Arkib Viewers

Sunday, February 28, 2010

Recent : Asal Kejadian JIN

Makhluk

Salam....semua ahli2, kali ini kita kupas pula asal kejadian jin....marilah sesama kita bincangkannya






------------------------------------------------------


edy137



ini ramai yang suka nihh topic pasal JIN.. confirm... heheh.. 

- tempat tinggal JIN
- makanan JIN
- rupa bentuk JIN
- alam JIN
- kerajaan JIN

dan lain... semua boleh dikupas dan diperbincangkan..



--------------------------------------------------------

bluegigas


syaitan adalah merupakan gelaran kepada makhluk yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT...
peranan syaitan adalah untuk menyesatkan makhluk manusia...
syaitan itu terdiri dari jin dan manusia....
kalau syaitan dari jenis manusia kita boleh nampak.... tapi syaitan dari jenis jin tak nampak la pulak.. apatah lagi teknik serangan...



---------------------------------------------------------

JengKing


maksudnya syaitan ini dalah terdiri dari jin kafir, jin islam yg kufur & manusia yg kufur
macam mana lak dgn jin2 islam yg mendampingi org islam



--------------------------------------------------------

edy137


heheh... tepat sekali... syabas... jadi JIN juga salah satu makhluk yang memainkaan peranan dalam kehidupan manusia... yups...

banyak gejala-gejala nya...

- tersampok
- sakat
- santau
- busung
- terpijak/terlangkah
- pelalau
- pembenci/pemisah
- saka
- khadam
- penampakan
- badi mayat
- dan lain-lain...

itu semua kesinambungan dari perbuatan dari golongan JIN dan campurtangan manusia jua diantaranya...



------------------------------------------------------

Makhluk


Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.
Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.
Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.
Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”



--------------------------------------------------------

makhluk


Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.
Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.



--------------------------------------------------------

makhluk


Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.
Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.



--------------------------------------------------------

Makhluk


JIN

Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-

Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).



-----------------------------------------------------

mahkluk


ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.



-------------------------------------------------------

Makhluk


Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.
Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.
Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.



-------------------------------------------------------

Makhluk

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.



---------------------------------------------------------

Makhluk


Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.



--------------------------------------------------------

Makhluk


Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.
Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.



----------------------------------------------------------

Makhluk

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.



-----------------------------------------------------------

Makhluk


AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.
Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.



-------------------------------------------------------------

Makhluk


Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.



----------------------------------------------------------

Makhluk


Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.
Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.



---------------------------------------------------------

JengKing


Rupa Bentuk Jin

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.
Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.
Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.
Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.
Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.
Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.
Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) " 
Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.



---------------------------------------------------

JengKing


Melihat Jin.

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.
Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.
Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.



----------------------------------------------------

JengKing


Kumpulan-kumpulan Jin.
Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya:
kumpulan yang menunggu kubur,
kumpulan yang menunggu gua,
kumpulan yang menunggu mayat manusia,
kumpulan yang menunggu hutan rimba,
kumpulan yang menunggu bukit bukau,
kumpulan yang menunggu air mata air,
kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.



---------------------------------------------------

JengKing


Jenis-jenis Jin

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-
1. Iblis  - Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan  - Syaitan-syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( pewas-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A’waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayyaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.



---------------------------------------------------

JengKing


Ni adalah tempelan dari BLOG MISTERI ttg SAKA. Link kepada http://perubatanalhaz.tripod.com
Perubatan Kerohanian Al Haz

"Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri
Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.................:

Senang2 aje dia org kata BS ada guna jinroll



--------------------------------------------------------

JengKing


nak sambung gi kisah jin ni sebagai tanda alu aluan kat Jin Junior
hehehehe

KERAJAAN IBLIS

Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajid diwaspadai :

Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar.
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

Yang kedua, namanya ialah Dasim.
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war.
Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

Yang keempat, namanya ialah Maswath,
pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

Yang kelima, namanya ialah Zalnabur.
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :
Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."



---------------------------------------------------

JengKing


PEMIMPIN-PEMINPIN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-

Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.

Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.

Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.



----------------------------------------------------

JengKing


ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR

Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.



---------------------------------------------------

JengKing


9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA

ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.



