Arkib Viewers

Tuesday, September 28, 2010

ILMU

ILMU ITU MUTLAK MILIK TUHAN YANG HAKIKI JUA SEPENUHNYA DIMANA MANUSIA DIBERIKAN ILMUNYA SEPERTI SETITIS AIR DARI SEBUAH LAUTAN  YANG TIADA PENGHUJUNGNYA (PERUMPAMAAN). MAKA SEHARUSNYA MANUSIA ITU TIDAKLAH RIAK, TAKBUR, SUM’AAH TERHADAP ILMU YANG DIDAPATINYA SERTA SEDAR AKAN KEADAAN DIRI JIKA MEMBANDINGKANNYA DENGAN TUHAN YANG MAHA BESAR.

MELALUI KEILMUAN SAINS METAFIZIK ATAU DIKENALI DENGAN BIDANG KEROHANIAN BAGI PARA SUFI DARI SETIAP AGAMA TELAH BERSETUJU MENYATAKAN BAHAWA ILMU ITU TERBAHAGI PADA 3 TAHAP:

1.      ILMU AQLI        (LOGIK AKAL)
2.      ILMU AHWAL    (PENGALAMAN/DZUK)
3.      ILMU SIRR        (RAHSIA KETUHANAN)

BIDANG KEROHANIAN ISLAM SEPERTI CABANG PELAJARAN TASAWWUF TINGGI & TAUHID MAKRIFATULLAH JUGA MEMPUNYAI PERSAMAAN BAGI TAHAP ILMU & KANDUNGAN PENJELASAN SETIAPNYA WALAUPUN DENGAN NAMA YANG BERLAINAN IAITU:
1.      ILMU QALAM
2.      ILMU GHAIB
3.      ILMU SYAHADAH

PERSAMAAN TAHAP JELAS DAPAT DIKATAKAN DISINI:

1.      ILMU AQLI & ILMU QALAM

-          MERUPAKAN ILMU YANG BOLEH DITERIMA OLEH UMUMNYA MELALUI BUKTI NYATA YANG DAPAT DIRUNGKAI DENGAN MUDAH & JELAS.

-          DENGAN ILMU QALAM, MAKA MANUSIA DAPAT MENGUASAI TEKNOLOGI SAINS HINGGA MAMPU KE BULAN KINI.

-          ILMU AKAL MEMBUATKAN MANUSIA DAPAT MENGGALI KEBESARAN ILMU TUHAN MELALUI QALAM SEBAGAI SUMBER RUJUKAN & PANDUAN YANG TERBAIK.

-          KEBESARAN ILMU QALAM YANG DICAPAI ILMU AKAL MEMBUATKAN MANUSIA ITU MENSYUKURI NIKMAT YANG DIBERI OLEH TUHAN YANG MAHA PEMURAH.

2.      ILMU AHWAL & ILMU GHAIB

-          MERUPAKAN ILMU YANG DIPEROLEHI MELALUI PENGALAMAN ATAU DZUK. ADALAH AMAT SUKAR UNTUK DIRUNGKAIKAN OLEH SESEORANG YANG MEMILIKI ILMU TAHAP KEDUA INI KERANA IA DILUAR KEMAMPUAN LOGIK AKAL, TIADA BUKTI NYATA KERANA BERSIFAT GHAIB DARI MATA ZAHIR & HANYA DIRI SENDIRI MAMPU MENGERTI SEPENUHNYA AKAN PERIHAL ILMU YANG DIALAMI. MEREKA YANG BERADA DITAHAP SAMA SAHAJA MAMPU MEMAHAMI & MENERIMA ILMU AHWAL/ILMU GHAIB INI.

-          ILMU AHWAL YANG DIDAPATI BIASANYA APABILA SESEORANG ITU MENGALAMI SUATU PERKARA & DAPAT MEMAHAMI SITUASI ITU MELALUI KESEDARAN PERKARA YANG DIALAMI TADI SEBAGAI SUATU JAWAPAN. BEGITU JUGA DENGAN DZUK, IAITU APABILA SESEORANG ITU TERLALU TAKSUB PADA SESUATU HINGGA MENDAPAT SESUATU ILMIAH YANG TIDAK PERNAH DIKETAHUI SEBELUM INI MELALUI PERASAAN.

-          ILMU GHAIB MERUPAKAN PERKARA BATHIN YANG TIDAK DAPAT DINYATAKAN MELALUI ZAHIR DIRI. IA MERUPAKAN PENGETAHUAN DI LUAR ALAM INSAN YANG BERSIFAT KEJASADAN/ZAHIR. MAKA HANYA PERASAAN, KESEDARAN SEPERTI MENDAPAT ILHAM ATAU MEMPEROLEHI KASYAF YANG MAMPU MENELAAH ILMU TAHAP ILMU INI.

-          PERLU DIKETAHUI DIRI MANUSIA INI 50% JASAD ZAHIR & 50% RUH BATHIN. MAKA PENGGUNAAN TENAGA RUH ADALAH INTIPATI MEMPEROLEH ILMU INI UNTUK MENGETAHUI PERIHAL GHAIB SELUAS 7PETALA LANGIT & 7PETALA BUMI.

-          MAMPU MENEROKA ALAM GHAIB, DAPAT MENGETAHUI PERKARA YANG BATHIN. TEKNOLOGI CANGGIH ILMU TAHAP INI HANYA MAMPU DIGUNAKAN OLEH MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM IAITU DENGAN MENGAKUI & MENYAKINI SYAHADAH. KERANA HANYA MANUSIA BERAGAMA ISLAM YANG BERIMAN PADA ALLAH, TUHAN YANG MAHA GHAIB & SEKALIAN ALAM.

-          ORANG YANG MEMILIKI & MENGUASAI ILMU INI AKAN DIANGGAP KARAMAH SERTA TINGGI MARTABAT DISISI TUHAN BAGI PANDANGAN ORANG BIASA KERANA KEISTIMEWAANNYA YANG AMAT LUAR BIASA ATAU IA AKAN DIANGGAP SEBAGAI SESEORANG YANG SESAT AKIBAT KENYATAAN SERTA PERBUATAN MENCARIK ADAT. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

3.      ILMU RAHSIA & ILMU SYAHADAH

-          DIPANGGIL ILMU RAHSIA ATAU BAHASA ARABNYA SIRR ADALAH KERANA TERAMAT SULIT UNTUK MENCERITAKANNYA BAGI ORANG YANG MEMILIKI ILMU INI SEPERTI HENDAK MENCERITAKAN RASA MASIN. HANYA DIRI ORANG YANG MEMILIKI SERTA MENGALAMINYA MENGETAHUI RAHSIA ITU.

-          IA MERUPAKAN ILMU YANG BIASANYA HANYA DIMILIKI OLEH PARA RASUL, NABI, PARA AULIA KERANA KETINGGIAN MARTABAT ILMUNYA.

-          TIDAK SEPERTI TAHAP 1, DIAJAR OLEH GURU ZAHIR. TAHAP 2, DIAJAR OLEH GURU HAKIKAT & MAKRIFAT YANG MURSYID ATAU GURU GHAIB. PADA TAHAP INI SESEORANG AKAN MEMPELAJARI ILMU INI SECARA TERUS DARIPADA ALLAH MELALUI KEFAHAMAN SEJATI. TIADA MAKHLUK YANG LAYAK MENJADI GURU DITAHAP INI. BIASANYA ORANG YANG MEMILIKI ILMU RAHSIA INI AKAN MELALUI PELAJARAN ILMU GHAIB TERLEBIH DAHULU. GURUNYA DITAHAP 2 TADI HANYA MAMPU MENASIHATI, MENJAGA SERTA MEMBIMBING MURIDNYA YANG MELALUI PROSES ILMU TAHAP 3 INI DENGAN TUJUAN BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN, TERKELUAR DARI LANDASAN SEBENAR ILMU RAHSIA AKIBAT KETAGIHAN EKSTREM, TAKSUB MELAMPAU YANG DIALAMI MURID APABILA MEMPELAJARINYA.

-          ILMU TAHAP INI ADALAH TAHAP TERAKHIR YANG DIIZINKAN ALLAH UNTUK MANUSIA MENDAPAT ILMUNYA. DARI ITU PROSES PELAJARAN ILMU DITAHAP INI TIADA PENAMAT SERTA TIDAK MUNGKIN AKAN MEMPEROLEH SEMUANYA. IA HANYA BERAKHIR APABILA HAYAT MANUSIA ITU TAMAT.

-          ORANG YANG BERADA DITAHAP INI AKAN DIPERLIHATKAN SEGALA PERKARA RAHSIA DALAM RAHSIA SEKELIAN KEJADIAN ALAM & MAKHLUK TANPA SEBARANG BATASAN KECUALI DZAT AL-JALIL. ORANG INI TELAH MEMANCARKAN CAHAYA BUDI YANG KENIKMATAN CAHAYA TAJJALI DIMANA IA SECARA TERUS TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG DILINDUNGI & DIBERIKAN PEMELIHARAAN ALLAH SEPENUHNYA. INILAH GANJARAN ATAS JANJI ALLAH PADA MANUSIA YANG SENTIASA DZIKRULLAH & MAKRIFATULLAH.

Friday, September 24, 2010

HATI...

