Arkib Viewers

Monday, June 20, 2011

HARUN YAHYA : MALAPETAKA DARWINISMA TERHADAP KEMANUSIAAN - BAB3 : PERIKATAN BAHAYA DI ANTARA DARWIN DAN RASISME

Perikatan Berdarah Di Antara Darwin dan Hitler

Nazisme telah muncul di dalam kekecohan Jerman yang telah dikalahkan di dalam Perang Dunia Pertama. Ketua parti tersebut adalah seorang yang pemarah dan agresif, Adolf Hitler. Rasisme telah membentuk pandangan dunia Hitler. Hitler percaya bahawa bangsa Aryan, yang menjadi elemen utama rakyat Jerman, adalah lebih tinggi daripada bangsa-bangsa lain dan ia perlu memerintah mereka. Dia mengimpikan bangsa Aryan akan membentuk sebuah empayar dunia yang akan kekal selama seribu tahun.

Sokongan saintifik yang ditemui oleh Hitler untuk teori-teori rasialis ini ialah teori evolusi Darwin.

Perancang idea utama Hitler, seorang ahli sejarah Jerman yang rasialis Heinrich von Treitschke, telah benar-benar tepengaruh dengan teori evolusi Darwin dan mengasaskan pandangan rasisnya berdasarkan Darwinisme. Beliau pernah berkata "Bangsa-bangsa hanya dapat dibangunkan oleh pertandingan ganas seperti (idea) 'yang kuatlah, yang terus hidup' Darwin", dan menegaskan bahawa ini bererti ia adalah peperangan yang berterusan dan tidak dapat dielakkan. Pendapat beliau ialah, "Penaklukan dengan pedang adalah satu cara untuk membawa ketamadunan kepada kekejaman dan pengetahuan kepada kejahilan". Beliau berpendapat: "Bangsa-bangsa kuning tidak mempunyai kebolehan memahami seni dan kebebasan politik. Telah menjadi takdir kepada orang kulit hitam untuk berkhidmat kepada orang kulit putih dan menjadi sasaran kebencian orang kulit putih untuk selama-lamanya…"


Hitler dan bukunya Mein Kampf di mana dia menyusun ideologinya
Ketika Hitler membangunkan teori-teorinya, dia telah membentuk inspirasi, daripada Darwin seperti juga Treitschke dan secara umumnya idea Darwin berkaitan perjuangan untuk hidup. Judul bukunya yang terkenal Mein Kampf ("Perjuanganku") telah diinspirasikan oleh idea perjuangan untuk hidup ini. Seperti Darwin, Hitler telah meletakkan bangsa-bangsa bukan Eropah pada status monyet, dan menyatakan, "Ambil semua bangsa Nordik Jerman dan tidak ada apa yang tinggal melainkan beruk-beruk".

Di dalam rapat parti Nuremberg 1933, Hitler mendakwa bahawa "satu bangsa tertinggi menakluki satu bangsa rendah… adalah kebenaran yang kita perhatikan di dalam alam semulajadi dan ia dikira sebagai kebenaran yang paling masuk akal. Kerana ia telah diasaskan berdasarkan sains".

Hitler yang mempercayai ketinggian bangsa Aryan, percaya bahawa ketinggian bangsa ini telah diberikan secara semulajadi. Di dalam Mein Kampf beliau menulis seperti berikut:

Orang-orang Yahudi telah membentuk satu bangsa sub-manusia yang bertentangan, yang telah ditakdirkan oleh warisan biologi mereka menjurus kepada kejahatan, seperti bangsa Nordik yang telah dijadikan untuk menjadi bangsawan… Sejarah akan sampai ke kemuncaknya di dalam satu empayar kegemilangan yang baru, berdasarkan tatatingkat bangsa baru yang ditentukan sendiri oleh alam semula jadi.

Hitler, yang beranggapan bahawa manusia adalah haiwan yang telah berkembang, percaya bahawa selain daripada membiarkan kuasa semula jadi dan peluang, atau dengan kata lain kebetulan, untuk mengawal evolusi adalah perlu juga baginya untuk mengawalnya sendiri bagi membangunkan bangsa manusia. Dan ini adalah matlamat utama gerakan Nazi. Untuk merealisasikan matlamat ini, langkah pertama ialah dengan memisahkan, dan mengasingkan, bangsa-bangsa mundur ini daripada bangsa Aryan, yang mereka percaya adalah bangsa yang maju.

Pada peringkat ini, Nazi telah mula melaksanakan Darwinisme, dan sebagai contoh "teori eugenik" yang berasal daripada Darwinisme.

Teori Eugenik Adalah Berasaskan Kepada Idea-idea Darwin


Francis Galton (kiri) dan Leonard Darwin (kanan)
Teori eugenik, yang telah berkembang pada separuh pertama abad ke-20, bererti menyingkirkan mereka yang sakit dan cacat dan "meningkatkan" bangsa manusia dengan menambah jumlah individu-individu yang sihat. Menurut teori eugenik ini, dengan cara yang sama juga haiwan yang lebih baik dapat dihasilkan dengan mengahwinkan haiwan-haiwan yang sihat antara satu sama lain, jadi bangsa manusia juga dapat ditingkatkan dengan cara yang sama.

Seperti yang telah dijangka, mereka yang mengemukakan program ini ialah para penyokong Darwin. Di kemuncak gelombang eugenik ini di England, telah muncul sepupu Charles Darwin, Francis Galton dan anaknya Leonard Darwin.

Jelaslah di sini bahawa idea eugenik adalah hasil asal Darwinisme. Tambahan pula, kebenaran ini telah diberikan kepentingan istimewa di dalam penerbitan-penerbitan yang menyokong eugenik, "Eugenik ialah penguasaan manusia terhadap evolusinya sendiri", demikian ia disebutkan.


