Arkib Viewers

Thursday, June 21, 2012

Debat Dan Muzakarah : Huraian Ilmu Kebatinan dari sudut Hamba Allah


Memang betul..hari ini memang saya ingin menulis tentang Ilmu ghaib. Agak lama saya tidak menulis tentang satu subjek yang menjadi kegemaran saya selain daripada subjek sains minda dan subjek pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib yang sangat saya minati iaitu bidang bio-energi atau terapi energi atau sewaktu dengannya iaitu ilmu metafizik.

Sebenarnya, artikel tentang terapi energi ini memang subjek kegemaran saya dan kerap saya sentuh di sini. Kalau anda pernah membaca artikel awal di blog ini , anda pasti tahu subjek ini kerap saya tulis walau dalam nada yang ringan sahaja. Maka, sempena satu sesi Retreat & Recharge yang akan saya hadiri di Langkawi hujung minggu ini di bawah kendalian IQBC yang diketuai oleh Master Hazil, saya tergerak untuk menulis secara santai tentang apakah yang menariknya memahami bidang bio-energi ini. Tambah semangat sekarang ini kerana saya dalam proses menulis satu buku ILMU GHAIB yang lengkap bersama dengan Master Hazil yang PASTI akan membuka seribu satu pintu maklumat tentang bidang bio energy ini.

Sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa buku The Secret adalah buku yang membicarakan tentang ilmu energi. Membaca buku Michael Losier “The Law of Attraction” juga adalah tentang ilmu metafizik iaitu ilmu energi. Tambah mengujakan bila saya sebut, subjek feng shhui seperti buku aliran Lillian Too juga sebenarnya sains energi. Berapa ramai yang tahu, ratusan perguruan tenaga dalam yang “tumbuh bak cendawan selepas hujan” pada awal tahun 90an juga adalah penuh dengan elemen ilmu energi? Kerana itu pukulan jarak jauh hanya berkesan jika musuh juga beremosi. (ini kena ikut kelas KAMK baru boleh dijelaskan secara mendalam).

Ramai juga yang tidak tahu yang terapi “mandi bunga” juga adalah dari aliran terapi energi. Kerana itu jika kita faham tentang ilmu energi itu baru ada penjelasan kenapa ritual@terapi tersebut memerlukan tujuh jenis bunga. Tidaklah nanti kita hanya menerima tanpa mengetahui sains di sebalik ritual atau terapi tersebut.
Bagi peminat batu-batu cincin Kristal atau peminat batu-batu hikmat yang banyak dijual sehingga berharga beribu-ribu ringgit mungkin kerana telah “diisi” oleh “paranormal” atau tokoh-tokoh energi untuk tujuan yang pelbagai seperti tarik rezeki, pengasih, dan sebagainya juga perlu mengetahui bahawa memakai cincin tersebut adalah satu kaedah terapi energi atau bio energi.

Bagi peminat-peminat cincin teras kayu juga sebenarnya terdapat unsur-unsur penerangan ilmu energi disebalik “ke-magis-an” yang dikatakan dimiliki oleh sesuatu teras kayu atau azimat tersebut. Malahan ramai orang tidak tahu kenapa ada sesetengah tempat yang agak “keramat”; yang dikatakan agak sesuai untuk tujuan-tujuan meditasi dan kenapa tenpat-tempat yang tertentu seperti laut, air terjun , gua dan lain-lain sangat mujarab untuk tujuan mendapat ilmu ghaib.

Sebenarnya terlalu banyak tradisi dan budaya mahupun ritual yang kita amalkan atau kita terima pakai semenjak dahulu hingga kini tidak difahami secara saintifik (walaupun ia kelihatan sangat metafizik) tetapi sebenarnya boleh dikupas dan diterangkan secara ilmiah apabila kita memahami ilmu energi.

Kadang kala saya kecewa apabila masyarakat mudah membuat penilaian pada ilmu energi atau terapi energi yang MEREKA tidak FAHAMI atau KENALI. Di sebaliknya mereka sendiri mengamalkan pelbagai budaya dan amalan yang dibawa oleh datuk nenek kita yang masih bersifat tahyul dan khurafat malahan boleh merosakkan akidah jika tidak difahami dan hanya menerima dan mempercayainya bulat-bulat.
Cuba kita singkap akhbar-akhbar tabloid tertentu yang banyak mempromosikan ritual yang mistikal dan mereka sendiri tidak faham apakah penjelasan yang mereka boleh terangkan pada setiap ritual yang mereka lakukan.

Di dalam bidang ilmu bio-energi atau terapi energi, terdapat pelbagai kaedah dan aliran yang kita boleh pelajari dan gunakan dalam kehidupan setiap hari. Yang penting kita kena tahu dan mendalami secara asas pekara yang kita ingin pelajari. Terdapat pelbagai perguruan dan sekolah yang menawarkan ilmu ini. Ada yang ditawarkan secara instant dan ada yang berbentuk kelas yang lengkap.

Sebagai seorang pengamal terapi energy; baik dari aliran chakra mahupun meridian seperti Reiki, Perguruan Tenaga Dalam, RES56, EFT sehingga kepada moden terapi energy seperti radionics dan terapi frekuansi- saya suka menasihatkan mereka yang berminat untuk mendalami ilmu energi ini untuk mendapatkan guru yang ikhlas dan benar-benar ingin memakmurkan ilmu itu sendiri. Pada saya ilmu energi ini bukan mahu menjadikan kita sebagai seorang tukang ubat, paranormal, orang biasa menjadi luar biasa cepat dan sebagainya sahaja. Ia lebih luas dari itu. Tetapi hanya mereka yang benar-benar yang terlibat sahaja yang akan memahaminya.

Ia juga bukan sekadar attunement, pengijazahan, transfer, penbangkitan, abhiseka, shaktipat , channeling dan pelbagai lagi bahasa metafiziknya yang tidak difahami oleh peminat yang ingin belajar. Di barat memang mereka menjual semua pekara yang saya sebutkan itu. Kerana mereka sangat bebas dari segi pegangan dan kepercayaan. Kita di sini ada tanggungjawap pada akidah dan iman yang dianut oleh pengamal yang ingin belajar. Jika kita tidak menerangkan ilmu energi ini secara ilmu, maklumat dan ilmiah, dikuatiri ia mendatangkan kerosakan pada pegangan diri pengamal yang baru itu.Malahan mereka yang kurang faham ini akan sukar untuk menjawap soalan dari masyarakat luar yang suka “melabel” tanpa memahami sesuatu ilmu.
Saya tahu ramai orang mahu jadi “luar biasa” hebat akan tertarik apabila membaca ilmu yang ditawarkan. Maka, jika anda berminat sudah tentu anda perlu mendalami dahulu dan bertanya pada mereka yang faham sebelum membuat keputusan. Pada saya, Ilmu bio energy ini sedang berkembang dengan lebih positif. Jika dahulu ia banyak di gunakan untuk masalah penyembuhan fizikal dan masalah kerohanian yang tertentu, hari ini terapi energi telah mula bercambah dalam bidang psikologi. Masalah kehidupan seperti kerap gagal, masalah kemiskinan, masalah dalam hubungan dan sebagainya sudah boleh diatasi dengan mengunakan terapi energi. Jika dahulu, bila dikatakan ilmu ghaib sahaja sudah terbayangkan mahu jadi kebal, ilmu kebatinan, pukulan jarak jauh, makan kaca dan sebagainya.

Hari ini saya gembira memberitahu, ilmu ghaib juga boleh kita gunakan ntuk mencapai impian kita, mencapai kejayaan dalam bisnes kita, menarik kekayaan datang dalam kehidupan kita, menjadikan kita gembira dan makmur selalu. Workshop KAMK satu contoh bagaimana bidang psikologi , motivasi dan terapi energy di gabungkan dan menghasilkan satu FENOMENA baru dalam industri pembangunan diri manusia. Ilmu ghaib bukan sekadar para mistik dan diajar di tempat-tempat yang tertutup tetapi ilmu ghaib kini melangkaui skop yang lebih luas dan lebih kedepan..inshaAllah.

Sekurang-kurangnya kita telah mula membuat satu anjakan pradigma atau menukar mindset kita di dalam bidang ilmu energy ini.

