Arkib Viewers

Friday, October 12, 2012

Kejadian Manusia Pertama menurut Al-Quran

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN

Pendahuluan

Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.....
Surah al-Baqarah (2): 30

Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.

Falsafah Penciptaan Manusia daripada Tanah

Berkenaan penciptaan manusia pertama di dalam Al-Quran terdapat di dalam beberapa surah yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia adalah dicipta daripada tanah. Sudah tentu penciptaan ini mempunyai intisari dan falsafahnya yang tesendiri.

Manusia telah dipaparkan di dalam Al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah. Sebagaimana firman Allah:

“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh (71): 17 –18

“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha (20): 55

Merujuk kepada ayat-ayat di atas ianya menunjukkan bahawa aspek spiritual mengenai asal-usul kejadian manusia daripada tanah ialah menekankan bahawa manusia akan kembali kepada tanah selepas mati. Selain itu ia juga merujuk kepada kebangkitan manusia di hari penghisaban atau hari perhitungan.

Manakala Dr. Maurice Bucaille di dalam bukunya iaitu What Is The Origin Of Man?, mengatakan bahawa perkataan khalaqa yang biasanya diberi pengertian sebagai menjadikan atau “ to create” adalah kurang besesuaian. Beliau menafsirkan perkataan yang paling sesuai ialah “ to give porpotion to the a thing, atau “to make it of a certain propotion or quantity” atau to bring into existence a thing which did not formerly exist . Beliau juga menekankan bahawa perkataan di atas adalah hampir kepada perkataan asal yang digunakan di dalam Bahasa Arab .

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ). Di antara firman Allah itu ialah :

“ ...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah,....”
Surah al-Hajj (22): 5

Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menghuraikan proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( سلالة من طين )

Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Firman Allah:

“ Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah”Surah al-Mu’minun (23): 12

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.

Kedua: Peringkat Tanah Melakat (طين لازب )

Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:

“…Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”
Surah As-Shaffat (37): 11

Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .

Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (حماء مسنون)

Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Surah al-Hijr (15): 26

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille حماء مسنون diertikan juga sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)

Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar”
Surah Ar-Rahman (55): 14

Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (الحمد لله ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut .

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .

Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Sebagaimana pepatah Melayu:
“ Belum duduk sudah nak melunjur”.

Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Manusia telah dijadikan(bertabiat) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya’(21): 37

Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.

Wednesday, October 10, 2012

Kajian Diri ~ - Rahsia Zikir -

Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.

FirmanNya.......

"Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat."
Al-A'laa 14-15

Bila mengingatkan kepada peringatan itu sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. Menjadi fitrah manusia ia mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan itu serta mahu huraian yang memuaskan sebelum ia cenderung untuk menerimanya. Seperti perihal zikir ini semua manusia mahu mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Apakah yang dikatakan keberuntungan itu? Cuma satu menjadi masalah bila mengetahui keberuntungan itu, kadang-kadang manusia dengan tiba-tiba menjadi rajin untuk melakukan sesuatu. Apakah janji itu hanya sebagai pancingan untuk meransang manusia agar rajin mengingati Allah?

Dalam hal ini perlu diingatkan, jangan pula setelah mengetahui keberuntungan yang bakal diperolehi itu, menyebabkan kita menjadi rajin dan mengharap-harapkan kepadanya. Kita menanti-nanti akan keberuntungan itu dengan berzikir. Kalau kita sudah berkelakuan begitu, kita sudah tidak ikhlas lagi dalam beramal. Keadaan itu telah merosakkan tujuan dan juga matlamat kita beramal (berzikir).

Firman Allah Ta'ala.......

"Dan serulah Ia (Allah) dengan mengikhlaskan agama bagiNya."
Al-A'raaf 29

Sebenarnya banyak rahsia ataupun keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada Allah. Seperti yang telah diterangkan dalam bab-bab terdahulu, keuntungan itu satu realiti yang tidak boleh dinafikan.

Antara firmanNya.......

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."

dan lagi.......

"Kerana itu ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu mengingkari nikmatKu."
Al-Baqarah 152

Bagaimanapun dalam bab ini kita tidak bercadang untuk menceritakan perihal keberuntungan itu lagi, tetapi dikhususkan untuk mendedahkan rahsia-rahsia yang terdapat dari zikir, di mana rahsia ini semua menjadi idaman dan impian semua manusia.

Kita sudah tahu apakah kesan-kesan yang diperolehi oleh syariat jika kita mengingati Allah (berzikir)? Sekurang-kurangnya ada lapan keistimewaan yang diperolehi oleh ahli zikir. Perkara ini kita sudah bincangkan dalam bab "Keistimewaan Orang Berzikir".

Di sini akan diterangkan mengenai "hakikat" rahsia ataupun rahsia peribadi yang diperolehi oleh seseorang yang berzikir itu. Lebih tepat lagi rahsia-rahsia kerohanian dan juga pembukaan "Sungai Ladunni" oleh seseorang yang telah sampai pada makam zikir yang sebenarnya.

Dalam bab yang lalu kita telah sama-sama mengetahui serta mempelajari bagaimana zikir itu berperanan menyucikan diri seseorang itu. Dengan pengalaman itu dapat kita mengerti bahawa natijah sesuatu zikir itu bukan setakat untuk mengawal syariat manusia itu agar betul dan bergerak di atas paksi Tauhid kepada Allah semata-mata. Tetapi ia juga bertujuan untuk mempastikan kita agar sentiasa mengingati dan berikhtiar untuk melekatkan diri kita dengan sifat-sifat yang ada kepada Allah.

Tetapi peranan zikir lebih jauh daripada itu. Ia juga merupakan penawar untuk mengubat batin, membersih batin, menyuci batin, menggemuk batin dan paling penting membuka "Nur Qalbi" serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung/bergayut di hujung jantung, yang dinamakan "Istana Iblis" itu. Itu yang lebih penting. Kuasa yang ada kepada zikir ia boleh menerangi seluruh hati kita dengan Cahaya Allah (Nurrullah). Ini akan berlaku apabila kita sudah memperolehi apa yang dinamakan "Piala" zikir.

Apabila seluruh batin kita sudah diselimuti oleh zikirilah, maka seluruh batin kita akan cerah dan dapat berfungsi dengan baik seperti malam hari diterangi oleh bulan purnama. Orang yang mencecah kepada zikir itu akan memperolehi mata batin (Basirun), telinga batin (Sami'un) dan sebagainya lagi.

Apabila hati sudah disuluhi dan diterangi oleh cahaya Allah, maka batinnya akan berfungsi dan di kala inilah diri kita dapat mema'rifatkan kepada Allah. Proses pemancaran (wujud) cahaya zikir itu seperti proses pemancaran cahaya matahari yang tertimpa keatas bulan dan memancarkan (refleksi) cahaya yang nyaman, lembut dan romantik ke bumi.

Apabila sampai ke tahap atau makam ini maka seseorang ahli zikir itu dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh anggota zahir. Misalnya apa yang tidak dapat diketahui oleh mata, dapat ditangkap oleh mata batinnya. Sesuatu yang tidak dapat didengar oleh telinga zahir tapi boleh didengar oleh telinga batin dan begitulah seterusnya.

Keistimewaan mereka yang sudah dapat menguasai hakikat zikir ini menyebabkan dia dapat mendengar dan faham segala gerak-geri alam, haiwan, serangga dan juga deseran dedaun kayu, ombak, hembusan angin dan sebagainya. Orang yang menduduki makam ini juga kadang-kala bercakap-cakap sendiri (padahal dia bercakap dengan isi alam)!

Matanya dapat melihat pada waktu malam atau di kala alam gelap-gelita. Dirinya dapat mengetahui sesuatu yang berlaku meskipun dia berada di alam tidur. Dia juga dapat maklumat tepat mengenai apa- apa yang akan berlaku ke atas dirinya dan dunia dalam sekitar tempoh 40 hari, seperti tarikh kematian dirinya. Pendeknya segala rahsia Allah yang tidak dapat disingkap oleh anggota batin dapat diketahui oleh diri batin.

Keistimewaan ahli zikir yang sampai ke peringkat itu bukan setakat itu sahaja, dia juga dapat bertahan lapar, haus dan menahan sakit dan penderitaan-penderitaan zahir yang lain. Tubuh mereka menjadi "kebal" daripada rasa sakit dan pedih. Zikir itu sebenarnya menjadi penebat pada tubuh mereka. Kerana itulah kita selalu mendengar para Wali Allah itu adakalanya tidak makan bertahun-tahun dan tidak sakit bertahun-tahun. Sesetengahnya pula sangat merindui kepada kesakitan dan mahu kepada kematian.

Seseorang Wali Allah yang telah sampai ke peringkat zikir yang memecahkan rahsia itu boleh hidup untuk beribu tahun tanpa makan dan minum. Kisah ataupun hakikat ini bukan dongengan atau merupakan satu "kempen" untuk mendorong kita memiliki ilmu zikir ini, tetapi merupakan satu kenyataan yang disurat-lipatkan dalam Al-Quran.

Mungkin anda pernah mendengar kisah "Pemuda Ashabul Khafi" di dalam Al-Quran, di mana tujuh orang pemuda yang semuanya anak raja tidur selama 309 tahun kerana beramal kepada Allah. Mereka adalah Wali Allah, yang merupakan ahli zikir kelas satu (first-class).

