Arkib Viewers

Friday, November 23, 2012

Perihal BSS : Isim??? BSS??? Pantang???

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama sekali, selama 50 tahun kewujudan BSS di Malaysia bermulanya dari tahun 1958 dan didaftarkan dengan rasminya kepada pendaftar pertubuhan Malaysia pada tahun 1978 hinggaLah kini.. belum ada lagi sejarah yang mengatakan atau yang terbuku dan tercatat dalam lipatan sejarah kewujudannya ahli BSS mengalami 'gila isim' (tersalah pembawakan). Tersalah pembawakan boleh dikategorikan dalam beberapa perkara yang akan kita bincangkan kemudian.

Sebelum itu, kita akan menghuraikan apa yang dikatakan 'gila isim' itu sendiri. Sebenarnya 'isim' itu beerti 'nama' dalam bahasa arab atau juga 'asma'. Jika seseorang itu berzikir atau beramal dengan 'Asma'Ul husna' TIDAK MUNGKIN seseorang itu boleh jadi gila isim. Dpt pahala berlipat kali ganda lagi sememangnya sudah tentu. Malah bukan hanya beramal dengan zikir Asma Ul Husna, tetapi juga apa-apa amalan yang membawa kebaikan seperti solat, mengaji, mengalunkan ayat-ayat dan Firman Allah, berzikir dengan kalimah-kalimah yang indah memujiNYA, juga berzikir dengan kumpulan-kumpulan ayat yang digelar Surah tidak mampu atau tidak mungkin menyebabkan seseorang itu menjadi 'gila isim' atau tersalah pembawakan selagi mana mereka-mereka beramal mengikut syariat yang dibawa kepada kita. kadangkala perkataan 'gila isim' itu menjadi salah faham bagi pengamal-pengamal isim iaitu asma Allah S.W.t

Isim itu beerti nama dan beerti kalimah atau ayat yang mengadungi atau diselitkan nama-nama Allah S.W.t . Definisi atau pemahaman mengenai kalimah 'isim-isim' seperti yang dijelaskan ini hakikatnya tidak banyak dimaklumi oleh orang Melayu Malaysia. Perkataan isim selalunya digabungkan dengan 'gila isim' yang difahami sebagai gila yang disebabkan menuntut. Biarpun pemahaman seperti ini begitu meluas di kalangan masyarakat Melayu, namun ia begitu mengelirukan. Tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan 'menuntut'. Orang Melayu adakalanya memahami bahawa gila isim itu boleh berlaku akibat mempelajari ilmu agama di mana individu yang terlibat itu tidak berupaya menanggung ilmu yang dipelajari. Yakinilah bahawa tidak terdapat bukti memperlihatkan wujudnya manusia yang mempelajari ilmu agama sama ada ilmu fekah, tauhid, filsafat (falsafah), ilmu tafsir dan sebagainya, termasuk mereka yang menghafal al-Quran, menjadi gila atau sasau. Malah kita digalakkan menuntut ilmu yang baik lagi bermanfaat untuk diri kita dan keluarga.

Walaupun demikian, tidak dinafikan wujudnya mereka yang mempelajari ilmu sesat, yang diselit-selitkan di dalamnya unsur-unsur pengaruh Islam, lalu mereka menjadi gila. Apabila kecelaruan itu berlaku, maka orang yang terlibat dikatakan sebagai gila kerana mempelajari agama.

Gila atau sasau yang berlaku itu lumrahnya terjadi akibat rasukan pada otak yang melibatkan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada iblis dan syaitan. Apabila makhluk ini mengganggu otak, maka ia akan melahirkan gejala-gejala yang memperlihatkan ketidaknormalan otak. Situasi seperti inilah yang dikenali sebagai 'gila isim'.

ianya boleh terjadi apabila diantaranya berlaku diakibatkan oleh:

- sesetengah jenis ilmu kebatinan
- seni-seni mempertahankan diri yang agak pelik langkah dan kaedahnya
- ilmu perubatan yang agak ganjil
- cuba menuntut ilmu kebal (kebal api, kebal tusuk, dll)
- penggunaan kaedah 'menurun' (jin ditarik masuk ke dalam badan/ akan diterangkan dlm post yang akan dtg)
- tukang tilik atau cuba mempelajarinya
- amalan-amalan yang menggunakan susuk
- menggukanan jenis-jenis tangkal dan azimat-azimat yang tertentu