Hamba Allah

Wednesday, June 6, 2012

KEDUDUKAN HURUF ASAS DALAM TUBUH















1    Antara dua kening 16    Mata kanan
2    Kening kanan 17    Mata kiri
3    Kening kiri 18    Tangan kanan
4    Dahi 19    Tangan kiri
5    Ubun-ubun 20    Punggung kanan
6    Bahu kanan 21    Punggung kiri
7    Bahu kiri 22    Belikat kanan
8    Kaki kanan 23    Belikat kiri
9    Kaki kiri 24    Otak
10    Siku kanan 25    Mulut
11    Siku kiri 26    Perut
12    Sum-sum kanan 27    Hati
13    Sum-sum kiri 28    Seluruh tubuh
14 Telinga kanan 29    Benih
15 Telinga kiri 30    Hati yang bernama      jantung












Tok Ayoh Abdullah Basmihk, Dungun Terengganu








Hijau = Bentuk Tengah
Biru = Bentuk Kanan
Merah = Bentuk Kiri




























 
 
 











Thursday, May 31, 2012

Al-Quran dan Sunnah : Jumlah Nabi & Rasul

Dari Abu Zar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi." "Lalu berapa jumlah Rasul diantara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas(313)"

(Hadits riwayat At-Tarmidzi)

Monday, May 21, 2012

Perihal BSS : Makhluk Manusia dan Penciptaannya

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


Makhluk yang digelar manusia ialah suatu makhluk yang amat tinggi tarafnya berbanding dengan makhluk2 yang lain. Ianya dicipta atas sebab-sebab yang hanya Allah S.W.t sahaja Maha Mengetahuinya. Bagi pengetahuan manusia pula, kita dicipta hanya untuk mengabdikan diri kita kepada Maha Pencipta yang Esa iaitu allah S.W.t tanpa ada sekutu selainNya. Kejadian manusia yang amat unik dicipta sangat berbeza dari ciptaan makhluk-makhluk yang lain merupakan suatu anugerah yang diberikan oleh allah S.W.t selaku dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini. 3 perkara utama atas asas sumber UTAMA yang mewujudkan makhluk manusia ialah:

JASAD
ROH
NAFAS

Jasad ialah perkara atau kejadian ciptaan Allah S.W.t yang 'nyata' dan 'berbentuk', mempunyai sistem-sistem dalaman dan anggota-anggota luaran, juga tidak kekal dan dapat berubah, dapat dihancurkan, dan dapat diolah atau dikaji oleh makhluk manusia yang lain. Roh pula ialah suatu perkara atau kejadian ciptaan Allah S.W.t yang 'tidak nyata' dan 'tidak berbentuk', tidak mempunyai sistem-sistem dalaman atau anggota-anggota luaran, ianya adalah 'kekal kewujudannya' dan tidak boleh diubah, diolah dan tidak dapat dhancurkan oleh makhluk manusia atau makhluk-makhluk yang lain. Nafas pula ialah suatu ciptaan iaitu 'RAHSIA' yang dimasukkan ibarat tali penghubung diantara roh dan jasad. Malah NAFAS pada makhluk manusia adalah sangat-sangat berbeza dengan NAFAS bagi makhluk-makhluk ciptaan Allah S.W.t yang lain. Kewujudan manusia itu sendiri boleh di ibaratkan seperti sebuah komputer dimana komputer mempunyai 'hardware' seperti'casing' atau 'mini rack' yang memuatkan motherboard, RAM, Hardisk, Power Supply segala kabel dan lain-lain yang mana ianya bersamaan seperti JASAD manusia yang mempunyai jantung, peparu, otak, urat dan lain-lain. Kemudian komputer mempunyai 'software' seperti windows dan perisian-perisian yang lain termasuk microsoft office atau skype, yang mana ianya bersamaan seperti ROH. JASAD dan ROH tidak berfungsi jika tiada kuasa yang menjanakan ianya. Tanpa sumber kuasa tersebut, HARDWARE dan SOFTWARE sesebuah komputer tidak bisa digunakan dan dimanfaatkan. Ianya hanyalah seperti barang perhiasan sahaja. Sumber kuasa yang menjana sesebuah komputer tersebut adalah Elektrik yang mana kewujudan manusia yang mempunyai JASAD dan ROH juga haruslah mempunyai janaan kuasanya yang tersendiri barulah manusia itu tadi boleh berjalan, berlari, bersolat, berdakwah dan beramal. Janaan sumber kuasa yang menghubungkan JASAD dan ROH manusia adalah NAFAS. NAFAS ibarat sebuah tali penghubung diantara ROH dan JASAD. Tanpa NAFAS, ROH dan JASAD tidak bermanfaat dan mati.

Manusia, jin dan haiwan merupakan makhluk-makhluk Allah yang mempunyai unsur kejadian, tingkah laku dan nafsunya yang tersendiri. Dari segi kejadian, manusia adalah asalnya daripada tanah dan mempunyai empat unsur iaitu angin, air, api dan tanah. Manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang nyata dan yang ghaib. Manakala jin pula berasal daripada api yang sangat panas, tidak berasap dan terbahagi kepada satu bahagian saja iaitu yang ghaib. Haiwan adalah makhluk Allah yang yang juga terbahagi kepada dua bahagian sahaja iaitu tubuh dan naluri yang mana naluri itu terjana dari NAFAS peringkat haiwan.

Jika dibandingkan dengan ketiga-tiga makhluk ini, manusilah yang mempunyai darjat yang tinggi sebagaimana firman Allah di dalam Al Quran 'sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian'. Kejadian manusia yang nyata ialah JASAD menakala yang ghaib ialah ROH dan kelebihan yang ada pada manusia ialah akal/fikiran yang boleh menimbang antara baik dengan jahat dan antara yang BATHIL dengan Yang HAQ.

Manusia itu indah dan tinggi kejadiannya kerana ia menanggung suatu amanah Allah s.w.t yang mana lain-lain kejadian tidak sanggup menanggungnya. Manusia mempunyai Jasad, Roh dan Nafas.

Untuk menjadikan Khalifah di muka bumi ini Allah telah mencipta manusia yang pertama berbentuk jasad iaitu ADAM sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Hijr ayat 26-27 :
'Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia ( Adam ) dari tanah liat yang kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah menciptakan Jin sebelum ( Adam ) dari api yang sangat panas.'

Setelah itu Allah telah meninggikan darjat manusia dengan menjadikan manusia sebagai Khalifah di muka bumi sebagaimana firmanNya dalam surah Al Baqarah ayat 30 :
'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi'

Istimewanya kejadian manusia ialah apabila dilihat jasad Adam yang kaku dan tidak bernyawa telah ditiup dengan roh (ciptaan) Allah, sebagaimana disebut dalam surah Al Hijr ayat 29 :

'Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh ( ciptaan )Ku maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud'.

Kita dianugerahi oleh Allah suatu kemuliaan yang jauh lebih tinggi daripada yang terfikir dan dirasakan oleh manusia itu sendiri, iaitu ruh, kerana roh ini Allah khususkan untuk manusia sahaja dan tidak untuk yang lain. Masakan Allah telah memberi perintah kepada para malaikatNya untuk bersujud kepada Adam sekiranya tidak ada sesuatu keistimewaan yang ditempatkan oleh Allah s.w.t di jasad Adam.

Jasad Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah s.w.t. daripada tanah liat yang kering kontang atau hitam berlumpur. Ini berbeza dengan kejadian jasad selepasnya. Jasad selepas Adam diciptakan berasal daripada air (air mani) iaitu percantuman air suci daripada insan lelaki dan perempuan dan memakan masa selama 9 bulan 10 hari di dalam kandungan Ibu sebelum dizahirkan sebagai bayi. Semasa di dalam kandungan Ibu, jasad bayi ini melalui proses-proses tertentu dan apabila bayi ini sudah matang di dalam kandungan ibunya barulah ia dilahirkan dan kelahirannya adalah bersama-sama Roh yang diamanahkan kepada jasad yang dilahirkan. Proses kelahiran manusia ini adalah lebih kurang sama dengan zahirnya Adam ke muka bumi dimana setelah Adam diciptakan oleh Allah s.w.t ia telah diletakkan atau disimpan di dalam syurga untuk menimba seberapa banyak ilmu yang boleh dan akhirnya setelah kejadiannya sebagai manusia itu matang ia telah dikeluarkan dari syurga dan di tempatkan di bumi.

Apa yang berlaku di syurga yang menyebabkan Adam dan Hawa dikeluarkan daripadanya adalah hanya sebagai penyebab. Allah ingin memberitahu kepada semua makhlukNya bahawa semua kejadian yang berlaku adalah mempunyai sebab dan penyebabnya. Allah juga ingin menyampaikan mesejNya kepada manusia khasnya kepada kaum Adam bahawa manusia perlu berhati-hati dan berwaspada kepada Iblis kerana hasutannya boleh disalurkan melalui manusia yang paling hampir dan yang paling disayangi oleh kita.

Roh adalah merupakan hak Allah s.w.t yang dipinjamkan dalam jasad manusia dan merupakan suatu alat penghubung antara manusia dengan Tuhan Maha Pencipta. Dengan adanya roh, maka manusia memiliki kedudukan yang sangat tinggi kerana memiliki salah satu unsur yang sentiasa dapat menghubungkan dirinya dengan Allah S.W.t. Oleh kerana itu tidaklah layak seseorang itu merasakan dirinya tinggi, mulia dan agung dengan hasil fikiran dan kebijaksanaannya kerana sebenar-benarnya semuanya itu datang dari Allah S.W.t belaka.

