aai66
Malaysia
| Dari forum di harmonisers yang kawan baca. Untuk pengetahuan semua pemforum Pusat Rawatan Gerak Tepat. Gurunye Abg Nazri Anak murid wak mail KBS? Wallauhalam |
aai66
Malaysia
|
Di Kinrara apa lak citenye
Gurunye ustaz nazri? byk menggunakan gerak? |
|
“NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI!!!”
Since: Oct 08
Johor Bahru- Australia- Hawaii
|
entah lah.. terlalu banyak perubatan2 yang berasaskan BSS.. tumbuh macam cendawan sekarang nih.. kita kena nilai betul2 sesebuah persatuan itu..
|
Sang Buana
Singapore, Singapore
|
salam sejahtera semua,
Ini yg saya tidak mahu dengar!!!.Bagi pendapat saya yg merosakkan amalan RBSS,apabila ahli2 cenderong kepada permainan gerak.Apa saja yg ahli2 ingin tahu kebanyakkan guna gerak.Ini sebenarnya masaalah utama RBSS. Kalau tak isi gerak ramai ahli yg tak confident!!!.Ini lah akibatnya apabila permulaan pelajaran tidak di huraikan dengan jelas apakah gerak dalam RBSS?. Susah nak cakap!!!!. |
aai66
Malaysia
| Kerana gerak inilah yang memungkinkan orang luar melebalkan BSS sebagai sesat? Walluhalam |
gelanggang pj
Malaysia
|
dah mcm2 bss nyer ranting lak yg keluar..bila yg kosong membaca..awal dan akhir tak bertemu..hmm...kalau yg bukan BSS harap terangkan yg aliran anda adalah tidak sama dan berlainan dgn BSS sama sekali...masing2 menegakkan hak kebenaran masing2 ...contoh...BSS tidak menggunakan kemenyan dlm perubatan...tp ada lak mengutarakan .eh..kat sini ada plak yg pakai,menurun mcm tok bomoh...so orang luar semakin lost dlm tajuk forum nih...so andai ada perbezaan maka bukaklah satu topik lain supaya tidak mengelirukan...mudahkan...
BSS..RBSS..KBS...ader lagi mungki sya tertinggal....apapun forumers outsider yg kosong harap maklum sekiranya jawapan sesuatu hajat atau soalan bergantung pd BSS..KBS..RBSS ahli nya yg menjawab dan memberi pendapat masing2 aku ingat nak bukak THE REAL BSS le mcm group THE REAL XPDC tu..hehehe...apapun ihklas dari sya untuk memberi pendapat ... |
|
“NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI!!!”
Since: Oct 08
Johor Bahru- Australia- Hawaii
|
bagus... pendapat yang bernas dari Gelanggang PJ...
|
|
“NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI!!!”
Since: Oct 08
Johor Bahru- Australia- Hawaii
|
pasal 'gerak' pula.. pada yang ahli2 cuba usulkan pada guru masing2 untuk penerangan yang lebih jelas dimana sebenarnya 'gerak' itu hanyalah 'amalan tambahan' sahaja dalam pembelajaran BSS.. ianya bukan termasuk dalam BSS.. perbezaannya di situ..
|
aai66
Malaysia
|
kenapa perlu gerak itu di ajar sebagai amalan tambahan jika kita menyakini bahawa BSS adalah lebih power dari amalan2 tambahan
kenapa tidak diajar seni silat sebagai amalan tambahan Bagaimana pula dgn lam jallallah |
aai66
Malaysia
|
lam jallah membuat kita merasa megah
permainan gerak membuat kita merasa riak budi suci sejati membuat kita merasa rendah diri.. wallahualam |
|
“NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI!!!”
Since: Oct 08
Johor Bahru- Australia- Hawaii
|
kerana itulah ianya dipanggil 'amalan tambahan'... hanya tambahan sahaja..
