Arkib Viewers

Friday, November 4, 2011

HARUN YAHYA : MALAPETAKA DARWINISMA TERHADAP KEMANUSIAAN - BAB4 : DARWINISME: SUMBER KEKEJAMAN KOMUNIS



Pengasas Komunisme, Karl Marx dan Friedrich Engels
Satu ideologi yang telah membawa penderitaan yang maha hebat kepada manusia pada abad yang penuh dengan keganasan dan kekejaman yang baru sahaja kita tinggalkan, dan merupakan ideologi paling tersebar luas di dunia, ialah tidak lain, Komunisme. Komunisme, yang mencapai kemuncaknya dengan dua orang ahli falsafah Jerman Karl Marx dan Friedrich Engels di dalam abad ke-19, telah menumpahkan begitu banyak darah di dunia ini mengatasi Nazi dan imperialis. Ia telah menyebabkan kematian kepada mereka yang tidak berdosa dan menyebarkan keganasan, ketakutan, dan kekecewaan kepada manusia. Sehingga kini apabila orang memperkatakan tentang negara-negara Tabir Besi dan Rusia, imej yang muncul ialah komuniti-komuniti yang dikuasai oleh kegelapan, kabus, dan kekecewaan, jalan-jalan kosong, kesusahan, dan ketakutan. Walau seyakin mana Komunisme dianggap telah musnah pada 1991, tetapi saki-baki yang ditinggalkannya masih wujud. Walau "seliberal" mana pun sebahagian daripada Komunis dan Marxis yang "tidak pernah menyesal", tetapi falsafah materialis, keburukan Komunisme dan Marxisme dan yang telah memesongkan manusia daripada agama dam moral, masih terus mempengaruhi manusia.

Ideologi ini yang telah menyebarkan keganasan ke setiap ceruk dunia sebenarnya telah mewakili satu idea yang berasal daripada zaman purba. Dialektik ialah satu kepercayaan bahawa semua pembangunan di alam ini meningkat hasil daripada konflik. Berdasarkan kepada kepercayaan ini Marx dan Engels telah mula menjalankan analisis sejarah dunia. Marx mendakwa bahawa sejarah manusia adalah satu konflik, di mana konflik ketika itu ialah di antara pekerja dan kapitalis, dan pekerja-pekerja ini akan bangkit dan membentuk revolusi Komunis.

Sifat yang paling menonjol dua orang pengasas Komunisme ini ialah, seperti mana materialis-materialis lain, mereka telah mencetuskan kebencian terhadap agama. Marx dan Engels sememangnya ateis dan melihat penyimpangan daripada agama sebagai inti pati pandangan Komunisme.

Tetapi Marx dan Engels kekurangan satu perkara penting: untuk menarik perhatian masyarakat umum mereka perlu memberikan ideologi mereka satu tarikan saintifik. Dan perikatan bahaya yang telah menyebabkan kepedihan, keganasan, pembunuhan yang melampau, menukarkan dua saudara kepada musuh, separatisme abad ke-20, telah berkembang pada noktah ini. Darwin telah membentangkan teori evolusinya di dalam bukunya The Origin of Species. Dan alangkah menariknya dakwaan asas yang dikemukakannya adalah penjelasan yang Marx dan Engels sedang cari. Darwin mendakwa bahawa hidupan telah berkembang hasil daripada "pertarungan untuk hidup" atau "konflik dialektik". Tambahan pula, dia menafikan ciptaan dan menolak kepercayaan-kepercayaan agama. Bagi Marx dan Engels pula ia adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.





KERUNTUHAN PANDANGAN SEJARAH MARXIS Karl Marx, pengasas Komunisme, telah
mengadaptasi idea Darwin, yang telah mempengaruhinya, ke dalam proses dialektik sejarah. Menurut
Marx, masyarakat melalui beberapa fasa di dalam sejarah, dan faktor yang menentukan fasa-fasa ini
ialah perubahan purata pengeluaran dan hubungan pengeluaran. Berdasarkan pandangan ini, ekonomi menentukan perkara-perkara lain. Sejarah melalui peringkat-peringkat evolusi: Masyarakat primitif,
masyarakat hamba, masyarakat feudal, masyarakat kapitalis, dan peringkat terakhir, masyarakat
Komunis.
Tetapi sejarah sendiri telah membuktikan bahawa ramalan zaman-zaman evolusi Marx tidak berlaku.
Tidak pernah di dalam sejarah mana-mana masyarakat melalui peringkat-peringkat evolusi yang
diramalkan oleh Marx. Sebaliknya, dapat dilihat sistem-sistem yang Marx kenal pasti datang sebelum
atau selepas pada masa yang sama di dalam satu masyarakat. Ketika sebahagian negara mengalami
sistem mirip kepada sistem feudal, undang-undang kapitalis mungkin dijalankan di kawasan lain. Tidak
ada sebarang bukti menunjukkan peringkat daripada satu sistem ke satu sistem yang lain mengikut
corak evolusi yang didakwa oleh Marx dan teori evolusi.
Dari segi lain pula, tidak satu pun ramalan Marx tentang masa depan menjadi kenyataan. Teori Marx
telah dikesan tidak berguna hanya 10 tahun selepas kematiannya. Marx mendakwa satu demi satu
bangsa kapitalis paling maju akan melakukan revolusi, tetapi tidak satu pun yang berlaku. Lenin,
pengikut Marx paling hebat, cuba menjelaskan mengapa revolusi-revolusi ini tidak berlaku, dan
kemudian dia pula meramalkan bahawa revolusi-revolusi ini akan berlaku di negara-negara Dunia
Ketiga. Hingga kini dakwaan Lenin telah dibuktikan tidak benar oleh sejarah. Hari ini negara-negara
yang berada di bawah Komunisme dapat dikira dengan jari sebelah tangan sahaja. Tambahan pula,
Marxisme menggunakan kekerasan di dalam kawasan yang dikuasainya, dan ia tidak berkuasa dengan
gerakan popular, seperti yang didakwanya, tetapi melalui tekanan diktator.
Kesimpulannya, sejarah kini telah membatalkan ramalan zaman-zaman sejarah evolusi falsafah Marx.
Teori-teori seperti “sejarah dialektik” dan “sejarah evolusi” di dalam banyak jilid yang ditulis oleh ahli
ideologi seperti Marx dan Engels, hanyalah hasil daripada fantasi.


Kekaguman Marx dan Engels Terhadap Darwin

Darwinsme amat penting kepada Komunisme sehingga hanya beberapa bulan selepas buku Darwin diterbitkan, Engels telah menulis kepada Marx, "(tulisan) Darwin, yang baru saya bacanya, adalah sebuah karya cemerlang"

Marx menulis kembali kepada Engels pada 19 Disember 1860, menyatakan "Ini adalah sebuah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk tatapan kita"

Di dalam sepucuk surat yang telah ditulis oleh Marx kepada Lassalle, seorang lagi sahabat sosialis beliau, pada 16 Januari 1861, menyatakan: "Buku Darwin amat penting dan ia memberikan saya satu asas di dalam sains naturalisme tentang pertembungan kelas di dalam sejarah"  Ia telah mendedahkan kepentingan teori evolusi kepada Komunisme.

Marx meluahkan simpatinya kepada Darwin dengan mendedikasikan hasil kerja beliau yang paling penting, Das Kapital, kepadanya. Salinan jilid pertama buku Marx milik Darwin telah dicatat oleh Marx, ia menggambarkan dirinya sebagai seorang peminat setia kepada penyokong naturalisme English tersebut.

Engels juga telah mengakui kekaguman beliau terhadap Darwin:
Alam semula jadi adalah satu ujian bagi dialektik, dan perlu dijelaskan… bahawa mutakhir ini, alam semula jadi bekerja secara dialektik dan tidak metafizik... Pada hubungan ini, Darwin mesti diiktiraf dahulu sebelum yang lain.
Engels memuji Darwin dan Marx sebagai mempunyai persamaan, "Sebaik sahaja Darwin menemui undang-undang evolusi di dalam alam organik semula jadi, Marx pula telah menemui undang-undang evolusi di dalam sejarah manusia", dia berkata.

Di dalam hasil kerjanya yang lain, beliau telah menggariskan kepentingan Darwin dalam membentuk satu teori yang menentang agama:
Dia (Darwin) telah menghuraikan konsep metafizik alam semula jadi dengan membuktikan dunia organik hari ini - tumbuhan, haiwan, dan juga manusia - adalah hasil daripada satu proses evolusi yang berlaku berjuta-juta tahun.
Begitu juga Engels pernah sekali menunjukkan bagaimana beliau menerima teori Darwin dengan menulis sebuah artikel bertajuk "The Part Played by Labour in the Transition from Ape to Man".

Seorang penyelidik Amerika Conway Zirckle menjelaskan mengapa pengasas Komunisme menerima teori Darwin dengan segera:
Marx dan Engels menerima evolusi sebaik sahaja Darwin menerbitkan buku The Origin of Species. Evolusi diperlukan oleh pengasas komunisme untuk menjelaskan bagaimana manusia dapat hidup tanpa campur tangan daripada kuasa alam ghaib, dan juga boleh digunakan untuk menyokong dasar falsafah materialistik mereka. Tambahan pula, tafsiran Darwin tentang evolusi - evolusi tercetus daripada operasi pilihan semula jadi - telah memberikan mereka satu hipotesis alternatif untuk melindungi penjelasan fakta secara teleologi bahawa semua bentuk hidupan telah diadaptasikan kepada keadaan sekeliling mereka.
Tom Bethell, daripada majalah Harper, menjelaskan rangkaian asas di antara Marx dan Darwin di dalam ayat berikut:
Marx mendewakan buku Darwin bukan kerana sebab-sebab ekonomi tetapi sebab yang lebih besar, iaitu seluruh bidang diskusi Darwin adalah materialistik, dan penjelasannya tidak lagi melibatkan sebarang rujukan kepada sesuatu yang ghaib, perkara-perkara bukan material di luar atau 'melampaui'nya. Di dalam keadaan ini, Darwin dan Marx adalah rakan seperjuangan sejati.
Hari ini, perikatan di antara Darwinisme dan Marxisme adalah kenyataan yang diterima semua. Biografi-biografi Marx sering menyatakan kenyataan ini. Sebagai contoh, sebuah biografi Karl Marx telah menghuraikan perikatan ini seperti berikut:
"Darwinisme telah memberikan kenyataan yang keseluruhannya menyokong Marxisme dan membenarkannya. Penyebaran idea-idea evolusi Darwinis telah membentuk tanah subur kepada idea Marxis sehingga diterima oleh kelas yang memerintah... Marx, Engels dan Lenin telah mengambil sejumlah ideal Darwin dan menggunakannya untuk kepentingan saintifik mereka, dan dengan cara ini penyebaran idea-idea ini telah dipertingkatkan."
Seperti yang telah kita disaksikan, Marx dan Engels begitu ghairah untuk mempercayai bahawa konsep evolusi Darwin telah membentuk sokongan saintifik untuk pandangan ateis mereka sendiri. Tetapi keghairahan ini terbukti belum tiba waktunya. Teori evolusi mendapat sambutan meluas kerana ia telah didedahkan di dalam keadaan sains abad ke-19 yang primitif dan dipenuhi dengan kesilapan-kesilapan yang melemahkan sebarang bukti saintifik. Sains, yang telah dibangunkan pada separuh kedua abad ke-20, telah mendedahkan kepalsuan teori evolusi. Ini juga bererti kehancuran pemikiran Komunis dan materialis seperti mana yang berlaku kepada Darwinisme. (Untuk keterangan lebih lanjut sila lihat buku The Evolution Deceit oleh Harun Yahya). Tetapi disebabkan para pakar sains yang bersama dengan pandangan materialis mengetahui bahawa kehancuran Darwinisme juga bererti kehancuran kepada ideologi-ideologi mereka sendiri, maka mereka telah berusaha dengan apa cara sekali pun untuk menyembunyikan kehancuran Darwinisme daripada masyarakat.