Manusia mempunyai amanah yang dipertanggungjawabkan iaitu membesar dan mengESAkan Allah s.w.t. dan diperintahkan supaya mencari jalan bagaimana untuk kembali kepada PenciptaNya iaitu Allah, dan Allah s.w.t telah menunjukkan jalanNya bagaimana manusia itu mampu kembali kepadaNya. Oleh kerana itu manusia telah diperintahkan supaya beramal kepadaNya sebagaimana dalam firmanNya di dalam Al Quran:

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah (kepada Ku).

Roh tanpa jasad ia tidak akan dapat beramal. Amalan dapat dizahirkan apabila adanya jasad.Jasad tanpa roh adalah mati, roh tanpa jasad tidak akan dapat beramal. Maknanya disini, rohlah yang menghidupkan jasad, bergerak roh maka bergeraklah jasad, apa-apa juga perbuatan oleh jasad adalah datangnya dari perbuatan roh.

Pembangunan jasad mengikut usianya. Semakin lanjut umurnya maka semakin dewasalah jasad. Jasad memerlukan makanan untuk pembesarannya dan makanan yang diambil bagi tujuan ini adalah merupakan sesuatu yang mudah rosak dan tidak bertahan lama, maka apa yang terjadi pada jasad juga mudah rosak dan tidak tahan lama. Akhirnya apabila jasad menjadi tua ia akan memasuki tahap menanti kematian. Tetapi ini tidak berlaku kepada roh. Roh akan sentiasa berkeadaan muda dan tidak memerlukan makanan seperti yang diperlukan oleh jasad. Walaupun begitu, makanan roh adalah berbeza,
kerana ia berkehendakkan sesuatu yang halus dan seni untuk pembangunannya. Dengan kata lain roh adalah pemerintah yang memerintahkan jasad untuk melakukan sesuatu yang dikehendakinya. Apa yang diperintahkan oleh roh maka jasad akan melaksanakannya.

Sebenarnya roh diutuskan dalam jasad adalah untuk beribadah kepada Allah, sebagaimana dalam Firman yang dinyatakan sebelum ini, walaubagaimana pun apabila roh turun ke bumi dalam jasad, roh telah terpesona dan tertipu dengan apa yang ada di bumi yang mana menyebabkan ia lupa akan janjinya kepada Allah s.w.t iaitu beribadah kepada Nya. Roh akan lebih jauh tertipu dengan adanya bisikan daripada manusia dan jin sebagaimana peringatan yang diberkan oleh Allah dalam surah An Naas ayat 4-6 :

'Dari kejahatan pembisik, penghasut (syaitan) yang mengendap, Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia, Dari kalangan jin dan manusia'.

Inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan, dimana haiwan tidak pernah dihasut oleh syaitan dan hanya mempunyai jasad dan naluri, bukannya roh. Walaubagaimana pun, kekuatan roh dan jasad manusia adalah bergantung kepada kekuatan NAFAS. Kuatnya NAFAS itu maka kuatlah ikatan antara jasad dan roh.

Dalam hal ini manusia selalunya lupa akan anugerah dan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya. Segala apa yang dipinjamkan oleh Allah kepadanya tidak dijaga seperti yang sepatutnya, malah ia lupa akan tanggungjawab yang ada padanya. Akal dan fikiran yang diberi oleh Allah s.w.t. digunakan hanya untuk keduniaan dan sedikit saja yang dapat menggunakannya ke jalan yang HAQ.

Nafas adalah sesuatu yang seni dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirasai. Dari segi saintifik, nafas mempunyai oksigen yang memberi kehidupan kepada jasad. Tanpa oksigen yang cukup jasad akan menjadi lemah dan tidak stabil. Kita memerlukan oksigen yang banyak untuk menstabilkan jasad dan menenangkan fikiran.

Nafas ialah sesuatu yang bersifat CAHAYA (NUR) dan adalah merupakan alat yang digunakan oleh roh dalam menyatukan dirinya dalam jasad. Nafas berada dimana-mana dan sentiasa keluar masuk dalam jasad dan ia tidak bertempat. Malah apabila nafas masuk ke dalam jasad ia mengembara dan melalui beberapa 'maqam' yang ada di dalam jasad dan kemudiannya keluar dan bercantum dengan nafas-nafas yang keluar dari jasad-jasad yang lain. Nafas juga boleh terbang dan pergi sejauh yang tidak dapat kita sangkakan dan kemudiannya kembali kepada kita apabila kita memerlukannya. Nafas juga merupakan tali penghubung kepada Allah s.w.t bagi roh dan jasad.

Hubungan antara nafas dengan roh dan jasad adalah seperti layang-layang dengan tali dan dengan orang yang mengendali layang-layang tersebut. Naik atau jatuhnya layang-layang itu bergantung kepada orang yang mengendalinya. Kita boleh ibaratkan layang-layang ini adalah jasad, tali layang-layang adalah nafas manakala orang yang mengendali layang-layang itu adalah roh. Penghubung antara roh dengan jasad adalah nafas.

Nafas perlu dipelihara dan dijaga dengan baik supaya apabila ia masuk kedalam jasad ia membawa perkara-perkara yang baik dan apabila keluar akan membawa perkara-perkara yang tidak baik dari jasad kita. Nafas mempunyai perhubungan yang penting seperti berikut:-

1. Nafas adalah satu alat yang padanya izin Allah diletakkan.
2. Nafas bertanggungjawab membawa sifatullah dari hati ke pelbagai pusat badan, fikiran dan roh.
3. Nafas menimbulkan keseimbangan dan harmoni kepada sesuatu ragam badan.
4. Nafas membawa unsur-unsur kehidupan dari luar badan ke dalam badan untuk fungsi-fungsi jasmaniah.

Nafas adalah pengatur suka, duka, gembira marah, dengki dan lain-lain emosi. Kuantiti dan kualiti nafas mempunyai kesan langsung dan tertentu terhadap kesihatan manusia. Pelbagai kejadian fizikal atau jasmaniah boleh mengubah , menutupi atau melitupi intipati ketuhanan yang dibawa dalam nafas.

Menggunakan nafas pada jalan atau melakukan perkara yang tidak baik, ini akan merosakkan nafas. Nafas yang rosak apabila masuk ke dalam jasad akan juga merosakkan jasad dan apabila jasad rosak kesannya akan menimbulkan berbagai-bagai penyakit jasmaniah yang memerlukan ubat bagi pemulihannya. Tetapi yang lebih nyata dan merosakkan ialah jasmaniah yang sakit akan menyebabkan roh yang ada di jasad akan tidak tenang dan akan mendedahkan roh itu kepada ancaman-ancaman dari bisikan-bisikan jahat jin dan manusia.

Nafas adalah merupakan pertalian antara Tuhan Semesta Alam dengan manusia. Dari mula kita dilahirkan sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir, kita sebenarnya telah menggunakan nafas kita bagi tujuan suatu kehidupan. Setiap satu nafas yang digunakan adalah akan memendekkan jumlah keseluruhan nafas yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t kepada kita. Maka oleh itu jaga dan hargailah nafas yang ada pada kita dan juga gunakanlah nafas itu kepada jalan kebenaran dan bukan sebaliknya.

Dalam surah Yusuf ayat 53 Allah SWT telah berfirman:

'Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana seseungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhan ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'


Ahli Tasawuf (kesufian) membahagikan nafsu manusia kepada beberapa tingkatan:

1. Nafsu ammarah, yang suka menyuruh kepada kejahatan.
2. Nafsu lauwamah, yang berjuang antara kebaikan dan kejahatan.
3. Nafsu musauwilah, yang pandai menipu sehingga kejahatan nampak sebagai suatu kebaikan.
4. Nafsu muthmainnah, yang tenang dan tenteram.

Nafsu ammarah adalah tingkatan nafsu yang paling rendah dalam jiwa manusia dan lebih tinggi dari itu ialah nafsu lauwamah, yang telah mengenal buruk dan baik, dan selalu berjuang menentang keinginan-keinginan yang buruk. Nafsu musauwilah sentiasa menggambarkan yang buruk berupa kebaikan dan yang paling tinggi ialah nafsu muthmainnah iaitu nafsu yang telah sampai ke tingkat ketenteraman dan kesucian.

Oleh kerana itu perlulah kita menjaga dan mengawal perjalanan nafas supaya nafas yang kita gunakan tidak akan bertukar kepada tiga kelompok pertama nafsu di atas. Banyak kaeadah yang digunakan oleh manusia untuk menjaga nafas masing-masing dan kaedah-kaedah ini boleh memberikan kesan yang positif kepada mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang kaedah bagi penjagaan nafas, adalah amat merugikan

Daripada nafas ini juga maka timbullah suatu amalan yang diberi nama BUDI SUCI SEJATI, iaitu suatu amalan yang menggabungkan NAFAS, JASAD dan ROH dan nafas dalam amalan ini pula adalah merupakan sesuatu yang teramat penting dan UTAMA.

