Arkib Viewers

Monday, March 28, 2011

From MISTISFILES : "One World Government"



















Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya.Mahu percaya atau tidak,bumi pasti akan musnah.Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid yang tegar,akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini.Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya.Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan,sesuai dengan apa yang dijadualkan.Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?

Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi,terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan,menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat!Apakah tanda-tanda itu?

Sedar tidak sedar,para Elit The Hidden Hand semakin terdesak mengatur rancangan berusaha untuk menguasai dunia sebelum tibanya 'End Game'.JIka terlambat maka sudah tentu mereka gagal dalam misi untuk mengalahkan Allah,Tuhan yang dikatakan merampas kuasa dari Lucifer.Jika mereka berjaya sebelum ketibaan EndGame,maka mereka berjaya merebut kuasa memerintah bumi dan mengembalikan kuasa Lucifer untuk memerintah alam semesta.Semua perancangan dilakukan dengan mengira tarikh-tarikh tertentu,pergerakan bintang-bintang dan planet,nombor-nombor keramat dan ramalan-ramalan sihir.Iblis telah mengajarkan kepada para Elit ini supaya percaya kepadanya dan jika mereka berjaya menawan bumi dan berjaya mempengaruhi seluruh umat manusia supaya mengikut mereka,Allah pasti akan dikalahkan dan terpaksa menyerahkan kuasa-Nya kepada Iblis (Lucifer).Tuhan Lucifer pasti akan mengurniakan kekayaan dan hidup kekal abadi kepada para Elit.

Para Elit ini kini menguasai pelbagai industri dari pembuatan makanan hinggalah kepada pembuatan jentera berat.Media,pendidikan,hiburan dan telekomunikasi juga dikuasai oleh mereka.Namun ini adalah asas kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.Ketika para goyyim (manusia biasa yang tidak tahu apa-apa atau tidak mahu ambil tahu) hidup dalam dunia mereka sendiri,ada sekelompok manusia yang benar-benar merancang untuk menguasai dunia.Mereka merancang satu demi satu pelbagai strategi untuk menguasai dunia secara perlahan-lahan.

'One World Government'(OWG) adalah istilah yang merujuk satu sub-operasi mereka yang terpenting di bawah 'New World Order'.SEbelum mewujudkan OWG,terlebih dahulu perlu untuk mewujudkan TIGA paksi terbesar yang akan mendokong cita-cita OWG.

1-Kuasa Tentera
2-Kuasa Ekonomi
3-Kuasa Politik


Kuasa Tentera boleh berkait rapat dengan politik namun tidak semua tujuan politik boleh dibereskan dengan kuasa tentera.Adakalanya cara kekerasan tidak perlu,jadi strategi politik boleh dimanipulasi untuk tujuan menguasai sesuatu negara.Kuasa Ekonomi merangkumi semua jentera ekonomi,empayar industri dan koridor-koridornya.Media,pembuatan,perkhidmatan dan pemasaran berserta nilai-nilai komersilnya adalah termasuk dalam aktiviti ekonomi.Bank,pasaran saham dan naik turun harga komoditi juga adalah paksi Kuasa Ekonomi.Jadi tiga Kuasa ini perlu dikuasai sebelum benar-benar mampu mewujudkan apa yang dinamakan 'One World Government'.



















Jika dahulu imperialisme menggunakan Kuasa Tentera,namun pada hari ini imperialisme masuk melalui caranya yang lain;siasah politik.Strategi pertama pada masa dahulu selepas imperialisme melalui Kuasa Tentera ialah cuba menempatkan seberapa banyak boneka yang mampu meneruskan idea politik The Hidden Hand.Sebab itu selepas imperialisme,HUKUM ALLAH YANG TERANG-TERANG TERMAKTUB DI DALAM ALQURAN tidak popular di kalangan nasionalisme untuk digubal sebagai undang-undang negara.Jangan cakap negara-negara Arab,di sini,di negara kita juga,Hukum Allah Azza Wa Jalla bagaikan tisu tandas yang dilapkan dipunggung kemudian dicampakkan ke tong sampah.Amat beratlah tanggungjawab seorang pemimpin sesebuah negara itu di akhirat kelak,nanti dia akan ditanya satu-persatu,sehelai demi sehelai,apakah yang menghalang dia dari berusaha menegakkan Hukum Allah di dalam AlQuran.Bukan sahaja pemimpin,malah rakyat juga,APAKAH ADA USAHA WALAUPUN SEDIKIT,UNTUK MEMASTIKAN HUKUM ALLAH BERDAULAT DI ATAS MUKA BUMI.

Strategi The Hidden Hand ialah,jika sesebuah negara dihalang untuk menjalankan Hukum Allah,maka amat senang bagi mereka untuk memasang (install) ideologi-ideologi sekularisme dan gaya hidup hippies yang gemar berhibur 24 jam.Setiap negara (Islam terutamanya) akan dipaksa mengikut 'standard' yang digunapakai oleh mereka.Sesiapa yang cuba untuk 'reinstall' kembali Hukum Allah ke dalam sistem perundangan,maka akan diganggu dan diancam.Pemimpinnya akan dipanggil untuk diadakan perbincangan tertutup.Di dalam perbincangan itu (selalunya diiklankan sebagai 'dialog' atau 'lawatan'),pemimpin yang disyaki cuba untuk melaksanakan Hukum Allah akan diberi kata dua.

Sesebuah negara akan disumbatkan dengan ejen-ejen The Hidden Hand untuk melaporkan suasana politik atau sosial kepada proksi-proksi The Antichrist.Dalam kes ini yang paling terkenal ialah 'ejen CIA'.Mereka amat bijak dan berperawakan menarik.Mereka adakalanya amat fasih bercakap dalam bahasa tempatan (mereka terpaksa belajar).Namun amat bagus jika ejen-ejen ini di kalangan rakyat tempatan.'Ejen CIA' dikalangan rakyat tempatan adalah manusia yang amat tidak boleh dipercayai.Mereka telah ditawarkan habuan yang amat banyak,dan jika apa-apa terjadi kepada mereka atau rahsia mereka terbongkar,maka mereka akan disokong untuk lari keluar negara.Apabila negara musnah akibat perbuatannya,maka dia akan angkat kaki segera dengan disediakan tempat tinggal dan elaun sara hidup di luar negara.Dia tidak peduli apakah anak bangsa atau agamanya akan dikeroyok oleh musuh-musuh mereka.Yang penting ialah perut dan nafsunya semata-mata.Ini adalah modus operandi biasa The Hidden Hand ke atas ejen-ejennya.Jika ejen-ejen ini mampu menyelinap ke dalam pentadbiran negara sebagai salah satu pemimpin,MAKA INI ADALAH BONUS BESAR bagi proksi-proksi The Elite yang menjadi hamba kepada The Hidden Hand.Ejen ini akan disokong dan dibantu bagi menjayakan cita-cita politik mereka.Kejayaan politik mereka adalah kejayaan politik bagi The Hidden Hand.

Satu lagi strategi The Hidden Hand ialah setiap pemimpin negara mesti menghantar anak-anak mereka untuk belajar di luar negara bagi memastikan mereka didoktrinkan secara senyap sebagai boneka mereka.Tanya diri sendiri,berapa kerat pemimpin negara yang menghantar anak-anak mereka belajar di Maahad Tahfiz atau belajar perundangan Islam?Anak-anak pemimpin negara dipastikan supaya mengikut gaya hidup Barat,mengabaikan solat lima waktu dan bersosial sehabis-habisnya.Arak adalah minuman kelas pertama yang harus dihidangkan kepada mereka.Biarlah mereka menghirup keenakkan air kencing syaitan itu supaya mereka mampu didoktrin menjadi tentera-tentera syaitan melawan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla.Akhirnya apabila bapa mereka berundur,mereka pula akan mewarisi karakter bapa mereka tanpa mahu disuruh-suruh lagi.Ini adalah PUTARAN GANAS sistem karakter Dajjal The Antichrist ke atas hegemoni bonekanya supaya Hukum Allah kekal tidak mampu dilaksanakan oleh manusia di Bumi.Sukar untuk keluar dari Putaran Ganas Sistem boneka Dajjal ini,kecuali yang terpilih mendapat hidayah Allah,namun ramai di antara mereka memilih untuk hidup di dalam Putaran Ganas Sistem supaya mampu memenuhkan ken nafsu selagi hidup di dunia walaupun di akhirat untung nasib mereka benar-benar berisiko tinggi.



