Kalau diukurkan kepada logik, mustahil seorang manusia itu dapat tidur selama beratus tahun tanpa makan dan minum, tentu mereka akan mati. Menurut pendapat pakar perubatan moden (medical specialist), manusia hanya dapat bertahan selama lapan hari sahaja tanpa makan dan minum, selepas itu dia akan mati kebuluran.

Tetapi tujuh orang Pemuda Ashabul Khafi" itu bukan lapan hari, tetapi selama 309 tahun mereka berada dalam gua (Khafi), yang pintunya ditutup rapat dan tanpa memakan apa-apa makanan.

Apakah rahsia maka mereka dapat bertahan dan hidup begitu lama. Apakah yang mereka makan bagi meneruskan hayat mereka? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah zikir. Mereka berzikir (ingat kepada Allah) dan menjadikan zikir sebagai santapan rohani. Dari kisah itu jelas membuktikan kepada kita, bahawa bila sampai ke satu peringkat, zikir itu boleh mengenyangkan kita. Ia boleh melapangkan dada kita. Caranya bila kita asyik dan "zauq" (Mabuk Ketuhanan), kita hanya akan ingatkan Tuhan sahaja, tanpa yang lain, termasuk melupai penderitaan zahir seperti lapar, haus, sakit, takut atau bimbang kepada sesama makhluk.

Lagi pun bila kita sudah tidak putus-putus mengingatkanNya maka Dia juga begitu. Jadi bila Dia sudah ingatkan kita tak hairanlah dengan segala perilaku salah adat itu, seperti tak makan, tak mengantuk, tak lapar dan sebagainya adalah perkara "kacang" sahaja.

FirmanNya......

"Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau."

"Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap."

Demikian juga dengan apa yang berlaku ke atas Wali-wali dan para Nabi. Kenapa mereka memperolehi kelebihan, keistimewaan dan juga kemuliaan, (karamah hidup) kerana mereka benar-benar menguasai "Zikir Ma'rifat". Nabi Ibrahim a.s. walaupun dicampak ke dalam api, baginda tidak mengalami apa-apa walaupun seurat bulu roma pun tidak hangus. Apa menyebabkan Baginda kebal ialah tak lain dan tak bukan kerana dia berzikir (ingat) kepada Allah.

Nabi Nuh a.s. walaupun seluruh kaumnya mati kelemasan kerana bah (banjir) besar, tetapi dia selamat. Apakah rahsia menyebabkan dia selamat, jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana dia sentiasa berzikir (ingat) akan Allah. Zikir-zikir Nabi Nuh a.s. menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya.

Demikianlah hikmah dan juga rahsia zikir terlalu besar sekali ia boleh menjadikan seseorang itu dikatakan karamah dan punya kelebihan yang jarang dimiliki oleh orang ramai. Terpulanglah kepada kita apakah kita ingin ataupun tidak memiliki segala rahsia itu, tepuk dada tanya selera. Walau bagaimanapun suka diingatkan, dalam hal ini jangan pula kerana mengetahui akan rahsia-rahsia itu maka kita berzikir semata-mata mengharapkan segala kekeramatan itu. Niat begitu sudah salah. Dan yakinlah kalau kita buat dengan memasang niat begitu segala apa yang kita hajati tidak menjadi. Konsep dalam beramal itu tidak boleh ghairah dan mengharapkan apa-apa ganjaran.

Lagi pun berzikir dengan mengharapkan sesuatu, jelas amalan itu sudah tidak ikhlas lagi. Amal yang tidak ikhlas tahu sendirilah natijahnya, ia seperti berusaha untuk memerangkap angin dalam bekas yang berlubang. Sia-sia sahaja.

Sebaliknya berzikirlah sebagai satu tanggungjawab kita terhadap Allah dalam usaha untuk "Kamil-mukamil" denganNya.

"Kekeramatan atau kemuliaan itu datang tanpa disedari. Yang nampak karamah seseorang itu adalah orang lain yang berada di luar kehidupannya."

Wallah hu ta'ala a'lam.......

Wassalam.

Wednesday, September 26, 2012

Kenangan TOPIX - (Page 36-40) : BSS Sesat lagi menyesatkan???

memegang rahsia

Assalamualaikum....saya setuju dgn kata2 Prof BSS dimana ada soalan yg ditujukan tiada keiklasan, ada juga diantaranya tiada sifat menerima dgn penjelasan. Allah SWT mengurniakan manusia itu martabat yg lebih satu dr makhluk lain iaitu akal dan sepatutnya kita mengunakan Rahsia(cahaya Budi) yg diberikan utk menerangi akal kita. Gunakanlah salah satu drp jurusan dlm BSS supaya terbuka minda kita..insyaallah...walahualam. .wasalam

---------------------------------------------------------------------

sangRajunaTapa

hehe...saya setuju..kene rujuk kepada 3 guru ni shj...ni je yg dari waris asal..
jika senang buka la blog bertajuk "Kerahsiaan Budi Suci Sejati"....bleh la dpt sedikit info...

-----------------------------------------------------------------------

aai66

Cerita 3M,
Cerita Wak Mail,
Cerita Pak Yop
Cerita Hj. Ismail
Cerita Pak Khalid?

------------------------------------------------------------------------

Jimmy

boing777 wrote:
maka berkuburlah suci n sejati.. tinggallah budi..A"salam "boing777"...

Seperti yang saya jangkakan... Pasti ada lagi "provokasi" dari pihak saudara.

Bak kata orang tua tua "Kalau nak dipanjangkan cerita... Kita sambung sambungkan... Dan kalau nak dipendekkan cerita... kita kerat keratkan"

Jika berkuburnya suci maka hancurlah mahligai yang kita bina dengan keyakinan yang ada dalam diri kita.

Jika berkuburnya sejati - tiada lagi keaslian & ketulenan. Namun sejati itu tidak akan hilang kerana itulah yang dijanjikan Allah SWT kepada seluruh manusia.

Maka tinggal Budi - Jika benar post tuan terhadap saya... alhamdulilah... Setidak tidaknya masih lagi ada cahaya dalam roh saya.... InsyaALLAH

W'salam

----------------------------------------------------------------------

kajang_prima

citalah alquran dan hadith byk mana sklipun,tpi klu amal bss tak guna dunia akhirat...

----------------------------------------------------------------------

kajang_prima

tak yah le nak cari ilmu yg susah yg menjauhkan kita dgn allah...ikut je ape yg dibawa rasulullah saw...jgn mengada2kan agama,nak blajar garuda sakti le...bss le...kan ke ilmu hindu tu semua...pgglah dgn alquran dan sunnah...ilmu ni pun dri dari tanah jawa/seberang.Byk khurafatnya

-----------------------------------------------------------------------

kajang_prima

umat islam kekuatannya pd keimanan dan tauhidnya pd allah.Para shbt nabi dan sufi2 tak amal pun ilmu2 mcm ni...jgn kaitkan mereka dgn ilmu dari jawa dan seberang ni...umpama langit dan bumi...tauhid mereka ini benar2 bulat dan kuat pd allah dan berpggg pd syariat yg di bawa rasululllah saw.

--------------------------------------------------------------------------

aai66

kajang_prima wrote:

Di mana hindunye
Di mana khurafatnye
Di mana susahnye
Di mana jauhnye kita dari Allah

----------------------------------------------------------------------

ahli bss

kajang_prima,awak ni pandai aje bercakap.Betul
kata2 aai66.Cuba buktikan yg mana kurafat dan yg
mana hindunya.Saya pun hendak tahu juga.Takkan
awak seorang saja yg nak ke shurga.Bawak lah kami
bersama.

-----------------------------------------------------------------------

boing777

Jimmy wrote:
A"salam "boing777"...
Kita rujuk kembali post #690,#696 & #709
Seperti yang saya jangkakan... Pasti ada lagi "provokasi" dari pihak saudara.
Bak kata orang tua tua "Kalau nak dipanjangkan cerita... Kita sambung sambungkan... Dan kalau nak dipendekkan cerita... kita kerat keratkan"
Jika berkuburnya suci maka hancurlah mahligai yang kita bina dengan keyakinan yang ada dalam diri kita.
Jika berkuburnya sejati - tiada lagi keaslian & ketulenan. Namun sejati itu tidak akan hilang kerana itulah yang dijanjikan Allah SWT kepada seluruh manusia.
Maka tinggal Budi - Jika benar post tuan terhadap saya... alhamdulilah... Setidak tidaknya masih lagi ada cahaya dalam roh saya.... InsyaALLAH
W'salam
ADIOSS

alamak touching la pulak.. ampun kan hamba... sy cuma minta kita fikir sm2 bukan sy tujukan pd tuan....

-----------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
citalah alquran dan hadith byk mana sklipun,tpi klu amal bss tak guna dunia akhirat...

jgn ckp camtu, kita pun lum tentu betul n salah nye...heeee

-------------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
tak yah le nak cari ilmu yg susah yg menjauhkan kita dgn allah...ikut je ape yg dibawa rasulullah saw...jgn mengada2kan agama,nak blajar garuda sakti le...bss le...kan ke ilmu hindu tu semua...pgglah dgn alquran dan sunnah...ilmu ni pun dri dari tanah jawa/seberang.Byk khurafatnya

bagus tu.. ape ilmu agama dr quran atau hadist yg tuan sedang gunakan dlm kehidupan seharian atau dlm kita selaku manusia jd khalifah allah di muka bumi n sharelah dlm forum ni...