Assalamualaikum


Monday, May 7, 2012

Recent : JURUSAN (3)

edy137

itu gunanya bermohon...  sebelum memulakan JURUSAN bermohon dulu atau paling tidak pon NIAT.. masa ituah FUNGSI NIAT itu tadi digunakan....

NIAT supaya kita dapat menumpukan perhatian pada MAKRIFAT yang kita cadangkan... supaya tidak terganggu oleh bisikan syaitan yang membuatkan kita terleka hingga meMAKRIFATkan perkara yang diluar cadangan kita...

wallahualam..

----------------------------------------------------------------------------------------

ruski

makrifat dlm konteks ni bukan visualization ke....

dok terbayang susuk tubuh ada curve lagik...tak kosa den...see no evil.....hahaha jgn marah gurau jer.....nanti kena jual.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Edbest
 
ruski
makrifat dlm konteks ni bukan visualization ke....

dok terbayang susuk tubuh ada curve lagik...tak kosa den...see no evil.....hahaha jgn marah gurau jer.....nanti kena jual.

Visualization tu permulaannya makrifat. Makrifat sebenar makrifat adalah ianya datang sendiri bila kita ikhlas.
Ah, nak IKHLAS dalam jurusan bukan mudah punya kerja. So, barang yg baik...kenalah niat yg baik.

Tp kalau yg datang siap curve biola, 8 figure...tu godaan bang...hahaha. Just roll the ball ajelah. Aku pun gurau jugak yeee!

-----------------------------------------------------------------------------------------

bluegigas
  
makrifat datang sendiri?
kalau dah lama2 nanti makrifat memang akan datang sendiri ke?
kalau makrifat datang sendiri tu, adakah makrifatnya akan sama macam yang kita mula membentuk makrifat peringkat awalnya?

-----------------------------------------------------------------------------------------

Edbest

sudah pasti tidak sama. Ianya bergantung pada apa yg nak disampaikan kepada individu tu sendiri.


 -----------------------------------------------------------------------------------------

bluegigas

patut la bro makhluk ada kabar....
bila sampai satu ketika... jurusan akan jadi prinsip no 1...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Makrifat

korang ni bila berjurus .. jurus kat aku ke ....  asyik sebut makrifat je .. ha ha ha

kalau betul teknik berjurus .. ko boleh rasa energy dan jurus yg tajam dan kuat keluar ...
 
------------------------------------------------------------------------------------------

ruski

tu pun makrifat dah sampai.......

------------------------------------------------------------------------------------------

teknip

salam semua.. ada sesiapa yg tahu ape proses yg berlaku semasa berjurus. kalau ada penerangan dari segi saintifik lagi bagus.

------------------------------------------------------------------------------------------

Edbest

teknip

salam semua.. ada sesiapa yg tahu ape proses yg berlaku semasa berjurus. kalau ada penerangan dari segi saintifik lagi bagus.

salam bang...mcm2 proses bang. But mostly, berkaitan dgn kejadian manusia. cuma bila masuk bab kehendak individu...ianya sure jadi berbeza bagi tiap org.

Setiap pergerakan akan menggerakkan every single muscle yg ada pada tubuh badan...maka ianya menjadi riadah buat jasad. Ada pergerakan yg memerlukan endurance, ada yg perlukan stability, coordination, malahan sustainability. Selain dari tu, ianya mengajarkan otot badan menjadi lebih cekap dlm merekodkan pattern2 pergerakan. Tu baru cerita otot.

Nafas pula akan menjadi lebih tajam dengan ribuan hembusan yg teratur. Itu tandanya compression dan extension of paru2 bertambah baik...serta laluan saluran trakea kita bersih. Dan dgn jumlah laluan nafas yg bergerak laju melalui hidung...tidak mustahil juga ianya akan dapat menghindarkan dari sinus menjadi serius (just a thought)

Kaki yg bergeseran dengan permukaan, menghasilkan tenaga statik. Dan ajaibnya...dari keseluruhan jurusan yg 50 tu bersama 6 langkah bagi setiap jurusan = 300 pergeseran...dan kita tak pula overloaded. Ianya akan fully utilised selari dengan pengembangan liang roma kulit kita.

Fokus otak akan lebih tinggi. Kita akan enhance capability penggunaan otak kanan dan kiri secara serentak. Kita memerlukan kerja mengira bilangan jurusan dan juga jumlah langkah...MATEMATIK guna otak belah mana? Selain dari tu, ianya mengasah otak kita utk menghafal...malahan menjadi lebih keratif dengan proses visualization...tu dah kira other side of ouf brain kan?

Uwahhh, penat menaip. Lelain kasik sambung lah.

--------------------------------------------------------------------------------------

bluegigas
  
den nak tambah sikit bab otak ne....
kalau pernah buat ujian otak kiri dan otak kanan secara bertulis lagi best...
biasanya yang buat ujian ne adalah bahagian saikologi.... untuk kenal pasti adakah kita dominan pada otak kanan atau otak kiri...
bagi amalan seperti bss ini koarang akan dapati nilai angka yang selisih bagi otak kanan dan otak kiri amat kecil (lebih kurang 1 angka jek) atau pun nilai tu akan jadi sama.
tapi yang hairannya orang akan kata apa yang kamu jawab mesti ada berlaku kesilapan...  sebab bagi bidang saikologi, seorang manusia mesti mempunyai hanya sebelah otak sahaja yang dominan.. sama ada otak kanan atau otak kiri.... 
memang benar apa yang edbest katakan, kita melatih untuk menggunakan kedua-dua otak...

---------------------------------------------------------------------------------------

teknip

 terima kasih bro EB dan BG,  menarik..rata2 semua tahu mengenai faedah  dan fadhilat berjurus ni tp ape proses yg berlaku masih lagi samar2. sebagai contoh ibarat kite tgk tv. bila tekan remote jer tukar chanel. kite hanya tahu tekan remote pastu chanel tu bertukar. ape yg berlaku disebalik tu yang kite nak tahu sebagai  mengukuhkan lagi pemahaman terhadap jurusan.

----------------------------------------------------------------------------------------

mit021

mau makrifah la nih.... itu keja serah pada Dia la...
usaha je bro... itu haq kita... kena buat...

----------------------------------------------------------------------------------------

edy137

di sebalik sembahyang, bersedekah, mengaji, berzikir adanya pahala disamping unsur2 positif yang lain.... disebalik JURUSAN sudah tentu adanya pahala dan unsur2 positif yang lain... nama pon amalan... kita beramal kerana ALLAH S.W.T....

selain pahala dan unsur positif.... disebalik nya itu hanya ALLAH S.W.T yang LAYAK TAHU kerana dia yang MAHA MENGETAHUI.... dia juga yang memberi rahmat dan limpah kurnia...

so,

Beristiqomah dan beramal ajerr laa... mudah-mudahan kita diberi kan rahmat dan limpah kurnia nya itu untuk menghindarkan diri kita dari segala kezaliman....

Wallahualam~

------------------------------------------------------------------------------------------

JengKing
  
betul tu bro
x kan le kita nak tau berapa sekian2 banyak ganjaran yg kita dapat dari amalan2 kita
kalu dok pikir2.. lama2 leh jadi gilo

-------------------------------------------------------------------------------------------

bluegigas
 
bagi den laaa...
kadang-kadang hasil daripada amalan turut dipertontonkan kepada kita.. cuma kita jek yang kurang ambil berat tentang perkara tersebut....

--------------------------------------------------------------------------------------------

INSAN

bluegigas

bagi den laaa...
kadang-kadang hasil daripada amalan turut dipertontonkan kepada kita.. cuma kita jek yang kurang ambil berat tentang perkara tersebut....

betul tu bro..setiap kali melakukan amalan atau dlm bab jurusan ni,ada sesuatu yg ditunjukkan bagi yg faham..yg ditunjukkan xsemestinya nampak..rasa ke arah 'nampak' itu yg penting.