Salah satu instrument yang amat penting bagi The Hidden Hand ialah media.Televisyen adalah perkakasnya yang sudah teruji kehebatannya sebagai alat 'mindcontol' paling hebat sepanjang zaman.Setiap rumah tidak boleh tidak pasti ada perkakas 'mata' Dajal ini.Tahukah anda,di samping propaganda-propaganda sedar yang ditayangkan di televisyen,sebenarnya terdapat gelombang-gelombang bawah sedar yang turut dipancarkan sama ketika menonton televisyen.Frekuensi gelombang televisyen disetkan pada kadar tertentu supaya mampu menghantar mesej bawah sedar ke dalam minda manusia.Apabila sekelompok manusia menonton televisyen setiap hari,maka mereka telah di'brainwash' berkali-kali.Namun ini memakan masa panjang.Inilah sebab mengapa semakin lama semakin degil manusia-manusia goyyim ini mahu menerima Hukum Tuhan sebagai undang-undang yang mengawal dan melindungi manusia.Satu 'clue' dalam program 'mindcontrol' melalui televisyen ialah dalam filem Batman Forever di mana watak The Riddler lakonan Jim Carrey dalam satu adegannya telah mencipta satu alat seakan televisyen yang digunakan untuk mengawal minda manusia dan menyedut 'IQ' mereka.Ini adalah pembayangnya,di mana sebenarnya ia benar-benar berlaku di Amerika.Eksperimen telah dijalankan di Amerika lewat Perang Dunia Kedua,di mana sebelum frekuensi televisyen benar-benar dapat ditetapkan,para saintis mereka telah pun menemui bahawa jika sesuatu mesej disampaikan pada frekuensi yang bersamaan dengan frekuensi minda manusia,maka maksud mesej itu mampu dicerna kedalam fikiran!Terdapat satu eksperimen rahsia dimana frekuensi telah dipancarkan ke satu bandar dengan mesej-mesej pembunuhan.Akibatnya statistik pembunuhan telah meningkat dengan drastik.Namun cara kawalan minda secara frekuensi ini tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang berzikir mengingati Allah kerana Allah melindungi orang yang selalu mengingatinya.


Firman Allah:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)


Mengawal negara-negara melalui boneka atau proksi-proksi mereka adalah sudah semestinya,namun dengan gaya baru yang lebih maju.Meletakkan boneka setelah melanggar sesebuah negara tidak lagi menjadi pilihan kecuali beberapa kes tertentu seperti di Afghanistan dan Iraq.Ini kerana kedua-dua negara itu terletak dalam wilayah 'Khurasan' yang diramalkan di dalam hadis-hadis nabi.Ini wilayah 'blacklist' yang MESTI dikawal kerana pergerakan Mujadid agung diramalkan dikesan akan bergerak di sini.Jadi pelu untuk mengawal wilayah panas ini,supaya jika pergerakan Tentera Panji Hitam kononnya akan melalui wilayah ini,mereka dengan segera akan mampu dicantas pergerakannya dengan menghantar 'air-strike' atau peluru berpandu.Jadi kedua-dua negara itu perlu diletakkan segera boneka-boneka supaya tidak akan membantu pergerakan pejuang akhir zaman.Namun negara-negara lain seperti Arab Saudi misalnya,para pemimpin mereka ditaburkan kemewahan dan gaya hidup berfoya-foya supaya mampu menari mengikut rentak The Hidden Hand.Semua negara-negara Arab dididik supaya bersikap nafsi-nafsi supaya tidak mencampuri urusan negara-negara Islam lain terutamanya sekitar mereka yang ada masalah dengan Israel.INI SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM MINDCONTROL tajaan Amerika-Israel terhadap pemimpin-pemimpin Arab yang dungu.



Syarikat Konsultan

Untuk memastikan bahawa program OWG berkesan dan berjalan lebih lancar,kini The Hidden Hand telah bergerak lebih efektif dengan menubuhkan syarikat-syarikat konsultan dalam perencanaan pentadbiran,sistem elektronik atau ekonomi.Syarikat-syarikat konsultan ini bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin-pemimpin negara-negara yang menggunakan khidmat mereka.Dalam bidang ekonomi misalnya,badan-badan ekonomi seperti Bank Dunia dan IMF adalah instrumen Dajjal bagi memaksa ekonomi dunia mengikut telunjuk mereka.Semua ini adalah anak-cucu kepada Federal Reserve yang amat-amat berjaya di Amerika.Federal Reserve bukanlah badan ekonomi milik kerajaan Amerika,TETAPI KEPUNYAAN PENCACAI DAJJAL THE ANTICHRIST PALING DISAYANGI iaitu The House of Rothschild.Semua polisi kewangan Amerika dan matawang Dollar Amerika adalah di bawah telunjuk Rothschild.

"Biar aku keluar dan menguasai wang negara-negara dan aku tidak memperdulikan siapa sahaja yang menulis undang-undangnya" - Mayer Amschel Rothschild


"Ajar rakyat Amerika yang angkuh itu dan jajah mereka semula." - Nathan Mayer Rothschild


Kini rakyat Amerika diperhambakan melalui ekonomi.Kita lihat dari segi zahirnya mereka banyak duit dan mewah namun kekayaan mereka itu adalah kosong dan ditentukan oleh The Hidden Hand.Kekayaan mereka hanyalah disandarkan kepada kertas-kertas dolar yang tidak bernilai.Apabila aliran ekonomi mengalami 'crash',merekalah yang terlebih dahulu menerima tempiasnya berbanding Pak Kassim yang menanam ubi keledek di belakang rumah.Simpanan mereka beribu-ribu di bank,namun apabila pasaran saham bertukar negatif,simpanan mereka bukan sahaja habis malah menjadi teramat negatif pula,menjana hutang berjuta-juta!















SEbab itu gaya hidup mereka,apabila mewah teramat mewah,namun sekali jatuh,mereka akan jatuh sejatuh-jatuhnya kerana sistem kewangan atau ekonomi tajaan Dajal bersifat tidak stabil dan sememangnya dirancang sebegitu.Mengapa?Kerana mudah mereka untuk menjalankan strategi P A N I C dan 'Ordo Ab Chao'.

Bayangkan semua urusan perbankan dan ekonomi kita dikawal oleh satu syarikat swasta.Inilah yang berlaku di Amerika dan Eropah.

Bagaimana pula dengan bidang-bidang yang lain?Sistem data atau rangkaian juga telah diserahkan kepada syarikat-syarkat konsultan dari Israel-Amerika.Anda pernah dengar tentang sistem maklumat yang digunakan dalam institusi keselamatan negara ini,telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Israel?Jadi tujuannya adalah untuk menyimpan maklumat rakyat negara ini bagi kegunaan PENGECAMAN.Ramalan dari AlQuran dan Hadis semakin lama semakin terbukti,dan The Hidden Hand semakin terdesak untuk menyumbatkan segala strateginya di sini dan lain-lain kawasan di dunia sebelum mentari muncul di ufuk barat.

Bagaimana dengan dana kempen sesuatu parti politik?Pentadbiran Malaysia pernah meminta dana kempen politik dari sumber Amerika-Israel yang dirahsiakan walaupun surat mengenainya kononnya tersebar.Amerika sebenarnya telah lama membiayai kempen-kempen politik para bonekanya di Timur Tengah dan Pakistan.Amerika juga membiayai satu pertubuhan yang bergerak untuk menjaga demokrasi ala Amerika tetap tertegak di Bumi.Bagaimana dengan sebuah parti politik pecahan UMNO,yang juga mendapat bantuan The Hidden Hand?
















