Arkib Viewers

Saturday, March 31, 2012

Questions & Answers - Mengenai penciptaan cahaya di dalam diri

hamba cuba untuk huraikan soalan yang kedua yang diutarakan oleh hamba Allah di forum topix sana.. soalannya ialah spt ini:

'bila start cipta cahaya tu... semasa berjurus selepas pengisian pertama ke atau selepas tamat peringkat penutup dan berjurus baru cahaya tercipta?'

Apa yang dapat difahami dari persoalan itu dimana hamba Allah itu maksudkan, adakah cahaya atau NUR itu tercipta semasa aktiviti JURUSAN itu sedang dilakukan iaitu selepas aktiviti pengisian atau setelah selesainya 50 Jurusan dan pada peringkat Penutup barulah CAHAYA itu timbul.

Maka jawapan yang pasti ialah yang pertama itulah.. cumanya bukan semasa JURUSAN selepas pengisian pertama tetapi PENGCAHAYAANatau NUR itu wujud semasa dari awal aktiviti PENGISIAN itu sendiri berlaku. Yang sebenarnya, bagaimana CAHAYA itu boleh timbul semasa aktiviti PENGISIAN berlaku?? adakah para GURU yang memasukkannya???

Sebelum ini.. ada hamba Allah di blognya pernah mengatakan bahawa CAHAYA itu iaitu suatu tenaga dimasukkan sekali semasa aktiviti PENGISIAN itu dilakukan. Jawapan dari hamba ialah TIDAKSAMA SEKALI. Bukan PARA GURU yang memasukkan CAHAYA itu malah menimbulkannya, Jika PARA GURU yang memasukkan CAHAYA atau NUR itu tadi dan aktiviti JURUSAN itu sebagai suatu perkara yang mengekalkan CAHAYA itu, makanya tidak boleh dipanggil BSS ini ilmu HAQ tetapi lebih kepada ilmu KEBATINAN. Jadi yang sebenarnya apa yang berlaku ialah sebenarnya para GURU tadi ialah hanya ibaratnya dengan kepandaiannya dapat memetik 'SWITCH ON' untuk mengaktifkan PENGCAHAYAAN itu tadi yang sebenarnya memang ada di dalam diri setiap manusia itu.

Yang sebenarnya pada setiap manusia sememangnya terdapatnya suatu CAHAYA yang pernah hamba bincangkan pada posting yang lalu, TETAPI ianya sama ada aktif atau pun tidak. Kenapa para GURU kata selalunya penerangan mereka iaitu HAQ itu tadi terpisah semasa bayi sewaktu tangisan bayi yang pertama.. dimana ianya terpisah??? di AMERIKA?? di TENGAH LAUT?? di PERGUNUNGAN?? kalau begitu, adakah HAQ itu berupa MAKHLUK?? kan banyak persoalan yang akan timbul di situ. Yang sebenarnnya.. mengikut pengkajian hamba yang dhaif ini, HAQ itu tidak pernah terpisahpun walau seinci atau beberapa sentimeter.. malah ianya sentiasa wujud dan ADA cumanya ianya tidak aktif dan memerlukan suatu kaedah untuk mengaktifkannya.

Jadi apabila para GURU itu tadi secara kepandaiannya, maka mereka yang sebenarnya bukan menyatukan HAQ itu tadi bersatu ke dalam JASAD dan ROH, tetapi ayat yang paling TEPAT boleh digunakan ialah MENGAKTIFKAN HAQ itu dan secara tidak langsung CAHAYA itu juga diaktifkan. Dan kenapa perlu BERJURUSAN jika CAHAYA itu telah diaktifkan??? itu persoalan yang sering ditimbulkan oleh para ahli BSS. Kita sebagai manusia ialah makhluk yang perlu BERUSAHA.. kita mempunyai AKAL, NAFSU, TINDAK-TANDUK, KEPERIBADIAN berbeza-beza dan lain-lain.. CAHAYA itu bukan suatu bentuk yang KEKAL dan yang hanya KEKAL selama-lamanya ialah Allah S.W.t.