Di sini kita akan membincangkan tentang ruhul amri (hati) yakni perbahasan secara diurai dan terperinci tentang perjalanan ruhul tamyiz atau ruhul amri atau qalbun (hati). Yaitu roh yang membedakan antara manusia, jin dan malaikat dengan haiwan.
Setelah dikaji dalam kitab-kitab Islam, didapati ada bermacam-macam nama atau istilah roh yang diberi oleh ulama. Bahkan dalam Al Quran kalau kita lihat ada bermacam-macam nama. Antara yang terkenal ialah roh. Adakalanya ia dipanggil dengan qalbun - hati, fuaadun - hati sanubari, latifatur-rabbaniah atau ruhul amri). Pada orang Melayu ia juga dipanggil hati, nyawa, hati nurani atau hati sanubari. Tetapi yang terkenalnya adalah roh saja.
Roh yang sedang kita perkatakan ini, kalau dia berperasaan seperti sedih, gembira, senang, terhibur, marah atau sebagainya, maka ia dipanggil dengan roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemauan atau merangsang baik sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia tidak dipanggil roh, hati atau nyawa lagi. Tetapi ia dipanggil nafsu. Kalau di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik, maka ia dipanggil akal.
Kalau begitu uraiannya, maka nafsu, roh atau akal ini hakikatnya adalah satu. Ia dipanggil akal di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik. Walhal bila berperasaan, ia tidak dipanggil akal lagi, sebaliknya ia dipanggil roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang baik sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia dipanggil nafsu.
Kalau begitu walaupun ia mempunyai tiga nama atau tiga istilah tetapi hakikatnya adalah satu. Benda yang sama juga. Cuma peranannya saja yang tidak sama. Peranan yang tidak sama itulah yang menjadikan namanya tidak sama atau namanya berlainan.
Untuk mudah difahami begini kiasannya: manusia bila dia berbohong dinamakan pembohong. Bila dia menipu dinamakan penipu. Tetapi bila dia mencuri dinamakan pencuri. Bila dia memimpin dipanggil pemimpin. Dinamakan pembohong, penipu, pencuri dan pemimpin, hakikatnya adalah orang yang sama. Cuma namanya berbeda bila peranannya bertukar. Kenapa fisik yang sama dapat timbul istilah yang berlainan? Ini karena peranannya tidak sama. Apakah bila namanya berlainan, orangnya berlainan? Tidak! Orang yang sama juga.
Perlu diingat, bila kita membicarakan tentang roh ini, bukannya pula kita hendak mengkaji hakikat roh atau mengkaji ain ataupun mengkaji hakikat zat roh itu. karena zat atau hakikat roh itu tidak akan dapat dilihat oleh mata kepala. karena ia adalah jismullatif), yakni benda halus yang bersifat maknawiah atau abstrak. Iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kepala tetapi terasa akan adanya. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku’…” (Al Israk: 85)
Dari ayat ini dapatlah kita faham bahawa hakikat roh itu tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala. Zat roh itu tidak akan dapat difikirkan oleh akal. Kita tidak tahu bagaimana rupanya. Sebab tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Tetapi terasa oleh hati akan adanya. Maka oleh yang demikian, hakikat roh itu tidak dapat difikirkan oleh akal bagaimana rupanya, bagaimana bentuknya, berapa tebal atau panjangnya. Ia tidak dapat dibayangkan. Hanya Allah yang tahu dan tidak ada makhluk yang tahu.
Walaupun Allah berkata hakikat roh atau zat roh tidak dapat diketahui dan tidak dapat dijangkau oleh akal dan mata kepala, namun ada juga ulama-ulama yang berijtihad tentangnya. Antaranya ialah Imam Malik. Beliau pernah berkata: “Roh manusia itu sama saja bentuknya dengan jasad lahirnya.”
Kalau diambil ijtihad Imam Malik itu, artinya rupa roh kita ialah seperti rupa bentuk badan lahir kita. Ini juga memberi arti bahawa walaupun Allah berkata roh itu adalah urusan-Nya, iaitu hakikat roh itu Allah saja yang tahu dan makhluk lain tidak mengetahuinya, tetapi tidak pula ada larangan dari Allah kalau ada sesiapa yang ingin berijtihad untuk mengkajinya.
Bagi sesetengah orang, mungkin Allah beri ilmu yang mendalam tentang hal ini sehingga dia dapat menjangkaunya. Oleh itu maksud ayat Al Quran yang menyatakan ‘roh itu adalah urusan Tuhanku’, Allah bermaksud kebanyakan manusia tidak dapat mengetahuinya tetapi tidak pula menolak kalau ada orang-orang yang tertentu secara khusus yang Allah beri ilmu tentang hakikat roh ini sehingga dapat menghuraikannya.
Mengikut pendapat saya boleh jadi juga Imam Malik memperkatakan hakikat roh ini bukan berdasarkan ijtihadnya saja tetapi juga berdasarkan kasyaf. Kalau berdasarkan ijtihad tidak mungkin akal beliau dapat menjangkaunya karena roh itu jismullatif (tubuh halus). Ia adalah hati nurani yang bersifat maknawiah. Diibaratkan seperti cahaya. Bahkan cahaya, dapat juga dilihat tetapi cahaya yang ini tidak dapat dilihat atau ia jenis cahaya yang tersembunyi.
Bagaimana pula hendak diijtihadkan? Ijtihad itu dibuat pada benda-benda yang berketul atau benda yang dapat dilihat. Benda-benda yang dapat diraba dan dirasa. Tetapi roh, benda yang tidak dapat diraba, tidak dapat dirasa dan tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Jadi bagaimana hendak diijtihadkan. Begitulah pandangan saya. Wallahu ‘alam.
Oleh itu atas dasar apakah roh seseorang itu seperti rupa bentuk lahirnya sebagaimana pendapat Imam Malik itu? Saya berpendapat Allah beri dia (Imam Malik) kasyaf. Allah perlihatkan roh itu. Roh yang jismullatif itu dibentukkan, dilihatkan macam rupa diri seseorang itu. Kalau begitu apa yang dimaksudkan oleh Al Quran bahawa tidak ada orang yang mengetahui hakikat roh itu melainkan Allah saja, itu adalah untuk orang awam. Manakala bagi orang yang khusus macam Imam Malik mungkin Allah beritahu padanya sebagai karamahnya.
Pendapat Imam Malik ini agak munasabah (masuk akal), boleh diterima dan agak rasional. Contohnya kita bermimpi melihat seseorang yang kita tidak pernah jumpa atau dengan orang yang pernah kita jumpa sama ada yang masih hidup mahupun sudah mati. Apa yang kita lihat dalam mimpi itu serupa dengan bentuk lahir orang itu. Sedangkan orang yang kita lihat dalam mimpi itu rohnya bukan orangnya. Mungkin waktu itu orang tersebut berada di rumah atau telah berada di alam Barzakh.
Jadi di waktu itu dia adalah roh. Roh bertemu dengan roh. Tetapi mengapa dalam mimpi kita roh orang itu serupa dengan dirinya? Sedangkan bukan berjumpa jasadnya tetapi rohnya. Ini membuktikan roh orang itu macam jasadnya juga. Jadi benarlah apa yang diijtihadkan oleh Imam Malik itu.
Begitu juga orang yang diyakazahkan melihat secara jaga orang yang sudah meninggal dunia. Contohnya melihat Rasulullah, melihat para ulama zaman dahulu atau siapa saja yang dia kenal. Dia melihat Rasulullah betul-betul macam Rasulullah. Atau dia melihat gurunya benar-benar macam gurunya, melihat ibu dan ayahnya serupa macam ibu dan ayahnya, tidak ada cacatnya. Sedangkan mereka sudah mati. Waktu itu yang dilihat adalah rohnya. Ini juga membuktikan benarnya pendapat Imam Malik yang mana roh seseorang itu serupa dengan diri lahirnya.
Contoh lain, Rasulullah SAW sewaktu diisrak dan dimikrajkan telah ditemukan dengan roh para rasul dan para nabi. Rasulullah SAW lihat mereka seperti melihat jasad-jasad mereka. Ini juga merupakan bukti yang rasional bahawa roh seseorang itu sama rupanya dengan bentuk jasadnya.
Boleh jadi juga ayat Al Quran di atas itu bermaksud bahawa ayat itu khusus ditujukan kepada orang-orang kafir. Yakni mereka ini memang tidak memahami tentang perjalanan roh dan fungsinya. Allah SWT memberitahu kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW bawa mereka tidak akan faham tentang hal ini. Kekufuran mereka itulah yang menghijabnya (menutup) sepertimana uraian saya yang panjang lebar tentang hal ini di dalam Bab Mata Hati. Karena itulah menjadi penyebab mereka langsung tidak memahaminya.
Allah SWT tidak meminta Rasulullah SAW bersusah payah untuk pergi memahamkan orang-orang kafir itu tentang hal roh ini. Lantaran itulah dikatakan roh itu urusan Allah. Ini bukan pula bermaksud umat Islam pun turut juga dilarang mengkaji tentang roh. Bahkan umat Islam mesti memahaminya sungguh-sungguh tentang perjalanan roh ini. Kalau tidak bagaimana pula hendak memperbaiki diri? Atau bagaimana hendak mengekalkan watak-watak kemanusiaannya dan bukan watak kebinatangannya.
Untuk ini kita wajib memahaminya serta menghayati watak- watak kemanusiaan itu. Hati manusia berbeda dengan hati hewan. karena hati manusia dapat menerima perintah suruh dan perintah larangan. karena itulah ia disebut ruhul amri. Manakala hati hewan tidak bersifat demikian, maka ia disebut ruhul hayah.

Monday, August 2, 2010

HARUN YAHYA : Biomimetik: Inspirasi Lukisan daripada Rekabentuk Benda-benda Hidup

Terdapat arahan untuk kamu dalam lembu. Daripada kandungan-kandungan perut mereka , dari pundi buangan dan darah, Kami berikan kamu susu asli untuk minuman, mudah bagi peminum-peminum untuk menelan. (Qur’an, 16:66)

Dan sesungguhnya ada pengajaran untukmu dalam binatang ternakan kamu. Kami beri kamu minum daripada apa yang ada dalam perut-perut mereka dan terdapat pelbagai kaedah yang kamu menafaat dari mereka, dan kamu makan sejumlah daripadanya, dan kamu mengenderai mereka dan atas kapal-kapal juga. (Qur’an, 23:21-22)

Sebelum saintis dan pakar-pakar penyelidik dan pembangun meneroka sesuatu projek baru, mereka terlebih dahulu memperhatikan model-model dalam benda-benda hidup dan meniru sistem-sistem dan rekabentuk-rekabentuk tersebut. Dengan lain perkataan, mereka meneliti dan mengkaji rekabentuk-rekabentuk ciptaan semulajadi Allah dan berinspirasikan ini,  membangunkan teknologi-teknologi baru mereka sendiri.