Ernst Haeckel
Kenneth Ludmerer, seorang ahli sejarah perubatan di Universiti Washington, mencatatkan bahawa idea eugenik berusia setua idea republik Plato tetapi dia juga menambah Darwisme merupakan penyebab kepada kebangkitan minat kepada idea ini pada abad ke-20:
… pemikiran eugenik moden berkembang hanya pada abad ke-19. Peningkatan minat terhadap eugenik ketika abad tersebut mempunyai beberapa punca. Yang paling utama ialah teori evolusi, bagi idea Francis Galton tentang eugenik - dan beliaulah yang telah mencipta istilah "eugenik" - ia adalah satu logik yang terhasil daripada doktrin sains yang telah dikemukakan oleh sepupu beliau, Charles Darwin.
Di Jerman orang pertama yang terpengaruh dan mula mengembangkan eugenik ialah seorang pakar biologi evolusi yang terkenal Ernst Haeckel. Haeckel adalah kawan baik dan penyokong Darwin. Untuk menyokong teori evolusi ini beliau telah mengemukakan dakwaan "pengulangan semula", yang mendakwa bahawa embrio daripada hidupan yang berbeza mempunyai persamaan antara satu sama lain. Ia kemudian telah terbukti bahawa Haeckel telah memalsukan data apabila beliau mengemukakan dakwaan ini.

Ketika Haeckel sedang mereka-reka pemalsuan saintifiknya, dalam masa yang sama juga ia mengemukakan propaganda eugenik. Beliau mencadangkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan cacat mesti dibunuh dan dengan itu ia akan dapat mempercepatkan masyarakat evolusi. Malah dia jugah telah mendakwa bahawa pesakit kusta dan pesakit kanser dan pesakit mental perlu dibunuh, atau sebaliknya mereka ini akan menjadi bebanan di dalam masyarakat ini dan akan melambatkan evolusi. 

Seorang penyelidik Amerika Geoge Stein telah merumuskan kesetian membabi buta Haeckel kepada teori evolusi di dalam sebuah artikelnya di dalam majalah American Scientist seperti berikut:
… (Haeckel) mendakwa bahawa Darwin betul… manusia telah berkembang daripada dunia haiwan. Dan langkah bahaya yang telah diambil di dalam pendedahan Haeckel terhadap Darwinisme yang pertama di Jerman, menyebabkan kewujudan sosial dan politik manusia telah dikawal oleh undang- undang evolusi, pilihan semula jadi, dan biologi, seperti yang ditunjukkan oleh Darwin. Untuk mendakwa sebaliknya adalah khurafat yang ketinggalan zaman.
Haeckel meninggal dunia pada 1919. Tetapi idea belia telah diwarisi oleh Nazi. Sebaik sahaja Hitler mendapat kuasa, satu program eugenik rasmi telah dimulakan. Hitler merumuskan polisi baru ini seperti berikut:

Pemenang pingat emas Olimpik Berlin 1936 Jesse Owens, yang tidak diberikan ucapan tahniah oleh Hitler kerana dia berkulit hitam
Di dalam negara yang popular, pendidikan minda dan tubuh memainkan peranan yang penting, tetapi pilihan manusia juga tidak kurang pentingnya… Kerajaan mempunyai tanggungjawab mengetepikan untuk tujuan pembiakan sesiapa yang sakit atau gen-gennya tidak sempurna. …dan perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan kasar tanpa menghiraukan sesiapa sahaja. …Menghentikan pembiakan mereka yang bertubuh lemah atau cacat fizikal di dalam jangka masa 600 tahun akan datang… untuk memajukan kesihatan manusia yang sukar dijangkakan hari ini. Sekiranya peningkatan bangsa yang sihat dapat direalisasikan dan dirancang, hasilnya ialah satu bangsa yang… telah kehilangan kelemahan fizikal dan kerohanian yang kita miliki kini.
Untuk memenuhi tuntutan polisi Hitler ini, mereka yang berpenyakit mental, kurang upaya, dilahirkan buta, dan mereka yang mempunyai penyakit genetik di dalam masyarakat Jerman telah dikumpulkan di dalam "pusat-pusat pemandulan" khas. Mereka ini telah dianggap sebagai parasit-parasit yang merbahaya kepada ketulinan dan perjalanan evolusi bangsa Jerman. Tidak berapa lama kemudian, mereka yang telah dipisahkan daripada masyarakat ini telah mula dibunuh dengan arahan sulit daripada Hitler.


Hitler telah mengumpulkan gadis-gadis Jerman berambut perang dan bermata biru di kem-kem dan memastikan mereka bersama dengan pegawai-pegawai SS. Dengan cara ini dia berharap untuk membina satu bangsa superior.
Pembunuhan-pembunuhan ini dianggap munasabah dan mereka yang dianggap secara genetiknya mundur telah dianggap sebagai "tidak menguntungkan" dan menjadi halangan kepada pembangunan bangsa tersebut. Kumpulan-kumpulan, termasuk beberapa bangsa dan individu-individu tertentu, yang dilihat sebagai bangsa-bangsa yang mundur telah mula dimasukkan. Kemudian orang-orang tua yang sakit, mereka yang berpenyakit kuning, mereka yang mengalami gangguan mental, mereka yang bisu dan tuli, dan malah mereka yang mempunyai penyakit merbahaya juga telah dimasukkan. Selepas kejayaan seorang atlit kulit hitam Jesse Owens merangkul empat pingat emas di Olimpik Berlin 1936, Hitler, walau pun telah mengucapkan tahniah kepada semua atlit, tetapi telah menolak untuk mengucapkan tahniah kepada Jesse Owen dan telah meninggalkan stadium. Malah sebahagian penyokong evolusi telah berpandangan bahawa wanita dari segi evolusinya adalah lebih rendah daripada lelaki. Dr. Robert Wartenberg, seorang pensyarah neorologi, telah cuba membuktikan kemunduran wanita ini dengan mendakwa bahawa mereka tidak mungkin selamat melainkan sekiranya mereka "dilindungi oleh lelaki". Beliau merumuskan bahawa sebab mengapa wanita-wanita yang lemah ini tidak dihapuskan adalah disebabkan oleh perlindungan ini, ia telah mengebabkan tahap evolusi menjadi pelahan dan kerana itulah pilihan semulajadi kurang beroperasi ke atas wanita daripada lelaki. Berasaskan kepada pandangan ini, wanita di Nazi Jerman telah diharamkan secara terbuka daripada menyertai sebarang profesional.