---------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
umat islam kekuatannya pd keimanan dan tauhidnya pd allah.Para shbt nabi dan sufi2 tak amal pun ilmu2 mcm ni...jgn kaitkan mereka dgn ilmu dari jawa dan seberang ni...umpama langit dan bumi...tauhid mereka ini benar2 bulat dan kuat pd allah dan berpggg pd syariat yg di bawa rasululllah saw.

sharelah serba sikit dgn kami ttg ilmu tauhid ni...

----------------------------------------------------------------------

boing777

maaf tuan2 sy lum pernah dgr ttg ade name jurus empat2 satu perut.. leh dak bantu sy siapa yg tau...

-----------------------------------------------------------------------

E- Clas

boing777 wrote:
maaf tuan2 sy lum pernah dgr ttg ade name jurus empat2 satu perut.. leh dak bantu sy siapa yg tau...

ada guru baru yang lain lagi la tu kut... heee..

--------------------------------------------------------------------------

E- Clas

raden mas wrote:
nak tahu tentang seni silat garuda sakti bambu runcing kebatinan kenalah mengenal diri dulu..........jumpa semua di alam lain......ea apela bambu runcing plak ade kat sini... lalu saje plak tu...

Ni pun alam lain la juga sedara oii.. alam cyber, meh la masuk alam ni...

-------------------------------------------------------------------------

E- Clas

kajang_prima wrote:
citalah alquran dan hadith byk mana sklipun,tpi klu amal bss tak guna dunia akhirat...

Tak guna kat dunia dan akhirat pun tak apa la... sekurang2nya boleh juga belajar bss untuk jadi orang baik2... kalau terjahat pun tak lah banyak...

---------------------------------------------------------------------------

E- Clas

kajang_prima wrote:
tak yah le nak cari ilmu yg susah yg menjauhkan kita dgn allah...ikut je ape yg dibawa rasulullah saw...jgn mengada2kan agama,nak blajar garuda sakti le...bss le...kan ke ilmu hindu tu semua...pgglah dgn alquran dan sunnah...ilmu ni pun dri dari tanah jawa/seberang.Byk khurafatnya

Nak juga bawa apa yang rasulullah saw bawa tu.. bagitahu la... apa yang rasulullah saw bawa sebelum dia jadi Nabi tu dulu...

Emm dah cek dah... dah tanya dah kat orang2 hindu pun...ilmu hindu tak de la pulak guna jurus2 macam nie..

Ilmu dari jawa/tanah seberang pun datangnya dari Allah swt la juga... Tapi eluk juga tu dari ilmu2 perang jer dari tanah Arab...

AlQuran hari ni pun para sahabat yang "bukukan". Sebelum tu deorang guna Quran mana aaaarr..?? Emm Quran dah ujud lama dah... Sebelum Nabi jadi Nabi kat mana Quran tu plak? AlQuran kalau dk pegang jer tak guna juga. Baca ngan tafsir sekali kalau tak faham pun lagi la tak guna. Rahsia AlQuran kaum Yahudi jer yang guna.....

---------------------------------------------------------------------

E- Clas

kajang_prima wrote:
umat islam kekuatannya pd keimanan dan tauhidnya pd allah.Para shbt nabi dan sufi2 tak amal pun ilmu2 mcm ni...jgn kaitkan mereka dgn ilmu dari jawa dan seberang ni...umpama langit dan bumi...tauhid mereka ini benar2 bulat dan kuat pd allah dan berpggg pd syariat yg di bawa rasululllah saw.

Ilmu apa la pulak para sahabat dan ahli sufi tu blajar ek? Nak juga tau....citer la sikit2..

Ramai sangat yang berpegang pada syariat. Ramai sangat2 yang kuat iman dan tauhid tu... Tapi yang jadi ahli sufi tu tak nampak pun...Heran juga tu..

----------------------------------------------------------------------

E- Clas

budakcomel wrote:
 saudara e-clas yg dihormati, sy sebenarnya faham ape yg saudara cuba sampaikan. tp bagaimana dgn tafsiran org lain? sy agak risau dgn kenyataan guru bss bukanlah guru sebenarnya. kalau boleh saudara jelaskan dgn lebih baik memandangkan ramai ahli dan bukan ahli yg membaca. tlg ye..

Assalamualaikum...

Saya faham sedara faham. Saya juga faham tentang kerisauan sedara tu. Terima Kasih kerana mengingatkan saya... Maafkan saya kerana membuatkan sedara risau... Ayat itu sememangnya sengaja dibiar tergantung sedikit.

Bukan maksud saya mengatakan guru2 BSS tu tak betul. Bukan maksud saya juga memburuk2kan Guru2 BSS. Cuma tujuan saya ialah supaya kita bersama2 merenung serta memikirkannya sahaja.

Bagi ahli2 BSS yang tidak faham bolehlah berbincang dengan kawan2 diluar atau pun di kelas BSS bersama2 guru2 masing2. Bagi mereka2 yang bukan ahli BSS boleh lah mengajukan pertanyaan pada para2 ustaz dan ulama2 kesufian yang ada di luar sana. Jangan lah membuat andaian secara bersendirian.

Amalan BSS dan ilmu ketuhanan lain tiada penamatnya kecuali MATI. Begitu juga bagi guru2 BSS yang ada pada hari ini. Jadi siapakah guru2 untuk guru2 BSS, guru2 ilmu ketuhanan yang lain dan para2 wali itu belajar pada ketika sebelum keMATIan mereka2 ???

Ahli2 BSS boleh mencapai mertabat yang lebih tinggi dari guru2 BSS itu sendiri bergantung pada amalan mereka. Pada ketika itu siapalah pulak yang yang menjadi guru pada mereka2 ini????
Walaubagaimana pun tahap mertabat seorang murid untuk menandingi gurunya tidak mustahil berlaku. Akan tetapi PENGALAMAN guru2 itu sukar dapat diatasi. Malah tahap PENGORBANAN dalam memperjuangkan apa yang diamalkan oleh seseorang guru itu juga amatlah sukar ditandingi oleh anak murid.
Perlu diingatkan KEIKHLASAN YANG SUCI hanya dapat dicapai melalui PENGORBANAN DARI SEGI MASA, TENAGA DAN WANG/HARTA. Itu pun hanya setelah taburan BUDI dikeluarkan. BUDI yang bukan sebarang BUDI akan tetapi BUDI yang disertai dengan perasaan SAYANG PADA SEGALA MAKHLUK ALLAH SWT DAN KASIH PADA DIRI SENDIRI. BUDI yang berCAHAYA...Perasaan CINTAPADA ALLAH hanya dapat dicapai setelah perasaan SAYANG dan KASIH ini tercipta.

Maafkan saya kerana tidak dapat menghuraikan siapakah yang bergelar "sebenar2 guru" itu di ruangan ini. Ini adalah kerana ianya akan menjadi pertikaian dan salah faham yang lebih banyak berlaku.... Wallahualam..... wassalammm........

-----------------------------------------------------------------------

edy137

takpe E-Clas.. kadangkala makin kita layan user2 yang macam tuh esok lusa guna nick lain main hentam lagi, dia bengang tukar nick lain, hentam lagi.. dah bertahun-tahun baik forum mana sekalipun mmg akan wujud orang2 macam nie.. relax jewk.. ahli2 BSS tak perlu melatah cepat.. kita balik jer semula pada forum kita atau perbincangan mengenai keilmuwan ini..

-----------------------------------------------------------------------

hitam putih

assalamualaikum...saya org baru
dengar cerita budi suci ni boleh scan power dan kekuatan atau scan penyakit. boleh tak sesorg scan saya?

-------------------------------------------------------------------------

aai66

hehehe..
Ada gak org nak suruh scan ek.
Nak scan gi la hospital

----------------------------------------------------------------------

kajang_prima

kena lyn juga bro...supaya jgn kita syok sendiri dan dakwa ilmu bss ni haq...takkan le ilmu haq pkai duit syiling 1 sen kat pusat...,mandi abu,mandi bunga,pkai jiblak,lewat,colok dsbnya....nabi muhammmad saw dan para shbt tak de faal hindu ni...setinggi 2 ilmu bss bleh smpai 52 jurus..!!!

-------------------------------------------------------------------------

kajang_prima

merasul yg ahli bss buat tu utk sape?isi pokok badan,jurus 50 berkait dgn ape? dan mcm2 ilmu kehinduan yg bss buat tu...jgn ckp sedap je ilmu haq...kajindan tya dulu pd mereka yg arif...klu benda yg haram...buat atau modify mcm mana pun haram juga tempatnya....sesungguhnya syaitan tak pernah duduk diam lebih2 lg mcm ilmu bss ni...

----------------------------------------------------------------------

kajang_prima

klu arwah kiyai pun pkai benda yg haram lebih2 yg menyalahi aqidah...mcm mana kau org yg jadi ahlinya....semua dpt syer sama2.

---------------------------------------------------------------------

edy137

hitam putih wrote:
assalamualaikum...saya org baru
dengar cerita budi suci ni boleh scan power dan kekuatan atau scan penyakit. boleh tak sesorg scan saya?

nak scan saudara?? atas sebab apa atau kenapa???