Pendekatan ini telah melahirkan biometrik, suatu cabang baru sains yang memerlukan plagiat terhadap benda-benda hidup. Pada waktu-waktu terkini, aspek sains ini telah digunakan secara meluas dalam dunia teknologi. Penggunaan perkataan “ibratan,” (belajar daripada, nasihat, kepentingan, benda yang mustahak, atau model) dalam ayat di atas adalah sangat bijaksana bagi maksud ini.

Biomimetik merujuk kepada semua bahan, peralatan, mekanisme, dan sistem yang dihasilkan oleh manusia dalam memplagiat sistem-sistem yang wujud di alam semulajadi. Komuniti saintifik sekarang merasakan suatu keperluan yang hebat untuk menggunakan peralatan tersebut, terutamanya dalam bidang-bidang teknologi nano, teknologi robot, kecerdikan buatan, perubatan, dan pertahanan.


Biomimikri telah diutarakan pada mulanya oleh Janine M. Benyus, seorang penulis dari Montana. Konsep ini kemudian dianalisa oleh ramai orang dan telah mula mecari aplikasinya. Sejumlah komen yang telah dibuat mengenai biomimikri adalah seperti berikut:

Tema "biomimikri" adalah kita hendaklah banyak belajar daripada dunia semulajadi, sebagai model, mengukur, dan mentor. Apa yang pengkajiselidik-pengkajiselidik memiliki dalam persamaan adalah menghormati rekabentuk-rekabentuk semulajadi alam dan ilham untuk menggunakan mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah manusia. 

David Oakey, pakar buatan untuk Interface Inc., sebuah syarikat yang bersumberkan alam semulajadi bagi meningkatkan mutu produk dan produktiviti, berkata:

Alam semulajadi merupakan mentor saya bagi perniagaan dan rekabentuk, suatu model cara hidup. Sistem semulajadi yang telah bekerja selama jutaan-jutaan tahun … Biomimikri adalah satu kaedah pembelajaran berpandukan alam semulajadi. 

Saintis yang telah mula mempersetujui ini dengan pantas meluaskan ide mempercepatkan kajian mereka menggunakan rekabentuk-rekabentuk alam yang tiada setara dan amat sempurna sebagai model. Rekabentuk-rekabentuk ini mewakili model-model untuk penyelidikan teknologi kerana mereka menyediakan produktiviti maksimum bagi jumlah bahan dan tenaga yang paling kurang, dan berupaya mengekalkan pemuliharaan sendiri, mesra alam, senyap, indah menawan, berdayasaing, dan tahan lama.Akhbar “The High Country News” telah menyatakan biomimetik sebagai “sebuah pergerakan saintifik” dan membuat ulasan berikut:

Dengan menggunakan sistem-sistem alam semulajadi sebagai model-model, kita boleh mencipta teknologi-teknologi yang lebih tahan lasak daripada yang ada hari ini. 



Janine M. Benyus, yang meyakini bahawa model-model alam semulajadi harus ditiru, telah memberi contoh-contoh berikut dalam bukunya, Biomimicry: Innovation Inspired by Nature (Perennial: 2002):

• Burung kelicap menyeberangi Teluk Mexico menggunakan kurang daripada  3 gram (satu per sepuluh daripada satu aun) bahanapi,
• Pepatung mengendalikan pesawat helikopter paling terbaik,
• Sistem pemanasan dan pendingin hawa dalam busut anai-anai paling terhebat dalam istilah penggunaan alat dan tenaga berbanding sistem yang dibuat oleh manusia,
• Penghantar frekuensi tinggi kelawar lebih cekap dan lebih peka daripada sistem radar buatan kita,
• Alga sinar-cahaya menyatukan pelbagai bahan kimia untuk menyinari badan-badan mereka,
• Ikan dan katak artik menyejukbeku dan kemudian menganjal untuk hidup, telah melindungi organ-organ mereka daripada dimusnahkan oleh ais,
• Sesumpah dan sotong merubah corak  kulit mereka menyerupai persekitaran dengan sekelip mata,
• Lebah,penyu dan burung belayar tanpa peta, dan
• Ikan paus dan burung penguin menyelam tanpa sebarang peralatan skuba.

Mekanisme-mekanisme dan rekabentuk-rekabentuk alam semulajadi yang mengkagumkan ini, hanya sebahagian kecil diungkapkan, mempunyai keupayaan mempermewahkan teknologi bagi jurusan-jurusan yang luas. Keupayaan ini menjadi lebih nyata sejajar dengan peningkatan longgokan ilmu kita dan pertambahan kaedah-kaedah teknologi.



Semua haiwan memiliki banyak sifat-sifat yang mengkagumkan manusia. Ada yang mempunyai bentuk hidrodinamik yang sempurna membolehkan mereka berenang, dan terdapat lain-lain berbantukan pancaindera-pancaindera yang nyata asing kepada kita. Kebanyakan ciri-ciri yang hanya ditemui oleh pengkajiselidik untuk pertama kalinya, atau, mungkin baru kini tersingkap. Sehubungan itu, perlu untuk saintis-saintis pakar dalam bidang-bidang seperti teknologi komputer, kejuruteraan mekanikal, elektronik, matematik, fizik, kimia, dan biologi bekerjasama untuk memplagiat hanya satu ciri atau sifat benda hidup.

Saintis-saintis terpukau dengan pertembungan keunggulan struktur dan sistem yang mereka temui setiap hari berlalu, dan menggunakan kekaguman itu untuk mengilhamkan mereka menghasilkan teknologi terkini bagi faedah manusia. Menyedari hakikat kesempurnaan sistem yang wujud dan teknik-teknik luarbiasa alam semulajadi ternyata lebih canggih daripada ilmu dan kebijaksanaan mereka, membuatkan mereka peka terhadap penyelesaian-penyelesaian tanpa tara ini kepada masalah-masalah semasa dan kini berpandukan rekabentuk alam semulajadi untuk meleraikan masalah tersebut yang tidak terurai selama bertahun-tahun. Oleh yang demikian, mereka mungkin mencapai kejayaan dalam jangka waktu yang singkat. Tambahan lagi dengan meniru alam semulajadi, saintis-saintis membuat keuntungan terpenting daripada segi masa dan tenaga kerja juga penumpuan kepada penggunaan sumber bahan.

Hari ini kita lihat teknologi yang membangun beransur-ansur menyingkap keajaiban-keajaiban ciptaan dan menggunakan rekabentuk-rekabentuk luarbiasa dalam benda-benda hidup, seumpama kes biomimetik bagi perkhidmatan kemanusiaan. Benyus telah menyatakan “‘Bertindak mengikut alam semulajadi’ mempunyai keupayaan untuk mengubah cara membesarkan tanaman, membuat bahan-bahan, menjana tenaga, menyembuhkan diri kita, menyimpan maklumat, dan mengendalikan perniagaan.” 4 Berikut adalah sebahagian daripada kertaskerja-kertaskerja saintifik yang telah mengambilkira subjek-subjek tersebut:

“Science is Imitating Nature,” 5
“Life's Lessons in Design,” 6
“Biomimicry: Secrets Hiding in Plain Sight,” 7
“Biomimicry: Innovation Inspired by Nature,” 8
“Biomimicry: Genius That Surrounds Us,” 9
“Biomimetics: Creating Materials from Nature's Blueprints,” 10 and
“Engineers Ask Nature for Design Advice.” 11

Dalam kurun kesembilan belas, alam semulajadi diplagiat hanya pada istilah astetik. Seniman dan senibina ketika itu telah terpengaruh dengan alam semulajadi dan menggunakan contoh-contoh sifat-sifat luaran struktur dalam kerja-kerja mereka. Namun kesedaran rekabentuk-rekabentuk luarbiasa alam semulajadi dan lain-lain hanya boleh digunakan bagi faedah manusia bermula dalam abad kedua puluh dengan kajian mekanisme semulajadi di tahap molekul. Saintis hari ini sedang belajar daripada benda-benda hidup sebagaimana telah diungkapkan dalam Al-Quran 1,400 tahun lalu.

SYARIAT VS HAKIKAT: Merenungkan AJARAN SYEIKH SITI JENAR

Dalam sejarah, kita mengenal dua nama besar yang menjadi simbol pertarungan antara dua mod beragama: Syariat vs Hakikat, iaitu Mansur Al-Hallaj dan Syeikh Siti Jenar. Keduanya menempuh jalan kematian yang terbilang tragis dalam kacamata manusia pada umumnya, kerana dieksekusi oleh mereka yang mengaku sebagai penguasa dan ulama pemilik kebenaran agama.

Kisah tersebut memang sudah lama berlalu. Kabut sejarahpun sebenarnya masih menyelimutinya; dalam pengertian, masih banyak rahsia kebenaran yang belum terungkap. Dalam kes Syeikh Siti Jenar misalnya, muncul pertanyaan, bagaimana mungkin para Waliyullah boleh menghakimi Waliyullah lain dengan cara yang kasar dan tidak berperikemanusiaan? Jika mereka berdalih Syeikh Siti Jenar patut dihukum kerana keliru dalam cara menyampaikan ajaran - iaitu menyampaikan ajaran yang sebenarnya benar tapi disampaikan kepada khalayak yang kurang tepat - mengapa tidak diselesaikan secara baik-baik? Jika memang tidak dijumpai kesepakatan, bukankah boleh berpegang pada pendapat bahawa dua cara yang dipergunakan, iaitu cara Wali Sanga dan cara Syeikh Siti Jenar, sama-sama benar kerana ia merupakan produk dari sesama Waliyullah? Jika ternyata yang sesungguhnya terjadi adalah bahwa eksekusi Syeikh Siti Jenar (sebagaimana eksekusi Mansur Al-Hallaj) adalah kerana persoalan politik - iaitu demi melanggengkan kekuasaan dengan memanipulasi agama - bagaimana mungkin para Waliyullah bersepakat melakukan hal sekotor itu? Atau sebaliknya, bagaimana mungkin mereka yang melakukan kekejian dan tindakan sekotor itu disebut Waliyullah? 