PENYELEWENGAN BANGS AUTAMA:
Pegawai-pegawai Nazi, yang dilatih berdasarkan kepada idea-idea evolusi, mencari bangsa utama dengan mengukur tengkorak, hidung dan dahi.
Berikutan perkembangan Darwinisme dan teori eugenik di Jerman, "para pakar sains perkauman" secara terbuka telah menganjurkan pembunuhan ke atas ahli-ahli dan segmen-segmen di dalam masyarakat yang tidak lagi dikehendaki. Salah seorang pakar sains berkenaan, Adolf Jost, telah mewartakan untuk pertama kalinya pembunuhan perubatan (medical killing) di dalam sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1895, Das Recht auf den Tod (The Right to Death). Jost menyatakan. "untuk kepentingan kesihatan masyarakat yang hidup, kerajaan perlu memikul tanggungjawab terhadap kematian individu-individu". Adolf Jost adalah penasihat kepada Adolf Hitler, yang hanya menonjolkan dirinya di arena politik sekitar 30 tahun kemudian. Hitler menyatakan bahawa "Kerajaan perlu melihat bahawa hanya mereka yang sihat sahaja boleh memiliki anak". "Ia mesti mengishtiharkan pembiakan tidak dibenarkan kepada mereka yang sakit atau mereka yang mewarisi penyakit dan kemudian boleh memindahkannya".

Di bawah satu undang-undang pada 1933, 350,000 mereka yang sakit jiwa, 30,000 gipsi, dan beratus-ratus kanak-kanak kulit hitam telah dimandulkan dengan berbagai cara seperti pengembirian, x-ray, suntikan, dan kejutan elektrik di kawasan kemaluan. Seorang pegawai Nazi menyatakan, "Sosialisme Nasional hanya berkaitan dengan biologi".

Sebagaimana Hitler cuba mempercepatkan peningkatan bangsa Jerman dengan polisi pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka yang tidak berdosa, beliau juga mengamalkan satu lagi syarat eunik. Lelaki dan wanita berambut perang dan bermata biru, yang diterima sebagai mewakili bangsa Jerman, telah digalakkan untuk menjalinkan hubungan dan mempunyai anak. Pada tahun 1935 ladang-ladang pembiakan khas telah ditubuhkan untuk tujuan ini. Ladang-ladang ini, di mana gadis-gadis muda yang memenuhi kriteria rasialis telah ditempatkan, sering dikunjungi oleh unit-unit SS. Anak-anak luar nikah yang dilahirkan di sini akan dibesarkan sebagai askar kepada empayar 1,000-tahun Jerman yang diramalkan.

Penyelewengan Ras Aryan Nazi


Seperti Hitler, Heinrich Himmler, Ketua Gestapo, dan pegawai-pegawai Nazi yang lain berpegang kepada pandangan-pandangan Darwin, dan melaksanakan idea-idea yang rasialis dan kejam ini.
Nazi sekali lagi telah menggunakan konsep Darwinisme untuk membuktikan ketinggian bangsa Aryan. Darwin menganggap bahawa apabila manusia mula berkembang tengkorak kepala mereka juga turut membesar. Nazi amat mempercayai idea ini dan telah menjalankan pengukuran tengkorak untuk membuktikan bahawa bangsa Jerman adalah maju. Di setiap sudut perbandingan Jerman Nazi telah menunjukkan bahawa tengkorak Jerman adalah lebih besar daripada tengkorak bangsa-bangsa lain. Gigi, mata, rambut, dan sifat-sifat lain telah diukur berdasarkan ukuran evolusi. Individu-individu yang didapati tidak memenuhi ukuran bangsa Jerman akan dihapuskan di atas nama prinsip-prinsip eugenik. 

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia;) sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.(Surah Al-Baqarah:205)

Semua kegilaan ini telah dilakukan demi untuk melaksanakan prinsip-prinsip secara Darwin ke atas masyarakat. Seorang ahli sejarah Amerika, Michael Grodin, pengarang buku The Nazi Doctor and the Nuremberg Code, telah mendedahkan realiti ini seperti berikut:
Saya rasa apa yang berlaku ialah terdapat satu padanan yang sempurna di antara ideology Nazi dan Darwinisme dan pembersihan etnik apabila ia mula berkembang pada abad ke-20.
George Stein menjelaskan subjek ini:
Sosialisme nasional, ialah satu usaha untuk mengorganisasikan sebuah komuniti politik berasaskan biopolisi yang jelas: sebuah biopolisi yang sepenuhnya selaras dengan fakta-fakta saintifik revolusi secara Darwin.
Seorang pakar sains penyokong Darwin Sir Arthur Keith memberikan ulasan tentang Darwin seperti berikut:
Pemerintah Jerman adalah seorang penyokong evolusi; dia cuba menjadikan pembentukan Jerman mengikut teori evolusi.
Pengarang buku Darwin: Before and After, Robert Clarke, merumuskan, Adolf Hitler: "… telah terpengaruh dengan ajaran Darwin - mungkin semenjak dia masih kecil lagi. Hitler memutuskan… bahawa bangsa yang lebih tinggi akan menakluki yang rendah".56 falsafah politik Nazi Jerman telah dibentuk di bawah pengaruhi idea-idea Hitler ini.

Pengarang buku Race and Reich, Joseph Tenenbaum mencatatkan bahawa falsafah politik Jerman telah dibina di atas kepercayaan bahawa keperluan untuk pembangunan evolusi ialah:
… perjuangan, pilihan, dan "yang kuatlah, yang terus hidup" semua pemikiran dan pemerhatian yang dicapai… oleh Darwin… tetapi ia telah bertunas di dalam falsafah sosial Jerman pada abad ke-19. … Dengan itu, ia membangunkan doktrin hak warisan Jerman untuk memerintah dunia berdasarkan kepada kekuatan superior… (daripada) hubungan "pemukul dan bongkah besi" di antara Reich (Jerman di bawah pemerintahan Nazi) dan bangsa-bangsa yang lemah.
Bukan Adolf Hitler seorang sahaja di kalangan ketua-ketua Nazi di dalam "peperangan ideology evolusi". Heinrich Himmler, ketua Gestapo, menyatakan bahawa undang-undang semulajadi perlu menjalankan peranannya di dalam 'yang kuatlah, yang terus hidup'. Sebenarnya semua ketua-ketua Nazi mempercayai evolusi dan rasisme Jerman, seperti juga para pakar sains Jerman dan industrialis sepanjang zaman kegelapan tersebut.