memang spt semua ahli tahu dan yakini bahawa BSS itu adalah yang paling tinggi tarafnya dan kekuatannya.. Tetapi tidak salah untuk kita mempelajari bidang ilmu yang lain.. kan ilmu itu luas utk kita terokai.. itu cuma pendapat hamba.. yang sebenarnya.. pihak guru2.. atau ahli2 yang di lantikkan perlu menerangkan perihal 'gerak' or Lam Jalalah atau mana2 yg tergolong dlm 'amalan tambahan' itu sebelum diturunkan.. selalunya penerangan dilakukan selepas diturunkan... |
legendary_bss
Johor Bahru, Malaysia
| assalamualaikum... 1. perlu diketahui bahawa sejak pengasas BSS membawa masuk ke malaysia pada tahun 60an sehingga guru-guru atau wakil yang sah ada kini, hampir 95% dari mereka tidak memiliki ilmu persilatan atau tiada tauliah diri untuk menjadi seorang guru silat. 2. bss ialah suatu amalan yang berbentuk rohaniah, maka tidaklah sesuai utk memasukkan ilmu persilatan sebagai suatu amalan tambahan kerana silat lebih memfokuskan zahir diri. 3. gerak dimasukkan sebagai amalan tambahan adalah untuk mengasah intipati hati bagi mencapai makam 'ainul yakkin'. |
gelanggang pj
Malaysia
| kiasan???rintihan???lontaran pendapat???sesuatu fakta ilmu untuk yg nak mengetahui??? hmm agak tergantung maksud yg tersirat...biar tepat dan kena isi perutnya...apapun ada perkara juga yg hanya harus forum tertutup sesama ahli untuk 'quote' saudara..mana yg membaca pula akan 'lost' dlm...makrifat biar tepat... maaf tiada niat lain hanya tunjuk jalan jer.. |
aai66
Malaysia
| Kenapa perlu amalan tambahan untuk mencapai makan ainul yakin.. bermakna kita tidak yakin akan BSS itu sendiri.. walluhalam |
aai66
Malaysia
| mmg amalan tambahan tidak salah dipelajari.. tetapi apa yang kita tambah.. adakah ianya tidak bercanggah dgn BSS dan akidah kita.. wallahualam |
aai66
Malaysia
| zahir cantik.. rohani pun cantik.. baru sepadan... wallahuham |
aai66
Malaysia
| terima kasih hamba budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan Tunjukkan kami jalan yang benar.... Wassalam |
legendary_bss
Johor Bahru, Malaysia
| manusia itu umumnya tidak percaya akan sesuatu melainkan dengan bukti yang kukuh lagi nyata. inikan lagi KEYAKINAN. kepercayaan itu suatu perkara yang kita akui dan persetujui dalam diri. namun mudah goyah atau hilang serta berubah arah. ini tidak mungkin berlaku pada keyakinan kerana keyakinan itu utuh,kepercayaan muktamad yang sejati. amalan gerak menjadi SALAH SATU jalan pemangkin umum kepada seseorang ahli bss itu utk merasai sendiri akan KEBENARAN dirinya pada KENYATAAN TUHAN. maka ia IA AKAN MENGAKUINYA SEKALIGUS MEMPEROLEHI KEYAKINAN. |
Segala Arkib yang berkaitan dengan amalan, forum, blog, dan ilmu atau berkaitan dengan sejarah dan seumpama dengannya....
Arkib Viewers
Friday, January 4, 2013
Kenangan TOPIX - (Page 41-45) : Amalan Tambahan
|
Malaysia
| |
|
Malaysia
| |
|
“NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI!!!”
Since: Oct 08
Johor Bahru- Australia- Hawaii
| |
|
Singapore, Singapore
| |
|
Malaysia
| |
|
Malaysia
| |
|
“NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI!!!”
Since: Oct 08
Johor Bahru- Australia- Hawaii
| |
|
“NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI!!!”
Since: Oct 08
Johor Bahru- Australia- Hawaii
| |
|
Malaysia
| |
|
Malaysia
| |
|
“NUR MUHAMMAD dan NUR BUDI!!!”
Since: Oct 08
Johor Bahru- Australia- Hawaii
| |
|
Johor Bahru, Malaysia
| |
|
Malaysia
| |
|
Malaysia
| |
|
Malaysia
| |
|
Malaysia
| |
|
Malaysia
| |
|
Johor Bahru, Malaysia
| |
Monday, December 31, 2012
Questions & Answer ~ Mengenai Budi Suci Sejati dari sudut pandang seseorang
soalan ini pernah diajukan oleh salah seorang hamba Allah di thread hamba dimana dia bertanyakan mengenai statement yang dikeluarkan oleh Dr. Amran Kasimin.. jadi hamba pon cuba membidas dan menghuraikan dengan cara yang cukup professional selari dengan persoalan yang dikemukakan...
walaupun yang sebenarnya, bab kesesatan nie dah berkali-kali dihuraikan tetapi ianya pasti akan timbul jua dari masa ke semasa.... yang sebenarnya dah lama dah hamba ingin huraikan mengenai Dr. Amran Kasimin, tetapi masih tidak berkesempatan lagi. Malah memandangkan tiba-tiba pula nak timbulkan topik mengenai nya takut pula menyinggung mana-mana pihak. tetapi disebabkan dah terkeluar soalan dari forumer sendiri, makanya, hamba pun berbesar hatilah untuk menjawabnya secara ringkas dan sepadat mungkin....