Saya tak akan mengajak sahabat sekalian berdebat tentang sejarah berkabut sebagaimana di atas. Yang menjadi perhatian utama saya, adalah bagaimana kita bisa menemukan inspirasi dan makna dari kisah sejarah itu. Pertama, sekurang-kurangnya kita boleh bertanya, manakah mod beragama yang kita pilih: cara beragama Mansur Al-Hallaj dan Syeikh Siti Jenar yang berisiko mengantarkan kita pada "tragedi", atau cara beragama kaum "penguasa dan ulama pembela syariah" yang dinilai lebih "dalam" ? Saya pribadi jelas memilih mengikuti suara hati apapun resikonya. Bagaimana dengan anda?Anda yang berhak untuk memilih ....

Kedua, kita boleh merenungkan kenyataan bahawa "kaum hakikat", dalam tradisi Islam adalah para para sufi atau pemeluk Islam Jawa, adalah para "penentang Syariat" atau mereka "mengabaikan Syariat".Saya punya beberapa keputusan perenungan soal hal ini yang ingin saya bagi dengan para sahabat.

Sahabat yang saya kasihi ... jika kita renungkan dengan jernih, sebetulnya tak mungkin kita sampai "tujuan" tanpa menempuh "jalan". Jika hakikat adalah sebuah tujuan, maka tak mungkin ia boleh semua tanpa syariat, kerana makna syariat adalah jalan. Setakat saya pelajari, hakikat dalam pengertian Syeikh Siti Jenar, adalah hakikat kebenaran dalam beragama, iaitu bahawa Kebenaran Tertinggi adalah ketika kita bisa "Manunggal" dengan Kebenaran itu sendiri (Manunggaling kawulo-Gusti). Jika diibaratkan sebuah titik persinggahan dalam pendakian sebuah gunung, itu adalah titik persinggahan tertinggi atau puncak gunung sendiri. Sebagaimana dalam mendaki gunung secara harfiah, tidak mungkin puncak gunung semua tanpa titik-titik persinggahan dahulu. Dan mendaki titik persinggahan demi titik persinggahan itu, adalah sebuah perjalanan, sebuah ikhtiar menapaki "syariat" (jalan menuju tujuan akhir).

Syeikh Siti Jenar bukanlah penempuh hakikat tanpa syariat! Syeikh Siti Jenar juga bukan penentang syariat! Kerana sebagai sosok yang menyedari sepenuhnya makna undang-undang semesta dan kehidupan ...... ia tahu persis tidak mungkin mencapai hakikat tanpa syariat! Yang ia lawan adalah kecenderungan untuk memutlakkan sebuah jalan dengan menafikan jalan yang lain. Syeikh Siti Jenar, sejauh saya pelajari, memahami Islam sebagai ajaran universal ... ia menangkap intisarinya .. Dalam hal ini, Islam difahami benar-benar sebuah "Tadzkirah" (peringatan) akan hal-hal sudah diketahui benar (ma'ruf) oleh setiap kaum. Diyakini bahawa sebetulnya ada kebenaran universal yang sepanjang sejarah dan tamadun tak pernah berubah dan tak pernah orang berselisih tentangnya. Islam mengingatkan kembali manusia akan kebenaran universal dan abadi (shopia perennia) ini. Tapi melibatkan pelaksanaan Islam dalam kehidupan sehari-hari, Syeikh Siti Jenar benar-benar mempertimbangkan kearifan lokal. Toh faktanya, ketika Islam hadir ke Indonesia atau Jawa, tanah ini bukan tempat tanpa peradaban, bahkan telah memiliki budaya luhur plus peradaban yang relatif maju untuk ukuran zamannya. 

Yang dilakukan Syeikh Siti Jenar adalah berkreasi untuk menciptakan "syariat" versi Jawa: melibatkan cara menyembah Tuhan, cara mengembangkan potensi diri, cara menyikapi setiap momen kehidupan, dan seterusnya. Pada titik ini, apa yang diajarkan Syeikh Siti Jenar tampak berbeza dengan "syariat" sebagaimana yang dipraktikkan Nabi Muhammad di Semenanjung Arab. Tapi berbeza, bukan bererti bertentangan. Kerana apa yang diajarkan Nabi Muhammad dan Syeikh Siti Jenar berpunca pada hakikat kebenaran yang sama. Bahkan dari sudut pandang mistis, ia sama-sama bersumber pada Ruhul Qudus yang bersemayam di kedalaman jiwa setiap manusia. Mengapa pendekatan men-Jawa-kan Islam atau mengembangkan "syariat versi Jawa" ini dilakukan? Karena itu merupakan pelaksanaan sifat fathonah yang merupakan sifat kenabian: salah satunya tercermin dalam keberanian mengembangkan budaya sesuai cabaran dan karakteristik alam di mana dia hidup.

Pada level esensi, apa yang diajarkan Syeikh Siti Jenar, sebetulnya selaras atau bahkan sama dengan apa yang diajarkan para Mistikus besar di seluruh tamadun: Nabi Muhammad itu sendiri, para waliyullah penerusnya seperti Imam Ali, Ibnu Arabi, Mansur al-Hallaj, Jalaluddin Rummi, termasuk "orang suci" dari tradisi lain: Buddha Gautama, Lao Tzu, Plato, dan lain-lain.

Sungguh sayang, jika kebijaksanaan agung ala Syeikh Siti Jenar dibumihanguskan baik kerana alasan kejahilan mahupun kerana alasan melanggengkan kekuasaan duniawi.
Bagaimana menurut anda?

Monday, July 12, 2010

Recent : Dua Kalimah Syahadah

aaaa
Member

salam to all... cewah...
aku rasakan topik nie sangat penting kepada kita semua sebagai umat Islam.. memandangkan 2 kalimah syahadah merupakan kunci kemerdekaan kita atau lebih tepat adalah mengakui ALLH merupakan tuhan yg maha esa dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah..
mungkin dlm 2 kalimah syahadah ada yg tersurat dan ada yg tersirat.. jom bincangkan..


--------------------------------------------------------

JengKing
Moderator

yup topik yg hangat kat website rakan kita. byk yg blh dirungkai tetapi sejauh mana penerimaan kita

---------------------------------------------------------

JengKing
Moderator

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau mengambil dari anak-cucu Adam dari tulang-tulang punggung mereka, dan Dia jadikan mereka saksi atas diri mereka sendiri: “Bukankah Aku Tuhan engkau?” Semua menjawab: “Memang, kami menyaksikan”. Supaya jangan kamu berkata di hari kiamat:“Sesungguhnya kami lalai dari ini”. Atau supaya tidak kamu katakan:“Yang musyrik itu hanyalah bapa-bapa kami yang dahulu sedangkan kami ni hanyalah keturunan sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami lantaran apa yang dikerjakan oleh orang-orang yangberbuat salah?” Dan demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat itu supaya mereka kembali. ( Ayat 172 – 174 : Surah al-A’raaf )

----------------------------------------------------------------

GemunGgal
Member

hee..nie tdi website sblah sne rite...
mcm biase la bro jengking..
cpy n pste...hehe

-----------------------------------------------------------------

aaaa
Member

waashhadu anna muhammadarrasullullah...
adakah anna disini bermaksud saya?

-----------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator


GemunGgal at 03:16AM on Jan 31, 2010
[hee..nie tdi website sblah sne rite...
mcm biase la bro jengking..
cpy n pste...hehe]

biaso la... nak gak tgk mcm mana penerangan member2 kat sini kat sana perbincangan dah dihadkan hehehehehe

-------------------------------------------------------------

legendary_bss
Member

bgos beno topic sbb 2 klimh syhdh adlh tunjang pd bss yg bpgg kuat pd yg hak..tp sbaiknyer kalo nk bincg xpyh ler bg penjelasn yg tlalu dlm & berat sgt...bhye woo..sbb ni gak mlibtkan soal akidah yg menjadi perkara sulung dlm rukun Islam.silap ckit je pnjelasan kite,pastu lak owg caye..fuhh mmg selamat ler jwbnyer...so playsafe k..

salam...

---------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643
betul tu sebab kat sini kita berforum aje. nak penjelasan yg jitu kenalah berguru

----------------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
yer laaa...
cerita ringan-ringan jek.... nanti kalau berat-berat tak terangkat pulak...

----------------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
2 kalimah sahadah....
dikhabarkan nabi adam as telah melihat 2 kalimah sahadah ne pada tiang arash Allah swt....
ada persamaan ke cerita ne dengan cara kita memakrifatkan 2 kalimah sahadah pada langit sebelum berjurus?

---------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
correction...ianya bukan di tiang, tetapi sebagai singboard kat pintu gerbang. Ianya adalah satu pintu. di situlah pintu permulaan dan situlah pintu penyempurnaan (belum tentu pada akhir hayat, kekadang dlm hayat juga dah ditunjukkan disebalik pintu tu).

Pastu ada kena mengena pula makam jari telunjuk kanan dan dahi dengan syahadah ni. Actually dari dahi dahulu baru turun ke jari telunjuk. Ada pun sebelum cahaya kalimah ni landing kat 2 tempat khas pada tubuh Adam a.s, ianya berlegar² anticlock wise di seluruh badan Adam. Penerangan bagi Jurusan Gilas (#9).

--------------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
kabarnya dari sulbi bergerak ke dahi dan dari dahi bergerak ke jari telunjuk kanan.... kalau nak lihat syaratnya ungkapan "la ilaha illa’llah’ Muhammadun Rasulu’Llah" semasa dalam solat.

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Kalau pergerakan dari sulbi tu adalah kursani bro. Persediaan khas utk kebangkitan semula.

-----------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
Edbest at 10:56PM on Jan 31, 2010
[Kalau pergerakan dari sulbi tu adalah kursani bro. Persediaan khas utk kebangkitan semula.]

bro edbest...
cerita la sikit tentang kursani.... boleh la kita kongsi2...

-----------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
kisah tentang perjalanan nur muhammad dalam jasad adam...
Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad. Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di belakangnya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada nur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia. Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi Baginda. Maka malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada Hawwa’, kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya.

------------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
semasa melafazkan kalimah sahadah didalam solat... disunatkan melihat kepada hujung jari telunjuk... wallahualam....

------------------------------------------------------------

GemunGgal
Member
Posts: 84
hurm..menarik..

