Arkib Viewers

Thursday, January 5, 2012

Recent : Peringkat kedua (merosul)

makhluk
 
Upacara mandi pd peringkat kedua. Pertama sekali mandi abu...kenapa kita mandi abu?
--------------------

JengKing
 
simbolik aje tu..
--------------------

edy137

haa... bagus topic nihh...
--------------------

JengKing

mandi abu ada kena mengena dgn dat org melayu dahulu menanggalkan pusat bayi baru lahir?
--------------------

makhluk

simbolik...mengenai apa abu tuh?
--------------------

makhluk
  
sila berikan pencerahan yg jelas?.....kalau tak mandi abu...tak boleh ke?
-------------------

bluegigas

wahh... ne pun topik menarik... nape yek kena mandi abu? tapi yang penting maksud sebenar mandi abu tu?  jawapan masih tak jumpe2 lg neee....
-------------------

edy137
 
jika mengikut kesimbolikan.. makanya abu ialah sesuatu yang suci dan bersih sebenarnya... abu banyak digunakan sebagai menyuci atau membersihkan sesuatu medium atau boleh juga mengilatkan tembaga dan sebagainya...

tapi menarik statement dari saudara jengking... boleh perjelaskan lagi bagaimana ianya boleh dikaitkan dengan penanggalan pusat bayi baru lahir....
--------------------

hamba
  
Salam. Ish...Ish hebat......Subhanallah
--------------------

SeJaTi

hehehe...kadang2 kita terkeliru...guru sini cakap lain, guru sana pulak cakap lain...yang pasti semuanya ada kebenaran...ada yg lebih dan yg kurang...biasa la tu...selepas tingkat pengisian + bayi + merasol[kenduri..ada mandi abu dan sebelumnya kena putarkan di pusat seperti kesimbolikan tanggal pusat bayi] + penutup/tutup pusat + baru datangnya 'istimewa' dan adapun peringkat dewasa itu tidak di listkan adalah sebab ia terkandung di antara peringkat bayi hingga penutup...saya sengaja keluarkan statement ini bagi membuka minda kita semua...bukan bermaksud hendak mengubah pendirian ataupun kepercayaan mengenai peringkat dalam bss...harap rakan2 semua tidak keliru....sb bss ini adalah putaran kehidupan...bnyk cerita tersembunyi di dalamnya...
---------------------

SeJaTi

wahh... ne pun topik menarik... nape yek kena mandi abu? tapi yang penting maksud sebenar mandi abu tu?  jawapan masih tak jumpe2 lg neee....
sebelum tu kan kita mandi dengan bunga....maknanya bunga tu boleh mewangikan dan membersihkan...sama juga dengan abu...tetapi ia lebih lagi kearah 'menghakis' kekotoran yang degil umpamanya kita berjurus boleh menghilangkan sifat2 mazmunah dalam diri...tu serba ringkas penerangannya...sebab tu lepas merasol terus ke peringkat penutup, maknanya kita terhindar/tertutup setelah pengikisan sifat itu tadi...makanya setelah kita tadi 'bersih'  dari segi bahasanya, maka barulah keistimewaan itu timbul atau wujud...tu adalah maksud2 peringkat hakikat dalam bss...dari segi biasanya seperti yg saudara telah fahami iaitu 5 peringkat tersebut atau ada juga yg mengatakan 6 peringkat...yg amat penting keyakinan...perbandingan2 peringkat itu tidaklah begitu penting walaupun sebenarnya ia mmg penting...yang amat penting tadi di ulangi adalah...KEYAKINAN.............................................................................
---------------------

SeJaTi
  
sebelum undur diri...saya mohon maaf pada rakan2 semua jika terlebih cakap, ok?.......salam.
---------------------

makhluk

eh ok lah tu diatas penerangan itu...amat cukup jelas sekali....terima kasih
---------------------

edy137
 
ok... terima kasih... bagus penerangan saudara SEJATI... anyway... kita pergi pada peringkat seterusnya dalam peringkat MEROSUL/MERASOL.....

harap maaf kalau lain persatuan lain cara nya...

