Memang
betul..hari ini memang saya ingin menulis tentang Ilmu ghaib. Agak lama saya
tidak menulis tentang satu subjek yang menjadi kegemaran saya selain daripada
subjek sains minda dan subjek pembangunan diri manusia. Ilmu
ghaib yang sangat saya minati iaitu bidang bio-energi atau terapi energi atau
sewaktu dengannya iaitu ilmu metafizik.
Sebenarnya,
artikel tentang terapi energi ini memang subjek kegemaran saya dan kerap saya
sentuh di sini. Kalau anda pernah membaca artikel awal di blog ini , anda pasti
tahu subjek ini kerap saya tulis walau dalam nada yang ringan sahaja.
Maka, sempena satu sesi Retreat & Recharge yang akan saya
hadiri di Langkawi hujung minggu ini di bawah kendalian IQBC yang diketuai oleh
Master Hazil, saya tergerak untuk menulis secara santai tentang apakah yang
menariknya memahami bidang bio-energi ini. Tambah semangat sekarang ini kerana
saya dalam proses menulis satu buku ILMU GHAIB yang lengkap bersama dengan
Master Hazil yang PASTI akan membuka seribu satu pintu maklumat tentang
bidang bio energy ini.
Sebenarnya,
ramai yang tidak sedar bahawa buku The Secret adalah buku yang
membicarakan tentang ilmu energi. Membaca buku Michael Losier “The Law of
Attraction” juga adalah tentang ilmu metafizik iaitu ilmu energi.
Tambah mengujakan bila saya sebut, subjek feng shhui seperti buku aliran Lillian
Too juga sebenarnya sains energi. Berapa ramai yang tahu, ratusan perguruan
tenaga dalam yang “tumbuh bak cendawan selepas hujan” pada awal tahun
90an juga adalah penuh dengan elemen ilmu energi? Kerana itu pukulan jarak jauh
hanya berkesan jika musuh juga beremosi. (ini kena ikut kelas KAMK baru
boleh dijelaskan secara mendalam).
Ramai juga
yang tidak tahu yang terapi “mandi bunga” juga adalah dari aliran
terapi energi. Kerana itu jika kita faham tentang ilmu energi itu baru ada
penjelasan kenapa ritual@terapi tersebut memerlukan tujuh jenis bunga.
Tidaklah nanti kita hanya menerima tanpa mengetahui sains di sebalik ritual
atau terapi tersebut.
Bagi peminat
batu-batu cincin Kristal atau peminat batu-batu hikmat yang banyak
dijual sehingga berharga beribu-ribu ringgit mungkin kerana telah “diisi” oleh
“paranormal” atau tokoh-tokoh energi untuk tujuan yang pelbagai seperti tarik
rezeki, pengasih, dan sebagainya juga perlu mengetahui bahawa memakai cincin
tersebut adalah satu kaedah terapi energi atau bio energi.
Bagi
peminat-peminat cincin teras kayu juga sebenarnya terdapat unsur-unsur
penerangan ilmu energi disebalik “ke-magis-an” yang dikatakan dimiliki oleh
sesuatu teras kayu atau azimat tersebut. Malahan ramai orang tidak tahu kenapa
ada sesetengah tempat yang agak “keramat”; yang dikatakan agak sesuai untuk
tujuan-tujuan meditasi dan kenapa tenpat-tempat yang tertentu seperti laut, air
terjun , gua dan lain-lain sangat mujarab untuk tujuan mendapat ilmu ghaib.
Sebenarnya
terlalu banyak tradisi dan budaya mahupun ritual yang kita amalkan atau kita
terima pakai semenjak dahulu hingga kini tidak difahami secara saintifik
(walaupun ia kelihatan sangat metafizik) tetapi sebenarnya boleh dikupas dan
diterangkan secara ilmiah apabila kita memahami ilmu energi.
Kadang kala
saya kecewa apabila masyarakat mudah membuat penilaian pada ilmu energi atau
terapi energi yang MEREKA tidak FAHAMI atau KENALI. Di sebaliknya mereka
sendiri mengamalkan pelbagai budaya dan amalan yang dibawa oleh datuk nenek
kita yang masih bersifat tahyul dan khurafat malahan boleh merosakkan akidah
jika tidak difahami dan hanya menerima dan mempercayainya bulat-bulat.