------------------------------------------------------------

mit021
Member
Posts: 59


bluegigas at 10:28PM on Jan 31, 2010
[kabarnya dari sulbi bergerak ke dahi dan dari dahi bergerak ke jari telunjuk kanan.... kalau nak lihat syaratnya ungkapan "la ilaha illa’llah’ Muhammadun Rasulu’Llah" semasa dalam solat.]

wah... ni kena kasi penerangan lebih lagi.... teruskan la bro...
04:18 AM on 02/01/2010 Edit Delete Flag Quote & Reply

------------------------------------------------------------

legendary_bss
Member
Posts: 17


bluegigas at 10:28PM on Jan 31, 2010
[kabarnya dari sulbi bergerak ke dahi dan dari dahi bergerak ke jari telunjuk kanan.... kalau nak lihat syaratnya ungkapan "la ilaha illa’llah’ Muhammadun Rasulu’Llah" semasa dalam solat.]

bg ambo kalo dr sulbi ke dahi 2 menurut BSS penerangannya terdapat dlm jurus no. 10 (tujuan lima-lima). pastu yg jari telunjuk kanan 2 lak cam edbest habaq kt jurus no. 9 penerangannya..

jurus tujuan no. 10 ni gak adlh simbol sama yg tlh digunapakai oleh guru aliran REIKI melakukan 'attuntment' kpd murid baru dlm kaedah PENCERAHAN MEDAN CHAKRA tubuh...ini hnyalh skdr cth hasil dr kajian smata (ambo bkn pengamal REIKI)...

jurus 10 sudah,,jurus 9 pn de trgkn...cmner lak perkaitannya jurus 8 & yg lain2 bg topik ni yek...jeng3x

de gak sstgh otai2 bwk BSS mai dok ligan cito kt ambo yg jurus 1-10 ni sbnnrnye adlh simbolik dr kalimah 'LAILAHAILLALLAH'...wallahu'alam...

------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322


bluegigas at 02:27AM on Feb 01, 2010

Edbest at 10:56PM on Jan 31, 2010
[Kalau pergerakan dari sulbi tu adalah kursani bro. Persediaan khas utk kebangkitan semula.]

[[bro edbest...
cerita la sikit tentang kursani.... boleh la kita kongsi2...]]

aku bukan taknak kongsi, tetapi di sini bukanlah wadahnya.

----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Perjalanan muktamad mmg ada pada jurusan ke-10. cuma perjalanannya adalah dari daerah kepala pergi ke sulbi.

By the way, ke manakah perginya ahli² dalam forum ni? semenjak dua ni sepi lain macam.

-----------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643


sama gak kat sana sepi aje
mgk sbb level of discussion dah terlampau tinggi beyond our knowledge

-----------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560


bang Edbest... hamba baru balik dari kerja luar kawasan.. heheh.. itu yang seminggu tak sempat nak masuk... anyway, yang lain2 tak tau laa nape ekk.... maybe ada buat survey ari tuhh diorang takut nak mencelah coz sini perbincangannya dah tinggi sgt... bahasa semua dah high level.. so, apa kata kita slow down sket supaya depa ley kejar.... cuma cadangan yang tak seberapa sahaja...

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322


uits, rasanya kat sini bahasa yg digunakan adalah straight forward. dan takde langsung penggunaan bahasa² yg boombastik. Apa pun, teruskanlah dengan topik ni. Amat bagus utk semua

-----------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643


bahasa mgk masih blh diterima tapi tahap perbincangan mgk agak sukar

 -------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643


setuju.. topik ni mmg bagus untuk merungki BSS yg berdasarkan syahadah
tapi kena pelan2 kayu maaaa..

--------------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560


saudara Edbest.. kupaskanlahh mengenai Syahadah dan perkaitannya secara langsung dengan JURUSAN yang kita lakukan sebagai amalan itu.... mungkin ianya bermanfaat....

--------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322


Syahadah tu adalah Kalimah TAUHID. Ianya memelihara diri dari menyengutukan Allah. Mengajak kita hanya bertawasul kepadaNya. Ianya sendiri adalah kalimah penyucian. Tanpa penyucian bagaimana IMAN akan terbentuk?

Syahadah adalah satu jalan bagi kita mensyukuri nikmat2 yg telah diberikanNya kepada kita. Tanda syukur adalah dengan mengingatiNya. Refer surah Al Baqorah ayat 239

Selain itu, syahadah juga adalah merupakan kewajipan utama di dalam rukun Islam kita. Refer surah Muhammad ayat 19.

Apakah kita sudah benar2 yakin dengan Syahadah kita?

Sbg selingan:

Ketahuilah bahawa PERTANYAAN membimbing seseorg utk MENDAPATKAN jawapan.
KERAGUAN membimbing org kpd KEYAKINAN.
KEGONCANGAN adalah merupakan pendahuluan dari KETETAPAN.
Jgn bimbang apabila kita meragukan sesuatu, Cuma yg harus dikesalkan adalah org yg meragukan sesuatu tetapi TIDAK MENELAAH keraguan itu.
Ini kerana keyakinan yg tanpa didahului oleh keraguan adalah keyakinan yg akan berakhir dgn ragu.
Keyakinan yg kukuh ibarat sebatang tiang dari sebuah bangunan, goyangkanlah terlebih dahulu utk memastikan kekukuhannya, sebelum angin dan taufan dtg melanda.
Setelah itu, tetapkanlah pendirianmu.

Nukilan dari seorang ahli hikmah.

------------------------------------------------------------

sangrajunatapa
Member
Posts: 113


x pe..teruskan..kepada yg x jelas..pelan2 la kayuh..sya pon masih blaja sifat 20 nih..x pe teruskan..hehehe

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322


Dalam kitab suci Al Quran, Allah telah menjelaskan bahawa dahulu kala pada zaman azali di alam arwah, ruh² manusia itu telah mengadakan PERJANJIAN KETUHANAN atau dalam istilah agama disebut "AHDULLAH", di mana ruh² manusia itu telah berjanji akan ber-Tuhan hanya kpd Allah.

Perjanjian tersebut terlukis dlm tiap² jiwa manusia, sbg ukuran dasar rohaninya. Ianya dibawa lahir ke alam dunia ini sbg FITRAH. Firman Allah dlm surah Al A'raf ayat 172.
Ianya ditafsirkan kepada 2 bahagian:
1- Manusia telah diciptakan oleh Allah atas fitrah ISLAM
2- Dlm jiwa manusia telah disiapkan Allah garisan IMAN

Dari kedua-dua bahagian ini, perjanjian tersebut berbekas di dlm jiwa manusia setelah ia dilahirkan ke dunia ini, sbg fitrah bertuhan sebagaimana dlm firman Allah dlm surah Ar Rum ayat 30.

-----------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643

“Bukankah Aku Tuhan engkau?”
Semua menjawab: “Memang, kami menyaksikan”.

Ini kah perjanjian nya bro?

------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322

Betul sekali.

-----------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
khabarnya perjanjian tersebut telah disimpanNya di dalam hajarul aswad (batu hitam)...
wallahualam....

-----------------------------------------------------------


Edbest
Moderator
Posts: 322


bluegigas at 02:36AM on Feb 04, 2010
[khabarnya perjanjian tersebut telah disimpanNya di dalam hajarul aswad (batu hitam)...
wallahualam....]

Perjanjian tersebut masih lagi tersimpan di dalam diri anak² Adam itu sendiri.

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", (Al A'raf:172)

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Suatu kisah: Semasa Sayyidina ‘Umar menunaikan haji, Dia berdiri di depan Hajar aswad dan berkata, “Wahai Hajar aswad, engkau ni batu je. Engkau tak mendatangkan apa-apa kebaikan atau pun keburukan, namun RasuluLlah menghormati kamu, lalu aku pun kena buat begitu juga” Lalu Sayyidina ‘Ali menegur, “Hei Umar, mrngapa engkau kata begitu? Tuhan telah memberitahu kita bahawa dulunya batu hitam ini adalah seorang malaikat, dan dia mempunyai kesedaran. Pada Hari Pengadilan kelak dia akan menjadi saksi terhadap semua jemaah haji yang melangkah di depannya, dan dia menulis dan melaporkan nama mereka di dalam sebuah buku. Hajar aswad mempunyai mulut yang akan dia tuturkan.” “Bila Allah meletakkan Adam di dalam syurga, Dia membawa Adam ke pokok larangan, lalu memerintahkan seorang malaikat mengawasi Adam, dan memperingatkan tentang tegahan Allah itu. Bila iblis ‘alaihi la’nat pergi kepada Hawa dan memperdayakannya untuk memakan buah itu dan cuba memberinya pula kepada Adam, malaikat itu sedaya upaya menghalang Adam. Dia tahu Adam telah melanggar larangan Allah dan telah tidak taat. Allah menanggalkan pakaian syurga mereka serta mengusir mereka dari sana. Lalu kemudian Allah menukarkan malaikat ini kepada suatu permata delima, dan permata ini lah Hajar-aswad.” “Maka,…” sambung ‘Ali kepada ‘Umar, “ Inilah asal usul batu yang engkau katakan tu, jangan kata dia tidak boleh menolong atau menyusahkan. Kalau dah tertulis bagi seseorang, orang itu tentu akan menunaikan pertemuan dan berdatang haji, lalu batu ini merekodkan namanya.” Sekian sekilas lalu tentang hajar aswad

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
...sambungan tentang Kalimah Syahadah.
Baik di Timur mahupun Barat, jutaan manusia mengumandangkan suara mereka, diulang²nya kalimah ini baik di tgh mlm mahupun siang, itulah kalimah LAA ILAHA ILLALLAH. Laungan ini telah berkumandang selama 14 abad, tidak pernah diam dan tidak pernah berhenti. Negara demi negara telah berganti, namun seruan yg abadi itu tetap tidak berubah, seruan telah tertanam dlm hati dan sanubari. Berkumandangnya laungan tersebut, sbg bukti nyata, kemenangan Muhammad Rasulullah.
Kemenangan itu bukanlah diperoleh dlm peperangan, bukan ketika menguasai Kota Mekah. Akan tetapi dia adalah kemenangan yg bersifat universal telah menyelinap dlm jasmani kehidupan, serta mengubah perjalanan sejarah.
Allah menghendaki bahawa agama yg lurus itu berkuasa. Akan tetapi Allah tidak mahu kemenangan ini diperoleh dgn mudah sahaja. Allah juga tidak ingin menjadikan kemenangan itu sebagai satu mukjizat di mana tidak kelihatan usaha manusia di dlmnya.