mengapa makan AYAM dan AYAM adalah hidangan UTAMA dalam sajian peringkat MEROSUL???? adakah hanya AYAM sahaja yang dibenarkan dalam peringkat sajian ini????

bincangkan....
---------------------

bluegigas

terima kasih bro sejati...
perihal abu tu memang den tercari-cari maksud disebalik kesimbolikan nya.. bila dah melalui tapi gagal menghayati terasa amat rugi...
---------------------

JengKing

ayam & makanan2 yg lain
makanan & warna2 ..
--------------------

makhluk
  
Tak semestinya ayam.....kambing pun boleh....lembu pun boleh....tapi nak kene masak sekor2 cam ayam gak lah......satu hidang 4 org= 1 ekor lembu, kalau yg merosul tu 30 org jadinya 7 ke 8 ekor lembu.....tak dapeklah merosul rm 70- rm 80 sorang....kopak-rabak beb...
--------------------

Edbest
 
ayam kaki 2, so...simbolik lagi pada manusia yg terdiri dari 2 kaki
--------------------

bluegigas

ayam tu kena makan... nanti bila dah meninggalkan dunia yang fana ne.. jasad kita pun kena makan jugak... hehehehehe..
--------------------

SeJaTi

makhluk
Tak semestinya ayam.....kambing pun boleh....lembu pun boleh....tapi nak kene masak sekor2 cam ayam gak lah......satu hidang 4 org= 1 ekor lembu, kalau yg merosul tu 30 org jadinya 7 ke 8 ekor lembu.....tak dapeklah merosul rm 70- rm 80 sorang....kopak-rabak beb...

bagus penerangan ni.....kalau nak guna itik atau angsa,...ramai mana org nak makan..jarang2 org makan,..jadi ayam lebih mudah dan dapat diterima semua...
----------------------

JengKing

sebelum gi jauh gi apa itu maknanya.. MERASOL minta pencerahan.. jgn lak yg kata.. ohh... itu bahasa JAWA @ ACHEH.
---------------------

edy137

hamba dapat ini dari ahli2 'matang' yang dah lama dalam BSS... ayam merupakan haiwan yang paling mudah didapati, yang paling penting murah... maka ayam digunakan... walhal haiwan2 lain juga boleh digunakan... tak kira itik, lembu, kambing, dan sebagainya...

yang kesimbolikan ayam berkaki dua.. wallahualam... mungkin betul juga.... sama laa macam kesimbolikan ayam mengelupur kena sembelih... wallahualam..
---------------------

makhluk
 
Makanan spt ayam/kambing/lembu tuh adalah yg cukup sifat spt berkaki, bertangan(kepak), badan dsbnya........kalau ikan takleh la, sbb ikan tak cukup sifat seakan manusia...walahualam
--------------------

edy137

salah satu sebabnya ikan tak boleh mudah sahaja penerangannya... heheh... ikan bukan haiwan persembelihan.. itu sahaja... kalau dalam agama.. ikan dan belalang aje yang tak haram kalau makan mentah kan...  selain itu haiwan2 lain seperti helang pon tak boleh, ular, kura2... kerana ianya tak cukup syarat untuk penyembelihan... berkuku, bercengkerang dan sebagainya... jadi yang dibolehkan dalam merosul ialah hanya haiwan2 penyembelihan sahaja..
---------------------


JengKing

makhluk
Makanan spt ayam/kambing/lembu tuh adalah yg cukup sifat spt berkaki, bertangan(kepak), badan dsbnya........kalau ikan takleh la, sbb ikan tak cukup sifat seakan manusia...walahualam

mak oii.
cukup sifat mcm manusia
interesting ni
blh bagi pencerahan gi x
---------------------