---------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
kena lyn juga bro...supaya jgn kita syok sendiri dan dakwa ilmu bss ni haq...takkan le ilmu haq pkai duit syiling 1 sen kat pusat...,mandi abu,mandi bunga,pkai jiblak,lewat,colok dsbnya....nabi muhammmad saw dan para shbt tak de faal hindu ni...setinggi 2 ilmu bss bleh smpai 52 jurus..!!!

bile pulak ahli2 pakai duit syiling 1 sen kat pusat, kan dah fitnah namanya.. mana pulak yang saudara dengar pasal mandi abu, jiblak, colok dan apa yang saudara kemukakan itu ekk.. lepas tuhh BSS sampai 52 Jurusan??? apa nie.. fitnah lagi..

-----------------------------------------------------------------------

kajang_prima

bss spt yg kau org dakwa guna cahaya le...mcm2 lg le..mana ade cahaya. Insyallah SEMUANYA API.... COMFIRM 100 %.Klu dah api faham2 aje le...takkan le malaikat pya keje...kasi tumbang,pelanting,ubat....dsbn ya.Keje sape tu....guna le aqal yg waras...

-----------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
merasul yg ahli bss buat tu utk sape?isi pokok badan,jurus 50 berkait dgn ape? dan mcm2 ilmu kehinduan yg bss buat tu...jgn ckp sedap je ilmu haq...kajindan tya dulu pd mereka yg arif...klu benda yg haram...buat atau modify mcm mana pun haram juga tempatnya....sesungguhnya syaitan tak pernah duduk diam lebih2 lg mcm ilmu bss ni...

tau ke tidak maksud merosul itu.. maaf bukan merasul tapi merosul.. pergi tanya orang Acheh apa maksud merosul.. dapat jawapan baru posting lagi ehh.. pasal suruh kaji dengan yang arif kalau saudara nak tau, ahli2 BSS terdiri dari pelbagai golongan dan salah satunya golongan 'kuat agama'..:)

--------------------------------------------------------------------

aai66

kalau x jmp & kenal leh ke scan
atau kena makrifat ke

-----------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
klu arwah kiyai pun pkai benda yg haram lebih2 yg menyalahi aqidah...mcm mana kau org yg jadi ahlinya....semua dpt syer sama2.

Pakai benda yang haram??? pakai apa ekk.. cuba bagi satu contoh ape yang Arwah Hj Hasyim pakai.. ramai yang nak tau nie..

----------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
bss spt yg kau org dakwa guna cahaya le...mcm2 lg le..mana ade cahaya. Insyallah SEMUANYA API.... COMFIRM 100 %.Klu dah api faham2 aje le...takkan le malaikat pya keje...kasi tumbang,pelanting,ubat....dsbn ya.Keje sape tu....guna le aqal yg waras...

macamana boleh confirm 100% nih.. Jabatan2 agama pun tak boleh main sebarang keluarkan fatwa.. apatah lagi saudara.. fitnah pulak tue.. kitorang takder main2 api ni.. kalau malam kelas memang ada buka lampu kalimantang atau mentol sebagai cahaya untuk menerangi keadaan sekeliling.. hurmm.. camane ekk.. terangkan lah sket sebelum mem fitnah..

---------------------------------------------------------------------------

kajang_prima

skrg dah ubah ckit...ikut peredaran zaman,tya le org2 lama...klu 51 kau jadile mcm kiyai dan 3m...klu 52 kau bleh tewaskan 3m dan mana2 guru bss psl tahu rahsia sebenar ilmu yg tak haq ni...

---------------------------------------------------------------------------

kajang_prima

aku mls nak ckp le nanti org bss ingat aku buat fitnah....tpi jurus 52 adalah kunci sgl ilmu dlm bss, tpi kau tak jadi insan le...2 dlm 1

---------------------------------------------------------------------
kajang_prima

aku tya secar ikhlas le...yg kau buat jurus ama ada waktu latihan atau demo smpai pelanting2,menjerit2 mcm org kena sembelih tu faal sape.....sape pya keje? takkanlah keje malaikat? atau tenaga dalaman atau sbgnya...fikirlah sendiri...dlm jurus takkkan le tak de nama colok,pendat,lewat dsbnya!!!mandi bunga mcm mana pulak....setiap peringkat ada benda yg nak kena mahar dan byr,btul tak...

---------------------------------------------------------------------

kajang_prima

Ilmu haq tak de syarat2 dunia yg ada perjanjian!!!...

---------------------------------------------------------------------

hitam putih

saja nak tau betul ke tidak bss ni boleh scan.
kalau saya pesakit, dtg jumpa perawat, mesti perawat yg bg tahu sy sakit apa dari analisis nya sendiri. bukan pesakit tu yg bg tahu. kan?

---------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
skrg dah ubah ckit...ikut peredaran zaman,tya le org2 lama...klu 51 kau jadile mcm kiyai dan 3m...klu 52 kau bleh tewaskan 3m dan mana2 guru bss psl tahu rahsia sebenar ilmu yg tak haq ni...

nih takde citer tewas kan guru ke ape ke.. ahli2 BSS sumer takder nak tewaskan saper k.. terima kasih..

----------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
aku mls nak ckp le nanti org bss ingat aku buat fitnah....tpi jurus 52 adalah kunci sgl ilmu dlm bss, tpi kau tak jadi insan le...2 dlm 1

kalau saudara rasa itu kuncinya suka hatilah.. bawalah.. kami tak mahu pun..

-----------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
aku tya secar ikhlas le...yg kau buat jurus ama ada waktu latihan atau demo smpai pelanting2,menjerit2 mcm org kena sembelih tu faal sape.....sape pya keje? takkanlah keje malaikat? atau tenaga dalaman atau sbgnya...fikirlah sendiri...dlm jurus takkkan le tak de nama colok,pendat,lewat dsbnya!!!mandi bunga mcm mana pulak....setiap peringkat ada benda yg nak kena mahar dan byr,btul tak...

buat Jurusan takder terpelanting or terjerit k.. tak berapa jelas lah saudara.. itu semua bukan keilmuwan BSS, pasal nama colok, pendat, lewat tu kan bahasa dari Acheh.. itu cuma mengikut bahasa takde ape yang salah... mandi bunga kenapa pula.. salah ker.. cuba tanya mana2 guru agama, salah ke mandi bunga, orang dulu2 takde sabun menggunakan bunga sebagai mewangikan diri.. dlm BSS itu cuma simbolik.. pasal bayaran apa yang nak di kesahkan.. masuk taekwando atau silat pun kena bayar kann..

----------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
Ilmu haq tak de syarat2 dunia yg ada perjanjian!!!...

memang takder syarat2 or perjanjian.. bersalam salam nih sumer.. maner ade nihh.. ish..

------------------------------------------------------------------------

kajang_prima

jwpn biasa yg selalu dijawab oleh pengamal bss..

----------------------------------------------------------------------

kajang_prima

apa ada pd nama...pd nama ada rahsia tersembunyi...carilah... amalan dlm bss ni ada kaitan dgn pemujaan dan terselit perjanjian yg membatalkan syahadah sbg seorang islam secara halus.

------------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
jwpn biasa yg selalu dijawab oleh pengamal bss..

Memang laa biasa, dah itu jawapannya, jadi bagaimana pula bentuknya jawapan yang luar biasa yerr.. tolong bagi tahu..

-------------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
apa ada pd nama...pd nama ada rahsia tersembunyi...carilah... amalan dlm bss ni ada kaitan dgn pemujaan dan terselit perjanjian yg membatalkan syahadah sbg seorang islam secara halus.

apa yerr rahsianya, boleh beritahu tak?? pemujaan yang macam mana, ahli2 BSS puja Allah S.W.t jerk rasenye.. bukan hanya puja, menyembahNya lagi selaku MahaPencipta sekelian makhluk..

perjanjian yang macam mana?? dari tadi tanyer sume takder jawapan.. habis tuhh kire dah fitnah laa ni..

jangan laa lari tajuk.. saudara bertanya hamba jawab, hamba betanya saudara belit sana-belit sini, lepas tuh memfitnah.. sebab tuhh laa hamba katakan tunjukkan bukti dulu..

------------------------------------------------------------------------

kajang_prima

bila amalan bss dikaitkan dgn ilmu haq itulah salahnya..Klu ilmu haq alquran dan sunnah,sdgkan amalan bss tiada dan keluar dri Islam...

------------------------------------------------------------------------

budakcomel

tq e-clas.. guru terbaik adalah diri kita dan allah.

salam tuan kajang_prima yg bijaksana, adalah lebih molek kiranya tuan berforum di laman2 keilmuan islam atau laman-laman tarekat daripada tuan mengajak kami orang2 yg jahil ini ke jalan kebenaran.. sesungguhnya tmpat kami ni hanyalah di neraka semata.

-----------------------------------------------------------------------

ahli bss

salam sejahtera.

hai kajang_prima,maseh tak faham2 lagi ke?.Siapa
kata yg BSS ini ada kena mengena dengan agama islam?.Ia langsung tiada kaitan dengan agama islam.Saya rasa dah berbuih ahli2 BSS menerangkan
hal ini.Maseh tak faham2 ke!!!. Ini suatu kerahsian yg ada pada setiap mahluk yg bergelar
manusia.Justru itu,ia tidak mengenal bangsa,keturunan,puak,agama atau apa sekali pun,ia
tetap ada pada mahluk yg bergelar manusia.Mahu tak mahu awak pun ada.Cuba periksa surah an-nur ayat 35.Kalau tak faham jangan marah.kerana ayat
itu sudah jelaskan dengan terang jawapan nya.
Jangan tak semak ! semak OK.

