Arkib Viewers

Monday, August 2, 2010

HARUN YAHYA : Biomimetik: Inspirasi Lukisan daripada Rekabentuk Benda-benda Hidup

Terdapat arahan untuk kamu dalam lembu. Daripada kandungan-kandungan perut mereka , dari pundi buangan dan darah, Kami berikan kamu susu asli untuk minuman, mudah bagi peminum-peminum untuk menelan. (Qur’an, 16:66)

Dan sesungguhnya ada pengajaran untukmu dalam binatang ternakan kamu. Kami beri kamu minum daripada apa yang ada dalam perut-perut mereka dan terdapat pelbagai kaedah yang kamu menafaat dari mereka, dan kamu makan sejumlah daripadanya, dan kamu mengenderai mereka dan atas kapal-kapal juga. (Qur’an, 23:21-22)

Sebelum saintis dan pakar-pakar penyelidik dan pembangun meneroka sesuatu projek baru, mereka terlebih dahulu memperhatikan model-model dalam benda-benda hidup dan meniru sistem-sistem dan rekabentuk-rekabentuk tersebut. Dengan lain perkataan, mereka meneliti dan mengkaji rekabentuk-rekabentuk ciptaan semulajadi Allah dan berinspirasikan ini,  membangunkan teknologi-teknologi baru mereka sendiri.

Pendekatan ini telah melahirkan biometrik, suatu cabang baru sains yang memerlukan plagiat terhadap benda-benda hidup. Pada waktu-waktu terkini, aspek sains ini telah digunakan secara meluas dalam dunia teknologi. Penggunaan perkataan “ibratan,” (belajar daripada, nasihat, kepentingan, benda yang mustahak, atau model) dalam ayat di atas adalah sangat bijaksana bagi maksud ini.

Biomimetik merujuk kepada semua bahan, peralatan, mekanisme, dan sistem yang dihasilkan oleh manusia dalam memplagiat sistem-sistem yang wujud di alam semulajadi. Komuniti saintifik sekarang merasakan suatu keperluan yang hebat untuk menggunakan peralatan tersebut, terutamanya dalam bidang-bidang teknologi nano, teknologi robot, kecerdikan buatan, perubatan, dan pertahanan.


Biomimikri telah diutarakan pada mulanya oleh Janine M. Benyus, seorang penulis dari Montana. Konsep ini kemudian dianalisa oleh ramai orang dan telah mula mecari aplikasinya. Sejumlah komen yang telah dibuat mengenai biomimikri adalah seperti berikut:

Tema "biomimikri" adalah kita hendaklah banyak belajar daripada dunia semulajadi, sebagai model, mengukur, dan mentor. Apa yang pengkajiselidik-pengkajiselidik memiliki dalam persamaan adalah menghormati rekabentuk-rekabentuk semulajadi alam dan ilham untuk menggunakan mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah manusia. 

David Oakey, pakar buatan untuk Interface Inc., sebuah syarikat yang bersumberkan alam semulajadi bagi meningkatkan mutu produk dan produktiviti, berkata:

Alam semulajadi merupakan mentor saya bagi perniagaan dan rekabentuk, suatu model cara hidup. Sistem semulajadi yang telah bekerja selama jutaan-jutaan tahun … Biomimikri adalah satu kaedah pembelajaran berpandukan alam semulajadi. 

Saintis yang telah mula mempersetujui ini dengan pantas meluaskan ide mempercepatkan kajian mereka menggunakan rekabentuk-rekabentuk alam yang tiada setara dan amat sempurna sebagai model. Rekabentuk-rekabentuk ini mewakili model-model untuk penyelidikan teknologi kerana mereka menyediakan produktiviti maksimum bagi jumlah bahan dan tenaga yang paling kurang, dan berupaya mengekalkan pemuliharaan sendiri, mesra alam, senyap, indah menawan, berdayasaing, dan tahan lama.Akhbar “The High Country News” telah menyatakan biomimetik sebagai “sebuah pergerakan saintifik” dan membuat ulasan berikut:

Dengan menggunakan sistem-sistem alam semulajadi sebagai model-model, kita boleh mencipta teknologi-teknologi yang lebih tahan lasak daripada yang ada hari ini. 