Cuba kita
singkap akhbar-akhbar tabloid tertentu yang banyak mempromosikan ritual yang
mistikal dan mereka sendiri tidak faham apakah penjelasan yang mereka boleh
terangkan pada setiap ritual yang mereka lakukan.
Di dalam
bidang ilmu bio-energi atau terapi energi, terdapat pelbagai kaedah dan aliran
yang kita boleh pelajari dan gunakan dalam kehidupan setiap hari. Yang penting
kita kena tahu dan mendalami secara asas pekara yang kita ingin pelajari.
Terdapat pelbagai perguruan dan sekolah yang menawarkan ilmu ini. Ada yang
ditawarkan secara instant dan ada yang berbentuk kelas yang lengkap.
Sebagai
seorang pengamal terapi energy; baik dari aliran chakra mahupun meridian
seperti Reiki, Perguruan Tenaga Dalam, RES56, EFT sehingga kepada moden terapi
energy seperti radionics dan terapi frekuansi- saya suka menasihatkan mereka yang
berminat untuk mendalami ilmu energi ini untuk mendapatkan guru yang ikhlas dan
benar-benar ingin memakmurkan ilmu itu sendiri. Pada saya ilmu energi ini bukan
mahu menjadikan kita sebagai seorang tukang ubat, paranormal, orang biasa
menjadi luar biasa cepat dan sebagainya sahaja. Ia lebih luas dari itu. Tetapi
hanya mereka yang benar-benar yang terlibat sahaja yang akan memahaminya.
Ia juga
bukan sekadar attunement, pengijazahan, transfer, penbangkitan, abhiseka,
shaktipat , channeling dan pelbagai lagi bahasa metafiziknya yang tidak
difahami oleh peminat yang ingin belajar. Di barat memang mereka menjual semua
pekara yang saya sebutkan itu. Kerana mereka sangat bebas dari segi pegangan
dan kepercayaan. Kita di sini ada tanggungjawap pada akidah dan iman yang
dianut oleh pengamal yang ingin belajar. Jika kita tidak menerangkan ilmu
energi ini secara ilmu, maklumat dan ilmiah, dikuatiri ia mendatangkan
kerosakan pada pegangan diri pengamal yang baru itu.Malahan mereka yang kurang
faham ini akan sukar untuk menjawap soalan dari masyarakat luar yang suka
“melabel” tanpa memahami sesuatu ilmu.
Saya tahu
ramai orang mahu jadi “luar biasa” hebat akan tertarik apabila membaca
ilmu yang ditawarkan. Maka, jika anda berminat sudah tentu anda perlu mendalami
dahulu dan bertanya pada mereka yang faham sebelum membuat keputusan. Pada
saya, Ilmu bio energy ini sedang berkembang dengan lebih positif. Jika dahulu
ia banyak di gunakan untuk masalah penyembuhan fizikal dan masalah kerohanian
yang tertentu, hari ini terapi energi telah mula bercambah dalam bidang
psikologi. Masalah kehidupan seperti kerap gagal, masalah kemiskinan, masalah
dalam hubungan dan sebagainya sudah boleh diatasi dengan mengunakan terapi
energi. Jika dahulu, bila dikatakan ilmu ghaib sahaja sudah terbayangkan mahu
jadi kebal, ilmu kebatinan, pukulan jarak jauh, makan kaca dan sebagainya.
Hari ini
saya gembira memberitahu, ilmu ghaib juga boleh kita gunakan ntuk mencapai
impian kita, mencapai kejayaan dalam bisnes kita, menarik kekayaan datang dalam
kehidupan kita, menjadikan kita gembira dan makmur selalu. Workshop KAMK satu
contoh bagaimana bidang psikologi , motivasi dan terapi energy di gabungkan dan
menghasilkan satu FENOMENA baru dalam industri pembangunan diri manusia. Ilmu
ghaib bukan sekadar para mistik dan diajar di tempat-tempat yang tertutup
tetapi ilmu ghaib kini melangkaui skop yang lebih luas dan lebih
kedepan..inshaAllah.
Sekurang-kurangnya
kita telah mula membuat satu anjakan pradigma atau menukar mindset kita di
dalam bidang ilmu energy ini.
Hamba Allah
No comments:
Post a Comment