---------------------------------------------------------------------

boing777

hitam putih wrote:
assalamualaikum...saya org baru
dengar cerita budi suci ni boleh scan power dan kekuatan atau scan penyakit. boleh tak sesorg scan saya?

salam tuan diri ibarat cermin klu bangun pg b4 g keja leh tgk cermin x kan diri sendiri nk minta org scan kot.....ish scan lah sendiri... heee

-----------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
kena lyn juga bro...supaya jgn kita syok sendiri dan dakwa ilmu bss ni haq...takkan le ilmu haq pkai duit syiling 1 sen kat pusat...,mandi abu,mandi bunga,pkai jiblak,lewat,colok dsbnya....nabi muhammmad saw dan para shbt tak de faal hindu ni...setinggi 2 ilmu bss bleh smpai 52 jurus..!!!

emmm ini nak kena buka kamus dewan ni...! leh dak tuan bg tau saya ape makna BUTUH dlm bhs melayu BUTUH dlm bhs indon...? klu x fhm lg entahlah.. bih baik g berubat mandi air longkang ke, mandi air kolah 7 masjid ke.. n ape2 lah yg bidaah2 yg tuan rs nbi ajar sgt tu... ish...ish...

------------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
merasul yg ahli bss buat tu utk sape?isi pokok badan,jurus 50 berkait dgn ape? dan mcm2 ilmu kehinduan yg bss buat tu...jgn ckp sedap je ilmu haq...kajindan tya dulu pd mereka yg arif...klu benda yg haram...buat atau modify mcm mana pun haram juga tempatnya....sesungguhnya syaitan tak pernah duduk diam lebih2 lg mcm ilmu bss ni..

.klu kwn dgn setan x de hal kut.. n dah byk pun yg buat camtu cuma sedar @ x jea. harap2 jgn PINJAM PERANGAI setan dah le yea sahabat... emmmm

----------------------------------------------------------------------

boing777

edy137 wrote:
bile pulak ahli2 pakai duit syiling 1 sen kat pusat, kan dah fitnah namanya.. mana pulak yang saudara dengar pasal mandi abu, jiblak, colok dan apa yang saudara kemukakan itu ekk.. lepas tuhh BSS sampai 52 Jurusan??? apa nie.. fitnah lagi..

x pe tuan biarlah org2 tu menabur fitnah, yg penting dia x lupa esok dia balik gak ke tanah... kah...kah...

----------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
klu arwah kiyai pun pkai benda yg haram lebih2 yg menyalahi aqidah...mcm mana kau org yg jadi ahlinya....semua dpt syer sama2.

kurang2 confirm ade share leh lah monitor turun naik nyea... tuan ade aper arrr.... heeeee

----------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
bss spt yg kau org dakwa guna cahaya le...mcm2 lg le..mana ade cahaya. Insyallah SEMUANYA API.... COMFIRM 100 %.Klu dah api faham2 aje le...takkan le malaikat pya keje...kasi tumbang,pelanting,ubat....dsbn ya.Keje sape tu....guna le aqal yg waras...

klu pakai akal leh ka kenal api...??? emmmm...

-----------------------------------------------------------------------

boing777

edy137 wrote:
tau ke tidak maksud merosul itu.. maaf bukan merasul tapi merosul.. pergi tanya orang Acheh apa maksud merosul.. dapat jawapan baru posting lagi ehh.. pasal suruh kaji dengan yang arif kalau saudara nak tau, ahli2 BSS terdiri dari pelbagai golongan dan salah satunya golongan 'kuat agama'..:)

yea sy setuju tu... tp sy pasti yg dok bertanya tu org yg PALING KUAT AGAMA... agama ape? emmm... mari kita tanya nabil...??? haaa...ha...

---------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
skrg dah ubah ckit...ikut peredaran zaman,tya le org2 lama...klu 51 kau jadile mcm kiyai dan 3m...klu 52 kau bleh tewaskan 3m dan mana2 guru bss psl tahu rahsia sebenar ilmu yg tak haq ni...

ini ade pantun 2 kerat untuk tuan.... klu dah haq aku, buat pe nk bg tau org da...!!! klu dah tau rahsia baik x yah cita rahsia itu ape da... huh...huh...

------------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
aku mls nak ckp le nanti org bss ingat aku buat fitnah....tpi jurus 52 adalah kunci sgl ilmu dlm bss, tpi kau tak jadi insan le...2 dlm 1

tuan kami x guna syampu 2 dlm 1... n bss bukan ilmu... tuan edy137 tlg bg ceramah sikit perbezaanya... maklumlah org kajang prima beriya2 nak tau tu... heee

--------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
aku tya secar ikhlas le...yg kau buat jurus ama ada waktu latihan atau demo smpai pelanting2,menjerit2 mcm org kena sembelih tu faal sape.....sape pya keje? takkanlah keje malaikat? atau tenaga dalaman atau sbgnya...fikirlah sendiri...dlm jurus takkkan le tak de nama colok,pendat,lewat dsbnya!!!mandi bunga mcm mana pulak....setiap peringkat ada benda yg nak kena mahar dan byr,btul tak...

ade yg BETUL ader yg SALAH ader yg FITNAH ader yg HITAM ader yg PUTIH ader yg MALAIKAT ader yg SYAITAN B IBLIS... nak tau bezanye lu pikir lah sendiri.. heee

---------------------------------------------------------------------

boing777

hitam putih wrote:
saja nak tau betul ke tidak bss ni boleh scan.
kalau saya pesakit, dtg jumpa perawat, mesti perawat yg bg tahu sy sakit apa dari analisis nya sendiri. bukan pesakit tu yg bg tahu. kan?

soalan ni tuan edy137 layak mjwbnyer..

--------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
Ilmu haq tak de syarat2 dunia yg ada perjanjian!!!...

pening haq itu ilmu ka tuan...??? HENTAMM SJLAH LABU...emmmm

---------------------------------------------------------------------

boing777

edy137 wrote:
nih takde citer tewas kan guru ke ape ke.. ahli2 BSS sumer takder nak tewaskan saper k.. terima kasih..

untuk pghtn edy137 org kajang prima dia nak kalahkan diri dia tu... cm x sedar lg tu... heee

------------------------------------------------------------------------

boing777

edy137 wrote:
kalau saudara rasa itu kuncinya suka hatilah.. bawalah.. kami tak mahu pun..

mungkin kajang prima ader kunci tp x kenal mangga mn nak guna kasi macth dgn dia punya kunci.. itu yg dia try n error masuk forum ni, kot2 macthing lak... kahh...kahh

---------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
jwpn biasa yg selalu dijawab oleh pengamal bss..

sbb tuan x nak ikut standart maka tuan MODIFIED semua ikut tuan punye spec... hati2 now byk road block tau...heeee

---------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
apa ada pd nama...pd nama ada rahsia tersembunyi...carilah... amalan dlm bss ni ada kaitan dgn pemujaan dan terselit perjanjian yg membatalkan syahadah sbg seorang islam secara halus.

amien.... moga tuan dirahmati n bila mati ditempatkn dgn dlm syurga yg indah....

----------------------------------------------------------------------

boing777

kajang_prima wrote:
bila amalan bss dikaitkan dgn ilmu haq itulah salahnya..Klu ilmu haq alquran dan sunnah,sdgkan amalan bss tiada dan keluar dri Islam...

klu camtu tuan ikut ajaran agama islam yg mana satu...??? yg I nye kah, S nye kah? L nye kah, A nyer kah atau M nyer kah... heee

-----------------------------------------------------------------------

E- Clas

budakcomel wrote:
tq e-clas.. guru terbaik adalah diri kita dan allah.

Yg terbaik maksudnye satu jer. Cm ne leh jd dua plak?... Pilih satu antara dua...

---------------------------------------------------------------------

persona

aku ni dah lama dgr psl bss ni...tinggal d taiping...bila ada org sebut psl bss ada kat taiping yg gurunya nama pak yob...bleh kasi infor./guide mana alamat rumah untuk aku pg jmpa.Please...

------------------------------------------------------------------------

memegang rahsia

Assalamualaikum....jgn dilayan org cam kajang prima nih....biarkan dia, sebenarnya dia sendiri yg tak mengunakan akalnya sendiri, sifat keiblisan nya sesangat lah tinggi. Buat forumer sekeliannya jgn layan org cam nih, apa yg dikeluarkan biarkan saja, diumpamakan anjing menyalak bukit. Dia cuma tahu menjaja tahinya sendiri....wasalam

------------------------------------------------------------------------

persona

dkt caltex dgn stesen bas kamunting mmg aku dah servey tpi ada ke tanda2 lain mcm rmh pak yob kat sekolah ke...masjid dkt padang...atau kereta dia warna sekian2 ke atau ada gelanggang tak...please

---------------------------------------------------------------------

aai66

Saudara2 yg pernah berguru dgn pak yop .. tlg la sudara kita sorang ni..tgh mencari ilmu
Majoriti di sini berguru dgn 3M...