-----------------------------------------------------

Edbest

Bang makhluk, elok kita upkan balik topik ni. Since tak ramai juga yg tau jin ni ada juga yg Allah turunkan sebagai Nabi kat atas muka bumi ni. Tetapi kerjanya hanyalah menyeru kepada golongan jin juga...dan bagaimana keturunan jin yg dilantik menjadi Nabi ni semuanya telah habis dibunuh oleh golongan mereka sendiri. Silakan bang.



-----------------------------------------------------

edy137


hurmm memang menarik saudara JENGKING... penerangan juga mengenai JIN sebagai NABI telah hamba terangkan dalam thread hamba dan kini ianya boleh dirujuk dalam blog 'perihalbss'.... 

dan boleh dirujuk pada surah Al-JIN..



-----------------------------------------------------

Edbest

Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir.(6:130)



-------------------------------------------------------

edy137


tapi cerita tentang RASUL mereka dibunuh adalah sgt menarik... boleh saudara edbest kongsikan ianya.. maksudnya penceritaan tersebut dan dimana hamba boleh merujuk perihal cerita tersebut???



-------------------------------------------------------

Edbest


secara spesific aku tak dapatlah nak ceritakannya. tetapi telah dikhabarkan bahawa ada 124000 para nabi dan rasul dari keturunan Jin dan Manusia. Yg 313 darinya adalah golongan manusia dan hanya 25 org nabi sahaja yg wajib kita ketahui. Maka jumlah 123,687 lagi adalah dari golongan berbangsa Jin.

Semasa Rasulullah selesai Isra' Mi'raj dan turun di Masjidil Al-Aqsa...baginda telah pun mengimamkan keseluruhan 124,000 rasul & nabi ini. Jika ditelitikan reka bentuk masjidil Aqsa itu sendiri yg memanjang...adalah bagi memenuhi ruang para Baginda mengimami keseluruhan Nabi. W/bagaimanapun angka 124,000 itu tidak dapat ditampung sekiranya keseluruhan jemaah adalah dari bangsa manusia shj. Maka nikmat Tuhan manakah yg telah kita dustakan? Allah Akbar!!





------------------------------------------------------

edy137


owh... cerita perihal nabi berjumlah sebegitu dah lama dah hamba dengari.... cumanye... peristiwa isra' mikraj itu yang baginda mengimamkan itu yang baru frist time dengar.... by the way.... thanks for your info....



-----------------------------------------------------

Makrifat

ohh lain dari aku belajar .. iaitu nabi ada 124 000 .. rasul ada 313 .. yg ada dlm Al-Quran ada 25 .. oleh kerana manusia adalah sebaik2 makhluk maka memang tak der jin yg jadi nabi ... cuma yg ada adalah peringkat wali jer dari golongan jin ni 



------------------------------------------------------

Edbest


ohh lain dari aku belajar .. iaitu nabi ada 124 000 .. rasul ada 313 .. yg ada dlm Al-Quran ada 25 .. oleh kerana manusia adalah sebaik2 makhluk maka memang tak der jin yg jadi nabi ... cuma yg ada adalah peringkat wali jer dari golongan jin ni ... 
Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.(3:164)

Jika ada wali dari golongan jin, sudah pastilah ada juga penyampainya dari golongan yg sama.

Allah menentukan rahmat-Nya (kenabian) kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah mempunyai karunia yang besar.(3:74)

Secara directnya, kita tak jumpa ayat² Al Quran yg mengatakan tiada Nabi yg dilantik dari golongan Jin.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.(6:112)



------------------------------------------------------

mito21


Seingat aku la bro.. dari apa yang telah diajar masa sekolah dulu.. 124,000 tu bilangan nabi... 313 tu bilangan Rasul dan hanya 25 Rasul sahaja yang wajib di ketahui sebab tertulis didalam AQ..
Benda ni memang ada khilaf.. pasal nabi dan Rasul dari kalangan jin.. ada yang menolak dgn hujah melalui sirah Nabi yang para jin berjumpa dan belajar dgn Baginda.. jika ada Rasul dari kalangan mereka sudah tentu mereka tidak akan belajar ngan Rasulullah..
Ada hujah pula mengatakan ada para Nabi dan Rasul dari kalangan jin itu.. bagaimanapun mereka telah mati atau dibunuh sebelum peristiwa pengusiran besar2an para jin oleh para malaikat dengan perintah Allah...