Jadi Aktiviti JURUSAN itu amatlah penting sebagai me 'maintain' kan PENGCAHAYAAN itu di dalam diri setiap individu yang telah aktif NUR nya. Jadi, diharapkan dengan jawapan ini dapat membantu hamba Allah itu menyelesaikan persoalan-persoalan pada dirinya, insyaallah.

Tuesday, March 27, 2012

Tafakur

 Source From E-mail
 
AsSalaam,
 
Jika bertafakkur itu ke manakah rujukannya?
Jika fikiran tanpa suatu dasar yang nyata... itu hanya lah khayalan dan tanggapan.

Apabila dikatakan bertafakkur... maka akal itu merujuk kepada hatinya.
Irji'i raadhiatan mardhiyyah.
Cross check alignment lah samada selari atau tidak dengan kata hati.
Sebab itu dikatakan dalam nas bahawa jika ditanya orang musyrik, nescaya mereka membenarkan Allah jua.
Kerana yang jauh di dalam hati mereka, terdetik disitu bahawa Allah itu benar...
Apa yang benar dan apa yang salah... itu naluri yang tersedia.

Segala makhluq pun mengerti akan hal ini... dan mereka mematuhi instinct lalu berzikir kepada Allah tanpa dipaksa-paksa.
Lantaran makhluk haiwan serta tumbuhan tiada tuntutan akal untuk membezakan salah atau benar.

Cuma manusia berlaku kezaliman dengan nafsu mereka.
Akal yang lemah akan kecundang dengan keinginan.
Ukuran akal di sini bukanlah pada IQ atau kapasiti ilmu...
Cuma daya kekuatan akal main tarik tali dengan nafsu yang ingin bertindak.
Jika akal mampu mampu sepakat dengan hatinya, nafsu hanya menuruti...
Sesuai dengan qadar masing2... "Orang bodoh pun kekadang lebih baik dari orang berilmu...," ujaran Ali Gerbang Ilmu.
But, of course advantage orang bijaksana dapat menikmati lebih kehidupan untuk disyukuri.

Akal itu suatu anugerah ulung yang perlu dijaga...
Namun dengan apa hendak memelihara akan akal itu agar tidak ditimpa celaka?
Hati mahu sihat lah... jika baik hati, maka baik lah seseorang itu.
Kelak yang ditanya bukan sejauh mana akal dapat menghuraikan segala amalan dosa pahala.
Bukan sedalam-setinggi mana hujah akal mampu berdalil...
Nawaitu juga yg ditilik... serupa atau tidak akal dgn hati???
Kemudian nafsu dapat punishment atau reward...

Hati hidup dengan baik, akal tak bingung... nafsu pun tak liar.
Flipping the coin... neither head nor tail. Kepada Allah berserah jiwa raga... Fair.
 
Tahrul Adha Taib @ Edbest

Kajian Diri ~ Rahsia Solat

Ketahui oleh mu yang dikehendaki dengan kata menghadhirkan Zat Sembahyang itu ialah Niat. Manakala Niat itu adalah bekas Nur Sir Kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara ya'ni rahsia qalam qadimNya. Yang demikian itulah dibilangkan berkata kata kita dengannya.

Maka hendaklah kamu ketahui sesungguhnya tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu hal keadaannya mati sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pada mengisyaratkan dengan katanya:

"Mutu Qabla Anta Mutu" Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati. Maka adalah maksudnya itu fana'kan dirimu yang kasar, fana'kan panca inderamu yang bangsa zahir. Maka tatkala itu disuruh tilik atau pandang dirimu yang halus atau batin dengan menggunakan panca indera yang batin, kerana adalah yang batin itu berpakaian dengan Sifat Maani, manakala Sifat Maani itu adalah sifat yang lazim atau tetap bagi Zat Allah yang Wajibal wujud lagi Baqa'. Maka jika telah tetaplah bahawa Sifat Maani itu adalah Sifat Zat Allah wajiblah baginya dihukumkan Maanawiyah.

Maka untuk mendapatkan kata putus atau putus bicara mengena'i ta'arif pada Sifat Maani dan Maanawiyah perlu dibicarakan dengan teliti dan halus, bagi memahami Sifat Maani dan Maanawiyah.

