Arkib Viewers

Monday, August 13, 2012

Perihal BSS : CAHAYA & Budi Suci Sejati

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa itu Cahaya??? Cahaya adalah merupakan sebuah radiasi yang dapat dilihat oleh mata manusia. Cahaya merupakan gelombang eloktromagnetik, iaitu gelombang yang getarannya adalah medan listrik dan medan magnet. Cahaya bergerak dalam satu laluan lurus dan tidak akan terbelok dengan tidak semena-mena. Menurut jenisnya, cahaya dibezakan menjadi 2 kategori besar iaitu cahaya yang nampak (dengan mata kasar) dan cahaya yang tidak nampak (dengan mata kasar). Cahaya 'nampak' pula terbahagi menjadi 2 iaitu monokromatik dan polikromatik. Benda yang tidak dapat memancarkan cahayanya sendiri disebut benda gelap atau legap, Sedangkan benda yang dapat memancarkan cahayanya sendiri disebut sumber cahaya. Sumber utama cahaya adalah matahari. Matahari merupakan cahaya bagi kehidupan manusia di bumi. Perkiraan jarak antara bumi dan matahari adalah 149.600.000 km dari bumi. Matahari juga disebut bintang, karena sumber cahaya  itu terkandung di dalam matahari itu sendiri, yang mana sumber cahaya merupakan suatu 'energy' atau tenaga dan kebiasaannya digelar 'tenaga cahaya'. Sifat-sifat pada cahaya yang asas dan biasanya kita sememangnya mengetahui iaitu cahaya bergerak dalam laluan yang lurus, cahaya dapat dipantulkan, serta cahaya dapat dibiaskan. Cahaya dapat merambat lurus apabila pancaran cahaya tidak terhalang oleh suatu benda yang dapat menghalang pancaran cahaya yang bergerak lurus itu. 

Apa yang pastinya, cahaya merupakan suatu sumber yang terang dan adakalanya boleh menyakitkan dan mempunyai unsur penyilauan. Cahaya bukanlah sama semuanya, ianya didatangi dengan pelbagai jenis dan peringkat malah cahaya dikategorikan ialah zarah-zarah seni yang berkelajuan terhad juga dalam pelbagai quantum. Saintist-saintist barat selalu mengkaji perihal cahaya ini dan mengklasifikasikanya melalui suatu standard yang diterima pakai sedunia dan menjadi bahan kajian bagi pelbagai jenis manfaat dan kegunaan contohnya seperti cahaya ALPHA, cahaya BETA, cahaya GAMMA cahaya X-RAY, ELEKTROMAGNETIK dan lain-lain. 

Selain itu ada jenis-jenis cahaya amat membahayakan. Ada cahaya yang dapat menimbulkan penyakit secara tidak langsung dan ada juga yang dapat menimbulkan penyakit secara langsung. Selain itu ada jenis cahaya yang dapat menembusi halangan atau tidak dapat menembusi halangan dari sehelai kertas malah sehingga kepada sekeping Titanium nipis.

Dapat menimbulkan penyakit secara langsung - cth penyinaran radioaktif (amat berbahaya dan boleh mati dalam masa 3 hari)
Menimbulkan penyakit secara tidak langsung - cth sinar X-Ray dan sinar UV
Dapat menembusi halangan ringan- cth sinar BETA
Dapat menembusi halangan berat - cth sinar GAMMA (dapat menembusi besi dan kayu juga amat berbahaya)
yang tidak dapat menembusi walau halangan kecil - sinar ALPHA
dapat dilihat - cahaya lampu suluh, cahaya laser
tidak dapat dilihat (dpt dilihat dgn teknologi sains shj) - infra red , sinaran radioaktif
tidak dapat dilihat dengan mata kasar - aura di tubuh manusia, haiwan, cahaya Budi, Malaikat (berunsur cahaya)

Malah cahaya juga dapat diolah untuk kegunaan atau kemudahan dalam pelbagai bidang spt bidang kedoktoran, kesihatan, perfileman, fotografi, sains, teknologi, dan juga dalam pelbagai bidang lagi. Jadi apa kena mengenanya perihal CAHAYA ini dengan perihal Budi Suci sejati yang sedang kita menanggung ini???


seperti keterangan yang sebelum ini mengenai CAHAYA... Cahaya itu dapat diolah,dapat dipantulkan, dapat membakar, dapat menyembuhkan penyakit, dapat memtong sesuatu malah dapat menembusi sesuatu mengikut jenis zarah-zarah sumber cahaya tersebut, begitu hebatnya cahaya itu. ROH dan JASAD pengikatnya ialah NAFAS, dimana tanpa NAFAS, ROH dan JASAD tidak akan dapat menyempurnakan 'tugas'nya di dunia ini.. seperti itu juga tanpa ROH, atau tanpa JASAD.. Jadi dapat disimpulkan disini ialah ketiga-tiganya iaitu ROH, JASAD dan NAFAS memerlukan diantara satu sama lain untuk menjadi manusia yang 'sempurna' hidup di dunia ini.. begitu Maha Hebatnya ciptaan Allah S.W.T ini yang bergelar Makhluk MANUSIA.