aLoOohaa

yang saya tahu MERASOL ialah bahasa yg digunakan sejak turun temurun oleh arwah bapak.
dalam kamus pun xde ayat ni. untuk mengekalkn keORIGINALITInye saya rasa ayat ni x ditukar.
sama juga seperti "pendat" kn. yg pasal ayam tu yg saya tahu ialah resipi dari dahulu juga.
tidak ditukar resipinye dan cara hidangannya.cara hidangan ada pengertiannye tp saya tk tahu lg. mintak maaf saya nk tnye, tmpt mana mandi abu ye?
kerana tempat saya mandi air dan bunga saje. sblm mandi ada ayat dibacakn.
skrg saya keliru mana satu yg orinye. harap2 org2 lama dapt memberi penerangan yg jelas dan bermakna untuk saya meneruskan perjuangn ini.
terima kasih.
---------------------

makhluk

First2 skali lopeh pukul duoboleh keatas...mandi abu dululah....ambik air abu segayung, lopeh tu selawat skali, siram...ratokan air....lopeh tu baru lah mandi bungo...mengucap, bismillah, suci2.....lopeh tu solek.....lopeh tu ngisi lak dongan kain putih duo elo suku ngan kapas...lopeh tu mandi lah pulak dongan kain putih/kapas/bungo....lopeh tu mandi lak istimewo...lopeh tu tak roti2 nak balik
---------------------

JengKing

ko berguru dgn sapa alooohaa
--------------------

edy137
 
ingat lagi telan seteguk air abu...
--------------------

aLoOohaa
 
makhluk
First2 skali lopeh pukul duoboleh keatas...mandi abu dululah....ambik air abu segayung, lopeh tu selawat skali, siram...ratokan air....lopeh tu baru lah mandi bungo...mengucap, bismillah, suci2.....lopeh tu solek.....lopeh tu ngisi lak dongan kain putih duo elo suku ngan kapas...lopeh tu mandi lah pulak dongan kain putih/kapas/bungo....lopeh tu mandi lak istimewo...lopeh tu tak roti2 nak balik

ohh,mandi ngn kain utk peringkat dewasa kn makhluk?
--------------------

Jebonz
 
Dalam perguruan lain asalnya dulu bakal murid dikehendaki menyembelih sendiri ayam yang dibawanya. Guru akan melihat jantung sama ada 'bersih' atau tidak. Dari situ mungkin guru dapat tahu akan hal2 yang bersangkutan dengan hati murid. Bagi yang paham akan cara mnyemblih yg sempurna jantung akan bersih dari sebarang darah dan ayam tidak 'menggelepar' sebagai di 'siksa'. Hanya pendapat yang pernah hamba dengar. Kalau tak relevan harap maaf  he3x
-------------------

JengKing

Rohanian?
-------------------

makhluk


makhluk
First2 skali lopeh pukul duoboleh keatas...mandi abu dululah....ambik air abu segayung, lopeh tu selawat skali, siram...ratokan air....lopeh tu baru lah mandi bungo...mengucap, bismillah, suci2.....lopeh tu solek.....lopeh tu ngisi lak dongan kain putih duo elo suku ngan kapas...lopeh tu mandi lah pulak dongan kain putih/kapas/bungo....lopeh tu mandi lak istimewo...lopeh tu tak roti2 nak balik

aLoOohaa 
ohh,mandi ngn kain utk peringkat dewasa kn makhluk?

yea....betul
------------------

farel
 
apa kepentingan atau effect simbolik ni pada kita?
-----------------

edy137

soalan yang baik!!! kita tunggu jawapannya dulu...
----------------

silbi

kalau xdapat nak sedia kan ayam atau ape2 binatang...xbole ke...atau itu sebagai adat je...kalau xde xpe...mintak penjelasan semua....
---------------

makhluk

Simbolik2 tu banyak sekali pengajaran2nya...supaya kita mengingati....mengenal.....itulah sebenarnya mendidik kita....drp asal usul kita drp dilahirkan...baligh...dewasa...mati

Monday, January 2, 2012

PERIHAL BSS : SEJARAH RINGKAS BUDI SUCI SEJATI

Segala paparan di dalam siri ini telah di edit dari segi gaya bahasa, pengisian ayat, makna, istilah dan susun atur ayat yang lebih sesuai untuk pembacaan. Pengalaman membacanya sekali lagi di sini adalah berbeza dengan pengalaman membacanya di blog terdahulu.... harap maklum... Terima Kasih