Adapun dikatakan dalam pembicaraan taarif Sifat Maani itu demikian:-

"Hiya kullu sifatin maujudatin qa'inatin bimaujudin aujabat lahu hukman."

Tiap tiap sifat yang sedia ada yang berdiri dengan Zat Yang Sedia Ada diwajibkan yakni ditetapkan baginya satu hukum. Maka dalam perkara ini Sifat Maani itu wajib dihukumkan Maanawiyah.

Manakala hakikat Sifat Maani itu adalah "La hiya huwa hiya ghairuhu" Sifat itu bukan Zat, tetapi tiada lain dari Zat.(Kelakuan Sifat ini tidak berdiri dengan sendirinya tetapi lazim dia berdiri dengan Zat sebab antara zat dan sifat tidak boleh berpisah).

Adalah taarif Sifat Maanawiyah pula dikatakan:- "Hiyyal khaluth thabitu lizzati mada matizzatu mu'allalatin bi illatin" Hal yang sabit yakni tetap bagi Zat selama kekal Zat itu dikeranakan dengan satu kerana yakni Sifat Maani. Maka hakikat Sifat Maanawiyah itu " La hiya ghairuhu" Tiada lain dari Zat. Yang demikian nyatalah atau jelaslah sudah bahawa yang dihukum Maanawiyah itu adalah Sifat Maani atau Sifat Maani itulah Sifat Maanawiyah.

Maka hendaklah kamu ketahui dengan sempurna pengetahuan penegenalan bahawasanya Hakikat dirimu yang batin itu dipakaikan dengan rahsia Sifat MaaniNya. Rahsia Sifat Maani itulah Ruh Latifurrabaniah yang jadi hakikat bagi dirimu yang sebenar benar diri. Manakala adalah hakikat diri yang sebenar diri itu sebagai dzil yakni bayang bayang bagi kelakuan atau Sifat wujud Zat Allah yang mutlaq lagi tiada seumpama dengan sesuatu.


Maka ketahuilah bahawa tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu dengan berkata Allahu Akbar kamu berada didalam Maqam Tauhid. Yang mana dituntut atas kita mentauhidkan akan ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya. Oleh kerana itulah bahawa tempat atau Maqam Tauhid kepada Allah itu didalam Takbiratul Ikhram pada lima waktu Solat Fardhu.

Maka untuk mendapatkan jalan Tauhid yang sebenar benarnya itu hendaklah kita ketahui dengan sempurna pengetahuan didalam bicara berkenaan Nafi dan Isbat. Oleh kerana didalam Nafi dan Isbat itulah duduknya Tauhid dan Ma'rifat.


Hakikat Nafi Yang sebenar.

Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma'rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w. " La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun" Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A'fal kamu diisbatkan A'fal Allah, Nafikan asma' kamu, diisbatkan Asma' Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dibawa didalam sembahyang.

Saturday, March 17, 2012

PERIHAL BSS : Asas Budi Suci Sejati

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Pertama sekali, Kita cuba memahami Asas apa itu sebenarnya yang digelarkan amalan Budi Suci Sejati. Asas di dalam Amalan yang dinamakan Budi Suci Sejati ini adalah merupakan NAFAS yang dikategorikan sebagai amalan NAFAS. Dengan NAFAS yang kita hirup seharian-harian itu tadi maka terciptalah amalan Budi Suci Sejati ini, dimana NAFAS itu tadi diolah dan digabungkan dengan teknik dan langkah-langkah yang digelarkan JURUSAN.

Apa itu JURUSAN???

Seperti penerangan di atas, JURUSAN itu merupakan gerak langkah atau perlakuan yang telah di 'set' kan cara perlakuannya yang telah di kaji oleh para-para sufi dahulukala yang mana digabungkan dengan olahan NAFAS itu tadi maka itulah yang dipanggil JURUSAN. (huraian yang lebih lanjut di tajuk khas JURUSAN)

Perihal NAFAS banyak dikaji dari serata dunia dari pelbagai sudut agama dan juga mengikut kajian scietifik. Betapa manfaat nya NAFAS itu yang merupakan NYAWA bagi kesemua kehidupan di dunia ini. Dengan amalan olahan NAFAS (JURUSAN) itu, maka kita Terhindar dari SEGALA bahaya yang NYATA atau TIDAK NYATA.