Ketaksuban Pengikut-pengikut Marx dan Engels terhadap Darwin

Pengikut-pengikut Marx dan Engel, yang telah menyebabkan kematian berjuta-juta manusia dan menjadi punca kepada mereka yang lain hidup di dalam kesengsaraan, ketakutan dan keganasan, telah menerima teori evolusi ini dengan amat gembira dan ghairah.

John N. Moore memperkatakan hubungan di antara evolusi dan ketua-ketua Soveit yang telah melaksanakan idea-idea Marx dan Engel di Rusia:
Pemikiran ketua-ketua USSR berakar umbi daripada pandangan evolusi.
Leninlah yang telah merealisasikan projek Revolusi Komunis Marx. Lenin, pemimpin gerakan Bolshevik Komunis di Rusia, berhasrat untuk menjatuhkan rejim pemerintah di Rusia dengan kekerasan. Kekecohan yang berlaku selepas Perang Dunia I telah memberikan peluang yang mereka cari-cari. Dengan diketuai oleh Lenin, Komunis telah mengambil alih kuasa dengan kekerasan pada Oktober 1917. Selepas revolusi ini, Rusia telah menghadapi tiga tahun perang saudara di antara Komunis dan penyokong-penyokong pemerintah asal (tsar).

Seperti pemimpin-pemimpin Komunis yang lain, Lenin sering kali menegaskan bahawa teori Darwin adalah asas utama falsafah materialis.

Salah satu kenyataan beliau telah mendedahkan pandangan beliau terhadap Darwin:

Darwin telah memusnahkan kepercayaan bahawa haiwan dan tumbuhan tidak mempunyai sebarang pertalian, melainkan secara kebetulan, dan ia telah dijadikan Allah, dan kerana itu ia kekal.
Trotsky, yang dianggap sebagai penggubal terpenting revolusi Bolshevik selepas Lenin, juga telah menegaskan kepentingan Darwinisme. Beliau mengisytiharkan kekagumannya terhadap Darwin seperti berikut:

Lenin dan Trotsky
Penemuan Darwin adalah kejayaan terhebat kepada dialektik dalam semua bidang organik.


Berikutan kematian Lenin pada 1924, Stalin, yang dikenali sebagai seorang diktator paling kejam di dalam sejarah dunia, telah mengambil alih kepimpinan Parti Komunis. Selama 30 tahun berkuasa, Stalin telah membuktikan betapa zalimnya sistem Komunisme ini.

Langkah pertama Stalin ialah menguasai golongan petani yang mewakili 80 peratus populasi Rusia di atas nama kerajaan. Di atas nama polisi pengumpulan yang mencabul hak-hak peribadi, semua hasil pertanian penduduk kampung Rusia telah dikutip oleh pegawai-pegawai bersenjata. Hasil daripada tindakan ini ialah kebuluran yang serius. Berjuta-juta wanita, kanak-kanak, dan orang-orang tua yang tidak menemui sesuatu untuk dimakan telah mengakhiri hidup mereka di dalam derita kebuluran. Jumlah kematian di Caucasus sahaja ialah 1 juta.

Stalin telah menghantar beratus-ratus orang yang cuba menolak polisi ini ke kem-kem buruh Siberia yang teruk. Kem-kem ini, di mana tahanan-tahanan bekerja sehingga mati, telah menjadi tanah perkuburan kepada ramai orang. Di samping itu. Berpuluh ribu orang juga telah dihukum bunuh oleh polis rahsia Stalin. Berjuta-juta penduduk telah dipaksa untuk berpindah ke pelosok-pelosok Rusia yang jauh, termasuk orang-orang Turki Crimea dan Turkestan.


Stalin, salah satu nama paling berdarah di dalam sejarah, menyebabkan kematian berpuluh juta orang, kematian disebabkan kebuluran dan kemiskinan, dan berjuta-juta yang lain terbiar tanpa tempat tinggal dan pekerjaan
Melalui polisi-polisi kejam ini Stalin telah membunuh kira-kira 20 juta orang. Ahli sejarah mendedahkan bahawa kekejaman ini telah memberikannya kepuasan yang hebat. Ia memberikannya kepuasan untuk duduk di mejanya di Kremlin dan menganalisis senarai-senarai mereka yang telah mati di kem-kem tahanan atau siapa yang telah dihukum bunuh.

Sebahagian ahli psikologi peribadinya menyatakan, pengaruh utama yang menyebabkan beliau menjadi seorang pembunuh yang kejam seperti ini ialah falsafah materialis yang diyakininya. Di dalam perkataan Stalin sendiri, asas utama kepada falsafah ini ialah teori evolusi Darwin. Dia menerangkan kepentingan beliau menerima idea-idea Darwin:
Terdapat tiga perkara yang perlu kita lakukan untuk membebaskan minda pelajar-pelajar menengah kita. Kita perlu mengajar mereka period bumi, asal usul geologi, dan ajaran Darwin.
Ketika Stalin masih hidup, seorang rakan sepermainannya yang rapat sewaktu kecil telah menceritakan dengan panjang lebar bagaimana Stalin menjadi seorang ateis di dalam buku Landmark in the Life of Darwin:
Ketika di awal usianya, ketika masih menjadi seorang pelajar sekolah gereja, Stalin telah membentuk satu minda kritikal dan sentimen revolusi. Dia telah mula membaca Darwin dan menjadi seorang ateis.
Di dalam buku yang sama, G. Glurdjidze, seorang lagi rakan sepermainan Stalin telah menceritakan bagaimana Stalin telah berhenti mempercayai Tuhan dan telah memberitahunya bahawa puncanya ialah buku Darwin, dan mendesaknya untuk turut membacanya.


Mao Tse Tung
Salah satu petunjuk penting tentang keyakinan membabi buta Stalin terhadap teori evolusi ialah penolakan sistem pendidikan Soviet terhadap undang-undang genetik Mendel ketika beliau berkuasa. Undang-undang ini, yang telah diterima oleh seluruh dunia sains semenjak permulaan abad ke-20, telah menolak dakwaan Lamarck bahawa "sifat-sifat perolehan boleh diwariskan kepada generasi berikutnya". Pakar sains Rusia Lysenko yang melihat ini sebagai kejutan hebat kepada teori evolusi dan dalam masa yang sama adalah ancaman yang besar, telah memberitahu Stalin ideal beliau. Stalin telah tertarik dengan idea-idea Lysenko ini dan menjadikan beliau ketua pegawai persekutuan-persekutuan sains. Oleh itu, sains genetik, yang telah memberikan satu kejutan hebat kepada teori evousi, telah ditolak di semua persekutuan sains dan sekolah Soviet Union sehinggalah Stalin meninggal dunia.

Di zaman Stalin, Soviet Union telah berubah kepada keadaan yang kucar kacir di mana berjuta-juta nyawa manusia berada di dalam bahaya, dan di mana mereka boleh diambil pergi bila-bila masa sahaja untuk dikenakan seksaan di luar imaginasi walaupun mereka tidak melakukan sebarang jenayah. Bukan hanya Komunisme, tetapi sejarah Fasisme juga penuh dengan kejadian-kejadian seperti ini.

Sebahagian pengulas sejarah telah melakukan kesilapan ketika mentafsirkan kejadian-kejadian ini apabila cuba membuktikan bahawa punca utama kepada semua kekejaman dan kezaliman ini adalah kerana mereka seperti Lenin, Stalin, Mao, Hitler, dan Mussolini tidak siuman dan kurang waras. Bagaimana ini boleh menjadi satu kebetulan, seluruh dunia boleh jatuh ke tangan orang-orang yang tidak siuman dan gila di dalam satu waktu yang sama.

Ia adalah kebenaran yang nyata dan jelas bahawa semua orang dan ideologi-ideologi ini minum daripada perigi yang sama dan bahawa mereka telah digambarkan sebagai telah dijustifikasikan dan daripada sumber yang sama. Ringkasnya, terdapat pihak lain yang bersalah di sebalik orang-orang ini. Punca ketua-ketua yang kejam dan tidak siuman ini mengheret berjuta-juta yang lain bersama mereka, dan yang membenarkan mereka melakukan perbuatan jenayah, ialah kuasa dan sokongan sains yang telah diberikan kepada mereka oleh falsafah materialis dan Darwinisme.

Mao Tse Tung: Duta Darwin dan Marx ke China

Ketika Stalin menjalankan rejim pemerintahan satu partinya, rejim Komunis lain yang melihat Darwinisme sebagai sokongan saintifiknya telah terbentuk di China. Komunis di bawah kepimpinan Mao Tse Tung telah mula berkuasa pada 1949 selepas perang saudara yang panjang. Mao telah membentuk sebuah rejim yang menindas dan kejam, seperti sekutunya Stalin, yang telah memerikannya sokongan hebat. China telah menyaksikan pembunuhan politik yang tidak terkira banyaknya. Pada tahun-tahun berikutnya, tentera muda Mao, yang dikenali sebagai "Red Guard", telah menjerumuskan negara tersebut kepada satu keadaan yang sangat teruk.

Mao secara terbuka telah mengumumkan asas falsafah kepada sistem yang dibentuknya dengan menyatakan, "Sosialisme China telah terbentuk di atas Darwin dan teori evolusi".

Dengan menjadi seorang Marxis dan seorang ateis dan penganut setia kepada konsep evolusi, Mao telah menetapkan bahawa bahan bacaan pada awal hari "Loncatan Ke Hadapan Yang Hebat" di dalam kesusasteraan ialah tulisan-tulisan Charles Darwin dan bahan-bahan lain yang menyokong paradigma evolusi.

Apabila Komunis China mula berkuasa pada 1950 mereka telah mengambil teori evolusi sebagai asas ideologi mereka. Sebenarnya intelektual China telah menerima teori evolusi ini sejak lama dahulu:
Pada abad ke-19, Barat menggelar China sebagai gergasi yang sedang tidur, terasing dan terperosok dalam tradisi purba. Beberapa orang bangsa Eropah telah menyedari kecenderungan intelektual-intelektual China menggunakan idea-idea evolusi Darwin dan melihat pada diri mereka dorongan yang kuat untuk maju dan berubah. Menurut seorang penulis China Hu Shin (Living Philosophies, 1931), apabila buku Thomas Huxler Evolution and Ethics dicetak pada 1898, ia telah disambut dan diterima oleh intelektual-intelektual China. Orang-orang kaya telah menaja edisi China yang murah supaya ia dapat disebarkan lebih meluas kepada rakyat.

Oleh itu, mereka yang berpaling kepada Komunisme dan mengetuai revolusi China ialah intelektual-intelektual ini yang telah "dipengaruhi" oleh idea-idea Darwin.
Tidak sukar bagi China untuk menyertai gerakan Darwinisme dan Komunisme walaupun dengan kepercayaan-kepercayaan dan sejarah panteisme yang tebal. Di dalam sebuah artikel majalah New Scientist, ahli falsafah Kanada, Michael Ruse menyatakan, berkaitan dengan zaman awal abad ke-20 China:
Idea-idea ini segera bertapak, kerana China tidak mempunyai swadaya intelektual dan agama yang menentang evolusi seperti yang sering terjadi di Barat. Dari beberapa segi, Darwin dilihat seperti orang China... Pemikiran Taoist dan pemikiran secara Confusius yang moden sering menegaskan manusia bukan benda. Kejadian kita sama dengan haiwan bukan lagi satu kejutan... Hari ini, falsafah rasmi ialah Marxisme-Leninisme. Tetapi tanpa pendekatan sekular materialis Darwinisme, tentu tanah tersebut tidak dikerjakan supaya Mao dan para revolusioner dapat menabur benih mereka dan memungut hasilnya.
Seperti yang telah dinyatakan oleh Michael Ruse, dengan firma yang ditubuhkan daripada idea-idea secara Darwin, China dengan mudah telah mengambil Komunisme. Rakyat China, yang telah ditenggelami oleh idea-idea secara Darwin, hanya berpeluk tubuh dan menyaksikan semua pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Mao Tse Tung, salah seorang pembunuh paling kejam dalam sejarah.

