Arkib Viewers

Saturday, October 23, 2010

Ilmu & Amalan - jenis Doa : Doa Demam Panas

Assalamualaikum....

hari tuhh ramai yang bertanya tentang doa untuk anak demam panas, mengenai seseorang yang demam panas dan seumpama dengannya..... jadi di sini hamba cuba kongsikan beberapa doa yang berkaitan untuk meredakan demam panas..... boleh digunakan untuk anak kecil.....




1. boleh dibacakan pada air untuk diminum (bilangan tidak ditetapkan)


2. Jika pesakit di hospital, boleh dibacakan di dalam tabung air


3. jika jururawat ingin menyuntik pesakit, bolehlah minta izin campurkan beberapa titik air ke dalam cecair yang akan disuntik itu





---------------------------------------------------------------------

1. bagi mereka-mereka yang mempunyai anak2 kecil yang terkena demam sama ada demam panas, atau kepelbagaian demam boleh lah diusap-usap kepala, dada atau seluruh badan dan kemudian sambil membacakan ayat doa di atas ini


2. bagi pesakit dewasa, cukuplah sekadar memegang sebahagian tubuh seperti kepala atau tangan misalnya dan 'makrifat' kan kita menyalur doa ini melalui sentuhan itu





----------------------------------------------------------------------



1. Untuk amalan sendiri diamalkan semasa sedang demam panas


2. boleh dijadikan zikir atau bacaan selepas solat


3. boleh juga dibacakan pada air minuman untuk diminum atau disapu ke seluruh badan

Monday, October 18, 2010

Gejala & Punca : SANTAU ~ kesan

KESAN-KESAN SANTAU

Orang yang terkena SANTAU akan sakit teruk kebiasaannya mengikut kepada bahan2 yang digunakan....

contoh2 sakit yang dialami :

1. Kulit mengelupas / kulit gatal
2. Kulit terbakar
3. kelumpuhan secara tiba-tiba
4. badan lemah tak bermaya
5. cepat nak marah
6. perhubungan kekeluargaan hancur
7. sakit kepala yang teruk
8. perut membuncit (busung)
9. lemah tenaga batin
10. tekak rasa payau dan selalu loya atau muntah
11. sakit dibahagian perut teramat sangat
dan lain2....







KESAN SANTAU DARI PERSPEKTIF ORANG LAIN

1. nampak muka pesakit sangat gelap
2. nampak wajah pesakit muram
3. segala kerja tak boleh buat
4. histeria tiba-tiba
5. tenungan matanya yang agak menyeramkan
6. tidak suka mendekati orang2 yang ada amalan atau ilmu
7. mula berhalusinasi
8. kemurungan yang melampau

Gejala & Punca : SANTAU ~ Gejala dan bahan-bahan

GEJALA-GEJALA SANTAU

SANTAU adalah salah satu cara membalas dendam atau mendengki pihak yang ingin ditujukan SANTAU.... amalan SANTAU juga dikenali sebagai SANTET di negara jiran kita INDONESIA dan masih diamalkan berleluasa oleh negara2 ASIA termasuk Thailand, Vietnam, Malaysia, Indonesia dan juga negara2 di BENUA AFRIKA atau BENUA AMERIKA seperti di Brazil, Argentina, Africa selatan, Ghana, dan lain2 negara...

Kepelbagaian jenis SANTAU adalah mengikut sesuatu bangsa... lain bangsa lain jenis pengaplikasian SANTAU nya.... 

BAHAN-BAHAN SANTAU

Terlalu banyak bahan kotor yang digunakan dalam proses membuat SANTAU.... diantara patung kain, patung jerami, atau yang biasa digunakan di ASIA seperti jarum, paku, air arak, darah ayam, miang buluh, kaca, besi kuning, sepihan papan liang lahad, tanah kubur, kain kafan, dan lain2 jenis bahan yang sangat tidak elok dan kotor.....

Bahan-bahan ini diadun mengikut ramuan si bomoh beserta bacaan dan mantera dan dengan bantuan JIN ianya dilepaskan mengikut haluan yang dicari oleh JIN BELAAN.... 

JIN tak boleh SILAP????

itu satu kesilapan yang BESAR... kerana JIN juga banyak melakukan kesilapan... tersalah hantar, tersasar, kena bunuh tgh jalan, kena zass sebelum sampai tpt yang ditujui, takutkan pendinding individu yang ada pendinding lalu dibuangnya santau itu.... dan banyak lagii.....

Gejala & Punca : SANTAU ~ Simptom

kebiasaannya pesakit yang mengalami gejala santau seringkali bermimpi yang tidak elok... seperti jatuh dari tempat tinggi, rumah dimasuki pocong, ada pencuri pecah masuk rumah, dan banyak lagii....

biasanya pesakit yang ditujukan SANTAU itu akan cepat nampak kesannya kebiasaannya dalam masa kurang dari 14 hari....

SANTAU dikategorikan sebagai 2 bahagian UTAMA :

1. SANTAU ANGIN
2. SANTAU ISI

--------------------------------------------------------------

1. SANTAU ANGIN ialah cara dimana SANTAU dihantar melalui ANGIN menggunakan nama, gambar, dan seumpama dengannya

2. SANTAU ISI ialah cara yang lebih kotor iaitu melalui makanan sama ada bahan makanan atau minuman

--------------------------------------------------------------------------

itu yang diketahui RAMAI....

sebenarnya banyak lagi kaedah SANTAU yang masih peringkat kajian seperti SANTAU SEKAMPUNG yang popular kini... contoh satu sekolah kena histeria.... satu pejabat kena histeria.... ianya ialah suatu teknologi baru para2 bomoh....

Sunday, October 10, 2010

ILMU & AMALAN - JENIS AMALAN : AYAT PENGASIH

Pertama sekali oleh kerana hamba huraikan mengenai bahayanya SIHIR hingga boleh menyebabkan suami dan isteri bercerai berai juga mengenai putus tunang dan kebanyakan P.M. yang bertanya perihal lambat jodoh... jadi, di sini hamba kongsikan sedikit ayat yang boleh diamalkan dan kaedah ringkas yang boleh digunapakai.... diingatkan sekali lagi, AYAT2 ini adalah merupakan petikan dari Al-Quran...






-------------------------------------------------------------------------------------




-keseluruhan ayat ini diamalkan di waktu pagi pada setiap (Sambil niatkan di dalam hati untuk percepatkan jodoh, atau disayangi suami/isteri)

-setiap kali selepas baca keseluruhan ayat... maka sapukan pada wajah dan tubuh.... (ibarat mcm sapu angin)

-pembacaan tidak ada ketetapan bilangan boleh seberapa banyak yang mampu.. (1-3 X pon memadai untuk di waktu pagi)




---------------------------------------------------------------------------------------


KHAS UNTUK 2 AYAT di BAHAGIAN BAWAH iaitu SURAH TOHA dan SURAH YUSUF SAHAJA!!!

Caranya;-

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.




Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali




-----------------------------------------------------------------------------------------


PERHATIAN!!!


Untuk kes berat seperti di sihir atau seumpama dengannya... tidak sesuai untuk menggunakan kaedah ini... insyaallah ada kaedah khusus dan fidyahnya.. begitu juga dengan sesiapa yang inginkan 'minyak pengasih' atau seri wajah dan sebagainya atau yang terlalu lambat dapat jodoh, juga ada kaedah mandi bunga....


ingatlah kita hanya berusaha.... segala perkara tertakluk pada QADA' dan QADAR nya....


Assalamualaikum..