Timur Tengah dan Pakistan adalah medan permainan yang membosankan bagi Amerika dan Israel.Semua misi-misi OWG telah berjaya walaupun mereka hanya bermain sebelah mata sahaja.Kini perhatian tertumpu kepada rantau sebelah sini.Negara-negara majoriti Islam di Asia Tenggara perlu ditundukkan supaya mematuhi ibupejabat OWG.Kaji apakah yang dibisikkan kepada Gus Dur (Allahyarham) oleh proksi-proksi Dajjal ketika beliau naik memerintah Indonesia satu ketika dahulu.Gus Dur adalah pemimpin kepada sebuah organasasi Islam yang besar dan adalah penting untuk mengawal beliau.Maka keluarlah kempen Islam Liberal antara yang terbesar dalam sejarah Indonesia sepanjang pemerintahannya.Bagaimana dengan 1Indonesia?

Mari kita lihat permainan catur The Hidden Hand di sini.Parti pemerintah telah dibiayai oleh satu entiti luar yang ada kaitan dengan Israel-Amerika.Sudah sekian lama kempen-kempen politik ditaja mereka secara senyap.Namun kini,sebuah parti politik pecahan parti pemerintah juga mendapat pembiayaan The Hidden Hand.Kedua-duanya adalah proksi mereka walaupun pada zahirnya bertentangan.Sebab itu pemimpin parti pecahan itu tahu tentang APCO,kerana ia adalah permainan parti pemerintah sekian lama.Mengapa ini terjadi dan apakah permainan The Hidden Hand kali ini?

SEMUANYA ADALAH UNTUK MENJALANKAN 'DIVIDE AND RULE' KE ATAS UNDI UMAT ISLAM KHASNYA MELAYU.
Hanya satu jalan untuk menguasai tampuk pemerintahan Malaysia yang majoritinya Melayu Islam.PECAHKAN UNDI MEREKA!

Setiap misi mereka,akan dibayar oleh bos-bos mereka.Namun adakalanya semua ini bukan lahir dari dalam hati mereka tetapi setelah diugut dan ditawarkan pelbagai janji dan kekayaan,maka iman pun terjelepuk di tapak kaki proksi The Antichrist.

Penubuhan parti baru dari pecahan parti pemerintah adalah taktik untuk menubuhkan vakum bahaya untuk satu parti berorientasikan agama.Kini parti ini tersepit di celah-celah Melayu Sekular dan 'Racist-Socialist'.Perjuangan suci mereka terperangkap dalam vakum politik yang disediakan khas untuk mereka.Ini akan mengelirukan para pemimpin dan penyokong mereka.

Jadi kedua-duanya adalah rancangan proksi The Hidden Hand untuk mewujudkan pelan 'One World Government' bagi negara ini,sepertimana pelan asal 1Israel.Jadi kini para Sekular tidak lagi berdepan dengan topik paling membahayakan dalam pertempuran kerajaan-pembangkang;AGAMA.Kini para Sekular hanya berdepan dengan bayang-bayang Sekular yang memayungi golongan Rasis-Sosialis dan Agama.Para Sekular hanya bermain tahi dan lumpur sendiri.Kes yang paling terkenal adalah kisah Zahid Ibrahim.Kisah beliau dengan araknya adalah mukaddimah kepada amalan hidup para Elit Melayu yang menjadi 'ruling class' Malaysia.

Setiap negara akan memakai khidmat proksi-proksi Dajjal untuk mewujudkan sub-sub OWG di negara masing-masing.Khidmat nasihat dan pembiayaan diberikan,asalkan negara-negara dunia mengikut arahan mereka.INI ADALAH IMPERIALISME ORDER BARU.Kemudian setiap negara ada konsep 1Negara.Contohnya 1Amerika,1Thailand,1Indonesia,1Israel,1Malaysia....

Semuanya mengikut telunjuk si 'Mata Satu' 1Seeing-Eyes...


1World Government.

Friday, March 25, 2011

Kajian Diri ~ Antara ZUHUD dan CINTA DUNIA

Perkataan zuhud bila dilihat ertinya dalam kamus Arab atau mengikut pengertian bahasa biasa ialah meninggalkan dunia. Tetapi mengikut istilah Islam, erti zuhud itu ialah hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Pengertian yang kedua, iaitu mengikut pengertian syariat inilah yang akan dibentangkan. Kerana zuhud mengikut syariat adalah disukai oleh Allah dan Rasul. Ia juga termasuk dalam sifat-sifat mahmudah.

Kalau demikianlah pengertian zuhud itu, tidak semestinya orang yang zuhud itu tidak memiliki dunia atau mesti meninggalkan segala nikmat-nikmat dunia. Boleh jadi nikmat dunia yang dimilikinya lebih banyak dari orang lain atau dia mengendalikan dunia dengan banyaknya. Namun demikian, dunia yang banyak itu, yang dimilikinya atau yang dikendalikannya itu tidak mempesonakannya. Sedikit pun dunianya yang banyak itu tidak terjatuh ke hatinya. Bahkan dunia itu ada atau tidak, sama saja baginya. Dia memiliki dunia serta mentadbirnya adalah dengan tujuan agar dunia itu dijadikan alat untuk membolehkannya beribadah kepada Allah SWT dan berkhidmat sesama manusia. Dunia yang dimilikinya itu dijadikan jambatan untuk ke Akhirat. Ini sesuai pula dengan tuntutan ajaran Islam yang dinyatakan dalam sabda Rasulullah SAW: “Dunia itu adalah tanam-tanaman untuk Akhirat.” (Riwayat Al ‘Uqaili)

Itulah Islam. Islam mengajar atau mendidik kita bahawa dunia itu boleh diambil tetapi biarlah ia boleh dijadikan modal untuk beribadah kepada Allah dan melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya kepada manusia. Demikianlah, supaya dengan itu membolehkan seseorang itu mengaut pahala sebanyak-banyaknya untuk dia memperolehi nikmat Syurga di Akhirat. Siapa yang menjual dunianya untuk Allah atau untuk Akhiratnya, maka Allah akan beli dengan bayaran yang ber-ganda-ganda tinggi nilainya. Iaitu digantikan dengan nikmat Syurga yang kekal abadi dan terhindar daripada seksa Neraka yang amat azabnya.

Persoalannya sekarang, bagaimana hukum dan cara kita mengambil dunia ini? Dan bagaimana cara mengendalikan dunia ini setelah realitinya ia berada di hadapan kita?

Ada beberapa kategori iaitu:

1. DUNIA YANG WAJIB

Dunia yang wajib diambil selagi ia halal ialah sekadar keperluan asas saja. Yang tidak boleh tidak (dharuri), yang mesti ada seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian dan lain-lain lagi. Kalau tidak diambil akan berlaku kecacatan di segi syariat atau di sudut fizikal. Siapa meninggalkannya, haram hukumnya kecuali setelah diusahakan tidak berjaya memperolehinya. Ini tidak menafikan zuhud.

2. DUNIA YANG SUNAT

Dunia yang sunat diambil ialah perkara yang digunakan (selagi halal) untuk kemudahan di dalam menunaikan tanggungjawab yang wajib serta digunakan untuk menghasilkan perkara yang tidak boleh tidak. Seperti kenderaan yang perlu, alat-alat rumah yang memudahkan menjalankan tugas rumah tangga seperti dapur gas, pinggan mangkuk, periuk, dulang, mesin basuh, mesin jahit dan lain-lain lagi. Agar dengan itu tidak membuang masa yang banyak. Dan memudahkan menjalankan tanggungjawab. Bahkan adakalanya menjadi wajib aradhi. Kalau tidak ada alat-alat itu maka tergendalalah urusan yang wajib. Ini juga tidak menafikan zuhud. Perlu diingat, keperluan seseorang antara satu sama lain tidak sama. Maka sudah tentulah pula alat-alat keperluan tidak sama. Sebagai contoh, alat-alat keperluan seorang guru sudah tentu tidak sama dengan alat-alat keperluan seorang petani. Kiaskanlah yang lain-lainnya.