-----------------------------------------------------------------------------------------

sangrajunatapa
 
teknip

 terima kasih bro EB dan BG,  menarik..rata2 semua tahu mengenai faedah  dan fadhilat berjurus ni tp ape proses yg berlaku masih lagi samar2. sebagai contoh ibarat kite tgk tv. bila tekan remote jer tukar chanel. kite hanya tahu tekan remote pastu chanel tu bertukar. ape yg berlaku disebalik tu yang kite nak tahu sebagai  mengukuhkan lagi pemahaman terhadap jurusan.

persoalan sya..( soalan ini bukan untuk menimbulkan kesangsian aplikasi terhadap mana2 persatuan cuma untuk pandangan dan renungan kita bersama)

dikalangan persatuan 3M, persatuan2 dari wakil guru arwah bapak, perseorangan, persendirian samada bergerak secara berkumpulan mahupun sendiri pasti dan jelas tentang pergerakkan jurusan dan nafas MENGIKUT PENGAMALAN MASING2..

sinonimnya keilmuan ini mempunyai 50 jurusan beserta nafas..( ada yg 30 shj ) . pelbagai pergerakkan walaupun ia nampak seakan2 sama akan tetapi ada pergerakkannya yg laju, perlahan, nafas lembut, ada yg berjurus dgn nafas yg keras. maknanya disini hinggakan ada jurusan yg x sama langsung dari segi perbuatannya akan tetapi pergerakkan seakan sama. Begitu juga dengan Istimewa ( Hu kata Allah Malaikat zabaniah...........) rata2 x sama.. ada yg gunakan ibu jari tekap ke langit lepas itu disapu start dari umbun hingga ke belakang tengkuk, ada pula sekadar hembus pada ibu jari kemudian lalukan shj pada belakang tengkuk, ada juga sekadar makrifatkan shj ...kesimpulannya disini ia tidak sama antara satu persatuan dengan persatuan yg lain AKAN TETAPI hasilnya TETAP MENJADI..maksudnya dapat disempurnakan juga amalan/jurusan tersebut..

lontaran persoalan sya :
apakah sebenar2nya pergerakkan asas dan nafas yg mandatori yg dipenuhi oleh setiap persatuan hinggakan jika perubahan jurusan yg berlaku hasil olahan guru masing2 dari setiap persatuan tidak menjejaskan hasil kecahayaan budi tersebut? apakah kunci sebenarnya jurusan itu? adakah ia terletak pada pergerakkan anggota badan? nafas shj ke? ataupun switch on shj dgn nafas tanpa pergerakkan?

----------------------------------------------------------------------------------------

JengKing

bagus soalan ko tu bro

----------------------------------------------------------------------------------------

edy137

Jawapan yang jelas ialah NAFAS!!! kuncinya pada NAFAS.... walaubagaiamana pengolahan berlaku pon, ianya TETAP pada NAFAS.... pengolahan kebiasaannya berlaku pada pergerakan, pada langkahan, pada cepat dan lambat dan juga pada MAKRIFAT... tetapi NAFAS adalah TETAP...

kerana itu ada yang panggil ilmu NAFAS... NAFAS itu tadi yang kita olahkan dan tenaga pada NAFAS itu yang kita salurkan pada pergerakan, langkahan dan juga pelbagai lagi perkara... macam elektrik... bermula dari empangan dan disalurkan pada lampu rumah, televisyen, komputer, peti sejuk dan sebagainya....

wallahualam~

-----------------------------------------------------------------------------------------


sangrajunatapa
  
jika kuncinya pada nafas....bila pergerakkan anggota badan tidakseragam antara satui persatuan dengan persatuan yg lain akan tetapihasilnya tetap jadi?..mengapa ini berlaku? adakah pergerakkan itu bukanmandatori dalam jurusan?

------------------------------------------------------------------------------------------

hasyim
 
perbezaannya xlah ketara.,hanya sedikit, contoh jurus no 10, adapersatuan tangan kat belakang genggam, ada jugak yg bukak bagipersatuan lain.kedua2nya ada penerangannya. pergerakan bukan mandatori,ianya adalah nafas, betul la kata site owner tu..hasilnya tetapjadi.,mcm zikir atau tafakur tu..xde pergerakan dan kalau ada punsedikit je tapi dapat menghasilkan sesuatu bersesuaian dengan amalannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------

sangrajunatapa
  
jika demikian..bilamana pergerakkan diubah akan tetapi masih memenuhi syarat makrifat jurusan..ia akan tetap menjadi jua...benar kan begitu?

------------------------------------------------------------------------------------------

legendary_bss
 
satu penjlsan cukup mnrik dr sdre Edbest ttg jurusan dlm prspktif sains,good one bro...
 
50 jurus BSS mostly from KEJADIAN MANUSIA,
manakala jurus 1-10 pula adlh asas utama yg mliputi kpd lahirnya jurus 11-50...d nyatakn jurus 1-10 ini xbole diubh susunn/bentuk jurusnya krn jika diubh, maka akn myalahi konsep aturan proses kejadian manusia yg digunapakai BSS...
so bro Edbest bole tlg explain x ttg setiap satu jurusan tujuan (jurus 1-10)
kt mane pkaitan setiap satu jurus itu dlm KEJADIAN MANUSIA shingga xbole diubh trtib susunn/bentuk jurusnya??

----------------------------------------------------------------------------------------

Edbest

Sebelum aku jawab atau berikan sedikit penerangan yg serba kekurangan ni...aku nak jawap dulu soalan ni:
 
apakah sebenar2nya pergerakkan asas dan nafas yg mandatori yg dipenuhi oleh setiap persatuan hinggakan jika perubahan jurusan yg berlaku hasil olahan guru masing2 dari setiap persatuan tidak menjejaskan hasil kecahayaan budi tersebut? apakah kunci sebenarnya jurusan itu? adakah ia terletak pada pergerakkan anggota badan? nafas shj ke? ataupun switch on shj dgn nafas tanpa pergerakkan? >> pergerakan asas adalah Jurusan 1-10. Nafas mandatori adalah Tarik & Hembus (naik & turun). Kunci sebenarnya adalah pada NAFAS tu sendiri. Adalah molek jika NAFAS & PERGERAKAN jurusan tu selari berserta KEFAHAMAN. Jika ada NAFAS tanpa pergerakan ianya dibolehkan pada time² tertentu. Umpama org yg tak boleh solat berdiri...duduk/baring/kerlipan mata/isyarat hati sebagai ganti. Semuanya saling berkait sehingga cantiklah BUDI itu tadi.
 
Penerangan Jurusan 1
Menyatakan tentang diri kita yg dari tiada kepada ada. Setelah ada, kita diletakkan di satu tempat simpanan. Pergerakan kita di paras perut tu menunjukkan tempat simpanan kita; rahim sang ibu. dan kedudukan telapak tangan ke atas significant dengan "bekas simpanan yg tetap".
Dalil: Dan Dialah yang menciptakan kamu dari seorang diri, maka (bagimu) ada tempat tetap dan tempat simpanan. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui.(6:98)
 
Bersambung...

------------------------------------------------------------------------------------------

edy137
  
nii yang eden dah lama tunggu..heheh... ada pon yang berani mengupasnya... Terima Kasih

-------------------------------------------------------------------------------------------

Edbest
 
Penerangan Jurusan 2
 
Menceritakan tentang terbentuknya zuriat dari dua org insan (ibu & bapa). Dan pergerakan memendat tu menggambarkan pancaran mani ibu & bapa. Serta bagi menyatakan peringatan tentang PERINTAH & LARANGAN dari Allah.

Dalil: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.(76:2)
Bersambung...

Disclaimer: Nota dari penulis tidak mewakili mana² persatuan mahupun org perseorangan melainkan ianya hanyalah dari kefahaman sang penulis sahaja.

--------------------------------------------------------------------------------------------

JengKing

bagus bro
nak gak penerangan & pandangan yg berbeza dari apa yg aku ketahui selama ini

----------------------------------------------------------------------------------------

Edbest
 
Penerangan Jurusan ke 3
 
Menceritakan tentang proses² kejadian di dalam perut sang ibu. Cerita pasal pembentukan jasad, pasal peniupan ruh dan tentang pemberitahuan ketetapan yg telah tertulis di Luh Mahfuz.

Dalil 1: ....Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?(39.6)
Dan dalam 3 kegelapan itu terjadilah proses² berikut:

Dalil 2: Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang,(82:7)

Dalil 3: Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya roh (ciptaan) -Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. (32:9)
 
Dalil 4: Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lohmahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.(35:11)

---------------------------------------------------------------------------------------

edy137

satu hari satu??? heheh... ok gaks... kita dapat menghayatinya satu persatu supaya mudah untuk pemahaman... syabas...
 
---------------------------------------------------------------------------------------

JengKing

man man maaa
pelan pelan kayuh daaa
hehehehe

----------------------------------------------------------------------------------------

Jebonz
 
Tumpang mentelaah....

--------------------------------------------------------------------------------------

JengKing

x yah tumpang2 bro.
duduk la terus

------------------------------------------------------------------------------------------

Edbest
  
Penerangan Jurusan ke 4
 
Menerangkan tentang proses terbentuknya tubuh dari 4 unsur sehingga lengkap tulang 4 kerat.
Dalil: Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.(23:14)
 
Gerakan menumbuk separas dada adalah berikut dalilnya:
Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara tulang sulbi dan tulang dada.(86:6-7)

---------------------------------------------------------------------------------------

hasyim

alhamdulillah,teruskan tuan .Setiap sesuatu itu terutamanya dengan amalan ini pasti ada penerangannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Edbest

Penerangan Jurusan ke 5

Penetapan/ perjalanan manusia dari Alam Ruh > Alam Dunia > Alam Kebangkitan.
Dari hujung rambut mewakili Alam Ruh, tengah² (perut) Alam Dunia, kaki mewakili Alam Kebangkitan.
Bagi yg pernah merasa jurusan no 5 pasti akan faham kesakitan badan yg dibelah²
 
Dalil:
Dari apakah Allah menciptakannya?(80:18)
Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya.(80:19)
Kemudian Dia memudahkan jalannya,(80:20)
kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur,(80:21)
kemudian bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali.(80:22)

------------------------------------------------------------------------------------------

JengKing

bro edbest sila teruskan. tgh sabar menunggu ni

----------------------------------------------------------------------------------------

Edbest
 
Penerangan Jurusan ke Enam

Menerangkan tentang kehampiranNya dengan diri kita. Dan betapa azabNya itu berat jika kita tergolong dalam kaum yg fasik (tidak bercakap yg benar). Dari tekak itulah keluar percakapan kita sehari2.