Kebencian Hitler Terhadap Agama

Sebab lain mengapa Hitler begitu berminat kepada teori evolusi ialah kerana dia melihat teori evolusi sebagai satu senjata menentang kepercayaan agama. Hitler amat bencikan agama. Moral-moral murni seperti belas kasihan, rahmat, dan kemanusiaan, yang dianjurkan oleh agama, menjadi halangan terbesar pembentukan jenis bangsa Aryan yang ganas dan perkasa seperti yang ingini oleh Nazi. Oleh itu, apabila mereka berkuasa dalam tahun 1933 mereka telah cuba untuk menukarkan masyarakat Jerman kepada kepercayaan budaya pagan lama. Swastika (lambing salib berkait), satu simbol daripada kebudayaan lama pagan, adalah simbol kepada pengembalian ini. Perayaan yang disambut di setiap penjuru Jerman adalah pengembalian semula mereka kepada upacara pagan purba. Idea evolusi, yang telah diwarisi daripada kebudayaan pagan, bertepatan dengan ideologi Nazisme untuk tujuan ini. Hitler pernah mendedahkan sikapnya terhadap kristian apabila beliau menyatakan bahawa agama adalah satu:
…penipuan yang terancang yang mesti dimusnahkan. Kerajaan mesti kekal sebagai ketua. Ketika saya masih muda, saya merasakan adalah perlu untuk memusnahkan agama… dengan dinamit. Saya kemudian menyedari perlunya menggunakan kebijaksanaan… Peringkat terakhir mesti… di kerusi St. Peter, seorang pegawai agama yang nyanyuk; berhadapan dengannya beberapa wanita tua yang jahat… Yang muda dan sihat berada di pihak kita… Orang-orang kita telah berjaya hidup dengan baik tanpa agama ini. Saya mempunyai enam divisyen SS yang tidak mempedulikan isu-isu agama.

Simbol swastika yang digunakan oleh Hitler adalah lambang kepunyaan kebudayaan paganlama.
Danial Gasman telah mendedahkan sebab-sebab kebencian Hitler terhadap agama di dalam buku beliau The Scientific Origins of National Socialism:
Hitler telah menggariskan idea biologikal evolusi sebagai senjata paling berkesan menentang agama tradisional dan dia berulang kali menghina agama Kristian kerana penentangannya terhadap pengajaran evolusi…Bagi Hitler, evolusi adalah lambang kejayaan sains moden dan kebudayaan.
Sebenarnya sebab utama mengapa berlakunya malapetaka yang tidak terkira banyaknya kepada dunia pada abad ke-20 adalah kerana sikap orang-orang seperti Hitler dan Nazi yang tidak mempunyai agama. Mereka yang telah menafikan kewujudan Allah dan percaya bahawa manusia telah berkembang untuk menjadi haiwan yang maju, merasakan diri mereka tidak akan dihisab, tanpa tanggungjawab untuk menjawab sesiapa pun. Kerana mereka tidak mempunyai ketaqwaan kepada Allah dan Hari Kiamat, mereka menyakini bahawa kehancuran dan keganasan yang mereka lakukan tidak akan berakhir, dan kerana sebab itulah tanpa belas kasihan mereka telah membunuh berjuta-juta manusia. Kesengsaraan dan kepedihan yang akan dialami di dalam sebuah masyarakat yang tidak mempunyai agama dapat dilihat dengan jelas di dalam contoh Hitler ini. Dan bukan hanya Hitler: seperti yang akan kita lihat sebentar lagi, Stalin, Mao, Pol Pot, Franco, Mussolini dan lain-lainnya yang telah menenggelamkan abad ke-20 ke dalam darah, juga dikenali sebagai mereka yang menolak agama. Sudah pasti pengajaran tersebut datangnya daripada mimpi ngeri yang terhasil daripada kekurangan agama.

Gambar-gambar ini menggambarkan penderitaan, ketakutan, keganasan dan kesengsaraan yang telah dilakukan oleh Hitler dan mereka yang berkongsi pandangan dengan beliau terhadap manusia. Darwinisme, yang menjadi punca utama mimpi ngeri ini, masih terus menyiksa manusia seluruh dunia.


Hitler adalah penyebab kepada pembunuhan berjuta-juta manusia, dan berjuta-juta yang lain ditinggalkan sendirian tanpa kediaman. Ideologi kejam beliau ini berdasarkan kepada tesis Darwin tentang bangsa-bangsa superior dan inferior. Dan dia tidak merasa ragu-ragu untuk membunuh mereka yang dianggap sebagai bangsa inferior.

Sedangkan mereka yang bertaqwa kepada Allah dan hidup berdasarkan moral-moral al-Quran sering menganjurkan pendamaian, ketenangan, keselamatan, kemewahan, dan kesedaran kepada sebuah masyarakat. Mereka yang beriman dengan agama Allah tidak akan sekali-kali mengganggu kedamaian di mana-mana tempat di seluruh dunia, sebaliknya mereka sering menganjurkan kasih sayang, belas kasihan, persahabatan, keimanan, dan kerjasama.

Malapetaka Yang Dibawa oleh Mussolini Penyokong Darwin dan Pemimpin Fasis

Dengan cara sama yang digunakan oleh Hitler untuk mengasaskan polisinya dengan menggunakan Darwinisme, begitu juga rakan sezamannya dan juga sekutu beliau Benito Mussolini juga telah menggunakan dakwaan secara Darwin dan konsepnya untuk menjadikan Itali sebagai negara imperialis dan Fasis.

Mussolini adalah penyokong Darwin sejati, yang percaya bahawa keganasan adalah satu kuasa lonjakan di dalam sejarah dan peperangan pula membawa kepada revolusi. Bagi beliau, "keengganan England untuk menyertai peperangan hanya menyebabkan kemunduran Empayar British".
 
Di kepala majalah The People of Italy (II Popolo d'Italia) , yang telah diasaskan dengan biaya bantuan daripada kerajaan Perancis, beliau memasukkan ayat berikut, "Siapa yang mempunya besi juga akan memiliki roti" dengan kata lain beliau menyatakan kepada masyarakat bahawa untuk mengisi perut-perut mereka mereka memerlukan kuasa untuk mencetuskan peperangan.

Mussolini telah memilih kapak sebagai simbol Fasisme dan Parti Rasisme. Kerana kapak adalah simbol peperangan, keganasan, kematian, dan pembunuhan.

Gelagat, keagresifan dan kecenderungan Mussolini terhadap keganasan seperti Fasis-fasis yang lain juga, telah diceritakan di dalam buku Denis Mack Smith. Di dalam buku beliau, Smith mencatatkan bahawa salah satu pegangan Mussolini yang tidak berubah ialah keagresifan dan kesungguhan beliau untuk menggunakan keganasan.