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Thought of the day, apakah jurusan kita itu sebagai satu usaha bagi memastikan bahawa Kalimah Syahadah yg tersemat di dlm jasmani kehidupan kita menjadi faktor kemenangan kita di dunia ataupun akhirat?

------------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560
hurmmm... simple kan soalan tuhh lagi saudara edbest.... atau specific kan ianya lagii... menarik juga untuk dibincangkan...

--------------------------------------------------------------

aaaa
Member
Posts: 119
alhamdulillah.. menarik nih!!..

--------------------------------------------------------------

aaaa
Member
Posts: 119
kenapa Allah menukarkan malaikat kepada permata delima?? apakah warna asalnya??

--------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Mr Moderator, mintak izin utk melanjutkan lagi sikit berkenaan Batu Hajar Aswad ni:

Setelah taubat Adam diterima, begitu juga dgn Hawa. Adam diperintahkan untuk pergi megerjakan haji dan juga mencari isterinya Hawa. Lalu Adam berjalan menuju ke Makkah.

Allah telah meletakkan sebongkah bangunan yg dibuat dari delima syurga; ada dua pintu padanya yg dibuat dari zamrud, satu mengadap ke timur, satu lagi ke barat. Sebelum Adam memulakan tawaf, terlebih dulu para malaikat telah menurunkan Hajar aswad (‘batu hitam’), namun ketika itu warnanya adalah putih bercahaya. Cahayanya memancar sejauh kawasan miqat. Dari asbab itu lah adanya sempadan miqat bagi para jemaah haji memakai ihram dan niat haji.

Ketika itu rumah itu adalah Baitul-makmur. Ia kekal di situ hingga ke zaman Nabi Nuh. Semasa banjir besar tu, ia telah di angkat ke langit ke-empat atau ke-tujuh. Mengitut riwayat kisah Nabi Muhammad mi’raj, baginda melihat malaikat tawaf Baitul-makmur di langit ke-tujuh.

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322

hurmmm... simple kan soalan tuhh lagi saudara edbest.... atau specific kan ianya lagii... menarik juga untuk dibincangkan...
apakah jurusan kita itu sebagai satu usaha bagi memastikan bahawa Kalimah Syahadah yg tersemat di dlm jasmani kehidupan kita menjadi faktor kemenangan kita di dunia ataupun akhirat? Dari soalan ni, aku try buat sikit cerita ke Asal Kita iaitu Adam...silalah enjoy cerita ni....aku pun dapat dari seorang guru dari Terengganu sana...limited edition...credit to him.

Allah memerintahkan para malaikat membawa pakaian syurga. Bertambahlah cantiknya.
Setiap kali Adam bertutur atau bernafas, ada satu cahaya terpancar melalui mulut dan hidungnya, secerah mentari.
Adam tanya, “Cahaya apa ni?!” Baginda diberitahu, “Inilah Nur Muhammad”. Adam meminta supaya Baginda dapat tengok cahaya ni dengan nyata. Allah letak cahaya tu antara 2 kening Adam. Bersinar di dahi Adam secerah mentari atau purnama penuh. Semua arah Adam berpaling diterangi oleh Nur ini.

OK, dah nampak Nur Muhammad…? Buta mata pun boleh nampak… Dengan keizinan Allah jua…

Jasad Adam diberi Ruh Muhammad, Ruh Muhammad diberi jasad Adam.

soalan kedua: Apakah kaitan Cahaya Kalimah dan Cahaya Nur Muhammad? Jeng jeng jeng....

------------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560
hamba berminat untuk menjawab persoalan kedua itu...

cahaya kalimah atau nur kalimah itu wujud dari amalan kita di dunia sama ada berzikir, membaca Al-Quran dan amalan2 yang lain.... boleh dikatakan golongan KAFIR tidak terbitnya kecahayaan ini...

manakala Nur Muhammad itu adalah wujudnya sebelum manusia pertama tercipta dan sentiasa wujud dan kekal dan salah satu perkara tidak terima binasa selain Syurga, Neraka, Arasy dan lain2...

wallahualam..

----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Adakah ianya berkaitan?

jadi bila kita berjurus, cahaya manakah yg digilapkan?

-----------------------------------------------------------

iNsAn LeMaH
Member
Posts: 2

Perjalanan muktamad mmg ada pada jurusan ke-10. cuma perjalanannya adalah dari daerah kepala pergi ke sulbi.

By the way, ke manakah perginya ahli² dalam forum ni? semenjak dua ni sepi lain macam.
Salam...
Bg sy yg laen twu scodeng dr jauh jew...coz cahaya yg len2 terang sgt....xdpt nk rapat..
takot kenew benam..ehehhehehe

-----------------------------------------------------

INSAN
Member
Posts: 29
macam mana pulak kita nak tau yg cahaya itu dah digilap?terasakah?nampakkah?
--
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke  syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang  yang terpedaya"

--------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560

Adakah ianya berkaitan?

jadi bila kita berjurus, cahaya manakah yg digilapkan?

Nur Muhammad sentiasa ada dan wujud, sebanyak mana digunakan ianya tidak habis dan tidak berkurangan, tetapi Nur Kalimah pula adalah berdasarkan amalan kita di dunia ini... jika kita banyak beramal tentu lebih terang ianya...

so,

yang mana satu digilapkan sudah tentu jawapannya ialah Nur Kalimah bukan Nur Muhammad... kerana Nur Muhammad tidak perlu untuk kita gilapkan ianya... ianya telah ada pon pada setiap manusia yang hidup sebenarnya....

wallahualam~

------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322

INSAN at 10:34PM on Feb 05, 2010
[macam mana pulak kita nak tau yg cahaya itu dah digilap?terasakah?nampakkah?]

tilik lah dirimu rata2...pasti ketemu jawapan yg nyata.
rasa belum tentu lagi berbeza dengan angan2.
nampak belum tentu lagi muktamad, brgkali tersilap memandang.

melihat cahaya di dalam gelap, pasti nampak dari mana puncanya.
selami lah diri sendiri.

----------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
den pun nak tambah sikit pasal batu hajarul aswad...
ada satu riwayat menyatakan :
Allah swt setelah mengambil perjanjian dari keturunan adam as dituliskanNya bagi mereka satu catitan, lalu disimpankan Nya pada Hajarul aswad (batu hitam). sebab itu lah para haji ketika mencium hajarul aswad sesudah selesai tawaf di baitul-atiq (ka'abah) akan membaca " ya Allah! ya Tuhanke! Ini adalah sebagai memenuhi keimanan denganMu, dan sebagai menunaikan janjiku kepadaMu, dan sebagai mempercayai kepada kitabMu! "
wallahualam....

----------------------------------------------------------

INSAN
Member
Posts: 29
hmm, bro edbest dah main clue2 jugak.ok.bagi aku sememangnya 'cahaya' itu dapat dirasai. terutama dlm proses mencipta itu sendiri.

----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322

INSAN at 09:29PM on Feb 07, 2010
[hmm, bro edbest dah main clue2 jugak.ok.bagi aku sememangnya 'cahaya' itu dapat dirasai. terutama dlm proses mencipta itu sendiri.]

cahaya tersebut dpt di rasai oleh hati yg Tauhid pada ketika merasa.
cahaya tersebut juga dapat di lihat ketika sempurna iman di ketika itu.

Semuanya bergantung pada diri yg dapat memahami cabang² Ilmu, beramal dengannya dan menyerahkan semula segalanya kepada yg Maha Perancang.

apa pula maksud "proses mencipta" tu?

------------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560
hamba tukar sikit soalan dari saudara edbest..... bukan perbezaan nur Muhammad dan Nur Kalimah.....

apa perbezaan Nur Budi dan Nur Kalimah??? soalan berbentuk UMUM.... sesiapa boleh berikan penjelasan....

assalamualaikum~

---------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Sebenarnya mengikut kefahaman aku Nur Muhammad tu adalah sama dengan Nur Budi.
Cuma bezanya pada nama Nur tu ketika masuk ke dalam jasad Adam, maka menjadilah namanya tu Nur Budi.
Perumpamaan dlm Al Quran tentang ketiadaan Nur Kalimah ada pada ayat 257 pada surah Al Baqorah:

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
Dan perumpamaan bagi Nur Muhammad itu terletak pada ayat 35 Surah An-Nur:

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

----------------------------------------------------------

INSAN
Member
Posts: 29


Edbest at 10:21PM on Feb 07, 2010

INSAN at 09:29PM on Feb 07, 2010

[hmm, bro edbest dah main clue2 jugak.ok.bagi aku sememangnya 'cahaya' itu dapat dirasai. terutama dlm proses mencipta itu sendiri.]

[[cahaya tersebut dpt di rasai oleh hati yg Tauhid pada ketika merasa.
cahaya tersebut juga dapat di lihat ketika sempurna iman di ketika itu.

Semuanya bergantung pada diri yg dapat memahami cabang² Ilmu, beramal dengannya dan menyerahkan semula segalanya kepada yg Maha Perancang.]]

apa pula maksud "proses mencipta" tu?
sesuatu amalan..

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322


INSAN at 06:02PM on Feb 08, 2010

Edbest at 10:21PM on Feb 07, 2010

INSAN at 09:29PM on Feb 07, 2010

[hmm, bro edbest dah main clue2 jugak.ok.bagi aku sememangnya 'cahaya' itu dapat dirasai. terutama dlm proses mencipta itu sendiri.]

[[cahaya tersebut dpt di rasai oleh hati yg Tauhid pada ketika merasa.
cahaya tersebut juga dapat di lihat ketika sempurna iman di ketika itu.]]

[[[Semuanya bergantung pada diri yg dapat memahami cabang² Ilmu, beramal dengannya dan menyerahkan semula segalanya kepada yg Maha Perancang.

apa pula maksud "proses mencipta" tu?
sesuatu amalan..]]]

hmm, dalam kontek amalan ni (bukan khusus pd BSS shj) bukan shj dapat "merasa", tetapi penzahiran Cahaya Kalimah tu juga dapat disaksikan oleh mata kepala. Ianya bukan khayalan ataupun agak² lagi.