Dalil:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,(50:16)

Dan jika (ada sesuatu) yang kamu herankan, maka yang patut mengherankan adalah ucapan mereka: "Apabila kami telah menjadi tanah, apakah kami sesungguhnya akan (dikembalikan) menjadi makhluk yang baru?" Orang-orang itulah yang kafir kepada Tuhannya; dan orang-orang itulah (yang dilekatkan) belenggu di lehernya; mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.(13:5)

----------------------------------------------------------------------------------------

Edbest

Penerangan Jurusan ke Tujuh
 
Membuang hijab yg menyelimuti diri (mendidik nafsu). Tanpa nafsu yg terdidik, masakan kita semua akan dapat mendengar dgn pendengaran yg Haq serta melihat dengan pandangan yg Haq.
 
Dalil: Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.(17:44)
7 nafsu tersebut spt yg di bawah:
 
 
• Nafsu Ammarah - Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(12:53)
 
• Nafsu Lawwamah - dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.(5:48)
 
• Nafsu Mulhamah - Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya. (91:7-10)
 
• Nafsu Mutmainnah - Wahai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyuargaKu. (Al-Fajr: 27-30).
 
• Nafsu Radiah - Jika mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari karunia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah", (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).(9:59)
 
• Nafsu Mardhiah - Kecuali orang-orang yang bertaubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.(4:146)
 
• Nafsu Kamilah - Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal,(9:21)

--------------------------------------------------------------------------------------

legendary_bss

great explaination,keep it on bro...
 
ambo tambahkn lg 1 dalil berkenaan mendidik 7 nafsu ni sbg wadah bersama:
 
Dan demi sesungguhnya Kami telah menciptakan TUJUH JALAN keatas kamu, dan Kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami. (Al-Mukminun: 17)
salam...

----------------------------------------------------------------------------------------

Edbest

Penerangan Jurusan ke lapan
 
Menerangkan tentang tafakkur tentang hari kebangkitan.
Sebagaimana di dalam kandungan sang ibu...dari ekor sulbi maka pembentukan seterusnya adalah menuju ke arah kepala (atas tunjang tulang belakang) bukankah itu wilayahnya kita meletakkan tangan kita semasa berjurus? Dan bermula dari titik itulah juga saraf² terbentuk
 
Dalil:
Apakah ia menjanjikan kepada kamu sekalian, bahwa bila kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang belulang, kamu sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu)?,(23:35)
 
Mereka berkata: "Apakah betul, apabila kami telah mati dan kami telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kami benar-benar akan dibangkitkan?(23:82)
 
Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?"(36:78)
 
Apakah apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah serta menjadi tulang belulang, apakah benar-benar kami akan dibangkitkan (kembali)?(37:16)
 
Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?"(37:53)
 
Dan mereka selalu mengatakan: "Apakah apabila kami mati dan menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kami benar-benar akan dibangkitkan kembali?,(56:47)
 
Dan mereka berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benar-benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?"(17:49)
 
Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?(75:3)

Tuesday, April 24, 2012

PERIHAL BSS : BUDI SUCI SEJATI dan PERJALANANNYA~

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Assalamualaikum,

Seperti perkara tajuk yang tertera di atas, maka, bahawasanya, amalan Budi Suci Sejati itu adalah suatu jalan atau diibaratkan suatu perjalanan yang harus ditempuh oleh ahli-ahlinya. Maksud jelas 'ahli-ahli' di sini adalah membawa maksud sesiapa sahaja sama ada orang perseorangan atau perkumpulan orang yang sedang atau mengalami dan menyelami amalan Budi suci Sejati mengikut 'prinsip' nya tidak kira pada tahap mana dia berada, maka, dia digelarkan ahli Budi suci Sejati (BSS).

Apakah Prinsip amalan Budi Suci Sejati??? iaitu letaknya pada yang lima dimulai dengan Nafas, Jurusan, Makrifat, Keyakinan, dan Isi Pokok Badan, Maka bergelar ahli lah dia. Huraian lanjutan Prinsip dalam BSS akan menyusul di posting kemudian insyaallah. Apakah yang akan berlaku jika belum di lengkapi pada salah satunya??? maka, belum lengkaplah dia sebagai seorang ahli, dan belum bolehlah dia digelar sebagai seorang ahli Keilmuwan Budi suci Sejati.

Kenyataan seperti yang tersebut menampakkan seolah-olah mereka-mereka yang baru 10 jurusan, belum belajar isi pokok badan adalah merupakan bukan diistilahkan sebagai seorang ahli, atau pula seorang yang dah ada keyakinan pada BSS tetapi belum pun berJURUS maka dia adalah merupakan bukan diistilahkan sebagai seorang ahli, atau pula contoh yang satu lagi, dia sudah mempunyai kelima-lima yang tersebut tetapi tidak berNAFAS lagi (mati) maka dia merupakan juga bukan diistilahkan sebagai seorang ahli.
Kenyataan tersebut sangatlah tidak senang untuk difikirkan atas kerana jika seseorang itu hanya berfikir dalam kotak tempurung pemikirannya sahaja. Walau apa yang sedang difikirkan, maka itulah HAKIKAT sebenarnya dalam pengertian Amalan budi Suci Sejati itu sendiri. Bukanlah mengenai Prinsip yang 5 itu yang harus sedang kita huraikan, kerana isu itu ada posting khas nya yang akan menyusul kemudian, tetapi yang pastinya kini, kita mahu membincangkan mengenai isu perjalanan Amalan budi Suci Sejati itu malah yang sedang kita alami ini.

Perjalanan Budi Suci Sejati bermula apabila seseorang itu telah diisikan oleh seorang GURU atau mereka-mereka yang berkepandaian dalam membukakan kunci HAQ di dalam diri (telah pun dibincangkan di dalam posting yang lalu), maka, disitulah permulaan perjalanan amalan Budi suci Sejati nya bermula. Walaubagaimanapun, itu bukanlah titik permulaan yang ternoktah sebagai pemulaan keseluruhan perjalanan amalan Budi Suci Sejatinya, tetapi lebih kepada bermulanya langkah pertama perjalanan merentasi amalan Budi Suci Sejati. Jadi di manakah titik noktah bermulanya perjalanan seseorang ahli Budi Suci Sejati tersebut. Sesungguhnya, lain orang lain titik noktahnya. Untuk memudahkan pemahaman anda semua, maka, kita umpamakan perjalanan amalan budi suci Sejati itu tadi seperti perjalanan suatu pengembaraan ke suatu tempat yang kita tidak pernah sampai dan tidak pasti kemana hujungnya. Contohnya, hamba ingin ke Gurun Sahara. Apakah dengan samberononya hamba keluar rumah, capai beg dan baju mana yang patut dan kemudian dengan hanya berselipar terus keluar rumah memulakan perjalanan ke gurun sahara tersebut. tidak mungkin sama sekali. Begitu juga dengan perjalanan amalan Budi Suci Sejati itu, apakah kita semua tiba-tiba keluar rumah, capai kunci kereta atau motosikal, ke rumah guru yang tak pernah kenal, tiba-tiba minta diisikan oleh guru tersebut..... sungguh tak mungkin. Sebelum merancang bertolak ke gurun sahara, pasti kita akan merancang perjalanan kita, survey tempatnya di internet, apa kemudahan yang ada di sana, bagaimana untuk 'survival' hidup di gurun, peralatan yang perlu bawa, lihat-lihat peta lokasi, tanya rakan atau sesiapa yang pernah pergi. Barulah perjalanan kita itu nanti penuh makna dan bersedia menghadapi apa-apa rintangan yang bakal menjelma. Begitulah kekdahnya bila kita ingin memulakan perjalanan sebagai seorang ahli pengamal budi Suci sejati, tentu kita 'survey' dulu apakah amalan ini, mungkin di internet atau bertanyakan rakan-rakan, atau masuk berforum dan blog untuk mendapat sedikit sebanyak 'input' apakah amalan ini sebenarnya, kemudian, mula ikut rakan-rakan ke kelas untuk mendengar penerangan asas dari guru atau mereka-mereka yang mampu menurunkan amalan ini (juga digelar guru), dan kemungkinan melihat-lihat demo ahli-ahli berjurus dan bermain gerak, membuat tapisan, berfikir dan kemudian barulah mengorak langkah menyatakan hasrat hati untuk menjadi seorang yang diistilah memulakan perjalanan amalan Budi Suci Sejati. itulah titik noktah permulaan perjalanan amalan Budi Suci Sejati itu bermula, tetapi kerana itu ianya tidak sama diantara satu sama lain. Kerana lain orang, lain titik noktahnya, ada yang diajak rakan, ada yang 'direct' terus menelefon guru yang menurunkan BSS, dan ada juga yang mengambil masa yang agak lama untuk mengambil keputusan menjadi seorang ahli setelah berkali-kali melihat demo, berforum, membaca blog, diceritakan rakan dan sebagainya.