Apa yang dikatakan BAHAYA dan NYATA atau TIDAK NYATA itu tadi???

BAHAYA yang dimaksudkan adalah merupakan jenis-jenis KEZALIMAN yang wujud sama ada kita sedari atau tidak. maksud NYATA merujuk kepada perkara-perkara KEZALIMAN seperti ragut, rompak, samun, bunuh, kecurian, pergaduhan dan lain-lain, manakala maksud TIDAK NYATA pula merupakan perkara-perkara KEZALIMAN seperti sihir, pelalau, saka, racun, fitnah, terlangkah, terpijak dan lain-lain yang seumpama dengannya..

Dengan amalan Budi Suci Sejati (amalan NAFAS) itu tadi, maka banyak manfaat yang boleh diperolehi sama ada kita sedar atau tidak. Dengan JURUSAN yang kita lakukan seharian, maka, NAFAS diri kita itu tadi menghasilkan suatu siri cahaya atau NUR diri yang mana merupakan 'keselamatan' untuk diri sendiri. Malah dengan olahan NAFAS (JURUSAN) yang kita pelajari itu, maka kita juga mampu membantu orang lain dalam permasalah sakit-sakit yang bukan di dalam bidang kedoktoran atau kini digelar rawatan alternatif.

Bagaimana melakukan perawatan menggunakan Keilmuwan Budi Suci Sejati???

Dengan NAFAS, dan JURUSAN yang digabungkan itu tadi, maka, ahli akan diajarkan teknik-teknik bagaimana untuk mengeluarkan JIN dari tubuh badan pesakit dengan menggunakan dua konsep UTAMA iaitu TARIK dan BUANG. Seperti yang diceritakan di atas, JURUSAN itu tadi menghasilkan suatu siri cahaya atau NUR diri di dalam diri pengamal keilmuwan Budi Suci Sejati, maka dengan NUR itu tadi, ahli itu boleh menggunakan NUR diri itu tadi untuk menghapuskan atau 'mencabut' Jin-jin tidak kira sama ada jenis Saka atau Sihir. Semua itu perlu dipelajari dari peringkat ke beberapa peringkat sehinggalah ahli itu tadi mampu dan layak untuk digelar sebagai seorang Muallij (perawat).

Mengikut konsep di dalam ilmu Tasawwuf atau Sufi:

NAFAS <---> CAHAYA <---> HAQ <---> RAHSIA

Maksudnya membawa pengertian bahawa NAFAS yang diolah itu dapat menghasilkan siri-siri cahaya di dalam diri dimana NUR (cahaya) itu tadi merupakan HAQ yang mana diselitkan 'keselamatan' sebagai suatu cara menghindarkan diri dari SEGALA KEZALIMAN.Ianya bukanlah RAHSIA sebenarnya, disebabkan ianya tidak terungkai dan hanya menjadi bahan kajian para-para sufi, maka ianya kebiasaannya digelar sebagai RAHSIA atau amalan RAHSIA.

Dengan RAHSIA atau HAQ itu tadilah yang mana dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan keluarga dari sebarang Kezaliman dan juga dapat dimanfaatkan untuk membantu orang lain terutamanya saudara seagama islam dan perlu diingat juga, Segala musibah itu datangnya dari Allah S.W.t jua dan dengan itu, kita tidak boleh menyamakan amalan ini sebagai ilmu kebal atau ilmu kuat yang kononnya bila mengamalkannya tidak boleh disentuh atau ditimpa musibah dan lain-lain. Cara amalan Budi Suci Sejati ini hanyalah sebagai suatu cara sahaja untuk sekadar Menghindarkan dari SEGALA KEZALIMAN.

Apakah HAQ itu hanya boleh didapati dengan cara amalan budi Suci Sejati???