-------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Jadi berbalik pada persoalan aku yg awal;

Adakah ianya berkaitan; Cahaya Kalimah & Cahaya Nur Muhammad?
Bila kita berjurus, cahaya manakah yg digilapkan?
Aku mengharapkan ramai dari kalangan kita respon pada persoalan pokok ni, interaktif lah sikit. Kalau sehala punya komunikasi, aku pun penat lah. Apatah lagi dgn tuan tanah dan pihak admin. Sayang sekali apabila beramal dalam sangkaan dan YAKIN kita tu terarah pada kiblat yg tak tepat. Ni cerita SYAHADAH ni beb.
Tks Edy sebab ko dah jawap dan memberikan pandangan.
Pada forumer yg dikasihi, hints aku dah bagi pada posting² sebelum aku tanya kan soalan ni. Kalian hanya memerlukan sedikit concerntration pada pemikiran utk dptkan jawapan.

------------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560


Edbest at 09:23PM on Feb 08, 2010

INSAN at 06:02PM on Feb 08, 2010

Edbest at 10:21PM on Feb 07, 2010

INSAN at 09:29PM on Feb 07, 2010

[hmm, bro edbest dah main clue2 jugak.ok.bagi aku sememangnya 'cahaya' itu dapat dirasai. terutama dlm proses mencipta itu sendiri.
cahaya tersebut dpt di rasai oleh hati yg Tauhid pada ketika merasa.
cahaya tersebut juga dapat di lihat ketika sempurna iman di ketika itu.]

[[Semuanya bergantung pada diri yg dapat memahami cabang² Ilmu, beramal dengannya dan menyerahkan semula segalanya kepada yg Maha Perancang.

apa pula maksud "proses mencipta" tu?
sesuatu amalan..]]

hmm, dalam kontek amalan ni (bukan khusus pd BSS shj) bukan shj dapat "merasa", tetapi penzahiran Cahaya Kalimah tu juga dapat disaksikan oleh mata kepala. Ianya bukan khayalan ataupun agak² lagi.
yang ini sangatlah benar.... suatu contoh kecil :

Contoh 1 : AMran seorang UstaZ, bila kita lihat mukanya... sejukk ajerr mata memandang... 'mukanya ibarat bercahaya'.....

Contoh 2 : Hussin dulunya kaki minum, kaki disco, kaki perempuan, kini jika diajak rakan dia menolak dan juga tidak langsung sedikitpon rasa teringin untuk kembali ke kehidupan lamanya......



itu suatu perumpaan kecil sahaja... boleh dilihat lagi dalam pelbagai cara dan perkara di dunia ini.... ada betul kaa saudara Edbest???

Wallahualam

-----------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560


Edbest at 09:48PM on Feb 08, 2010
Jadi berbalik pada persoalan aku yg awal;

[Adakah ianya berkaitan; Cahaya Kalimah & Cahaya Nur Muhammad?
Bila kita berjurus, cahaya manakah yg digilapkan?
Aku mengharapkan ramai dari kalangan kita respon pada persoalan pokok ni, interaktif lah sikit. Kalau sehala punya komunikasi, aku pun penat lah. Apatah lagi dgn tuan tanah dan pihak admin. Sayang sekali apabila beramal dalam sangkaan dan YAKIN kita tu terarah pada kiblat yg tak tepat. Ni cerita SYAHADAH ni beb.
Tks Edy sebab ko dah jawap dan memberikan pandangan.
Pada forumer yg dikasihi, hints aku dah bagi pada posting² sebelum aku tanya kan soalan ni. Kalian hanya memerlukan sedikit concerntration pada pemikiran utk dptkan jawapan.]

hurmm tuan tanah... where are you... yang buka thread ini ialah saudara 'aaaa'.... dia pon dah tak nampak dahh....

anyway, yang lain2 takkan diam ajerr kot... the 'coolest' guy on website nihh pon dah lame tak masuk (saudara Makrifat)..... saudara Jengking dah busy kat forum lain gamaknye heheh...... where's saudara Ruski??? ramai yang boleh jawab kalau nak jawab.... masalahnye semua jadi silent reader saje.... susah laa kita nak kembangkan keilmuwan nihh kalau semua dok membaca tanpa memberikan sebarang input yang berguna dan bermanfaat...

----------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
bro edbest...
tentang cahaya kalimah... den sebenarnya tak berapa clear...
apakah cahaya kalimah ini akan terpancar melalui tingkah laku dan akhlak manusia?

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Cahaya yg kita sedang bicarakan adalah melangkaui bab akhlak; ada perkaitan bila betul dah kekal cahaya kalimah tu (constant).
Cahaya kalimah ni berkisar dari daerah telunjuk dan antara dua kening. Semakin jazam, maka cahaya kalimah ni akan semakin bersinar dengan bergemelapan. Sehinggakan ianya akan disegani oleh makhluk² jin dan juga haiwan, serta mereka² yg kasyafnya terbuka

----------------------------------------------------------

sangrajunatapa
Member
Posts: 113
bukan nak senyap x nak kongsi ..sebenarnya apa yg dibincangkan masih jauh dari pengetahuan sya....huhuhuhuhuh..merangkak2 nak paham..

-----------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163
bro sangrajunatapa...
ketidak tahuan kita tu pun masih boleh dikongsi....

----------------------------------------------------------------

bluegigas
Member
Posts: 163


Edbest at 01:57AM on Feb 09, 2010
[Cahaya yg kita sedang bicarakan adalah melangkaui bab akhlak; ada perkaitan bila betul dah kekal cahaya kalimah tu (constant).
Cahaya kalimah ni berkisar dari daerah telunjuk dan antara dua kening. Semakin jazam, maka cahaya kalimah ni akan semakin bersinar dengan bergemelapan. Sehinggakan ianya akan disegani oleh makhluk² jin dan juga haiwan, serta mereka² yg kasyafnya terbuka]

pada peringkat awal, adakah cahaya kalimah tersebut berpindah-pindah tempat atau berada dalam keadaan kelam?

-----------------------------------------------------------

mit021
Member
Posts: 59


Edbest at 01:57AM on Feb 09, 2010
[Cahaya yg kita sedang bicarakan adalah melangkaui bab akhlak; ada perkaitan bila betul dah kekal cahaya kalimah tu (constant).
Cahaya kalimah ni berkisar dari daerah telunjuk dan antara dua kening. Semakin jazam, maka cahaya kalimah ni akan semakin bersinar dengan bergemelapan. Sehinggakan ianya akan disegani oleh makhluk² jin dan juga haiwan, serta mereka² yg kasyafnya terbuka]

cahaya kalimah berbeza ngan cahaya budi ke??

Adakah jika terpancar cahaya kalimah ini maka bermaksud terpancar juga cahaya budi??

So, macamana lak ngan cahaya kat tulang sulbi... jika asalnya cahaya kalimah atau Nur Muhammad (tolong betulkan jika kawan tersalah) mula2 terpancar dari situ??

Sori... banyak lak tanya... hehehe.. saya budak baru nak merangkak...

------------------------------------------------------------

sangrajunatapa
Member
Posts: 113
teruskan...nnt sya akan tanya jika muskyil..huhuhuhh

---------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
cahaya kalimah ada kat 2 tempat tu shj. Bagi yg beramal secara umum, cahayanya tetap ada...tetapi tak sama pancaran cahaya bagi yg melakukan amalan secara khusus dan istiqomah.

------------------------------------------------------------

GemunGgal
Member
Posts: 84
haa..btol la apew yg bro edbest kata kan...
cth penzahiran Cahaya Kalimah tu..??

-----------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322


mit021 at 02:50AM on Feb 09, 2010

Edbest at 01:57AM on Feb 09, 2010

[Cahaya yg kita sedang bicarakan adalah melangkaui bab akhlak; ada perkaitan bila betul dah kekal cahaya kalimah tu (constant).
Cahaya kalimah ni berkisar dari daerah telunjuk dan antara dua kening. Semakin jazam, maka cahaya kalimah ni akan semakin bersinar dengan bergemelapan. Sehinggakan ianya akan disegani oleh makhluk² jin dan juga haiwan, serta mereka² yg kasyafnya terbuka]

[[cahaya kalimah berbeza ngan cahaya budi ke??

Adakah jika terpancar cahaya kalimah ini maka bermaksud terpancar juga cahaya budi??

So, macamana lak ngan cahaya kat tulang sulbi... jika asalnya cahaya kalimah atau Nur Muhammad (tolong betulkan jika kawan tersalah) mula2 terpancar dari situ??

Sori... banyak lak tanya... hehehe.. saya budak baru nak merangkak...]]

Benar, ianya berbeza bro.
Bab cahaya nak terpancar ni semua kenalah ada jalan kerjanya yg khusus.
Cahaya kalimah berbezalah amalan khususnya, begitu juga dgn cahaya budi.
Secara peribadinya, cahaya yg ditulang sulbi tu adalah cahaya Nur Muhammad. Warnanya lain bro.
Nanti aku akan sampai ke point perkaitannya...dimana kedua-dua cahaya ni (Kalimah+Nur Muhammad) saling melengkapi antara satu dgn lain.

------------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560


sangrajunatapa at 02:08AM on Feb 09, 2010

[bukan nak senyap x nak kongsi ..sebenarnya apa yg dibincangkan masih jauh dari pengetahuan sya....huhuhuhuhuh..merangkak2 nak paham..]

bang sangrajunatapa merendah diri nampak... heheh...

-----------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560
hamba cuma musykil tentang nur budi dan nur muhammad adalah dari satu perkara... itu ajerr.. but perbezaan pendapat kadangkala mendatangkan kebaikan....

apa kata jika.....

nur budi datangnya dari nur kalimah.... dan nur muhammad sememangnya ada dan wujud...

atau ketiga-tiga kecahayaan itu berbeza ketiga-tiganya.... but hamba rasa seperti nur kalimah dan nur budi adalah berpunca yang sama...

wallahualam.. hanya pendapat kecil...