Jadi bermulanya langkah pertama perjalanan itu tadi ibarat keluar rumah sebelum memulakan pengembaraan yang penuh rintangan itu, adalah setelah dia telah diisikan oleh GURU atau mereka-mereka yang mampu menurunkan amalan Budi Suci Sejati tersebut. Setelah dia diisi oleh GURU tersebut, apakah dia boleh diistilahkan terus sebagai seorang ahli??? Kebanyakan jawapan yang biasa kita ketemui adalah YAA... dia bergelar seorang ahli Budi Suci Sejati. Tetapi bagi penerangan hamba, mereka-mereka itu belum boleh diistilahkan sebagai seorang ahli pengamal Budi Suci Sejati selagi dia belum lengkap kelima-lima prinsip Budi suci Sejati itu sendiri.

Sebelum itu, kita cuba huraikan mengenai ahli. pengistilahan Ahli boleh diibaratkan sebagai keahlian di dalam sesebuah perkumpulan atau pertubuhan. Ahli boleh dilucutkan keahlian, dilantik semula sebagai ahli, diistilahkan sebagai 'ahli tidur' (ahli pada nama sahaja), diistilah sebagai ahli unggul, atau sebagai ahli biasa. Tetapi jangan salah faham, ahli dalam amalan Budi suci Sejati tiada kaitannya dengan keahlian di dalam persatuan-persatuan Budi Suci Sejati anda. Ahli dalam istilah pengamal Budi suci Sejati sangatlah luas pengertiannya. Di Dalam perjalanan menempuh pengembaraan ke gurun sahara itu tadi, maka, banyak rintangan-rintangan yang perlu kita hadapi. kemungkinan ribut pasir, percubaan pertama dalam kepayahan itu sering kali ahli itu terkandas di tengah jalan atau ditengah gurun. Jika ahli itu datang berkumpulan mungkin berjumlah 10 orang, insyaallah 4 darinya sahaja yang kekal sebagai seorang ahli, dan kemungkinan salah seorang sahaja darinya yang mampu menjadi ahli yang unggul. Apakah maksud ahli yang dilucutkan keahlian??? iaitu ahli yang sudah tidak yakin lagi dengan amalan Budi Suci Sejati, mungkin dah beralih arah ke amalan lain, atau ilmu-ilmu lain langsung mengabaikan terus salah satu atau lebih dari prinsip Budi Suci Sejati yang 5 itu. biasanya terjadi kepada ahli-ahli yang berjumpa dengan amalan-amalan yang dirasakan setanding atau lebih hebat dari amalan Budi suci Sejati, atau telah mula tawar hati dengan BSS atas kerana pengambilan amalan-amalan yang bathil seperti amalan berkhadam dan sebagainya. Apakah pula maksud ahli yang dilantik semula keahlian??? iaitu dimana ahli yang telah lama meninggalkan prinsip 5 dalam BSS, dan kembali mengamalkan amalan budi Suci Sejati yang sudah pasti terkandung dalam prinsip yang 5. Apakah maksud ahli tidur atau ahli yang ada pada nama sahaja??? Ahli tidur boleh diistilah juga sebagai ahli ikut-ikutan, dimana ahli tidur lebih kepada jenis seorang ahli yang masih YAKIN dengan BSS, tetapi sangat-sangat jarang berJURUS, tiada daya upaya untuk sendiri beroleh semangat melakukan JURUSAN, mungkin hanya dengan ajakan rakan setelah 6 bulan tak berjurus baru dia berjurus dan isi pokok badan semula, tak pernah memikirkan sangat tentang apa yang terkandung dalam perbuatan jurusannya, terkandung di dalam pengertian amalan Budi Suci Sejati itu sendiri, maka mereka-mereka yang seperti itu digolongkan sebagai 'ahli tidur', yang baiknya dia masih sebagai seorang ahli, tetapi tarafnya agak rendah dari peringkat-peringkat keahlian. Jika diumpamakan pengembara di gurun sahara, mereka-mereka ini mengembara hanya untuk mencari seronok, ikut rakan-rakan menjelajah, tidak pernah memikirkan tentang input yang didapati dari penjelajahan tersebut, duduk goyang kaki tanpa perlu memikirkan soal catuan makanan, apa yang perlu dimasak dan bahan-bahannya semasa di tengah gurun, malah tiada upaya sendiri untuk menjelajah jika tiada ikutan rakan-rakan. apa pula maksud ahli biasa??? Ahli biasa diistilah sebagai ahli yang mempunyai daya upaya untuk berjurus tanpa ada ajakan dan paksaan, mengamalkan apa yang diperturunkan kepadanya tanpa ada rasa sangsi dan yakin dengan apa yang diamalkan, mempunyai daya upaya untuk cuba memahami sesuatu perkara tetapi jenis ahli ini perlukan sentiasa bimbingan dari gurunya, atau orang yang lebih tahu, dia juga mempunyai daya upaya untuk ambil tahu hal perihal amalan yang sedang dia lakukan dan biasanya had nya hanya untuk diri sendiri, keluarga sudah cukup memadai dengan amalan yang diperoleh nya. Ibarat pengembara yang ada daya upaya ikut mengembara, mampu membantu rakan-rakan rapat atau saudara mara (keluarga) yang memerlukan pertolongan seperti terjerumus ke dalam lubang pasir contohnya, tetapi dia masih perlukan bimbingan pengembara yang lebih berpengetahuan dalam selok belok di gurun dan mampu sedaya upaya menyediakan bahan masakan dan memasak untuk rakan-rakan pengembara di gurun tersebut. Tahap peringkat ini berada di tengah-tengah, dia boleh jatuh menjadi ahli yang tidur atau boleh mampu naik sebagai seorang ahli yang unggul. Apa pula yang dimaksudkan ahli yang Unggul??? Ahli yang unggul boleh diibaratkan sebagai seorang pengembara yang mempunyai daya upaya untuk bergerak sendiri, mengepalai kumpulan kembaranya, mampu mencetuskan idea-idea bernas jika tersesat, mampu mencari makanan jika makanan kehabisan, tahu tujuan dan matlamat pengembaraannya, malah mampu menghasilkan kejutan-kejutan yang menggembirakan dalam kembaranya itu. Dalam pengistilahan amalan, ahli itu tadi mempunyai daya upaya untuk beramal tanpa rasa jemu, berjurus, zikir malah cuba mengaplikasikan amalan kepada bentuk praktikal yang diluar kemampuan atau akal fikiran, mencetuskan idea-idea yan bernas lagi jitu dan mencabar, mampu berfikir di luar kepompong pemikiran, dan tahu tujuan dan matlamat apa yang sedang dia amalkan itu malah sentiasa mencari-cari dan mengkaji-kaji tentang amalan yang sedang dia pelajari. itulah peringkat tertinggi dalam peringkat sebagai seorang ahli pengamal budi suci sejati iaitu digelarkan sebagai seorang ahli Unggul.

Kerana itu, ianya tiada kena mengena dengan keahlian di dalam persatuan-persatuan budi suci Sejati anda. Apa ada kesah sekiranya anda dipulaukan, dipecat, atau digantung keahlian dalam persatuan, tetapi yang paling penting yang perlu anda tahu adalah anda masih lagi seorang ahli atau pengamal BSS jika anda masih mengamalkan BSS walaupun anda tidak lagi bernaung di bawah duduk mana-mana satu persatuan Budi Suci Sejati. Persatuan BSS hanyalah keduniaan, beramal dengan BSS adalah salah satu bekalan anda di dunia. Bukan keahlian dalam persatuan yang membuatkan anda berada di tahap Unggul dalam amalan, bukan persatuan yang mampu meletakkan taraf anda sebagai seorang pengamal atau tidak, tetapi ianya terletak pada diri anda sendiri.