bro edd, bukan ker ada member kita cite 124,000 tu muat untuk memenuhi Masjid Baitulmuqaddis tu sebab design dia memanjang...  tapi kena cari orang yang pernah ziarah ler baru boleh confirm... smile



-----------------------------------------------------

edy137


Hurmm.. menarik... tapi mungkin sebab itu saudara edbest kata nabi di kalangan JIN telah dibunuh kesemuanya, bermaksud, tiada lagi Nabi dari kalangan JIN yang hidup semasa zaman Rasulullah.. dan kerana itu juga mungkin sebilangan JIN yang menrujuk 'direct' sendiri pada Rasulullah.... dan lihat sahaja pada bilangan mereka yang berjuta malah jangka hayat mereka yang lebih lama dari manusia..... mungkin laa... tidak lebih dari kemungkinan... 

keduanya... mengenai mengucap dua kalimah syahadah... kerana yang mungkin kat atas tadi tu berjumpa direct Rasulullah hanyalah sebilangan kecil sahaja berbanding jumlah mereka yang banyak itu... jadi yang berjumlah banyak itu beranak pinak hinggalah kini dan menganut pelbagai AGAMA lalu tidak mengakui Rasulullah itu UTUSAN MEREKA... jadi dengan demikian, yang selalu merasuk itu adalah dikalangan JIN yang itu laahh.. mereka mengakui ALLAH... kerana baik JIN, HAIWAN dan TUMBUH-TUMBUHAN kesemuanya mengakui keesaan ALLAH... cuma mereka tak sanggup nak lafazkan lafaz kalimah kedua kerana RASULULLAH bukan UTUSAN MEREKA.... 

tidak lebih dari kemungkinan kecil....

wallahualam~



----------------------------------------------------

Edbest


Seingat aku la bro.. dari apa yang telah diajar masa sekolah dulu.. 124,000 tu bilangan nabi... 313 tu bilangan Rasul dan hanya 25 Rasul sahaja yang wajib di ketahui sebab tertulis didalam AQ..
Benda ni memang ada khilaf.. pasal nabi dan Rasul dari kalangan jin.. ada yang menolak dgn hujah melalui sirah Nabi yang para jin berjumpa dan belajar dgn Baginda.. jika ada Rasul dari kalangan mereka sudah tentu mereka tidak akan belajar ngan Rasulullah..
Ada hujah pula mengatakan ada para Nabi dan Rasul dari kalangan jin itu.. bagaimanapun mereka telah mati atau dibunuh sebelum peristiwa pengusiran besar2an para jin oleh para malaikat dengan perintah Allah...

bro edd, bukan ker ada member kita cite 124,000 tu muat untuk memenuhi Masjid Baitulmuqaddis tu sebab design dia memanjang...  tapi kena cari orang yang pernah ziarah ler baru boleh confirm... smile


hujah bab para jin berjumpa Rasulullah sbgmana yg tercatat di dalam surah Al Jin adalah sebagai satu hiburan buat Baginda setelah 13 tahun berdakwah meyampaikan Islam tetapi umat manusia yg baru bersama² Baginda hanyalah seramai 70 org shj.

Hujah Nabi dan Rasul dibunuh oleh golongan mereka mmg ada termaktub di dalam Al Quran.

Berapa banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu. Dan tiada seorang nabi pun datang kepada mereka melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya.(43:6-7)

Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami kepada mereka. Tak ada seorang pun yang dapat merubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul itu.(6:34)

Dan semasa sampai zaman Nabi Sulaiman a.s, bermula dari peristiwa Puteri Balqis, Allah telah menundukkan golongan bangsa Jin kepadanya (Sulaiman a.s)

Berkata Sulaiman: "Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta. Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan". Berkata ia (Balqis): "Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi) nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang berserah diri". (27:27-31)



------------------------------------------------------

aaaa

fuh.. banyak ilmu baru... baru faham,kenapa mereka sukar nak  lafaz kalimah syahadah rangkap kedua tu...



------------------------------------------------------