Seperti penyokong Darwin-Fasis lain, polisi gemar berperang Mussolini, keagresifan dan penindasannya telah menyebabkan banyak manusia dibunuh secara beramai-ramai, ditinggalkan tanpa kediaman dan keluarga, dan negara ditinggalkan di dalam keadaan musnah. Keganasan dan penindasan telah dilakukan, oleh anggota-anggota Blackshirt, tidak hanya di negaranya, tetapi di negara lain juga. Di dalam tahun 1935 beliau telah menakluki Ethiopia, dan pada 1941 telah menghapuskan 15,000 orang. Dia tidak teragak-agak untuk membela dan menjustifikasikan penaklukannya ke atas Ethiopia dengan pandangan-pandang rasialis Darwinisme. Menurut Mussolini rakyat Ethiopia adalah mundur kerana mereka adalah bangsa berkulit hitam, dan dijajah oleh satu bangsa yang maju seperti orang-orang Itali merupakan satu penghormatan kepada mereka.


Skuad pembunuh Mussolini, Blackshirt
Pada masa yang sama beliau meneruskan penindasan terhadap orang-orang Islam yang telah bermula semenjak penaklukan Itali ke atas Libya pada 3 Oktober 1911, dan telah meningkatkan serangan ke atas orang-orang Islam. Penaklukan tersebut hanya berakhir dengan kematian Mussolini di dalam satu perjanjian yang ditandatangani pada 10 Februari 1947. Dalam jangka masa tersebut 1.5 juta orang Islam telah mati syahid dan beratus-ratus ribu yang lain telah tercedera.

Mussolini, yang telah mencemar namanya di dalam lipatan sejarah kerana keganasan dan penindasannya, telah menggambarkan Fasisme yang disokongnya dan mengamalkannya, di dalam sebuah ucapan:

Fasisme bukan hanya kebebasan tetapi kekejaman, bukan lagi pengawal bangsa tetapi penjaga kepentingan peribadi.

Seperti yang dapat kita lihat di dalam contoh Hitler dan Mussolini, Fasisme, di mana yang kuat dan ganas adalah betul dan mulia dan di mana satu-satunya jalan untuk berjaya dan membangun ialah dengan kuasa kekejaman, agresif, ganas, dan peperangan, adalah pelaksanaan dakwaan-dakwaan Darwin bahawa "Yang kuat hidup, yang lemah mati", dan telah menyebabkan penderitaan berjuta-juta manusia. 

Franco Yang Rasialis dan Tekanan Yang Dilakukannya Ke atas Sepanyol

Salah seorang penindas rasialis yang yang telah menukarkan abad ke-20 ini kepada tasik darah ialah Franco. Beliau telah mengatur gerakan "Falange" di Sepanyol dengan bantuan daripada para penyokong Darwin Fasis Hitler dan Mussolini, dan telah membawa kesengsaraan dan penindasan yang dahsyat kepada penduduk Sepanyol. Franco telah mengheret rakyatnya kepada perang saudara, mengubah saudara menentang saudaranya sendiri, bapa menentang anak.

Sepanjang Perang Saudara Sepanyol sekitar 250 orang telah dibunuh setiap hari di Madrid, 150 orang di Barcelona, dan 80 orang di Seville. Sebahagian daripada hukum bunuh ini dijalankan dengan cara memasukkan paku ke dalam kepala. Pembunuhan beramai-ramai yang tidak berperikemanusian ini telah dilakukan di mana-mana sahaja. Di kawasan perkampung gunung kecil di Utara Madrid, sebagai contoh, 31 orang kampung telah ditahan kerana mereka tidak mengundi Franco, mereka semua telah dibawa keluar daripada kampung mereka dengan menggunakan lori dan telah dibunuh di tepi jalan. Para penyokong rasialis telah memasuki sebuah bandar yang mempunyai penduduk seramai 11,000 orang berhampiran Seville dan telah membunuh lebih daripada 300 orang. Natijah daripada peristiwa-peristiwa ganas ini, hampir 800,000 orang telah dibunuh di dalam perang saudara ini, lebih 200,000 orang telah dihukum bunuh dengan arahan daripada Franco. Berjuta-juta orang telah tercedera dan menjadi cacat.

Franco Memberikan Hitler Seluruh Penduduk Kampung Untuk Menguji Senjatanya

Penyokong utama terhadap Fasis Franco di dalam Perang Saudara tersebut ialah Hitler dan Mussolini. Franco tidak membiarkan sokongan sekutu-sekutunya tanpa balasan: beliau telah membuat perjanjian-perjanjian yang paling kejam dan ganas di dalam sejarah, dengan memberikan bandar-bandar kecil seperti seperti Guernica kepada Nazi sebagai hadiah kepada mereka untuk menguji senjata-senjata mereka.
Pada pagi 5 May 1937, penduduk perkampungan kecil Guernica menyedari kematian yang dibawakan oleh kapal terbang gergasi dan berton-ton bom, keajaiban baru daripada teknologi Nazi. Perkampuangan kecil tersebut telah diserahkan oleh Franco kepada ujian kapak terbang Nazi.
Kejadian ini hanyalah salah satu hasil daripada falsafah songsang ini yang menganggap manusia sebagai haiwan makmal. Falsafah ini, yang membiarkan beratus-ratus manusia mati hanya untuk menguji kekuatan senjata mereka dan telah mencacatkan, mencederakan, dan menyiksa beratus-ratus yang lain, masih hidup hari ini di bawah berbagai kepalsuan. Perkara ini akan berterusan selagi mana falsafah secara Darwin dan beberapa penindasan yang melihat manusia sebagai satu spesis binatang dan melihat peperangan sebagai satu cara untuk maju yang paling efektif, masih dikekalkan.


Tidak ada belas kasihan walaupun kepada kanak-kanak di dalam Perang Saudara Sepanyol, yang berpunca daripada Franco. Mereka dibawa daripada rumah-rumah mereka tanpa sebab dan kemudiannya ditembak. Mereka yang tidak berdosa telah dibunuh, dicacatkan dan kehilangan keluargan dan orang-orang yang disayangi. Ini adalah kesan daripada kekejaman Fasis di dalam kehidupan seharian.
 
