Arkib Viewers

Friday, September 6, 2013

SIFAT 20 : Ke arah memahami Ilmu Tauhid - ILMU TAUHID (1)

Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membicarakan soal-soal 'aqaid yakni segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama islam dengan dalil-dalil yang yakin.

Erti kata tauhid ialah 'mengesakan' dari bahasa arab : (wahhada-yuwahhidu-tauhid). Hadi bertauhid ertinya mengesakan Allah Ta'ala pencipta semesta alam, yang tidak ada sekutu bagi-Nya dengan keyakinan yang bulat. Sehingga yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah yang Maha Kuasa tidak ada yang dapat menandingi-Nya.

Adapun sebabnya ilmu yang membicarakan soal-soal kepercayaan dalam agama islam itu dinamakan ilmu Tauhid, kerana soal kepercayaan dalam agama Islam itu dinamakan Ilmu Tauhid, kerana soal yang terpenting dalam ilmu ini adalah mengenai keesaan Allah Ta'ala. yakni yang terpenting daripada ilmu ini ialah mengenai adanya Allah yang Maha Esa dengan segala sifat-sifat-Nya. Adapun soal-soal yang lain adalah soal nombor dua. Jadi ilmu ini diberi nama dengan salah satu bab yang terpenting dalam ilmu tersebut.

Iman tentang adanya Allah Ta'ala dan keesaan-Nya akan memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Bahkan seseorang yang mempercayai dengan sepenuh hatinya dan dibenarkan oleh lisannya dan perbuatannya atas adanya Allah Ta'ala dan keeasaan-Nya, maka dia berhak memiliki syurga Allah Ta'ala kelak, termasuk manusia yang berbahagia di dunia dan diakhirat. Soal keesaan ini akan diterang kan dalam bab yang tersendiri.

Soal keesaan Allah Ta'ala itu tercantum dalam Al-Quran:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa." (Al-Ikhlas :1)

Kadang-kadang ilmu Tauhid disebut juga dengan ilmu Usuluddin dan ilmu Kalam.


ILMU USULUDDIN

Ilmu Usuluddin ialah ilmu yang membicarakan soal 'aqaid, yakni segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama islam disertai dengan dalil-dalil yang yakin.

Erti kata Usuluddin ialah 'dasar-dasar agama'. Ilmu itu membicarakan soal kepercayaan itu menjadi dasar agama.

Dan sebenarnya kita dapat memahami dari syariat agama islam apa sebab tauhid itu menjadi dasar agama sehingga dapatlah dikatakan bahawa agama tanpa kepercayaan sama sahaja dengan rumah tanpa dasar. Jadi sendi-sendi tauhid merupakan tiang agama yang utama. Tanpa tauhid maka agama tadi akan roboh. Begitulah ibaratnya.


ILMU KALAM

Ilmu kalam ialah ilmu yang membicarakan tentang aqaid segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama Islam berdasarkan dalil-dalil yang sudah yakin.

Erti kalam ialah 'pembicaraan'. Ilmu yang membicarakan soal kepercayaan dinamakan ilmu kalam sebab soal-soal kepercayaan itu menjadi buah pembicaraan yang hangat dikalangan orang-orang yang mempunyai kepercayaan tersebut antara sesama mereka.

Terbukti dari zaman dahulu kala manusia selalu memperbincangkan soal kepercayaan itu, bahkan kepercayaan mereka kadang-kadang telah meresap masuk ke dalam tulang sungsum sehingga sukar hilangnya, telah mendarah daging dan kepercayaan tadi di bawa sampai kepada akhir hayatnya yang ertinya bahawa mereka itu mati disertai dengan kepercayaannya. untuk menerangkan soal kepercayaan memerlukan pembicaraan yang berliku-liku. Keterangan dan hujah yang kuat hingga dapatlah diterima oleh akal fikiran yang sihat.  Memang untuk menghuraikan soal kepercayaan tidak semudah seperti mengira orang.

Itulah sebabnya maka ilmu yang membicarkan soal kepercayaan disebut ilmu kalam kerana pembicaraannya yang berliku-liku. Jadi Ilmu Tauhid, Ilmu Usuluddin dan ilmu Kalam, ketiga-tiganya yang dimaksud ialah sama. Yakni suatu ilmu yang semata-mata membahas soal kepercayaan sahaja.

Ada pula orang menyebut ilmu Tauhid itu dengan ilmu 'Aqaid (ilmu ikatan, keyakinan ataupun kepercayaan) Kerana dalam pengetahuan ini ada fasal-fasal yang harus diikat erat-erat dalam hati kita, yang harus menjadi kepercayaan yang teguh.

Ada pula menamakannya dengan Ilmu Makrifat, yakni ilmu mengenal Allah Ta'ala dengan segala sifat-Nya. Kerana dengan ilmu ini, dapat mengetahui segala sifat-sifat-Nya dan dengan keyakinan yang teguh.