------------------------------------------------------------

mit021
Member
Posts: 59
kalau mengikut akal kawan yang pendek ni la yerk...

ada 2 pemahaman...
1. roh kita dari Nur Allah.. seperti firmanNya.. "Aku tiupkan rohKu.." (kalau salah terjemah harap dipebetulkan) so, kalau direct translatation and understanding.. (fewiittt cakap orang omputih skit) kira roh kita ni eksklusif direct terus dari Allah.. dan Nur Muhammad pun dari Nur Allah cuma dipecahkah atau ditajalikan (bahasa yang aku pun tak faham) menjadi sekelian alam.. so ada 2 sumber yang berbeza (jgn salah faham.. hakikat nya dari Allah jua).

2. Dari Nur Muhammad dijadikan sekelian alam.. termasuk roh kita.. seperti banyak bab cite2 tajali ni.. so, nur budi dan Nur Muhammad itu dari sumber yang satu juga cuma mungkin tingkat nya berbeza.. Roh tingkat yang tinggi.. jasad tingkat yang rendah...

Wallahualam...


------------------------------------------------------------

Edbest
Moderator
Posts: 322
Ah, jawapan mu mmg bulls eye lah mit. Aku baru nak corner panjang2 (sebab cannot find how to put the right words ad sentences). So, sama2lah kita perbaharui kajian, atau dalamkan lagi pengkajian. Istikhorah beb...meeting sama Allah...tulah antara Laduni yg org malas nak kejarkan...sama mcm aku...he he he

-------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643


edy137 at 12:49AM on Feb 09, 2010

Edbest at 09:48PM on Feb 08, 2010

[Jadi berbalik pada persoalan aku yg awal;

Adakah ianya berkaitan; Cahaya Kalimah & Cahaya Nur Muhammad?
Bila kita berjurus, cahaya manakah yg digilapkan?
Aku mengharapkan ramai dari kalangan kita respon pada persoalan pokok ni, interaktif lah sikit. Kalau sehala punya komunikasi, aku pun penat lah. Apatah lagi dgn tuan tanah dan pihak admin. Sayang sekali apabila beramal dalam sangkaan dan YAKIN kita tu terarah pada kiblat yg tak tepat. Ni cerita SYAHADAH ni beb.
Tks Edy sebab ko dah jawap dan memberikan pandangan.
Pada forumer yg dikasihi, hints aku dah bagi pada posting² sebelum aku tanya kan soalan ni. Kalian hanya memerlukan sedikit concerntration pada pemikiran utk dptkan jawapan.]

[[hurmm tuan tanah... where are you... yang buka thread ini ialah saudara 'aaaa'.... dia pon dah tak nampak dahh....

anyway, yang lain2 takkan diam ajerr kot... the 'coolest' guy on website nihh pon dah lame tak masuk (saudara Makrifat)..... saudara Jengking dah busy kat forum lain gamaknye heheh...... where's saudara Ruski??? ramai yang boleh jawab kalau nak jawab.... masalahnye semua jadi silent reader saje.... susah laa kita nak kembangkan keilmuwan nihh kalau semua dok membaca tanpa memberikan sebarang input yang berguna dan bermanfaat...]]

aku masih disini bro ..setiap ari memantau
aku masih setia....hehehehe.
cuma tahap ilmu aku...
aku x dapat nak bagi comment on certain topik

ok just one question
MUHAMMAD yg dilafazkan dalam 2 kalimah syahadah itu
adakah NABI MUHAMMAD atau diri kita ini iaitu manusia sebagai khalifah dimuka bumi

---------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643


mit021 at 04:15AM on Feb 09, 2010

[kalau mengikut akal kawan yang pendek ni la yerk...

ada 2 pemahaman...
1. roh kita dari Nur Allah.. seperti firmanNya.. "Aku tiupkan rohKu.." (kalau salah terjemah harap dipebetulkan) so, kalau direct translatation and understanding.. (fewiittt cakap orang omputih skit) kira roh kita ni eksklusif direct terus dari Allah.. dan Nur Muhammad pun dari Nur Allah cuma dipecahkah atau ditajalikan (bahasa yang aku pun tak faham) menjadi sekelian alam.. so ada 2 sumber yang berbeza (jgn salah faham.. hakikat nya dari Allah jua).

2. Dari Nur Muhammad dijadikan sekelian alam.. termasuk roh kita.. seperti banyak bab cite2 tajali ni.. so, nur budi dan Nur Muhammad itu dari sumber yang satu juga cuma mungkin tingkat nya berbeza.. Roh tingkat yang tinggi.. jasad tingkat yang rendah...

Wallahualam...]

bro mana yg betul bro ni bro
roh kita dari NUR ALLAH  ke dari NUR MUHAMMAD?

---------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643


blh cerahkan dalam topik PERIHAL ROH

-------------------------------------------------------------

sangrajunatapa
Member
Posts: 113
huhuhuh.....semakin tinggi semakin fenin....x pe..nak tanya...

dikatakan ada tingkat kemartabatan nur itu sesuai dengan penciptaan nur oleh Allah taala..

boleh ke saudara sekalian nyatakan dalam bentuk tingkat aras mana terletakknya nur budi, nur muhammad, nur kalimah dan apa sahaja nur yg kita dpt kenalpasti dalam bentuk hirarki...wassalam

----------------------------------------------------------

mit021
Member
Posts: 59


JengKing at 10:05PM on Feb 09, 2010

mit021 at 04:15AM on Feb 09, 2010

[kalau mengikut akal kawan yang pendek ni la yerk...

ada 2 pemahaman...
1. roh kita dari Nur Allah.. seperti firmanNya.. "Aku tiupkan rohKu.." (kalau salah terjemah harap dipebetulkan) so, kalau direct translatation and understanding.. (fewiittt cakap orang omputih skit) kira roh kita ni eksklusif direct terus dari Allah.. dan Nur Muhammad pun dari Nur Allah cuma dipecahkah atau ditajalikan (bahasa yang aku pun tak faham) menjadi sekelian alam.. so ada 2 sumber yang berbeza (jgn salah faham.. hakikat nya dari Allah jua).

2. Dari Nur Muhammad dijadikan sekelian alam.. termasuk roh kita.. seperti banyak bab cite2 tajali ni.. so, nur budi dan Nur Muhammad itu dari sumber yang satu juga cuma mungkin tingkat nya berbeza.. Roh tingkat yang tinggi.. jasad tingkat yang rendah...

Wallahualam...]

[[bro mana yg betul bro ni bro
roh kita dari NUR ALLAH  ke dari NUR MUHAMMAD?]]

kalau ko tanya aku... jawapan nya simple aje... aku tak tahu... kerana aku tak menyaksikan lagi dengan mata aku asal kejadian roh... bukan level aku... itu sekadar teori2 mengikut pemahaman  aku...

Pada aku.. dari Dia aku dicipta dan kepada Dia aku akan dikembalikan....

----------------------------------------------------------------


JengKing
Moderator
Posts: 643
Statement ko kat no 1 & 2 tu contradict to each other

Aku cuma nak tau which statement yg betul ..

Nur Allah >>> Roh
Nur Allah >>> Nur Muhammad >>>>> Alam Semesta / Roh
Nur Allah >>> Nur Budi

-----------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560
Owh yaa saudara mito..... yang biasa kita dengar ialah dari Nur Muhammad terciptanya sekelian alam.... termasuk roh dan sebagainya...

but....

baru nampak perkaitan diantara Nur Budi dan Nur Muhammad....

Assalamualaikum~

-------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643
aku x nampak2 lagi bro
heheheehe

-------------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560
hahah... mcm nihh.... spt yang biasa kita dengar dan baca atau terjumpa di dalam kitab-kitab, makanya dari Nur Muhammad terciptanya bumi, alam, gunung ganang, lautan, dan sekelian makhluk juga roh dan secara tidak langsung sudah tentu Nur Budi termasuk sekali.... so.. Nur Budi adalah berunsur yang sama dengan Nur Muhammad....

tetapi.................. dengan tetapi....

saudara mito ada mengemukakan dua kemungkinan.... yang kemungkinan satu lagi mengenai Roh kita dijadikan ekslusif dari Nur Allah.... so, bermaksud Nur Muhammad juga dari Nur Allah... kerana adanya termaktub di dalam firman yang mengatakan roh ditup masuk ke dalam jasad itu.....

ada dua kemungkinan di situ... tetapi yang pastinya... sudah tentu nur budi amat berkait rapat dengan Nur Muhammad....

wallahualam~

-----------------------------------------------------------

mit021
Member
Posts: 59


JengKing at 12:13AM on Feb 10, 2010

[Statement ko kat no 1 & 2 tu contradict to each other

Aku cuma nak tau which statement yg betul ..

Nur Allah >>> Roh
Nur Allah >>> Nur Muhammad >>>>> Alam Semesta / Roh
Nur Allah >>> Nur Budi]


bro.. kan aku dah buat statement yang aku tak tahu....
so tak perlu la nak suruh aku confirmkan which one is the correct statement..

boleh yerk...... takde masalah ye....

Maybe sapa yang berguru dalam hal ni boleh jelaskan... lagi afdhal sebab ada sumber rujukan yang sahih...
Wallahualam..

-----------------------------------------------------------

edy137
Site Owner
Posts: 560
rasanye ulama' sendiri berselisih pendapat.... apatah lagi kita nihh yang tak bergelar ulama' langsung... heheh...

---------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643
ada yg menolak konsep nur muhammad ni
mcm mana ek

--------------------------------------------------------------

JengKing
Moderator
Posts: 643


mit021 at 01:14AM on Feb 10, 2010

JengKing at 12:13AM on Feb 10, 2010

[Statement ko kat no 1 & 2 tu contradict to each other

Aku cuma nak tau which statement yg betul ..

Nur Allah >>> Roh
Nur Allah >>> Nur Muhammad >>>>> Alam Semesta / Roh
Nur Allah >>> Nur Budi]


[[bro.. kan aku dah buat statement yang aku tak tahu....
so tak perlu la nak suruh aku confirmkan which one is the correct statement..

boleh yerk...... takde masalah ye....

Maybe sapa yang berguru dalam hal ni boleh jelaskan... lagi afdhal sebab ada sumber rujukan yang sahih...
Wallahualam..]]

kah3x
ok bro