Di samping itu, Komunisme juga adalah punca konflik-konflik gerila, perlakuan kejam keganasan, dan perang saudara di dalam banyak negara, tidak hanya di China. Turkey adalah satu di antaranya. Pada tahun 1960an dan 1970an, kumpulan-kumpulan yang bangkit menentang kerajaan telah mengheret Turkey ke kancah keganasan dengan impian untuk melakukan satu revolusi Komunis di dalam negara. Selepas 1980, terorisme Komunis telah menyertai separatisme dan telah menjadi penyebab kepada kematian berpuluh ribu bangsa Turki, serta polis dan askar-askar ketika menjalankan tanggungjawab mereka.

Ideologi Komunis yang telah membawa pertumpahan darah kepada dunia dengan cara ini selama 150 tahun, sering bersama dengan Darwinisme. Sehingga ke hari ini, para Komunis adalah penyokong utama Darwinisme. Setiap kali seseorang melihat kepada golongan-golongan yang menyokong teori evolusi ini, di hampir setiap negara, seseorang itu akan melihat para Marxis berada di barisan hadapan. Kerana seperti yang disebutkan oleh Karl Marx, teori evolusi membentuk asas ideologi Komunis daripada aspek sains semula jadi dan memberikan para Komunis sokongan saintifiknya paling utama terhadap penolakan agama.

Asas Perikatan Di Antara Darwinisme dan Komunsme: Kebencian Terhadap Agama


Ketika dan selepas revolusi Bolshevik banyak serang ke atas agama telah berlaku. Gereja-gereja dan masjid telah diruntuhkan. Hasil-hasil seni di dalam gereja telah dirampas, seperti yang dapat dilihat di dalam gambar-gambar di atas.
Seperti yang telah dijelaskan terdahulu, sebab utama kepada pergantungan materialis dan Komunis kepada Darwinisme ialah sokongan mantap yang diberikan oleh Darwinsme kepada ateisme. Falsafah materialis telah lama wujud, tetapi sehingga abad ke-19 kebanyakan ahli falsafah telah menolak buku-buku teori ini. Punca utamanya ialah sehingga ke waktu itu kebanyakan ahli-ahli sains mempercayai Tuhan dan mempercayai realiti penciptaan. Tetapi pada abad ke-19 falsafah materialis dan teori Darwin telah mula meresap masuk ke ilmu sains semula jadi. Darwinisme adalah asas utama kepada kebudayaan materialis yang telah melekapkan tandanya pada abad ke-19 dan yang paling ketara kesannya pada abad ke-20.

Ideologi-ideologi yang lahir daripada kebudayaan materialis ini, seperti yang telah kita kaji, telah mencetuskan dua perang dunia yang paling hebat, perang-perang saudara yang banyak dan tindakan-tindakan keganasan, pemusnahan bangsa, pemusnahan, dan kezaliman. Disebabkan oleh bencana ini berpuluh juta orang telah kehilangan tempat kediaman mereka, beratus juta telah ditindas dan terpaksa melalui layanan yang paling teruk.

Pengganas-pengganas yang telah terpengaruh dengan pandangan secara Darwin-materialis, seperti binatang yang mereka dakwa sebagai nenek moyang mereka, pergi ke pergunungan dan tinggal di gua-gua di dalam keadaan yang dahsyat. Mereka boleh membunuh orang tanpa berfikir dua kali dan membunuh bayi-bayi, orang-orang tua, dan mereka yang tidak bersalah. Dengan tidak menganggap diri mereka dan orang lain sebagai hidupan yang telah dijadikan oleh Allah berserta roh, minda, kesedaran, dan kefahaman, mereka telah melakukan perkara sama yang dilakukan oleh binatang-bintang kepada binatang yang lain. Perobohan Stalin terhadap berdozen-dozen gereja dan masjid-masjid adalah salah satu tanda kebencian Komunisme terhadap agama.


Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarag:114)
Di dalam bukunya The Long War Against God, Henry Morris menggambarkan hubungan ini dengan cara berikut:
Walaupun mempunyai kelemahan saintifik, dakwaan evolusi tentang karakter sains telah digunakan untuk menjustifikasikan semua sistem dan praktis yang jengkel. Antara yang paling berjaya ialah Komunisme, dan pengikut-pengikutnya seluruh dunia telah diperdaya bahawa komunisme adalah betul kerana ia berpaksi kepada bukti-bukti sains evolusi.
Dendam Komunisme dan materialisme terhadap agama dapat dilihat dalam setiap keganasannya sepanjang kenaikan Bolshevik. Gereja-gereja dan masjid-masjid telah diranapkan, dan di antara mereka yang disingkirkan daripada "masyarakat sosialis baru", ialah orang-orang agama yang mempunyai kedudukan penting. Dengan menafikan bahawa kebanyakan anggota masyarakat adalah mereka yang beragama, mereka telah ditegah daripada menjalankan tanggungjawab agama mereka. Dalam usaha untuk mengetepikan hari Ahad, di mana penganut kristian ke gereja, konsep hari cuti yang biasa telah diubah. Setiap orang akan bekerja lima hari, tetapi hari cuti adalah pada sebarang hari. Tindakan ini telah diperkenalkan oleh komunis "untuk memudahkan usaha menghapuskan agama".99 Berikutan itu, pada 1928 dan 1930 cukai-cukai yang telah dibayar oleh mereka yang beragama telah meningkat 10 kali ganda, kupon-kupon makanan mereka telah dirampas, dan mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan perkhidmatan kesihatan, bererti mereka tidak lagi dapat menikmati sebarang hak asasi, mereka juga sering ditahan, dipindahkan daripada jawatan mereka dan diasingkan. Pada 1936, sekitar 65% masjid dan 70% gereja telah dimusnahkan.

Di antara tindakan paling ganas menentang agama telah dilakukan di Albania. Pemimpin Komunis Albania, yang dikenali sebagai seorang yang tidak beragama, Enver Hodja, telah mengumumkan pada 1967 Albania sebagai negara "tidak beragama" yang pertama. Mereka yang beragama telah dimasukkan di bawah pengawasan tanpa sebarang sebab, dan sebahagian mereka telah dibunuh ketika berada di dalam pengawasan ini. Pada 1948 dua orang paderi dan 5,000 orang agama telah ditembak. Orang-orang Islam juga telah dibunuh dengan cara yang sama. Akhbar bulanan Nendori telah mengumumkan bahawa 2,160 masjid dan gereja telah ditutup, daripadanya ialah 327 tempat ibadat Katolik.


Revolusi Komunis sangat kejam. Berpuluh juta manusia telah dibunuh beramai-ramai dan dibunuh dengan biadab. Pemimpin-pemimpin Komunis memerintahkan sesiapa yang menentang mereka mesti dibunuh.
Tidak syak lagi, tujuan praktikal ini ialah matlamat Komunisme untuk membentuk masyarakat-masyarakat yang menolak kewujudan Tuhan, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama, dan yang hanya mempercayai dan menghargai perkara-perkara kebendaan. Sebenarnya, ia adalah salah satu matlamat utama Komunisme, kerana pemimpin-pemimpin Komunis sedar bahawa mereka hanya dapat memerintah orang-orang yang telah menjadi mesin, dan tidak sensitif, tidak berperasaan dan yang lebih penting, masyarakat yang tidak bertakwa kepada Allah, dan dapat mendorong mereka melakukan seberapa banyak pembunuhan dan penindasan yang mereka kehendaki. Dakwaan Darwinisme, yang telah memberikan sokongan kepada ateisme dan yang mewajarkan sebarang jenis penindasan, keganasan, konflik, pembunuhan, dan perkara yang haram di dalam agama, telah menggalakkan semua ideologi yang menumpahkan darah dan menganggap nyawa manusia sebagai tidak berharga pada abad ke-20. Kerana itulah abad lepas telah dipenuhi dengan peperangan, pembunuhan beramai-ramai, pemberontakan, tindakan-tindakan ganas, perkelahian, dan dendam yang tidak berkesudahan.


Penindasan dan Keganasan Yang Dibawa Ke Dunia Ini Oleh Darwinis Komunis


PENINDASAN DI RUSIA :
Penindasan yang dialami di dalam revolusi Rusia dapat di lihat di dalam gambar ini.


Natijah daripada kebuluran 1921-1922, yang disebabkan oleh rejim Komunis, merupakan yang paling menyeksakan. Gambar-gambar ini menunjukkan manusia yang mati kebuluran.
Anarki dan keganasan adalah dua senjata penting Marxisme dan Komunisme. Kecenderungan Marxisme terhadap keganasan dapat dilihat di dalam eksperimen Komuniti Paris ketika Marx masih hidup. Secara dasarnya, keganasan mula menjadi perkara penting kepada ideologi Komunisme disebabkan Lenin, ketika beliau cuba mempraktikkan teori-teori Marx. Komunisme menumpahkan darah berjuta-juta manusia di seluruh dunia, dan menyebabkan mereka mengalami kesengsaraan, ketakutan dan keganasan dengan membentuk organisasi-organisasi teroris. Seperti yang dapat dilihat di dalam halaman berikutnya, hari ini semua pemimpin-pemimpin Komunis diingati kerana penindasan dan pembunuhan yang telah mereka lakukan. Tetapi sebaliknya, sebahagian golongan masih mengetepikan pembunuhan-pembunuhan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini, dan masih menerima orang-orang gila ini sebagai guru mereka.

Walaupun sebahagian Komunis mendakwa bahawa keganasan bukan perbuatan Komunis dan bahawa ia hanya dilakukan oleh individu-individu tertentu yang mengamalkan Komunisme, dan walaupun mereka cuba membersihkan Komunisme, terdapat satu kebenaran yang tidak dapat dinafikan: Pengasas Komunisme secara peribadi telah menyokong keganasan dan kekejaman dan menganggap ia sebagai inti pati ideologi mereka. Seorang saintis Politik Amerika Samuel Francis menyatakan seperti berikut berkaitan dengan subjek ini:
Marx dan Engels secara umum menegaskan bahawa revolusi sentiasa ganas dan para revolusioner perlu menggunakan keganasan untuk menentang pemerintah, dan dalam beberapa keadaan mereka menyokong keganasan.