----------------------------------------------------------------------

boing777

aai66 wrote:
x kn lupa rmh tok guru kot

ingat tp kena tutup mata dulu... heeee

-------------------------------------------------------------------

boing777

persona wrote:
dkt caltex dgn stesen bas kamunting mmg aku dah servey tpi ada ke tanda2 lain mcm rmh pak yob kat sekolah ke...masjid dkt padang...atau kereta dia warna sekian2 ke atau ada gelanggang tak...please

ok belakang caltex lorong ke 3 rumah no 3 dari simpang.. x pun dtg tiap mlm khamis jumaat n sabtu... cb lah try sy ni pelupa sikit sbb klu gi ziarah biasanya mlm n g ramai2 follow memfollow x yah ingat jln.. heeee

-------------------------------------------------------------------

boing777

persona wrote:
dkt caltex dgn stesen bas kamunting mmg aku dah servey tpi ada ke tanda2 lain mcm rmh pak yob kat sekolah ke...masjid dkt padang...atau kereta dia warna sekian2 ke atau ada gelanggang tak...please

harap jgn gi redah je.. sbb nnti pakcik tanya dtg dgn siapa..??? x kan nn guna boing777 ni kot...heee. so carilah dulu org2 yg tau ttg bss ni dekat dgn tmpt tinngal tuan, dgr dulu penerangan dr dia org b4 gi.. bukan ape supaya x timbul fitnah yg bukan2 nanti itu je, bila dah fhm baru lah gerakkk... heee..

-------------------------------------------------------------------

boing777

persona wrote:
dkt caltex dgn stesen bas kamunting mmg aku dah servey tpi ada ke tanda2 lain mcm rmh pak yob kat sekolah ke...masjid dkt padang...atau kereta dia warna sekian2 ke atau ada gelanggang tak...please

klu melalui blog2 ni saya takut tuan x berapa clear.. sbb forum ni untuk mrk2 yg telah mjd ahli n telah fhm serba sedikit selok belok bss ni.

---------------------------------------------------------------------

boing777

persona wrote:
dkt caltex dgn stesen bas kamunting mmg aku dah servey tpi ada ke tanda2 lain mcm rmh pak yob kat sekolah ke...masjid dkt padang...atau kereta dia warna sekian2 ke atau ada gelanggang tak...please

tuan berada di cheras hamba di ampang ape salah kita bertemu sbgi saudara islam.. kan..kan..

---------------------------------------------------------------------

boing777

persona wrote:
kpd ahli atau otai2 bss bleh tolong kasi guide/alamat mana nak hubungi pak yob...

jgn bimbang di kl ni ramai murid2 bss, ada dr 3m 5m n bukan dari mana m... so carilah dulu kwn2 berdekatan wat reseach dulu kat lebih baik tu...heeee

----------------------------------------------------------------------

boing777

persona wrote:
kpd ahli atau otai2 bss bleh tolong kasi guide/alamat mana nak hubungi pak yob...

paling hampir leh g taman melawati x salah ada saudara2 bss 3m kat sn... dekat sikit n mudah nak wat revision nanti.. tak gitu en. aai66..heee

----------------------------------------------------------------------

persona

tq saudara b777...sya kursus/latihan (KFC)di seri kembangan 3 mggu...apa pun klu sya hijrah kat cni sya aka cari tmpat yg dimaksudkan atau cari saudara...habis kursus klu bleh atau tiada halangan nak juga k rmh pak yob...

---------------------------------------------------------------------

E- Clas

kajang_prima wrote:
apa ada pd nama...pd nama ada rahsia tersembunyi...carilah... amalan dlm bss ni ada kaitan dgn pemujaan dan terselit perjanjian yg membatalkan syahadah sbg seorang islam secara halus.

Semuga Allah memberi petunjuk kepada mu kejalan jalan yang benar dan semuga rohmu ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman. Aminnnn...

-----------------------------------------------------------------

aai66

boing777 wrote:
 paling hampir leh g taman melawati x salah ada saudara2 bss 3m kat sn... dekat sikit n mudah nak wat revision nanti.. tak gitu en. aai66..

heeebetoi......
tapi kawan bukan dari kelompok 3M
mcm saudara gak
kita sedara sesama islam..

--------------------------------------------------------------

aai66

edy137
syabas, penerangan saudara di dlm thread saudara mmg terang. Terang2kan lah lagi yang mana x terang.
moga terang hati kawan.
boing777
ber forum kat sini aje le..
tgk macam mana saudara edy137 menangkis serangan2 SCUD dgn PATRIOT..
so far berjaya..kawan bagi sokongan moral aje..
hehehe...

-------------------------------------------------------------------

kajang_prima

semoga kalian mendapat petunjuk allah dari kesesatan bss yg bertopengkan rahsia haq...biarlah kiyai tersilap jgn kalian jg tersilap dan mewariskan kesesatan. Renungkanlah dan guna aqal yg waras....spt sabda rasulullah saw...sesungguhnya kamu tak akan sesat selama2nya sekiranya kamu berpegang pd k2nya iaitu alquran dan hadith...Cuba kalian fikirkan klu ulama2 d malaysia yg terkenal ketokohan ilmunya spt ust harun din,..ismail kamus...para mufti dan guru2 pondok pun mengatakan ilmu ini salah dan sesat..knpa nak kita pgg lg dan amal!!!fikirkanlah..tepuk dada tya iman...wassalam

---------------------------------------------------------------------

AHLI TASAUF

MCM NIE LARH SUMA.... AKU AHLI BSS... TPI BKN PERSATUAN AKU ANDERGROUND... JGN HNYA AMALAN JER BUAT...SMBHYG LUPER... YG PLG PNTG SMBHYG,BRU BERKAT... JGN RIAK BHYA.... WASSALAM...

-------------------------------------------------------------------------

aai66

kajang_prima wrote:
semoga kalian mendapat petunjuk allah dari kesesatan bss yg bertopengkan rahsia haq...biarlah kiyai tersilap jgn kalian jg tersilap dan mewariskan kesesatan. Renungkanlah dan guna aqal yg waras....spt sabda rasulullah saw...sesungguhnya kamu tak akan sesat selama2nya sekiranya kamu berpegang pd k2nya iaitu alquran dan hadith...Cuba kalian fikirkan klu ulama2 d malaysia yg terkenal ketokohan ilmunya spt ust harun din,..ismail kamus...para mufti dan guru2 pondok pun mengatakan ilmu ini salah dan sesat..knpa nak kita pgg lg dan amal!!!fikirkanlah..tepuk dada tya iman...wassalam

Ni bab baru ni.
x nah dengar pun bab harun din, ismail kamus, para mufti, guru2 pondok kata BSS salah & sesat.
Kalau salah & sesat leh lak persatuan2 BSS berdaftar?
Nape JAIM, JAIWP, JAIS dan Jabatan Agama Islam Negeri x buat serbuan dan soal siasat guru2 BSS.
Mungkin saudara leh jumpa dgn guru2 BSS
Bersoal jawab gitu...
saudara kan ahli bijak pandai..
Wallahualam

--------------------------------------------------------------------

edy137

kajang_prima wrote:
semoga kalian mendapat petunjuk allah dari kesesatan bss yg bertopengkan rahsia haq...biarlah kiyai tersilap jgn kalian jg tersilap dan mewariskan kesesatan. Renungkanlah dan guna aqal yg waras....spt sabda rasulullah saw...sesungguhnya kamu tak akan sesat selama2nya sekiranya kamu berpegang pd k2nya iaitu alquran dan hadith...Cuba kalian fikirkan klu ulama2 d malaysia yg terkenal ketokohan ilmunya spt ust harun din,..ismail kamus...para mufti dan guru2 pondok pun mengatakan ilmu ini salah dan sesat..knpa nak kita pgg lg dan amal!!!fikirkanlah..tepuk dada tya iman...wassalam

Betul ke nie saudara dah dengar sendiri dari mulut tokoh2 agama tersebut... jeng..jeng..jeng.. jangan menabur fitnah ok.. kalau dari mulut saudara katakan dari mulut saudara.. jgn gunakan tokoh2 agama tersebut sebagai menguatkan lagi keterangan diri.. tunjukkan bukti yang nyata dahulu.. assalamualaikum!!!

----------------------------------------------------------------------

Legendary137

budikan pekertimu

sucikan kepercayaanmu

sejatilah dirimu pada yang maha sejati

-----------------------------------------------------------------------

Legendary137

budikan nafsumu

sucikan hatimu

sejatilah akalmu

----------------------------------------------------------------------

aai66

tukar nick lak ekk

-----------------------------------------------------------------------

Thursday, September 13, 2012

Questions & Answers ~ Mengenai perbezaan gangguan JIN dan penampakan

Hamba Allah ini telah memberikan 6 soalan utk hamba cuba jawabkan... tetapi malangnya hanya 2 sahaja yang dapat hamba huraikan di tempat umum oleh kerana 4 lagi soalan itu terlalulah 'peribadi' dan akan hamba jawab di P.M nya nanti. 2 soalan terakhir darinya itu merupakan soalan nombor 5 dan nombor 6.. begini bunyinya:-

soalan 5 : yg ni nak mintak pendapat laa apa perbezaan di sihir, gangguan jin,saka & santau..maksudnya tanda2 awal pesakit terhadap benda2 ni..

soalan 6 : 6. boleh ke org yg mcm akak ni boleh 'nampak' sesuatu?nampak 'bendaalah' tu..sebab sebelum ni, akak cuma boleh nampak kelibat & mcmobjek legap..tapi semlm akak nampak ala cik pon kat depan rumah jiranakak..dia mengadap rumah akak..adakah cuma satu perasaan akak jer??atauakak fikir yg bukan2??