Hamba Allah yang membuat kenyataan itu... menurut blog katanya dia seorang pengkaji BSS.. malangnya apa yang dikaji pon hamba tidak pasti.. apatah lagi dia pun bukan dan tidak pernah menjadi seorang ahli BSS pun walaupun sehari, inikan pula ingin memberikan hujah mengenai amalan Budi Suci Sejati. Apa yang menariknya ialah si hamba Allah ini mengeluarkan suatu kenyataan yang begitu 'kontra' dari apa yang BSS anjurkan. malah.. lagipula hamba Allah ini katanya mendapat sumber dari rujukan internet juga dan buku-buku sejarah..... (buku sejarah yang mana satu, Wallahualam.) berikutan kenyataannya itu jika dilihat dari suatu sudut, makanya dia menceritakan suatu kisah pada zaman kerajaan majapahit kalau tidak silapnya. Apabila timbul sahaja suatu ilmu yang dapat menumbangkan pihak musuh dari jarak jauh, makanya, begitu senang seseorang itu menyamakan sesuatu keilmuwan itu misalan nya. Yang menjadi musykilnya, apakah hamba Allah itu sendiri wujud pada waktu itu atau dah hidup dan lahir ke semasa kisah si cau pandan tuhh.. dan dia BEGITU YAKIN kerr dengan tudingan jari nya kepada keilmuwan BSS ini bahawanya amalan yang diceritakan dalam kisah lagenda tersebut adalah amalan Budi Suci Sejati.
hamba cuba ambil semula petikan kenyataannya dan akan cuba menghuraikan secara berhemah dan professional..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr. Amran Kasimin: Ketika bertapa, latihan jiwa dilakukan. Di antaranya, ialah duduk bersila dengan mengosongkan ingatan dalam keadaan menghadap matahari naik dengan memejamkan kedua belah mata, meletakkan tapak tangan kanan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas riba. Turun-naik nafas juga dijaga, bagaikan mendengar degupan jantung. Perlakuan dan kedudukan zahir yang menyerupai pertapaan Buddha, menyebabkan ilmu itu dinamakan ilmu Buddha Suci yang akhirnya bertukar menjadi ilmu Budi Suci. Ilmu ini, iaitu yang diperolehi melalui pengasingan diri (tapa) itu dikembangkan di Indonesia dan kemudiannya di Malaysia di tahun enam puluhan.
JAWAPAN: Sejak bila pula Keilmuwan Budi Suci Sejati ini ada pertapaan.. dan yang paling lucu, adakah dia tahu tentang 'buddha tsu chi' yang disebut-sebutkannya itu. apa yang cuba dijelaskannya yang sebnarnya lebih kepada teknik 'YOGA', dan secara dasarnya YOGA dari hindu/Buddha bukannya BUDDHA. tetapi perihal menjaga turun naik nafas itu pula ada sedikit persamaan dengan senaman TAI CHI.. atau tenaga dalam.. malah dia berkata tentang pengasingan diri.. mana ada persatuan BSS menganjurkan 'pengasingan diri' untuk memperolehi amalan ini.. Dan perlu diingat... Pertapaan itu sendiri tak menjadi salah sebenarnya... Malah Rasulullah sendiri mengasingkan diri ke Gua Hira' untuk bertafakur. Dan teknik turun naik Nafas juga amatlah elok untuk diamalkan selagi ianya tidak bersalahan dengan akidah dan Tauhid seseorang.
Dr. Amran Kasimin: Untuk mendapatkan keberkesanan yang maksimum, juga untuk menggabungkan latihan fizikal dan spiritual, ilmu Budi Suci mempunyai kaedah-kaedah tertentu yang perlu dipatuhi.Untuk mempelajari ilmu tersebut, seseorang murid itu perlu menyediakan bahan-bahan tertentu, di antaranya ialah:

- Seekor ayam jantan yang telah tumbuh taji.
- Tujuh jenis kuih Melayu.