Peranan Awal Darwinisme Di Dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua

Di dalam buku beliau Europe Since 1870, pensyarah British yang terkenal James Joll menjelaskan salah satu faktor yang membawa kepada meletusnya Perang Dunia ialah kepercayaan pemimpin-pemimpin Eropah kepada idea-idea Darwin:
Kita telah melihat bagaimana idea-idea Darwin ini memberikan pengaruh yang hebat kepada ideologi imperialisme pada akhir abad ke-19; tetapi adalah penting untuk menyedari bagaimana doktrin perjuangan untuk hidup dan 'yang kuatlah, yang terus hidup' telah diterima oleh majoriti pemimpin-pemimpin Eropah pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Pertama. Contohnya, chief of staff Empayar Austro-Hungarian, Franz Baron Conrad von Hoetzendorff, telah menulis di dalam memoirnya selepas perang:

Agama dermawan, pendidikan moral dan ajaran-ajaran pemurah, boleh melemahkan perjuangan manusia untuk hidup di dalam bentuknya yang paling kejam, tetapi mereka tidak akan berjaya untuk membuangnya sebagai satu motif dorongan dunia… Ia selaras dengan prinsip bahawa tragedi perang dunia ini berlaku disebabkan oleh motif dorongan di dalam kehidupan kerajaan dan rakyat, seperti petir yang perlu mangdiscas dirinya sendiri.

Untuk menentang latar belakang ideologi seperti ini, desakan Corad kepada satu peperangan pencegahan untuk melindungi Empayar Austro-Hugarian telah menjadi komprehensif.


Halaman Kiri: Situasi di London yang telah dibom oleh kapal terbang Jerman ketika Perang Dunia Kedua.
Kita telah menyaksikan bagaimana pandangan-pandangan ini tidak terhad kepada bentuk ketenteraan sahaja, dan Max Weber sebagai contoh amat bimbangkan persaingan antarabangsa untuk terus hidup. Sekali lagi, Kurt Riezler, pembantu peribadi dan sahabat kepada canselor Jerman Theobald von Bethmann- Hollweg, telah menulis pada 1914: "Permusuhan yang kekal telah diwarisi di dalam hubungan di antara manusia; dan permusuhan yang kita saksikan sekarang ini di mana-mana sahaja… bukan disebabkan oleh kesilapan semula jadi manusia tetapi adalah disebabkan oleh intipati dunia dan sumbernya sendiri".
Friedrich von Bernhardi, seorang jeneral Perang Dunia Pertama dan seorang pakar sosial secara Darwin Jerman, adalah salah seorang daripada pemimpin-pemimpin ini. "Peperangan" menurut Bernhardi "adalah satu keperluan biologi"; ia "adalah perlu sepertimana perlunya persaingan elemen-elemen alam semulajadi" ia "memberikan satu pilihan secara biologi, memandangkan pilihan-pilihannya bergantung kepada perkara-perkara yang paling semulajadi".


Peperangan pada abad ke-20 telah meyebabkan kemusnahan hebat kepada manusia.
Seperti yang dapat kita lihat, Perang Dunia Pertama terjadi disebabkan oleh pemikir-pemikir Eropah, jeneral-jeneral, dan pemimpin-pemimpin yang melihat peperangan, pertumpahan darah, penyiksaan, dan penderitaan sebagai satu bentuk "pembangunan" dan satu undang-undang semula jadi yang tetap. Inspirasi ideologi yang membawa seluruh generasi ini kepada keruntuhan dengan idea-idea yang sama sekali salah tidak lain ialah konsep Darwin tentang "perjuangan untuk hidup" dan "bangsa pilihan". Dua tahun selepas Bernardi berkata demikian, Perang Dunia Kedua, yang membawa pembangunan ideologi (!) bermula, menyebabkan kematian 8 juta orang, memusnahkan beratus-ratus bandar, dan berjuta-juta tercedera, cacat, tiada tempat tinggal dan menganggur. Punca perang Nazi, yang telah bermula 21 tahun kemudian dan telah menyebabkan kematian kira-kira 50 juta orang, juga berlandaskan kepada Darwinisme.

Hitler sering mengaitkan polisi-polisi perang dan pemusnahan bangsa beliau kepada Darwinisme. Beliau melihat peperangan bukan sekadar unutk menghapuskan bangsa-bangsa yang lemah, tetapi juga sebagai suatu kuasa untuk membuang anggota-anggota yang lemah di dalam bangsa utama. Nazi Jerman menerima peperangan sebahagiannya kerana sebab ini, kerana di dalam pemikiran songsang mereka peperangan adalah satu langkah penting untuk peningkatan satu bangsa.

Seorang evolusionis A. E. Wiggam menerangkan tentang "kepercayaan bahawa peperangan membangunkan manusia", di mana Hitler mengasaskan polisi beliau, di dalam sebuah buku yang diterbitkan pada 1922:
… pada satu masa manusia lebih berotak daripada saudara mereka, beruk. Tetapi, dengan menendang, memukul, berkelahi… menewaskan musuh-musuhnya dan kenyataan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai kebijaksanaan dan kekuatan yang memadai untuk melakukannya akan dihapuskan, otak manusia telah menjadi kejam dan ia menurun dari segi kebijaksanaan dan ketangkasan, walaupun tidak pada saiznya… 
Hitler mendapat sokongan daripada para penyokong evolusi seperti Wiggam dan melihat peperangan sebagai satu kemestian kepada sesiapa yang ingin selamat. Dia mengeluarkan kenyataan seperti ini secara terbuka di dalam Mein Kampf:
Seluruh alam semulajadi adalah satu pertembungan di antara kekuatan dan kelemahan - satu kemenangan abadi yang kuat ke atas yang lemah. Jika perkara ini tidak berlaku makan akan berlaku kerosakan kepada alam semulajadi. Sesiapa yang tidak mahu berjuang di dalam dunia di mana perjuangan adalah undang-undang kehidupan, tidak layak hidup. Untuk berfikir sebaliknya adalah sesuatu yang "menganggu" alam semulajadi. Kedukaan, kesengsaraan dan penyakit adalah natijahnya.
Dengan dakwaan Darwin bahawa yang kuat akan kekal selepas pertempuran untuk terus hidup ini dan bahawa spesis-spesis yang membangun dengan cara ini akan diadaptasikan kepada masyarakat manusia, peperangan telah dilihat sebagai sutu keperluan untuk pembangunan manusia. Sebagai contoh, Hitler menganggap kehebatan Jerman ialah penghapusan anggota-anggota yang lemah melalui peperangan sepanjang kurun. Walau pun Jerman memang telah biasa dengan peperangan tetapi justifikasi "saintifik" baru ini merupakan satu kuasa untuk mempertahankan polisi-polisi ganas mereka.

