedah ini... (serius hamba mmg tak tahu tapi pernah lihat)... biasanya kaedah jenis ini juga sangat cepat.... bacaan AZAN atau LAUNGAN AZAN itu boleh digunakan untuk membanteras musuh2 yang terdiri dari golongan JIN... bukan AZAN yang biasa.... tetapi ada kaedahnya.... kaedah yang perlu dipelajari....


3. Perawatan yang dibuat dari jarak jauh

perkara ini sering didebatkan baik di forum mana sekalipun... ramai yang masih tidak percaya kemampuan perawat yang dapat merawat dari jarak jauh... dan ramai juga yang mengaitkannya dengan bantuan JIN atau 'dampingan' walhal ianya adalah suatu kaedah terbaru para perawat.... perawatan jenis ini kadangkala mempunyai kelemahan yang tersendiri (sebab tu hamba tak suka nak guna) kerana banyak kesiapan boleh berlaku dalam perawatan jenis ini... tetapi kaedah ini biasa dilakukan bila perawat bertarung dengan si bomoh atau dukun yang memhudaratkan.... banyak persatuan2 darul juga menggunakan kaedah ini....


1. Perawatan yang menggunakan khidmat 'dampingan'

perawatan jenis ini hanya digunakan oleh para perawat yang biasanya mempunyai SAKA, 'dampingan', khadam dan seumpama dengannya.... ianya ialah salah satu kaedah perawatan yang salah di sisi hukum Syarak.... kerana kita telah diingatkan supaya tidak berdampingan, berkawan, membela atau menjadi tuan pada JIN atau SYAITAN..... perawatan jenis ini sepatutnya dielakkan.... dan tidak terjebak dgn kaedah perawatan seperti ini..... jika dulu, para perawat yang gunakan kaedah ini nampak salahnya dengan penggunaan keris, buluh runcing, asap kemenyan dan lain2 bahan yang nampak kotor dan memusykilkan.... tetapi kini kaedah ini telah diperbaharui... tidak perlu asap kemenyan, tidak perlu bertih jagung, tidak perlu darah ayam, atau buluh runcing pon masih boleh menggunakan kaedah perawatan kotor seperti ini..... kerana itu semakin maju peradaban manusia, semakin kuat dugaan dan kekuatan teknologi JIN.... 

No comments:

Post a Comment