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi setiap persatuan dan juga perkumpulan sama ada ilmu persilatan, ilmu perubatan, dan juga ilmu kebatinan atau mana-mana persatuan yang ditubuhkan di dunia ini semestinya mempunyai sejarah nya yang tersendiri, siapa pengasasnya di sesuatu tempat dan bagaimana boleh sesuatu ilmu itu wujud sehingga ianya dikembangkan kepada orang ramai. Begitulah yang terjadi dengan pertubuhan BUDI SUCI SEJATI dimana ianya telah diasaskan oleh seorang manusia yang bernama Allahyarham Tuan Haji Hashim B. Haji Mohd Shariff. 

Sejarah dan perkembangan amalan ini bermula apabila Allahyarham dengan pesanan orang tuanya supaya mencari satu rahsia dimana RAHSIA itu tadi adalah merupakan HAQnya dan HAQ bagi setiap manusia yang hidup di dunia ini. Allahyarham telah menjelajah ke seluruh Tanah Melayu (Malaya) dan telah berguru dengan beberapa orang guru sehinggalah membawa beliau merantau sehingga ke Indonesia. Dalam pencarian inilah beliau telah bertemu dan menuntut suatu jenis ilmu kebatinan yang bertaraf tinggi yang dinamakan 'Allah Hu Jalala Jala Luhu' (Lam Jalallah). Kebatinan Lam Jalalah merupakan kebatinan yang bertaraf tinggi berbanding dengan ilmu-ilmu kebatinan yang lain, Namun begitu beliau masih menganggap bahawa ilmu ini bukanlah yang HAQ seperti yang sepatutnya dia mencari dan beliau menganggap ilmu tersebut hanyalah sebagai permulaan bagi pencarian beliau. Mengikut riwayat, sebelum beliau bertemu dengan amalan kebatinan LAM JALALAH di Indonesia, maka, sebelum itu beliau telah menemui suatu ilmu yang digelar PERMOHONAN dimana amalan 'permohonan' itu merupakan suatu siri doa-doa dan surah-surah yang dihimpunkan menjadi suatu amalan dan ilmu yang ampuh dan banyak kegunaannya untuk membantu masyarakat, dan mengikut ceritanya beliau telah memperolehi amalan PERMOHONAN di negeri Kelantan dan sesudah itu barulah beliau meneruskan pencarian hingga ke Indonesia.

Atas usaha gigih dan tidak pernah putus asa, beliau dan dengan 'Amalan Permohonan' yang ada padanya akhirnya telah membawa beliau ke negeri Acheh (wilayah di dalam Indonesia). Akhirnya beliau dengan berbekalkan ilmu-ilmu diri cuba untuk menguji ilmu-ilmu yang ada padanya sehinggalah beliau bertemu dengan satu ilmu atau amalan yang tidak dapat ditembusi oleh mana-mana ilmu yang pernah dipelajari dan yang ada padanya. Beliau dengan sedaya upaya cuba menggunakan ilmu diri untuk menembusinya tetapi tidak membuahkan hasil. Adat seorang yang berilmu di dada dan seorang yang tidak pernah kenal putus asa, jika kita bandingkan orang lain atau diri kita sendiri, pasti kita sudah timbulnya perasaan tidak yakin di dalam diri dengan ilmu yang pernah kita tuntut sebelum ini apabila bertemu dengan suatu ilmu yang sukar untuk ditembusi atau berasa riak dan tercabar atau berdendam dengan ilmu orang lain yang tidak dapat ditembusi itu, tetapi beliau telah mengambil jalan pendekatan yang cukup berbeza iaitu dengan cuba untuk mendekati amalan tersebut. Atas tujuan itu,  Allahyarham kemudiannya telah berguru dan mempelajari amalan ini yang dinamakan 'BUDI SUCI SEJATI'  yang merupakan ilmu HAQ diri yang dicari-carinya selama ini. Semasa dalam perguruan itu, Allahyarham adalah merupakan satu-satunya penuntut yang datang dari Tanah Melayu diantara tujuh orang penuntut sehinggalah beliau ditauliahkan untuk membawa amalan ini untuk memperkembangkannya di Tanah Melayu pula. Kesabaran adalah merupakan titik noktah bagi segalanya dan beliau dapat merealisasikan apa yang selama ini disarankan oleh kedua orang tuanya dan yang menjadi impiannya selama ini.