---------------------------------------------------------------------------------------------
bagi persoalan nombor 5 itu sebenarnya memerlukan penghuraian yang begitu panjang lebar atas kerana ianya sememangnya berbeza diantara satu sama lain. Cumanya... dalam ayat tersebut, hanya 3 sahaja yang dapat hamba ambil.. iaitu GANGGUAN JIN, SAKA, dan SANTAU.... yang SIHIR itu sebenarnya lebih kurang maksudnya dengan SANTAU, tetapi SANTAU itu sendiri duduknya di dalam kumpulan jenis SIHIR dan SIHIR terbahagi kepada beberapa bahagian seperti sihir pengasih, pelalau, sekampung, dan bermacam-macam lagi. Jadinya, hamba cuba untuk melakukan penghuraian seringkas dan sepadat mungkin untuk persoalan tersebut... insyaallah~

GANGGUAN JIN : Kebiasaannya 'Tersampuk', 'terlangkah', 'terpijak', 'terkena', 'kacau tempat', 'terambil', 'sergah', dan seumpama dengannya.... itulah yang dinamakan GANGGUAN JIN. selalunya mereka akan 'terkena' apabila semangat mereka agak lemah dan sentiasa dihurungi perasaan 'sentiasa' takut akan hantu dan seumpama dengannya. Tetapi tidak mustahil juga mereka yang kuat semangat boleh diganggu oleh JIN yang cuba mencucukkan jarum tipu muslihatnya kepada makhluk manusia. Diantara gejala-gejala awalnya ialah kebiasaannya mereka-mereka ini tidak akan tersampuk atau terkena diwaktu itu juga, bukan tak boleh, tetapi kebiasaannya sahaja... selalunya mereka akan mengalami 'dillusion' apabila pulang ke rumah, tiada selera makan, menangis tak semena-mena, termenung berpanjangan, hati gusar tanpa sebab dan juga mungkin percakapan yang menampakan ketidaknormalan diri. gejala lanjutannya biasanya meracau hingga membawa kepada 'histeria' dan terjerit-jerit di waktu-waktu tertentu. Selalunya GANGGUAN JIN ini mudah dibuang dan dipulihkan. dikategorikan sebagai RINGAN. Ada juga yang boleh terus kena pada waktu itu juga seperti disesatkan semasa di dalam hutan, histeria, atau kemurungan secara tiba-tiba. Bagi persoalan ke-6 kita cuba huraikan sedikit sebanyak di perenggan-perenggan seterusnya.

SAKA : SAKA ialah suatu perkara yang amat berbeza dengan GANGGUAN JIN. SAKA boleh diperturunkan atau diwarisi dari keturunan atau sahabat handai. SAKA memerlukan pembinaan 'PERUMAH' dimana ada sesetengah PERAWAT yang memanggilnya 'TAPAK' atau 'HIGHWAY'. SAKA boleh diterima oleh seseorang dari seseorang sama ada disedari atau tidak disedari oleh si penerima itu. Ada jenis-jenis SAKA yang si penerima itu akan berasa sedikit sakit, atau sakit, dan ada juga diataranya seseorang itu mendapat kekuatan luar biasa atau kemahiran yang luar biasa seperti tiba-tiba pandai mengurut, mengubat orang, pandai menelek dan sebagainya. Saka sebenarnya bermula apabila seseorang yang menuntut sesetengah ilmu yang berkhadam atau jenis ilmu hitam. Pada zaman-zaman dahulu, orang-orang Melayu terlalu mempercayai ilmu ini dapat digunakan sebagai memanfaatkan diri, kaum keluarga, malah tidak keterluan untuk seisi kampung walhal yang sebenarnya ilmu itu amatlah salah di sisi agama islam dan akhirnya memakan diri juga meninggalkan kesan dan akibat yang kemudiannya digelar SAKA apabila ianya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Gejala-gejala lanjutannya ialah seperti menniggal dunia amatlah susah, rupa fizikal yang agak hodoh, kesakitan yang amat sangat pada organ-organ dalaman tertentu seperti jantung, peparu dan ulu hati, tingkah laku yang agak aneh dan sebagainya. Kes seperti SAKA ini dikategorikan BERAT dan memerlukan kekuatan kedua-dua pihak yang berterusan iaitu dari perawat dan pesakit. Malah bagi mereka-mereka yang mempunyai SAKA, penglihatannya mudah 'penampakan' tidak kira dalam bentuk objek legap, asap, atau selalu didatangi makhluk yang berupa haiwan atau nenek tua, keturunan, jin yang menyerupai wali dan sebagainya.

SANTAU : SANTAU dalam bahasa lainnya digelar SIHIR atau bagi orang-orang melayu digelar 'buatan orang' juga 'terkena buat orang'. Santau boleh didefinasikan sebagai dengki atau khianat dengan cara HALUS dan SENI kerana ianya atas dasar DENDAM atau ketidakpuashatian apatah lagi SANTAU ini masih lagi tiadanya kod undang-undang khusus yang dapat mengheret mereka-mereka ini ke pihak berkuasa atau di bicarakan mengikut perundangan yang sedia ada kerana itulah SANTAU menjadi pilihan yang paling mudah untuk melakukan pembalasan DENDAM dan sebagainya. Walaubagaimanapun, seperti 'statement' di perenggan yang awal, SIHIR itu sendiri mempunyai banyak cabang seperti sihir pengasih, pelalau, sekampung, dan lain-lain. SANTAU kebiasaannya dimulai dengan mimpi yang tertentu sebagai permulaan gejala SANTAU diantaranya lemas di lautan, bermimpi paku atau jarum, asap yang aneh, atau jatuh tercucuk dari tempat yang tinggi. Selain itu SANTAU kebiasaannya akan dimulai gejala-gejala yang agak extreme spt tiba-tiba kaki menjadi biru, perut keluar urat-urat yang tebal berwarna hijau atau biru, kesan warna hitam di tengkuk, jari kaki dan jari tangan kebas tak semena-mena atau teras jarum yang mencucuk ingin masuk, lumpuh secara tiba-tiba, tersekatnya bahagian 'faraj' bagi wanita. Kebiasaannya si pesakit akan menerima gejala 'dillusion' , 'illusion', dan gangguan-gangguan dari semasa ke semasa apatah lagi dengan fikiran yang terganggu, tekanan perasaan juga histeria sekali-sekala. Gejala-gejala lanjutannya ialah spt perut membusung, kaki membengkak, lumpuh satu badan tidak dapat bergerak, sakit bila berdiri atau duduk tetapi sihat apabila baring saja, kegatalan dari kawasan-kawasan tertentu hingga menyebabkan merebak ke seluruh tubuh dan juga kemungkinan kulit mengelupas menyerupai kulit ular atau seumpama dengannya dan ada jenis SANTAU yang boleh menyebabkan kemurungan yang teruk, histeria, gangguan semasa memandu sehingga kemalangan, takut bersosial dan sehingga boleh membawa maut. Kes ini dekategorikan SEPARA (dantara RINGAN dan BERAT) mengikut jenis SANTAU.

Itulah sedikit sebanyak tentang huraian yang dapat hamba kongsikan di sini. Terima Kasih

Assalamualaikum..

Wednesday, September 12, 2012

Hidung & Nafas : Teknik Ketenangan

Kita memiliki 1 hidung dan dua lubang

tahukah anda manfaatnya?? dan hikmah tuhan menciptakan hidung?

Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling (breathe in) and exhaling (breathe out)?

Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun and the left side represents the moon.

When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.

If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again.

Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily.

Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily.

Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily.

When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side?

If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly.

You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults.

I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony.

"During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured. "

"One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me."

"This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?"

Practice the correct ways of breathing (breathe in and breathe out) and your body will be in a very relaxing condition.

Monday, August 13, 2012

Perihal BSS : CAHAYA & Budi Suci Sejati

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu Cahaya??? Cahaya adalah merupakan sebuah radiasi yang dapat dilihat oleh mata manusia. Cahaya merupakan gelombang eloktromagnetik, iaitu gelombang yang getarannya adalah medan listrik dan medan magnet. Cahaya bergerak dalam satu laluan lurus dan tidak akan terbelok dengan tidak semena-mena. Menurut jenisnya, cahaya dibezakan menjadi 2 kategori besar iaitu cahaya yang nampak (dengan mata kasar) dan cahaya yang tidak nampak (dengan mata kasar). Cahaya 'nampak' pula terbahagi menjadi 2 iaitu monokromatik dan polikromatik. Benda yang tidak dapat memancarkan cahayanya sendiri disebut benda gelap atau legap, Sedangkan benda yang dapat memancarkan cahayanya sendiri disebut sumber cahaya. Sumber utama cahaya adalah matahari. Matahari merupakan cahaya bagi kehidupan manusia di bumi. Perkiraan jarak antara bumi dan matahari adalah 149.600.000 km dari bumi. Matahari juga disebut bintang, karena sumber cahaya  itu terkandung di dalam matahari itu sendiri, yang mana sumber cahaya merupakan suatu 'energy' atau tenaga dan kebiasaannya digelar 'tenaga cahaya'. Sifat-sifat pada cahaya yang asas dan biasanya kita sememangnya mengetahui iaitu cahaya bergerak dalam laluan yang lurus, cahaya dapat dipantulkan, serta cahaya dapat dibiaskan. Cahaya dapat merambat lurus apabila pancaran cahaya tidak terhalang oleh suatu benda yang dapat menghalang pancaran cahaya yang bergerak lurus itu. 