Ada pula menamakannya dengan ilmu hakikat (ilmu sejati). Kerana ilmu ini menjelaskan hakikat (kesejatian) segala sesuatu, sehingga dapat meyakini akan kepercayaan yang benar (hakiki).

Ilmu Ma'rifat dan Hakikat terkadang dipakai juga untuk istilah dan pengertian lain.

Maka berbahagialah orang yang dapat memahami Ilmu Tauhid itu sebab tauhid menjadi pedoman bagi tertegaknya syariat Islam.


TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID

Tujuan utama mempelajari Ilmu Tauhid ialah untuk mengenal Allah Ta'ala dengan sifat-sifat-Nya. Begitu pula mengenal Rasul 'Alaihis Salam dengan ajaran-ajarannya, berdasarkan dalil-dalil yang jelas dari Al-Quran dan Al-Hadith, agar manusia memperolehi kebahagiaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

Mengetahui hal-hal yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala dan mengetahui hal-hal yang wajib, mustahil dan harus bagi Rasul 'alaihis Salam.

Sebagaimana yang tersebut dalam firman Allah Ta'ala:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorangv manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya" (Kahfi :110)

Di dalam ayat lain Allah Ta'ala berfirman:

"Dan muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului  oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh) (Ali-Imran :114)

Kedua ayat di atas mengandung makna bahawa kita diperintah mengenal Allah Ta'ala dan Rasul-Nya beserta ajaran-ajarannya.



KEDUDUKAN ILMU TAUHID

Ilmu ini adalah ilmu yang maha penting dan sangat utama dalam Islam.

Sebab ilmu ini menyangkut soal zat Allah Ta'ala dan menyangkut pula diri peribadi Rasul 'Alaihis Salam yang sangat suci lahir batinnya.

Padahal kita telah sama maklum bahawasanya Allah Ta'ala itu adalah zat Yang Maha Kuasa dalam segala-galanya, sehingga segala isi dunia ini termasuk juga manusia adalah di bawah kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah Ta'ala.

Jelaslah bahawa Allah Ta'ala adalah zat  Yang Maha Agung yang bersifat serba Maha. Sehingga manusia itu kecil jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah Ta'ala, dan manusia itu makhluk yang lemah jika dibandingkan dengan kebesaran dan keagungan Allah Ta'ala.

Maka sudah barang tentu ilmu yang membahas tentang zat Allah Ta'ala yang serba agung itu adalah ilmu yang snangat utama dan maha penting dalam Islam.


HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID

Oleh kerana itu mempelajari ilmu Tauhid itu hukumnya wajib 'aini, yakni wajib bagi tiap-tiap muslim/muslimat mengetahui ilmu Tauhid, sekalipun hanya dengan dalil Ijmal, yakni mengenai garis besarnya sahaja dengan singkat.

Dan akan lebih sempurna lagi yakni fardu kifayah hukumnya mengetahui ilmu Tauhid dengan dalil Tafsil, iaitu sampai perincian-perinciannya dengan panjang lebar. Jadi mempelajari ilmu Tauhid dengan dalil tafsil ini hukumnya fardu kifayah.


FAEDAH ILMU TAUHID

Faedah ilmu Tauhid yang terpenting ialah agar dengan ilmu Tauhid, kita akan mempunyai iktiqad yang bersih suci, terhindar dari keyakinan yang keliru dan tersesat , terhindar dari segala macam tahayyul dan kurafat yang mengotori jiwanya.

Kerana iktiqad yang tersesat itu akan membahayakan bagi kesuburan kehidupan rohani, yang beerti bahawa rohaninya akan menjadi tidak sihat lagi.

Kalau rohani tidak sihat, akan tidak sihat pula batinnya, padahal kesihatan batin itu adalah menjadi faktor yang amat penting dalam pembentukan peribadi. Dengan memahami ilmu Tauhid kita akan menjadi sihat iktiqadnya, sihat angan-angan dan fikirannya akhirnya akan memiliki iman yang kuat dan membaja.

Dan juga dengan mempelajari ilmu Tauhid kita akan mengetahui sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala, begitu juga sifat wajib, mustahil dan harus bagi Rasul 'Alaihis Salam.


BERTAUHID

Bertauhid ertinya mengesakan Allah Ta'ala, pencipta semesta alam. Kepercayaan tentang keesaan Allah Ta'ala ini tersimpul dalam hatinya yang menyebabkan ia tunduk dan sujud di hadirat-Nya yang kemudian akan membawa pula kebaikan pada amal perbuatannya.

Kalau jiwa Tauhid ini telah tertanam dalam sanubari seseorang akan terasa olehnya segala apa yang ada di dunia ini kecil jika dibandingkan dengan kebesaran Allah Ta'ala.