- Tiga meter kain putih.
- Daun kelur.
- Sepiring pulut kuning.
JAWAPAN: Sekali lagi agak lucu jika melihat dari senarai 5 perkara tersebut. Dah macam mengarut pulak. Tak tahu lahh kalau dia mereka-rekanya atau mendapat dari sumber laman-laman web 'kejawen'.. apa yang pastinya.. langsung tiadanya penggunaan kelima-lima perkara tersebut.. kalau ada macam itu sudah tentu ianya boleh menjadi Fitnah kepada Umum apatahkan pula nak jamu siapa benda-benda tu semua???.. so tak relevan lagi lahh kenyataan itu.
Dr. Amran Kasimin: Ketika sebelum menurunkan ijazah,guru akan membaca ungkapan-ungkapan di bawah ini yang akan diikuti oleh murid berkenaan. Hal sedemikian dilakukan dalam keadaan bersalaman seperti yang dijelaskan.
- Membaca Bismillah hingga akhir.
- Asyhadu alla ilaha ilallah. La haulawala quwwata illa billahi laliyil-'aziim.
- Aku mohon keramatnya Syeikh Subandari, Sheikh Maddi, SheikhHuri, Ya Hanafi, Ya Shafie, Ya Maliki, Ya Hanbali, Ya Allah, Ya Allah,Ya Allah.
- Aku mohon kepada Allah berkat keramatnya, supaya Allah melindungi diri daripada pukulan (atau tujuan-tujuan lain). Ya Allah selamatkan diriku. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Ya Hayyu, Ya Qayyumu, La Yamut.
JAWAPAN: Yang hanya betul cumanya mengucap dua kalimah syahadah dan juga membaca ungkapan basmallah. itu tidak menjadi salah langsung dalam agama islam. yang menjadi salah ialah dua kalimah syahadah menjadi 1 kalimah syahadah.. seperti perkara point nombor 2 itu. Kerana apa?? sebelum ini kann hmba pernaha kata hamba banyak pengalaman dimana jika ada orang kerasukan cuba suruh mereka mengucap dua kalimah syahadah, tentu tak akan perfect punya, mereka tidak akan sanggup untuk mengungkap kalimah yang kedua. kerana JIN mempunyai sebab tertentu atas kenapa tak dapat mengungkapnya, nantilah hamba cuba huraikan di lain post. lagi satu BSS mengucap dua kalimah syahadah dahulu barulah membaca basmallah. yang di atas itu sudah terbalik. apa yang tertera di atas juga tiada langsung persamaan dengan keilmuwan Budi Suci Sejati. so sekali lagi tak boleh diterima pakai..
Dr. amran Kasimin: Terdapat sebanyak 13 jurus atau langkah dalam amalan ilmu Budi Suci, iaitu jurus tumbuk, jurus siku kebelakang, jurus tolak dan tekan, jurus tolak, lambung musuh, jurus tarik buang dan jurus untuk membuang senjata dari tangan musuh.Jurus-jurus ini adalah jurus biasa , manakala jurus berikut dinamakan jurus bahaya atau jurus maut. Jurus-jurus tersebut dinamakan jurus tusuk jantung, jurus kerat leher, jurus potong perut, jurus senjata memakan diri dan jurus garis keselamatan diri.
JAWAPAN: 13 Jurus??? macam Nasrul Haq jerrr.. lagi sekali lagi tak sama.. ungkapan JURUSAN itu sendiri ada hamba huraikan dalam posting yang lepas-lepas.. cuba semak semula. Nama-nama JURUS itu juga tak sama.. apatah lagi BSS mempunyai 50 JURUSAN yang perlu dipelajari.
Dr. Amran Kasimin: Selain daripada jurus-jurus yang dijelaskan, terdapat satu jenis jurus yang dinamakan dengan jurus pengunci. Jurus dilakukan dengan bacaan tertentu dengan mengisyaratkan kedua belah tapak tangan kepada musuh, seumpama kelakuan menikam sesuatu yang dilakukan serentak dengan hentakan tumit kanan ke tanah,yang disertai dengan menahan nafas. Dengan berbuat demikian musuh akan terkaku, tidak boleh bergerak, sama ada ke hadapan, kanan atau kiri,yang diistilahkan sebagai "terkunci".