Setelah bertemu jodoh dan berkahwin dan membina keluarga, Allahyarham kemudiannya bersama-sama keluarganya berpindah semula ke Tanah Melayu dan mula mengembangkan amalan Budi Suci Sejati ini pada tahun 1958 (tarikh selepas kemerdekaan). Alahyarham telah mengembangkan amalan ini di Tanah Melayu selama 20 tahun dan beliau adalah merupakan pengasas amalan ini di Tanah Melayu (Malaya). Kemasukan penuntut-penuntut untuk mengetahui dan sekaligus mempelajari amalan ini membuatkan penuntut beliay semakin ramai dan ramai dan adakalanya mencecah jumlah yang sangat besar yang datang dari seluruh pelusok tempat terutamanya Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Beliau sering mengumpulkan ahli-ahli untuk mengajar selok belok amalan ini dan juga sering bercerita tentang asal kehidupan manusia yang mana berkaitan dengan HAQ yang sepatutnya manusia mencari tatkala ianya terpisah semasa manusia itu lahir kedunia pada tangisan bayi yang pertama. Beliau juga banyak mengadakan aktiviti-aktiviti seperti permainan GERAK dan LAM JALALAH untuk menguji keilmuwan diri masing-masing sehinggalah yang tua, muda, kanak-kanan dan wanita juga ramai yang menyertai amalan ini yang diturunkan Allahyarham sendiri, dan diantaranya telah dilantik sebagai Wakil GURU termasuk anak-anak kandung beliau. Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 07 hb Disember 1978 bersamaan 06 Muharram 1399.

Dengan ketiadaan Allahyarham perkembangan amalan Budi Suci Sejati ini telah diterajui oleh Isteri beliau, iaitu Allahyarhamah Ibu Hajjah Siti Rawiah Bt. Samen dan dengan sokongan lima orang anak Allahyarham, empat lelaki dan satu perempuan. Anak yang sulong bernama Masri kemudian diikuti oleh Masni, Masron, Masdon, dan Masran. Ibu Hajjah Siti Rawiah Bt Samen pula telah kembali ke Rahmatullah pada 11 hb Februari 1996 bersamaa 21 Ramadhan 1416.

Amalan Budi Suci Sejati ini seterusnya telah dikembangkan dan diterajui oleh wakil-wakil GURU beserta anak-anak beliau sendiri iaitu En. Masri, En. Masron dan Haji Masdon. Apa yang dapat dibanggakan ialah amalan Budi Suci Sejati ini telah berkembang begitu pesat sehingga ke hari ini bukan sahaja di seluruh Semenanjung Tanah Melayu malah di Brunei, Indonesia,Australia dan Afrika Selatan. Amalan ini telah berkembang dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira umur atau usia dan terus berkembang dari masa ke semasa dan telah wujud banyak persatuan-persatuan BSS yang mendukung amalan ini hampir di setiap negeri di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, dan Perlis termasuk Sarawak. Banyak persatuan yang mungkin telah menukar nama tetapi masih lagi merupakan amalan BUDI SUCI SEJATI. contoh-contoh persatuan atau perkumpulan nama amalan ini termasuklah Persatuan Budi Suci Sejati Malaysia, Perguruan Budi Suci Sejati, Kebatinan Budi Suci, Persatuan Seni Silat Gerak Sejati, Persatuan Latihan Jasmani Budi Suci Sejati, Persatuan Rekreasi Cahaya budi, Persatuan cahaya sejati dan banyak lagi termasuklah perkumpulan-perkumpulan kecil yang mungkin tidak meletakkan sebarang nama kumpulan atau persatuan. Itu menunjukkan perkembangan positif dimana amalan ini telah diiktiraf dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat dan merupakan pengiktirafan bagi  duduknya amalan ini yang sepatutnya dia berada.