Apa yang pastinya, cahaya merupakan suatu sumber yang terang dan adakalanya boleh menyakitkan dan mempunyai unsur penyilauan. Cahaya bukanlah sama semuanya, ianya didatangi dengan pelbagai jenis dan peringkat malah cahaya dikategorikan ialah zarah-zarah seni yang berkelajuan terhad juga dalam pelbagai quantum. Saintist-saintist barat selalu mengkaji perihal cahaya ini dan mengklasifikasikanya melalui suatu standard yang diterima pakai sedunia dan menjadi bahan kajian bagi pelbagai jenis manfaat dan kegunaan contohnya seperti cahaya ALPHA, cahaya BETA, cahaya GAMMA cahaya X-RAY, ELEKTROMAGNETIK dan lain-lain. 

Selain itu ada jenis-jenis cahaya amat membahayakan. Ada cahaya yang dapat menimbulkan penyakit secara tidak langsung dan ada juga yang dapat menimbulkan penyakit secara langsung. Selain itu ada jenis cahaya yang dapat menembusi halangan atau tidak dapat menembusi halangan dari sehelai kertas malah sehingga kepada sekeping Titanium nipis.

Dapat menimbulkan penyakit secara langsung - cth penyinaran radioaktif (amat berbahaya dan boleh mati dalam masa 3 hari)
Menimbulkan penyakit secara tidak langsung - cth sinar X-Ray dan sinar UV
Dapat menembusi halangan ringan- cth sinar BETA
Dapat menembusi halangan berat - cth sinar GAMMA (dapat menembusi besi dan kayu juga amat berbahaya)
yang tidak dapat menembusi walau halangan kecil - sinar ALPHA
dapat dilihat - cahaya lampu suluh, cahaya laser
tidak dapat dilihat (dpt dilihat dgn teknologi sains shj) - infra red , sinaran radioaktif
tidak dapat dilihat dengan mata kasar - aura di tubuh manusia, haiwan, cahaya Budi, Malaikat (berunsur cahaya)

Malah cahaya juga dapat diolah untuk kegunaan atau kemudahan dalam pelbagai bidang spt bidang kedoktoran, kesihatan, perfileman, fotografi, sains, teknologi, dan juga dalam pelbagai bidang lagi. Jadi apa kena mengenanya perihal CAHAYA ini dengan perihal Budi Suci sejati yang sedang kita menanggung ini???

seperti keterangan yang sebelum ini mengenai CAHAYA... Cahaya itu dapat diolah,dapat dipantulkan, dapat membakar, dapat menyembuhkan penyakit, dapat memtong sesuatu malah dapat menembusi sesuatu mengikut jenis zarah-zarah sumber cahaya tersebut, begitu hebatnya cahaya itu. ROH dan JASAD pengikatnya ialah NAFAS, dimana tanpa NAFAS, ROH dan JASAD tidak akan dapat menyempurnakan 'tugas'nya di dunia ini.. seperti itu juga tanpa ROH, atau tanpa JASAD.. Jadi dapat disimpulkan disini ialah ketiga-tiganya iaitu ROH, JASAD dan NAFAS memerlukan diantara satu sama lain untuk menjadi manusia yang 'sempurna' hidup di dunia ini.. begitu Maha Hebatnya ciptaan Allah S.W.T ini yang bergelar Makhluk MANUSIA.

Mengikut ahli-ahli sufi/tasawwuf, perjalanan nafas itu adalah suatu 'zikir' kepada Allah yang maha pencipta, Nafas jugalah yang menimbulkan nafsu, menjalankan sistem dalaman tubuh badan, melakukan penghadaman, menimbulkan penyakit, juga menjalankan akal berfikir dan banyak lagi kefungsian nafas itu. Bila dikatakan bahawa, di dalam setiap tubuh keturunan Nabi Allah Adam A.S. adalah terkandung NUR iaitu Cahaya bagi panggilan UMUM, maka yang sebenarnya di dalam tubuh manusia itu terkandung berlapis-lapis cahaya yang diberikan oleh Allah S.W.t kepada kita selaku khalifah. Dimana letaknya CAHAYA itu di dalam diri??? itulah ia di dalam NAFAS kita sendiri yang kita sedut seharian, dan NAFAS itu sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat.

Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa keluar masuk nafas dengan tiada zikir ALLAH maka sia-sialah ia". 

Apa-apa amalan yang dilakukan seperti berzikir, bersolat, membaca Al-Quran, bermujahadah, melakukan kebaikan akan dilimpahkan NUR kepada dirinya. Malah Allah S.W.T. tidak pernak sekali-kali lokek untuk melimpahkan NUR NYA kepada manusia yang sentiasa beramal dan melakukan kebaikan. Banyak dalil yang mengatakan bahawa Allah S.W.T. melimpahkan kemuliaan kepada hambaNYA yang beramal Soleh. MULIA atau KEMULIAAN itu adalah sebenarnya NUR yang ibarat sebuah mentol yang bercahaya terang benderang di dalam gelap gelita pekat malam, ianya menjadi daya tarikan dan simbol juga dihormati para Malaikat dan juga digeruni para JIN dan Syaitan juga sekutunya.

Jadi, amalan Budi Suci Sejati yang di dalamnya terkandung amalan JURUSAN adalah merupakan amalan yang merupakan suatu gerak langkah yang dapat menimbulkan cahaya atau NUR di dalam diri yang mana ahli-ahli menggelarnya CAHAYA BUDI. CAHAYA BUDI terhasil dan terkandung pada NAFAS kita, yang mana NAFAS itu tadi iaitu NUR itu tadi digunakan sebagai 'self-defence system' di dalam diri dan dapat digunakan sebagai pukulan-pukulan dan juga membantu mereka-mereka yang terlibat dalam sakit mistik yang tidak dapat diselesaikan oleh pakar kedoktoran sains perubatan. Kerana itu ahli-ahli disarankan supaya memperbanyakkan BERJURUS dan tidak lupa untuk melakukan amalan-amalan yang baik dan diredhai olehnya supaya NUR di dalam diri saling mengukuh di antara satu sama lain menjadikan ianya berlapis-lapis dan diangkat sebagai orang yang mulia, Insyaallah.

 CAHAYA itu sendiri ialah suatu nikmat yang diberi AllahS.W.T dimana manusia yang berakal dan bijak akan cuba mencari kaedah dan cara pengaplikasiannya, tidak kira dalam pelbagai bidang sekalipun termasuk ahli-ahli sufi sendiri. Mereka dapat mengkaji nur di dalam diri dapat dijadikan persenjataan dan pertahanan yang kukuh di dalam diri dari segala bentuk kezaliman. Malah Budi Suci sejati yang sering digelar pukulan jarak jauh oleh segelintir masyarakat menunjukkan bahawa, cahaya itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar, NAFAS yang kita hembuskan dapat menghentam sifat zalim dari jarak yang jauh yang sebenarnya merupakan bentuk cahaya yang ibarat pancaran laser yang mengenai musuh dalam suatu jarak. Oleh kerana ianya tidak kelihatan oleh mata kasar, maka ungkapan pukulan jarak jauh pun muncul. Malah makhluk JIN sangat-sangat takut dengan NUR diri kita jika ianya sentiasa tebal dan utuh dalam tubuh badan.

Jadi secara kesimpulannya, cahaya itu boleh dibentuk, dipotong, dan diolah mengikut keperluan semasa. ianya sama seperti JURUSAN. Jurusan mempunyai 'gerak langkah' tertentu dimana kesemuanya berjumlah 50 Jurusan yang perlu dipelajari. Setiap satu Jurusan, mempunyai kekuatannya tersendiri dan pengeluaran cahaya yang berlainan. itu semua akan dikupas kemudian pada post yang akan datang, Insyaallah. Setiap satu langkah berbeza dengan satu langkah yang lain, dimana itu menunjukkan dimana CAHAYA yang pada diri kita itu tadi diaplikasikan mengikut kehendak2 atau bentuk2 Jurusan yang kita lancarkan.

CAHAYA <====> JURUSAN <=====> CAHAYA

dari rajah di atas menunjukkan dimana Jurusan itu menimbulkan cahaya yang terang dan cahaya yang terang adalah berpunca hasil dari Jurusan yang dilakukan. kedua-duanya mempunyai kaitan yang amat kuat. Beramallah kita semoga kita dilimpahkan kemuliaan (NUR/CAHAYA) pada diri kita selagi masih kita berNAFAS!!!

fikir-fikirkanlah...........................................................................!!

Friday, August 10, 2012

Mutu Solat

Source From E-mail

AsSalaam,

Peringatan buat kita semua.

Bismillahirrahmanirrahim.

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang... takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka... waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main... kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca... dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya... dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'aalamin

Thanks To Tahrul adha Taib (Edbest)