3. DUNIA YANG HARAM

Dunia yang haram kenalah ditolak terus seperti arak, wang judi, rasuah, hasil riba, hasil zina, tipu, rompak dan lain-lain lagi. Ini kerana perbuatan yang haram itu akan membawa ke Neraka.

4. DUNIA YANG MAKRUH

Dunia yang makruh diambil iaitu harta-harta yang syubhat. Yakni perkara-perkara yang samar-samar bercampur antara yang halal dan yang haram, yang tidak dapat dipastikan yang mana halal dan yang mana haram. Maka hukumnya makruh. Bagi orang yang warak, dia terus meninggalkannya. Sesiapa yang terlibat dengan harta syubhat ini ternafilah zuhudnya kerana ia dibenci.

5. DUNIA YANG HARUS

Dunia yang mubah (harus) diambil iaitu yang berbentuk untuk bersedap-sedapan, untuk keselesaan seperti kerusi yang mewah, buaian, kerusi rehat, tilam, katil yang mahal, bilik yang agak luas daripada kadar biasa tetapi tidak keterlaluan besarnya, kenderaan yang mewah dan lain-lain lagi, selagi halal. Cuma hisabnya banyak dan ia juga menafikan zuhud.

6. PEMBAZIRAN

Perkara yang halal sekalipun, kalau digunakan terlalu berlebih-lebihan, sudah melebihi batas keselesaan dan bersedap-sedapan, ini sudah dianggap pembaziran. Sedangkan pembaziran adalah haram di sisi Allah. Dalam Al Quran pembaziran itu dianggap sebagai kawan syaitan. Firman-Nya: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan.” (Al Israk: 27)

Jadi, jika kita dapat menggunakan atau mengendalikan dunia yang dimiliki, yang tidak menafikan zuhud iaitu cara yang pertama dan kedua (dunia yang wajib dan sunat), ia masih dikatakan zuhud.

Dalam Islam, kalau seseorang itu mengambil dunia sekadar yang perlu dan untuk kemudahan atau paling tidak untuk keselesaan, kemudian selain daripada itu, dia tidak mahu mengusahakannya kerana kurang yakin yang dia boleh amanah dalam menggunakan dunia itu untuk Allah dan masyarakat, maka tidak salah dia berbuat demikian. Demikianlah sebaliknya, kalau seseorang itu yakin yang dia dapat berlaku amanah pada dirinya terhadap dunia atau dapat mengendalikan dunia untuk Allah dan masyarakat dengan sebaik-baiknya, yakni dia yakin boleh berbuat kebaikan dan kebajikan yang banyak serta boleh bersyukur, maka tidak mengapa dia usaha mencari kekayaan selagi halal. Padanya ada keharusan berbuat demikian. Ini juga tidak menafikan zuhud.

Sebagai contoh: Katalah dunia itu ialah jawatan tinggi. Kita tidak yakin dengan jawatan itu kita boleh berlaku amanah terhadap Allah dan masyarakat, maka tidak salah kalau kita menolak jawatan tersebut. Sebaliknya, kalau kita yakin dengan jawatan itu kita dapat amanah dengan Allah dan masyarakat, maka tidak salah pula kita mengambilnya. Kalau harta, kita boleh mengambil sebanyak mana sekalipun. Oleh itu kenalah kita hadapi dunia ini dengan iman dan taqwa agar dapat diuruskan penuh amanah dan rasa tanggungjawab.

Perlu rasanya saya ingatkan, jika berlaku dalam satu masa atau satu zaman, secara umum masyarakat Islam tidak dapat melaksanakan fardhu kifayah; menyediakan keperluan makan minum yang halal, membangunkan tempat-tempat pendidikan, membeli alat-alat senjata untuk melawan musuh-musuh, memberi biasiswa pada anggota-anggota masyarakat yang cerdik supaya berilmu di berbagai-bagai bidang yang menjadikan masyarakatnya tidak bergantung kepada orang lain; maka bagi orang yang mampu di waktu itu, wajib aradhi dia mengusahakan hingga terlaksananya fardhu kifayah tadi. Kalau tidak, akan menjadi satu kesalahan pada mereka.

Juga diingatkan, apabila berzuhud jangan sampai kita atau Islam terhina. Ini dilarang kecuali kita memang tidak mampu walaupun sudah berusaha untuk mengadakan keperluan-keperluan yang asas. Di waktu itu tidak mengapa dan kenalah kita bersabar. Jadi, kita kena faham sungguhsungguh akan pengertian zuhud ini. Kalau tidak, jadilah kita orang yang mewah tidak bertempat atau miskin sampai terhina atau bermewah-mewah di sebarang tempat.

Maksudnya begini: untuk dapat mengekalkan zuhud mesti dilakukan beberapa cara. Di antaranya:

1. Mewah mesti kena pada tempatnya. Umpamanya, kalau makan kenduri atau makan berjemaah, dibenarkan kita bermewah-mewah lauk-pauknya. Tetapi kalau kita makan seorang, eloklah berzuhud.

2. Miskin itu tidaklah dilarang tetapi tidak dibenarkan sampai tidak mencukupi keperluan-keperluan asas. Jadi dibenarkan miskin asal cukup keperluan asas.

3. Bermewah-mewah tidak boleh di sebarang tempat yakni di waktu orang semuanya miskin, tidak dibenarkan kita bermewah-mewah. Agar kekayaan itu dapat disalurkan kepada orang miskin.

Secara ringkasnya, kita boleh mengambil dunia ini tetapi perlu pertimbangkan mengikut ukuran semasa atau individu atau jemaah atau kumpulan atau pemimpin atau mengikut tanggungjawab serta tugas-tugas yang dipikul oleh seseorang dan lain-lain lagi.

Contoh: Mengikut ukuran semasa yang tidak menafikan zuhud:

1. Di zaman ini untuk menjimatkan masa, tenaga dan lain-lain lagi, kenalah naik kenderaan kapal terbang untuk perjalanan yang jauh, bukan pakai kereta lembu atau kuda atau kereta.

2. Di zaman moden ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh, kenalah kita gunakan senjata-senjata canggih bukan lagi menggunakan keris.

Contoh: Mengikut ukuran kumpulan atau jemaah yang tidak menafikan zuhud:

Tidak salah bagi orang yang berjuang yang sentiasa sibuk, demi menjimatkan masa, tenaga dan lain-lain lagi serta selalu didatangi tetamu, maka di rumahnya dilengkapkan dengan peti ais, dapur gas, mesin basuh dan lain-lain kemudahan. Tidak salah pula mengadakan permaidani di rumah, di pejabat dan di masjid selagi halal dengan tujuan menghormati tetamu atau kepentingan umum. Bahkan di negeri-negeri sejuk, mengadakan permaidani di rumah dan di masjid sudah menjadi wajib aradhi pula.

Bahkan melengkapkan alat-alat kemudahan ini sudah jadi perlu bagi orang yang berjuang yang masanya terbatas. Kalau terlalu lama masa dihabiskan untuk membasuh misalnya, ini dikira termasuk pembaziran masa, tenaga dan lain-lain lagi. Sedangkan waktu itu sepatutnya lebih baik digunakan untuk pengurusan hal-hal yang lebih perlu. Katalah contohnya, dengan adanya mesin basuh, kita ada lebih masa untuk melayan suami terutama kalau suami kita pulangnya pun hanya sekali-sekala. Boleh juga diniatkan semasa mesin basuh itu bekerja, kita dapat rehat atau tidur, dengan tujuan dapat bangun sembahyang malam. Kecuali untuk orang perseorangan yang tidak berjuang atau tidak ada tanggungjawab mengadakan kemudahan-kemudahan ini, dia tergolong orang yang tidak zuhud sebab kalau diberi kemudahan dia akan relaks saja. Mungkin tidur baring saja atau duduk-duduk berbual kosong atau membolehkan dia berlalai-lalai. Ini menjadikan dia cinta dunia.

Berbeza dengan orang yang berjuang, yang masanya terbatas, banyak tanggungjawab dan sentiasa bergerak cepat. Kalau tidak ada alat-alat kemudahan ini, ia akan melambatkan atau mengganggu program-program yang lain. Atau banyak tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan.