JAWAPAN: Dah nampak sangat sam dengan Nasrul Haq, jurusan itu dinamakan 'satu per empat alip' yang mana seseorang itu akan terkunci. dan kelakuan menikam dan menahan nafas itu adalah sama dengan ilmu kebatinan bukannya ilmu HAQ seperti yang BSS anjurkan. harap maklum.
Dr. Amran Kasimin: Untuk mepelajari ilmu Budi Suci ini,seseorang itu hendaklah berupaya melakukan sesuatu yang disuruh oleh agama Islam, dan jangan meninggalkan sesuatu yang disuruh, terutamanya sembahyang lima waktu, puasa dan sebagainya. Selain daripada syarat-syarat asas ini, syarat-syarat lain ialah jangan menzalimi orang lain. Ilmu yang dipelajari bukan untuk menunjuk-nunjuk, takbur atau dilakukan untuk sesuatu yang salah. Jangan bongkak, jangan mudah marah dan dapat mengawal diri.
JAWAPAN: Tiada pula BSS anjurkan begitu, langsung tak sama. Pasal sembahyang dan Puasa itu terpulanglah pada individu tersebut untuk melakukannya, Amalan budi Suci Sejati tak memaksa langsung, tetapi AGAMA ISLAM yang meletakkan perkara-perkara itu adalah dalam Hukum WAJIB. Dan Budi Suci Sejati hanyalah amalan tambahan yang mana ianya cuma amalan yang ditambah sahaja dalam kehidupan. Tiada kena mengena dengan bersolat, soal hukum hakam Fekah mahupun beribadat. Mengenai bongkak, riak dan takbur itu pula sudah tentu mana-mana amalan sekalipun mengajar muridnya supaya jangan Riak dan Takabbur kerana itu adalah sifat Syaitan yang nyata... Jadi tidak salah rasanya amalan Budi Suci Sejati juga mengajar ahlinya supaya bersifat merendah diri dan juga saling memaafi dalam sesuatu perkara.
Terima Kasih
Wednesday, December 26, 2012
HOLY WAR : Chapter 3 - Kebangkitan Keluarga Zinki
Keadaan sosial dan politik masyarakat Islam ketika itu merupakan faktor utama yang membantu kejayaan angkatan tentera salib I. Pertembungan dalaman dan peperangan sesama sendiri antara pewaris-pewaris kerajaan Saljuk adalah faktor pembantu kepada kejayaan Salibiah di negeri syam.
Dengan kematian Imaduddin, kerajaannya telah dibahagikan kepada dua orang anaknya yang tertua. Sebelah timur diserahkan kepada anaknya yang tertua, Saifuddin Al-Ghazi yang berpusat di Mausil sementara sebelah barat diserahkan kepada Nuruddin Mahmud yang berpusat di Halab. ini bermakna kerajaan yang dipegang oleh Nuruddin terpaksa berhadapan dengan kerajaan salib. Perhubungan yang baik dan intim antara kedua-dua saudara ini merupakan jaminan yang besar kepada kestabilan kerajaan mereka.
Selepas kematian imaduddin zinki, musuh-musuh beliau mengambil kesempatan dari kematiannya untuk merampas kawasan-kawasan yang berada di bawah kekuasaannya. Goslene II merampas kembali Raha dan raja damsyik merampas Baklabak. Rampasan ini telah menggerakkan tentera Nuruddin seramai sepuluh ribu untuk mengambil kembali Raha. Akhirnya pada November 1146/Jamadil akhir 541H Raha berjaya dikembalikan ke tangan muslimin iaitu hanya selepas seminggu dirampas oleh Goslene II. Seterusnya Nuruddin bertindak meluaskan kerajaannya ke kawasan jajahan salibiah.
Di tengah-tengah kesibukan usaha ini, Eropah menerima berita kejatuhan Raha dan kebangkitan keluarga Zinki dan Nuruddin. mereka mula merasa bahaya dari kebangkitan ini lalu membuat persediaan untuk melancarkan perang salib II.
Suasana yang buruk ini berpunca dari hilangnya asas agama, keruntuhan akhlak dan nilai kemasyarakatan. Dunia Islam memerlukan kepada kebangkitan baru seorang pemimpin yang mampu menyelamat dan mengembalikan keamanan, menghapuskan kezaliman dan kerosakan kepada muslimin khususnya dan dunia seluruhnya.
Suasana buruk ini terus kekal walaupun selepas penjajahan salibiah sehinggalah Allah mendatangkan beberapa orang pemimpin yang soleh yang berusaha menghapuskan suasana tersebut. Gerakan ini bermula dengan kebangkitan keluarga Zinki yang kemudiannya diikuti dengan kebangkitan keluarga Al-Ayubi.