Tindakan kerajaan Rusia merampas hasil penduduk kampung di Ukraine telah menyebabkan penduduknya mati kebuluran.
Karl Marx menyatakan "pemberontakan adalah satu seni tidak berbeza dengan peperangan" dan telah mengambil kata-kata Danton, sebuah nama yang tersohor di dalam "politik revolusi", sebagai satu prinsip, "de I'audace, de I'audace, encore de I'audace" (Serang, serang dan serang lagi). Terdapat kenyataan jelas dikeluarkan oleh Lenin tentang kepentingan menggunakan keganasan secara sistematik. Ini adalah sebahagian daripadanya:
Realitinya sebuah negara adalah tidak lebih daripada sebuah mesin untuk penindasan satu kelas ke atas yang lain. Kediktatoran adalah peraturan berasaskan kuasa dan tanpa dibatasi oleh undang-undang... Kediktatoran revolusi proleteriat (golongan pekerja makan gaji) ialah undang-undang menang dan bertahan melalui penggunaan keganasan oleh golongan proleteriat menentang golongan pertengahan burjuis, peraturan yang tidak dibatasi oleh sebarang undang-undang.
Kami sama sekali tidak menentang pembunuhan politik... Secara terus terang, hubungan langsung dengan gerakan rakyat boleh dan hendaklah berasaskan nilai tindakan ganas individu.
Untuk berkuasa pekerja kelas yang berkesedaran perlu memenangi golongan majoriti ke pihak mereka. Selagi keganasan tidak digunakan menentang mereka, tidak ada jalan lain untuk berkuasa.
Bercakap di dalam sebuah mesyuarat pekerja, Lenin telah memberikan satu kenyataan pengakuan tentang peri pentingnya keganasan kepada mereka:
Sekiranya rakyat tidak bangkit segera, ia tidak akan membawa apa-apa hasil... Selagi kita gagal memperlakukan spekulator-spekulator ini dengan cara yang sepatutnya - dengan meletakkan peluru di kepala - kita tidak akan berjaya.
Salah seorang pemimpin Revolusi Oktober di Rusia yang terkenal, Trotsky, menyatakan seperti berikut untuk menguatkan dakwaan Lenin:
Tetapi revolusi menuntut kelas revolusi mencapai penamatnya dengan apa cara sekali pun - jika perlu; dengan mengangkat senjata: jika diperlukan; dengan keganasan.
Malah Trotsky lebih berani lagi di dalam ucapan beliau yang lain:
Satu-satunya pilihan kita kini ialah perang saudara. Perang saudara ialah pertarungan untuk makanan... Hidup perang saudara!
Prinsip-prinsip ahli teori Komunis seperti Lenin dan Trotsky ini telah diamalkan di dalam revolusi Bolshevik di Rusia. Ketika zaman revolusi pada musim sejuk 1917, telah berlaku pembunuhan beramai-ramai secara meluas, perampasan, dan keganasan yang sukar dipercayai. Mereka yang menentang revolusi, atau mereka yang disyaki menentang revolusi, telah dicekup tanpa sebab, ditahan, dan ditembak: rumah-rumah telah dirampas dan dimusnahkan. Keganasan yang telah dimulakan pada zaman Lenin dan Trotsky menjadi lebih parah di zaman Stalin.

Harrison E. Salisbury dari The New York Times, menggambarkan sistem kem tahanan Soviet seperti berikut:
... seluruh benua berada di dalam keadaan menakutkan... Dibandingkan dengan mereka yang melakukan beratus ribu hukuman bunuh dan berjuta-juta yang mati dalam sistem ganas Soviet, Czar kelihatan lebih baik... Minda kita ragu dengan pemikiran jahat bersistem ini, di mana tiga atau empat juta atau lebih lelaki dan perempuan telah dipenjarakan setiap tahun untuk mendesak buruh dan orang buangan - di dalam keadaan yang terlalu pantas sehinggakan banduan-banduan tersebut tidak tahu mengapa mereka dipenjarakan...
Bangsa bukan Rusia, terutamanya bangsa orang Turki Crimea dan Asia Tengah, dan Kazakhistan, terdedah kepada keganasan sistem Soviet ini. Mahkamah khas, troiki, telah dibentuk untuk membersihkan masyarakat Rusia daripada bangsa Kazakhistan. Pada Oktober 1920 sahaja, mahkamah-mahkamah troiki telah menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 6,000 orang, dan hukuman ini telah dilaksanakan serta merta. Ahli keluarga, dan kadang kala jiran tetangga yang menentang rejim ini dan tidak ditahan, telah dijadikan sebagai tebusan dan telah dihantarkan ke kem-kem pengawasan. Martin Latsis, salah seorang ketua di kem-kem ini mengakui wujudnya kem-kem maut di dalam salah satu laporannya:
Dikumpulkan di dalam sebuah kem berhampiran Maikop, tawanan-tawanan ini yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua hidup di dalam keadaan yang paling teruk, di dalam kesejukan dan selut bulan Oktober... Mereka mati seperti lalat. Kaum wanita akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada kematian. Askar-askar yang mengawal di kem ini mengambil kesempatan di atas keadaan ini dan melayan mereka seperti pelacur.
Di bawah pengaruh Darwin, revolusi-revolusi Komunis telah membunuh manusia dengan berbagai cara yang gila. Telah dikenal pasti bahawa matlamat utamanya ialah penghapusan. Mereka seolah-oleh percaya bahawa semakin banyak manusia yang mereka bunuh, semakin hebat kejayaan yang akan mereka kecapi. Rancangan mereka untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disyaki menentang revolusi dapat dilihat di dalam salah satu keputusan mereka:
Pyatigorsk (Jawatankuasa Khas Untuk Perang Menentang Revolusi Balas), telah membuat keputusan untuk menjalankan hukuman mati ke atas 300 orang sehari. Mereka membahagikan sebuah bandar kepada beberapa wilayah dan mengambil satu kuota daripada setiap wilayah, dan meminta Parti mencabut senarai hukum bunuh... Di Kislovodsk, kerana tidak ada idea yang lebih baik, mereka telah memilih untuk membunuh mereka yang berada di hospital.
Seperti yang telah diumumkan di dalam sebuah artikel akhbar Krasnyi Mech (Pedang Merah), yang menyokong Komunis, Komunis melihat segalanya adalah halal dan percaya bahawa darah perlu ditumpahkan supaya warna bendera Merah dapat berkibar:
Kepada kami, segalanya dibenarkan, kerana kami yang mula mengangkat senjata bukan untuk menindas bangsa-bangsa dan menjadikan mereka hamba tetapi untuk membebaskan manusia daripada belenggunya... Darah? Biarkan darah mengalir seperti air! Biarkan darah terus menodai bendera hitam lanun yang dikibarkan oleh masyarakat burjuis (kelas pertengahan), dan biarkan bendera kita merah darah selama-lamanya! Hanya melalui kematian dunia lama akan dapat membebaskan diri kita selama-lamanya daripada kembalinya serigala- serigala ini!
Di samping seksa-seksaan ini, Stalin juga telah menyediakan "senarai penyerahan" untuk merampas hasil petani-petani secara kekerasan. Unit ini bertanggungjawab terhadap segala penindasan ini. Pada 14 Februari 1922, seorang inspektor telah menulis seperti berikut:
Penderaan berdasarkan kepada senarai penyerahan ini telah mencapai satu tahap yang tidak dapat dibayangkan lagi. Para petani yang ditahan akan dikurung di dalam gudang yang besar dan panas; mereka kemudian disebat dan diancam untuk dibunuh. Mereka yang tidak memenuhi kuota mereka akan diberkas dan dipaksa berlari dalam keadaan telanjang sepanjang jalan utama kampung dan kemudian akan dikurung di dalam bangsal. Ramai wanita telah dipukul sehingga pengsan kemudian dihumban dalam keadaan telanjang ke dalam lubang yang dikorek di dalam salji...
Stalin percaya Sepanyol memberikannya peluang kepada USSR dan dengan itu mencampuri urusan negara ini akan membuahkan keuntungan. Kerana itu dia memihak dan menyokong Komunis di dalam Perang Saudara Sepanyol. Rentetan daripada itu, keganasan di USSR telah merebak ke Sepanyol. Satu contoh penindasan dan penderaan ini ialah kem pusat di mana 200 orang anti-Stalin telah ditempatkan pada awal 1938. "Apabila para penyokong Stalin memilih untuk membuka cheka", seorang mangsa menyebut:
Terdapat sebuah perkuburan yang telah dibersihkan dekat sini. Para Chekis ini mendapat idea jahat: mereka membiarkan batu nisan kubur tersebut terbuka, dalam keadaan tengkorak dan badan mayat terdedah. Di situlah mereka mengurung kes-kes yang sukar. Mereka mempunyai beberapa cara penyeksaan yang ganas. Ramai banduan digantung kaki mereka dalam keadaan terbalik sepanjang hari. Sebahagian yang lain pula telah dikurung di dalam almari kecil yang hanya mempunyai beberapa lubang udara berhampiran muka mereka untuk bernafas... salah satu cara paling teruk dikenali sebagai "the drawer"; banduan dipaksa bercangkung di dalam sebuah kotak empat segi selama beberapa hari. Sebahagian yang dimasukkan ke dalam kotak ini tidak dapat bergerak selama lapan ke sepuluh hari.
Pada 1931 Paus Pius XI telah menyebut seperti berikut tentang keganasan Komunis yang telah menggugat dunia di dalam surat Quadragesimo Anno:
Komunis mengajar dan mencari dua objektif: peperangan berterusan antara kelas-kelas, dan penghapusan sepenuhnya hak milik peribadi. Mereka melakukannya secara terang-terangan, terbuka dan menggunakan apa juga cara yang boleh, walaupun secara keganasan. Untuk mencapai objektif ini, tidak perlu merasa takut untuk melakukan apa sahaja, tiada apa pun yang patut dihargai dan dihormati. Apabila telah berkuasa, ia menggalakkan kekejaman dan kezaliman. Penyembelih dan kemusnahan yang teruk telah meluas di Timur Eropah dan Asia, telah membuktikannya.
Seperti yang disebutkan, matlamat prinsip Komunisme ialah satu peperangan antara kelas yang kejam dan menghapuskan harta peribadi. Dengan kata lain, matlamatnya adalah untuk melaksanakan teori evolusi, yang telah Darwin laksanakan di dalam bidang biologi sehingga kepada kehidupan sosial manusia, sehingga menjadikan manusia seperti haiwan liar di dalam alam semula jadi, dalam konflik, dalam peperangan.

Malapetaka yang dibawa oleh Darwinisme tidak hanya terhenti di Rusia. Di antara negara yang paling teruk terkesan ialah China.

Wednesday, November 2, 2011

Kajian diri ~ Berbagai-Bagai Jenis Amal Adalah Kerana berbagai-bagai Ahwal (Hal-Hal)

Hikmat 9 di atas ringkas tetapi padat. Hikmat ini merupakan lanjutan kepada Hikmat 8 yang dihuraikan sebelum ini. Hikmat yang ke lapan menjelaskan setakat perhentian di hadapan pintu gerbang dan belum menyentuh makrifat. Hikmat ke sembilan ini memberi gambaran tentang makrifat tetapi tidak dikatakan makrifat dan tidak dihuraikan secara terus terang sebaliknya diperkatakan sebagai ahwal. Ahwal adalah jamak bagi perkataan hal. Hikmat ini membawa erti hal membentuk keadaan amal. Amal adalah perbuatan atau kelakuan lahiriah dan hal adalah suasana atau kelakuan hati. Amal berkaitan dengan lahiriah manakala hal berkaitan dengan batiniah. Oleh kerana hati menguasai sekalian anggota maka kelakuan hati iaitu hal menentukan bentuk amal iaitu perbuatan lahiriah.

 Dalam pandangan tasauf, hal diertikan sebagai pengalaman rohani dalam proses mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang berkaitan dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah (pengenalan tentang Allah s.w.t). Oleh itu, tanpa hal tidak ada hakikat dan tidak diperolehi makrifat. Ahli ilmu membina makrifat melalui dalil ilmiah tetapi ahli tasauf  bermakrifat melalui pengalaman tentang hakikat.