Contoh lain: Mengikut ukuran pemimpin yang tidak menafikan zuhud. Bagi seorang pemimpin, penting padanya keperluan alat-alat kemudahan yang canggih seperti kereta, telefon, faks, komputer, perbelanjaan perjalanan dan lain-lain lagi. Kalau tidak ada kemudahan alat-alat tadi, sudah tentu tergendala perjuangannya.

Juga diingatkan, kalau duit kita terbatas, janganlah dihabiskan untuk membeli barang-barang untuk kemudahan. Dibimbangkan, nanti tidak ada langsung bahagian untuk kita berbelanja pada perkara-perkara yang asas atau terabai kewajipan fardhu kifayah. Ini akan jadi satu kesalahan. Kerana perkara yang asas, wajib ditunaikan dan membangunkan masyarakat itu adalah lebih perlu supaya terlaksananya fardhu kifayah. Itu lebih patut kita utamakan. Biarlah kita susah sedikit asalkan kewajipan dapat ditunaikan.

CINTA DUNIA

Lawan zuhud ialah cinta dunia. Yakni orang yang hatinya terpaut dengan dunia atau mencintai dunia. Sama ada dia boleh memiliki dunia atau tidak, sedikit atau banyak, maka ternafilah sifat zuhudnya. Antara dunia itu ialah harta, yakni yang berupa wang, emas, intan berlian, rumah, kenderaan, tanah, kebun dan lain-lain lagi. Atau pangkat seperti jawatan raja, perdana menteri, menteri, pengarah, pegawai tadbir, kerani, mufti, kadhi dan lain-lain lagi.

Dunia ini sifatnya mempesonakan macam gadis cantik yang menggamit-gamit. Siapa yang terpandang semua akan jatuh hati. Jadi siapa saja yang memandang atau memiliki gadis cantik ini tidak lepas dari tertarik atau tergoda padanya. Begitulah juga dengan orang yang cinta dunia. Sudah pasti dunia itu akan mempesonakannya. Orang ini tidak akan dapat lepas lari dari ditipu daya olehnya. Allah nyatakan hal ini di dalam firman-Nya: “Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Al Hadid: 20 / Ali Imran: 185)

Allah juga memberi peringatan keras di dalam firman-Nya: “Jangan sampai dunia itu menipu daya kamu.” (Luqman: 33)

Itulah dunia. Kenapa setelah Allah beri dunia, kemudian dilarang-Nya kita mengambil sewenang-wenangnya dan dunia itu dikatakan penipu pula? Apa maksudnya? Maksud dunia itu menipu ialah ia menjadikan manusia lalai, tidak dapat tunduk dan tidak patuh lagi pada syariat Allah SWT. Kemudian cinta dunia boleh menyebabkan seseorang itu menjadikan matlamat hidupnya hanya untuk dunia walaupun dia tahu dunia ini tidak kekal. Dia tahu dia juga akan mati dan akan kembali ke Akhirat. Namun dia tidak buat persiapan atau persediaan apa-apa untuk ke sana.

AKIBAT CINTA DUNIA

Cinta dunia ini boleh mengakibatkan beberapa hal. Di antara-nya ialah:

1. Dia sentiasa bertungkus-lumus memburu dunia sehingga tidak pernah memperhitungkan halal atau haram.

2. Hatinya sentiasa bimbang atau tidak tenang kalau-kalau dia tidak mendapat dunia yang diburunya itu.

3. Dia jadi manusia yang inferiority complex atau hina diri dengan manusia yang berada bilamana dunia itu tidak dapat dimilikinya.

4. Kalau dia memiliki dunia itu, bimbang pula kalau-kalau hilang atau berkurangan daripada tangannya. Bimbang dibinasakan oleh bencana alam atau dicuri oleh manusia dan sebagainya.

5. Kalau dia lihat ada orang lain dapat lebih darinya, dia akan susah hati. Dia akan berusaha mencari lagi untuk mengatasi orang itu dengan apa cara pun, selain merasa hasad dengki terhadap orang itu.

6. Dia jadi orang yang berangan-angan untuk sentiasa menokok tambah lagi dunia yang telah sedia ada dan fikiran serta usahausahanya sentiasa ke arah itu.

7. Dia akan jadi orang yang tamak dan rakus.

8. Kalau dia memiliki dunia, dia akan jadi manusia yang sombong dan boleh jadi kejam.

9. Walaupun niatnya untuk mencari kebahagiaan atau ketenangan tetapi badan, hati dan fikiran tidak kenal rehat, tidak ada ketenangan dan kebahagiaan lagi.

10. Ia tidak akan tunaikan kewajipan dengan dunia yang dimilikinya. Umpamanya, jika dia dapat pangkat atau jawatan dia akan jadikan itu semua untuk kepentingan diri peribadinya lebih daripada Allah SWT dan dari berbakti kepada masyarakat.

11. Kalau dia orang yang berharta, ia tidak akan keluarkan zakat yang menjadi kewajipannya. Apatah lagi kewajipan yang aradhi dan untuk bersedekah.

12. Ia tidak akan tunaikan kewajipan yang aradhi (mendatang). Contoh, orang yang susah tidak dibantunya. Kalau negaranya menghadapi perang, bencana atau kesusahan, dia tidak akan memberi bantuan.

13. Akan timbul pecah belah dan hilang kasih sayang dan persaudaraan kerana sombong dengan dunia dan kepentingan diri sendiri.

14. Manusia akan membencinya. Apatah lagi Allah. Sebab itu sebuah Hadis Rasulullah SAW menyeru: “Hendaklah kamu zuhud dengan apa yang ada di dunia nescaya kamu akan dicintai Allah. Hendaklah kamu berzuhud dari apa yang ada pada manusia nescaya kamu akan dicintai oleh manusia.” (Riwayat Ibnu Majah)

15. Ia akan jadi perosak masyarakat. Kerana hendakkan dunia, dia sanggup menipu, menyogok, rasuah, makan riba, beli undi, beli ijazah, beli kertas periksa, beli perempuan atau lelaki dan lain-lain lagi.

16. Kalau dia berjawatan pemerintah, mungkin dia jadi diktator, kejam, zalim, yang sanggup menjatuhkan lawan dengan menaburkan wang untuk mempertahankan kedudukannya, menghina dan memfitnah orang demi mempertahankan jawatan atau kerana inginkan jawatan itu.

17. Timbullah huru-hara, haru-biru, kucar-kacir, demontrasi atau mungkin juga peperangan di tengah-tengah masyarakat.

Demikianlah buruknya akibat cinta dunia ini. Maka berlakulah kemuncak kerosakan di kalangan umat Islam di akhir zaman ini. Hatta tidak berpadunya mereka kerana inilah. Hingga mereka menjadi lemah dan binasa. Rasulullah sendiri pernah berpesan: “Akan tiba ketikanya kamu akan dikeronyok oleh musuh-musuh sebagaimana orang-orang yang berebut untuk makan suatu hidangan.” Para Sahabat bertanya: “Apakah ketika itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Tidak, bahkan jumlah kamu ketika itu ramai sekali tetapi seperti buih-buih ketika air bah, sedang kamu ditimpa penyakit wahan.” Mereka bertanya lagi: “Apakah penyakit wahan itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Kecintaan kepada dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Daud) Bahkan cinta dunia inilah yang menimbulkan seribu satu macam penyakit masyarakat. Sebab itu Rasulullah mengingatkan kita: “Cinta dunia kepala segala kejahatan.” (Riwayat Al Baihaqi)

Di sinilah pentingnya memiliki sifat zuhud itu. Dunia itu boleh diambil atau dikendalikan dengan syarat kita tidak jatuh hati padanya dan mengambilnya mengikut keperluan-keperluan yang telah disenaraikan tadi. Tetapi kalau tidak ada dunia dalam tangan sedangkan hati gila dunia, tetap juga tidak dikatakan zuhud. Kalau begitu sebagai kesimpulannya, asas zuhud itu terletak pada hati itu sendiri. Bukan bererti tidak ada dunia, bahkan ada dunia tetapi hatinya tidak terpaut dan pandai menggunakan dunia itu pada tempatnya seperti yang telah kita jelaskan, orang itu tetap bersifat zuhud. Sebaliknya kalau tidak ada dunia tetapi hatinya terpaut dengan dunia, tetap dianggap tidak zuhud.