Yang jenis menuntut tanpa guru pula mungkin berguru dengan buku dan 'hadiah' mantera dari rakan-rakan  tetapi malangnya mereka itu tidak 'mengenal diri sendiri' dan tidak dapat membezakan diantara yang HAQ dan BATHIL maka dikhuatiri 'tenaga-tenaga ghaib' dan unsur-unsur syaitan meresap ke dalam pemikiran dan juga rasa was-was di dalam hati tentang kebenaran yang salah dan salahnya yang benar dan boleh menyebabkan 'tenaga-tenaga ghaib' akan mengambil tempat di dalam tubuh badannya. Kerana itulah 'mereka-mereka ini' mendakwa dapat melihat roh dan kadangkala menunjukkan satu perilaku atau tingkahlaku yang agak aneh dan nampak kurang siuman. Malah diantaranya mendakwa mendapat wahyu dari Tuhan, mendengar arahan-arahan dari langit, dan yang lebih teruk mengaku sebagai Nabi dan Rasul juga 'messiah' seperti Nabi Isa A.S. atau Imam Mahdi.

lmu-ilmu yang tidak termasuk dalam ilmu-ilmu yang tidak boleh membawa kepada istilah 'gila isim' atau tersalah pembawakan diantaranya ialah:

- Mendalami agama(islam) berGURU dan diyakini gurunya itu mempunyai tauliah dalam bidang agama atau juga gurunya itu memang terbukti BENAR ajarannya (tidak membelakangkang syariat dan berpegang pada hakikat dan Tauhid)

- Mendalami seni-seni mempertahankan diri atau buah pukul atau yang zahir sahaja seperti silat, taekwando, ninjutsu, karate, buah pukul mersing, buah pukul sunting, kung fu dll

- Mendalami ilmu akademik spt matematik, kimia, fizik, geografi, lukisan kejuruteraan, komputer dll

- amalan-amalan pernafasan seperti Tai Chi, bertafakur (penumpuan hati), yoga, dll

- bidang sukan (indoor and outdoor) spt futsal, sepak takraw, berkayak, berenang, catur, computer games dll

- ilmu kemahiran spt elektrik, elektronik, repair komputer, jurubina bahan, baikpulih handphone, dll

- ilmu-ilmu agama dan ilmu haq (ada juga golngan yang menggelar mereka membawa amalan haq tapi sebenarnya 'menyimpang')

---------------------------

Dalam Keilmuwan Budi Suci Sejati pula, tiadanya pembelajaran tentang perihal yang boleh dimusykilkan dari segi perbuatan, sebutan, pengistilahan dan juga segala upacara yang dijalankan yang dapat menyebabkan seseorang itu terjerumus ketegelinciran dari jalan yang diredhai hukum syarak. Malah, tidak ada sebarang jenis zikir yang tidak menyebut kalimah-kalimah atau asma-asma Allah S.W.t, baik dari Isi Pokok Badan, jurusan, Tutup Latihan, Mandi Bayi, Mandi Dewasa, Mandi 'merosul', mandi Istimewa, mandi penutup, Tindakan, Makrifat dan lain-lain. 

Dalam amalan Budi Suci Sejati, ungkapan Dua Kalimah Syahadah menjadi teras UTAMA di mana sebagai ahli-ahli yang mengamalkan BSS, kita berpegang teguh dengan Kalimah Syahadah yang merupakan tunjang dalam BSS itu sendiri.

Jadi jelaslah sejelas-jelasnya di sini bahawa amalan Budi Suci Sejati yang sedang kita menanggung ini tidak mampu atau tidak boleh menyebabkan seseorang itu menjadi 'gila 'isim' atau tersalah pembawakan dan persoalannya ialah sebab apa?? dan mengapa??

sebab apa ianya boleh jadi 'gila isim' jika BSS sendiri tiada unsur-unsur yang dapat membuatkan seseorang itu jadi kurang siuman, kerana ianya melibatkan latihan jenis fizikal disulami dengan latihan mental (penumpuan hati), dan juga menggunakan nikmat yang Allah S.W.t beri iaitu NAFAS. Bagi ahli-ahli Budi Suci Sejati atau yang pernah menjadi ahli Budi Suci Sejati, yang kononnya telah menjadi 'sasau', sudah tentu bukan dikeranakan oleh amalan Budi Suci Sejati yang di amalkannya, tetapi mungkin individu itu sendiri yang menyelitkan unsur-unsur yang lari dari akidah dan tauhid seperti 'menurun' dan menokok tambah jurusan dengan pelbagai jampi serapah yang diragui malah tidak mengikut pembelajaran asal Budi Suci Sejati yang dicanangkan, maka, kemungkinan untuk individu itu menjadi tersalah pembawakan adalah besar mengikut pembawakan individu itu sendiri dalam beramalan.

Untuk itu, janganlah mudah menuding jari bahawa amalan Budi Suci Sejati dapat menyebabkan seseorang itu menjadi sasau, gila isim atau tersalah pembawakan dengan hanya beramal dengan BSS sahaja...

Sekian Terima Kasih



No comments:

Post a Comment