 Sebelum memperolehi pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih dahulu memperolehi kasyaf iaitu terbuka keghaiban kepadanya. Ada orang mencari kasyaf yang dapat melihat makhluk ghaib seperti  jin. Dalam proses mencapai hakikat ketuhanan kasyaf yang demikian tidak penting. Kasyaf yang penting adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang bersembunyi dalam berbagai-bagai bentuk dan suasana dunia ini. Kasyaf yang menerima hakikat sesuatu, walau apa jua rupa yang dihadapi, penting bagi pengembara kerohanian. Rasulullah s.a.w sendiri sebagai ahli kasyaf yang paling unggul hanya melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli dua kali sahaja, walaupun pada setiap kali Jibrail a.s menemui Rasulullah s.a.w dengan rupa yang berbeza-beza, Rasulullah s.a.w tetap mengenalinya sebagai Jibrail a.s. Kasyaf yang seperti inilah yang diperlukan agar seseorang itu tidak tertipu dengan tipu daya syaitan yang menjelma dalam berbagai-bagai rupa yang hebat dan menawan sekalipun, seperti rupa seorang yang kelihatan alim dan warak.

 Bila seseorang ahli kerohanian memperolehi kasyaf maka dia telah bersedia untuk menerima kedatangan hal atau zauk iaitu pengalaman kerohanian tentang hakikat ketuhanan. Hal tidak mungkin diperolehi dengan beramal dan menuntut ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan untuk masuk ke dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut ilmu untuk sampai hampir dengan pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ seseorang hanya menanti kurniaan Allah s.w.t, semata-mata kurniaan Allah s.w.t yang membawa makrifat kepada hamba-hamba-Nya. Kurniaan Allah s.w.t yang mengandungi makrifat itu dinamakan hal. Allah s.w.t memancarkan Nur-Nya ke dalam hati hamba-Nya dan akibat dari pancaran itu hati akan mendapat sesuatu pengalaman atau terbentuk satu suasana di dalam hati. Misalnya, pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal bahawa Allah Maha Perkasa. Apa yang terbentuk di dalam hati itu tidak dapat digambarkan tetapi kesannya dapat dilihat pada tubuhnya yang menggigil hingga dia jatuh pengsan. Pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal atau zauk atau merasai keperkasaan Allah s.w.t dan pengalaman ini dinamakan hakikat, iaitu hati mengalami hakikat keperkasaan Allah s.w.t. Pengalaman hati tersebut membuatnya berpengetahuan tentang maksud Allah Maha Perkasa. Jadi, pengalaman yang diperolehi daripada zauk hakikat melahirkan pengetahuan tentang Tuhan. Pengetahuan itu dinamakan makrifat. Orang yang berkenaan dikatakan bermakrifat terhadap keperkasaan Allah s.w.t. Oleh itu untuk mencapai makrifat seseorang itu haruslah mengalami hakikat. Inilah jenis makrifat yang tertinggi. Makrifat tanpa pengalaman hati adalah makrifat secara ilmu. Makrifat secara ilmu boleh didapati dengan belajar, sementara secara zauk didapati tanpa belajar. Ahli tasauf tidak berhenti setakat makrifat secara ilmu malah mereka mempersiapkan hati mereka agar sesuai menerima kedatangan makrifat secara zauk.

 Ada orang yang memperolehi hal sekali sahaja dan dikuasai oleh hal dalam tempuh yang tertentu sahaja dan ada juga yang  berkekalan di dalam hal. Hal yang berterusan atau berkekalan dinamakan wisal iaitu penyerapan hal secara berterusan, kekal atau baqa. Orang yang mencapai wisal akan terus hidup dengan cara hal yang berkenaan. Hal-hal (ahwal) dan wisal boleh dibahagikan kepada lima jenis:




1 : Abid:

 Abid adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk melakukan sesuatu. Kekuatan, keupayaan, bakat-bakat dan apa sahaja yang ada dengannya adalah  daya dan upaya yang daripada Allah s.w.t. Semuanya itu adalah kurniaan-Nya semata-mata. Allah s.w.t sebagai Pemilik yang sebenar, apabila Dia memberi, maka Dia berhak mengambil kembali pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Seorang abid benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t hinggakan sekiranya dia melepaskan sandaran itu dia akan jatuh, tidak bermaya, tidak boleh bergerak, kerana dia benar-benar melihat dirinya kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t. Hal atau suasana  yang menguasai hati abid itu akan melahirkan amal atau kelakuan sangat kuat beribadat, tidak memperdulikan dunia dan isinya, tidak mengambil bahagian dalam urusan orang lain, sangat takut berjauhan dari Allah s.w.t dan gemar bersendirian. Dia merasakan apa sahaja yang selain Allah s.w.t akan menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.


2 : Asyikin:

Asyikin ialah orang yang mendapat asyik dengan sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa, bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa sahaja yang dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah s.w.t di dalamnya. Amal atau kelakuan asyikin ialah gemar merenung alam maya dan memuji Keindahan Allah s.w.t pada apa yang disaksikannya. Dia boleh duduk menikmati keindahan alam beberapa jam tanpa berasa jemu. Kilauan ombak dan titikan hujan memukau pandangan hatinya. Semua yang kelihatan adalah warna Keindahan dan Keelokan Allah s.w.t. Orang yang menjadi asyikin tidak memperdulikan lagi adab dan peraturan masyarakat. Kesedarannya bukan lagi pada alam ini. Dia mempunyai alamnya sendiri yang di dalamnya hanyalah Keindahan Allah s.w.t.


3 : Muttakhaliq:

 Muttakhaliq adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya. Hatinya dikuasai oleh suasana  Qurbi Faraidh atau Qurbi Nawafil. Dalam Qurbi Faraidh, muttakhaliq merasakan dirinya adalah alat dan Allah s.w.t menjadi Pengguna alat. Dia melihat perbuatan atau kelakuan dirinya terjadi tanpa dia merancang dan campur tangan, bahkan dia tidak mampu mengubah apa yang mahu terjadi pada kelakuan dan perbuatannya. Dia menjadi orang yang berpisah daripada dirinya sendiri. Dia melihat dirinya melakukan sesuatu  perbuatan seperti dia melihat orang lain yang melakukannya, yang dia tidak berdaya mengawal atau mempengaruhinya. Hal Qurbi Faraidh adalah dia melihat bahawa Allah s.w.t melakukan apa yang Dia kehendaki. Perbuatan dia sendiri adalah gerakan Allah s.w.t, dan diamnya juga adalah gerakan Allah s.w.t. Orang ini tidak mempunyai kehendak sendiri, tidak ada ikhtiar dan tadbir. Apa yang mengenai dirinya, seperti perkataan dan perbuatan, berlaku secara spontan. Kelakuan atau amal Qurbi Faraidh ialah bercampur-campur di antara logik dengan tidak logik, mengikut adat dengan merombak adat, kelakuan alim dengan jahil. Dalam banyak perkara penjelasan yang boleh diberikannya ialah, “Tidak tahu! Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki”.

 Dalam suasana Qurbi Nawafil pula muttakhaliq melihat dengan mata hatinya sifat-sifat Allah s.w.t yang menguasai bakat dan keupayaan pada sekalian anggotanya dan dia menjadi pelaku atau pengguna sifat-sifat tersebut, iaitu dia menjadi khalifah dirinya sendiri. Hal Qurbi Nawafil ialah berbuat dengan izin Allah s.w.t kerana Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kebolehan untuk berbuat sesuatu. Contoh Qurbi Nawafil adalah kelakuan Nabi Isa a.s yang membentuk rupa burung dari tanah liat lalu menyuruh burung itu terbang dengan izin Allah s.w.t, juga kelakuan beliau a.s menyeru orang mati supaya bangkit dari kuburnya. Nabi Isa a.s melihat sifat-sifat Allah s.w.t yang diizinkan menjadi bakat dan keupayaan beliau a.s, sebab itu beliau a.s tidak ragu-ragu untuk menggunakan bakat tersebut menjadikan burung dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah s.w.t.


4 : Muwahhid:

Muwahhid fana dalam zat, zatnya lenyap dan Zat Mutlak yang menguasainya. Hal bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Allah s.w.t. Orang ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan sekalian maujud. Kelakuan atau amalnya tidak lagi seperti manusia biasa kerana dia telah terlepas dari sifat-sifat kemanusiaan dan kemakhlukan. Misalkan dia bernama Abdullah, dan jika ditanya kepadanya di manakah Abdullah, maka dia akan menjawab Abdullah tidak ada, yang ada hanyalah Allah! Dia benar-benar telah lenyap dari ke‘Abdullah-an’ dan benar-benar dikuasai oleh ke‘Allah-an’. Ketika dia dikuasai oleh hal dia terlepas daripada beban hukum syarak. Dia mungkin melaungkan, “Akulah Allah! Maha Suci Aku! Sembahlah Aku!” Dia telah fana dari ‘aku’ dirinya dan dikuasai oleh kewujudan ‘Aku Hakiki’. Walau bagaimana pun sikap dan kelakuannya dia tetap dalam keredaan Allah s.w.t. Apabila dia tidak dikuasai oleh hal, kesedarannya kembali dan dia menjadi ahli syariat yang taat. Perlu diketahui bahawa hal tidak boleh dibuat-buat dan orang yang dikuasai oleh hal tidak berupaya menahannya. Ahli hal karam dalam lakuan Allah s.w.t. Bila dia melaungkan , “Akulah Allah!” bukan bermakna dia mengaku telah menjadi Tuhan, tetapi dirinya telah fana, apa yang terucap melalui lidahnya sebenarnya adalah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yang mengatakan Dia adalah Tuhan dengan menggunakan lidah muwahhid yang sedang fana itu.

 Berbeza pula golongan mulhid. Si mulhid tidak dikuasai oleh hal, tidak ada zauk, tetapi berkelakuan dan bercakap seperti orang yang di dalam zauk. Orang ini dikuasai oleh ilmu tentang hakikat bukan mengalami hakikat secara zauk. Si mulhid membuang syariat serta beriman berdasarkan ilmu semata-mata. Dia berpuas hati bercakap tentang iman dan tauhid tanpa beramal menurut tuntutan syariat. Orang ini bercakap sebagai Tuhan sedangkan dia di dalam kesedaran kemanusiaan, masih gelojoh dengan keinginan hawa nafsu. Orang-orang sufi bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan, “Ana al-Haq!” sedangkan dia masih sedar tentang dirinya maka orang berkenaan adalah sesat dan kufur!


5 :  Mutahaqqiq:

Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam zat turun kembali kepada kesedaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan kehidupan dunia yang wajib diuruskan. Dalam kesedaran zat seseorang tidak keluar  dari khalwatnya dengan Allah s.w.t dan tidak peduli tentang keruntuhan rumah tangga dan kehancuran dunia seluruhnya. Sebab itu orang yang demikian tidak boleh dijadikan pemimpin. Dia mesti turun kepada kesedaran sifat baharulah dia boleh memimpin orang lain. Orang yang telah mengalami kefanaan dalam zat kemudian disedarkan dalam sifat adalah benar-benar pemimpin yang dilantik oleh Allah s.w.t menjadi Khalifah-Nya untuk memakmurkan makhluk Allah s.w.t dan memimpin umat manusia menuju jalan yang diredai Allah s.w.t. Orang inilah yang menjadi ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang sejati, ahli tarekat   yang sejati dan ahli syariat yang sejati, berkumpul padanya dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani. Insan Rabbani peringkat tertinggi ialah para nabi-nabi dan Allah s.w.t kurniakan kepada mereka maksum, sementara yang tidak menjadi nabi dilantik sebagai wali-Nya yang diberi perlindungan dan pemeliharaan.