Senarai Tajuk Posting

Di bawah ini adalah senarai tajuk posting mengikut 'grouping' yang mana akan di 'update' dari masa ke semasa. Posting bermula dari tahun 2009 hingga kini. posting juga akan dikerapkan selepas ini, insyaallah.

----------------------------------------------------

RECENT :

Recent: Borak-Borak (1)

Recent: LAM JALALAH (1)

Recent: JURUSAN (1)

Recent: AMALAN (1)

Recent: LAM JALALAH (2)

Recent: JURUSAN (2)

Recent: AMALAN (2)

Recent: GERAK (1)

Recent: Perubatan BSS

Recent: Rawatan Alternatif

Recent: QARIN

Recent: GILA ISIM

Recent: Tentang Berguru

Recent: Asal Kejadian JIN

Recent: Asal Kejadian Manusia

Recent: Dua Kalimah Syahadah



--------------------------------

COFFEE BREAK :

COFFEE BREAK!!! Mengenai Webportal BSSKoMUNITI dan sambutan 50 tahun

COFFEE BREAK (2)!!! Ban & teguran Lantang

COFFEE BREAK (3)!!! Penubuhan Thread Budi Suci Sejati

COFFEE BREAK (4)!!! Cubaan menjatuhkan thread BSS dan kepelbagaian cara menyampaikan keimuwan

COFFEE BREAK (5)!!! cadangan dan pengkaedahan kemajuan BSS

COFFEE BREAK (6)!!! Pemerhatian Persatuan (1)

COFFEE BREAK (7)!!! Teguran Ikhlas untuk PROFBSS!!

COFFEE BREAK (8)!!! Perihal Edy137

COFFEE BREAK (9)!!! komen untuk seseorang...

COFFEE BREAK (10)!!! Cerita si AYB...



--------------------------------

PENGALAMAN :

PeNgAlAmAn~ BUNIAN GUNUNG PULAI

PeNgAlAmAn~ BUNIAN GUNUNG PULAI II

PeNgAlAmAn~ BUNIAN GUNUNG PULAI III



--------------------------------

from MISTISFILES :

from MISTISFILES : Asal-Usul Freemasonry

from MISTISFILES : Hubungan antara Freemason dan Knight Templar

from MISTISFILES : Alter Terahsia Bangsa Melayu II

from MISTISFILES : Alter Terahsia Bangsa Melayu III



---------------------------------

Kenangan TOPIX :

Kenangan TOPIX - (Page 1-10) Bermulanya Era

Kenangan TOPIX - (Page 11-20) Pertikaian bermula



---------------------------------

E-BOOK : FREEOURMIND :

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 1. Secret Society

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 2. Secret Society- Illuminati

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 3. Secret Society- Freemason

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 4. Secret Society- Pangkat Dalam Freemason

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 5. Secret Society- Priory Of Sion

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 6. Secret Society- Bilderberg Group

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 7. Secret Society- Council on Foreign Relationship (CFR), Trilateral Commission (TC)

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 8. Secret Society- Rahsia The Great Seal

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 1 :- 9. Secret Society- 13 Illuminati Bloodlines

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 2 :- Kewujudan dan bukti freemason di Malaysia

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 2 :- 1. Senibina berunsurkan Illuminati

E-BOOK : FREEOURMIND - BAB 2 :- 2. Misteri di sebalik ciptaan bendera Malaysia


----------------------------------

OTHERS :

KEMUNCULAN IMAM MAHADI

Mustafa Kamal Attaturk - SIAPA DIA???

AKU : Sepatah Kata

AKU : Pendahuluan

Rom akan menang perang diceritakan Allah 7 tahun sebelum ia berlaku!

Bilal bin Rabah 'muazin' pertama laungkan azan

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI

Hantu & Bolehkah Roh Kembali?

Energy dan Kerahsiannya...

HATI...

ILMU

Persaudaraan Islam

RASA or 'RESE'???

BERBAGAI-BAGAI JENIS AMAL ADALAH KERANA BERBAGAI-BAGAI AHWAL (HAL-HAL)

Kisah Benar seorang doktor

CAHAYA MATA HATI



----------------------------------

Debat & Muzakarah:

Perdebatan Edbest : Hukum Seru Selain Allah S.W.t (PAGE 1)

TEMURAMAH KHAS bersama LEGENDARY_BSS mengenai BSS dan ilmu ketuhanan!!



-----------------------------------

Cabang AGAMA~ Syariat, Hakikat, Tareqat, Makrifat

Memahami KONSEP TAUHID

ILMU ROHANI~

Antara SIFAT tercela!!!

SIFAT ALLAH KESEPULUH: AL-HAYAT

SYARIAT VS HAKIKAT: Merenungkan AJARAN SYEIKH SITI JENAR

Mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W.



-----------------------------------

HARUN YAHYA :

HARUN YAHYA : KEHEBATAN ATOM PETANDA KEKUASAAN TUHAN

HARUN YAHYA : Penalaan Halus di dalam Alam Semesta

HARUN YAHYA : MALAPETAKA DARWINISMA TERHADAP KEMANUSIAAN - BAB1 : PELOPOR KESENGSARAAN PADA ABAD KE-20

HARUN YAHYA : MALAPETAKA DARWINISMA TERHADAP KEMANUSIAAN - BAB1.1 : SEJARAH RINGKAS DARWINISME

HARUN YAHYA : Biomimetik: Inspirasi Lukisan daripada Rekabentuk Benda-benda Hidup



-----------------------------------

KEILMUWAN SIRAH & SEJARAH

Tanah dan Asal Kejadian Adam

Jumlah para Nabi dan Rasul



-----------------------------------

ILMU & AMALAN

ILMU & AMALAN - JENIS AMALAN : AYAT PENGASIH

ILMU & AMALAN - jenis Doa : Doa Demam Panas



-----------------------------------

HAL EHWAL PERAWATAN

Gejala & Punca : SANTAU ~ Simptom

Gejala & Punca : SANTAU ~ Gejala dan bahan-bahan

Gejala & Punca : SANTAU ~ kesan

PERAWATAN (1) : Huraian ringkas

Wednesday, March 9, 2011

Kajian Diri ~ CAHAYA MATA HATI

Ketahuilah olehmu bahawasanya nafsu itu atas tiga bahagi iaitu

Amarah
Lawamah dan
Muthomainnah.


Maka nafsu Lawammah itu iaitu nafsu Haiwaniah (kebinatangan) yang mengekalkan bagi segala syahwat dan nafsu Amarrah itu iaitu nafsu Syaithoniah (keiblisan) yang mengerasi atasnya kasih segala Mukholafat(sesuatu yang menyalahi perintah Allah) dan nafsu Muthomainnah iaitu nafsu Aqliyah(bersifat keruhhan) yang telah suci daripada segala kekeruhan; maka terangkatlah daripadanya segala hijab(sesuatu yang mendindingi)
Setengah ulama daripada golongan "ahli suluk" seperti yang tercatat dalam Kitab Sirras Salikin; mengkelaskan bahagian nafsu yang ada pada seseorang itu kepada 7 jenis iaitu;

Ammarah
Lawammah
Mulhimmah
Muthommainnah
Rodhiah
Mardhiah dan
Kamaliah.


Tetapi sesetengah ahli lebih suka membahagikan jenis-jenis nafsu itu kepada tiga bahagian sahaja.

Nafsu Lawammah dikaitkan dengan sesuatu sifat jiwa manusia yang lebih banyak kecendurangannya kepada sifat-sifat untuk memenuhi keperluan lahiriah sahaja. Sama halnya dengan sifat-sifat binatang yang hanya memikirkan tentang makan, minum, jimak berenak-enak dan bersenang lenang dengan dunia sekelilingnya sahaja. Manusia seperti ini, tidak pernah memikirkan tentang alam lain dan keperluan-keperluan ruhaniah mereka malah mereka hanyut dengan kekalutan dunia yang fana ini.