Lebih daripada itu, Hitler mendakwa, "tamadun manusia seperti yang kita kenali hari ini tidak akan wujud jika tidak kerana peperangan yang berterusan ini".

Haeckel meramalkan, di dalam subjek peperangan, bahawa uslub ganas Spartans, salah sebuah bandar yang membentuk Greece Purba, perlu diamalkan. Beliau menulis bahawa "dengan membunuh semuanya kecuali 'kanak-kanak yang paling sihat dan kuat' Spartans terus berada di dalam keadaan yang kuat dan gagah".

Peperangan telah digambarkan sebagai "satu aturan penting" kepada populasi seluruh Eropah, dan tidak hanya di Jerman. Menurut Friedrich Von Berhardi seorang pakar sosial secara Darwin Jerman "jika tidak kerana peperangan, kita mungkin akan mendapati bahawa bangsa-bangsa yang mundur dan tidak maju akan mengatasi mereka yang sihat dan muda dengan kekayaan dan bilangan mereka. Kepentingan peperangan bergantung di sini, ia menyebabkan satu proses pemilihan, dan peperangan-peperangan ini telah menjadi satu keperluan biologi".


Diktator-diktator secara Darwin dan dan despot-despot, yang percaya bahawa peperangan akan mambawa peningkatan kepada manusia, telah menukar abad ke-20 ini kepada sebuah tasik darah. Mereka melakukan penindasan di setiap pelusuk dunia.
Seperti yang telah kita saksikan setakat ini, Hitler dan ahli-ahli teori Nazi yang menyokongnya melihat peperangan sebagai satu keperluan dengan inspirasi yang mereka bina daripada Darwinisme. Dan dengan menlaksanakan keperluan ini mereka telah mengundang kesengsaraan kepada rakyat mereka sendiri, dan orang lain di seluruh dunia. Pada peringkat ini adalah wajar untuk meletakkan Darwin sebagai orang yang bertanggungjawab di atas penderitaan yang dialami di dalam Perang Dunia Kedua:
Buktinya amat jelas bahawa idea-idea Darwinian telah memberikan kesan yang hebat kepada pemikiran dan amalan Jerman… Sebenarnya, idea-idea Darwinian mempunyai pengaruh yang besar berlakunya Perang Dunia Kedua, kehilangan 40 juta nyawa, dan pembaziran kira-kira 6 trilion dolar. Dengan meyakini bahawa evolusi adalah betul, Hitler menganggap dirinya sebagai seorang penyelamat kepada manusia sejagat… Dengan membela satu bangsa superior, dunia akan melihatnya sebagai orang yang telah mengangkat tahap evolusi manusia.
Memang terdapat banyak peperangan yang terjadi di dunia ini sebelum Darwin mengemukakan teorinya. Tetapi kesan daripada teori beliau, peperangan pertama kalinya telah diberikan justifikasi salah oleh sains. Max Nordau telah memberikan tumpuan terhadap peranan negatif Darwin pada subjek peperangan di dalam sebuah artikel bertajuk The Philosophy and Morals of Wars, yang telah menggegarkan Amerika:
Autoriti utama kepada semua penganjur peperangan ini ialah Darwin. Memandangkan teori evolusi telah disebarluaskan, mereka dapat melindungi sifat kekejaman mereka dengan nama Darwin dan mendakwa naluri untuk membunuh yang ada di dalam hati mereka sebagai perkataan terakhir sains.




PERANG KOREA:

Perang Korea, yang telah meletus di antara 1950 dan 1953, telah membawa kerosakan teruk kepada mereka yang tidak berdosa, golongan tua dan kanak-kanak. Manusia menjadi begitu kejam sehingga sanggup menggugurkan bom-bom kepada manusia yang tidak bersalah tanpa ada rasa belas kasihan.


JAKARTA:
Ketika rusuhan May di Jakarta, rumah mayat di Bandar tersebut telah padat dengan mayat. Di dalam pertempuran yang berlaku Bandar-bandar telah dimusnahkan dan kereta-kereta telah dibakar.

Bukanlah satu kebetulan abad ke-20 menyaksikan peperangan paling kejam di dunia, yang dating selepas abad ke-19, yang telah dibentuk oleh idea ahli teori materialis seperti Darwin, Marx, dan Freud. Darwinisme telah menyediakan landasan saintifik dan teori yang mungkin berakhir di dalam peperangan, dan pemerintah-pemerintah zalim yang melihat peperangan sebagai satu kemestian untuk peningkatan manusia telah membunuh sejumlah 60 juta orang di dalam kedua-dua perang dunia.
Peperangan Di Seluruh Negara PERANG VIETNAM:
Perang Vietnam, di mana sejuta orang telah terbunuh atau dicederakan di kedua-dua pihak, telah meninggalkan ramai mangsa kesengsaraan yang masih hidup. Tambahan pula mereka berperang beribu-ribu batu daripada rumah mereka.


BOSNIA DAN KOSOVO:
Pengalaman di Bosnia dan Kosovo tidak harus dilupakan. Ketiadaan simpati kepada mereka yang tidak berdosa yang dibunuh adalah disebabkan mereka Muslim atau daripada kebudayaan atau bangsa berbeza. Kegagalan untuk memberikan bantuan atau simpati, dan tekanan terhadap mereka yang tidak berdosa di Eropah Tengah selama beberapa tahun telah mendedahkan keruntuhan moral dan belas kasihan pada abad ke-21 ini.



UTARA IRELAND:
Masyarakat yang pincang hidup di dalam ketakutan dan kemiskinan, dan jalan-jalan telah musnah di dalam serangan-serangan yang berlaku di antara Great Britain dan pejuang-pejuang dari organisasi IRA.


LIBERIA:

Sering berlaku keganasan di dalam sengketa dalaman.
Neo-Nazis

Fasisme masih hidup hari ini. Serangan dan pencabulan keamanan oleh kumpulan-kumpulan Neo-Nazi terutamanya di Jerman, sering terjadi. Neo-Nazis yang memuja Darwin di dalam laman-laman web mereka, adalah musuh kepada bangsa Turki.
Walaupun pemimpin-pemimpin Fasis seperti Hitler dan Mussolini, dan organisasi-organisasi Nazi yang berkaitan dengan mereka (SA, SS, Gestapo) atau "Blackshirts" Mussolini yang terdapat hari ini, kelihatan seperti sesuatu yang silam, tetapi organisasi-organisasi Neo-Nazi yang mengikut idea-idea mereka masih aktif. Di dalam beberapa tahu kebelakangan ini, pergerakan rasis dan Fasis telah telah bangkit kembali di kebanyakan negara-negara Eropah. Pada awal pergerakan-pergerakan ini muncul Neo-Nazis di Jerman.