 Ahwal (hal-hal) yang menguasai hati nurani berbeza-beza, dengan itu akan mencetuskan kelakuan amal yang berbeza-beza. Ahwal mesti difahami dengan sebenar-benarnya oleh orang yang memasuki latihan tarekat kerohanian, supaya dia mengetahui, dalam amal yang bagaimanakah dia mendapat kedamaian dan mencapai maksud dan tujuan, apakah dengan sembahyang, zikir atau puasa. Dia mesti berpegang sungguh-sungguh kepada amal yang dicetuskan oleh hal tadi, agar dia cepat dan selamat sampai ke puncak

Recent : GERAK (2)

aaaa

aku nak berlatih gerak lidah lah... nak tgk apa kenkawan cakap pasal aku.. keh..keh..keh..



----------------------------------------

jin_junior

ingat lagi dulu sebelum masuk bss aku ada belajar meraga sukma ni.. tapi aku masuk melalui ilmu salah jadi aku tinggalkan.. haihh.. skarang satu apa gerak pun tak dpt lagi T_T
laaahaaii kandaku farel yg hensem. gerak diisi bukan otomatik bole dipraktik.kena ada praktis dan bimbingan. guru yg terbaik adalah dirimu sendiri kandaaaaa......

---------------------------------------

edy137

hurmmm.. btol gaks ape yang dikatakan JJ itu... tapi buat permulaan bagus adanya 'guideline' yang betul... kalau kamu dekat, hamba training kamu btol2 sampai dapat...

----------------------------------------

aaaa

waa.. bertuah nie... bro edy tinggal dimana?? aku perlukan latihan mcm shaolin...

----------------------------------------

jin_junior

bos tinggal di jb.

---------------------------------------

edy137

heishh... JJ... tau ajerr.... bahaye btol laa ini JIN........ lewatkan.. lewatkan... hahah...

--------------------------------------

aaaa
 
adoi.. jauh nyee... nak tanya kenkawn disini.. boleh pm kan no tel kenkawan yg area sepang?? yg agak2 boleh aku belajar dgn dier...

---------------------------------------

jin_junior

area sepang? tu dkt airport tu bang.JJ jarang kesitu, sbb bila JJ terbang selalu nak eksiden dgn kapalterbang...heeeeeeeeeee..!!!!!!

bang aaaa, nk belajau gerak ke?basic dah ada,terus applikasi la bang,bikin trial & error.yakin diri remaja berdikari,malaysia bolehhh.mantapkan jurus insyaAllah ilham akan mari.


----------------------------------------

JengKing

aku langsung x ada gerak
ekor aku aje yg bergerak2
dulu gatal nak sengat si kucing
skrg kucing dah lari aku nak sengat lak si bunian sorang ni
blh ke JJ

--------------------------------------

jin_junior

bole bang, tp jgn sengat kuat2 yerk, nnt sakittttttt...huuuuuuu

tp bang, rasanya tak brapa betul kata takde langsung gerak.bila guru kowang dh isi tu,insyaallah ada la tu.rezeki masing2 lar.ada yg terus dpt gerak hot melayang sana sini,ada yg terror scan dan sebagainya.abg kala jengking cuma kene trial n error selalu bang.ada yg bertahun baru geraknya mantap dan serasi.

abg kala jgn la give-up yaaaa....cian dia...kih kih kih


---------------------------------------

aaaa

bukan belajar gerak jer... belajar ilmu bss dan ilmu yg boleh dimanfaatkan dunia akhirat...

---------------------------------------

Edbest

apa pun, usahlah terlalu taksub dengan gerak ni. sikit² bukak gerak...lama² org cakap, GILA.

---------------------------------------

aaaa

buat sendiri2 jer dalam bilik..

Thursday, September 22, 2011

Recent : Perubatan Jarak Jauh

sangrajunatapa
  
salam saudara sekalian...

saya ingin pendapat saudara sekalian mengenai perubatan jarak jauh..yang mana pesakit x dapat dihubungi melalui secara berdepan..

pada dapatan dan pengalaman saudara sekalian..teknik apakah yg terbaik dan berkesan bagi menyelesaikan kes seperti ini? ( guideline menggunakan tindakkan bss 100% dan gerak untuk scan secara maya)... wassalam

----------------------------------
Edbest
  
salam, salah satu topik paling interesting.

kata kuncinya, makrifat perlulah tajam. ini kerana makrifat itu sendiri tak tertakluk di bawah ruang masa & jarak. dan makrifat ni juga berkait rapat dengan pemikiran dan kekreatifan seseorang perawat.

teknik terbaik adalah sesuatu teknik yg paling dirasakan mudah oleh seseorang pengamal perubatan. beerti, ianya tidak tertakluk pada silibus tertentu.

---------------------------------
bluegigas

assalamualaikum....
memang menarik topik ne......
tapi dimanakah permulaannya? perlu tahu nama pesakit ke? atau kena tahu rupa pesakit? atau kalau tak tahu kedua-duanya pun tak pe? still masih boleh menjalankan kaedah rawatan...

---------------------------------
WildCat
  
mengikut pengalaman hmba, agk sukar juga utk membuat perubatan jarak jauh ni... scanning tiada masalah, tetapi utk menangkap/cabut/shield/pagar agak sukar sedikit, memerlukan kekuatan makrifat yang tinggi... itu sbbnya terdapat kes2 yang berulang2....

biasanya, sekiranya hmba belum pernah bertemu dgn pesakit, hmba ikhtiarkn utk mendapat gambar terbaru pesakit (sekurang2nya bwh 1 thn), ini memudahkan mendapat makrifat yg lebih tepat... kalau gangguan rumah, gambar rumah tersebut juga dpt membantu...

cara rawatan: hmba bersetuju dgn EdBest, tiada cara yang spesifik... bergantung kpd perawat cara bagaimana yang paling serasi dgnnya...

---------------------------------
JengKing
  
teknik yg diamalkan oleh perawat di utara tanah melayu apabila diminta pertolongan..
nama penuh & gambar pesakit atau
gambar rumah diemailkan kepada perawat.
jikalau pesakit adalah anak isteri kita & perawat kenal akan kita,
kita cuma membayangkan wajah anak isteri kita. Perawat akan merawat. Over the phone pun blh settle. Insyallah.

---------------------------------
sangrajunatapa
  
benar kata saudara..mmg tiada silibus utk ini...

sya ingin berkongsi pengalaman dalam perubatan jarak jauh...untuk makluman..sya hanya ada amalan bss dan gerak shj...

ada satu kes pesakit dimana sya hanya diminta untuk membantu untuk mengubat..dan sya hanya ada nama pesakit dan gambar shj..( kes saka )

apa yg sya lakukan adalah :-

1. membayangkan pesakit melalui gambar dan menghayati jiwanya melalui nama yg diberi...
2. mengunci kekuatan atau kunci penyakit yg ada dalam tubuh pesakit menggunakan tindakan jurusan ke-2 dengan nafas yg lembut ..
3. menarik kunci penyakit menggunakan kekuatan tindakan jurusan ke-3 ( jika lebih yakin leh guna gambar pesakit dan memakrifatkan kunci penyakit dicabut dan..
4. menggunakan tindakan jurusan ke-2 untuk pendatkan kunci penyakit kedalam perut bumi atau dalam botol atau seumpama dengannya..( lebih baik pendatkan jer kat bumi)

ulangi perbuatan hingga kita dpt rasa sepenuhnya kunci penyakit telah dicabut..

5. setelah selesai kita buat pendinding pada pesakit menggunakan 2 pendat dengan nafas lembut tapi penuh penghayatan dan keyakinan dan memakrifatkan tubuh pesakit di seal...disertakan dengan niat ..

setelah selesai dalam 5 minit..sya menelefon sahabat sya yg mempunyai pancaindera ke enam yg boleh melihat secara jarak jauh dan dia telah mengatakan pesakit itu diselubungi cahaya putih kebiruan seperti mana cahaya yg saya miliki pada diri sya..dan saka itu telah tiada pada badan pesakit..Alhamdulillah....

pesakit itu beransur pulih cuma kadang2 ada gangguan lain yang datang mengganggu tetapi sekadar luaran shj..bukan dalaman..itupun cukup baik..alhamdulillah....

pendapat sya...keyakinan yang tinggi untuk membantu disertakan kerajinan berjurus dan niat mengubat kerana Allah Taala menyebabkan Allah memakbulkan doa kita dalam proses perubatan tadi...

jika saudara sekalian hendak berkongsi bolehlah luahkan pandangan...wassalam

---------------------------------
sangrajunatapa
  
walaupun pesakit jauh dari kita..tetapi cahaya no bondaries....tinggal kita shj yg yakin atau tidak...x mengapa jika kurang menjadi..cuba dan cuba hingga selesai...

kerana dari kekurangan dan kesilapan..kita akan belajar untuk lakukan lebih baik serta kurangkan kesilapan...

---------------------------------
sangrajunatapa
  
jika nak buat pagar rumah pon boleh guna teknik yang sama...alamat rumah ..gambar rumah ..

yang penting kita cuba dulu...akan datang keyakinan yang tinggi setelah cubaan pertama berjaya walaupun perlu diulang untuk 10 hingga 20 kali sesi..hehehe..

-----------------------------------
sangrajunatapa

saudara sekalian ada pandangan lain yang lebih baik ? harapan dapat dikongsi kan bersama...sebab sya masih belajar dan megkaji lagi teknik ini...hehehe

-----------------------------------
Edbest
  
tips dari aku:

1. setelah mendapat nama berbintikan nama mak + tarikh lahir (optional).
2. Duduk dalam Istimewa.
3. Makrifatkan pesakit di hadapan mata.
4. Tutup zahir & bathin pesakit dari unsur² gangguan dari luar.
5. Sekiranya ada perlawanan dari pihak luar/ke-3...uruskan dahulu sehingga tiada lagi gangguan mendatang.
6. Check kesemua point zahir (jasad) samada terdapat tapak penyakit. Jika ada, gunakan Pengeras Tangan/Tarik guna no 3. Nak dihantar ke mana lepas tu bergantung pada diri masing².
7. Check pula lapisan batin (ruh). Jika corrupted atau kurang semangatnya (kes semangat dicuri) perbaiki dengan pengisian jurusan dan cari semangat yg dicuri tu...masukkan semula...pendatkan...serta susunkan balik seperti mana sediakala. Lebih elok kalau cari dulu semangat yg hilang (sekiranya hilang), dimasukkan balik lalu terus lakukan pengisian jurusan.
8. Suruh pesakit minum air (ajarkan ayat Bismillah 5).

---------------------------------
sangrajunatapa
  
2. duduk dalam istimewa...

adakah maksud saudara teknik ini diklasifikasikan dan gunakan istimewa?..boleh saudara huraikan bagaimana yg dikatakan duduk dalam istimewa..

--------------------------------
Edbest
  
yup, gunakan Istimewa utk duduk di dalamnya.
Caranya: Bacakan ayat Istimewa, sedut nafas dan pendatkan dalam perut.

----------------------------------
sangrajunatapa

ohh begitu....sya belom lagi try teknik ni..sya akan cuba ..
untuk step 4 hingga 7 adakah saudara maksudkan kita gunakan istimewa ...dan ia hanya makrifatkan shj apa yg kita ingini seperti menutup zahir & batin pesakit dengan niat aku mohon menutup zahir & batin pesakit komdian makrifatkan pesakit itu diselubungi protection yg kita bayangkan ...?
.tq edbest..