Pentakrifkan perihal Nafsu Amarrah pula dengan sesuatu sifat manusia yang dibayangi oleh feel kelakuan syaitan dan iblis yang sesat lagi menyesatkan. Keperihalannya adalah berkisar kepada penderhakaan kepada hukum dan perintah Allah serta RasulNya. Manusia jenis ini bertindak mengikut kerakusan nafsunya tanpa memperhitungkan soal halal haram, sah batal , wajib haramnya. Mereka sebenarnya adalah syaitan yang bertopengkan manusia. Angkuh sombong, perosak, penindas, pemfitnah, pentingkan diri dan kedudukan, dan lain-lainnya kemungkaran.

Nafsu Muthomainnah mengikut pandangan hamba pula ialah merujuk lepada keperihalan satu golongan manusia mukmin yang Sholeh, yang telah dihidupkan ruhnya, yang dengan pancaran Nurnya dapat memberikan kesan dengan menerbitkan sifat dan peribadinya yang tinggi, yang dapat memandang ke alam tinggi, yang hidup cahaya mata hatinya untuk melihat sesuatu yang ghaib, mengenal sesuatu dengan rasa dan zauk,. Jiwa ini adalah jiwa yang telah bebas dari kurungan nafsu syahwat dan penjara kemanusian yang terbang bebas dengan sayap ruhnya yang bermakrifat ke alam yang haq dan hakiki. Dengan sebab itulah, hamba mendatangkan Kalam Hikmah yang seterusnya;.

"Maka cahaya mata hati itu iaitu Nurul Aqliyah yang menunjukkan kepada Iman yang memandangkan ia(Nurul Aqliyah) akan dikau akan hampirnya (Allah) daripadamu hingga engkau lihat bahawasanya Haq Taala itu terlebih hampir kepadamu daripada urat tengkuk. Maka tidalah sah bagi maksiat kerena engkau ketahui dengan kenyataan atasmu.".

Kalam hikmah di atas cuba mengutarakan apa itu yang dimaksudkan dengan cahaya mata hati. Cahaya mata hati ini adalah Nurul Aqliyah yang mentahqiqkan kepercayaan seseorang kepada seluruh perkara yang meliputi hakikat Iman berdasarkan ilmu pengetahuan. Guru suluk semasa menjelaskan pengertian Nurul Aqliah menggunakan rangkaikata "rahsia sifat Ilmu" . Ini adalah bersandarkan kepada fahaman bahawa dengan ilmu sahaja seseorang itu tidak mampu untuk mempercayai sesuatu yang ghaib malah ada di antara mereka yang mengingkarinya. Tetapi bagi seseorang yang mempercayai akan kebenaran; keadaannya adalah berlainan. Bila kepercayaan kepada ilmu tadi telah diteguhkan dengan terbukanya penglihatan batin(Ilmu Yakin) lantaran telah bersih dari segala kekeruhan, maka terlihatlah kepadanya kebenaran ilmu tersebut. Akan terhurailah kepadanya rahsia-rahsia sifat ilmu yang didapatinya dengan melihat dan memandang akan kebenaran hakikat bagi ilmu yang diyakininya. Maka cemerlanglah hatinya dengan Nurul Aqliyah yang dapat meyakini dengan melihat bahawa Allah itu di atas sesuatu Maha Meliputi hatta diri dan perasaannya terlalu dekat dengan kewujudan Allah. Manusia yang melihat dengan Nurul Aqliyah ini sama sekali tidak akan terjerumus ke dalam dosa dan maksiat kerana pandangan mereka sentiasa melihat Allah itu sentiasa memerhati dan mengawasi setiap gerak-gerinya zhohir dan batin. Inilah yang dimaksudkan dengan "engkau ketahui dengan kenyataan ke atasmu" iaitu nyata dalam pengetahuanmu yang tahqiq bahawa Allah itu terlalu hampir dengannya.

"Dan Ainul Basyirah itu iaitu Nurul Ilmu yang memandangkan ia(Nurul Ilmu) akan dikau kepada ketiadaanmu kerana adanya (Allah) hingga tiada engkau lihat bagi dirimu Amal dan tiada hal kerana nazhor(tilik)mu bagi berkehendakmu kepadaNya. ”

Jika kalam hikmah sebelum ini membicarakan tentang "cahaya mata hati", maka kalam hikmah yang berikutnya pula cuba menyatakan sesuatu yang lebih tinggi dari Nurul Aqliyah itu. Ainul Basyirah atau "mata hati" (tanpa meyebutkan cahaya) adalah merujuk kepada kebolehan dan kemampuan sifat mata hati itu memandang dengan suluhan rahsia cahaya ilmu yang akan melenyapkan pandangan kepada hal dirinya atau amalannya malah tiada pelakuan yang terbit dari dirinya.

Berbeza dengan Nurul Aqliyah(seperti yang dinyatakan dalam kalam hikmah sebelumnya), keyakinannya sekarang memanjat kepada "Nurul Ilmu" atau "cahaya ilmu" iaitu pandangan yang yakin dan tahqiq kerana melihat sendiri akan benarnya Wujud pentadbiran Allah dengan sendiriNya. Pada tahap ini atau maqam Ainul Basyirah ini seseorang itu akan fana dengan perbuatan Allah dan sifat Allah yang menguasai di atas tiap-tiap sesuatu. Mereka tidak melihat amalannya, mereka tidak melihat halnya malah mereka tenggelam dalam musyahadah akan TuhanNya dalam setiap lakuan.

"Dan Haqqul Basyirah itu iaitu Nurul Haq yang menunujukkan kepada hakikat yang diI'tiqadkan yang (dapat) mandangkan ia(Nurul Haq) akan dikau kepada wujudnya (Allah) atas sendirinya dengan tiada Wasitah (pengantara) hingga tiada engkau lihat akan segala yang maujud atas hakikat lain daripadaNya (Allah) tiada ketiadaanmu dan tiada wujudmu dan tiada dunia dan tiada akhirat.
Kalam hikmah selanjutnya adalah memperihalkan tentang sesuatu yang menjadi haq atau hakiki atau puncak kepada Nur yang sebelum ini. Haqqul Basyirah adalah cahaya yang Haq yang kehadirannya akan menjadi satu petunjuk untuk menjejaki hakikat pada segala hakikat sesuatu yang dipercayai dengan ilmu (cahaya mata hati)dan sesuatu yang diyakini dengan penglihatan Ainul Basyirah. Pandangan kepada Haqqul Basyirah ini menjadikan diri seseorang itu kosong(tidak wujud) dan tidak diiktibarkan wujud diri bila berhadapan dengan Wujud Allah yang hakiki atau Wujud Yang Mutlaq atau Wujud Yang Zaati.
Pandangan ini akan menyingkapkan kenyataan hakikat bahawa Wujud Allah itu adalah Wujud yang Qiyamuhu Binafsih(berdiri dengan sendiri) Wujud yang Esa dengan segala sifat-sifat Ketuhanan yang Istiqna (Terkaya daripada sesuatu) dan Iftiqor (berhajat tiap-tiap sesuatu kepadaNya). Kenyataan ini akan menyingkapkan hakikat bahawa tidak ada sesuatu pun yang wujud di Alam ini melainkan Allah jua yang Wujud hatta diri yang memandang sekalipun tenggelam dalam Kewujudan Allah Yang Mutlak ini. Tidak ada wasitah atau dalil untuk yang diperlukan di sini bagi melihat wujud Allah yang hakiki malah segala sesuatu itu akan lebur dan hancur bila berhadapan dengan Haqqul Basyirah ini.

"Telah ada Allah dan tiada sesuatu sertaNya iaitu sekarang atas barang (hal/sifat) yang atasNya telah adaNya dahulu jua tiada serta zaman(masa) dan tiada berkait akan Dia wujud akuan (alam ini) tetapi segala zaman itu Umuru Wahamiah(sangkaan yang waham) tiada wujud baginya (akuan) atas tahqiq dan maksud dan bahawasanya Allah Taala jua tiada suatu sertaNya kerana tetap sendiriNya.