Janine M. Benyus, yang meyakini bahawa model-model alam semulajadi harus ditiru, telah memberi contoh-contoh berikut dalam bukunya, Biomimicry: Innovation Inspired by Nature (Perennial: 2002):

• Burung kelicap menyeberangi Teluk Mexico menggunakan kurang daripada  3 gram (satu per sepuluh daripada satu aun) bahanapi,
• Pepatung mengendalikan pesawat helikopter paling terbaik,
• Sistem pemanasan dan pendingin hawa dalam busut anai-anai paling terhebat dalam istilah penggunaan alat dan tenaga berbanding sistem yang dibuat oleh manusia,
• Penghantar frekuensi tinggi kelawar lebih cekap dan lebih peka daripada sistem radar buatan kita,
• Alga sinar-cahaya menyatukan pelbagai bahan kimia untuk menyinari badan-badan mereka,
• Ikan dan katak artik menyejukbeku dan kemudian menganjal untuk hidup, telah melindungi organ-organ mereka daripada dimusnahkan oleh ais,
• Sesumpah dan sotong merubah corak  kulit mereka menyerupai persekitaran dengan sekelip mata,
• Lebah,penyu dan burung belayar tanpa peta, dan
• Ikan paus dan burung penguin menyelam tanpa sebarang peralatan skuba.

Mekanisme-mekanisme dan rekabentuk-rekabentuk alam semulajadi yang mengkagumkan ini, hanya sebahagian kecil diungkapkan, mempunyai keupayaan mempermewahkan teknologi bagi jurusan-jurusan yang luas. Keupayaan ini menjadi lebih nyata sejajar dengan peningkatan longgokan ilmu kita dan pertambahan kaedah-kaedah teknologi.



Semua haiwan memiliki banyak sifat-sifat yang mengkagumkan manusia. Ada yang mempunyai bentuk hidrodinamik yang sempurna membolehkan mereka berenang, dan terdapat lain-lain berbantukan pancaindera-pancaindera yang nyata asing kepada kita. Kebanyakan ciri-ciri yang hanya ditemui oleh pengkajiselidik untuk pertama kalinya, atau, mungkin baru kini tersingkap. Sehubungan itu, perlu untuk saintis-saintis pakar dalam bidang-bidang seperti teknologi komputer, kejuruteraan mekanikal, elektronik, matematik, fizik, kimia, dan biologi bekerjasama untuk memplagiat hanya satu ciri atau sifat benda hidup.

Saintis-saintis terpukau dengan pertembungan keunggulan struktur dan sistem yang mereka temui setiap hari berlalu, dan menggunakan kekaguman itu untuk mengilhamkan mereka menghasilkan teknologi terkini bagi faedah manusia. Menyedari hakikat kesempurnaan sistem yang wujud dan teknik-teknik luarbiasa alam semulajadi ternyata lebih canggih daripada ilmu dan kebijaksanaan mereka, membuatkan mereka peka terhadap penyelesaian-penyelesaian tanpa tara ini kepada masalah-masalah semasa dan kini berpandukan rekabentuk alam semulajadi untuk meleraikan masalah tersebut yang tidak terurai selama bertahun-tahun. Oleh yang demikian, mereka mungkin mencapai kejayaan dalam jangka waktu yang singkat. Tambahan lagi dengan meniru alam semulajadi, saintis-saintis membuat keuntungan terpenting daripada segi masa dan tenaga kerja juga penumpuan kepada penggunaan sumber bahan.

Hari ini kita lihat teknologi yang membangun beransur-ansur menyingkap keajaiban-keajaiban ciptaan dan menggunakan rekabentuk-rekabentuk luarbiasa dalam benda-benda hidup, seumpama kes biomimetik bagi perkhidmatan kemanusiaan. Benyus telah menyatakan “‘Bertindak mengikut alam semulajadi’ mempunyai keupayaan untuk mengubah cara membesarkan tanaman, membuat bahan-bahan, menjana tenaga, menyembuhkan diri kita, menyimpan maklumat, dan mengendalikan perniagaan.” 4 Berikut adalah sebahagian daripada kertaskerja-kertaskerja saintifik yang telah mengambilkira subjek-subjek tersebut:

“Science is Imitating Nature,” 5
“Life's Lessons in Design,” 6
“Biomimicry: Secrets Hiding in Plain Sight,” 7
“Biomimicry: Innovation Inspired by Nature,” 8
“Biomimicry: Genius That Surrounds Us,” 9
“Biomimetics: Creating Materials from Nature's Blueprints,” 10 and
“Engineers Ask Nature for Design Advice.” 11

Dalam kurun kesembilan belas, alam semulajadi diplagiat hanya pada istilah astetik. Seniman dan senibina ketika itu telah terpengaruh dengan alam semulajadi dan menggunakan contoh-contoh sifat-sifat luaran struktur dalam kerja-kerja mereka. Namun kesedaran rekabentuk-rekabentuk luarbiasa alam semulajadi dan lain-lain hanya boleh digunakan bagi faedah manusia bermula dalam abad kedua puluh dengan kajian mekanisme semulajadi di tahap molekul. Saintis hari ini sedang belajar daripada benda-benda hidup sebagaimana telah diungkapkan dalam Al-Quran 1,400 tahun lalu.

SYARIAT VS HAKIKAT: Merenungkan AJARAN SYEIKH SITI JENAR

Dalam sejarah, kita mengenal dua nama besar yang menjadi simbol pertarungan antara dua mod beragama: Syariat vs Hakikat, iaitu Mansur Al-Hallaj dan Syeikh Siti Jenar. Keduanya menempuh jalan kematian yang terbilang tragis dalam kacamata manusia pada umumnya, kerana dieksekusi oleh mereka yang mengaku sebagai penguasa dan ulama pemilik kebenaran agama.

Kisah tersebut memang sudah lama berlalu. Kabut sejarahpun sebenarnya masih menyelimutinya; dalam pengertian, masih banyak rahsia kebenaran yang belum terungkap. Dalam kes Syeikh Siti Jenar misalnya, muncul pertanyaan, bagaimana mungkin para Waliyullah boleh menghakimi Waliyullah lain dengan cara yang kasar dan tidak berperikemanusiaan? Jika mereka berdalih Syeikh Siti Jenar patut dihukum kerana keliru dalam cara menyampaikan ajaran - iaitu menyampaikan ajaran yang sebenarnya benar tapi disampaikan kepada khalayak yang kurang tepat - mengapa tidak diselesaikan secara baik-baik? Jika memang tidak dijumpai kesepakatan, bukankah boleh berpegang pada pendapat bahawa dua cara yang dipergunakan, iaitu cara Wali Sanga dan cara Syeikh Siti Jenar, sama-sama benar kerana ia merupakan produk dari sesama Waliyullah? Jika ternyata yang sesungguhnya terjadi adalah bahwa eksekusi Syeikh Siti Jenar (sebagaimana eksekusi Mansur Al-Hallaj) adalah kerana persoalan politik - iaitu demi melanggengkan kekuasaan dengan memanipulasi agama - bagaimana mungkin para Waliyullah bersepakat melakukan hal sekotor itu? Atau sebaliknya, bagaimana mungkin mereka yang melakukan kekejian dan tindakan sekotor itu disebut Waliyullah? 

Saya tak akan mengajak sahabat sekalian berdebat tentang sejarah berkabut sebagaimana di atas. Yang menjadi perhatian utama saya, adalah bagaimana kita bisa menemukan inspirasi dan makna dari kisah sejarah itu. Pertama, sekurang-kurangnya kita boleh bertanya, manakah mod beragama yang kita pilih: cara beragama Mansur Al-Hallaj dan Syeikh Siti Jenar yang berisiko mengantarkan kita pada "tragedi", atau cara beragama kaum "penguasa dan ulama pembela syariah" yang dinilai lebih "dalam" ? Saya pribadi jelas memilih mengikuti suara hati apapun resikonya. Bagaimana dengan anda?Anda yang berhak untuk memilih ....

Kedua, kita boleh merenungkan kenyataan bahawa "kaum hakikat", dalam tradisi Islam adalah para para sufi atau pemeluk Islam Jawa, adalah para "penentang Syariat" atau mereka "mengabaikan Syariat".Saya punya beberapa keputusan perenungan soal hal ini yang ingin saya bagi dengan para sahabat.