Kita berbalik kepada perenggan yang sebelum ini ada hamba katakan mengapa yang masih belum cukup 5 prinsip dalam BSS itu sendiri masih belum mampu digelar ahli Budi Suci Sejati??? Adapun ianya kerana yang sebenarnya, 5 prinsip itu adalah teras di dalam amalan Budi Suci Sejati. Untuk bergelar Ahli, dia harus dan wajib untuk memperlengkapkan dirinya dengan kelima-lima prinsip tersebut, tidak kiralah sudah sampai berapa jurusan yang dia perolehi, mungkin 10, mungkin 30 atau mungkin dah sampai 50 dan penutup... Jika dia baru sampai 30, kemudian merosul, dan setelah itu dia dah menghilangkan diri tanpa lagi beramal dengan amalan Budi suci Sejati, maka, dia tidak lagi digelar sebagai seorang ahli sebenarnya. Kemungkinan dia dah pun menuntut amalan lain yang dirasakannya lebih serasi dengan dirinya. Atau seorang ahli yang dah pun sampai penutup tetapi jarang-jarang berjurus, jarang-jarang berbual mengenai amalan BSS, tetapi kadangkala berjurus juga jika diajak rakan, maka kategorinya adalah sebagai ahli tidur. Dia adalah seorang ahli. Ada perbezaan di situ. Kita masih boleh gelarnya sebagai seorang ahli. Begitu juga dengan perumpamaan-perumpaan yang lain. Isu ini akan dikupas khas nanti pada tajuk Prinsip dalam BSS kemudian hari insyaallah.

Jadi tidak kiralah anda berada di mana, yang penting, sebagai seorang ahli pengamal budi suci Sejati yang membaca blog ini, maka, ada baiknya golongkan diri anda di dalam kelompok ahli pengamal Budi suci Sejati. Tidak kiralah anda berada pada tahap yang mana. Insyaallah mereka yang berada pada tahap yang tidur mungkin akan beroleh semangat untuk naik ke peringkat ahli biasa, mereka yang ahli biasa mungkin mampu mencapai tahap ahli-ahli yang unggul, dan begitu juga ahli-ahli yang unggul mampu mempertahankan keunggulannya sehingga kepada hembusan NAFAS yang terakhir insyaallah.

Semoga berjumpa lagi pada tajuk akan datang,

Assalamualaikum



Friday, April 6, 2012

Kajian Diri ~ Ilmu Pernafasan - Tenaga Dalaman

Ilmu Pernafasan - Tenaga Dalaman

Apabila menjadi pengikut agama Asalama, tuhan menganugerahkan banyak kelebihan kpd umat manusia. Kelebihan2 ini berupa ilmu2 pengetahuan yang mencakupi segala aspek kerana pengikut agama Asalama perlu sentiasa bersedia melalui ujian2 seperti penyakit, kelaparan dan peperangan. Jika kita meneliti kitab2 atau hikayat2 nenek moyang kita dahulu, mereka berhadapan dengan peperangan semasa membangunkan kerajaan Darul Salam. Peperangan biasanya mengambil masa berbulan2 malah tahun dan setiap hari memerlukan banyak tenaga dikerah. Jadi, dari manakah tenaga2 diperolehi supaya kekal cergas sepanjang hari dan berupaya mengalahkan musuh2 tuhan?

Pengikut Asalama mempunyai pengetahuan tentang bentuk tubuh dalaman dan luaran berdasarkan ilmu tentang kejadian manusia. Mereka juga mengajarkan manusia tentang cara mengaktifkan tenaga dalaman dengan cara pernafasan yang sempurna. Mari kita kaji pengetahuan manusia kini dan cari cara membetulkan semula teknik pernafasan supaya kita dapat mengaktifkan tenaga dalaman kita.

Pada dasarnya setiap orang memiliki apa yang disebut dengan tenaga dalam, hanya saja mereka tidak mengetahui bagaimana cara membangkitkan atau mengembangkannya.Tenaga dalam itu sudah ada sejak manusia dilahirkan. Tetapi tenaga itu masih pasif dan sewaktu-waktu akan bangkit bila orang tersebut dalam keadaan panik, tidur berjalan, terhipnotis atau ketakutan yang luar biasa.

Manusia memiliki unsur kimia tubuh (Body Chemistry) yang bernama ATP (Adenosin Tri Phosphate). ATP ini dapat berubah menjadi energi melalui proses metabolisme tubuh. Secara sederhana dapat ditulis sebagai berikut :
O2 + ATP + Glikogen Energi

ATP berfungsi sebagai energi cadangan. Misalnya, setelah kita berolahraga dan kelelahan, kemudian bila diistirahatkan sejenak maka tubuh kita akan pulih kembali.Energi yang dihasilkan oleh ATP dalam keadaan sehari-hari berupa panas tubuh, membantu lancarnya penyaluran adrenalin, menghidupkan kimia tubuh untuk membentuk kekebalan tubuh (zat antibodi), menghidupkan aktifitas pencernaan dan menghidupkan semua aktifitas organ dalam tubuh manusia.

Berdasarkan penelitian, manusia dalam kehidupan sehari-hari hanya menggunakan sekitar 2.5% dari seluruh fasilitas energi tubuhnya. Sedangkan yang 97,5% lainnya tersembunyi sebagai cadangan di ulu hati.Permasalahannya adalah bagaiman cara mengoptimalkan dan membangkitkan energi yang tersimpan itu agar dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.

Manusia jika mampu meningkatkan kekuatannya sebesar 0,1-0,3% (sehingga menjadi 2,6-2,8%) dapat membunuh seekor kuda dalam sekali pukul atau dapat mematahkan lima batang kikir baja yang ditumpuk, memecahkan batu kali pun bukan halangan bagi yang memiliki tenaga dalam.Tenaga dalam atau energi cadangan adalah suatu energi yang berpusat pada syaraf-syaraf di sekitar ulu hati dan setelah dibangkitkan akan berkumpul pada salah satu bagian tubuh yang disebut dengan solar plexus atau kundalini.

Menurut berbagai sumber, kundalini merupakan bagian dari tubuh manusia yang berbentuk 3 1⁄2 lingkaran, terdapat diantara tulang ekor dan kemaluan di bawah pusar.Bentuknya seperti ular yang sedang bergulung atau melingkar. Jadi dalam hal ini perlu dijelaskan bahwa sumber tenaga dalam adalah ulu hati, bukan solar plexus seperti anggapan orang selama ini. Padahal solar plexus adalah tempat berkumpulnya energi cadangan tersebut setelah dibangkitkan.

Solar Plexus/Chakra

Satu-satunya jalan untuk membangkitkan energi tersebut adalah dengan cara mengubah pernafasan biasa menjadi pernafasan spesial, yaitu dengan mengoptimalkan oksigen yang masuk jangan sampai terbuang percuma sedangkan untuk bagian lain harus seimbang.

Untuk membangkitkan energi cadangan secara cepat, oksigen harus diputarkan secara cepat pula ke seluruh tubuh dan membuang gas beracun CO2 secara cepat. Karena itu, saat membuang nafas badan harus dikejangkan. Dengan pengejangan tubuh, oksigen akan berputar membentuk pusaran energi yang menyerap seluruh energi di tubuh yang tersebar dan tersembunyi.

Sedangkan pembuangan gas beracun dilakukan dengan cara membuang nafas melalui mulut. Bila kedua hal tersebut dilakukan maka oksigen yang berputar di dalam tubuh kita adalah oksigen bersih tanpa CO2.

Ini salah satu rahasia juga, mengapa orang-orang yang mempelajari tenaga dalam secara benar selalu sehat dan jarang sakit.

Fungsi dari tenaga dalam:

1. Tenaga fisik menjadi jauh lebih kuat
2. Untuk mempertajam panca indera.
3. Untuk membangkitkan indera keenam.
4. Untuk menghancurkan benda-benda keras.
5. Untuk meringankan tubuh.
6. Untuk memperkuat memori otak.
7. Untuk meningkatkan kesehatan dan daya tahan tubuh terhadap serangan fisik dan serangan penyakit.
8. Untuk Telekinetik / menggerakkan benda dari jarak jauh

Cara pernafasan yang hilang

Baiklah, bagi pengikut Asalama mereka memahami bahawa tuhan menciptakan manusia dengan ilmunya. Ini bermaksud penyelesaian kpd ilmu tersebut terdapat pada nama tuhan sendiri iaitu Allaha (Segala Miliknya).

1. Semasa menarik nafas - Kemutkan otot anus dan naikkan dada dengan menyebut Al.

2. Menahan nafas - Letakkan lidah di langit2 dan menyebut La.

3. Merehatkan badan - Perlahan2 turunkan dada dan rehatkan otot anus. Kekalkan lidah di langit2.

4. Ulu hati akan berdegup2 dan kita akan merasainya.

5. Tahan nafas selama yang boleh kemudian lepaskan perlahan2 dengan menyebut Ha.

Latihan ini lebih baik dilakukan semasa duduk bersila dan menutup mata untuk mendapatkan konsentrasi. Kosongkan fikiran dari segala perkara2 keduniaan dan rasai kedamaian. Ia juga dapat melatih pernafasan supaya dapat menyelam lebih lama di dalam air.