----------------------------------
Edbest

untuk melakukan sesuatu yg di dalam Istimewa, kita masih memerlukan pada perbuatan (syariat). tidak cukup dengan hanya makrifat & niat semata. niat-makrifat-perbuatan perlu seiringan

--------------------------------
Edbest
  
WildCat
mengikut pengalaman hmba, agk sukar juga utk membuat perubatan jarak jauh ni... scanning tiada masalah, tetapi utk menangkap/cabut/shield/pagar agak sukar sedikit, memerlukan kekuatan makrifat yang tinggi... itu sbbnya terdapat kes2 yang berulang2....
 
biasanya, sekiranya hmba belum pernah bertemu dgn pesakit, hmba ikhtiarkn utk mendapat gambar terbaru pesakit (sekurang2nya bwh 1 thn), ini memudahkan mendapat makrifat yg lebih tepat... kalau gangguan rumah, gambar rumah tersebut juga dpt membantu...
 
cara rawatan: hmba bersetuju dgn EdBest, tiada cara yang spesifik... bergantung kpd perawat cara bagaimana yang paling serasi dgnnya...


yg membuatkan proses perubatan jarak jauh ini sukar adalah bergantung juga pada kekuatan pihak lawan. ini kerana pihak lawan juga ada di antaranya mempunyai makrifat yg lebih tinggi dari kita. dicampur pulak dengan petua² atau lain² cabang ilmu samada menggunakan nafas songsang maupun penggunaan jin Ifrit  gred A

---------------------------------
sangrajunatapa
  
benar pendapat saudara sekalian...ada kesukaran ...dalam kesukaran itu ada kemudahannya...ada pandangan lain yang ingin dikongsi..?

--------------------------------
Edbest
  
apa kata kita tunggu yg lain pula berikan pendapat dan teknik² yg lebih canggih.
kita ni hidung tak mancung, pipi pulak tersorong²...he he he.



 ---------------------------------
edy137

heheh... tengah syok2 jadi silent reader... nak minta pendapat yang lain... hurmm.. teknik hamba pula:

scan penyakit jarak jauh

1. minta nama penuh berbintikan ibu
2. duduk dalam keadaan tenang, selalunya hamba scan di waktu malam
3. guna GERAK (masukkan diri dalam GERAK)... keraskan perut, gunakan jurusan no5,15,25 untuk masuk selapis demi selapis scan tersebut...

itu gabungan diantara GERAK, LAM dan BSS...

itu salah satu cara, dan tak lengkap.. yang lain nanti dulu... heheh..

merawat pesakit dari jauh - sebahagian anggota

1. kalau pesakit kata hanya kaki yang sakit
2. masukkan diri dalam GERAK
3. masukkan semangat nama pesakit berbintikan ibu
4. tutup guna lam pada kawasan kaki
5. hentam guna BSS biasanya nombor 7, 4, 10
6. cabut guna BSS bersama LAM itu sekali...

kita buat pada kaki kita, makrifatkan kaki kita ialah kaki dia... insyaallah setakat ni berkesan..

yang lain.. nanti dulu... heheh..


NEXT.....

---------------------------------
E-Clas

Asssalamualaikum...
Zaman dah maju... pakai je web cam. Sng sikit...???
Hehehe..

--------------------------------
sangrajunatapa
 
saya masih menanti skill saudara edy dan lain2 otai nih...heheh..x sabar nak tahu skill otai2 nih.....bukan selalu dpt...hehehehhe


 ------------------------------
sangrajunatapa

saudara makhluk ada pandangan dan skill yg lain..boleh juga dikongsi...hehehe

------------------------------
edy137

saudara Makhluk dan Sejati tuhh lagi banyak skill.... diorang saje simpan tuhh...

------------------------------
makhluk

Salam.....perubatan JJ ni memerlukan makrifat yg ckp tinggi/kuat spt kata sedara edbest dan jurusan pula mestilah mantap....cara/methode nya adalah berbeza-beza atau boleh dipelbagaikan mengikut zauq dan wajdan kita sendiri...ianya tidak tertakluk hanya satu kaedah/methode sahaja...alhamdulillah benarlah apa yg disampaikan oleh sedara edy & edbest begitu juga sedara sangrajunatapa...utk menambahkan ramuan2nya itu tadi sukalah saya tokok tambah sikit sptmana yg disampaikan oleh bekas guru ku....tambahkan permulaan perubatan JJ itu tadi dengan mengucapkan salam...pastikan si perawat dan juga pesakit duduk mengadap kiblat...teruskanlah mengikut kesesuaian....salam

--------------------------------
edy137
 
mulakan dengan salam itu bermaksud memberi salam kepada siapa tuan??? pada pesakit? pada JIN? pada ALLAH? atau sekadar syaratnya sahaja... sekadar bertanya...

--------------------------------
makhluk
 
kita hendak menjelajahi ataupun meneroka ke alam saghir si pesakit...di dlm alam kecil kita ini ataupun alam saghir kita ini mempunyai 7 lapisan roh dan 7 lapisan jasad spt mana juga alam besar iaitu alam nyata(kabir) 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi mengikut ulamak tasawuf...ianya dijaga oleh para malaikat yang bertugas...jadi kita memberi salam pada malaikat dan juga diri yang sebenar diri si pesakit....sama juga kita nak masuk rumah org dan juga rumah kita sendiri...walaupun di rumah itu tiada org...kita kena memberi salam....sepertimana Adam masa permulaan ciptaannya dahulu(dlm tajuk asal kejadian manusia)....walahualam

-------------------------------
makhluk

untuk ketepatan yg lebih tepat kita membuat checking...betul kata saudara edy...ttg menarik semangat si pesakit masuk hanya pada bah lengan perawat...jadi utk menarik semangat ini tadi sebelum itu perlulah memberi salam.....walahualam

-------------------------------
makhluk
  
dengan ini secara tak langsung di dalam keilmuan BSS ini mendidik kita supaya selalu memberi salam...wallahualam

 -------------------------------
sangrajunatapa
  
terima kasih saudara makhluk...banyak manafaat dari saudara makhluk, edbest, edy dan forumer yg lain....dengan adanya pandangan dari kalian memberi sya gambaran jelas mengenai perjalanan perubatan jarak jauh dan perkara2 yg perlu dimantapkan lagi..wallahualam....

wassalam...

--------------------------------
Edbest
 
Utk lebih tepat, ada 7 jenis salam yg perlu disampaikan:
Salamun qaulammir rabbirrahim (Yasin:58)
Salamun 'ala nuuhin fil 'alamin (As Soffat:79)
Salamun 'ala Ibrahim (As Soffat:109)
Salamun 'ala Musa wa Harun (As Soffat:120)
Salamun 'ala Ilyaasin (As Soffat:130)
Salamun 'alaikum tibtum fad khuluhaa khoolideen (Az Zumar:73)
Salamun hiya hatta mat la'il fajr (Al Qadr:5)

---------------------------------
JengKing
  
bila kah salam salam ini perlu disampaikan

--------------------------------
Edbest

JengKing
bila kah salam salam ini perlu disampaikan

ketika berdepan dengan pesakit. tu pun setelah kita mendapat izin dari waris pesakit dan diri pesakit tu sendiri.

7 salam tu adalah selari dgn apa yg dikatakan 7 peringkat ciptaan diri sahgir.
setiap satu salam tu mewakili pada setiap peringkat ciptaan dari sudut rohaniahnya.
sebagai memudahkan kajian tuan² semua, aku bawakan terjemahan setiap salam tu ke sini, mudah²an bermanafaat.

"Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam".
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Musa dan Harun".
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas".
"Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya".
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

---------------------------------
sangrajunatapa

mmg banyak menafaatnya saudara..terima kasih kerana berkongsi...hehehe..almaklumlah kalo aku...bagi salam sekali jer cam biasa...salam lain x pernah tahu..hehehehe..tq bro...

---------------------------------
JengKing
 
Tq bro. Tapi perlukah mendapat keizinan dari pesakit untuk kita memberi salam tersebut.

---------------------------------
Edbest
 
kita hanya perlu meminta izin utk merawat. bab salam, tak perlu. cuma bacaan salamnya harus didengari oleh telinga pesakit. kalau tak guana lah salam tu nak penetrate alam saghir dia kan?

---------------------------------
JengKing
 
Tq bro. baru jelas

---------------------------------
jin_junior

kalau merawat dari jauh bagaimana salam di sampaikan.takperlu bagi salam ke

atau ada kaedah tertentu komunikasi tanpa batasan?

---------------------------------
makhluk

tetap kena bagi salam....

--------------------------------
INSAN
 
kalau x bagi salam, adakah proses rawatan itu terganggu? atau kurang berkesan? adakah ia satu kewajipan?

--------------------------------
Edbest
 
INSAN
kalau x bagi salam, adakah proses rawatan itu terganggu? atau kurang berkesan? adakah ia satu kewajipan?

tak lah sampai terganggu...cuma bila ko bagi salam...ianya lebih memudahkan urusan ko utk mengubat. pada tahap ni, ko dah mula menghalusi keilmuan dan amalan yg ko ada....mencari jalan terbaik. mungkin tak wajib pada sesetengah org, dan ada juga org lain yg mewajibkannya pada diri mereka sendiri.

--------------------------------
Edbest

jin_junior
kalau merawat dari jauh bagaimana salam di sampaikan.takperlu bagi salam ke

atau ada kaedah tertentu komunikasi tanpa batasan?


kalau jauh kan boleh guna telefon? hehehe...
lain cerita kalau bleh guna telepati ;p lagi senang cerita

--------------------------------
jin_junior

JJ rasa salam mmpunyai kekuatan sendiri secara spiritual.tak perlu one to one secara direct.boleh gak kalau dsampaikan melalui org ketiga."tlg sampaikan salam aku pd sipolan atau sipolan'. lebihkurang camtu la.

kalau org yg drawat tu tgh terpekik terlolong, camna nk bagi salam kat dia,lebih2 lg melalui talipon.di lontarnya talipon tu nnt....heeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

-----------------------------------
jin_junior

JJ rasa sebaik2 perawatan adalah face 2 face.jarakjauh ni secondary method of treatment.kalau terdesak bolela.. perawatan alternatif tu sendiri ada sains dan teknologinya.akal mainkan peranan jugak.simptom perlu dianalysis sblum amalan dan ilmu dipraktikkan.

walaupun sipolan tu hebat bole sampai langit ke 7...........mcm bos aku dulu tu...heeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!

Wednesday, September 7, 2011

Kajian Diri ~ Wahyu, Laduni, Firasat & Kashaf

Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi. Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang halhal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri.


WAHYU 

Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya.


ILMU LADUNI ATAU ILHAM 

Apakah itu ilmu laduni? Ia adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati. Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah. Ertinya ia jadi satu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, logik, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak. Bagaimana pun ia boleh lupa daripada ingatan. Berbeza dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mentelaah yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ianya tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak logik dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses masa yang lama. Ertinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu.

Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu. Mengapa pula ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk semua zaman? Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain. Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada yang dapat kerang atau ada yang dapat ikan sahaja. Orang yang dapat ikan pula mungkin tidak sama jenisnya. Ada yang dapat ikan yu, ada yang dapat ikan pari, ikan kembung dan sebagainya. Ada juga yang dapat minyak, mutiara, batu karang dan lain-lain lagi.

Bagi orang yang tidak faham, dia akan mengatakan kepada orang yang dapat batu karang: “Awak ni tak dapat apa-apalah! Saya dapat ikan. Inilah khazanah lautan yang sebenar. Awak ni dapat batu karang dari hutan mana?” Tapi bagi orang yang dapat batu karang menyangka mereka yang dapat ikan itu bukan dari khazanah laut. Akhirnya berlakulah tuduh-menuduh. Sebenarnya kerang dan ikan sama-sama khazanah laut, tetapi oleh kerana masing-masing kurang ilmu, maka masing-masing menganggap apa yang mereka dapat itulah sebenarnya dari laut. Yang lain bukan dari laut. Lebih-lebih lagi orang yang dapat minyak, tentulah mereka lebih sombong lagi dan menuduh orang-orang yang dapat benda-benda lain tidak dianggap dari khazanah laut. Oleh itu bagi orang yang faham tentang laut, ia tidak jadi masalah. Semua yang disebut itu adalah khazanah lautan. Cuma keperluan saja yang tidak sama. Ikan untuk dimakan. Kalau minyak untuk enjin dan batu karang pula untuk hiasan dan begitulah seterusnya.

Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran satu-satu ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya atau keperluan seseorang itu. Perkara itu pula kebanyakannya bukan pengertian mengenai hukum-hakam kerana soal itu sudah tetap dan tidak berubah untuk setiap zaman kecuali perkara khilafiah. Sebaliknya ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penghuraian, falsafah, didikan, hal semasa, metod dan kaedah sahaja. Perkara-perkara ini boleh berubah.

Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham pula Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya atau orangnya. Ilmu wahyu tidak dilupakan tetapi ilmu laduni atau ilham mudah dilupakan oleh orang yang menerimanya. Kalau yang menerima ilmu wahyu itu adalah rasul maka wajib ianya disampaikan tetapi kalau dia seorang nabi, maka tidak wajib menyampaikannya. Sedangkan ilmu laduni elok disampaikan kerana ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat, sesuai untuk zamannya. Atau untuk mengetahui hikmah atau pengajaran sesuatu hukum itu.

Kalau ilmu wahyu ditolak, automatik seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah. Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat ini tentang ilmu laduni ini dan payah untuk menerimanya terutamanya:

1. Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam.

2. Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya.

3. Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi kerana hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang

mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan.
Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan  hujah berikut:


PERTAMA: Hujah naqli (nas) 

1. Hujah Al Quran 

Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.


2. Hujah Hadis

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim) Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.

Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:

i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.

ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.

iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.


KEDUA: Bukti Sejarah 

Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitab-kitab karangan ulama muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperolehi ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.


1. Imam Al Ghazali 

Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).

Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.


2. Imam Sayuti 

Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi. Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun da-pat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.


3. Imam Nawawi 

Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.

Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan cuba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah ianya bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya. Jelaslah sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini kerana kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab. Mereka tidak mampu mengarang kerana kekeringan minda, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan kena banyak reference yang tentunya memakan masa yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil masa serta tidak cukup masa. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahsia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.


FIRASAT 

Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.

Apa itu kasyaf? Kasyaf ertinya  ’singkap’ yakni tabir-tabir jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. Allah buka dan perlihatkan. Tabir-tabir penghalang itu adalah sifat-sifat mazmumah. Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih. Sehingga mata mampu melihat makhluk-makhluk Allah yang pelik-pellik di alam yang bukan alam benda atau material itu seperti melihat alam jin, malakut dan alam barzakh. Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni seseorang itu berperangai seperti kuda, maka rupa orang itu seperti kuda. Kalau berperangai anjing, orang itu berupa anjing. Allah perlihatkan hakikat orang itu.


Tuesday, August 9, 2011

Adab Pergaulan & Tingkahlaku menurut Al-Quran & Al-Sunnah : BAB 3 - MINTA IZIN

Salah satu yang menjadi kelaziman ke atas orang Islam apabila terjalin
pergaulan sesama mereka ialah hendaklah meminta izin antara satu sama lain
ketika berada di ambang pintu untuk memasuki ke ruang rumah yang
dilawatinya. Ini adalah satu kewajipan yang merupakan ciri akhlak yang telah
ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran sepertimana firmanNya:

‘Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesehuah
rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi
salam ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah febih baik
semoga kamu dapat mengambil peringatan.’
                                                                                       (Surah Al-Nur: 27)


                                  CARA MEMINTA IZIN

Cara meminta izin yang telah ditetapkan dalam al-Quran ialah dengan
memberi salam sebanyak tiga kali kepada ahli keluarga yang menjadi penghuni
sesebuah rumah yang hendak diziarahi. Sekiranya diberi keizinan hendaklah
masuk dengan baik, seandainya tidak diberi keizinan hendaklah pulang dengan
cara yang baik tanpa ada sebarang keraguan atau rasa sedih. Ahli keluarga atau
tuan rumah itu mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan
dia menolak kedatangan anda pada waktu itu.

Mengambil langkah untuk pulang ini memang disuruh oleh Allah kepada
hamba Nya melalui firman Allah:

‘Dan iika dikata kepada kamu pulang, olehmu, maka hendaklah kamu pulang
kerana ini adalah sebijak bijak tindakan bagimu, dan Allah amat mengetahui
dengan apa yang kamu lakukan.’
                                                                                        (Surah Al-Nur: 28)



                               ADAB MENUNGGU KEIZINAN
 
Ketika menunggu oleh seseorang yang meminta izin hendaklah
menunggu dengan sabar sementara tuan rumah memberi keizinan dan
menjemput sebagai tetamunya, janganlah anda berdiri di hadapan pintu yang
terbuka luas dengan keadaan mata liar memandang mandang atau menjelingjeling
ke dalam rumah melalui pintu yang sedang terbuka, atau menilik-nilik di
celah-celah lubang pintu yang tertutup, kerana ini melambangkan keperibadian
yang tidak elok dari segi akhlak dan juga anda dianggap kurang sopan.

Cara yang lebih baik telah ditentukan oleh sunnah iaitu berdiri dengan
adab sopan serta tunggu dengan penuh kesabaran di hadapan pintu yang
terbuka atau tertutup dengan memberi salam sebanyak tiga kali serta perhatikan
apa yang ada di sekitar anda sahaja. jangan sekali kali cuba melakukan apa-apa
tindakan melainkan tunggu dan lihat sahaja perkembangan dan tindakannya.
Adab ini telah dinyatakan di dalam hadis melalui satu peristiwa yang dilalui
sendiri oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sahli bin Saad Al-Sa'iedi:
‘Bahawa seorang lelaki telah mengintai Rasulullah s.a.w. melalui satu lubang ke
dalam sebuah bilik yang mana Rasulullah sedang melilit serban di kepalanya.
Setelah ia perasan ada yang mengintai latu Rasulullah berkata, "Kalaulah aku
tahu bahawa kamu sedang mengintai nescaya aku cucuk mata kamu melalui
lubang itu sesungguhnya di syariatkan keizinan itu disebabkan pandangan
mata".

                                               (Riwayat Bukhara Muslim, Tarmizi Dan Nasaie)

Hadis ini boleh dijadikan sebagai dalil bahawa penantian juga amat perlu
kepada adab sopan yang melambangkan kesabaran dan keikhlasan diri dalam
menghadapi sesuatu penantian. Tema dalam hadis di atas menunjukkan bahawa
sikapnya yang tidak sabar membawa kepada keinginannya hendak tahu, dan ia
melambangkan tidak ada amanah dalam jiwanya serta tiada bersopan dalam
penantian dan bersikap mata keranjang membuatkan orang lain tidak senang
dengan anda.

 
                                 PERATURAN MINTA IZIN

 Apabila anda mengunjungi ke rumah sahabat lalu memberi salam sebagai
tanda atau isyarat meminta keizinan lantas tuan rumah bertanya, "Siapa?", maka
jangan menjawab, "Saya, saya, saya", bahkan hendaklah menjelaskan, "Saya
bernama pulan bin pulan". Bererti sebutkan nama secara jelas dan terang
ataupun sebutan panggilan-panggilan yang biasa dipanggil terhadap diri anda
yang boleh membantu tuan rumah yang anda ziarahi itu mengenali anda secara
jelas, seperti mana dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh jabir,
katanya:

‘Aku (Jabir) datang ke rumah Rasulullah maka aku ketuk pintu rumah Rasulullah
s.a.w. Maka kata Rasulullah, “Ini siapa?" Aku (Jabir) menjawab, “Saya". Maka
kata Rasulullah, "Saya, Saya, Saya”, seolah-olahnya Rasulullah tidak suka
dengan jawapan begitu.’
                                                                        (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sesungguhnya pengajaran dalam hadis di atas ialah dalam melaksana
kehidupan ini tidak boleh lari dari keizinan, sama ada dengan kaum keluarga
atau orang lain, kerana Islam menyuruh umatnya meminta izin sekalipun orang
itu paling hampir dengannya dan tinggal bersama. Dengan keizinan akan
terhapus segala kesangsian atau keraguan orang lain terhadapnya, sama ada ibu
bapanya atau adik beradiknya lebih lebih lagi sahabat handai, kecuali keadaan
memaksa atau kecemasan seperti pertolongan kebakaran dan waktu kesakitan
dan sebagainya.

Dalam hal akhlak, Islam amat mementingkan saat keizinan ini dengan
tujuan bagi menjaga tatasusila hidup yang penuh keharmonian iman dan jiwa
yang taqwa lagi sihat, supaya tidak tersentuh dengan situasi yang tidak
menyihatkan serta boleh mengeruhkan keadaan. (Rujuk Imarn Abi Muhd. Abdul
Rahman Al-Mubarakfuri. 1353H. hlrn. 464). Oleh itu, jelaslah seandainya anda
masuk ke mana-mana tempat yang sewajarnya perlu meminta keizinan terlebih
dahulu, tetapi jika dilakukan sebaliknya, maka perbuatan itu adalah suatu
perbuatan yang amat jahil dan dikesali lebih-lebih lagi jika ia berlaku di
kalangan umat Islam, kerana ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh nabi kita
Muhammad s.a.w. Jangan sekali-kali anda memasuki ke rumah orang lain tanpa
izin terlebih dahulu, patuhilah dengan penuh rasa keimanan, taqwa dan
bertanggungjawab sebagai seorang muslim.

Thursday, August 4, 2011

Dari Blog Keilmuwan Budi Suci Sejati- Apa itu Budi Suci Sejati dari pandangan Legendary_BSS

BUDI SUCI SEJATI (BSS) sebenarnya bukanlah suatu ilmu tetapi suatu perkara yang dialami oleh setiap manusia dalam kehidupan seharian sejak berzaman bermula ketika penciptaan kejadian nabi allah adam berlaku. Dimana pada waktu itu para malaikat telah bertanya pada ALLAH S.W.T akan perihal keturunan manusia yang suatu masa nanti akan saling zalim-menzalimi sesama mereka oleh kerana mereka melebihi martabat satu dari makhluk yang lain iaitu, AKAL. maka allah menjawab pertanyaan malaikat tadi, "AKU yang menjadikannya, AKU yang menghidupkannya dan AKU yang mematikannya disamping AKU sertakan suatu RAHSIA milikKU kedalam dirinya untuk ia mengetahuinya"(petikan dari al-quran). perihal ini diterangkan lagi dalam hadis qudsi:

"al-insanul sirri wa anna hu sirruhu"
- kejadian manusia itu rahsiaku dan akulah rahsianya

sebetulnya nabi allah adam itu tiada rahsia kerana ia dijadikan oleh allah secara langsung. yang ada rahsia seperti yang dikatakan oleh malaikat tadi, keturunan manusia yang saling zalim-menzalimi, maka keturunan manusia yang ditempatkan rahsia tadi. kerana keturunan manusia itu lahir dari hubungan adam dan hawa. cukup 9 bulan 10 hari maka akan lahirlah bayi itu. apabila lahir sahaja genggaman tangan akan tebuka maka menangislah bayi tersebut. menangis seseorang bayi tadi adalah kerana rahsia tadi telah hilang. jika tidak hilang tidaklah dipanggil sebagai rahsia. maka inilah yang digunapakai oleh amalan budi suci sejati.

maka apakah rahsia itu?rahsia itu ialah suatu RAHSIA YANG CINTAKAN KEDAMAIAN DAN MENGHINDARKAN KEZALIMAN.

BSS ialah suatu AMALAN HAQ UNTUK MENGHINDARKAN DARI SEGALA KEZALIMAN. inilah penerangan soal apakah itu BSS.