Neo-Nazis dianggotai oleh samseng-samseng, penagih dadah, dan mereka yang dahagakan darah, dan memiliki semua ciri-ciri mentaliti Fasis. Sebuah artikel berita tentang Neo-Nazis menunjukkan betapa dahaganya mereka kepada darah dan keganasan:
Darah, kehormatan, dan fanatisisme… Nilai-nilai anggota Kumpulan Fascist Olympia dapat diringkaskan di dalam tiga perkataan ini. Hari ini, organisasi ini telah mempunyai 35,000 anggota. Dan di dalam mata setiap mereka dapat dilihat keinginan luar biasa untuk terus bertambah.


Fasisme masih hidup hari ini. Serangan dan kekacauan oleh kumpulan-kumpulan Neo-Nazis, yang menyangjung Darwin di dalam halaman-halaman web, adalah musuh kepada orang-orang Turki.
Neo-Nazis telah dipengaruhi oleh fahaman Darwinis sepertimana ketua-ketua mereka "yang hebat", Hitler dan pemimpin-pemimpin Nazi yang lain. Di dalam halaman-halaman internet yang mereka sediakan untuk propaganda Nazi yang rasialis, dengan mudah kita akan dapat menemui kata-kata Darwin dan pujian untuknya, kerana Darwin memberikan sokongan kepada semua pergerakan dan idea-idea Neo-Nazis. Tambahan pula, mereka telah mengangkat teori Darwin ini sebagai satu teori yang mesti diterima, tanpa perlunya sebarang bukti.

Serangan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Neo-Nazis adalah sangat kejam. Neo-Nazis merasa bangga membakar manusia hingga mati, menakut-nakutkan mereka, dan mendera kanak-kanak kecil, dan bangsa Turki adalah salah satu sasaran utama mereka. Neo-Nazis telah melahirkan kemarahan dan dendam mereka kepada bangsa Turki di dalam setiap sudut halaman internet mereka, dan menzahirkan kemarahan ini dengan tindakan. Kenyataan tentang bangsa Turki telah muncul di dalam salah satu halaman Neo-Nazis:

Sebagai contoh, sekiranya ia berkuasa hari ini, saya ingin melihat sebahagian bangsa Turki di dalam bilik gas.75
Sekali lagi individu yang menjadi asas dendam Neo-Nazis terhadap bangsa Turki ialah Charles Darwin. Neo-Nazis beranggapan mereka telah mendapat penjelasan saintifik terhadap kebencian mereka terhadap bangsa Turki dengan mengambil dakwaan-dakwaan Darwin yang salah dan bodoh berkaitan dengan mereka. Di halaman akhir bab ini kamu akan dapat menyaksikan lebih banyak laman-laman internet Neo-Nazi yang memuja Darwin dan memperlihatkan apa yang hendak mereka perkatakan tentang bangsa Turki.

Keganasan Neo-Nazi terhadap banga Turki dan orang lain semakin meningkat. Sebuah akhbar harian Turki Sabah bertarikh 12 Ogos 2000 telah memberikan satu senarai serangan-serangan Neo-Nazi ketika musim panas tahun 2000:
-Pada bulan Jun, tingkap-tingkap Masjid Ar-Rahman di bandar Gera di negeri Thüringen telah dipecahkan.

Neo-Nazis melakukan serangan yang ditujukan kepada orang-orang Turki di Bandar Möln pada1992.
- Dua bom api telah dilontarkan ke sebuah masjid Turki di bandar kecil Eppingen di negeri Baden-Württemberg.
- Sebutir bom api telah dilontarkan ke Masjid Hijau di bahagian Utersen, Pinneberg.
- Sebuah bangunan yang didiami oleh orang-orang Turki telah dibakar.
- Di Bochold, sebuah kafe Turki dan sebuah bangunan didiami orang-orang Lubnan telah dibakar. Empat belas orang telah tercedera, seorang berada di dalam keadaan serius.
- Di Utara Jerman, di bandar Chemnitz, seorang bayi kepada sebuah keluarga Iraq telah dicampakkan ke tanah. Muka bayi berkenaan telah tercedera apabila ia terkena konkrit.76

Telah berlaku banyak kemalangan-kemalangan ganas kebelakangan ini. Dengan mengambil dendam Darwin terhadap bangsa Turki sebagai panduan, Neo-Nazi telah mengatur serangan terhadap bangsa Turki di Möln pada November 1992. Seterusnya, dalam tahun 1993, lima orang berbangsa Turki telah dibakar oleh Neo-Nazi di Solingen.77 Media telah menyifatkan kejadian ini sebagai "Serangan rasialis paling ganas di dalam sejarah Jerman semenjak era Nazi". Serangan-serangan seperti ini dapat disaksikan pada tahun-tahun berikutnya. Rumah-rumah orang Turki telah dibakar, mereka juga telah dibelasah dan dicederakan. Sepertimana serangan Jerman ke atas Holland. Di dalam satu serangan yang ditujukan kepada bangsa Turki, seorang wanita dan lima orang anaknya telah dibunuh. Mereka yang mengambil bahagian di dalam upacara perkabungan dijalankan telah menerima surat-surat ugutan yang mempunyai lambang swastika (lambang Neo-Nazi).

Halaman-halaman web Neo-Nazis. Di dalam halaman-halaman Neo-nazis ini yang memuji menyanjung Darwin, mensasarkan serangan dan ugutan kepada orang-orang Turki.
Kejadian-kejadian ini hanyalah sebahagian daripada serangan-serangan rasialis terhadap bangsa Turki. Serangan-serangan dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan Fasis ini, pewaris-pewaris Darwin dan Fasis seperti Hitler, masih berterusan. Undang-undang rasmi masih tidak memadai untuk menyekat serangan kumpulan-kumpulan ini yang tidak berperikemanusian. Cara yang pasti dapat menghentikan mereka ialah dengan mencetuskan peperangan ideologi yang serius seiring dengan undang-undang rasmi. Kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang menganggap rasisme sebagai satu undang-undang semula jadi tidak akan berakhir selagi idea-idea Darwinis tidak ditewaskan oleh sains.

No comments:

Post a Comment