Seperti yang diterangkan di atas, HAQ itu didapati dengan cara teknik olahan NAFAS yang mana JURUSAN yang kita lakukan itu dapat menghasilkan suatu siri NUR di dalam diri. Walaubagaimanapun, perlu diingat, HAQ itu didapati bukan hanya dengan cara amalan Budi Suci Sejati, tetapi banyak cara untuk menghasilkan NUR di dalam diri, dengan cara beribadah, berzikir dan sebagainya. Malah Keilmuwan Budi Suci Sejati ini hanyalah sebagai suatu tambahan sahaja atau suatu cara sahaja dalam kaedah-kaedah bermohon untuk menghindarkan diri dari segala kezaliman itu tadi. 

Langkah-Langkah untuk menjadi seorang Ahli pengamal Keilmuwan Budi suci Sejati???

Sebenarnya ada 3 langkah UTAMA yang perlu dipelajari oleh seseorang yang berminat untuk menjadi seorang ahli dan mengamalkan amalan olahan NAFAS (Budi Suci Sejati) ini iaitu :


PENGISIAN ----- MANDI ----- JURUSAN



PENGISIAN/PENGEMBALIAN

pengisian di sini bermaksud bukanlah individu itu di 'isi' atau dimasukkan oleh suatu ilmu atau jenis khadam atau saka. Individu itu juga bukanlah dimasukkan 'benda halus' , 'pendamping', sebarang jenis jin, sebarang jenis makhluk atau susuk dan lain-lain. maksud pengisian itu hanyalah pada nama sahaja, nama boleh direka-reka oleh manusia dimana yang sebenarnya pengisian itu bermaksud, seorang individu (Dalam BSS dipanggil guru), yang mempunyai 'kepandaian' dan kepakaran untuk memohon doa untuk seseorang yang ingin menjadi ahli itu tadi supaya menimbulkan pencetus NUR di dalam dirinya. NUR yang dicetuskan oleh guru itu tadi tidaklah Kekal bercahaya di dalam tubuh seseorang itu, dan kerana itu, ahli itu tadi perlu diajar olahan NAFAS yang digelar JURUSAN itu tadi untuk mengekalkan malah memperkembangkan NUR di dalam dirinya untuk manfaat dirinya, keluarga dan orang lain.


MANDI

Mandi di dalam konteks Budi Suci Sejati merujuk sebagai kesimbolikan bahawa ahli itu tadi perlu mengembalikan aura diri dengan mandi bunga. Mandi bunga juga yang digelar Aromatheraphy di pusat-pusat seni kecantikan banyak manfaatnya yang telah dibuktikan oleh kajian scientfifik. Mandi ini tidak boleh disamakan dengan mandi 'pembaptisan' seperti di dalam agama nasrani (kristian) dan itu sangatlah salah di sisi hukum syarak. Ahli juga diajar untuk menutup rongga-rongga utama yang berada di tubuh badan yang dipercayai mudah dimasuki oleh makhluk halus. Kaedah-kaedah mandi juga diselitkan dengan siri-siri doa beserta terjemahannya dan semua perbuatan itu haruslah dilakukan atas Niat kerana Allah S.W.t. Dan akan ada juga siri-siri mandi mengikut peringkat-peringkat atau taraf-taraf peringkat di dalam amalan Budi suci Sejati.


JURUSAN

Jurusan merupakan suatu teknik yang dipanggil 'breathing-technique' dimana ianya merupakan teknik NAFAS yang digabungi oleh teknik-teknik pergerakan tertentu (JURUSAN) yang perlu dipelajari. Jurusan boleh dilakukan setelah selesainya bab PENGISIAN dan MANDI. Teknik-teknik JURUSAN juga akan diterangkan secara terperinci dan ianya akan diajar secara berperingkat mengikut Kefahaman ahli-ahli tersebut. Jurusan juga melibatkan dua konsep iaitu daya MENTAL dan FIZIKAL dimana penumpuan, olahan NAFAS, perlakuan, gerak langkah, dan stamina di satukan di dalam pembelajaran JURUSAN dan ianya juga boleh diibaratkan sebagai suatu senaman yang menyihatkan badan secara tidak langsung juga menyihatkan otak (mental). JURUSAN boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa ada ketetapan waktu dan boleh dilakukan pada waktu-waktu yang terluang.

Berjumpa lagi pada tajuk akan datang....

Terima Kasih