KELUARGA ZINKI
Keluarga Zinki (Qasimuddaulah Aqsanqar) mula dikenali di zaman Sultan Malikshah As-Saljuki. Beliau adalah hamba dan sahabat kepada Malikshah. Apabila Malikshah ditabalkan sebagai sultan, Aqsanqar dilantik menjadi menteri dan ketua tenteranya. Kemudian Aqsanqar dilantik menjadi gabenor di Halab dengan arahan dari Malikshah.
Pentadbiran Aqsanqar di Halab berterusan sehinggalah berlaku peperangan antara beliau dengan Tajuddaulah yang berakhir dengan kematiannya pada tahun 487H. Beliau hanya meninggalkan seorang anak kecil bernama Imaduddin berusia 10 tahun.
IMADUDDIN ZINKI AL-ATABIK
Imaduddin di zaman kecilnya berada di bawah jagaan pewaris dan sahabat-sahabat ayahnya. diantara yang terkenal ialah Imaduddin Karbughar, raja Mausil. Beliau terlibat dalam serangan ke atas kerajaan salibiah pada zaman mudanya yang menampakkan ketokohan dan keberaniannya sehingga mendapat perhatian sultan saljuk dan Khalifah Abbasiah. Pada tahun 516H, beliau dilantik menjadi ketua polis Basrah dan pada tahun 519H dilantik menjadi ketua polis di Baghdad dan Iraq. akhirnya, pada tahun 521H beliau dilantik sebagai gabenor di Mausil. Dari sinilah terbukanya ruang untuk beliau memulakan kebangkitan.
Imaduddin Zinki adalah seorang yang mempunyai hemah yang tinggi. beliau tidak mempunyai kepentingan atau tujuan lain selain dari membentuk sebuah kerajaan Islam yang bersatu dan mampu menyekat kemaraan salibiah sekaligus menghapuskan bahaya mereka. Sistem politiknya dibina di atas asas mewujudkan keamanan dan keadilan di dalam negeri disamping berusaha meluaskan wilayah kerajaannya di luar. Dari sini kerajaannya mula meluas meliputi Jazirah Furat, Utara Furat, Hamsa, Halab, Baklabak dan Mi'ratun-Nu'man. Semua wilayah dalam negeri Syam berjaya ditakluk kecuali Damsyik dan kerajaan-kerajaan salibiah. Perlu diingat bahawa kerajaan-kerajaan salibiah dan kerajaan Damsyik merupakan musuh utama kepada kebangkitan yang di bawa oleh Imaduddin Zinki.
PEMBUKAAN RAHA
Pembukaan terbesar yang pernah dilakukan oleh Imaduddin Zinki ialah pembukaan Raha pada tahun 1144/539H dari rajanya Goslene II. Raha merupakan kerajaan salibiah yang pertama dibina oleh mereka semasa perang salib I dan orang-orang kristian menganggapnya sebagai bandar yang mulia selepas Baitul Maqdis.
Imaduddin meneruskan jihadnya sehingga tahun 1146/541H apabila beliau mati dibunuh ketika tidur oleh hamba yang dirancang oleh musuh-musuhnya. Peristiwa ini berlaku semasa kepungan ke atas kota Ja'bar dilakukan.
NURUDDIN MAHMUD ZINKI
Selepas kematian imaduddin zinki, musuh-musuh beliau mengambil kesempatan dari kematiannya untuk merampas kawasan-kawasan yang berada di bawah kekuasaannya. Goslene II merampas kembali Raha dan raja damsyik merampas Baklabak. Rampasan ini telah menggerakkan tentera Nuruddin seramai sepuluh ribu untuk mengambil kembali Raha. Akhirnya pada November 1146/Jamadil akhir 541H Raha berjaya dikembalikan ke tangan muslimin iaitu hanya selepas seminggu dirampas oleh Goslene II. Seterusnya Nuruddin bertindak meluaskan kerajaannya ke kawasan jajahan salibiah.
Di tengah-tengah kesibukan usaha ini, Eropah menerima berita kejatuhan Raha dan kebangkitan keluarga Zinki dan Nuruddin. mereka mula merasa bahaya dari kebangkitan ini lalu membuat persediaan untuk melancarkan perang salib II.
Subscribe to:
Posts (Atom)