Arkib Viewers

Monday, October 18, 2010

Gejala & Punca : SANTAU ~ Gejala dan bahan-bahan

GEJALA-GEJALA SANTAU

SANTAU adalah salah satu cara membalas dendam atau mendengki pihak yang ingin ditujukan SANTAU.... amalan SANTAU juga dikenali sebagai SANTET di negara jiran kita INDONESIA dan masih diamalkan berleluasa oleh negara2 ASIA termasuk Thailand, Vietnam, Malaysia, Indonesia dan juga negara2 di BENUA AFRIKA atau BENUA AMERIKA seperti di Brazil, Argentina, Africa selatan, Ghana, dan lain2 negara...

Kepelbagaian jenis SANTAU adalah mengikut sesuatu bangsa... lain bangsa lain jenis pengaplikasian SANTAU nya.... 

BAHAN-BAHAN SANTAU

Terlalu banyak bahan kotor yang digunakan dalam proses membuat SANTAU.... diantara patung kain, patung jerami, atau yang biasa digunakan di ASIA seperti jarum, paku, air arak, darah ayam, miang buluh, kaca, besi kuning, sepihan papan liang lahad, tanah kubur, kain kafan, dan lain2 jenis bahan yang sangat tidak elok dan kotor.....

Bahan-bahan ini diadun mengikut ramuan si bomoh beserta bacaan dan mantera dan dengan bantuan JIN ianya dilepaskan mengikut haluan yang dicari oleh JIN BELAAN.... 

JIN tak boleh SILAP????

itu satu kesilapan yang BESAR... kerana JIN juga banyak melakukan kesilapan... tersalah hantar, tersasar, kena bunuh tgh jalan, kena zass sebelum sampai tpt yang ditujui, takutkan pendinding individu yang ada pendinding lalu dibuangnya santau itu.... dan banyak lagii.....

No comments:

Post a Comment