Wujud Allah adalah wujud yang Qidam iaitu sediakala yang tiada permulaan bagi adanya Ia.
Wujudnya juga adalah yang Baqa iaitu kekal yang tiada sut dan kesudahanNya.
Wujud Allah juga Mukholafatuhu lil hawadis iaitu bersalahan dengan sesuatu yang baru (wujud alam ini/akuan) . Wujud Allah adalah wujud yang tidak bertempat, berzaman, berpihak, berjisim dan tidak ada sesautu yang boleh disamakan, dibandingkan atau dikaitkan dengan kewujudannya yang Zaati dan Mutlak. Semuanya itu adalah sangkaan dan waham-waham fikiran khayali sahaja. Malah Wujud Allah adalah Wujud yang Wahdaniah (Esa pada zat, esa pada sifat, esa pada perbuatan dan esa pada nama), Wujud yang terkaya daripada segala sesuatu sama ada kaya Allah daripada berhajat kepada Zat, kaya Allah daripada Fael (sesuatu untuk menjadikanNya) dan kaya daripada Muhkosis (sesuatu untuk menyempurnakanNya).
Allah jua lah yang mempunyai hakikat Wujud yang tidak ada sesuatu sertaNya dan tetap sendirinya dari dengan segala sifatNya Maha Sempurna.

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud;
"Ya Allah, engkaulah Yang Awal yang tidak ada pun sebelumMu; engkaulah Yang Terakhir yang tidak apa pun selepasMu; Engkaulah Yang Zhohir yang tidak ada pun atasMu; Engkaulah Yang Batin yang tidak ada pun di bawahmu".

Firman Allah dalam Surah Fudhilat ayat 54 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah Maha Meliputi segala-galanya"


Keterangan Mengenai Hati Dan Niat


Ketahui olehmu adalah hati itu terbahagi pada 2 bahagian:

1. Dinamakan hati sanubari

2. Dinamakan hati nurani


Adapun hati sanubari itu hal keadaannya zulmah ertinya gelap tiada menerima sinaran nur atau cahaya ma'rifat, oleh kerana hati sanubari itu tempat dinaungi oleh Syaitan ditakluk dengan nafsu amarah yang sekeji keji dan seburuk buruk nafsu. Ianya termasuk didalam satu dari anggota tubuh badan yang kasar ini yang terletak disebelah kiri didalam dada. Hati sanubari adalah segumpal daging yang berbentuk bulat mamanjang dan mempunya'i tugas tugas tertentu yang didalamnya berongga dan ada terkandung darah hitam.

Hati inilah yang disabdakan oleh Nabi:

'Inni fi jasadabni adama mudghatan, fa'iza salakhat, jasadu kulluhu. wa iza fasadat, fasadal jasadu kulluhu, ala wahiyal qalbu.'

Sesunggunya didalam tubuh anak Adam ada segumpal daging, maka apabila baik daging itu baiklah seluruh anggota badannya, dan manakala rosak daging itu binasalah seluruh tubuh badannya, ialah hati sanubari dan hati sanubari ini tidak lain melainkan jantung. Maka adalah jantung ini sesuatu yang amat penting bagi kehidupan tubuh badan. Ianya diperolehi pada manusia dan haiwan. Adapun kejadiannya dicipta dari alam nyata atau disebut alam syahadah.

2. Adapun hati yang kedua dinama'i hati nurani. Hati inilah yang dapat menerima sinaran nur ma'rifat dari Tuhan, bahkan ialah yang menerima tajalli Tuhan, menanggung amanah dan rahsia Tuhannya, berpakaian dengan tujuh Sifat Maani. Ianya merupakan haqiqat Insan dan bersifat Ketuhanan. Hati Nurani ini bukanlah kejadian yang dijadikan dari alam nyata, bahkan dicipta ia dari unsur unsur alam ghaib. Oleh kerana itu Hati Nurani ini tiada boleh dilihat dengan mata kasar. Maka hati inilah yang di tuntut hadhir dalam sembahyang, menghadap Tuhannya, memuji dan bermohon kepada Tuhan. Hati Nurani inilah yang disebut Ruh Latifurabbaniyah. atau Hakikat Insan atau juga disebut diri sebenar diri. Oleh kerana ianya merupakan hakikat insan maka dinama'i pula dengan sebutan Insan Hakiki. Dialah semulia mulia dan setinggi tinggi kejadian dan sebaik baik makhluk sebagaimana Firman Allah:

"Laqad khalaknal insana akhsani taqwim" Demi sebaik baik kejadian yang Kami jadikan ialah Insan.

Insan hakiki inilah yang di isyarat oleh Allah dengan firmanNya didalam Hadith Qudsi:

"Al Insanu Sirri Wa ANA sirruhu" Adalah Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.

Demikian dengan terang dan tegas sekali dinyatakan oleh Allah. Dengan itu jua bererti ianya menjadi dalil yang nyata bagi wujud Allah, suatu dalil yang paling hampir kepada Allah, dengan dialah dijadikan sebagai jalan yang paling dekat untuk mencapai ma'rifat kepada Allah sebagaimana diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang begitu jelas dan tegas: "Man arafa nafsahu, fakad arafa rabbahu" Barang siapa mengenal akan dirinya dengan sebenar benar pengenalan, maka telah ia akan Tuhannya.

Didalam Hadith Qudsi pula Allah berfirman:

"Man talaballahu bighairi nafsihi fakad dalla dalalan ba'idan". Barang siapa menuntut ma'rifat akan Allah dengan barang yang lain dari dirinya sendiri maka telah sesat ia dengan kesesatan yang amat jauh.

FirmanNya lagi dalam Hadith Qudsi:

"Man wasafallahu bisyai in min khalqihi fajad kafar, waman angkara ma wasafallahu bihi binafsidi fakad kafar."

Barang siapa mensifatkan Allah dengan sesuatu daripada barang yang dijadikan Allah, maka telah kafirlah ia dan barang siapa yang ingkar pada yang telah disifatkan Allah dengannya dengan Zatnya maka telah kufurlah ia.

Ketahui olehmu adalah Hati Nurani atau alam Ruh Latifurr Rabbaniah itu alam latif dan tiada padanya rupa dan warna yang dapat dilihat dengan mata kasar. Tuhan telah menjadikannya terdahulu dari kejadian jasad dua ribu tahun lamanya.

Adapun pada istilah Tahqiq bahawa adalah Ruh itu beberapa namanya,

1. Ruhul Quddus

2. Ruh Idhafi

3. Ruhani

4. Ruhul Hayat

5. Ruhul Amar

6. Ruh Jamadi

7. Ruh Nabati

8. Ruh Haiwani

9. Ruh Insani

10. Ruh Kamalat

11. Ruhul Ajsad


Adapun yang bernama Ruh Nabati ialah tatkala darah yang setitik maka pada alam kabir iaitu segala tumbuh tumbuhan.

Ruh Jamadi itu tatkala daging yang seketul atau segumpal.Maka pada Alam Kabir ialah segala batu batu dan kayu kayan.

Ruhani iaitu tatkala sudah dimasukkan nyawa padanya.

Ruh Haiwani iaitu tatkala berhajat kepada makan dan minum dan jimak, maka pada alam kabir ialah segala binatang.

Ruh Insan iaitu tatkala sudah zahir dari perut ibu.

Ruh Kamalat iaitu tatkala bersuara menangis pada pertama pertama jadi.

Maka adalah perbezaan roh dan nafas itu adalah roh itu batin dan nafas itu zahir. Maka nafas itu adalah kezahiran roh atau kenyataannya yang juga disebut kelakuan atau sifatnya.

Yang demikian tertib Allah s.w.t. yang amat halus pekerjaanNya lagi bijaksana, dengan IradatNya menggerakkan Ruhul Amar dan Ruhul Amar menggerakkan Ruhul Hayat dan Ruhul Hayat menggerakkan Nafas dan Nafas pula menggerakkan Jasad. Maka zahirlah kelakuannya pada Jasad.