Mengikut ahli-ahli sufi/tasawwuf, perjalanan nafas itu adalah suatu 'zikir' kepada Allah yang maha pencipta, Nafas jugalah yang menimbulkan nafsu, menjalankan sistem dalaman tubuh badan, melakukan penghadaman, menimbulkan penyakit, juga menjalankan akal berfikir dan banyak lagi kefungsian nafas itu. Bila dikatakan bahawa, di dalam setiap tubuh keturunan Nabi Allah Adam A.S. adalah terkandung NUR iaitu Cahaya bagi panggilan UMUM, maka yang sebenarnya di dalam tubuh manusia itu terkandung berlapis-lapis cahaya yang diberikan oleh Allah S.W.t kepada kita selaku khalifah. Dimana letaknya CAHAYA itu di dalam diri??? itulah ia di dalam NAFAS kita sendiri yang kita sedut seharian, dan NAFAS itu sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat.

Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa keluar masuk nafas dengan tiada zikir ALLAH maka sia-sialah ia". 

Apa-apa amalan yang dilakukan seperti berzikir, bersolat, membaca Al-Quran, bermujahadah, melakukan kebaikan akan dilimpahkan NUR kepada dirinya. Malah Allah S.W.T. tidak pernak sekali-kali lokek untuk melimpahkan NUR NYA kepada manusia yang sentiasa beramal dan melakukan kebaikan. Banyak dalil yang mengatakan bahawa Allah S.W.T. melimpahkan kemuliaan kepada hambaNYA yang beramal Soleh. MULIA atau KEMULIAAN itu adalah sebenarnya NUR yang ibarat sebuah mentol yang bercahaya terang benderang di dalam gelap gelita pekat malam, ianya menjadi daya tarikan dan simbol juga dihormati para Malaikat dan juga digeruni para JIN dan Syaitan juga sekutunya.

Jadi, amalan Budi Suci Sejati yang di dalamnya terkandung amalan JURUSAN adalah merupakan amalan yang merupakan suatu gerak langkah yang dapat menimbulkan cahaya atau NUR di dalam diri yang mana ahli-ahli menggelarnya CAHAYA BUDI. CAHAYA BUDI terhasil dan terkandung pada NAFAS kita, yang mana NAFAS itu tadi iaitu NUR itu tadi digunakan sebagai 'self-defence system' di dalam diri dan dapat digunakan sebagai pukulan-pukulan dan juga membantu mereka-mereka yang terlibat dalam sakit mistik yang tidak dapat diselesaikan oleh pakar kedoktoran sains perubatan. Kerana itu ahli-ahli disarankan supaya memperbanyakkan BERJURUS dan tidak lupa untuk melakukan amalan-amalan yang baik dan diredhai olehnya supaya NUR di dalam diri saling mengukuh di antara satu sama lain menjadikan ianya berlapis-lapis dan diangkat sebagai orang yang mulia, Insyaallah.

 CAHAYA itu sendiri ialah suatu nikmat yang diberi AllahS.W.T dimana manusia yang berakal dan bijak akan cuba mencari kaedah dan cara pengaplikasiannya, tidak kira dalam pelbagai bidang sekalipun termasuk ahli-ahli sufi sendiri. Mereka dapat mengkaji nur di dalam diri dapat dijadikan persenjataan dan pertahanan yang kukuh di dalam diri dari segala bentuk kezaliman. Malah Budi Suci sejati yang sering digelar pukulan jarak jauh oleh segelintir masyarakat menunjukkan bahawa, cahaya itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar, NAFAS yang kita hembuskan dapat menghentam sifat zalim dari jarak yang jauh yang sebenarnya merupakan bentuk cahaya yang ibarat pancaran laser yang mengenai musuh dalam suatu jarak. Oleh kerana ianya tidak kelihatan oleh mata kasar, maka ungkapan pukulan jarak jauh pun muncul. Malah makhluk JIN sangat-sangat takut dengan NUR diri kita jika ianya sentiasa tebal dan utuh dalam tubuh badan.

Jadi secara kesimpulannya, cahaya itu boleh dibentuk, dipotong, dan diolah mengikut keperluan semasa. ianya sama seperti JURUSAN. Jurusan mempunyai 'gerak langkah' tertentu dimana kesemuanya berjumlah 50 Jurusan yang perlu dipelajari. Setiap satu Jurusan, mempunyai kekuatannya tersendiri dan pengeluaran cahaya yang berlainan. itu semua akan dikupas kemudian pada post yang akan datang, Insyaallah. Setiap satu langkah berbeza dengan satu langkah yang lain, dimana itu menunjukkan dimana CAHAYA yang pada diri kita itu tadi diaplikasikan mengikut kehendak2 atau bentuk2 Jurusan yang kita lancarkan.

CAHAYA <====> JURUSAN <=====> CAHAYA

dari rajah di atas menunjukkan dimana Jurusan itu menimbulkan cahaya yang terang dan cahaya yang terang adalah berpunca hasil dari Jurusan yang dilakukan. kedua-duanya mempunyai kaitan yang amat kuat. Beramallah kita semoga kita dilimpahkan kemuliaan (NUR/CAHAYA) pada diri kita selagi masih kita berNAFAS!!!

fikir-fikirkanlah...........................................................................!!

Friday, August 10, 2012

Mutu Solat


Source From E-mail


AsSalaam,

Peringatan buat kita semua.


Bismillahirrahmanirrahim.

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang... takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka... waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main... kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.


Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca... dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya... dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'aalamin


Thanks To Tahrul adha Taib (Edbest)