Yang demikian akan membawa kesedaran dalam hidup. Dengan sendirinya jiwanya menjadi kuat menghadapi arena pergaulan hidup dan akan terhindar dari segala kegelisahan mahupun kebimbangan dalam hidupnya.

Disebabkan Nur Illahi telah memancar dalam kalbunya, hatinya menjadi tenteram, sedar tentang kewajibannya dalam hidup, terhadap diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama. hidupnya akan menjadi lebih berguna.


MENYERAH KEPADA ALLAH TA'ALA

Bertauhid itu pula akhirnya akan membentuk peribadi muslim yang menyerah kepada Allah Ta'ala. Yang beerti makin mendalam Tauhidnya kepada Allah Ta'ala makin sempurnalah Islamnya. Hatinya menjadi merdeka dan jiwanya juga merdeka dan tidak dapat diperbudak-budak oleh harta benda. Ia tidak akan menyembah pohon, batu dan lain-lain. Hanya kepada Allah -lah tempat berlindung serta mengharapkan sesuatu.

Dengan sendirinya ia akan merasa bahawa hidup dan mati itu sebenarnya ada di tangan Allah Ta'ala. Akhirnya kepercayaan ini diikuti oleh lidah dan perbuatan. Ia akan selalu menjalankan perintah-perintah Allah Ta'ala serta menjauhi larangan-nya.

Dan inilah disebut takwa kepada Allah Ta'ala.

Akhirnya hidupnya akan selamat dan sejahtera. Perhatikanlah firman Allah Ta'ala dalam Al-Quran:

"Dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." (Al-Baqarah :197)


KETERANGAN

Sebenarnya pengertian tentang 'Tauhid' sudah ada dan diamalkan oleh umat islam sejak Nabi Muhammad S.A.W. masih hidup.

Hanya sahaja belum disusun dalam satu ilmu yang tertentu. Yang mengaturnya dalam satu ilmu yang tertentu. Yang mengaturnya dalam satu ilmu yang khusus yang penyusunannya seperti yang kita maklumi dari para Ulama'.

Diberi pula dalil-dalilnya, baik dari Al-Quran mahupun Al-Hadith sehingga memudahkan bagi orang yang mempelajarinya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum semua.. hari Ahad mlm ni sampai selasa mlm rabu. . Pak yop akan berada di rumah saya di bandar baru selayang fasa 2b... utk sesiapa yg berminat utk mandi, bolehlah hadir pada mlm tersebut lepas isya... sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada pak yop sendiri. . Kalau tak nak mandi pun takpe.. mai je lah... terbuka juga utk mereka yg ada masalah saka baka... gangguan makhluk halus, atau apapun masalah kesihatan. , bolehlah dtg utk berubat, kami bukan bomoh.. kami hanya mohon pd Allah. ..wa iza marid tu fa huwa yashfin.. dan apabila aku sakit hanya Allah saja yg menyembuhkan. Mandi mengambil hak rahsia bukan ilmu.. bukan juga ajaran sesat.. ramai org dah mandi dan alhamdulillah mendapat manfaat insya Allah. . Antara senior saya adalah datuk harussani mufti perak.. antara kelebihan mandi ialah dpt membantu mereka yg punyai masalah kesihatan. . Org lelaki akan dimandikan oleh org lelaki.. dan perempuan oleh isteri pak yop sendiri... bg mereka yg mempunyai masalah mendapatkan zuriat elok mandi. . Boleh juga digunakan utk melariskan perniagaan dan yg penting sekali utk mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara. Pak yop dr kamunting. . Bss..
    Kepada adik beradik abg ayah 30,36,308 elok juga mandi... boleh double check dgn ranting taiping,kamunting, batu kurau, Ipoh,kuala kangsar. , Lenggong. .. hampir semua dah mandi...
    brg utk mandi peringkat bayi adalah hadiah rm71 n satu sen dan 7 jenis bunga dan air hujan - lagi bnyk lg bagus... utk ambil ilmu gerak rm70 dan ilmu pitung/lam jalalah rm70.. apa2 boleh call hafiz bgtau..
    Kalau nak bawak bunga jgn bwk yg miang ye. .
    Tolonglah rebut peluang ni.. umur pak yop dah 90 lebih dah... sihat lg... sebelum dia pergi, harap turun ke generasi seterusnya. . Isteri pak yop pun dah meninggal di makkah dlm ihram last year..
    Bg anggota keselamatan, boleh bw uniform bertugas... insya Allah berguna nanti. .masa jumpa pak yop nanti pakai lah. .
    Ahad 15hb Dec -17th
    Alamat tempat mandi.. no91 jln 4/4 bandar baru selayang fasa 2b. 68100 batu caves selangor. . No tel 0122060607 Hafiz Badaruddin. Tarikh pak yop di kl 15hb Dec 2013 - 17 dec 2013

    ReplyDelete