Sahabat yang saya kasihi ... jika kita renungkan dengan jernih, sebetulnya tak mungkin kita sampai "tujuan" tanpa menempuh "jalan". Jika hakikat adalah sebuah tujuan, maka tak mungkin ia boleh semua tanpa syariat, kerana makna syariat adalah jalan. Setakat saya pelajari, hakikat dalam pengertian Syeikh Siti Jenar, adalah hakikat kebenaran dalam beragama, iaitu bahawa Kebenaran Tertinggi adalah ketika kita bisa "Manunggal" dengan Kebenaran itu sendiri (Manunggaling kawulo-Gusti). Jika diibaratkan sebuah titik persinggahan dalam pendakian sebuah gunung, itu adalah titik persinggahan tertinggi atau puncak gunung sendiri. Sebagaimana dalam mendaki gunung secara harfiah, tidak mungkin puncak gunung semua tanpa titik-titik persinggahan dahulu. Dan mendaki titik persinggahan demi titik persinggahan itu, adalah sebuah perjalanan, sebuah ikhtiar menapaki "syariat" (jalan menuju tujuan akhir).

Syeikh Siti Jenar bukanlah penempuh hakikat tanpa syariat! Syeikh Siti Jenar juga bukan penentang syariat! Kerana sebagai sosok yang menyedari sepenuhnya makna undang-undang semesta dan kehidupan ...... ia tahu persis tidak mungkin mencapai hakikat tanpa syariat! Yang ia lawan adalah kecenderungan untuk memutlakkan sebuah jalan dengan menafikan jalan yang lain. Syeikh Siti Jenar, sejauh saya pelajari, memahami Islam sebagai ajaran universal ... ia menangkap intisarinya .. Dalam hal ini, Islam difahami benar-benar sebuah "Tadzkirah" (peringatan) akan hal-hal sudah diketahui benar (ma'ruf) oleh setiap kaum. Diyakini bahawa sebetulnya ada kebenaran universal yang sepanjang sejarah dan tamadun tak pernah berubah dan tak pernah orang berselisih tentangnya. Islam mengingatkan kembali manusia akan kebenaran universal dan abadi (shopia perennia) ini. Tapi melibatkan pelaksanaan Islam dalam kehidupan sehari-hari, Syeikh Siti Jenar benar-benar mempertimbangkan kearifan lokal. Toh faktanya, ketika Islam hadir ke Indonesia atau Jawa, tanah ini bukan tempat tanpa peradaban, bahkan telah memiliki budaya luhur plus peradaban yang relatif maju untuk ukuran zamannya. 

Yang dilakukan Syeikh Siti Jenar adalah berkreasi untuk menciptakan "syariat" versi Jawa: melibatkan cara menyembah Tuhan, cara mengembangkan potensi diri, cara menyikapi setiap momen kehidupan, dan seterusnya. Pada titik ini, apa yang diajarkan Syeikh Siti Jenar tampak berbeza dengan "syariat" sebagaimana yang dipraktikkan Nabi Muhammad di Semenanjung Arab. Tapi berbeza, bukan bererti bertentangan. Kerana apa yang diajarkan Nabi Muhammad dan Syeikh Siti Jenar berpunca pada hakikat kebenaran yang sama. Bahkan dari sudut pandang mistis, ia sama-sama bersumber pada Ruhul Qudus yang bersemayam di kedalaman jiwa setiap manusia. Mengapa pendekatan men-Jawa-kan Islam atau mengembangkan "syariat versi Jawa" ini dilakukan? Karena itu merupakan pelaksanaan sifat fathonah yang merupakan sifat kenabian: salah satunya tercermin dalam keberanian mengembangkan budaya sesuai cabaran dan karakteristik alam di mana dia hidup.

Pada level esensi, apa yang diajarkan Syeikh Siti Jenar, sebetulnya selaras atau bahkan sama dengan apa yang diajarkan para Mistikus besar di seluruh tamadun: Nabi Muhammad itu sendiri, para waliyullah penerusnya seperti Imam Ali, Ibnu Arabi, Mansur al-Hallaj, Jalaluddin Rummi, termasuk "orang suci" dari tradisi lain: Buddha Gautama, Lao Tzu, Plato, dan lain-lain.

Sungguh sayang, jika kebijaksanaan agung ala Syeikh Siti Jenar dibumihanguskan baik kerana alasan kejahilan mahupun kerana alasan melanggengkan kekuasaan duniawi.
Bagaimana menurut anda?